You are on page 1of 6

Bab 3

Pentadbiran

3.0 Pengenalan

Pentadbiran merupakan perkara penting dalam pengurusan sesebuah kampung.


Pentadbiran yang sistematik dan terancang akan memudahkan lagi pihak-pihak
tertentu dalam menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada
mereka. Pentadbiran juga merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam
sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan. Mereka yang terlibat dalam
pengurusan pentadbiran kampung akan bertindak menjaga keamanan, keselamatan
dan kebajikan penduduk tempatan. Pentadbiran sesebuah kampung harus
diwujudkan bagi memperlihatkan struktur pentadbiran atau organisasi yang akan
mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri. Pada awal penempatan Kampung
Bangau-Bangau Semporna, Sabah masih belum terdapat satu sistem pentadbiran
yang khusus dan teratur. Mereka hidup dalam masyarakat yang tidak mempunyai
sistem pentadbiran yang boleh menjaga keamanan, keselamatan dan kebajikan
mereka. Menurut Ketua Kampung Bangau-Bangau iaitu En Juak Bin Borneo,
pentadbiran ketika itu hanya melibatkan pelantikan Ketua kampung yang dibuat
sendiri tanpa pengiktirafan dari mana-mana pihak mahupun kerajaan. Tiada
pentadbiran secara khusus dijalankan pada awal penempatan Kampung Bangau-
Bangau kerana bilangan penduduknya pada ketika itu adalah sedikit. Namun
bilangan penduduknya kian bertambah dari tahun ke tahun dan memerlukan sistem
pentadbiran yang dapat menguruskan segala perkara yang berkaitan dengan
kampung mereka.
Kampung Bangau-Bangau, Semporna Sabah.

3.1 Sistem Pentadbiran

Apabila telah terdapat sistem pentadbiran yang lebih teratur dan sistematik,
keadaan kampung Bangau-Bangau telah semakin berubah dan kian mendapat
perhatian pihak kerajaan. Sistem pentadbiran Kampung Bangau-Bangau adalah
berdasarkan peruntukan daripada pihak kerajaan. Jawatankuasa Kemajuan dan
Keselamatan Kampung (JKKK) telah ditubuhkan pada tahun 1970an, ketika era
Berjaya di bawah peruntukan perundangan dan perlantikan Ketua Kampung
mengikut perundangan khas berdasarkan istiadat kampung sendiri. 1 Peruntukan
kerajaan ini adalah berbeza bagi setiap kampung yang berlainan. JKKK merupakan
badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan segala perkara yang berkaitan
dengan pentadbiran atau pengurusan Kampung. JKKK yang dilantik akan
berkhidmat selama 2 tahun dan mendapat elaun sebanyak RM450 sebulan. 2 Di
bawah JKKK, adalah Ketua kampung yang akan bekerjasama dengan JKKK dalam

1 Temubual dengan En Juak Bin Borneo, Ketua Kampung,: Kampung Bangau-


Bangau, Semporna, (tarikh)
melaksanakan pentadbiran Kampung Bangau-Bangau di Semporna, Sabah. Ketua
Kampung yang dilantik akan berkhidmat dalam tempoh masa tertentu dan
bergantung kepada undian. Sekiranya terdapat undi tidak percaya kepada Ketua
Kampung, maka jawatan Ketua Kampung akan diganti dengan yang baru.
Seterusnya terdapat beberapa Jawatankuasa yang lain seperti Jawatankuasa Masjid
yang akan menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan keagamaan dan
kerohanian. Perlantikan JKKK, ketua Kampung dan Imam adalah berdasarkan kepada
kelayakkan mereka dan persetujuan daripada pihak kerajaan serta undian daripada
penduduk kampung sendiri.

JKKK merupakan jawatankuasa yang paling penting dan tonggak utama dalam
pentadbiran Kampung Bangau-Bangau di Semporna. Terdapat seorang sahaja wakil
daripada pihak JKKK yang dilantik oleh kerajaan. JKKK yang telah dilantik ialah En.
Gasuling Bin Omardani.3 JKKK akan bekerjasama dengan Ketua Kampung, Imam
masjid dan ahli jawatankuasa yang berkenaan dalam menguruskan pentadbiran
kampung. JKKK akan bertindak bersama-sama dalam menangani segala masalah
yang berkaitan kebajikan, aduan, keselamatan dan sebagainya. Pada setiap hari
Jumaat akan diadakan satu perjumpaan antara penduduk kampung dengan JKKK
atau Ketua Kampung bagi menyatakan pelbagai masalah, dan aduan mereka sama
ada berkaitan dengan kebajikan, kewangan, keselamatan dan sebagainya. 4
Kemudian, tindakan akan diambil oleh JKKK dan Ketua Kampung bagi mencari
penyelesaian kepada masalah tersebut.

