You are on page 1of 15

Latar Belakang

Negeri Sabah di Bawah Bayu dan negeri Sarawak Bumi Kenyalang adalah
dua buah negeri yang terletak di kawasan Kepulauan Borneo. [1]Nama asal
Sabah dikatakan berasal daripada perkataan ‘saba’ iaitu sejenis buah pisang
yang dipanggil pisang saba oleh masyarakat kaum Bajau, yang sangat
popular dibuat pisang goreng. Pisang ini dijadikan sebagai makanan oleh
masyarakat Bajau dan ianya dijadikan makanan rutin masyarakat pada
waktu itu. Nama Sabah disebut kerana masyarakat di sekitar pantai barat
Sabah kebanyakannya menanam pisang jenis ini sebagai bahan makanan.
Asal usul nama ini juga dikenali sebagai Seludang yang bermaksud Sabah
dalam bahasa masyarakat Jawa.
Manakala nama Sarawak pula tidak dapat ditentukan secara saintifik
dan mutlak. [2]Namun ada beberapa sumber yang mengatakan asal nama
Sarawak adalah dari Sungai Sarawak. Selain itu, Sarawak juga dipercayai
diambil dari nama sejenis biji galian batu bijih iaitu “Serawak” yang
mengandungi belerang dan antimoni. Sabah dan Sarawak juga adalah
negeri-negeri yang termasuk dalam negara Malaysia. Sabah dan Sarawak
telah masuk dalam Persekutuan Tanah Melayu sebelum pembentukan negara
Malaysia. Selepas tahun 1963, keseluruhan Tanah Melayu dan Kepulauan
Borneo telah digabungkan menjadi Persekutuan Tanah Melayu yang kini
dikenali sebagai Malaysia pada hari ini. Kedua-dua buah negeri ini
mempunyai komposisi masyarakat yang banyak berbeza dari segi
kebudayaan mereka, agama, bangsa dan juga bahasa. Pada abad ke-19,
keadaan masyarakat di Sabah dan Sarawak amat berbeza iaitu keadaan
masyarakat sebelum dan selepas kedatangan kuasa Barat.
Oleh yang demikian, situasi ini telah mewujudkan keadaan masyarakat
di kedua-dua negeri tersebut yang berbeza-beza dari segi kawasan
petempatan mereka, keadaan politik mereka dan sistem ekonomi serta
keadaan sosial masyarakat.

[1]Zakiah Hanun, Asal Usul Negeri di Malaysia, Singapura:Times Book, 1989,
hlmn. 43.
[2]Ibid.

Politik Masyarakat

kesucian dan duniawi. Murut juga mempunyai hubungkait dengan masyarakat Dusun. Manakala. Sulu. Namun pada zaman kesultanan Brunei. sekiranya dia mempunyai kualiti yang baik. tetapi anak kepada seorang ketua. Kemudian di bawahnya pula dilantik Menteri Darat yang terdiri daripada kaum Iban. Mereka juga mempunyai ketua kampung masing-masing. Masyarakat juga telah memilih pemimpin di kalangan mereka untuk menjadi ketua kepada masyarakat dalam komuniti rumah panjang. [3]Adat merupakan sebuah undang-undang yang tidak bertulis dan prinsip-prinsip yang mana amat luas mengenai semua perkara dan hubungan dalam kedua-dua dunia fizikal dan alam ghaib. masyarakat lain seperti Bajau. Sistem perundangan masyarakat pada ketika itu masih kurang jelas. Akhir sekali adalah golongan hamba abdi. sultan Brunei telah memegang tampuk pentadbiran di Sarawak. Masyarakat ini lebih terbuka minda mereka dalam membuat pelantikan ketua masyarakat berbanding Dusun dan Murut. sistem politik di Sabah adalah masih bersifat tradisional atau masih berada di peringkat tempatan sahaja. Masyarakat di Sabah pada ketika dahulu tinggal di dalam sebuah rumah panjang secara beramai-ramai. Bagi masyarakat Dusun. kejahatan dan kebaikan. Tugas mereka adalah bertanggungjawab kepada peribumi pedalaman. di Sarawak sudah mempunyai sistem pemerintahan. Sebelum Kedatangan Barat Sebelum kedatangan Barat di Sabah. Orang Sungei. keadaan politik masyarakat juga hampir sama dengan keadaan di Sabah. Mereka adalah kelompok yang paling besar dan merupakan penyokong kuat terhadap ketua masing-masing. Walaubagaimanapun. Golongan Sharif yang berketurunan campuran Melayu dan Arab pula dilantik menjadi sebagai pembesar. Mereka menjadikan adat tersebut sebagai undang-undang rasmi mereka. Tidong. Masyarakat Murut lebih maju dari segi sistem politik mereka kerana mereka mempunyai sistem perundangan yang tersendiri iaitu Mahkamah Anak Negeri yang mana masih kekal sehingga ke hari ini. Di Sarawak. Sebelum kedatangan James Brooke. Politik di Sarawak juga pada asalnya hanyalah di peringkat kampung sebelum sultan Brunei memerintah Sarawak. [4]Sultan Brunei telah melantik para Gabenor setiap daerah di Sarawak dari kalangan Pengiran yang menjadi wakil sultan Brunei. Oleh yang demikian. Rumah panjang merupakan pusat institusi politik mereka. terdapat juga institusi seperti Mahkamah Anak Negeri yang telah diperkenalkan oleh masyarakat Murut. Bisaya. [1]Peralihan kuasa bukanlah secara turun-temurun. Masyarakat pada ketika itu lebih menumpukan undang-undang adat yang mereka amalkan. Rakyat biasa adalah kelompok di bawah Menteri Darat. [2]Setiap komuniti adalah di bawah bidang kuasa ketua mereka sendiri. Kedayan dan Melayu juga mempunyai sistem undang-undang adat mereka tersendiri. boleh dipilih untuk menggantikan ayahnya. Ketua masyarakat adalah digelar sebagai Orang Tua yang menjadi kepala di kawasan rumah panjang. mereka mempunyai seorang ketua kampung yang menjadi ketua masyarakat yang berada dalam rumah panjang. Hamba abdi tersebut terdiri daripada tiga jenis iaitu hamba abdi yang . Golongan Pengiran ini merupakan masyarakat yang mana negeri asal mereka adalah daripada Brunei. keadaan politik masyarakat di Sabah sebelum kedatangan Barat adalah bersifat tradisional iaitu dengan memilih ketua masyarakat di peringkat kampung dan komuniti mereka sahaja. Ianya merangkumi kehidupan dan kematian.

