1.0 1.

1

PENGENALAN Pergerakan asas

Menurut pakar-pakar dalam Pendidikan Jasmani ( Galahue, D.L., 1996; Gabbard, C, LeBlanc, B dan Lowy, S., 1994; Burton, 1997 ), pergerakan asas terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, bukan lokomotor dan kemahiran manipulatif. Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid-murid sekolah rendah untuk mempelajari kemahiran asas sukan dan seterusnya menguasai kemahiran sukan yang pelbagai. Pembelajaran manipulasi alat mesti melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung, rotan, batang rotan, tali dan relang getah dan lain-lain.

1.2

Anatomi dan fisiologi

Anatomi ialah kajian terhadap struktur-struktur badan dan perkaitan antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal daripada perkataan Yunani “ana” bermaksud asingkan dan “tome” bermaksud memotong. Selain itu, anatomi terbahagi kepada beberapa subdisiplin seperti anatomi kasar (gross) dan mikroskopik. Anatomi kasar mengkaji tentang struktur tubuh yang dapat dilihat dengan mata kasar seperti struktur tulang, paru-paru dan otot. Anatomi mikroskopik (histologi) ialah kajian tisu dengan bantuan mikroskop.

PJM 3106

Halaman 1

Anatomi adalah satu disiplin saintifik yang menyiasat tentang struktur tubuh dengan menceraikan, memotong kepada bahagian-bahagian kecil untuk dikaji. Ia meliputi struktur tubuh, organisasi mikroskopi, proses pertumbuhan, hubungan antara bahagian serta fungsi setiap bahagian. Fisiologi bermaksud kajian tentang fungsi struktur tubuh badan. Fisiologi adalah disiplin saintifik tentang proses dan fungsi benda hidup iaitu dengan memahami dan meramal tindak balas tubuh terhadap ransangan serta bagaimana badan mengekalkan keadaannya dengan persekitaran.

1.3

Lakuan solat dalam pergerakan

Hubungan ibadah solat secara rohaniah ditekankan dengan jelas di dalam al-Quran dan hadis serta buku-buku ilmiah. Betapa solat itu merupakan tiang agama dan diwajibkan ke atas umat Islam. Bagaimanapun perkaitan ibadah solat secara saintifik seperti kesan pergerakan dalam setiap rakaat terhadap kesihatan tubuh badan masih terlalu sempit perbincangannya secara umum. Hakikatnya, pada setiap pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat awal serta tahiyat akhir, tersembunyi pelbagai misteri saintifik terhadap kesihatan. Secara umumnya, badan manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu tisu aktif, tisu tulang, air dan lemak dengan setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam badan. Kajian mengenai kebaikan senaman terhadap komposisi badan telah banyak dilakukan dan pakar kesihatan juga sependapat bahawa senaman berat atau ringan tetapi dilakukan secara kerap dapat membakar lemak badan dan karbohidrat. Kesan yang sama juga dibuktikan menerusi pergerakan solat yang diumpamakan seperti melakukan senaman ringan dan dibuktikan dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta menghindarkan risiko penyakit jantung, tekanan, kolestrol dan penyakit lain. Daripada sudut kesihatan seksual pula, solat telah dibuktikan mampu memberikan kesan positif kepada pesakit yang mengalami disfungsi ereksi. Kajian yang dilakukan menunjukkan pesakit yang pada mulanya langsung tidak mendapat ereksi ketika tidur mula menunjukkan perubahan dengan satu ereksi selepas proses intervensi solat selama sebulan. Malah, kajian berasingan dalam tempoh yang sama
PJM 3106 Halaman 2

juga menunjukkan bilangan ereksi pesakit, isipadu darah serta tempoh ereksi turut meningkat secara mendadak. Menariknya, solat turut memberi kelebihan kesihatan lain iaitu ia mampu meningkatkan bendalir dalam sel (ICW) serta menurunkan rintangan dan bendalir luar sel (ECW). Secara saintifiknya, bendalir dalam sel yang tinggi akan melancarkan pengaliran darah dalam badan terutamanya ke saraf otak yang akan mendapat bekalan oksigen yang tinggi seterusnya memberi ketenangan secara fizikal dan emosi kepada pendiri solat. Lebih daripada itu, solat juga dibuktikan mampu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Menerusi solat, otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan. Bagaimanapun perlu untuk diingatkan, kelebihan solat ke atas kesihatan ini perlu menepati ciri-ciri tertentu dan sudah semestinya mengikut ajaran Islam yang sebenar. Ia termasuk mengerjakan solat lima waktu dalam sehari. Dalam tugasan ini, kami telah memilih pergerakan bukan lokomotor iaitu tahiyat awal sebagai tajuk tugasan kami.

