You are on page 1of 12

Jenis-jenis perkahwinan

Poligami adalah perkahwinan lelaki dengan ramai wanita. Ia diamalkan oleh hampir kesemua bangsa di
dunia ini. Mereka mengamalkan poligami tanpa had dan batas. Contohnya ada agama di
negara China yang membolehkan perkahwinan sehingga 130 orang isteri. Pada syariat Yahudi, poligami
dibenarkan tanpa batas dan menurut Islam, poligami hanya dibenarkan sehingga empat orang isteri
dengan syarat-syarat yang tertentu.

Poliandri merupakah perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan dengan beberapa
orang lelaki (konsep songsang dari poligami). Perkahwinan ini sangat jarang berlaku kecuali diTibet,
orang-orang bukit di India dan masyarakat jahiliah Arab. Contohnya masyarakat Juansuwaris apabila
saudara lelaki yang tua mengahwini seorang wanita, wanita itu juga menjadi isteri untuk semua
saudara-saudaranya. Amalan ini merujuk kepada kitab Mahabhrata. [3]

Monogami merupakan cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan
seorang perempuan sahaja. Sesetengah agama seperti Kristian mengamalkan perkahwinan jenis ini
kerana perkahwinan antara seorang lelaki dan seorang perempuan adalah suci di dalam Tuhan
Kristus untuk sepanjang zaman. Oleh kerana itulah penceraian tidak diiktiraf sama sekali (seperti
mazhab Katolik).[4]
Hukum hukum perkahwinan dalam Islam[sunting | sunting sumber]

Wajib kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke lembah
maksiat (zina dan sebagainya) sedangkan ia seorang yang mampu.disini mampu bermaksud ia
mampu membayar mahar(mas berkahminan/dower) dan mampu nafkah kepad bakal isterinya.
Dalam permasalahan ini boleh didahulukan perkahwinan dari naik haji kerana gusar penzinaan akan
berlaku, tetapi jika dapat dikawal nafsu, maka ibadat haji yang wajib perlu didahulukan kerana beliau
seorang yang berkemampuan dalam segala aspek.

Sunat kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.

Harus kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini
merupakan hukum asal perkahwinan

Makruh kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi sekadar
tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang kuat

Haram kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan ia sendiri
tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya isteri jika dia
berkahwin.
Hikmah perkahwinan[sunting | sunting sumber]

Cara yang halal untuk menyalurkan nafsu seks melalui ini manakala perzinaan liwat dan
pelacuran sebagainya dapat dielakkan.

1
Untuk memperoleh ketenangan hidup, kasih sayang dan ketenteraman

Memelihara kesucian diri

Melaksanakan tuntutan syariat

Menjaga keturunan

Sebagai media pendidikan: Islam begitu teliti dalam menyediakan persekitaran yang sihat bagi
membesarkan anak-anak.Kanak-kanak yang dibesarkan tanpa perhubungan ibu bapa akan
memudahkan si anak terjerumus dalam kegiatan tidak bermoral. Oleh itu, institusi kekeluargaan yang
disyorkan Islam dilihat medium yang sesuai sebagai petunjuk dan pedoman kepada anak-anak

Mewujudkan kerjasama dan tanggungjawab

Dapat mengeratkan silaturahim


Dalil pensyariatan[sunting | sunting sumber]

Surah An-Nisaa': ayat 1 & 3

Surah An-Nuur: ayat 32

Surah An-Nahl: ayat 72

Surah Yaasin: ayat 36

Surah Ar-Rum: ayat 21

Surah Adz-Dzariyaat: ayat 49

Surah Luqman: ayat 10

Surah Qaf: ayat 7

Surah Asy-Syuaraa: ayat 7


Pemilihan calon[sunting | sunting sumber]
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam.
Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami[sunting | sunting sumber]

beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t

bertanggungjawab terhadap semua benda

2
memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar

tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya

rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan
keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri[sunting | sunting sumber]

beriman & solehah

rupa paras yang sedap mata memandang, dapat menyejukkan hati suami

memiliki akhlak-akhlak yang terpuji

menentukan mas kahwin yang rendah

wanita yang subur

masih dara

berasal dari keturunan yang baik

bukan keturunan terdekat

tidak memandang harta semata-mata


Sebab haram nikah[sunting | sunting sumber]

Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram


selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, Diharamkan kepada
kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak
saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara
perempuan bagi adik-beradik perempuan.:

Ibu

Nenek sebelah ibu mahupun bapa

Anak perempuan & keturunannya

Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu

3
Anak perempuan kepada adik-beradik kandung

lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan

Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)

Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:

Ibu susuan

Nenek dari sebelah ibu susuan

Adik-beradik perempuan susuan

Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:

Ibu mentua dan ke atas

Ibu tiri

Nenek tiri

Menantu perempuan

Anak tiri perempuan dan keturunannya

Adik ipar perempuan dan keturunannya

Emak saudara kepada isteri

Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya


Peminangan[sunting | sunting sumber]

4
Pertunangan atau bertunang merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk
melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua
pihak. Meminangmerupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan
adalah permulaan proses perkahwinan. Hukum peminangan adalah harus dan hendaklah bukan isteri
orang, bukan mahram sendiri, tidak dalam idah, dan bukan tunangan orang. Pemberian
seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan. Apabila berlaku
keingkaran yang disebabkan oleh lelaki, pemberian tidak perlu dikembalikan dan jika disebabkan oleh
wanita, maka hendaklah dikembalikan, namun persetujuan hendaklah dibuat semasa peminangan
dilakukan. Melihat bakal suami dan bakal isteri adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku
setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialahmuka dan kedua-
dua tangan sahaja.

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat tunang) dan meminang:

"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah kepada seorang lelaki yang hendak
berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak (kata
lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin
berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Hadis Rasullullah berkenaan larangan meminang wanita yang telah bertunang:

"Daripada Ibnu Umar RA bahawa Rasullullah telah bersabda: "Kamu tidak boleh meminang
tunang saudara kamu sehingga dia (membuat ketetapan untuk) memutuskannya".(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim (Asy-Syaikhan))

Nikah[sunting | sunting sumber]

Akad nikah lazim diadakan di masjid

Rukun nikah[sunting | sunting sumber]

Pengantin lelaki

Pengantin perempuan

5
Wali

Dua orang saksi lelaki

Ijab dan kabul (akad nikah)


Syarat bakal suami[sunting | sunting sumber]

Islam

Lelaki yang tertentu

Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri

Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut

Bukan dalam ihram haji atau umrah

Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa

Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri
Syarat bakal isteri[sunting | sunting sumber]

Pengantin perempuan dalam pakaian tradisional Bahrain

Islam

Perempuan yang tertentu

Bukan perempuan mahram dengan bakal suami

Bukan seorang khunsa

Bukan dalam ihram haji atau umrah

6
Tidak dalam idah

Bukan isteri orang


Syarat wali[sunting | sunting sumber]

Islam, bukan kafir dan murtad

Lelaki dan bukannya perempuan

Baligh

Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan

Bukan dalam ihram haji atau umrah

Tidak fasik

Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya

Merdeka

Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat wali
bercanggah seperti di atas maka tidak sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang mukmin yang
sejati, kita hendaklah menitik beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika tidak di ambil kira, kita akan
hidup di lembah zina selamanya.

Jenis-jenis wali[sunting | sunting sumber]

Wali mujbir: Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai
kuasa mewalikan perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya dengan
persetujuannya atau tidak (sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendak
dikahwinkan)

Wali aqrab: Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali

Wali abad: Wali yang jauh sedikit mengikut susunan yang layak menjadi wali, jika ketiadaan wali
aqrab berkenaan. Wali abad ini akan berpindah kepada wali abad lain seterusnya mengikut susunan
tersebut jika tiada yang terdekat lagi.

