You are on page 1of 21

PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN

1
SEKOLAH PENGURUSAN PEMIMPIN - BAHAGIAN 2. Pn Norzian bt Ramli.

Page
SIP+ PPW Sentul

LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF BANGKOK DI SJKC JINJANG SELATAN SEMASA
SIPATNER+ MENGADAKAN SESI BIMBINGAN - GURU BESAR (BERBAJU PINK) SEDANG
MENERIMA CENDERAMATA DARI WAKIL ROMBONGAN

Kepimpinan Pendidikan ialah perihal memimpin dan mengurus kerja buat teras sekolah iaitu
mendidik (Educational leadership is about leading and managing the core work of school –
educating ). Pemimpin berbeza dengan pemimpin yang lain bukan hanya kerana kopetensi dan
ilmu pengetahuan serta pengalamannya tetapi bagaimana seseorang itu mengaplikasikan ilmu
dan pengalaman itu di sekolah.Bagaimana pemimpin itu berkongsi prinsip-prinsip dan amalan
baik dengan sekolah-sekolah yang lain .Di sini kualiti kepimpinan dapat dilihat. Pemimpin juga
mempunyai stail tersendiri .Kepimpinan Aras Tinggi (Aras 5 ) ialah pemimpin yang mampu
mencapai apa sahaja dalam kehidupan tanpa mengira keuntungan peribadi.Beliau
mengamalkan kerendahan hati untuk mencapai kehendak profesional .Kepimpinan 360 darjah
juga merupakan pemimpin yang hebat kerana beliau mampu memimpin orang atasan, bawahan
dan rakan sejawatnya.
Kepimpinan yang sekian lama diamalkan disekolah sekolah ialah Kepimpinan Instruktional
Kerangka Hallinger dan Murphy ,1985 dan ditambahbaik tahun 1990. Pemimpin Instruktional
berorentasikan mata pelajaran,mensesuaikan misi akademik dengan strategi dan tindakan.Hala
tuju jelas dan terlibat secara langsung dengan pembelajaran dan pengajaran . Dalam dunia
tanpa sempadan dan ilmu di hujung jari ,Pemimpin Transformasi boleh mengubah persepsi dan
memotivasikan stafnya. Pemimpin ini sering bekerjasama, berkongsi kuasa dan saling bantu
membantu untuk kecemerlangan organisasi. Guru merupakan pemimpin dalam kategori yang

tersendiri begitu juga dengan murid . Mereka pemimpin kecil yang perlu diberi perhatian

2 Page
.Bagaimana mengurus pemimpin? Pemimpin hendaklah reponsif kepada perubahan, menjana
dan menjuarai perubahan.Pemimpin bertindak sebagai pemangkin, ejen dan menyediakan
arena untuk perubahan. Pemimpin mampu mengatasi halangan dan cabaran.Pemimpin yang
disegani meminimumkan masalah dan melihat masalah sebagai ruang dan peluang untuk
bergerak kehadapan. Pemimpin yang berjaya membentuk budaya kerja terancang, membina
budaya kerja kolaboratif,membuat refleksi kendiri dan mengamalkan imperatif moral
.Membentuk budaya kerja terancang sesuatu yang disegani kerana pemimpin perlu berfikir,
melaksana dan menilai kerja tersebut. Untuk mencapai apa yang dihasratkan seseorang
pemimpin perlu menentang arus dengan sebaik-baiknya tanpa mengguris hati ahli yang
dipimpinnya . Seorang pemimpin perlu ada coach atau mentor.Mereka pemimpin yang
berpengalaman yang boleh berkongsi kecemerlangan dan kebitaraan . Pemimpin tidak boleh
kerja bersendirian .Beliau memerlukan sokongan orang bawahan. Kerja sepasukan
diutamakan.Formula kerja sepasukan ialah semua ahli mengambil bahagian , partisipati sangat
penting dan tidak wujud istilah penumpang. Budaya kerja kolaboratif digalakan kerana setiap
individu mempunyai kelebihan masing-masing.Kepakaran, kemahiran , keupayaan dan
pengetahuan yang boleh dikongsi bersama.Kerja sepasukan sangat penting untuk
membangunkan organisasi.Pepatah mengatakan “Kuat Akar Kerana Tunjang , Kuat Tunjang
Kerana Akar “, “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh,” ‘’Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat
Manusia Kerana Muafakat.”Itulah namanya “ Team Work “ Dalam keberanian membina budaya
baru dan melaksanakan strategi berasaskan amanah dan tanggungjawab imperatif moral
diamalkan. Imperatif Moral ialah kesedaran dalaman yang mengerakan kita untuk
bertindak.Amalan ini boleh mengubah warga sekolah ke arah lebih positif. Pemimpin
menjalankan tugasnya kerana akauntabiliti dan terus menimba ilmu pengetahuan.
Pembelajaran berterusan sangat bermakna jika Pembelajaran Komuniti Profesional diamalkan .
(PLC) Akhir sekali ,pemimpin juga perlu membuat refleksi kendiri.Empat soalan ini sudah cukup
untuk kita membuat refleksi . Mengapakah kita memilih atau menerima tawaran untuk menjadi
pemimpin ? Tentu sekali jawapannya kerana pengalaman, kepakaran, kebolehan dan
keupayaan kita. Tetapi jangan lupa kepercayaan orang. Ayuh jangan dikhianati kepercayaan
itu ! Soalan kedua, apakah imej atau stail kepimpinan yang hendak ditonjolkan ? Empat stail
kepimpinan , anda yang mana ? Ketiga , apa sumbangan kita kepada profesion yang kita cintai
dan akhir sekali , apakah warisan atau legasi yang ingin ditinggalkan ? Semua jawapan ada
ditangan pemimpin sekalian. Fikir-fikirkanlah.