Bisayah. Sandakan. Hamba abdi yang menjadi pengikut para pembesar digelar “hamba abdi anak emas” kerana mereka mendapat layanan yang baik daripada para pembesar kerana mereka menjadi tulang belakang kepada tenaga buruh. [5]Pegawai SBBU telah mengelaskan masyarakat ini kepada dua iaitu masyarakat Melayu Muslim yang terdiri daripada kaum Bajau.  Selepas Kedatangan Barat Semasa penguasaan SBBU di Sabah. [6]Syarikat Berpiagam membentuk pentadbirannya berasaskan ketetapan yang ditentukan oleh kerajaan British seperti yang termaktub dalam Piagam Diraja 1 November 1881. Ketua Anak Negeri akan bertugas dalam menjaga keamanan daerah mereka. Orang Tua (ketua kampung) dan Mahkamah Anak Negeri. Hamba jual beli pula adalah orang gaji. mereka terletak di bawah pemerhatian pihak British. Manakala orang suruhan pula ialah rakyat biasa yang tidak dapat melangsaikan hutang dalam tempoh yang ditetapkan. Syarikat ini kemudiannya ditukar menjadi Syarikat Borneo Utara British (SBUB). Suluk. Pada tahun 1881. Namun.M. Mereka adalah golongan yang paling rendah sekali dalam masyarakat di Sarawak. Melayu. sultan Brunei telah menyerahkan Sabah kepada Overbeck. Gabenor pertamanya ialah William Hood Treacher telah dilantik sebagai Gabenor Borneo Utara pada tahun 1881 hingga 1887. Manakala tugas Mahkamah Anak Negeri ialah membicarakan tentang hukum-hukum adat dan syariah. Bahagian kedua ialah di peringkat tempatan. Masyarakat Pagan pula terdiri daripada kaum Dusun dan Murut serta subetnik yang tidak menganut agama Islam. Orang-orang Barat dari London telah menguasai politik di bahagian yang teratas iaitu pemerintah yang lebih berkuasa daripada penduduk-penduduk tempatan. Tidong dan sebahagian kaum Dusun dan Murut yang telah menganut agama Islam. Crocker (1887-1888) dan Charles Creagh (1888-1895). Mereka telah membuat rayuan daripada ratu untuk mendapatkan piagam diraja. Tujuannya adalah untuk memudahkan pegawai SBBU mengetahui masyarakat tersebut dengan mudah. Politik di Sabah terdiri daripada Syarikat Berpiagam yang dianggotai oleh orang-orang Barat daripada London. Setiap Residensi dibahagikan kepada tujuh daerah yang diketuai oleh Pegawai Daerah (orang Eropah) dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri. Pergolakan tersebut bermula apabila berlakunya perebutan kuasa antara pemimpin tempatan yang masing-masing ingin menjadi ketua terhadap masyarakat tempatan di Sarawak. Pantai Barat dan Pedalaman yang diketuai oleh Residen. kuasa pemerintahan hanyalah tertumpu di peringkat daerah dan kampung. hamba jual beli dan orang suruhan. keadaan politik masyarakat di Sabah berubah.menjadi pengikut kepada para pembesar. Antara lembaga penting dalam pemerintahan di peringkat tempatan ialah Ketua Anak Negeri (pembesar). Sabah dibahagikan kepada empat Residensi iaitu Tawau. Kedayan. memungut cukai dan menguruskan pentadbiran pengadilan (pembantu majistret). Iranun. Politik di Sabah pada abad ke-19 boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Kemasukan orang Barat telah melahirkan beberapa institusi politik yang baru. Kemudian diikuti oleh gabenor- gabenor yang seterusnya iaitu W. Manakala. politik di Sarawak pula adalah bermula daripada pergolakan politik yang berlaku antara pemimpin tempatan. Para pemimipin tempatan telah bertelagah sesama sendiri . Undang-undang 1891 telah diluluskan bagi mengukuhkan jawatan Orang Tua iaitu mereka akan menerima komisen sebanyak sepuluh peratus bagi hasil cukai kepala.