Wali raja/hakim: Wali yang diberi kuasa atau ditauliahkan oleh pemerintah atau pihak berkuasa
negeri kepada orang yang telah dilantik menjalankan tugas ini dengan sebab-sebab tertentu
Syarat saksi[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangya dua orang

7
Islam

Berakal

Baligh

Lelaki

Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul

Dapat mendengar, melihat dan bercakap

Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)

Merdeka
Syarat ijab[sunting | sunting sumber]

Pernikahan nikah ini hendaklah tepat

Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran

Diucapkan oleh wali atau wakilnya

Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak e.g.perkahwinan(ikatan


suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah
muataah)

Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)

Contoh bacaan Ijab:Wali/wakil Wali berkata kepada bakal suami:"Aku nikahkan/kahwinkan engkau
dengan Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000 tunai".

Syarat qabul[sunting | sunting sumber]

Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab

Tiada perkataan sindiran

Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)

Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)

Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)

Menyebut nama bakal isteri

8
Tidak diselangi dengan perkataan lain

Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami):"Aku terima nikah/perkahwinanku dengan
Diana Binti Daniel dengan mas kahwinnya/bayaran perkahwinannya sebanyak RM 3000
tunai"ATAU "Aku terima Diana Binti Daniel sebagai isteriku".

Selepas qabul dilafazkan Wali/wakil Wali akan mendapatkan pengikhtirafan/kesaksian dari para hadirin
khususnya dari 2 (dua) orang saksi perkahwinan dengan menanyakan adakah JELAS? Sekiranya para
saksi mengakui / mengiktiraf bahawa mereka mendengar dengan jelas, maka Wali itu sendiri akan
mengatakan lafaz "SAH" atau perkataan lain yang sama maksud dengan perkataan itu.

Selanjutnya Wali/wakil Wali akan membaca doa selamat agar perkahwinan suami isteri itu berkekalan
dan berbahagia sepanjang kehidupan mereka serta doa itu akan diAmeenkan oleh para hadirin

Sejurus itu, mas kahwin/bayaran perkawinan/mahar akan diserahkan kepada pihak isteri dan selalunya
sebentuk cincin akan disarungkan kepada jari manis isteri oleh suami sebagai tanda permulaan ikatan
kekeluargaan atau simbol pertalian kebahagiaan suami isteri. Aktiviti ini diteruskan dengan isteri
mengucup/mencium tangan suami, manakala suami mencium dahi isteri atau pipinya. Aktiviti ini disebut
sebagai "Pembatalan Wuduk". Ini kerana sebelum akad nikah dijalankan, suami dan isteri itu diminta
untuk berwuduk terlebih dahulu.

Suami isteri juga diminta untuk solat sunat nikah sebagai tanda kesyukuran selepas perkahwinan
berlangsung. Perkahwinan Islam sememangnya mudah kerana ia tidak perlu mengambil masa yang lama
dan memerlukan banyak aset-aset perkahwinan disamping mas kahwin,hantaran atau majlis
keramaian(walimatul urus)yang tidak perlu membebankan atau membazir. Jadi mengapa perlu
menyusahkan dalam hal berkaitan perkahwinan dan mengapakah perlu melakukan zina?

Wakil Wali/ Qadi[sunting | sunting sumber]

Seorang ustaz bertindak sebagai jurunikah

Wakil wali/Qadi adalah orang yang dipertanggungjawabkan oleh institusi Masjid atau jabatan/pusat Islam
untuk menerima tuntutan para Wali untuk menikahkan/mengahwinkan bakal isteri dengan bakal suami.
Segala urusan perkahwinan,penyedian aset perkahwian seperti mas kahwin,barangan
hantaran(hadiah),penyedian tempat berkahwin,jamuan makanan kepada para hadirin dan lain-lain adalah
tanggungan pihak suami isteri itu. Qadi hanya perlu memastikan aset-aset itu telah disediakan supaya
urusan perkahwinan berjalan lancar. Disamping tanggungjawabnya mengahwinkan suami isteri berjalan
dengan dengan sempurna,Qadi perlu menyempurnakan dokumen-dokumen berkaitan perkahwinan
seperti sijil perkahwinan dan pengesahan suami isteri di pihak tertinggi seperti jabatan Islam dan jabatan
pendaftaran negara. Ini bagi memastikan status resume suami isteri itu sentiasa sulit dan terpelihara.
Qadi selalunya dilantik dari kalangan orang-orang alim(yang mempunyai pengetahuan dalam agama
Islam dengan luas) seperti Ustaz,Muallim,Mufti,Sheikh ulIslam dan sebagainya. Qadi juga mesti
merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.

