You are on page 1of 6

Peti Surat 916,

90710 Sandakan
Sabah

Tel : 089- 611 587


Fax: 089-611 587

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PUTIH SANDAKAN

KERTAS CADANGAN
KEM KEPIMPINAN 2017
Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Sandakan

Kem PLKN Bagai Budi Resort, Sandakan


29-30 April 2017 8.00 pagi
Kertas Cadangan
Kem Kepimpinan 2017
Sekolah Kebangsaan Pasir Putih Sandakan

TAJUK

Kem Kepimpinan 2017

LATAR BELAKANG

Setiap tahun Unit Pengawas Sekolah akan mengadakan Kem Kepimpinan. Kem
Kepimpinan ini biasanya diadakan secara dalaman iaitu di sekolah. Tahun ini
Unit Pengawas Sekolah akan mengadakan Kem Kepimpinan diluar kawasan
sekolah. Kem Kepimpinan ini melibatkan pengawas sekolah, pengawas pusat
sumber dan ketua kelas Tahap II termasuk penolong ketua kelas.

TUJUAN

Meningkatkan kualiti pengawas, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan


penolong ketua kelas dalam bidang kepimpinan.

OBJEKTIF

Melahirkan murid yang berpotensi yang dipilih sebagai barisan kepimpinan


pengawas untuk sesi 2017/2018.

Melatih murid untuk memperkembangkan kualiti kepimpinan yang ada pada


diri mereka.

Mendapatkan murid dengan penanda aras (bench-mark)`Pemimpin/Pengawas


Cemerlang`.

MOTO

Pemimpin Bermotivasi, Cetus Inspirasi


TARIKH & TEMPAT

Kem Kepimpinan ini akan di adakan pada 29 hingga 30 April 2017 di Kem PLKN
Bagai Budi Resort, Sandakan.

TENTATIF PROGRAM
SABTU ( 29 APRIL 2017)

7.30 pg Pendaftaran

8.00 pg Taklimat Program.

Penempatan para peserta.

8.30 pg Sarapan pagi

9.00 pg Ice Breaking

10.30 pg Minum pagi

11.00 pg LDK 1

12.30 tgh Solat Zohor

1.30 ptg LDK 2

3.30 ptg Minum petang

4.00 ptg Aktiviti Rempuh Halangan

5.30 ptg Pengurusan Diri

6.30 ptg Makan Malam

Solat Maghrib/ Isya

Kuliah Maghrib / Moral untuk bukan Islam

8.30 mlm LDK 4

11.30 mlm Minum Malam

12.00 pg Tidur

2
MUKA SURAT
AHAD ( 30 APRIL 2017)

5.00 pg Solat subuh

Kuliah subuh / Moral untuk murid bukan Islam.

6.00 pg Senamrobik

7.00 pg Sarapan Pagi

8.30 pg Refleksi

11.00 pg Majlis Penutup

12.30 tgh Makan tengah hari/Pengurusan diri.

1.00 ptg Berangkat Pulang.

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi : En. Mohd Ajwadi b. Ahmad

Naib Pengerusi : Pn. Jamati bt. Rajion

Setiausaha : Cik Sarindah bt Mansor

AJK : En. Mohd Aizat Amir b. Abdul Kadir

Pn. Suriani bt. Kadir

En. Kenneth Lawrence Catharinus

Pn. Rolaimi bt. Malimbroni

Pn. Norani bt. Saroni

Guru Pengiring: Pn. Faridah

Ustzh Wan Nur Aisyah bt. Wan Omar

Cik Zulianah bt. Abdul Rajit

En. Saiful

Ustzh Suwaibah bt. Jamil

3
MUKA SURAT
ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut dikemukakan anggaran perbelanjaan Kem Kepimpinan 2017.

Bil Perkara Harga (RM)


1 Pakej 2 hari 1 malam (RM 30.00
per pax) 2100.00
(RM 30.00 x 70 orang)
2 Bas 700.00
(RM 350 x 2 bas)

3 Alat tulis
(Tag nama peserta, fail, kertas 300.00
mahjong,
marker dan bahan aktiviti-aktiviti
bengkel
4 Banner 100.00
(RM 100 x 1)

5 Hadiah (Hamper)

Kumpulan :

RM 100 x 1 kumpulan 100.00


RM 80 x 1 kumpulan 80.00
RM 70 x 1 kumpulan 70.00
RM 50 x 7 kumpulan 350.00

Individu :

Pengawas Terbaik
(RM 10.00 x 2.00) 20.00
Fasilitator Terbaik
(RM10.00 x 2)) 20.00
AJK Terbaik
(RM 10.00 x 2)) 20.00

6 Bayaran Penceramah
(Ceramah Kepimpinan) 100.00
(Leadership Games) 100.00

4
MUKA SURAT
7 Tabung rencam / kecemasan 300.00
Jumlah Besar 4360.00

SUMBER KEWANGAN

Sumbangan PIBG SK Pasir Putih, Sandakan sebanyak RM 500.00 sahaja.

PENUTUP

Dengan ini diharap PIBG SK Pasir Putih, Sandakan akan dapat menyumbang
kepada perbelanjaan bagi Kem Kepimpinan 2017 ini. Mudah-mudahan Kem
Kepimpinan ini berjaya menyuntik semangat murid untuk menjalankan
tanggungjawab yang diamanah dengan lebih bermotivasi lagi dalam membantu
pihak sekolah menjaga disiplin murid-murid.

TRANSFORMASI PENGAWAS MENJANA KEUTUHAN KEPIMPINAN

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

( Ustz. Mohd Ajwadi b. Ahmad ) (Tn. Hj. Ashmar b. Labadu)

Penyelaras Unit Pengawas & Disiplin Guru Besar

5
MUKA SURAT