Ranjit Singh. Banyak pembaharuan yang telah dibuat oleh Brooke terhadap pentadbiran dan politik di Sarawak. . Sarawak berada di bawah pemerintahan Raja Putih yang mengamalkan pemerintahan monarki. Walau bagaimanapun. [6]Mohd Isa Othman. Tujuan Majlis ini adalah untuk membuat semua dasar pentadbiran Sarawak. raja adalah berkuasa mutlak. [5]Dipetik dari: Nota Kuliah Pn. Sabihah Osman. Ia juga berhak membuat undang- undang. Raja Putih bekerja rapat dan mempunyai hubungan baik dengan pembesar tempatan. [1]D. hlmn 258. The Making of Sabah 1865-1941. Universiti Malaysia Sabah. 12.sehingga menyebabkan pihak luar seperti James Brooke dapat campur tangan dalam pentadbiran di Sarawak. Majlis ini akan membincangkan perkara penting dan dasar kerajaan. [8]Pada tahun 1868. Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak. Mesyuarat akan diadakan sekurang-kurangnya 3 tahun sekali. Ahlinya terdiri daripada anggota Majlis Tertinggi. Dalam pemerintahan monarki. Natives of Sarawak (Survival in Borneo’s Vanishing Forest). Pulau Pinang: Sun Printers Sdn. [7]Fong Hon Kah. sistem pemerintahan tradisional masih diteruskan. contohnya Dato’ Patinggi. [2]Ibid. Ia dianggotai oleh pembesar tempatan yang terkemuka. Setiap bahagian ini diketuai oleh seorang Residen dan dibantu oleh seorang Penolong Residen yang berbangsa Eropah serta pegawai tempatan yang bergelar Pegawai Anak Negeri (dilantik dari kalangan pembesar). 125. Majlis ini mengadakan sidang pertamanya di Sibu pada tahun 1867. maka mereka akan membawakan hal tersebut di peringkat yang lebih berkuasa dari mereka untuk menanganinya. pentadbiran di Sarawak telah dikuasai oleh keluarga Brooke. Bhd. Sekiranya ada sesuatu perkara yang menyebabkan kuasa ketua kampung terjejas. 2000. Pemerintahan Brooke di Sarawak telah menukar corak politik di Sarawak pada pertengahan abad ke-19 hingga abad ke-20. Charles Brooke telah menubuhkan Majlis Negeri. Ketua kampung akan memerhatikan mengenai pemeliharaan adat dan keselamatan di dalam kampung. Natijahnya. 1996. hlmn. Sarawak: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah. Dato’ Temenggung. James Brooke telah menubuhkan Majlis Tertinggi pada tahun 1855. Di peringkat kampung. Pada tahun 1868. Sejarah Sabah dan Sarawak. Setiap bahagian juga mempunyai majlisnya yang sendiri yang dipengerusikan oleh Residen dan ketua-ketua peribumi serta pegawai Eropah. Pegawai Anak Negeri bertugas untuk menasihati Residen.S. [4]Ibid. manasihati raja dan kerajaannya. [7]James Brooke melantik pembesar tempatan menjadi penasihat kanan dalam pentadbirannya. menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai. 46. hlmn. Majlis ini memberi peluang kepada pegawai dan pembesar dari kawasan baru untuk menyuarakan masalah mereka. Sarawak telah dibahagikan kepada lima bahagian. Dato’ Bandar dan Dato’ Imam. hlmn. pegawai kanan Eropah dan Melayu serta ketua-ketua kaum Iban. Sejarah Malaysia (1800-1963). [3]Evelyne Hong. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. ketua penduduk mengekalkan peraturan. 1987. mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi tentera.

Etnik ini menjalankan kegiatan pertanian terutamanya penanaman padi sebagai sumber utama ekonomi mereka. Hal ini . Manakala etnik Kadazandusun lebih kepada penanaman padi sawah. Lazimnya. Ekonomi Masyarakat · Sebelum Kedatangan Barat [1]Ada kajian yang mengatakan etnik Murut dan Kadazandusun adalah suku kaum yang terbesar di Sabah.[8]Ibid. etnik Murut menanam padi huma atau bukit kerana sebahagian besar etnik ini mendiami kawasan berbukit ataupun di lereng-lereng bukit.

[8]Etnik Melayu pula lebih kepada menjalankan kegiatan pertanian iaitu dengan menanam padi dan juga menjadi nelayan. menangkap ikan. Papar dan tempat- tempat lain di Sabah. Segelintir daripada mereka ini telah memeluk agama islam pada abad ke-18 dan ke-19. Tambunan. etnik Iban juga suka mengembara. ubi manis dan pisang. Kegiatan ekonomi masyarakat Sarawak lebih kurang sama dengan masyarakat Sabah.kerana. Masyarakat Bajau pula lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai.nelayan dan tukang pembuat perahu yang mahir. etnik ini menetap di kawasan yang sesuai untuk menjalankan aktiviti penanaman padi sawah contohnya. Oleh itu. [2]Di samping itu etnik ini juga menanam pelbagai jenis tanaman lain seperti jagung. Mereka turut mencari sayur-sayuran hutan untuk dijadikan bahan makanan. terdapat juga sebahagian kecil yang mengusahakan padi bukit terutamanya mereka yeng mendiami lereng Banjaran Crocker. Bagi kaum wanita pula. [4]Oleh itu telah menjadi kelaziman atau kebiasaan mereka untuk menangkap ikan dan menjadi nelayan serta mencari mutiara di laut dan telur penyu. pekerjaan utama mereka adalah menanam pokok rumbia di samping menangkap ikan. etnik Iban juga menjalankan kegiatan sampingan seperti memburu. [9]Hal ini kerana. Ranau. Kepelbagaian jenis tanaman ini berlaku kerana adakalanya hasil daripada penanaman padi tidak menjadi kerana serangan serangga dan cuaca yang tidak menentu. Kegiatan ekonomi suku ini lebih kurang sama sahaja dengan etnik yang lain. Mereka menjalankan kegiatan ekonomi yang hanya cukup untuk menyara keluarga itu sahaja. Seperti etnik yang lain. Kaum ini bergantung sepenuhnya kepada hutan untuk meneruskan hidup. Mereka memburu binatang dengan berbekalkan sumpit sebagai senjata dan damak untuk menangkap burung. mereka turut mahir dalam menghasilkan barangan seperti bakul dan terendak yang halus buatannya. Bagi etnik-etnik yang lain seperti Melayu-Brunei sebahagian daripada mereka ada yang menjalankan aktiviti perdagangan walaupun tidak dinafikan ada yang terlibat dengan aktiviti pertanian. Tambahan pula. Aktiviti tersebut menjadikan mereka seorang pelaut.etnik ini mendiami kawasan pesisir pantai malah ada diantara mereka yang menjadi penoreh getah dan berniaga. Kaum seterusnya yang mendiami Bumi Sarawak adalah Penan. Mereka turut mempunyai bakat yang lain dalam menggunakan alat-alat tenunan terutamanya kaum wanita. [6]Orang Sungai merupakan sub-etnik bagi Kadazandusun akan tetapi mereka ini mendiami beberapa kawasan seperti Sugut. Sub-etnik ini juga menjalankan aktiviti pertanian dan pada abad ke-19 dan mereka mula berurusan dengan kerajaan sulu. Oleh itu. memungut hasil hutan dan sebagainya. [3]Selain daripada itu. . etnik ini juga melakukan aktiviti memburu binatang untuk dijadikan bahan makanan serta mencari hasil hutan. Disamping itu. [7]Contohnya kaum Melanau. padi adalah sumber makanan utama masyarakat Iban. etnik ini lebih kepada kegiatan yang melibatkan air. Malah untuk lebih memudahkan terdapat di kalangan mereka yang membina rumah di atas air sahaja.Paitan dan Kinabatangan. [5]Begitu juga dengan etnik Bisaya. walaupun bilangan etnik ini jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan etnik yang lain akan tetapi sumbangannya dalam mewarnai adat dan kebudayaan Sabah tidak dapat dinafikan. Namun. mereka sentiasa berhijrah untuk mencari sumber-sumber tersebut. Tujuannya adalah untuk mencari kawasan pertanian yang sesuai untuk bercucuk tanam terutamanya untuk penanaman padi.