Mahar[sunting | sunting sumber]

9
Mahar ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya.
Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah
mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah
baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai
cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun,
mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah
sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh
atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau
persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib
membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib
dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh,
maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum
bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas
isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut.

Jenis mahar[sunting | sunting sumber]

Mahar misil : mahar saudara perempuan yang telah berkahwin sebelumnya

Mahar muthamma : mahar yang dinilai berdasarkan keadaan, kedudukan, atau ditentukan oleh
perempuan atau walinya.
Walimatulurus[sunting | sunting sumber]
Walimatulurus atau kenduri kahwin sunat(seperti majlis santapan makanan)diadakan dan menerima
jemputannya adalah wajib (terdapat ulama mengatakan sunat). Ia bertujuan untuk menghebahkan
kepada orang ramai mengenai perkahwinan tersebut, mengelakkan sangkaan buruk orang ramai
sekiranya terjadi sesuatu perkata dan saudara mara dapat menyaksikan sendiri pernikahan mereka dan
mendoakan kebahagiaan rumahtangga mereka. Terdapat beberapa adab dalam walimatulurus seperti
dilakukan selepas akad nikah; menjemput jemputan mengikut keutamaan seperti didahulukan saudara-
mara, kaum kerabat dari kedua-dua pihak, jiran dan rakan kenalan; bagi pengantin wanita hendaklah
mengikut sunah Nabi MuhammadSAW dengan cara bersederhana dan tidak unsur mehah, maksiat dan
kemungkaran; dilarang sama sekali berhutang yang membebankan.Dalam menganjurkan agenda
berkaitan Walimatulurus,etika berbudaya mengikut adat resam bangsa masing-masing adalah
dibolehkan,namun perlu diingat agar penganjurannya perlulah selari dengan apa yang dianjurkan oleh
Islam tanpa mempunyai rasa gharar(was-was)dalamnya.Juga tidak mempunyai pengaruh adat berunsur
keagamaan dan kepercayaan yang dicedok dari agama lain.Islam melarang aktiviti persandingan seperti
yang menjadi adat kebiasaan dalam masyarakat melayu khususnya kerana perbuatan tersebut telah
menampakkan pengaruh Hindu-Buddha seperti aktiviti merenjis dan menepung tawar,selain
memperlihatkan pasangan pengantin yang bergaya dan bersolek secara terus kepada hadirin.Hal ini
akan pasti akan menimbulkan rasa bangga oleh pasangan pengantin dan menimbulkan rasa(seperti
cemburu,gersang dan was-was)dari kalangan hadirin yang melihat aktiviti persandingan tersebut.

Konsep yang diharamkan dalam Islam[sunting | sunting sumber]


Konsep rahbaniyah[sunting | sunting sumber]

10
Perkataan rahbaniyah bermasud kerahiban atau kependetaan, atau kehidupan paderi [5] Di dalam Islam,
membujang tidak dianggap sebagi satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan Tuhan seperti yang
dilakukan oleh agama Kristian, Buddha, Jain dan sebagainya. Sebagai contoh, agama Buddha ada
menyebut tiga aspek yang perlu dimiliki oleh seorang sami iaitu kefakiran, ketabahan dan kelanjangan
(membujang). Mengikut agama Buddha, jika seseorang mahu membebaskan dirinya dari nafsu duniawi
dan keperluan jasmaniah maka ia akan sampai kepada hakikat diri yang sebenarnya dan dapatlah ia
masuk ke dalam Nirwana [6]