Turut tidak dinafikan juga potensi diri dihasilkan .kepakaran .Semua ini merupakan nilai tambah dalam kerja sepasukan .kemahiran dan pengetahuan. Semua perlu bekerjasama membangunkan diri dan melibatkan komitmen yang tinggi. Keupayaan merangka perubahan yang terancang menghasilkan impak yang besar kepada sistem pendidikan .kita dapat menggabungkan pelbagai keupayaan. menjimatkan kos .Kerja sepasukan membantu mengwujudkan hubungan sosial yang erat lantaran itu ahli pasukan merasa diri dihargai dan diberi kepercayaan. digilap aktif dan kreatif untuk selesaikan pelbagai masalah mendatang .tenaga dan masa . Perubahan yang terbaik didukung oleh semangat kerja sepasukan .di mana setiap orang mengutamakan kepentingan kumpulan daripada kepentingan individu" Membina pasukan sangat penting untuk membangunkan organisasi kerana hikmahnya . Pemimpin bertindak sebagai ketua memacu keharmonian sumbangan semua ahlinya dan mengerakkan matlamat ke arah yang sama. Setiap individu ada kelebihan dan keistimewaan masing-masing umpama fungsi lima jari di tangan .Dalam sebuah pasukan pemimpin perlu meminimumkan masalah. Dalam kerja sepasukan seseorang hendaklah mengutamakan kepentingan kumpulan daripada kepentingan individu kerana amalan ini boleh meningkatkan kualiti pendidikan .saling menyumbang dan penglibatan yang menyeluruh. 3Page PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH MEMBINA PASUKAN DAN MENGURUS PERUBAHAN- BAHAGIAN 3 Pn Hjh Norzian bt Ramli SIP+ PPW Sentul Kerja sepasukan ditakrifkan dalam Kamus Webster’s New World sebagai “tindakan bersama oleh sekumpulan orang .

jika ingin melakukan penolakan .Warga kerja dituntut untuk memahami keperluan dan budaya kerja sepasukan yang berkesan dan berusaha menjalin hubungan yang akrab. 2000) boleh digunakan dalam membina pasukan .Penggunaan modul ini agak berjaya apabila dipopular dan disebarluaskan oleh Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands. kewibawaan . R. Kekurangan yang ada jangan dilihat sebagai faktor penghalang kecermerlangan berilah sokongan dan bimbingan . S –Support ( Sokong). tugasan dan peranan dilaksanakan dengan berstruktur .Respect (Hormat ) . pengalaman dan kelebihan yang ada agar mereka dapat memberi sumbangan yang bermakna dan diperlukan.Recognise (Mengikhtiraf ). Sebagai pemimpin .Terima kasih kepada IAB dan tahniah kepada sekolah yang mengamalkannya. Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia pada suatu ketika dahulu .responsif semasa berbincang dan berkomunikasi . Berkenalan dan beramah mesra untuk mengenal hati budi . keputusan dibuat bersama.Accept Unconditionally (Terima Tanpa Syarat ) . Modul ARRAS untuk membina pasukan cemerlang dan modul DEFFRAAC bagi mengurus perubahan .Produktiviti dan kualiti dapat diwujudkan apabila setiap ahli memahami erti kerja sepasukan. A – Appreciate (Menghargai ). Mereka sentiasa ada dihati pemimpin. ketua atau penyelaras sesebuah organisasi atau pasukan. ARRAS ialah akronim bagi A.beliau perlu menerima ahli-ahlinya tanpa mempertikaikan kehadirannya. berbincang dan bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Modul ARRAS (Yap. Cungkillah apa keistimewaan. R.buatlah dengan beradab dan akhir sekali jangan lupa membuat penilaian kendiri.Ciri pasukan yang cemerlang memaparkan kebolehan ahlinya mendengar dengan teliti. Dia perlu menghormati sesiapa juga yang dipilih untuk menyertai pasukannya. Ahli dalam sebuah pasukan mencerminkan . Untuk kekal cemerlang tujuan sesuatu yang ingin dikemukakan mesti jelas.Pasukan yang efektif merupakan satu unit yang berinteraksi untuk berkongsi maklumat 4 Page dalam ruang sempadan tanggungjawab. Dalam membina dan membangunkan pasukan dua modul yang diperkenal dan digunapakai oleh YB Datuk Mary Yap. Kehadirannya sebagai ahli diikhtiraf dan dihargai.