PJM 3106

Halaman 3

2.0

SISTEM RANGKA

Sistem rangka mempunyai pelbagai fungsi pada tubuh badan manusia. Terdapat 206 ketul tulang pada rangka manusia dan sistem ini terdiri daripada tulang-tulang serta struktur-struktur sokongan seperti ligamen, tendon, kartilej dan juga sendi. Terdapat lima fungsi asas bagi sistem rangka, pertama sebagai sokongan kepada badan manusia iaitu tulang membentuk rangka tubuh bagi menyokong tisu-tisu lembut serta organ tubuh. Contohnya perlekatan otot-otot pada tulang-tulang rangka yang terdapat pada tubuh manusia. Fungsi kedua ialah sebagai perlindungan. Rangka yang terdapat dalam tubuh manusia akan berfungsi secara tidak langsung untuk melindungi organ dalaman yang penting seperti jantung, sebagai contoh, tulang rusuk yang terdapat pada tubuh manusia akan melindungi paru-paru dan juga jantung manusia. Manakala fungsi sistem rangka seterusnya ialah untuk membantu pergerakan tubuh badan manusia. Hal ini berlaku kerana tulang-tulang akan bertindak sebagai tuas bagi menghasilkan pergerakan apabila otot yang melekat pada tulang berkontraksi. Contohnya, sendi lutut yang melibatkan tulang tibia, fibula dan juga femur. Selain daripada itu, sistem tulang juga berfungsi untuk menghasilkan pembentukan sel-sel darah merah. Ini dapat dinyatakan kerana sum-sum yang terdapat dalam bahagian tulang vertebral akan menghasilkan sel darah merah, sel darah putih dan juga platlet. Fungsi sistem rangka kelima pula ialah sebagai penstoran mineral. Tulang juga berfungsi sebagai tempat penstoran mineral seperti kalsium dan fosforus. Mineral ini akan dikeluarkan untuk kegunaan bahagian lain pada tubuh apabila diperlukan oleh tubuh badan manusia. Secara umumnya, sistem rangka dapat dibahagikan kepada dua iaitu axial (paksi). Contohnya tengkorak, sternum, tulang rusuk, dan tulang vertebra dan kedua ialah appendicular, contohnya klavikel, skapula, radius, ulna. Terdapat pelbagai bentuk dan saiz tulang. Kepelbagaian ini membolehkan tulang-tulang memenuhi keperluan khusus bagi tulang tersebut. Tulang-tulang boleh diklasifikasikan berdasarkan kepada empat bentuknya iaitu tulang panjang, tulang pendek, tulang pipih dan tulang tak sama bentuk. Manakala dari segi pembesaran dan pembentukan tulang pula terdiri daripada sel tulang berfiber kolagen dan bahan matriks bermineral padat.
PJM 3106 Halaman 4

Ianya terbentuk hasil daripada sel osteoblas yang merembeskan bahan matriks organik fiber untuk memerangkap mineral. Osteoblas yang matang dikenali sebagai osteosit. 2.1 Sistem Rangka Yang Terlibat Dalam Kedudukan Tahiyat Awal Kedudukan semasa tahiyyat awal

Rajah 2.1.1: Pandangan Hadapan

Rajah 2.1.2: Pandangan Sisi

Rajah 2.1.3: Pandangan Belakang

PJM 3106

Halaman 5

Secara keseluruhan gambar rajah yang ditunjukan, terdapat bahagian-bahagian tulang yang terlibat dalam pergerakan kedudukan semasa tahiyat awal ini. Tulangtulang yang terlibat ialah tulang belakang atau boleh juga dikenali sebagai tulang vertebral. Pada bahagian tulang belakang ini dapat dibahagikan kepada empat lengkuk yang semuanya terlibat iaitu lengkuk servikal, lengkuk toraksik, lengkuk lumbar dan lengkuk sakral. Tulang seterusnya yang terlibat ialah tulang humerus, ulna dan radius yang berada pada bahagian tangan, seterusnya ialah tulang karpal dan metacarpal ( pergelangan tangan ), tulang os koxae iaitu pada bahagian pinggul, tulang femur, patella, tibia dan fibula yang berada di bahagian paha, lutut dan betis kaki dan tulang terakhir yang terlibat ialah tarsal dan metatarsal ( di bahagian pergelangan kaki ). Tulang-tulang yang telah disenaraikan ini adalah tulang-tulang utama yang terlibat dalam pergerakan semasa tahiyat awal secara kasarnya. Ilustrasi kedudukan tahiyat awal yang lebih terperinci di bahagian seterusnya akan merangkumi semua jenis tulang yang terlibat dalam pergerakan ini. Tulang-tulang yang terlibat ini adalah berfungsi sebagai penyokong kepada kedudukan semasa solat dikerjakan oleh setiap individu yang beragama Islam dan ia juga berfungsi dalam membantu pergerakkan bagi melaksanakan rukun di dalam solat iaitu tahiyyat awal. Dalam pergerakkan semasa tahiyyat awal, kebanyakan tulang yang terlibat adalah sama seperti kedudukan tahiyyat akhir tetepi dari segi pergerakan yang dilakukan semasa tahiyyat akhir mempunyai sedikit perbezaan dengan tahiyyat awal. Oleh kerana kedudukan dan pergerakan semasa tahiyyat akhir mempunyai sedikit perbezaan dengan tahiyyat awal, jenis-jenis tulang yang lebih terperinci mungkin lebih banyak terlibat dalam pergerakan tersebut.

PJM 3106

Halaman 6

2.2

Bahagian Tulang Yang Terlibat

Tulang Belakang

Rajah 2.2.1: Tulang vertebral

PJM 3106

Halaman 7

Tulang belakang atau yang disebut dengan vertebral berfungsi menyangga berat tubuh. Tulang belakang memungkinkan manusia melakukan berbagai jenis posisi dan gerakan, misalnya berdiri, duduk atau berlari. Tulang belakang terdiri dari beberapa bahagian. Pada kedudukan tahiyyat awal ini, kepala akan ditundukkan sedikit kerana bagi mendapatkan kekhusyukan dalam solat, mata harus memandang pada bahagian jari tunjuk yang akan diangkatkan kearah hadapan. Bagi gambar rajah di atas, bahagian tulang belakang yang telibat ialah pada bahagian lengkuk servikal. Jadual di bawah merupakan nama tulang penyusun yang terdapat pada bahagian tulang belakang. Bahagian tulang Nama tulang penyusun Tulang leher (Serviks) Tulang punggung (Thorax) Tulang belakang Tulang pinggang (Lumbar) Tulang selangkang (Sacrum) Tulang ekor (Koksigea)
Jadual 2.2.1: Nama bahagian tulang

