You are on page 1of 1

ULASAN LAGU

Berdasarkan gambar di atas saya telah menjadikannya satu jalan cerita untuk mencipta lagu
ini . Gambar yang menunjukkan suasana hutan yang nyaman dan segar telah menyumbang
kepada melodi lagu dengan mud yang ceria . Lagu pula disesuaikan dengan gambaran
suasana hutan dengan haiwan yang berkejaran dan melompat dari pokok ke pokok .
ketenangan dan kehijauan hutan telah memberikan idea kepada penciptaan melodi mudah
dan gabungan alat musik lain dengan iringan yang tidak keterlaluan . Melodi utama
dimainkan oleh flut ,clarinet dan juga violin . Jika kita perhatikan pada lagu , flut digunakan
untuk memainkan keseluruhan melodi lagu . Clarinet dan violin hanya memainkan beberapa
bahagian pada melodi lagu tersebut . Penggunaan alat yang berlainan bertujuan untuk
menambah kekuatan dan juga menarik minat pendengar terhadap lagu tersebut . Sementara
gitar dan juga xylofon pula dipilih untuk memainkan kord iringan kepada lagu tersebut . Kord
yang dimainkan kedua – dua alat ini adalah sama sepanjang lagu . Lagu ini telah dicipta
dengan durasi selama seminit dengan bilangan bar sebanyak 27 . Selain itu ,lagu tersebut
telah dimainkan dalam nada g major dengan meter 4/4 . Nada major pula dapat
menunjukkan lagi suasana hutan yang ceria .

Permulaan lagu telah dimulakan dengan motif lagu. Motif yang ringkas dan ceria telah
memberikan kesan kepada pendengar untuk keseluruhan mud lagu . Motif juga dicipta
bertujuan untuk menunjukkan kemeriahan hutan dengan gambaran haiwan haiwan kecil di

hutan . . Gambar tersebut merupakan motif lagu yang digunakan
sepanjang penghasilan keseluruhan lagu . Terdapat beberapa tempat di dalam lagu berlaku
pengulangan motif . Pengulangan motif digunakan agar pendengar tidak lupa akan tunjang
utama lagu tersebut . Variasi motif juga turut memberikan kekuatan pada suasana yang ingin
digambarkan . Tidak terlalu menyimpang daripada motif asal lagu yang membawa mud
keseluruhan lagu . Setiap frasa yang dicipta tidak terlalu panjang . Hal ini bertujuan untuk
memberikan pendengar merasai dan mengenali motif lagu dengan lebih jelas .