pemimpin dan kepimpinannnya.Celebration (Keraian ).F . senaraikan kekuatan dan kelemahan untuk membantu pemimpin melihat impak daripada tugasan yang diberi. Dari sisi lain tugas inilah yang paling mencabar dan sering diabaikan oleh pemimpin di sini coaching dan mentoring mengambil tempat. Di sinilah imej pemimpin terselah dan kewibawaan 5 Page dikagumi. buatlah refleksi. DEFFRAAC juga menggunakan akronim seperti yang berikut: D. R. A.Seandainya berlaku penambahbaikan disegerakan. C.Follow Up Action (Tindakan Susulan ) F –Follow Through Action (Tindakan Penyempurnaan) . Penghargaan sangat dituntut demi kejayaan . E- Empowerment (Penurunan Kuasa Dengan Keyakinan) . Kegagalan menyempurnakan tugas ini mempamerkan kerja pasukan yang kecundang dan tidak berjaya. Apabila tugas telah disempurnakan .pengurusan yang cekap dan kepimpinan yang berkualiti. Jika ada kelebihan railah kejayaan itu .Ini kuasa yang ada dan peluang memberi tugasan kepada orang lain. Ucapkan terima kasih atas segala sumbangan dari pemimpin bagaikan bunga kembang mekar di taman hati setiap ahli .mengagih dan menurunkan kuasa dengan keyakinan. Melalui sesi ini penambahbaikan diharapkan untuk melihat sesuatu majlis atau pasukan yang dipimpinnya melahirkan majlis yang mantap .Reflection (Refleksi ). A – Appreciation (Penghargaan) . Modul yang kedua ialah Modul DEFFRAAC untuk mengurus perubahan . Menguruskan perubahan dalam modul ini sangat menggembirakan pemimpin terutama dalam menguruskan tindakan 1 dan 2 .Melaksanakan tindakan susulan dan tindakan penyempurnaan merupakan tugas berat yang memerlukan masa dan kepakaran.Action For Further Improvement ( Tindakan Penambahbaikan ).Delegation (Agihan ). .

Analisis keperluan diutamakan. sumber dan latar belakang sekolah. . budaya.kursus atau bengkel namun ianya satu program yang dirancang secara komprehensif dan berterusan yang memberi kesan positif kepada murid. Sesi Coaching dan Mentoring. Pembangunan Profesional merangkumi Pembelajaran Arah.melaksana. 6 Page PROGRAM PEMBANGUNAN ORGANISASI UNTUK KECEMERLANGAN SEKOLAH PEMBANGUNAN PROFESIONAL – BAHAGIAN 4 (AKHIR ) Oleh Pn Hjh Norzian bt Ramli SIP+ PPW Sentul Pembangunan profesional selalunya dikenali sebagai latihan .Kendiri. Manakala pembangunan profesional aliran baru merupakan pembangunan profesional berterusan yang berorientasikan model pertumbuhan. Pemimpin dan pentadbir sekolah bertanggungjawab untuk mengenal pasti keperluan untuk merancang . Pemerhatian .Penilaian dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).Program dirancang dengan andaian guru sebenarnya mempunyai potensi tertentu yang perlu digilap dan dikembangkan. Latihan ini berorientasikan “Model Defisit” dan selalunya program dirancang berasaskan andaian yang guru-guru serba kekurangan dalam pengetahuan dan kemahiran tertentu. memantau dan menilai. Aktiviti pembangunan profesional guru di sekolah adalah unik dan berdasarkan kepada lokasi. Pembangunan profesional secara konventional ditafsirkan sebagai Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) atau gelaran lainnya Latihan Kemajuan Staf (LKS). Pemimpin juga disaran membuat tindak ikut dan tindak susul sesuatu program agar pembangunan yang berkesan dapat dicapai. Kajian Tindakan.

PLC merupakan amalan yang dikongsi bersama . kelemahan pembelajaran dibincang bersama untuk membuat penambahbaikan. Dalam melaksanakan PLC guru perlu bersifat terbuka dan rela menerima kritikan demi untuk memajukan murid . Faktor fizikal menggalakan pembudayaan komuniti pembelajaran profesional . Amalan bilik darjah diluaskan dengan melibatkan anggota masyarakat dalam sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran .Mengetahui ciri –ciri PLC membantu guru membuat refleksi tentang amalan mereka di sekolah.Dengan itu pemimpin sekolah hendaklah sentiasa menguasai pengetahuan dan kemahiran terkini.PLC sebagai satu strategi pembangunan profesional yang berkualiti tinggi dan berterusan. Apakah yang dimaksudkan dengan PLC ? Professional Learning Community atau Komuniti Pembelajaran Profesional adalah satu kaedah pembangunan profesional guru untuk terus menambah baik sekolah (DuFour.Ruang yang sesuai untuk perbincangan formal .PLC juga satu pendekatan pembangunan staf yang memupuk semangat kolaboratif antara pentadbir dan guru disamping berkongsi pembelajaran. Beberapa perkara penting untuk menyokong pembangunan PLC yang efektif.2006).pertama masa untuk bertemu dan berbincang. Kebelakangan ini sekolah diminta untuk membudayakan PLC. PLC bukan satu model tetapi merupakan satu pendekatan atau proses . kerjaya dan pengajaran kita.Tumpuan diberi kepada hasil kerja murid dengan melihat data-data untuk membantu mengesan kelemahan demi penambahbaikan .Norma dan nilai yang baik dimanfaatkan.Kekuatan. Menurut DuFour dua sokongan utama untuk menjadikan PLC budaya yang berkesan.Guru boleh mengadakan dialog reflektif selepas pembelajaran . 7 Page Pembangunan profesional yang terancang dan berterusan mampu mencetuskan budaya ke arah kecemerlangan kualiti pengajaran.Pembangunan profesional aliran baru menuntut perubahan perspektif tanggungjawab pemimpin sekolah.