800. getah perca dan sarang burung sahaja yang berjumlah $129. maka pada tahun . Tambahan pula. [10]Residen Sandakan iaitu William Pryer misalnya. Kegiatan mereka ini hanya sekadar untuk menampung sumber makanan harian mereka bukan untuk tujuan perdagangan. Ia dijalankan di Silam. keadaan ekonomi negeri ini berada pada tahap yang masih mundur sama seperti keadaan politik dan pentadbirannya yang turut mundur. Pihak pentadbir SBBU juga menyedari adanya kegiatan tamu sekali-sekala periodic market yang biasa dijalankan oleh penduduk peribumi. Kesannya. Akibatnya. Kegiatan ini menyebabkan hasil-hasil hutan menjadi salah satu sumber pendapatan utama pada zaman awal pemerintahan SBBU di Sabah. [12]Pengeksploitasian sumber-sumber perdagangan yang berasaskan perdagangan tradisional membantu pembiayaan kos pentadbiran di Sabah sebelum sektor ekonomi moden seperti perladangan dan lain-lain lagi dapat dijalankan dan mendatangkan hasil yang diharapkan. getah perca. iaitu aktiviti perdagangan yang dijalankan di kawasan tanah datar di pantai barat. SBBU juga berusaha untuk memajukan penanaman tembakau di Sabah. SBBU juga memperoleh bayaran tahunan melalui kutipan cukai ke atas para pengusaha sarang burung dan cukai eksport semua hasil hutan tersebut. Selain memajukan sektor perdagangan secara tradisional melalui eksport hasil-hasil hutan. hasil komoditinya amat sedikit yang dapat dihasilkan untuk tujuan eksport. SBBU telah memperkenalkan tanaman tembakau sebagai tanaman eksperimen kerajaan. Lahad Datu dan tiga tahun selepas itu hasilnya yang pertama telah dihantar ke United Kingdom. telah menggalakkan penduduk tempatan di Sandakan untuk membawa dan mencari hasil-hasil hutan seperti sarang burung. para pentadbirnya berusaha untuk memajukan sektor perdagangan yang pada awalnya dijalankan secara tradisional berasaskan perdagangan hasil- hasil hutan yang telah diamalkan oleh penduduk negeri ini sebelum kedatangan SBBU.· Selepas Kedatangan Barat Semasa Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mula mentadbir Sabah. Pentadbir SBBU telah memanipulasi kegiatan ini untuk mengembangkan perdagangan dalam negeri. Perkara ini merupakan satu perubahan yang dibuat oleh SBBU terhadap kegiatan tamu yang sebelumnya merupakan “tamu darat”. iaitu sebagai petani dan nelayan. damar. lebih banyak tamu wujud di Sabah khususnya di kawasan pantai timur Sabah dan di pedalaman. mereka menjalankan kegiatan pertanian mencari hasil hutan dan hasil laut. menduduki tempat ketiga dalam keseluruhan eksport yang berjumlah $401. tamu lebih banyak diadakan di kawasan persisiran pantai. kapur barus dan sebagainya untuk dijual kepada peraih-peraih Cina yang akan membawa barangan tersebut ke Singapura dan seterusnya akan dipasarkan sebagai eksport kepasaran dunia.600. Pada peringkat awal penguasaan SBBU di Sabah. [11]Pada tahun 1885.[13] Penanaman tembakau seterusnya diusahakan di Sandakan pada tahun 1884 dan hasilnya telah dikirim ke Holland. Di kawasan pantai barat. majoriti penduduk khasnya kaum peribumi Sabah pada masa itu hanya mengamalkan kegiatan ekonomi pertanian sara diri. Penanaman tembakau sebenarnya sudah lama diusahakan oleh penduduk peribumi secara kecil- kecilan khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan perbukitan untuk keperluan rokok tempatan.00.00. rotan. Sememangnya penduduk kaum peribumi Sabah sebelum SBBU mula mentadbir. Oleh kerana tembakau yang dihasilkan mempunyai kualiti yang baik. eksport rotan.

