You are on page 1of 4

REFLEKSI

Manusia merupakan makhluk yang istimewa dengan adanya kurniaan akal fikiran yang
membezakannya dengan makhluk yang lain. Dengan adanya akal fikiran ini, manusia
dapat berfikir dengan lebih rasional dan bijak. Menurut Mok Soon Sang (2010), Dewey
yang merupakan ahli pemikir reflektif menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan
adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Pemikiran merupakan
aktiviti psikologikal dalam sesuatu proses yang dialami untuk digunakan menyelesaikan
masalah dalam situasi yang dihadapi. Justeru itu, saya berpendapat bahawa berfikir ini
merupakan suatu kelebihan yang membolehkan manusia menyelesaikan sesuatu
masalah. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) ataupun Higher Order Tihinking Skills
(HOTS) merupakan suatu tingkat pemikiran yang tinggi. Ia perlulah diasimilasikan di
sekolah-sekolah dan di dalam kurikulum di Negara ini. Dengan adanya kemahiran ini,
murid yang mahir melakukan operasi pemikiran seperti membanding beza, menganalisis
dan membuat inferens dan penilaian mampu membantu murid meningkatkan
kefahaman dan mengukuhkan pembelajaran mereka.

Tugasan pertama dalam perlaksanaan projek kursus ini ialah penghasilan
Rancangan Pengajaran Harian dan kerangka pemufukan KBAT. Menurut Onosko dan
Newmann (1994), KBAT ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk
menangani cabaran baru. KBAT memerlukan seseorang memahami, menterjemah,
menganalisis dan memanipulasi maklumat. Oleh hal yang demikian, Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang dirangka oleh kumpulan saya berdasarkan pemupukan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kaedah dan strategi pengajaran kami ialah
menghubungkait antara pergerakan kaki dan pukulan dalam RPH Badminton manakala
dalam RPH bola baling pula ialah menganalisis iaitu masa dan kedudukan yang sesuai
untuk memintasi pengadang.

Sehubungan itu, dalam kaedah pengajaran pemupukan KBAT menggalakkan
murid berfikir untuk mencari jawapan kepada suatu masalah yang terkandung dalam
sesuatu mata pelajaran misalnya dalam mempelajari kemahiran mengacah dalam
permainan bola baling.. Murid-murid belajar untuk menganalisis sesuatu maklumat
seperti bagaimana cara untuk mereka memintasi pengadang ? Bila masa yang sesuai
yang mereka dapat memintasi pengadang dan membayangi pengadang ? Semua

Munira. Seterusnya ialah pengurusan kawasan. kumpulan saya memulakan pengajaran dengan memperkenalkan kemahiran dengan menunjukkan dan menerangkan kepada murid beberapa keping gambar pergerakan individu yang memegang raket. kawsan yang sesuai dengan bilangan murid dan kawasan digunakan sepenuhnya (Eleanor. Hal ini kerana. perkara ini akan menjadi pengajaran pada diri saya untuk masa akan datang. penyoalan dan penyelesaian masalah mampu digunakan bagi menjana proses pemikiran murid. Sebenarnya konsep menganalisis ini berada dalam kategori level tinggi dalam hierarki Taksonomi Bloom yang baru (Aderson. teknik perbincangan. kawasan yang digunakan hendaklah ditetapkan dengan penanda contohnya skitel. Di samping itu.di dalam gelanggang badminton dan memperlihatkan murid video berkaitan teknik dan kemahiran pergerakan kaki dalam permainan badminton. 2001). murid-murid akan lebih tertarik dan berasa gembira dalam pengajaran. Kawalan kelas. Semasa mengajar kemahiran. Contohnya dalam pengajaran kemahiran pergerakan kaki dalam pengajaran badminton. terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki dalam kaedah pengajaran tidak kira dalam RPH mahupun semasa pengajaran dan pembelajaran iaitu kawalan kelas. Chia dan Ganathan. Ini adalah disebabkan kedua-dua peristiwa ini . perkara yang saya dapati dalam pengajaran dan pembelajaran kami ialah kami kurang memberi perhatian kepada setiap murid padahal perkara ini sangat ditekankan dalam pengurusan kelas. Antara caranya adalah menggunakan pendekatan deduktif iaittu pemahaman konsep terlebih dahulu barulah mengemukakan contoh-contoh yang sesuai.persoalan ini akan menyebabkan mereka berfikir dan menganalisis. 2014). Namun begitu. Rujuk rajah hierarki Taksonomi Bloom dalam lampiran 1. Oleh hal yang demikian. Tambahan pula. Kajian yang dijalankan oleh Miura dan Jones (2005) mendapati dua peristiwa atau situasi yang biasanya dapat mencetuskan jenaka ialah semasa guru menjelaskan isi kandungan dan semasa guru mengeluarkan arahan berkaitan pengurusan bilik darjah. Unsur jenaka atau komunikasi secara kecindan seharusnya diterapkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. KBAT ini juga membantu murid berfikir secara eksplisit bagi melahirkan idea-idea bernas mengikut jenis soalan.