Pemimpin memainkan peranan yang besar untuk memupuk penglibatan aktif daripada seluruh warga sekolah. Semua pihak perlu memahami dan menghargai nilai pembudayaan PLC agar usaha yang berfokus dan bersepadu diamalkan oleh pemimpin sekolah.Selain itu peluang bagi guru-guru berinteraksi tanpa gangguan. perkongsian maklumat. Alat ini mengenalpasti kekuatan dan melaksanakan program penambaikan untuk membantu pemimpin mengatasi kelemahan yang ada . penambahbaikan berterusan dan perubahan yang terancang mampu merealisasikan PLC dengan baik. Head Count. Sebahagian besar masa untuk membuat perancangan dan melibatkan diri dengan aktiviti pembangunan profesional seperti perbincangan dengan guru lain. masa mengajar bagi seseorang guru adalah sangat minimum berdasarkan kajian yang dibuat.Antara alat yang telah diamalkan di sekolah ialah Analisis SWOT.membantu murid secara individu dan melawat ke kelas -kelas . What’ s Working Well. Bagi membantu sekolah melaksanakan Program Pembangunan Organisasi Untuk Kecemerlangan Sekolah terdapat beberapa alat untuk penambahbaikan perkenalkan.kepercayaan dan rasa hormat. 8 Page kemungkinan kedudukan staf yang berdekatan antara satu sama lain sangat diperlukan. 5 Whys. Faktor guru itu sendiri yang merupakan sumber manusia yang termasuk dalam budaya amanah dan kepimpinan.Pembudayaan PLC dapat dimantapkan dengan rasa keterbukaan .dan tidak formal. SKPM dan Gambar Rajah Isikawa . Bagi negara maju .Perkongsian kepakaran dan kepimpinan yang berfokus kepada kejelikitan ahli .

A. Setelah menjalani latihan PrOD di bawah kelolaan Institut Aminuddin Baki (IAB) mulai 2008. 9 Page PENGALAMAN MELAKSANAKAN PrOD (Pembentangan di Seminar Kerja PrOD (IAB) 2011) Oleh Abdul Rahim bin Mohd Yunus Pengetua SMK Sultanah Hajjah Kalsom. Huraian deskriptif ini ialah aplikasi model dan elemen asas latihan PrOD. sekolah harian dan Sekolah Kluster Kecemerlangan). Kuantan. elemen latihan tersebut telah digunakan dalam beberapa persekitaran yang berbeza. Beberapa elemen yang dapat dijadikan formula kejayaan pembangunan sekolah telah dikenalpasti berdasarkan pengalaman dua kali bertukar sebagai pengetua pada tahun 2009 dan 2011. Seterusnya. tidak dapat dinafikan berlaku kesan limpahan dalam bentuk positif apabila program ini tersebar bersama pergerakan pengetua. Walau bagaimanapun. Pahang ABSTRAK Salah satu cabaran pelaksanaan Program Melonjakkan Kecemerlangan Sekolah Melalui Pembangunan Organisasi (PrOD) yang dijangka dari awal oleh para Konsultan Kanan IAB ialah pertukaran pengetua yang terlibat dengan program latihan ini. Pendahuluan . Kertas ini menghuraikan pendekatan pengetua melaksanakan PrOD di tiga sekolah yang berbeza (Sekolah Model Khas. dibincangkan juga kesan pelaksanaan PrOD dan akhirnya beberapa cadangan yang mungkin dapat meningkatkan keberkesanan PrOD di sekolah-sekolah.