pembalakan.1886 perladangan tembakau diusahakan secara besar-besaran khususnya di kawasan pantai timur. SBBU membiayai perjalanan mereka ke Sabah dan mengadakan syarat-syarat imigresen yang mudah untuk membawa mereka masuk ke negeri ini. Namun demikian. Namun begitu. SBBU menggalakkan penduduk peribumi Sabah menanam tanaman seperti kopi. padi dan menternak binatang seperti kerbau. Hanya satu skim penghijrahan yang berjaya. maka mereka lebih mudah terdedah kepada arus pemodenan berbanding majoriti suku kaum peribumi yg bergiat ekonomi sara diri. Pada tahun 1882. Sir Walter Medhurst. perniagaan serta tinggal di kawasan bandar dan pinggir bandar. ayam dan sebagainya. [14]Keluasan tanah yang dibuka untuk penanaman tembakau ini meliputi kira-kira 350. usaha ini tidak berjaya kerana penduduk peribumi tidak mempunyai banyak pengalaman dalam mengusahakan pertanian di kawasan tanah yang berkeluasan besar dan juga tidak mengetahui cara-cara atau kaedah untuk mengadakan sistem pengairan di sawah padi. abaka. Oleh kerana kaum Cina terlibat dengan sektor perladangan. Pada tahun 1890. terdapat sebanyak 61 buah estet milik pengusaha Eropah yang meliputi di beberapa kawasan dari Pulau Banggi hingga ke Tawau. para peladang asing seperti peladang Eropah dan Cina juga diberi konsesi2 tanah yang terletak berdekatan dengan jalan kereta api untuk 1 tempoh yang panjang iaitu selama 999 thn. sayur-sayuran. Selain itu. Orang2 Cina ini kebanyakan datang dari Labuan dan singapura. Kebanyakan penduduk peribumi lebih tertumpu kepada aktiviti mengumpul hasil hutan. iaitu seorang bekas konsul British di Shanghai. Oleh itu. Selain itu.[15]Di Kudat. Kebanyakan estet tersebut diurus dan diusahakan oleh peladang dari Belanda kerana mereka lebih mahir dalam perusahaan tembakau. Walau bagaimanapun. lembu. bagi mengatasi masalah dalam pertanian moden ini maka SBBU telah membawa masuk petani atau buruh-buruh dari negara China yang berpengalaman bagi tujuan memajukan kegiatan pertanian ladang di Sabah. China telah ditugaskan untuk menguruskan skim penghijrahan pekerja bangsa Cina dari Hong Kong. Walaupun tembakau menjadi industri yang penting di Sabah namun begitu SBBU menghadapi pelbagai masalah dalam perusahaan ini apabila wujud persaingan dengan industri tembakau di Amerika. disebabkan permintaan yang semakin meningkat utk keperluan industri pembuatan tayar kereta dan industri pembuatan barangan getah di Britain menyebabkan semakin banyak kawasan dibuka untuk penanaman getah. Oleh yang demikian. buah-buahan dan kopi. . kerajaan mula kenalkan tanaman getah dan buat permulaan getah di tanam di Sandakan tetapi hanya sebagai percubaan untuk tujuan komersial. mereka juga menjadi buruh-buruh di estet dan kem balak. Selain tanaman tembakau. Kerajaan SBBU terus berusaha menarik minat orang-orang Cina untk berhijrah ke Sabah bagi mngisi kekosongan tenaga buruh di sektor perladangan. SBBU turut mengalami masalah kekurangan buruh. iaitu skim yang dilaksanakan pada tahun 1883 yang membawa masuk sekumpulan orang Hakka beragama Kristian datang ke Kudat dan menyebarkan agama Kristian di sana. kelompok Hakka ini menjalankan aktiviti pertanian seperti menanam jagung. skim penghijrahan ini tidak berjaya kerana kebanyakan buruh berkenaan balik ke Hong Kong lantaran tidak berminat untuk bekerja di Sabah.000 ekar. padi. Selain itu.

Seterusnya. Nampaknya James Brooke mempunyai pandangan sosio-ekonomi yang mudah. penanaman padi. sama seperti yang terdapat dalam Buku Pembelajaran Agung iaitu sebuah daripada Empat Buku atau Si-Shu yang menyatakan. Dari tanah dia akan memperolehi kekayaan untuk membangunkan negaranya. yang mula tiba di Kuching pada tahun 1864. tembakau. perdagangan. Semasa pemerintahan Raja Charles Brooke. Apabila Charles Brooke menjadi Raja Sarawak dalam tahun 1868. Crocker. Syarikat Borneo yang ditubuhkan dalam tahun 1856 di bawah perjanjian dengan Raja James Brooke adalah satu-satunya syarikat asing yang dibenarkan untuk menjalankan perdagangan di Sarawak. Sarawak mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat dalam bidang pertanian. ekonomi dieksploitasi oleh James Brooke. penanaman gambir dan tanaman-tanaman lain untuk jualan. ditumbuk dan direbus sehingga menjadi adunan berwarna coklat. [16]‘Seorang yang bermoral tinggi akan mempunyai banyak pengikut yang akan mengusahakan tanah. pengilangan tepung sagu. beliau berusaha untuk mewujudkan hubungan perdagangan dengan negeri lain dan menggalakkan orang asing datang menetap di Sarawak bagi membangunkan sektor pertanian di negeri ini. tebu dan teh kurang berjaya tetapi penanaman tanaman jualan seperti gambir dan lada hitam sangat berhasil dan mula diperkenalkan di Sarawak oleh Encik William Maunder Crocker. Selepas James Brooke menaiki takhta. Sisanya dijadikan sebagai baja. industri dan hasil-hasil hutan.000 orang semasa ketibaan James Brooke kepada bandar yang penduduknya berjumlah kira- kira 20. Dengan niat ini James Brooke membentuk angkatan bersenjata untuk menghapuskan lanun bagi melindungi nyawa dan harta benda rakyat. usaha ini menguntungkan penduduk dan menambahkan hasil untuk kerajaan. masyarakat Sarawak juga terlibat sama. Beliau juga mengamalkan sistem percukaian yang adil. perbankan. pengangkutan laut.Di Sarawak. Selain itu. Aktiviti perdagangannya termasuk eksport dan import. Daun-daunnya dipetik. Dalam kegiatan tersebut. menyeragamkan unit timbang dan sukat serta sistem kewangan.B. Keamanan dan ketenteraman adalah prasyarat untuk memperkukuhkan kuasa politik. hamba abdi dan buruh paksa di lombong-lombong.000 orang. beliau berusaha mewujudkan keamanan dan ketenteraman serta membangunkan ekonomi negeri Sarawak. Justeru itu. Dalam tahun 1880. menjadi Ketua Setiausaha semasa Rajah ketiga dan keturunannya masih tinggal di Sarawak. Sarawak mula melalui zaman kemewahan yang berkekalan selama tiga puluh tahun berikutnya walaupun berlaku kebakaran besar di Kuching pada tahun 1884. Beliau juga melindungi puak- puak yang kecil bilangannya daripada ditindas dan dibunuh oleh kaum lain yang lebih besar dan agresif. Gambir adalah sejenis pokok rendah yang lazimnya ditanam di negeri bawah angin. manakala ekonomi merupakan asas untuk pembangunan negeri. beliau membuat reformasi sosial dengan membasmi amalan mengayau. Kemudian adunan itu ditapis sebelum dibentuk menjadi ketul-ketul kecil dan dijemur. Keadaan ini menyumbang kepada kepesatan ekonomi negeri dan mencetuskan penubuhan industri masyarakat. dan anaknya Encik H. Syarikat Borneo dimiliki dan diurus sepenuhnya oleh orang Eropah sementara aktiviti perniagaan dan perdagangan lain dijalankan oleh orang China. [17]Dalam bidang pertanian. pembalakan. Kuching telah berubah daripada kampung nelayan dengan penduduknya dianggarkan 800 hingga 1. Gambir kering digunakan untuk menyamak .

