You are on page 1of 7

PENGENALAN

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

Konsep disiplin bilik darjah merupakan tindakan dan strategi yang digunakan untuk kekalkan
peraturan di bilik darjah. Guru memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan
persekitaran yang kondusif dalam bilik darjah. Selain itu, guru juga harus menghadapi dan
menguruskan tingkah laku murid melalui menarik perhatian murid. Disiplin bilik darjah adalah
satu masalah utama yang sering di hadapi oleh guru terutamanya guru yang baru menyandang
jawatan. Bagi guru yang baru menyandang jawatan, mereka memang menghadapi kesukaran
menjayakan peranan sebagai pembentuk disiplin pelajar. Mereka tidak mempunyai pengalaman
sebenar bilik darjah sebelum ini dan pengurusan ini tidak cukup dengan hanya teori-teori yang
dipelajari di universiti. Walaubagaimanapun ini bukan suatu penghalang yang sangat dasyat
kepada guru baru kerana mereka boleh belajar menimba pengalaman secara berperingkat.
Terdapat banyak cara untuk mengurus disiplin agar bilik darjah menjadi aman, sihat, kondusif
dan efisyen.

Mengikut Teori Hirarki Keperluan Maslow ia mengaitkan motivasi instrinstik dengan


pembelajaran individu. Keperluan adalah kehendak manusia bagi menyempurnakan keadaan
kekurangan, gangguan dan ketidakseimbangan dalam dirinya. Keperluan manusia dapat
diklasifikasikan kepada keperluan fisiologi dan keperluan psikologi. Keperluan fisiologi adalah
keperluan asas manakala keperluan psikologi adalah keperluan sekunder. Abraham Maslow
(1970), berpendapat, individu akan memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi
keperluan sekunder. Maslow menjelaskan keperluan-keperluan manusia itu secara berperingkat -
peringkat. Peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperoleh sekiranya keperluan
yang lebih rendah tidak dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat paling asas, terdapat keperluan
hayat atau keperluan fisiologi, Selepas keperluan ini dipenuhi, barulah keperluan keselamatan,
kasih sayang, penghargaan kendiri ataupun penghormatan diri dan penyempurnaan kendiri dapat
dikecapi. Peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan
bagi penyempurnaan kendiri. Model Maslow yang berbentuk piramid ini adalah perkembangan
ontologi individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu.
ES
TE
TI
K
MAKLUMAT
KESEMPURNAAN
KENDIRI
PENGHARGAAN KENDIRI

KASIH SAYANG

KESELAMATAN

FISIOLOGI

Rajah 1 : Teori Hierarki Keperluan Maslow

Pada tahap kedua pula ia melibatkan keperluan keselamatan. Keselamatan di sini bermaksud
individu akan cuba berusaha bagi menjamin penerusan hidupnya dengan mendapatkan kerja
yang sesuai. Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam
hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang
berbeza-beza. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk
disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi pelajar perlu di ajar akan disiplin ini. Mereka tidak
boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Di dalam kelas guru berperanan
besar.keselamatan dalam kelas dapat di jamin sekiranya seseorang guru itu bertindak dengan
konsisten. Ini kerana pelajar akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat
mengetahui perasaan guru itu. Sebagai contoh cara seorang guru memberikan arahan, mestilah
setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru
seharusnya ada sikap tolenrasi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar akan berasa selamat
dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses
pembelajarannya.
Keperluan Kasih turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang
mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas pelajar kadang-
kadang akan berasa terganggu apabila terjadi pergaduhan atau perbalahan antara satu sama lain.
Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil
menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka.
Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan
dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit
dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru
mahupun kawan-kawan. Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka
dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik
sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan
mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima,
dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik
keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana individu telah dapat
memenuhi keperluan kehendaknya.

Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh
keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat
istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap,
pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar
menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa
tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi
berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka
dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan
masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek
bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain. Setiap
individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi
kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu
menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain.
Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai
keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain.
Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri.

Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya
diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Keperluan untuk
penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di
dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang
itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem
keperluan tadi. Keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan
manusia. Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi
keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika, ia telah dapat dengan sepenuhnya akan
makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang
nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya. Untuk membina
konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan
sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran
mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk
membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Dalam meniti arus kehidupan
untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak
ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai
peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan
belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat
memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas
menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar
berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan
tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan
berdisiplin. Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka. Dalam membantu
para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru
harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi
pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan
dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat
ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
MASALAH PEMBELAJARAN

Masalah disiplin selalu berlaku samada di dalam sekolah atau dalam bilik darjah. Semua ini
kerana pelajar-pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang, mempunyai sahsiah, intelek,
jasmani, rohani dan sosioekonomi yang berbeza. Seperti yang kita sedia maklum, apabila tingkah
laku bermasalah atau disiplin berlaku dalam bilik darjah, proses pengajaran dan pembelajaran
akan terjejas. Contoh masalah disiplin yang kerap berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran
ialah pelajar makan, membuat bising atau bergerak bebas di dalam bilik darjah, mengganggu
pengajaran dan pembelajaran, tidak membuat kerja seperti yang diarahkan, ponteng kelas dan
lewat masuk ke kelas. Ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran akan terganggu. Selain itu,
ia juga mempengaruhi keselamatan psikologi para pelajar, kesediaan mereka untuk belajar, dan
tingkah laku masa depan mereka.

Maslow melihat seorang individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusunan
keseluruhan. Contohnya, seorang pelajar yang lapar, ia bukan sebahagian daripada diri pelajar
tersebut, sebaliknya keseluruhan dirinya menunjukkan rasa lapar. Teori maslow ini ada kaitan
dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.
Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada
individu. Maslow menganggap motivasi itu sebagai sesuatu yang kompleks, di mana tingkah
laku luaran yang diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap individu akan terus
bermotivasi oleh sebab sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu
dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan
generasi. Personaliti yang dibincangkan oleh maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow
sering mengaitkan perkembangan pesonaliti dengan motivasi.

Motivasi lahir dari keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat
sebilangan keperluan dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan
oleh individu. Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki
seperti rajah di atas.menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah ialah keperluan
fisiologi yang harus dipenuuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan yang
kedua. Dengan kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan di
peringkat pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan. Maslow juga menyebut terdapat
perbezaan diantara keprluan peringkat bawah dengan keperluan di peringkat tinggi. Sebagai
contoh, jika di dalam sebuah kelah tiada keperluan asas yang telah pun disediakan oleh sekolah,
maka pelajar akan berasa kurang selesa apabila belajar di dalam kelas. Contohnya jika kipas
angin tidak dibekalkan dalam sebuah kelas maka para pelajar akan berasa panas dan tidak selesa.
Dan pelajar tidak dapat memberi tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sehingga
menyebabkan kelas menjadi bising. Begitu juga dengan guru, guru akan cuba mengajar dengan
cepat agar guru boleh meningggalkan kelas dengan lebih cepat dan pelajar tidak akan memberi
perhatian atau focus 100% kepada apa yang disampaikan oleh guru. Justeru itu apabila keperluan
asas tidak tercapai dalam hireaki Maslow tahap yang lebih tinggi tidak akan tercapai juga. Jika
tiada kelas yang kondusif maka tiada proses pembelajaran yang baik.

CARA MENGATASI

Cara untuk mengatasi masalah ini pihak sekolah memainkan peranan yang cukup penting dalam
menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif untuk pelajar belajar. Pihak sekolah harus
memahami bahawa jika tahap keperluan asas tidak dapat dicapai maka proses pengajaran juga
tidak lagi menjadi efektif dan seterusnya proses pembelajaran akan menjadi gagal. Segala proses
ini adalah saling berkaitan dan semua pihak harus menggembleng tenaga untuk menyediakan
keadaan yang sesuai untuk para pelajar belajar.satu kelas yang kondusif umumnya terdiri
daripada 4 buah kipas angina 6 hingga 8 lampu, meja dan kerusi yang rapat dan tersusun serta
papan putih yang bersih serta segala peralatan dalam kelas berfungsi dengan baik. Suasana yang
ceria dapat mendorong kepada pembelajaran yang lebih pro-aktif.

KESIMPULAN

Sebagai rumusannya tidak dapat dinafikan bahawa masalah disiplin merupakan masalah utama
yang menggangu proses pengajaran dan pembelajaran sebuah kelas. Walaubagaimanapun
peranan pelajar tidak boleh disalahkan sepenuhnya, para guru turut harus menyederai
tanggungjawab sendiri dan cuba membaiki kesalahan sendiri agar dapat mengurangkan faktor-
faktor yang dapat menyumbang kepada kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
adalah penting untuk seorang guru itu mengawal disiplin pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran dengan cara yang sesuai agar dapat membentuk sahsiah pelajar yang berakhlak dan
berpekerti mulia.

You might also like