Jumlah ruas 7 12 5 5 4

PJM 3106

Halaman 8

Rajah 2.2.2: Tulang radius dan ulna

Pada gambar rajah di atas, tulang yang terlibat ialah tulang radius dan ulna. Tulang ulna adalah tulang medial bagi lengan bawah. Ia mempunyai ruang Olekranion yang bercantum dengan bahagian troklea tulang humerus pada hujung proksimal dan bercantum dengan tulang karpal pada hujung distal. Manakala tulang radius pula adalah tulang lateral bagi lengan bawah. Ia adalah lebih pendek daripada tulang ulna. Tulang radius ini bercantum dengan bahagian kapitulum humerus pada hujung proksimal dan dengan tulang karpal pada hujung distal. Tulang radius dapat berputar apabila tapak tangan diputarkan

PJM 3106

Halaman 9

PJM 3106

Halaman 10

Rajah 2.2.3: Tulang metacarpal

Rasulullah menunjuk dengan jarinya, maka beliau meletakkan ibu jarinya pada jari tengahnya. [Muslim dan Abu Uwanah]. Tulang tapak tangan terdiri 8 tulang karpal yang membentuk pergelangan tangan. 5 tulang metacarpal membentuk tapak tangan bagi setiap tangan dan 14 falank membentuk jari dengan setiap jari mengandungi 3 ketul tulang kecuali ibu jari yang mengandungi hanya 2 ketul tulang sahaja.

PJM 3106

Halaman 11

Rajah 2.2.4: Tulang femur

Pada gambar rajah di atas, pergerakan di atas juga melibatkan tulang femur. Tulang femur berada pada bahagian paha manusia dan merupakan tulang paling kuat, panjang serta berat. Tulang ini menghubungkan tubuh bahagian pinggul dan lutut. Tulang femur tergolong dalam kumpulan tulang panjang. Ukuran tulang panjang mesti melebihi ukuran lebar tulang untuk berfungsi sebagai tuas bagi memudahkan pergerakan. Kebanyakkanya terdiri daripada tulang mampat. Contohnya humerus, radius, ulna, tibia dan fibula.

PJM 3106

Halaman 12

Rajah 2.2.5: Tulang fibula dan tibia

Selain daripada tulang femur yang terlibat dengan pergerakan tahiyyat awal, tulang fibula dan tibia juga telibat secara langsung dalam melakukan pergerakan ini. Tulang tibia dan tulang fibula membentuk bahagian bawah kaki di antara lutut dengan pergelangan kaki. Tulang tibia adalah tulang medial dan fibula pula membentuk tulang lateral.

PJM 3106

Halaman 13

Rajah 2.2.6: Tulang patella

Dalam anatomi manusia, tulang lutut atau patella adalah tulang berbentuk segitiga dan tebal yang akan bersendi dengan tulang paha (femur). Fungsinya adalah membungkus dan melindungi sendi lutut manusia. Patella terikat di hadapan lutut dengan jaringan otot yang memegangnya bersama-sama dengan ligamen-ligamen yang membolehkannya terletak di hadapan lutut dan bergerak dengan lancar. Permukaan dalam patella juga diselaputi dengan rawan yang licin dan berartikulasi dengan tulang femur dan tibia pada sendi lutut tersebut. Tulang patella juga terlibat dalam pergerakan ini, seperti gambar rajah di atas.

PJM 3106

Halaman 14

Rajah 2.2.7: Tulang pergelangan kaki dan tapak kaki

Dari Maimunah isteri Nabi SAW katanya: “Apabila Rasulullah S.A.W sujud direnggangkannya kedua sikunya dari rusuk, sehingga kelihatan putih ketiak beliau. Dan apabila beliau duduk antara dua sujud dan pada tasyahud awal, beliau duduk tenang di atas pahanya yang kiri.” [Muslim] Pada pergerakan tahiyyat awal, tulang yang terlibat juga ialah tulang pergelangan kaki dan tapak kaki. Terdapat 7 tulang Tarsal membentuk pergelangan kaki manakala 5 tulang metatarsal pula membentuk bahagian tengah tapak kaki.

PJM 3106

Halaman 15

3.0

Fungsi dan Stuktur Sendi

Sendi adalah tempat pertemuan antara tulang-tulang atau antara kartilej dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga jenis iaitu sendi yang tidak boleh digerakkan (sinatrosis), sendi yang boleh melakukan gerakan terhad (amfiartrosis) dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis). Manakala struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Semakin rapat hubungan pada titik pertemuan semakin kuat sendi itu walaupun pergerakan sendi tersebut agak terbatas atau terhad. Sebaliknya, sendi yang semakin longgar hubungan pada titik pertemuan, semakin banyak pergerakan yang boleh dilakukan. Namun begitu, sendi seperti ini mudah mengalami dislokasi atau terkehel.Pergerakan sendi, ditentukan oleh kelenturan tisu perantaraan yang mengikat tulang serta kedudukan ligament, otot dan tendon. Antara jenis-jenis sendi berdasarkan stuktur ialah sendi fibrous. Pada sendi fibrous tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap. Sendi ini tidak membenarkan sebarang pergerakan. Kedua ialah sendi kartilagenous iaitu pada sendi kartilagenous tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen. Jenis sendi ini hanya membenarkan pergerakan yang terhad. Seterusnya ialah sendi sinovial diselaputi oleh membran sinovial yang merembeskan cecair sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini membenarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang-tulang. Terdapat beberapa jenis sendi sinovial, antaranya ialah: a) Sendi gelungsur (sendi antara karpal dan tarsal) b) Sendi engsel (sendi siku) c) Sendi paksi (sendi antara radius dan ulna) d) Sendi kondil (sendi antara metacarpal dan falanges) e) Sendi pelana (sendi antara metacarpal pada ibu jari dengan karpal) f) Sendi lesung (sendi bahu)

PJM 3106

Halaman 16

3.1

Sendi yang terlibat dalam pergerakan tahiyat awal.