Oleh itu. dan juga dijadikan rempah untuk makanan.S. tetapi emas dan antimoni juga adalah aset ekonomi.G. [2]Ibid. Pada masa itu juga hasil hutan Sarawak terus bertambah kerana permintaannya meningkat. [8]Ibid. [1]D. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlmn. [4]Ibid. 81. A History of Modern Sabah. Ranjit Singh. Mahali. Satu jenis tanaman lagi yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi masyarakat Sarawak adalah pokok rumbia. 1965. Dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh keluarga Brooke ini telah menyebabkan masyarakat bebas mengamalkan pelbagai jenis aktiviti ekonomi di Sarawak. dasar yang telah dilakukan oleh keluarga Brooke di Sarawak telah mengubah keadaan ekonomi masyarakat di Sarawak daripada sistem ekonomi tradisional kepada sistem ekonomi moden. [3]Saidatul Nornis Hj. hlmn. Ranjit Singh. hlmn. Pengeluaran sagu untuk eksport dipertingkatkan. Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Masyarakat akhirnya berpeluang menyertai aktiviti ekonomi di Sarawak. jelutong.S. 15. hlmn. Matlamat utama Raja Charles Brooke adalah pembangunan ekonomi Sarawak berasaskan pertanian sebab Sarawak mempunyai kawasan tanah pertanian yang luas. buah engkabang dan sarang burung menjadi hasil eksport Sarawak dan menjadi sumber pendapatan kepada kerajaan. [9]Ibid. The Making of Sabah 1865-1941. [7]Fong Hon Kah. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Lada hitam memang telah sekian lama ditanam di Sarawak tetapi penanaman secara besar-besaran hanya dilaksanakan selepas imigran China datang ke Sarawak. 1996. [5]Ibid. . hasil lain seperti damar. Oleh sebab kegunaannya banyak dan mempunyai nilai ekonomi. Kuali atau periuk yang digunakan untuk merebus daun gambir pula dinamakan kuali gambir. Sarawak: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. pokok gambir banyak ditanam di Kuching khususnya di sepanjang Jalan Batu Kawa dan pada suatu masa dahulu terdapat sebuah kawasan di situ yang dikenali sebagai Bukit Gambir. Selain balak. Minyak ditemui di Miri dalam tahun 1895. Apabila Lembangan Rajang menjadi sebahagian daripada negeri Sarawak dalam tahun 1861. 46. Kepentingan gambir memang sangat jelas kerana terdapat sebuah lorong utama di Kuching yang dinamakan Lorong Gambir. [6]D. Mohd Salim dan…etc. hlmn. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak.kulit binatang dab fabrik. 1987. penanaman pokok rumbia dipergiatkan di tanah pamah pesisir pantai di kawasan Batang Rajang. 80. 2000.. 2000. The Making of Sabah 1865-1941. [10]Tregonning K. [11]Ibid. Walaupun hasil keluaran galian kedua penting selepas hasil pertanian. 103.

2007. [14]Ibid. [17]Chater W. 1994.255. namun sistem sosial negeri tersebut masih lagi dilihat begitu tradisional apatah lagi lokasi geografi yang jauh dari Tanah Melayu. Keningau. hlmn. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Kaum Tidung di Tawau dan sebagainya. [13]Yap Beng Liang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Di Sabah. meskipun masyarakat Sabah dan mula beranjak secara perlahan-lahan ke arah paradigma ekonomi.. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.. terdiri daripada 39 buah kelompok etnik semuanya. 154. London: Macmillan. Misalnya orang Dusun kebanyakannya berada di Ranau. Lokin. Iranun dan lain-lain lagi. Iranun dan tembenuo di Beluran. Terdapat juga banyak sub- kaum lain yang menjadi minoriti seperti kaum Sungai yang kebanyakannya berada di sekitar Sungai Kinabatangan. Walaupun telah kelihatan bayang-bayang pihak Barat yang mula mencari ruang di celah-celah tanah Sabah atas dasar perluasan kuasa. Kaum- kaum ini berada di daerah yang berbeza dan selalunya berkelompok mengikut suku kaum mereka.J. hlmn.G. 8. Kadazan. 1970. dan sumber ekonomi yang cukup berharga di negeri ini. hlmn. Rungus. Kundasang dan Kota Belud. [1]Terdapat beberapa buah kaum yang menjadi majoriti iaitu kaum Dusun. hlmn . A History of Sabah. 1990. Baukan dan sebagainya. 87.[12]Siti Aidah Hj. Cocos. yang dikategorikan sebagai peribumi. 74. Sarawak Zaman Dahulu. Rumpun dan suku bangsa di Sabah sememangnya amat banyak antaranya ialah Tatana. Namun. pasaran barang. Perubahan Sosial Dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. politik yang dari abad sebelumnya. [16]Ibid. Telupid. hlm. . [15]Whelan F. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881-1963). kehidupan sosial masyarakat ini masih kekal diseragamkan dengan kepercayaan dan budaya mereka yang telah diwarisi dari nenek moyang mereka lagi. Sosial Masyarakat · Sebelum Kedatangan Barat Pada abad ke19.

Misalnya masyarakat Sabah akan mengadakan perayaan upacara memuja semangat padi. Cara hidup dan budaya masyarakat Sabah begitu kompleks dan ditunjangi oleh kepercayaan mereka terhadap alam sekitar. Dari segi pendidikan. Hal ini adalah untuk meningkatkan kualiti . Pada ketika itu. ladang. iaitu Bidayuh. masyarakat di Sarawak tidak mempunyai sistem pendidikan yang formal. mereka akan menjualnya secara kecil-kecilan. Pembentukan organisasi sosial masyarakat ini banyak dipengaruhi oleh keadaan persekitaran . masyarakat Sabah sebahagian besarnya masih lagi mengamalkan kepercayaan animisme. anak-anak di ajar bekerja di bendang. Mereka percaya bahawa objek-objek itu mempunyai semangat. gua. bahasa Kadazan. Mereka percaya kepada benda- benda hidup di sekeliling yang kelihatan unik dan asing bagi mereka seperti pokok-pokok besar. Mereka lebih mementingkan pendidikan yang bersifat tradisional. dan sebagainya. hukum alam semulajadi yang banyak mempengaruhi kepercayaan dan amalan mereka. Tedapat juga sub-etnik seperti Kenyah. Tujuannya adalah untuk kegunaan seisi keluarga sahaja. Namun bagi masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman mereka sememangnya menggunakan bahasa ibunda mereka. Melayu dan Melanau. Anak perempuan pula selalunya membantu melakukan kerja rumah. Iban. Masyarakat Sabah kebanyakanya tidak mempunyai pedidikan yang tinggi kerana anak-anak mereka diajar untuk bertani. penduduk peribumi adalah terdiri daripada empat kumpulan etnik utama . batu. bercucuk tanam. [2]orang Iban misalnya mempercayai akan kewujudan berbagai semangat (antu) dan tuhan-tuhan (petara). Ukit. Antara yang ditanam adalah tebu. Misalnya terdapat amalan “potong kepala” di Sarawak . keadaan di Sarawak adalah lebih kurang sama dengan di Sabah. Selain itu. Masyarakatnya juga masih mengamalkan kepercayaan animisme. sungai dan sebagainya. Masyarakat Sarawak secara keseluruhannya bertutur bahasa ibunda mereka. alam sekeliling dan sebagainya. interaksi dengan dunia luar dan peredaran masa. Masyarakat Sarawak sebahagian besarnya memuja semangat-semangat objek. Pada ketika itu. Penan. Namun begitu amalan agama dan kepercayaan ini menjadi unsur dalam menyatukan masyarakat. roh spiritual yang mana boleh membawa nasib malang juga nasib baik. lada dan sagu. Namun begitu. Bahasa pertuturan di Sabah pada ketika itu ialah bahasa kaum mereka seperti bahasa Sungai. sebenarnya telah ada sebahagian masyarakat Sabah yang menganut agama lain. percaya kepada tangkal. setiap masyarakat peribumi di negeri tersebut mempunyai organisasi sosial yang tersendiri. menjala dan sebagainya. Walaupun begitu. Misalnya. Pada ketika itu. · Selepas Kedatangan Barat Kerajaan SBUB telah memulakan usaha untuk memajukan bidang prasarana komunikasi di sabah. Anak-anak mereka kebanyakannya diajar untuk bercucuk tanam. Di Sarawak pula. bahasa yang sering mereka gunakan dalam pertuturan harian adalah bahasa Iban. Namun demikian. Dusun dan sebagainya mengikut bangsa mereka. Malah pada ketika itu anak perempuan di kahwinkan pada usia yang masih muda. mereka tetap menggunakan bahasa Melayu dalam urusan rasmi dan juga kerana pada ketika itu telah ada sekolah-sekolah di sebahagian kawasan. Lahanan dan sebagainya. tangkal. ianya berbeza dari segi terminologi unsur-unsur keagamaan dan tafsiran konsep. Jika terdapat lebihan daripada hasil tanaman mereka. Selain itu. menangkap ikan.

Kesemua bentuk kemudahan yang telah dibina ini telah membawa pelbagai faedah kepada penduduk pribumi. Hospital didirikan di bandar- . sebuah sekolah telah ditubuhkan dengan bilangan pelajar seramai sembilan orang tetapi terpaksa ditutup kerana sambutan yang begitu dingin daripada masyarakat berkenaan.Mary. Oleh itu sebuah bilik di pejabat gabenor telah dijadikan sekolah. perkhidmatan pos dan telegraf juga telah diadakan untuk memudahkan perhubungan di setiap daerah.Micheal di daerah Sandakan. Selain daripada bertujuan untuk menyediakan pengangkutan kepada penduduk dan pengangkutan hasil-hasil pertanian. Hal ini kerana penduduk pribumi dapat melicinkan dan memudahkan urusan serta perhubungan mereka dari sebuah daerah ke daerah yang lain. Jalan kereta api dari Jesselton ke Beaufort. [3]Objektif kedua pula adalah untuk menyediakan pelajaran kepada anak-anak ketua kampung bagi mendedahkan mereka kepada asas pentadbiran kelak. [5]Penyakit-penyakit seperti malaria. SBUB sebenarnya ingin mencapai dua objektif iaitu bagi meningkatkan tahap pengetahuan di kalangan pelajar tentang kemahiran asas membaca. Antara pejabat pos yang telah dibina oleh SBUB adalah seperti di Jesselton. Oleh itu Gabenor Treacher telah menubuhkan sekolah agama islam di Sandakan. disamping untuk memberikan latihan teknikal kepada pelajar bagi menghadapi alam pekerjaan kelak. Bagi mengelak penyakit itu merebak maka SBUB telah mengadakan kemudahan kesihatan.penduduk di Sabah di samping untuk kepentingan mereka sendiri. Kerajaan SBUB turut memulakan sistem persekolahan secara formal di Sabah selaras dengan peruntukan pendidikan bagi penduduk peribumi Sabah yang terkandung dalam piagam syarikat berkenaan. Dalam bidang kesihatan. jalan-jalan kereta api ini juga telah memudahkan perhubungan dari kota Kinabalu ke kawasan pendalaman. dari Beaufort ke Tenom dan dari Tenom ke Melalap telah mula dibina sejak tahun 1896. radang paru-paru dan sebagainya merupakan penyakit yang biasa dihadapi oleh masyarakat peribumi Sabah dan mudah merebak di kalangan mereka sehinggalah membawa kepada kematian.beri-beri. tenom dan sebagainya. [4]Pada tahun 1886.puru. Selain itu juga. Pembinaan jalan raya juga telah dilaksanakan pada tahun 1897. Oleh itu usaha awal untuk mengadakan sistem persekolahan secara formal menemui jalan kegagalan sehinggalah kedatangan para mubaligh kristian. usaha Treacher ini tidak Berjaya dan sekolah tersebut gagal menarik perhatian penduduk tempatan kerana mereka curiga dengan niat gabenor yang beragama kristian. Pada tahun 1887. father Bryon daripada mazhab Roman Khatolik telah membuka sekolah di Sandakan yang dikenali sebagai St. Meskipun begitu. Namun begitu.meulis dan mengira. William Pryer pula telah meninjau pendapat Cina dan Islam di Sandakan dalam tahun 1886. Sistem persekolahan agama islam telah telah lama ditubuhkan oleh orang-orang islam melalui pelajaran membaca al-Quran. mereka masih jauh ketinggalan dalam pelajaran. hanya penduduk peribumi yang tinggal di Bandar berpeluang mendapat pendidikan disekolah rendah kerajaan manakala bagi anak-anak peribumi yang tinggal di pedalaman. Sistem persekolahan ini telah memberi peluang kepada anak-anak peribumi bagi mendapatkan pendidikan secara formal dan mengatasi maslah buta huruf. sebelum tahun 1881 tidak terdapat satu sistem pengurusan kesihatan yang teratur dan bercorak moden di Sabah. usaha beliau diikuti pada tahun berikutnya oleh father Elton daripada mazhab Anglikan yang membuka Sekolah St.

bandar seperti Sandakan. Perkembangan Pelajaran di Sabah. Sebaliknya pula jika masyarakat berlatarkan geografi daratan atau hutan. 212. keadaan masyarakat ini telah berubah dengan kedatangan orang Barat ke negeri Sabah dan Sarawak. hlmn. Kota Kinabalu. keadaan masyarakat di Sabah dan Sarawak dalam abad ke-19 sebenarnya masih bersifat tradisional. London: Athline Press. Jesselton dan sebagainya. [1]Tamadun Islam Dan Tamadun Asia(peribumi Sabah). namun haruslah diingat bahawa kehadiran mereka ini telah menyebabkan pengeksploitasian keseluruhan terhadap sumber-sumber . udang dan siput. perhubungan dan kesihatan juga berlaku perubahan yang berleluasa. 1970. 2004. kancil dan burung. Ekonomi yang bersifat tradisional atau sara diri bertukar pada ekonomi yang bersifat moden atau perdagangan bebas. Arkib Negeri Sabah. Sekiranya masyarakat yang berlatarkan geografi di kawasan pesisir pantai. Report on the Iban. [3]Fail 66. Walaupun keadaan masyarakat ini berubah menjadi lebih baik selepas kedatangan Barat di Sabah dan Sarawak. Keadaan politik. Namun. Dasar-dasar pemerintah Barat telah menyebabkan perubahan yang sangat besar dalam ekonomi masyarakat Sabah dan Sarawak berlaku. maka keadaan ekonomi mereka lebih tertumpu pada memungut hasil-hasil hutan dan memburu binatang hutan seperti babi hutan. taun dan sebagainya. Namun. khususnya masyarakat peribumi untuk mengetahui asas-asas penjagaan kebersihan dan langkah-langkah bagi mengelakkan penyakit berjangkit seperti malaria. Kerajaan SBUB mengadakan dipensari dikawasan luar bandar untuk mendedahkan sistem perubatan moden kepada masyarakat berkenaan. 1978. tetapi masih lagi bersifat setempat. Politik yang bersifat setempat bertukar menjadi bersifat pengkhususan pada beberapa badan atau jabatan pentadbiran negeri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. by Sir Allan Perry. Kota Kinabalu. kebanyakan penduduk khususnya di kawasan pedalaman tidak menyakini sistem perubatan moden kerana masih berpegang teguh kepada keperecayaan tehadap para dukun dan bomoh. [4]Mohd Nor bin Long. [2]Freeman D. hlmn. Usaha SBUB meningkatkan taraf kesihatan di Sabah juga telah membuka ruang kepada penduduk Sabah. 7. perkhidmatan hospital yang didirikan kurang berkesan kerana kedudukannya di kawasan bandar menyebabkan kemudahan ini tidak dapat dinikmati oleh penduduk luar bandar. keadaan sosial masyarakat seperti kepercayaan. hlmn. maka keadaan ekonomi mereka lebih tertumpu kepada penangkapan hasil-hasil laut seperti ikan.. 83. agama. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya. pendidikan. [5] C. sosial dan ekonomi mereka dipengaruhi oleh di mana kawasan petempatan mereka dan kemahiran mereka pada sesuatu perkara. ekonomi dan sosial pada ketika itu. Walaupun mempunyai sistem politik. Tambahan pula. Medical Report on British North Borneo 1912. Arkib Negeri Sabah. Di samping itu. hlmn. rusa. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.O 874/1/37. Educational Policy of the State General. 2.

A History of Modern Sabah. O. Referens Chater W. 2004. Sejarah Malaysia (1800 – 1963). 1978. Ranjit Singh. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. J. 1987. Tregonning K. Sarawak: Jawatankuasa Warisan Kebudayaan Dewan Suarah. 1990. 874/1/37. 2007. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. kami berpendapat bahawa kita haruslah mengambil pengajaran daripada keadaan tersebut bahawa kita tidak sepatutnya memberi kebebasan kepada orang luar untuk mengeksploitasi sesuka hati sumber-sumber yang kita ada pada ketika ini. Saidatul Nornis Hj. Universiti Malaysia Sabah. 1996. Perkembangan Pelajaran di Sabah. Sabihah Osman. Evelyne Hong. London: Macmillan. 1965. C. Oleh yang demikian. Bhd. 1970. Sarawak Zaman Dahulu. Nota Kuliah Pn. Kota Kinabalu. Sejarah Sabah dan Sarawak. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Limpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahali. Tamadun Islam dan Tamadun Asia (Peribumi Sabah). 1970. 1987. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perubahan Sosial dalam Masyarakat Bajau Kota Belud Sabah. Siti Aidah Hj. Whelan F. 1994.kedua-dua buah negeri tersebut. 2000. Fong Hon Kah. Mohd Salim dan etc…. D. Freeman D. S. Mohd Nor bin Long. Arkib Negeri Sabah. Sejarah Perkembangan Lembangan Rajang di Sarawak. A History of Sabah. The Making of Sabah 1865 – 1941. Natives of Sarawak (Survival in Borneo’s Vanishing Forest).G. Pulau Pinang: Sun Printers Sdn. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Report on the Iban. Yap Beng Liang. Medical Report on British North Borneo 1912 by Sir Allan Perry. Mohd Isa Othman.G. London: Athline Press. Perubahan Sosioekonomi dan Pentadbiran Masyarakat Peribumi Sabah (1881 – 1963). Pluraliti Etnik dan Budaya Sabah. Lokin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.