You are on page 1of 3

Pernyataan Sebelum PBS

Saya akan menjalankan PBS (Pengalaman Berasakan Sekolah) atau lebih dikenali
sebagai SBE (School-Based Experience) di SJKC Kwang Hwa pada 13 Mac 2017 sehingga
17 Mac 2017, selama satu minggu. SJKC Kwang Hwa terletak di Sungai Nibong, sebuah
sekolah yang mempunyai kuantiti murid yang tinggi. Bukan itu sahaja, dari segi kualiti, SJKC
Kwang Hwa juga amat terserlah dan boleh diperhatikan dari segi perlakuan murid serta
sumbangan guru kepada sekolah. Kualitinya yang tinggi dari pelbagai segi merupakan
sebab yang paling utama bagi saya untuk memilih sekolah ini sebagai sekolah untuk
melaksanakan PBS fasa ketiga saya. Prestasi SJKC Kwang Hwa dapat dilihat melalui
bilangan murid yang mendapat A dalam UPSR pada tahun lepas adalah ramai walaupun itu
merupakan tahun pertama format KSSR diimplimentasikan dalam UPSR. Bukan itu sahaja,
kemudahan prasarana serta variasi kokurikulum di SJKC Kwang Hwa juga merupakan
antara sebab saya memilih sekolah ini.

Sebelum menjalankan PBS di sekolah, persediaan awal telah saya lakukan untuk
bagi memastikan kelancaran PBS fasa ketiga saya. Saya telah merancang aktiviti-aktiviti
yang akan dijalankan di sekolah ini dengan teliti agar saya dapat menghasilkan laporan
yang menyeluruh serta terperinci. Sebagai langkah pertama, saya memahami kehendak
tugasan serta menganalisis tugasan dan projek yang diamanahkan oleh pensyarah. Bagi
kali ini, saya akan menjalankan pentaksiran subjek sains dengan menggunakan soalan yang
telah direka untuk murid Tahun 5. Antara persediaannya termasuklah menyediakan kertas
soalan yang direka oleh saya dan rakan sekumpulan from scratch, iaitu kami mereka
soalan tersebut dan mereka Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) agar memudahkan analisis untuk
dijalankan. Di samping itu, saya juga memastikan saya mempunyai persediaan dari segi
peralatan misalnya, komputer riba, kamera dan alat-alat tulisan yang diperlukan. Dengan
persediaan yang mencukupi, saya dapat memastikan tiada kesilapan ataupun
meminimumkan kesilapan yang mungkin dilakukan dan seterusnya, keberkesanan PBS
dapat ditingkatkan dan objektif-objektif juga boleh dicapai.

Dalam tempoh PBS saya, saya akan memerhatikan persekitaran sekolah,


kelengkapan kemudahan prasarana di sekolah serta pelaksanaan kokurikulum di sekolah.
Bagi merekodkan pemerhatian saya, saya akan mengambil gambar dan merekodkan temu
bual yang dijalankan dalam proses menyiapkan tugasan saya. Saya akan menjalankan
permerhatian ke atas kemudahan seperti perpustakaan, makmal sains, makmal komputer,
kelas-kelas dan lain-lain lagi. Saya juga akan merekodkan maklumat umum sekolah
tersebut seperti bilangan guru, murid, kakitangan, dan lain-lain.
Sebelum menjalankan PBS, saya mengingatkan saya bahawa penampilan
merupakan satu unsur yang sangat penting bagi seorang guru yang profesional. Saya akan
memakai pakaian yang kemas serta berterampilan yang dapat menunjukkan sifat guru
seperti rambut yang kemas diikat. Selain itu, saya mengingatkan diri sendiri saya bahawa
saya perlu sentiasa bersenyum dan bersalam ketika bertemu dengan guru-guru sekolah. Di
samping itu, saya juga mengingatkan bahawa saya merupakan seorang guru dan bukannya
murid jadi perlakuan saya perlu dijaga kerana guru merupakan role model ataupun teladan
kepada murid-murid. Ini adalah disebabkan murid akan meniru apa-apa yang dilakukan oleh
guru. Selain itu, saya juga perlu berusaha menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah
yang disediakan kerana kami akan diamanahkan posting ke mana-mana sekolah oleh
kerajaan dan kami perlu pandai menyelesakan diri dengan persekitaran sebagai persediaan
untuk masa depan dan ini merupakan salah satu kualiti yang amat penting yang perlu ada
bagi seorang guru yang profesional.

Untuk mengumpul maklumat tentang sekolah dan menidentifikasikan masalah serta


isu bagi perbincangan dalam laporan PBS, saya juga bersedia mengadakan perbincangan
serta temu bual dengan pengurus sekolah, PK 1, PK Koko, PK HEM, dan guru-guru lain.
Saya juga bersedia untuk berbincang dengan guru subjek Bahasa Inggeris dan Sains agar
dapat mengenali masalah-masalah dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Bahasa Inggeris dengan pendekatan KSSR dan unsur yang berbeza dengan KBSR serta
sejauh mana KSSR adalah dilaksanakan dengan berkesan serta efektif di sekolah ini.
Dengan ini, saya akan mendapat pemahaman yang lebih dalam tentang keadaan sebenar
yang bakal berlaku di sekolah nanti sebagai persediaan.

Selain daripada kaedah temu bual, saya juga akan menjalankan soal selidik di
sekolah PBS saya nanti. Saya telah menyediakan borang soal selidik terlebih dahulu
sebelum pergi ke sekolah. Dalam borang soal selidik bagi guru, saya akan menimbulkan
soal seperti kaedah-kaedah pengajaran guru dan anggaran penguasaan bahasa murid-
murid. Bagi soalan soal selidik untuk murid pula, soalan tentang kesukaan mereka pergi ke
sekolah, kekerapan menggunakan TMK dalam kerja rumah dan lain-lain lagi akan diberikan.
Dengan soal selidik yang diberikan, saya dapat membuat konklusi tentang kaedah
pengajaran yang lebih digemari oleh murid, kaedah yang berkesan serta dapat
mendatangkan faedah kepada murid.

Di samping itu, saya juga merancang agar meminta kebenaran guru sekolah untuk
mengizinkan saya memasuki kelas supaya dapat memerhatikan cara beliau mengajar dan
mengendalikan kelas. Saya juga berharap dapat menangkap gambar alat bantu mengajar
(ABM) yang digunakan oleh guru tersebut. Saya juga akan memerhati kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang telah digunakan oleh guru dan membuat refleksi. Saya percaya
bahawa refleksi saya melalui pemerhatian di atas akan membantu saya apabila semasa
praktikum nanti.

Seterusnya, saya juga akan membuat pemerhatian tentang aktiviti kurikulum dan
kokurikulum yang dijalankan di SJKC Kwang Hwa. Saya berharap agar aktiviti ataupun
program akan dijalankan di sekolah PBS saya semasa tempoh PBS saya agar saya akan
mendapat lebih banyak pengalaman serta ilmu pengetahuan. Saya akan memerhatikan
aktiviti-aktiviti sekolah dan menganalisis serta menilai implikasinya terhadap enam aspirasi
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Sebagai konklusi, saya berharap dan berdoa agar PBS fasa ketiga saya akan
berjalan dengan penuh kelancaran seperti dalam fasa pertama dan kedua dan
mendatangkan faedah kepada diri saya sebagai seorang pelajar guru yang bakal menjadi
guru yang bersedia berkhidmat untuk murid-murid di sekolah. Saya juga berharap saya
akan mendapat bimbingan serta nasihat daripada pengurus sekolah, penolong kanan, guru-
guru sekolah dan juga guru mentor saya.