Rajah 3.1.1: Sendi putar

Pada gambar rajah di atas, sendi yang terlibat pada bahagian tersebut ialah sendi putar. Sendi putar iaitu sendi yang mampu melakukan gerakan rotasi iaitu gerakan secara berputar. Kita dapat melakukan gerakan rotasi kepala kerana adanya sendi putar yang menghubungkan tulang tengkorak dengan tulang atlas.

PJM 3106

Halaman 17

Rajah 3.1.2: Sendi engsel

Pada bahagian siku dan lutut sendi yang terlibat pula ialah sendi engsel. Sendi engesl adalah jenis sendi yang mampu melakukan gerakan satu arah sahaja, sama seperti pintu rumah yang hanya dapat dibuka ke satu arah saja. Pada sendi engsel, kedua hujung tulang berbentuk engsel dan berporos satu. Sendi ini ada di lutut, siku, dan ruas antara jari.

PJM 3106

Halaman 18

Rajah 3.1.3: Sendi pelana atau sela

Manakala pada bahagian jari telunjuk pula,sendi yang terlibat ialah sendi pelana. Sendi pelana adalah sendi yang dapat melakukan gerakan dua arah, iaitu ke hadapan dan ke belakang atau ke kiri dan ke kanan. Pada sendi ini kedua hujung tulang berbentuk pelana dan berporos dua, tetapi dapat bergerak lebih bebas. Ini adalah jenis sendi yang menghubungkan tulang telapak tangan dengan jari tangan.

PJM 3106

Halaman 19

Rajah 3.1.4: Sendi peluru

Sendi peluru ialah sendi yang dapat bergerak ke segala arah, pada sendi ini kedua hujung berbentuk lekuk dan bongkol misalnya yang menghubungkan tulang paha dengan tulang pinggul dan misalnya sendi pada pergelangan bahu. Pada gambar rajah di atas, kedudukan tersebut telah melibatkan bahagian pinggul, ini bermakna sendi yang terlibat pada kedudukan ini ialah sendi peluru.

PJM 3106

Halaman 20

Rajah 3.1.5: Sendi geser atau luncur

Pada bahagian pergelangan kaki dan jari kaki, sendi yang terlibat ialah sendi geser. Sendi geser atau dikenali sebagai sendi luncur adalah bentuk berhubungan dengan dua tulang yang memungkinkan terjadinya sedikit gerakan iaitu pergerakan yang melibatkan gerak berputar (rotasi) secara datar. Bentuk ini dapat ditemui di antara tulang-tulang pergelangan tangan dan kaki.

PJM 3106

Halaman 21

3.2

Definisi Biomekanik:

Tulang dan sendi merupakan dua elemen yang sangat berkait rapat dalam sistem tubuh badan manusia. Tulang secara umumnya adalah berfungsi sebagai penyokong beban berat tubuh badan, melindungi organ dalaman yang penting, membantu pergerakan tubuh badan manusia dan sebagainya. Manakala sendi juga akan memainkan peranan dalam membantu pergerakan yang akan dilakukan oleh manusia. Pergerakan atau lebih dikenali sebagai biomekanik adalah kajian tentang daya dan pergerakan berkaitan dengan aktiviti fizikal, daya dan pergerakan adalah sangat berkaitan dengan sistem otot rangka tubuh. Pergerakan sistem otot rangka tubuh akan menghasilkan daya dan tenaga sebagai asasnya daya boleh dijelaskan sebagai tolakan atau tarikan. Daya akan membolehkan : 1. Jasad pegun menjadi bergerak 2. Jasad bergerak menjadi pegun 3. Jasad berubah arah pergerakan Perkara-perkara di atas adalah mempunyai perkaitan dengan hukum-hukum newton yang dapat dijelaskan dibawah. 1. Hukum newton I (Hukum Inersia, hukum kelembaman): Suatu benda mempunyai sifat mempertahankan keadaannya, apabila benda itu sedang bergerak maka benda itu akan bergerak terus. 2. Hukum Newton II : apabila ada gaya yang berkerja pada suatu benda maka benda akan mengalami suatu percepatan yang arahnya sama dengan arah gaya. 3. Hukum Newton III : Untuk setiap aksi selalu ada reaksi yang arahnya berlawanan

PJM 3106

Halaman 22

3.3

Sistem Tuas

BEBAN

FULKRUM

DAYA
Rajah 3.3.1: Tuas kelas

BEBAN

FULKRUM

DAYA

Rajah 3.3.2: Tuas kelas

PJM 3106

Halaman 23

FULKRUM

Rajah 3.3.3: Tuas kelas

DAYA

BEBAN

FULKRUM

Rajah 3.3.4: Tuas kelas

PJM 3106

Halaman 24

Sistem Tuas merupakan sistem paling mudah digunakan dan dipraktikkan. Sistem tuas berfungsi untuk mengangkat beban yang lebih berat dengan menggunakan tenaga yang sedikit. Sistem ini berfungsi dalam penyambungan sistem mekanikal. Tuas menggunakan gandar sebagai titik pusatnya. Dengan berkonsepkan teori fizik sistem ini memudahkan pengoperasian sesuatu angkutan itu dapat dilaksanakan.

Jika fulkrum berada di tengah-tengah, kita katakan dia berada dalam kumpulan "Tuas Kelas Pertama" (First Class Lever).

Rajah 3.2.5: Tuas kelas pertama

PJM 3106

Halaman 25

Tuas kelas kedua (second class lever) pula, merupakan tuas yang mempunyai beban (load) terletak di tengah-tengahnya.

Rajah 3.2.6: Tuas kelas kedua

PJM 3106

Halaman 26

Tuas kelas

ketiga

(third class lever)

merujuk

kepada tuas

yang

mempunyai daya (effort) terletak di tengah-tengahnya pula.

