You are on page 1of 1

Di sebuah kerajaan, ada seorang anak perempuan yang cantik dan baik hati yang

bernama Conirella. Dia mempunyai impian ingin hidup bahagia. Dia tinggal
bersama ibu tirinya yang bernama Mak Diah dan 2 kak tirinya, bernama Kak Mah
dan Kak Pat.
Di rumah tersebut, dia selalu di suruh membuat semua kerja rumah termasuklah
menyapu, mencucui piring,mengemas rumah dan lain-lain. Dia sering dimarah dan
diberi makan sekali sehari sahaja oleh ibu tirinya. Hidupnya sangat terseksa kerana
perbuatan keluarga tirinya ini.
Setelah beberapa lama pada suatu hari, datang pengawal kerajaan yang
menyebarkan surat undangan pesta dari istana.
Hari yang dinanti telah tiba, kedua kakak tiri Conirella mulai berdandan dan berasa
teruja untuk pergi ke Pesta Tari Menari di Istana. Conirella sangat sedih sebab dia
tidak dibenarkan ikut oleh kedua kakaknya ke Pesta Tari Menari di istana.
Setelah semua pergi ke pesta, Conirella kembali ke biliknya, dia menangis sekuat-
kuatnya kerana hatinya kesal. Tidak lama kemudian dia terdengar sebuah suara,
Conirella berhentilah menangis. Conirella pon berhenti menangis dan melihat sang
pari-pari. Sang pari-pari membuat keajaiban dengan kuasa saktinya.
Conirella berubah menjadi Puteri yang cantik dengan memakai gaun yang sangat
indah. Dengan gembiranya Conirella mulai menari berpusing-pusing dengan rantai
kaca yang diberikan oleh sang pari-pari. Mereka pon menaiki tikar terbang menuju
ke istana untuk menghadiri Pesta Tari Menari.
Pesta Tari Menari telah bermula dengan meriahnya. Conirella tiba di istana dan
semua orang terpegun dengan kecantikan Conirellatermasuklah Putera Herri.
Putera Herri menghulurkan tangan ke arah Connierela dan mereka menari-nari
bersama.
Kerana bahagianya, Connierela tidak sedar masa berlalu. Apabila tiba tepat jam 12(
1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10, 11, 12). Connierela pun terkejut dan terus keluar dari istana.
Ditengah jalan rantai kacanya terjatuh. Putera Herri menjumpai rantai itu dan
menyimpanya. Keesokan hari, para pengawal Pergi ke rumah-rumah yang ada
anak gadis untuk mencari siapakah pemilik rantai kaca ini.
Tetap tidak ada seorang pun ada anak gadis yang sesuai dipakaikan dengan rantai
tersebut termasuklah Kak Mah dan Kak Pet.
Tiba-tiba para pngawal terdengar suara gadis yang sedang menyanyi. Mereka pon
mencari suara itu dan terjumpalah Conirella yang sedang menyanyi.
Conirella pon memakai rantai tersebut, naaaaa,, jumpa sudah pemilik rantai
kacanya..
Putera Herri membawa Conirella ke istana dan mereka pun berkahwin. Keluarga tiri
Conirella danatang meminta maaf.
Akhirnya, impian Conirella tercapa dan mereka hidup bahagia.