Dalam agama Kristian ada ajaran yang menggalakkan penganutnya mengamalkan hidup membujang.
Sejak abad ke-5 lagi, orang begitu kagum dengan golongan paderi yang hidup membujang dan sekiranya
golongan paderi mahu dihormati dan mengekalkan kuasa mereka, amatlah berfaedah sekiranya mereka
memisahkan diri mereka dari orang biasa dengan cara menjauhkan diri dari perkahwinan. Mereka juga
berpendapat bahawa paderi yang berkahwin lebih rendah tarafnya dari paderi yang terus membujang
kerana perkahwinan bererti tunduk kepada nafsu. Saint Paul berkata, Sekiranya mereka tidak boleh
tahan, biarlah mereka berkahwin akan tetapi seseorang yang benar-benar suci mesti sanggup menahan
diri dari berkahwin. Oleh yang demikian, taraf membujang di kalangan paderi dianggap memelihara
moral gereja [7].

Selain itu, perkahwinan juga ditolak oleh golongan bukan paderi mahupun sami seperti golongan yang
terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alasan kesibukan bekerja sebagai penghalang
membina rumahtangga.

Konsep ibahiyah[sunting | sunting sumber]


Istilah ibahiyah diambil dari perkataan yang bermaksud membolehkan. Selain itu, ibahiyah membawa
maksud membolehkan atau membebaskan tanpa batas seperti
pergaulan seks bebas,homoseksual, lesbian dan sebagainya. Gejala sebegini wujud kerana sikap
mereka yang menolak konsep institusi perkahwinan.

Pergaulan bebas: Pendirian Islam dalam pertemuan antara lelaki dan perempuan adalah tidak
diharamkan sebaliknya ia diharuskan atau dituntut jika ia menjurus kepada matlamat yang mulia seperti
mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat, perkara kebajikan, jihad dan perkara-perkara lain yang
memerlukan pengembelingan tenaga antara kedua-duanya. Namun setelah meluaskan arus pemikiran
Barat dan seruan kebebasan wanita, pergaulan bebas telah digariskan oleh al-Qardhawi sebagai

keruntuhan akhlak

wujudnya anak-anak yang tidak sah tarafnya (anak luar nikah)

Merebaknya pelbagai penyakit membahaya

Banyaknya terdapat andartu serta lelaki yang terus membujang

Berlakunya keruntuhan rumahtangga kerana perkara-perkara yang remeh

Amalan seks bebas: Kegilaan Barat yang memilih cara hidup hidonistik iaitu mementingkan
keseronokan dan tidak terikat dengan tanggungjawab menyebabkan amalan seks rambang dan bebas
berleluasa dan mempengaruhi masyarakat dari benua lain untuk bersama mereka mengejar keseronokan

11
duniawi tanpa mempedulikan dunia selepas mati. Menurut perangkaan Kementerian
Kesihatan Singapura (MOH) sebanyak 18.7% daripada 13,753 kes pengguguran kandungan dilakukan di
Singapura pada tahun 1999 melibatkan wanita Melayu atau Islam. Menurut MOH lagi, hampir 41%
pengguguran dilakukan oleh wanita dari semua kaum dan agama yang belum berkahwin, janda dan
berpisah dengan suami

Homoseksual & Lesbian: Pasangan homoseksual atau gay lebih dikenali sebagai perhubungan antara
lelaki dengan lelaki dan lesbian sebagai perhubungan antara wanita dengan wanita. Mereka menjalani
hidup seperti suami isteri dan beberapa negara Barat telah menghalalkan perkahwinan sejenis. Bahkan
sesetengah gereja dan paderi terus meraikan perkahwinan yang sememangnya dihalang oleh semua
agama termasuk Kristian sendiri. Manakala di Malaysia, pertubuhan seperti Human Right Watch bagi
rantau Asia menyeru supaya Malaysia menghalalkan homoseksualiti dan lesbian. Artikel seperti
Homosexuality is not a Sinmenjelaskan hujah-hujah yang dilihat secara sepintas lalu ianya boleh
menyakinkan orang ramai. [8]. Selain itu akhbar The Star pada 26 Mei 1998 pernah melaporkan semasa
pelancaran Womens Agenda For Change, Avy Joseph ada menyebut bahawa kita perlu membenarkan
lesbianisme sebagai tanda masyarakat yang toleran.

12