Rajah 3.2.7: Tuas kelas ketiga

Perhatikan! Apabila menentukan jenis tuas (class of lever), kita perlu kenalpasti jenis bahagian tuas yang terletak di tengah-tengah sahaja. Untuk itu, kita hanya perlu menghafal

FLE
"F" untuk Fulcrum (fulkrum) "L" untuk Load (beban) "E" untuk Effort (daya) "F" berada paling kiri untuk mewakili tuas kelas pertama, "L" di tengah-tengah menunjukkan

PJM 3106

Halaman 27

dia adalah tuas kelas kedua dan "E" berada di sebelah kanan, kerana dia adalah tuas kelas ketiga.

PJM 3106

Halaman 28

4.0

STRUKTUR OTOT DAN SISTEM OTOT RANGKA Pandangan belakang

Otot Interkostal

Erector Spinae

PJM 3106

Halaman 29

Pandangan sisi

Otot Platsyma Otot Rektus

Otot Ekstensor

Otot Rhomboideus Major

Otot Lumbricales

-Otot Quadrisep -Otot Hamstring

Otot Gastronemius

PJM 3106

Halaman 30

Rajah 4.1: Sistem otot manusia

Sistem otot rangka adalah menjadi fungsi tisu otot untuk memendek atau menguncup supaya kerja yang memerlukan pergerakan dapat dilakukan. Penguncupan otot akan mengakibatkan berlakunya pergerakan pada bahagianbahagian badan serta pergerakan bahan melalui tubuh badan. Ketika kedudukan tahiyat awal, otot telah menjalankan fungsi pentingnya iaitu penetapan postur semasa duduk di mana menetapkan postur tubuh melalui kontraksi otot dan penetapan ketegangan otot tanpa memendekkannya. Antara otototot tubuh badan yang terlibat dalam lakuan tahiyat awal adalah:

Rajah 4.2 : Otot di bahagian muka

PJM 3106

Halaman 31

Rajah 4.2 : Otot platsyma

Otot muka (facial muscle), berlakunya penguncupan otot muka yang berterusan kerana pada masa itu, pergerakan berlaku apabila membaca bacaan tahiyat awal dalam keadaan senyap. Antara otot yang menggerakkan bahagian ini adalah otot platsyma iaitu semasa penguncupan otot ini, akan membolehkan sudut mulut bergerak ke bawah.

Rajah 4.3 : Otot rektus

Otot yang menyebabkan mata menghadap kiblat atau lebih dikenali juga sebagai melihat sejadah ialah otot rektus. Otot ini akan bergerak seiringan dengan bebola mata yang melihat sejadah iaitu melihat ke bawah hadapan. Manakala, dalam buku manual penjagaan mata untuk anggota kesihatan primer menyatakan otot luar mata akan memainkan peranannya untuk menggerakkan biji mata. Apabila mata melihat sejadah, otot luar mata akan menggerakkan biji mata untuk melihat ke bawah hadapan. Terdapat 4 otot rektus dan 2 otot oblik. Otot rektus yang terlibat adalah otot rektus supra, otot rektus infra, otot rektus media dan otot rektus latera. Otot oblik pula adalah otot oblik supra dan otot oblik infra.

PJM 3106

Halaman 32

Rajah 4.4 : Otot rhomboideus major

Selain itu, penguncupan otot rhomboideus major akan menetapkan kedudukan skapula semasa kedua-dua tangan dirapatkan ke badan atau aduksi ketika lakuan tahiyat awal ini. Otot ini akan berfungsi bersama otot Trapezius.

Rajah 4.5 : Otot ekstensor

Otot-otot yang terlibat dalam pergerakan pergelangan tangan dan jari tangan terdiri daripada otot-otot ekstensor iaitu, segala pergerakan pergelangan tangan ke arah belakang. Ini dapat dilihat apabila menggengam tangan sekali gus tangan akan kelihatan sedikit ke arah belakang tangan. Manakala jari telunjuk akan diluruskan semasa genggaman tangan di sebelah tangan.

PJM 3106

Halaman 33

Rajah 4.6 : Otot lumbricales

Otot di bahagian jari telunjuk yang terlibat ialah otot lumbricales. Apabila jari telunjuk tangan kanan diangkat sedikit ke atas antara sudut 45 darjah, otot lumbricales ini akan menguncup atau memendek.

Rajah 4.8 : Otot erector spinae

Otot Erector Spinae juga memainkan peranan dalam lakuan tahiyat awal. Otot ini terdiri daripada beberapa otot lain seperti Longissimus, Iliocostal dan Spinalis. Ia adalah lebih panjang dan semua otot Erector Spinae ini akan meluruskan tulang belakang dan membengkokkan tulang belakang ke sisi. Namun keadaan ini lebih ketara apabila seseorang berada dalam lakuan tahiyat akhir.

PJM 3106

Halaman 34

Rajah 4.7 : Otot interkostal

Otot pergerakan tulang rusuk pula membantu dalam pernafasan otot-otot di bahagian toraks. Penguncupan otot-otot ini akan membolehkan tulang-tulang rusuk digerakkan untuk membesarkan ruang atau memperkecilkan ruang kaviti toraks. Antara otot yang terpenting dalam lakuan tahiyat awal ini adalah otot interkostal. Otot ini akan dicantumkan diantara tulang-tulang rusuk. Penguncupan otot-otot internal interkostal dan eksternal interkostal akan menarik tulang-tulang rusuk ke hadapan dan ke atas. Ini mengakibatkan kaviti toraks menjadi besar dan pada masa yang sama tekanannya menurun. Ini membolehkan udara dari luar bergerak masuk ke dalam paru-paru. Semasa lakuan tahiyat awal, bacaan tahiyat awal akan dibaca serta seseorang memerlukan kadar pernafasan yang sempurna agar tidak berasa letih ketika solat.