Namun demikian. perlakuan yang betul dalam kemahiran bola baling dan badminton dan sebagainya. Sikap malas untuk turun berlatih kemahiran tersebut merupakan salah satu factor saya kurang cekap dalam beberapa kemahiran tersebut. saya perlu mempersiapkan diri saya untuk menguasai kemahiran ini dan saya tidak mahulah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Oleh itu. Sokongan moral yang diberikan oleh mereka mendorong saya untuk melakukan fasa kemahiran semasa amali dengan baik. Oleh hal yang demikian. Saya juga mengetahui bertapa pentingnya KBAT dalam mendidik murid. dan guru kelihatan menggunakan jenaka sebagai ‘vehicle’ untuk menyampaikan maklumat kepada pelajar. Tugasan seterusnya ialah amali. Contohnya ialah dalam set induksi iaitu memperkenalkan kemahiran. Seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran-cabaran keadaan kecemasan yang mungkin timbul (Sarjit Singh & Sheikh Kamaruddin. terdapat banyak aspek dalam kemahiran yang saya perlu tingkatkan lagi. saya perlu tingkatkan lagi usaha dan buangkan sikap malas saya untuk menguasai kemahiran ini kerana kedua-dua kemhiran ini iaitu kemahiran asas permainan badminton dan bola baling merupakan salah satu tajuk dalam Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Sekolah Pendidikan Jasmani di Tahun 4 dan Tahun 5 masing- masing. sebagai seorang guru pelatih yang mengambil Pendidikan Jasmani sebagai subjek elektif. Pemupukan KBAT pada . kerjasama yang ditunjukkan oleh kumpulan saya dalam merangka Rancangan Pengajaran Harian dan melaksanakan pengaaran dan pembelajaran adalah baik Secara keseluruhannya. Secara peribadi. saya dapat memahami topik dalam permainan badminton dan bola baling.mengandungi maklumat dalam bentuk pengetahuan dan arahan. Antara aspek yang diambil kira dalam amali ialah menunjukkan fasa lakuan setiap kemahiran dalam badminton dan bola baling. kursus ini banyak memberi pegetahuan baru kepada diri saya. Kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugas harian dengan cekap dan cergas tanpa merasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Antaranya ialah saya dapat menjelaskan keperluan latihan kecergasan fizikal sebagai amalan gaya hidup sihat. Contohnya dalam amali membuat padang. 1987). Bukan itu sahaja. Secara tidak langsung juga. kerjasama yang dipamerkan dalam melaksanakan aktiviti oleh saya dan rakan saya adalah sangat baik.

masa kini adalah sangat dititikberatkan kerana ia sangat membantu dalam meingkatkan pencapaian akademik murid. dan sesuai dengan kehidupan pada masa kini yang pesat berubah dan berorientasikan teknologi. membantu dalam perkembangan intelektual. Hal ini kerana guru bukan sahaja untuk mendidik murid tetapi untuk mendidik seorang manusi menjadi insan. kursus ini banyak membantu saya untuk mempersiapkan diri sebagai seorang bakal guru yang kompeten dari aspek fizikal. Kesimpulannya.emosi dan intelek. Motivasi dan dorongan yang diberikan oleh pensyarah bagi kursus ini akan saya terapkan dalam diri saya. (988 patah perkataan) .