Elemen 3: Penerapan Unsur Patriotik Bagaimanakah modal insan yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti sukan dan

permainan? Generasi hadapan merupakan aset insani Malaysia yang paling penting dalam usaha kerajaan merealisasikan kewujudan sebuah Negara Bangsa yang Maju, Cemerlang, Gemilang, dan Terbilang menjelang WAWASAN 2020. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara sentiasa berusaha menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk dalam aktiviti sukan dan permainan. Modal insan merupakan individu yang berkelakuan sopan, bertatasusila dan berhemah tinggi (UP4). Peraturan dan undang-undang ditetapkan dalam setiap permainan mahupun dalam permain tradisional atau permainan moden. Pelanggar undangundang akan didenda atau disingkir daripada permainan tersebut. Hal ini dapat mendisiplinkan pemain-pemain supaya sentiasa mematuhi peraturan dan undangundang (UP4). Aktiviti sukan dan permainan akan membangunkan warganegara dari awal persekolahan dengan ciri-ciri partriotik seperti cinta akan negara dan bangsa (UP2) serta menyanjung dan menjunjung warisan budayaan dan kesenian bangsa. Hasrat membina negara bangsa ini akan dicapai dengan memperkasan permainan sekumpulan bagi meningkatkan sikap bertolak-ansur dan bertoleransi (UP3). Pemain haruslah bekerjasama dan saling bergantung bagi mencapai kemenangan dalam mana-mana keadaan. Mereka hendaklah bersefahaman dan bermuafakat

(UP3) dengan nasihat dan kritikan positif orang lain semasa latihan serta berkongsi teknik permainan sesama ahli kumpulan. Kesimpulannya, modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan .Kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan penuh komitmen bagi menghargai dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa (UP1) melalui pelbagai aktiviti sukan dan permainan.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master your semester with Scribd & The New York Times

Cancel anytime.