PJM 3106

Halaman 35

Rajah 4.9 : Otot quadrisep

Bukan itu sahaja, otot Quadrisep turut terlibat dalam lakuan ini. otot Quadrisep terdiri daripada 4 otot besar iaitu Otot Rectus Femoris, Otot Vastus Lateralis, Otot Vastus Medialis dan Otot Vastus Intermedius.

Rajah 4.9.1 : Otot rectus femoris

Otot Rectus Femoris terdapat di bahagian hadapan peha. Ia dapat berfungsi bagi kedua-dua fleksi dan ekstensi lutut. Seperti yang diketahui, lakuan semasa tahiyat awal adalah dengan membengkokkan kedua-dua lutut dalam keadaan duduk. Maka, apabila lutut dibengkokkan, otot ini akan menegang atau proses penguncupan otot berlaku ketika ini.

PJM 3106

Halaman 36

Rajah 4.9.2 : Otot lateralis

Begitu juga dengan Otot Vastus Lateralis yang merupakan otot di bahagian luar peha. Penguncupannya membolehkan lutut diluruskan. Namun, dalam lakuan tahiyat awal, otot ini akan mengendur dan membolehkannya membengkokkan lutut ketika duduk tahiyat awal.

Rajah 4.9.3 : Otot vastus medialis

Bahkan, Otot Vastus Medialis yang terletak di bahagian dalam peha dan Otot Vastus Intermedius di bahagian bawah Otot Rektus Femoris akan turut mengendur serta pembengkokan lutut berlaku.

PJM 3106

Halaman 37

Rajah 4.10 : Otot hamstring

Otot Hamstring terdiri daripada 3 otot besar yang terdapat di bahagian belakang peha. Antara otot-otot yang membina hamstring adalah Otot Bisep Femoris iaitu otot yang kuat dan terletak di belakang peha. Dalam lakuan ini, otot ini akan berlaku penguncupan di mana mengakibatkan lutut dibengkokkan atau difleksikan. Manakala Otot Semitendinosus terletak di sisi otot bisep femoris dan di bahagian dalamnya. Otot ini juga akan menguncup apabila lutut dibengkokkan dalam lakuan tahiyat awal. Seperti juga otot bisep femoris dan otot semitendinosus, sama di otot mana semimembranosus akan menjalankan proses yang

penguncupannya akan membuatkan lutut dibengkokkan. Otot ini juga terletak di sisi dalam otot bisep femoris.

Rajah 4.11 : Otot gastronemius

Apabila lutut dibengkokkan dalam lakuan duduk tahiyat awal, otot gastronemius yang berada di betis kaki akan menguncup atau menegang. Penguncupannya sekali gus menyebabkan pergerakan plantar fleksi tapak kaki. Ini adalah kerana Achilles tendon memendek bersama gerakan gastronemius.

PJM 3106

Halaman 38

4.2 MEKANISME PENGUNCUPAN OTOT

Rajah 4.2 : Mekanisme penguncupan otot

Ransangan

sistem

membran,

bermula

dengan

sarkolema

mengakibatkan

peningkatan dalam ketelapan sarkolema kepada natrium. Natrium memasuki membran dan meneutralisasikannya dan mengubah keadaan terkutub membran. Membran dikatakan berada dalam keadaan depolarisasi. Keadaan depolarisasi ini disebarkan melalui Tubul-T dan membran SR. Ca2+ otot yang terkandung dalam Tubul SR membenarkan kalsium mengalir ke filamen otot. Ion kalsium ditangkap oleh troponin dan ini mengakibatkan troponin mengubah bentuknya dan menarik seluruh heliks tropomiosin. Ini akan mendedahkan kawasan reaktif aktin. Maka di sinilah bermulanya fasa penguncupan otot. Apabila ini berlaku, kepala miosin akan ditarik kepada kawasan reaktif aktin dan unjuran silang terbentuk di antara dua protein ini. Dalam keadaan ini, sarkolema akan memendek. Ikatan ini akan mengakibatkan kepala miosin berubah iaitu ia ditundukkan dan menarik filamen aktin akan membawanya rapat kepada kepala miosin yang lain. Sebaik sahaja kepala miosin ditundukkan, satu lagi kawasan reaktif terdedah dikepala miosin. ATP akan terikat kepada kawasan reaktif ini. ATP dipecahkan oleh miosin kepada ADP dengan pembebasan tenaga. Tenaga ini digunakan untuk memecahkan unjuran silang ini dan menolak kepala miosin balik ke kedudukan asalnya. Selagi kalsium berada di luar SR, otot akan terus menguncup. Jika depolarisasi berhenti, troponin tidak lagi akan mengikat kalsium dan tropomiosin akan kembali ke keadaan asalnya. Kawasan reaktif akan tertutup kembali dan miosin tidak dapat menarik aktin. Dalam keadaan ini, otot akan berehat.

PJM 3106

Halaman 39

5.0

SISTEM SARAF

Rajah 5.1 : Laluan impuls dalam badan munusia

Rajah 5.2 : Aliran laluan Impuls

PJM 3106

Halaman 40

Dalam pergerakan lakuan solat, sebelum duduk tahiyat awal, lakuan sujud berlaku terlebih dahulu. Maka, tindakan daripada lakuan ini, akan memberikan maklumat pada sistem saraf pusat iaitu otak. Maklumat yang diterima oleh otak merupakan pergerakan untuk melakukan lakuan tahiyat awal. Dalam masa ini, otak akan memproses maklumat ke saraf tunjang. Saraf tunjang bukan sebahagian tulang vertebrata tetapi, bermula dari medula oblongata hingga ke hujung ruangan tulang belakang. Saraf tunjang akan menghantar maklumat tersebut ke arahan motor di dalam bahagian eferen. Neuron eferen akan menerima arahan seterusnya akan menghantar maklumat tersebut ke organ efektor. Jadi, bolehlah dikatakan dalam lakuan tahiyat awal, berlakulah tindakan terkawal di mana mata akan memandang ke arah kiblat manakala otot di bahagian tangan akan bertindak balas. Jari telunjuk tangan kanan akan diangkat sedikit ke atas antara sudut 45 darjah. Tindakan ini ialah tindakan neuron muscular junction.

