You are on page 1of 1

JURNAL :1

MINGGU : Minggu 1

TARIKH : 24 Julai – 28 Julai 2016

TAJUK : Lapor Diri di Sek. Keb. Pasir Panjang dan Jadual Waktu

Minggu pertama saya melapor diri di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang dan
diberikan taklimat secara ringkas oleh guru besar, Puan Ros Haya Binti Aziz serta penolong
kanan satu Puan Anissa Roslina. Saya mendapat maklumat tentang organisasi serta gerak
kerja yang diberikan oleh mereka.

Pada hari pertama juga saya diperkenalkan dengan guru pembimbing yang akan
menjadi rujukan saya sepanjang berada di sekolah ini. Beliau ialah Puan Rahmah Binti Abd
Rahman. Beliau merupakan guru bagi subjek Pendidikan Jasmani dan Bahasa Melayu.
Saya diberikan jadual waktu pada hari pertama melapor diri. Jadual yang diberi adalah
jadual terbaru yang baru digubal kerana kemasukan guru baru, pemindahan serta persaraan
guru lama. Tiada sebarang masalah bagi jadual yang telah diberikan. Saya mendapat
peruntukan waktu maksimum iaitu 12 waktu seminggu.

Pada minggu ini juga saya sudah mula masuk ke kelas untuk berkenalan dengan
murid-murid kelas yang bakal saya mengajar. Rancangan pengajaran tetap di buat
walaupun belum memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Beberapa kelas ganti juga
diberikan kerana ramai guru yang tidak berada di sekolah atas urusan sekolah seperti
kursus dan sebagainya. Selain itu, kemudahan yang terdapat di stor sukan juga diperiksa
pada minggu ini bagi memudahkan urusan pengajaran pada minggu-minggu akan datang.