Kami mementingkan mesyuarat dan keputusan bersama yang sangat diperlukankan (Al-Imam Al-Nawawi. Saya telah memberikan fokus kepada membentuk pasukan pentadbir dan warden asrama terlebih dahulu kerana itu ialah isu strategik ketika itu. sekolah yang baru diterajui pengetua PrOD asal akan menjadi medan atau ‘frontier’ baru untuk dipertingkat. B. Orientasi kesedaran kepada penghayatan agama Islam yang menjadi asas kekuatan penting sekolah ini sejak penubuhannya telah kami teruskan.” (Abdul Rahim. Pendekatan Membangunkan Sekolah Sebelum PrOD Tiada perkataan “Pembangunan Organisasi” atau “OD” (Organizational Development) disebut-sebut dalam menjalankan tugas sebagai pengetua baru mulai Julai 2005. Perubahan yang dijangkakan ini juga diharap akan dapat menyebarkan pendekatan pembangunan organisasi dalam acuan PrOD. perhatian lebih ditumpukan kepada asrama dan akademik. 2009) Usaha mencapai “kecemerlangan sekolah” ialah perkataan yang lebih popular melalui Program PKKP (Peningkatan Kurikulum dan Kemajuan Pendidikan) bagi warga pendidikan di Pahang. Page 2009). kokurikulum.Latihan PrOD Kohort 1 bermula pada 2008 dan berakhir pada tahun 2010. Pada peringkat awal. Idealnya. saya turut menggunakan sepenuhnya Jawatankuasa Pengurusan Sekolah bagi meningkatkan keupayaan perancangan dan tindakan di sekolah. “…a fresh principal (a rookie) with a clear mission but very little instructions. sementara sekolah yang ditinggalkan diharap akan terus berkembang pembangunan organisasinya. Folio A (Analisis dan Diagnosis) dan Folio B (Program) ialah aktiviti dan dokumentasi yang cuba diusahakan semua sekolah dalam program tersebut. Ini kerana pelaksanaannya ialah mengikut pengetua yang terlibat. Pengurusan Strategik berdasarkan kursus di IAB juga menjadi “modal” menjalankan tugas. 3K dan pengurusan pejabat. Bidang yang ditumpukan dalam PKKP ialah kurikulum. 2000) bagi menentukan tindakan dan melaksanakan . Sambil mewujudkan pasukan kerja yang baik di asrama. Dalam masa tersebut banyak 10 perubahan telah berlaku dan antara perkara yang dijangkakan ialah pertukaran pengetua (Mary Yap. bina insan.

Mengenalpasti isu-isu strategik kepimpinan. Kami cuba memanfaatkan proses yang digariskan dalam latihan PrOD bagi memenangi hati dan minda ke arah kesedaran yang merangkumi semua peringkat pemimpin yang digariskan dalam PrOD iaitu pemimpin: atasan. 3. C. peluang serta ancaman sendiri serta ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan. Telah ada slogan ‘Nothing Page Personal’ dan ‘Purely Professional’ yang saya tambahkan kepada ‘No Hurt Feelings’ dalam ‘After. pertengahan. 4. kelemahan. 2009). 2004) . 2. baru dan murid. Pendekatan Pelaksanaan PrOD Sekolah Model Khas:SMK Seri Bentong (2008-2009) Sekolah yang menempatkan murid Tahap 2 Sekolah Kebangsaan (Tahun 4.muhasabah atau refleksi. Merangka Pelan Tindakan PrOD Fasa 1 bagi perancangan dan pelaksanaan tahun 2008 hingga 2009. PrOD memberi fokus pembangunan organisasi melalui kepimpinan serta keberkesanan peribadi. 5 dan 6) dan menengah (Tingkatan 1 hingga 5) memerlukan peranan Guru Besar dan Pengetua sekaligus. Fokus tambahan sebagai modal kami ialah usaha meningkatkan Keberkesanan Peribadi (‘Personal Effectiveness’) yang dirangkumkan dalam 2 sifat pegangan Pemimpin Aras 5 (Level 5 Leaders) iaitu ‘Professional Will’ dan ‘Personal Humility’. Tindakan Pengetua dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran 1. Ada juga unsur ketenteraan yang saya ketengahkan dalam melaksanakan 11 tugas mendisiplinkan asrama dan menganalisis tindakan (Abdul Rahim. Pelan Tindakan Fasa 1 yang dirancangan bersama Guru Penolong Kanan pentadbiran dijelaskan melalui jadual berikut: .Action Review’ ( AAR) pasukan tentera (Townsend & Gebhardt. Melakukan refleksi awal melalui analisis SWOT tentang kekuatan. Membina Carta Gantt untuk kawalan dan pemantauan.