Ketua kampung adalah ketua bagi sesebuah masyarakat kampung. Ketua Kampung
berfungsi dalam mengawasi kegiatan penduduk kampung, menyelia kebajikan
anak-anak buahnya, menyalurkan maklumat dan projek daripada pihak kerajaan
dan menyuarakan masalah penduduk kampung kepada pihak yang berwajib.
Contoh masalah surau sempit, jambatan runtuh, pergaduhan dan sebagainya. Ketua
kampung juga akan memberi kerjasama kepada JKKK dan jawatankuasa lain. Ketua
2 Ibid

3 Temubual dengan En Juak Bin Borneo, Ketua Kampung,: Kampung Bangau-


Bangau, Semporna, (tarikh)

4 Ibid
kampung juga bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah penduduk
kampung terutama berkaitan ibubapa dan anak-anak yang memerlukan
pengesahan daripada Ketua Kampung. Penduduk kampung juga boleh membuat
aduan atau bantuan kepada Ketua Kampung. Ketua Kampung juga merupakan pihak
yang akan menyalurkan segala aduan dan masalah rakyat kepada JKKK dan
akhirnya membawa kepada pihak Kerajaan. Ketua kampung Bangau-Bangau ialah
En Juak Bin Borneo yang telah menjalankan tanggungjawabnya dengan sebaik
mungkin.

Ketua Kampung Bangau-Bangau, En Juak Bin Borneo.

Selain itu, Jawatankuasa Masjid pula ditubuhkan bagi menguruskan hal ehwal
berkaitan dengan keagamaan, sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha,
pengurusan jenazah dan sebagainya. Imam Qariah bagi kampung Bangau-Bangau
akan dilantik oleh pihak kerajaan dan persetujuan penduduk tempatan. Pelantikan
Imam masjid adalah bagi mengetuai segala pengurusan atau pentadbiran masjid
Kampung Bangau-Bangau. Pengerusi masjid adalah dari kalangan masyarakat
setempat dan dibantu oleh 15 orang ahli jawatankuasa masjid yang lain. 5

5 Ibid
Jawatankuasa masjid akan memastikan pengurusan masjid berjalan dengan lancar
dan mereka akan mengadakan aktiviti yang berbentuk kerohanian terutama ketika
bulan Ramadhan dan Syawal. Masjid juga merupakan tempat beribadat bagi orang
Islam dan dapat mengeratkan hubungan sesama muslimin dan muslimat.

Masjid Kampung Bangau-Bangau, Semporna Sabah

Pentadbiran di Kampung Bangau-Bangau sebenarnya tidak mempunyai organisasi


yang khusus. Hanya JKKK, Ketua kampung, Jawatankuasa Masjid, dan ahli-ahli
jawatankuasa lain yang akan bertindak dalam menguruskan pentadbiran kampung
sesuai mengikut perundangan kerajaan dan istiadat penduduk tempatan.
Pentadbiran Kampung Bangau-Bangau lebih bercorakkan kerjasama dalam
menangani segala masalah yang berlaku di Kampung mereka. Namun terdapat juga
kekurangan dalam pentadbiran kampung Bangau-Bangau kerana terdapat juga
pihak-pihak tertentu yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan penuh
amanah dan sebagainya. Hal ni telah menyebabkan kadangkala pentadbiran
Kampung Bangau-Bangau tidak berjalan dengan lancar dan terdapat usaha-usaha
untuk memajukan kampung Bangau-Bangau tergendala. Urusan-urusan
pentadbiran juga kadangkala menjadi lambat dan lama untuk diselesaikan kerana
tiada pengurusan pentadbiran yang sistematik. Namun secara keseluruhannya,
terdapat perubahan yang ketara dari segi pentadbiran Kampung Bangau-Bangau
sekiranya dilihat dari dahulu hingga sekarang.