You are on page 1of 7

KATA SENDI NAMA

A. DARI DARIPADA
1. Kata sendi nama dari digunakan untuk menyatakan tempat, arah ata
u waktu.

Contohnya;
(a) Ayah baru pulang dari Kedah.
(b) Dia menunggu saya dari pukul 5.00 petang.

2. Kata sendi daripada digunakan untuk menyatakan punca, manusia,


haiwan, benda, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, keahlian
dan perbezaan atau perbandingan.

Contohnya:
(a) Pemain sarkas itu menerima bola daripada beruangnya.
(b) Saya baru sahaja menerima surat daripada abang.
(c) Meja itu diperbuat daripada kayu.
(d) Bangunan itu lebih tinggi daripada bangunan ini.
(e) Murid di dalam kelas ini terdiri daripada lelaki dan
perempuan.
(f) Banyak faedah daripada mendengar ceramah itu.

Latihan.
1. Kereta itu membelok ...............kiri ke kanan.
2. ...............siapakah surat itu?
3. Dia baru menerima surat..................neneknya di kampung.
4. Bola itu ditendangnya...................penjuru padang.
5. Ahli persatuan itu terdiri................murid-murid yang pintar.
6. Cadangan ......................ketua murid itu kami terima.
7. .........................tidur lebih baik kita mengulang kaji pelajaran.
8. Mesyuarat itu berlangsung...............................pagi hingga petang.
9. Saya membeli kuih ini...............................Restoran Habib.
10. Kakak membeli nasi lemak ini.......................Mak Siti.
11. Barang-barang ini................................Sarawak.
12. Kebanyakan kuih berasal.....................tepung.
13. Pergaduhan itu berpunca........................perbuatan ejek-mengejek.
14. Kami semua...............................Malaysia.
15. Anda datang...............................mana?
16. Kita haruslah menjauhkan diri.........................bahaya dadah.
17. Perangai adiknya lebih baik.........................perangai abangnya.
KATA SENDI NAMA
B. DI KE
1. Kata sendi nama di digunakan untuk menunjukkan tempat dan ditulis terpisah
daripada kata nama atau frasa nama.

Contohnya;
(a) Adik belajar di sekolah itu.
(b) Buku yang tebal itu diletakkannya di atas meja.
(c) Kami sekeluarga tinggal di Taman Megah Ria.

2. Kata sendi ke untuk menunjukkan tempat atau arah yang dituju, juga untuk men
unjukkan waktu atau masa.

Contohnya;
(a) Burung-burung itu terbang ke arah selatan.
(b) Penyelam itu terjun ke dalam tasik.

Contohnya;
(a) Mereka membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.
(b) Dia menunggu saya dari pagi ke petang.

Latihan
1. Osman dan isterinya pulang............................... kampung.
2. Peserta ekspedisi itu tersesat ...........................dalam hutan.
3. Murid-murid dipersilakan masuk .......................dalam dewan.
4. Kita hendaklah menoleh .........................kiri dan......................kanan sebelum
melintas jalan.
5. Pameran itu diadakan .............................Plaza Angsana Johor Bahru.
6. Mereka tiba ...........................Kuala Lumpur pada pukul 10.00 pagi.
7. Kita hendaklah membuang sampah......................dalam tong sampah yang
disediakan.
8. Mesyuarat itu berlangsung dari pukul 9.00 pagi...........................pukul 12.00 tenga
h
hari.
9. Tradisi itu masih kekal dari dahulu ............................zaman sekarang.
10. Dia menunggu kami ..........................perhentian bas.
11. Tambak Johor terletak .......................antara Johor dengan Singapura.
12. Pinggan itu jatuh.................................lantai lalu berderai.
13. Para pelajar dikehendaki berkumpul ..........................padang sekolah.
14. Roket itu meluncur .........................udara dengan lajunya.
15. Ibu meletakkan minyak masak itu.............................dalam botol kaca.
16. Bas Ekspres Trans Nasional bertolak........................Kuala Lumpur.
17. Kami tiba ............................ Singapura pada waktu tengah malam.
18. Buku-buku yang disusun ................................atas rak itu kepunyaan kakak saya.
19. Budak itu lemas setelah jatuh .........................dalam longkang besar itu.
20. Orang tua itu merantau dari Perlis...................Johor.
21. Orang ramai dipersilakan masuk .....................dalam dewan.
22. Orang yang berkulit hitam itu berlepas....................Afrika dengan menaiki kapal
terbang.
23. Pemuda yang berbaju merah itu duduk ....................atas bangku sambil membac
a
buku.
24. Pesawat MH370 dipercayai jatuh terhempas .......................Lautan Hindi
25. Kem motivasi itu diadakan dari hari Ahad......................hari Khamis.
26. Burung-burung itu hinggap ......................atas dahan.
27. Dari setahun .........................setahun ekonomi negara kita bertambah baik.
28. Nasi lemak itu dibelinya........................Restoran Habib.
29. Mereka berpindah dari desa............................bandar untuk mencari rezeki.
30. Pemain bola sepak itu menendang bola dengan kuat ..........................tengah
padang.