· Membuka peluang semua guru. · Menyiasat dan menyelesaikan kes-kes pelanggaran disiplin bersama warden dan guru. anekdot. · Melibatkan murid dalam merangka program sekolah.Ayat Cinta” untuk dihurai secara lisan bertulis untuk dihayati oleh warga sekolah. mendapatkan pandangan dan cadangan melalui sesi sumbangsaran (‘brainstorming’) · Perjumpaan dan latihan khas untuk Exco Asrama dan Pengawas. memimpin solat hajat dan bacaan surah Yaasin. · Menjadi imam solat berjemaah. Bahan-bahan ini diterbitkan melalui Arena Seri yang diusahakan pula oleh Pusat Sumber Sekolah. · Merangka dan melaksanakan Pakej Induksi Seri Bentong atau orientasi guru baru supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran tugas di SMKSB. · Membudayakan penulisan peribadi dalam bentuk esei. Guru-guru akhirnya banyak memberi sumbangan sehinggalah edisi terakhir (ke-7– Edisi Khas PrOD) ketika saya meninggalkan sekolah. staf dan murid memberi pendapat secara bertulis atau lisan serta “mendengar” sebarang aduan. · Menghantar murid yang sakit ke klinik atau hospital. sajak dan bahan pembentangan yang berkaitan tugas. · Mengambil bilik asrama dan kelas angkat untuk memulihkan keceriaan. · Pemeriksaan kerap asrama pada waktu persekolahan dan lewat malam. . · Menyampaikan kemahiran membuat nota melalui kaedah MindMap – setiap kali orientasi murid baru dan slot kemahiran belajar untuk guru dan murid. · Perjumpaan berkala Pengetua dengan murid mengikut tingkatan.“Ayat. 12Page Antara inisiatif peribadi Pengetua: · ‘Monday Sharing’ – perkongsian profesional selepas perhimpunan/mesyuarat. · Menghadiahkan buku kepada semua Guru Penolong Kanan yang berkisar kepada pembinaan sahsiah serta motivasi professional. refleksi. · Bertugas menjaga Kelas Tahanan pada hujung minggu dan merangka modul khas “Gerak Seri”. · Memilih lagu tema profesionalisme (“lagu Pengetua”) .

dengan bantuan guru-guru Seri Bentong yang juga bertindak sebagai penceramah dan fasilitator. Selain pihak pengurusan dapat menilai aktiviti sekolah. Menawarkan bengkel dan membentangkan strategi menangani cabaran dalam bilik darjah. Membantu PPD untuk melatih GSTT dengan menyediakan modul asas. Karnival Sekolah Rancangan Khas dan seumpamanya. maklum balas yang dipanggil ‘Ticket to Leave’ dan refleksi kendiri dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lain. Murid adalah amanah oleh Allah dan kita akan dipersoalkan tentang amanah. kecemerlangan serta menjauhi kejahatan dan keburukan ialah “kerja Nabi” yang diamanahkan bagi penerusan umat yang berjaya di dunia dan akhirat . membangkitkan emosi dan akhirnya menjadi asas penyatuan dan tindakan secara rasional. Krisis dan ‘self-attack’ dalam bentuk terkawal juga saya gunakan dalam menguji Jawatankuasa Pengurusan dan Guru Penolong Kanan. Menjadikan aduan pelanggan sebagai alat rangsangan. pelaporan dan keceriaan. Saranan oleh PrOD ini menjadi cara yang amat berkesan dan mudah untuk mendapat maklumbalas segera dari semua guru. Memberi peluang dan menonjolkan guru-guru untuk pengendalian program di peringkat daerah dan negeri seperti Kem Kepimpinan Asrama. Saya mewujudkan rasa kurang selesa berada di zon selesa.· Memilih tugas paling sukar dalam pembahagian kerja pasukan. Penegasan yang diulang-ulang kepada guru: Menganggap murid sebagai anak-anak sendiri. 1986). 13Page Selain itu. Membudayakan penyediaan dokumentasi bagi setiap aktiviti sekolah. Mewujudkan krisis dalam bentuk ini adalah pendekatan tentera yang digunakan dalam pemasaran perniagaan: “The best strategy is the courage to attack yourself” (Ries & Trout. aktiviti seperti menulis surat kepada diri sendiri yang dinamakan Visi Peribadi. Menetapkan standard minimum untuk aktiviti atau hasil kerja seperti dokumentasi. Sekolah Harian:SMK Bukit Rangin (April 2009-Ogos 2011) . Jika tidak dapat mencapai tahap anggapan tersebut guru- guru disarankan membayangkan apa yang diharap jika anak-anak mereka sendiri berada di tempat murid-murid. Kerja membina sahsiah serta mengajar kebaikan. guru juga terlibat dalam proses membangunkan sekolah.