PJM 3106

Halaman 41

6.0

JENIS-JENIS PERGERAKAN

Rajah 6.1 : Posisi kedudukan tahiyat

pergerakan bahagian badan Bahagian leher

Tulang servikal

Rajah 6.2: Pergerakan fleksi pada tulang servikel

Pergerakan jenis fleksi yang di maksudkan ialah pada bahagian tulang turus vertebrata iaitu bahagian servikal. Bahagian kepala akan kelihatan tunduk sedikit semasa tahiyat dilakukan. Pergerakan ini dinamakan fleksi kerana menjauhi memperkecil sudut diantara kepala dengan badan.

PJM 3106

Halaman 42

Pergerakan bahagian tulang radius dan ulna Bahagian kanan

Tulang ulna dan raduis
Rajah 6.3 : Pergerakan pronasi pada tulang ulna dan radius bahagian kanan

Bahagian tulang radius dan ulna berada dalam keadaan posisi pronasi iaitu bahagian telapak tangan berada di atas tulang femur. Bahagian kiri

Tulang ulna dan raduis

Rajah 6.4 : Pergerakan pronasi pada tulang ulna dan radius bahagian kiri

Bahagian tulang radius dan ulna berada dalam keadaan posisi pronasi iaitu bahagian telapak tangan berada di atas tulang femur.

PJM 3106

Halaman 43

Pergerakan bahagian jari Bahagian kanan

Rajah 6.5 : Pergerakan fleksi pada jari falank bahagian kanan

Bahagian jari yang dimaksudkan ialah jari telunjuk iaitu tulang falank dimana berada dalam keadaan posisi fleksi iaitu diangkat semasa membaca tahiyat dan akan menjauhi garisan medial tubuh badan. Bahagian kiri

Rajah 6.6 : Pergerakan abduksi pada bahagian jari kiri

Bahagian jari iaitu bahagian falank berada dalam posisi abduksi iaitu bahagian jari dibuka sedikit dan tidak bersentuh antara tulang jari. Oleh itu, bahagian jari sebelah kiri akan kelihatan berada dalam posisi abduksi.

PJM 3106

Halaman 44

Pergerakan bahagian tulang femur Bahagian kanan

Tulang femur

Rajah 6.7 : Pergerakan fleksi pada tulang femur bahagian kanan

Bahagian tulang femur ini berada dalam keadaan posisi fleksi iaitu sudut di antara tulang femur dan badan dikecilkan serta menjauhi garisan medial tubuh badan. Bahagian kiri

Tulang femur

Rajah 6.8 : Pergerakan fleksi pada tulang femur bahagian kiri

Bahagian tulang femur ini berada dalam keadaan posisi fleksi iaitu sudut di antara tulang femur dan badan dikecilkan serta menjauhi garisan medial tubuh badan.

PJM 3106

Halaman 45

Pergerakan bahagian tulang fibula dan tibia Bahagian kanan

Tulang fibula dan
Rajah 6.9 : Pergerakan fleksi tulang fibula dan tibia bahagian kanan

Bahagian tulang ini berada dalam keadaan posisi fleksi kerana menjauhi garisan medial tubuh badan seperti yang ditunjuk dalam rajah diatas iaitu kaki dibengkokkan ke belakang. Bahagian kiri

Tulang fibula dan

Rajah 6.10 : Pergerakan fleksi tulang fibula dan tibia bahagian kiri

Bahagian tulang ini berada dalam keadaan posisi fleksi kerana mendekati garisan medial tubuh badan seperti yang ditunjuk dalam rajah diatas iaitu kaki dibengkokkan ke belakang.

PJM 3106

Halaman 46

Pergerakan bahagian telapak kaki Bahagian kaki kanan

Rajah 6.11 : Pergerakan fleksidorsal pada tulang tarsal bahagian kaki kanan

Bahagian telapak kaki iaitu tulang tarsal berada dalam posisi fleksidorsal. Posisi ini menunjukkan tulang tarsal dibengkokkan dengan sudut tertentu dan menjauhi garisan medial tubuh badan.

Rajah 6.12 : Pergerakan fleksi pada tulang falank bahagian kaki kanan

Manakala bahagian jari pula iaitu tulang falank berada dalam posisi fleksi semasa tahiyat dilakukan.

PJM 3106

Halaman 47

-

Bahagian kaki kiri

Rajah 6.13 : Pergerakan fleksiplantar pada kaki bahagian kiri

Bahagian kaki kiri iaitu tulang tarsal berada dalam keadaan posisi fleksiplantar iaitu seperti yang ditunjukkan dalam rajah kerana diluruskan ke bahagian inferior tubuh badan.

Rajah 6.14 : Pergerakan adduksi pada kaki bahagian kiri

Bahagian telapak kaki akan berada dalam posisi pergerakan jenis adduksi iaitu kaki akan kelihatan ke arah dalam bahagian tubuh.

PJM 3106

Halaman 48

Rajah 6.15 : Pergerakan inversi pada kaki bahagian kiri

Bahagian telapak kaki juga berada dalam posisi inversi iaitu mendekati garisan medial tubuh badan.