KATA SENDI NAMA


C. TENTANG TERHADAP
1. Kata sendi nama tentang digunakan sebagai unsur yang membawa maksud
rujukan sesuatu atau umum atau mujarad.

Contohnya;
(a) Mereka berbincang tentang pelajaran.
(b) Kami berbual tentang kejadian rompakan itu.
2. Kata sendi terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud r
ujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan, atau benda
.

Contohnya;
(a) Seorang ketua harus sentiasa bersikap adil terhadap anak buahnya.
(b) Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

Latihan
1. Kasih sayang Siti............................ibunya elok dicontohi.
2. Ramli dan Abu bercerita ......................hantu.
3. Laporan.......................lawatan sambil belajar itu harus disiapkan segera.
4. Sesetengah orang tidak sayang..............................haiwan.
5. Sebagai murid, kita mestilah hormat..........................guru kita.
6. Aduan tuan........................masalah jenayah di kampung itu telah kami terima.
7. Ceritanya...........................pengabdiannya ................Tuhan.
8. .....................perkara itu, kami perlu merujuk ketua kami dahulu.
9. Berita.....................kematiannya dihebahkan melalui radio.
10. Topik perbualan mereka adalah ......................masalah disiplin pelajar.
11. Penduduk kampung itu asyik bercerita.......................masalah kecurian di
tempat mereka.
12. Kita haruslah prihatin........................orang yang kurang upaya.
13. .......................perkara itu, akan kita bincangkan dalam mesyuarat yang akan
datang.
14. Pak Abu sedang mengajar anaknya...................cara untuk menanam pokok
bunga itu.
15. Usahlah bercakap kasar........................orang yang tua lebih daripada kita.
16. Kasih sayangnya......................... ibu bapanya amat dalam.
17. Berita .......................kemalangan itu hangat diperkatakan oleh penduduk di
situ.
18. Lama-kelamaan kisah.........................rumah berhantu itu kian reda.
19. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas........................sesiapa
yang cuba merosakkan
harta benda awam.
20. Minatnya.........................hiburan amat mendalam.
21. Para pelajar akan berbincang............................pelajaran apabila
peperiksaan kian hampir.
22. Beliau berucap..........................masalah ekonomi negara.
23. Cintanya........................negara tidak berbelah bahagi.
24. Tindak balas air ........................logam itu sukar ditentukan.
25. Jangan berkasar.........................anak-anak.
26. Guru Besar telah berucap......................kepentingan bersarapan kepada
murid-murid sewaktu perhimpunan.
27. Sewaktu balik ke kampung pada minggu lalu ,saya berpeluang mendengar

nenek bercerita ......................kisah hidupnya sewaktu pemerintahan Je


pun
dahulu.
28. Ibu bapa haruslah memberikan kasih sayang yang secukupnya..................
anak-anak.
29. Adik ketakutan apabila ibu bercerita.....................kisah seram di rumah
tidak berpenghuni itu.
30. Mereka berbual.......................tugasan yang akan dilakukan.
31. Para belia mestilah menaburkan bakti mereka........................bangsa,
agama dan negara.
32. Mereka berbual-bual.......................masalah keluarga sehingga larut malam.

KATA SENDI NAMA


D. PADA KEPADA
1. Kata sendi nama pada dihadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan
keterangan waktu dan tempat, dan digunakan untuk ungkapan ada+ pada ( manusi
a dan haiwan)

Contohnya:
(a) Bas kami bertolak pada pukul 6.00 pagi. - menunjukkan masa/waktu
(b) Buku kamu ada pada saya. - ungkaapan ada+pada
(c) Kaki lembu itu digantung pada cangkuk besi. - menunjukkan tempat
2. Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk m
enyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan
pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Contohnya:
(a) Sila kembalikan borang itu kepada kerani pejabat. - menunjukkan manusia
(b) Sisa makanan itu diberikan kepada kucing. - menunjukkan haiwan
(c) Peserta bengkel itu dibahagikan kepada dua kumpulan. - menunjukkan pecaha
n
(d) Suhu badannya meningkat kepada 38 darjah C. - menunjukkan perubaha
n

Latihan
1. Kakak mengirim surat ...............................abang yang berada di kampung.
2. Seminar itu bermula ..................................hari ini hingga hari Selasa.
3. Ia memberitahu berita sedih itu ..............................orang tuanya.
4. Rumput yang terkumpul itu segera diberikannya......................lembu yang sedang
kelaparan
itu.
5. ....................waktu kejadian itu, ibu bapanya tiada di rumah.
6. Bagi acara palang, ahli gimnastik itu perlu berpaut .......................palang besi deng
an
kuatnya.
7. Pastikanlah anak-anak anda tidak terdedah ....................bahaya dadah.
8. Ibu bapa telah menghantar surat bantahan ......................pihak sekolah.
9. Pemergiannya ditetapkan .........................akhir tahun ini.
10. .......................ketika itu saya sedang tidur.
11. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menghadiahkan buku bacaan .........................
beberapa
buah perpustakaan sekolah.
12. Surat itu hendaklah dihantar ............................Kementerian Kewangan dengan s
egera.

13. Wang itu ada ....................ibu.


14. Layang-layang itu tersangkut ...........................tiang telefon.
15. Tulis nama ......................kertas ini.
16. Waktu persekolahan dipecahkan ........................sesi pagi dan sesi petang.
17. Pemberitahuan itu ditampal ......................papan kenyataan.
18. Bermula .....................tahun ini, pengajian di universiti dipecahkan....................du
a semester.
19. Suhu yang sangat tinggi sahaja yang dapat menguraikan air .......................juzuk
-juzuknya.
20. Pilihan yang kena ...................tempatnya akan membawa kebahagiaan.
21. Ketika darurat, pergerakan mereka terhad .........................kawasan itu sahaja.
22. Surat ini hendak dikirim .........................siapa?
23. Keadaan ekonomi berubah ............................tahap yang lebih baik.
24. Harga pasaran saham menurun .........................paras yang membimbangkan.
25. Serahkan bungkusan ini ...........................pegawai kastam.
26. Berikan wangmu ..............................ku.
27. Suhu pada hari ini meningkat daripada 37 darjah C ...........................39 darjah C.
28. Kemalangan itu perlu dilaporkan ..............................polis.

KATA SENDI NAMA


E. SEJAK AKAN OLEH

1. Kata sendi nama sejak atau semenjak bertugas membawa maksud penanda wa
ktu atau masa dan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama.

Contohnya;
(a) Hasnah sentiasa sugul sejak kematian ibunya.
(b) Badannya kurus sejak ia menghidap penyakit barah.
2. Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dan pe
nggunaannya didahului oleh kata adjektif.

Contohnya;
(a) Bapa saya tidak suka akan buah durian.
(b) Maimunah amat rindu akan kekasihnya yang berada di luar negara.
3. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang m
embawa maksud seperti yang berikut:
i) Menunjukkan hubungan pembuat dalam ayat pasif yang menunjukkan bentuk-
bentuk berikut:
di-, ter-, dan kena.

Contohnya;
(a) Kuih itu dibeli olehnya.
(b) Terangkat oleh Aman meja yang berat itu.
ii) Menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab.

Contohnya;
(a) Ia mati oleh sebab senjatanya sendiri.
(b) Oleh sebab lewat tiba di sekolah, dia didenda oleh guru pengaws sekolahnya.

Latihan
1. .....................kehilangan keretanya, dia hanya berjalan kaki ke pejabat.
2. Mak Limah amat rindu ..................... anaknya.
3. Meja dan kerusi di dalam dewan itu telah disusun .........................pelajar tahun 6.
4. Tidak termakan .........................Samad mi goreng yang amat pedas itu.
5. Bangunan bersejarah itu didirikan ..........................zaman penjajah lagi.
6. Dia asyik termenung sahaja .........................ibunya meninggal dunia dua tahun lal
u.
7. Para pelajar yang sedang melepak di kompleks beli-belah itu kena tangkap ..........
..............polis.
8. Buku Pelita Bahasa Melayu terkarang ........................Zaba.
9. Pemain badminton itu kalah ...........................sebab kekurangan latihan.
10. Struktur ayatnya janggal ...........................sebab masih menyerupai acuan tataba
hasa bahasa Inggeris.
11. Semua rakyat mesti sayang ......................negara tempat tumpah darah mereka.
12. Anak raja itu berahi ..........................Tuan Puteri Bongsu itu.
13. Buku-buku di dalam almari itu disusun .........................adik petang kelmarin.
14. Mereka berjaga-jaga ...........................subuh lagi.
15. Adik kena marah ............................ibu kerana lambat bangun