Mesra murid melalui sentuhan peribadi. Keadaan tersebut turut memberi kesan kepada keputusan pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat SPM yang tidak pernah mencapai kelulusan 100%. sekolah harian luar bandar (diasaskan pada 2001) tanpa 14 asrama yang muridnya melebihi 1100 orang. 2. Menghurai potensi akademik melalui data. Langkah susulan: 1. isu tersembunyi (keluhan. memastikan perjumpaan dengan kumpulan murid secara terancang. tidak cakna sebahagian penjaga/ibu bapa dan kegagalan mengawal tingkahlaku murid. 7. khususnya kekasaran/sikap agresif murid. Klinik). Mendapatkan maklumbalas dari guru melalui ‘Ticket To Leave’ – 2 soalan sahaja bagi mengenalpasti pandangan . mesyuarat) 4. 6. Isu utama ialah masalah disiplin murid . diamanahkan dan mesti menerima “sumpahan” atau tanggungjawab sebagai orang berilmu. 4. 2. 5. Rekod juga menunjukkan bahawa kehadiran murid dalam peperiksaan SPM juga tidak pernah 100%.Tuan Imam. Meyakinkan guru bahawa masih ada ruang membaiki prestasi sekolah dan keluar dari keselesaan (waktu balik. Guru-guru amat prihatin akan kecemerlangan tetapi terganggu dengan masalah disiplin. Langkah awal yang kritikal bagi menentukan perubahan di SMKBR: 1. perjumpaan dan taklimat. 3.Saya ialah pengetua lelaki pertama di SMKBR. jadual kokurikulum. 3. Menekankan standard minimum dalam dokumentasi. Latar belakang murid serta guru yang bertugas di pinggir Page bandar besar menyediakan cabaran yang berbeza. Membina pasukan pengurusan yang “berbeza”. masalah ). harapan. “Terbuka dan mendengar” melalui bersemuka dan saluran elektronik. Membina keyakinan bahawa guru sebenarnya ‘in-charge’. Meletakkan guru dan murid ditempat masing-masing melalui penegasan dalam perhimpunan rasmi. Isu strategik yang dikenalpasti ialah kehadiran tahunan murid ke sekolah yang tidak pernah mencapai 90%. . Yang Berhormat). Memastikan kehadiran dilihat dan dirasai – pemimpin tempatan (Tok Empat. Bertindak menangani masalah disiplin yang serius secara tegas dalam kelembutan. agensi kerajaan (Pondok Polis.

terkawal dan relevan dengan keupayaan murid. murid dan bekas murid) sebelum saya bertugas di sini telah membantu. Page 7. Bantuan Anak Yatim) 8. Membina rangkaian sahabat dengan sekolah berdekatan dan sama “liga” dan bekerjasama dalam program kecemerlangan akademik. 9. bukan andaian. Melaksanakan Program Pasca PMR secara terancang. Meningkatkan unjuran kecemerlangan akademik daripada zon selesa dan ‘play safe’. Bantuan Hari Raya.blogspot. 12. Kolej Shahputra. Hampir 100% daripada 568 muridnya tinggal di asrama Sekolah Rancangan Khas negeri Pahang ini. Hubungan melalui blog SMKBR dengan warga SHAKS (guru. Statusnya membawa jangkaan di luar kebiasaan pada pandangan komuniti pendidikan setempat. Memastikan data digunakan untuk membuat keputusan. UIAM. Reputasi mendahului kedatangan saya di SHAKS seperti juga di SMKBR.com) yang dibangunkan sebagai salah satu aktiviti Pasca PMR. perbincangan dan maklumbalas melalui blog sekolah (smkbrangin. Mengaktifkan forum maklumat.5. 10. 15. dengan cabaran yang makin “besar. Meneliti latar belakang murid. Menggunakan hubungan baik dengan SBP dan menumpang program kecemerlangan. memahami status sosio-ekonomi. Kolej Matrikulasi. Kuantan era 80-an hingga 2005 dengan lebih 10% gurunya turut menjadi aset. di samping hubungan lama sebagai rakan setugas di SMK Abdul Rahman Talib. negeri dan kebangsaan. 14. Membina kerjasama erat dengan UMP. 15 6. Menyesuaikan pelbagai tindakan meningkatkan kecemerlangan SMKBR melalui pengalaman PrOD di SMKSB. . Menggerakkan perubahan melalui Matriks ERRC saranan ‘Blue Ocean Strategy’. Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK):SMK Sultanah Hajjah Kalsom (Ogos 2011-Sekarang) SMK Sultanah Hajjah Kalsom Kuantan atau lebih dikenali sebagai SHAKS dinobatkan pada 2011 sebagai SKK Kohort 4. mengutamakan kebajikan dan mempromosi bantuan untuk mereka (Cakna Pengurusan . berbulu dan manakutkan”. Tugasan di sini menyamai SMKSB. UiTM dan 13. Mempromosi komitmen sekolah melalui orientasi SK dan lawatan ke rumah murid. Pelaksanaan perkara asas PrOD di sini perlu disegerakan dan ada tanda-tanda yang menunjukkan boleh diserap lebih cepat. 11.