PJM 3106

Halaman 49

7.0

KESIMPULAN

Anatomi ialah bidang sains yang berkaitan dengan struktur tubuh manusia dan dikenali juga sebagai morfologi atau sains bentuk. Bidang ini mula dikaji sejak 2300 tahun dahulu dan masih berkembang sehingga kini. Perkataan anatomi berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud memotong atau membelah anggota badan untuk melihat strukturnya. Anatomi berkait rapat dengan fisiologi iaitu mengkaji fungsi struktur tubuh badan. Sebagai contoh, tulang-tulang kaki yang panjang dan tebal seperti femur, tibia dan fibula dapat menyokong berat badan kita. Melalui pelaksanaan kerja kursus Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini kita akan lebih memahami dengan lebih jelas tentang struktur tulang-tulang, saraf, otot, jenis pergerakan dan sebagainya dalam kedudukan solat kita terutamanya. Selain itu juga, sebagai seorang guru yang akan melaksanakan tugas sebagai guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di sekolah rendah, pengetahuan dalam mata pelajaran anatomi dan fisiologi manusia akan membantu seseorang guru memahami murid-muridnya dengan lebih baik. Pengetahuan dalam bidang ini akan membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajarannya dengan lebih berkesan kerana guru memahami perjalanan semua sistem serta hubungkait setiap satu di dalam tubuh badan manusia. Kajian tentang solat telah dilakukan oleh professor dari Amerika. Beliau berpendapat, ibadah solat secara saintifiknya memberi pelbagai kesan antaranya seperti kesan pergerakan dalam setiap rakaat terhadap kesihatan tubuh badan. Hakikatnya, pada setiap pergerakan solat itu seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat awal serta tahiyat akhir, mempunyai keistimewaan tertentu terhadap kesihatan kita. Secara umumnya, badan manusia terdiri daripada empat komponen utama iaitu tisu aktif, tisu tulang, air dan lemak dengan setiap satunya mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam badan. Kajian mengenai kebaikan senaman terhadap komposisi badan telah banyak dilakukan dan pakar kesihatan juga sependapat bahawa senaman berat atau ringan tetapi dilakukan secara kerap dapat membakar lemak badan dan karbohidrat. Kesan yang sama juga dibuktikan menerusi pergerakan solat yang diumpamakan seperti melakukan

PJM 3106

Halaman 50

senaman ringan dan dibuktikan dapat meningkatkan tahap ketahanan badan serta menghindarkan risiko penyakit jantung, tekanan, kolestrol dan penyakit lain. Begitu juga tabiat membengkokkan ibu jari dalam kedudukan sujud dan duduk semasa tahiyat yang dapat meningkatkan kadar pembakaran lemak dan membuang lemak dalam badan, sekali gus merendahkan risiko penyakit jantung. Lebih daripada itu, solat juga dibuktikan mampu meningkatkan penumpuan dan daya ingatan. Menerusi solat, otak diberikan satu keadaan untuk bersedia dalam menghadapi tugas pemikiran yang mencabar. Malah, selepas melakukan solat, seseorang itu akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan. Bagaimanapun perlu untuk diingatkan, kelebihan solat ke atas kesihatan ini perlu menepati ciri-ciri tertentu dan sudah semestinya mengikut ajaran Islam yang sebenar dan ia termasuk mengerjakan solat lima waktu dalam sehari. Selain itu juga, dengan pelaksanaan tugasan ini dapat dilihat nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan seperti kerjasama semasa menyiapkan tugasan. Nilai-nilai seperti ini akan dijadikan contoh kepada pelajar kelak kerana sebagaimana yang kita ketahui, guru adalah ’role model’ kepada murid. Oleh yang demikian, semasa tugasan ini dilaksanakan dapat dilihat setiap ahli kumpulan memberi idea-idea, bahan-bahan dan pendapat tersendiri bagi memenuhi kehendak soalan yang telah diberikan kepada kami. Perbincangan sering dilakukan dari semasa ke semas bersama pensyarah pembimbing dan ahli kumpulan agar tugasan yang diberikan tidak berlakuk kesilapan. Justeru itu, banyak manfaat yang dapat kita perolehi semasa melaksanakan tugasan ini. Selain dari pengetahuan tentang anatomi dan fisiologi, kita juga memperolehi maklumat tentang kelebihan solat serta nilai-nilai murni dapat diterapkan.

PJM 3106

Halaman 51

8.0

BIBLIOGRAFI

Bahan Ilmiah Baharudin Omar, Mohd. Hamim Rajikin. (2005). Pengenalan Sistem Tubuh dan Penyakitnya. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dzulkifli bin Ismail, Jamaliyah binti Ahmad. (2004). Sains Sukan tingkatan 4. Selangor: H.I.Holdings Sdn. Bhd. Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Oftalmologi Hospital Kuala Lumpur: Manual penjagaan mata untuk anggota kesihatan primer. Kualiti Books Sdn. Bhd. (2005). Bimbingan Intensif Sains Sukan 2. Selangor: Kualiti Books Sdn. Bhd. S. Abdul Majeed & Co.Sdn.Bhd. (2007). Invisible World : How Our Muscles Work. Synergy Media.

Bahan nota Nota rujukan Puan Ruzaini. (2010). Anatomi dan Fisiologi. Kedah: IPG Kampus Darulaman. Enjin carian www.dotstoc.com www.excite.com www.google.com www.scribd.com www.slideboom.com www.slideshare.com www.yahoo.com

PJM 3106

Halaman 52

Laman web http://bryna.student.umm.ac.id/2010/02/11/anatomi/ http://fikrsmile.blogspot.com/2009/01/istilah-letak-anatomi.html http://hafaazmuslimislami.blogspot.com/2009/06/rahsia-rukun-dalam-solat.html http://hafaazmuslimislami.blogspot.com/2009/06/rahsia-rukun-dalam-solat.html http://halaqah.net/v10/index.php?action=printpage;topic=7459.0 http://id.wikipedia.org/wiki/Istilah_gerakan_anatomi#Adduksi_dan_abduksi http://officeboyz.blogspot.com/ http://www.chionline.com/anatomy/anat4.html http://www.realbodywork.com/learn/neck/neck.htm http://www.tanyasifu.com/forum/ibadat-serta-amalan-keagamaan/3061-solat-dan-penemuansains.html

PJM 3106

Halaman 53

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful