You are on page 1of 5

PENTAKSIRAN

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya


membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses
pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi
aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi
maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM,
2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran
tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti
pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran


Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
memperbaiki pengajaran-pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan
murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran

Aspek-aspek utama dalam pentaksiran


instrumen
kumpulan yang ditaksir
respon
kumpulan pentaksir
skor
alat pentaksiran
k 3:Alat Pentaksiran

TAJUK 3
Alat pentaksiran

SINOPSIS

Topik ini membincangkan mengenai alat-alat pentaksiran yang digunakan untuk


tujuan penilaian dan pentaksiran sains sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

1.Mengenal pasti alat-alat pentaksiran yang digunakan dalam pengajaran


sains di sekolah-sekolah rendah.
2. Menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut digunakan sesuai dengan
tujuan dan aktiviti pentaksiran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 1.0 Kerangka tajuk

ISI KANDUNGAN
3.0 Alat-alat Pentaksiran

3.1 Portfolio
Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang
disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan
sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan strategi portfolio
mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi ruang kepada pelajar
untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti pelajar perlu
menyusun, sintesis dan menerangkan dengan jelas apa yang telah dipelajari. Oleh
itu portfolio merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.

3.2 Sampel kerja pelajar


Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja
pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;
a. Jurnal

Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang
relevan dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran
membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk
berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah
bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan menggambarkan personaliti,
kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.

b. Buku Nota

Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari


sendiri oleh pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut
penilaian boleh dilakukan dari aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua
topik dan maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai samada
tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas dan menarik

c. Laporan amali
Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu
sesi amali atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari
tujuaneksperimen, prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi
sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah
dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.

d. Peta Konsep

Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu
pohon dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep
dibuat dengan cara yang sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan
ranting. Dalam menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika
informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep, kapasiti
penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran adalah cara
dinamik untuk menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka
menggunakan format global atau umum, yang memungkinkankan informasi
ditujukan dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara
serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam
peta-peta konsep mendekati operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek
secara global dan memungkinkan keluwesan pemikiran .
e. Projek

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari
sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini
memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka
untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini
member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat
mereka dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara
mereka sendiri. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang
dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

3. Aktiviti bilik darjah


Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan, dan
sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui pemerhatian oleh
guru atau penilaian rakan sebaya. Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru
perlu bersedia untuk membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang
jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang
mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah unsur subjektif
ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku
yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada
atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini,
berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas
pemerhatian dan membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif.
Pemerhati juga perlu membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens.
Supaya lebih tekal dan sistematik pemerhati perlu menyediakan borang
pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan
kemahiran itu timbul.
4. Ujian kertas pensel.
Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular untuk
mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian boleh dibina
samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar digunakan oleh
penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka masa yang singkat dan mudah
dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini ialah dalam pembinaan item ujian
samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu berkualiti, menepati
sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan

You might also like