Formula Keberkesanan/Kejayaan & Potensi Yang Perlu Dimanfaatkan 1. Menentukan fokus melalui proses Pengurusan Strategik · Analisis persekitaran · Mengenalpasti isu strategik · Bertindak segera dan jelas (“Must be done and must seen to be done”) 3. Mendapatkan maklumbalas awal melalui ‘Ticket To Leave’ . 2. D. pemimpin baru (guru baru berkhidmat di SHAKS dan guru novis) dan pemimpin murid (Pengawas Sekolah. Mengubah pandangan guru. yang dipimpin. Pelan Tindakan 4. Mengubah pandangan ibu bapa atau penjaga · Membantu & memudahkan urusan . 3. Setiausaha. · Pasukan Pengurusan Mantap (‘A-Team’)/Kumpulan Pemikir (‘Think-Tank’) · Mengoptimumkan peranan Guru Kaunseling Sekolah 2. Kesedaran Profesional · Peribadi –persepsi terhadap kepimpinan. Menulis anekdot atau catatan pengalaman 6. Ahli-Ahli Jawatankuasa Induk).Perkara yang telah dilaksanakan setakat ini: 16 1. Penyelaras. Memulakan pengenalan aspek keberkesanan peribadi pemimpin hadapan (G11). pemimpin Page pertengahan (Ketua-Ketua Panitia. Sedapat-dapatnya mempraktikkan ‘professional will’ dan ‘personal humility’ dalam semua keadaan. AJK Tertinggi semua peringkat). Mendokumentasi proses 5. menghormati dan mendahulukan murid 7.guru dan murid. Asrama. murid dan staf sokongan · Tenang dan mesra dan (‘cool head and warm heart’) · Menepati kata dan janji · Melatih guru dan murid melalui kepercayaan dan pengupayaan (‘empowerment’ – ‘letting go so that the others can get going’) · Mendekati .

Peningkatan kecemerlangan akademik (‘acid test’ Rujuk Jadual) dan kokurikulum TAHUN (Fasa PrOD) SEKOLAH PEPERIKSAAN GPS ANUGERAH 2008 . 3. negeri dan kebangsaan terhadap sekolah. negeri. Memanfaatkan latihan dan apa yang ada dalam kawalan 9. daerah. Peningkatan keyakinan peribadi dan penglibatan di peringkat daerah. Mengusahakan dan mengesan tanda-tanda kejayaan awal (‘small gains’) E. Pengiktirafan komuniti setempat. Kesan Pelaksanaan PrOD 1.· Menghormati & mengutamakan pelanggan sebagai tetamu 17Page 8. kebangsaan dan antarbangsa. 2.

Anugerah PKKP Akademik & Anugerah Gading Bersilang Yayasan Pahang PMR 1.29-2006) Menerima 6 Anugerah: Prestasi Cemerlang. 18 SMKSB Page UPSR 1.36-2007 dan 1.40 (dari 1.08 (dari 1.16-2007 dan 1.46-2006 ) Menerima 5 Anugerah: .

51-2005) Anugerah Menteri Besar Pahang Keputusan SPM SRK 2008 (Terbaik selepas SKK –SMART sekolah ‘benchmark’ 2009 SMKBR PMR 2.Anugerah PKKP Akademik JPNP & 4 Anugerah Gading Bersilang Yayasan Pahang 19Page SPM 3.05 (dari 3.42-2006 dan 4. 3.3-2007.41 (dari 2.47-2008) Hadiah Kecemerlangan PPD &JPN .

SPM 20Page 4.25 Hadiah Kecemerlangan Menteri Besar Pahang Sekolah Menengah Luar Bandar Terbaik PMR 2010 SPM .89-2008) Hadiah Kecemerlangan PPD &JPN Lulus 100% 2010 SMKBR PMR 2.91 (dari 4.

4. 5.92 21 Anugerah Kecemerlangan Akademik Keseluruhan Peperiksaan SPM & Page 3 Anugerah Kecemerlangan Mata Pelajaran Peningkatan Kualiti . portal. G. 10 mata pelajaran meningkat 4. Pengurusan Konflik. Khidmat ‘coaching dan mentoring’ inisiatif IAB/JPN di sekolah. Sebagai peneraju kita diamanahkan dengan ilmu dan tanggungjawab. sama ada yang masih diterajui pengetua asal atau diganti pengetua baru. Latihan asas – ICT untuk Pentadbir. Penyampaian elemen asas latihan PrOD yang paling penting iaitu keberkesanan peribadi patut dipastikan pada tahap paling mengesankan bukan sahaja kepada peserta kohort tetapi juga untuk pentadbir sekolah dalam semua kursus pengurusan organisasi pendidikan di IAB. mental dan fizikal. Rangkaian dan jaringan sekolah “Prodian” – hubungan ‘benchmarking’. 3. 2. Perkongsian maya – blog. negeri dan antarabangsa. Senarai semak pelaksanaan elemen. inisiatif memotivasi dan mempengaruhi staf dan murid amat penting agar kesan pembangunan bukan sahaja kekal tetapi terus meningkat walaupun peneraju PrOD yang asal telah bertukar. Cadangan Meningkatkan Keberkesanan 1. ASC. Menyedari keupayaan individu yang terbatas. 7. kelompok. Dicalonkan Anugerah ASAT. Kepekaan pasukan kepada keberkesanan aktiviti atau program mesti ditingkatkan. Penutup Pelaksanaan PrOD menuntut komitmen peribadi serta stamina kerohanian. Amat perlu di teliti sejauh mana kesan atau tinggalan PrOD di sekolah-sekolah rintisnya. 5. Pengurusan Projek. 6. Menjadi ‘benchmark’ dan rakan kongsi daerah. 4. . Kajian yang dibentangkan dan tindakan susulan. Buku panduan/’handbook’. Kluster(SMKSB) kecemerlangan dan dicadangkan sebagai SRK (SMKBR) F.