You are on page 1of 24

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN

MAHASISWA MUSLIM DI UTM

SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP
KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

√ TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
103, KAMPUNG KERANDANG, PM AZMI SHAH BIN SURATMAN
22000 JERTIH, BESUT, Penyelia:
TERENGGANU DARUL IMAN.

Tarikh: 9 MEI 2011 Tarikh: 9 MEI 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Tandatangan : …………………………………………… Nama Penyelia : PM AZMI SHAH BIN SURATMAN Tarikh : 9 MEI 2011 . PENGESAHAN PENYELIA “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia MEI 2011 .

ii PENGAKUAN “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : …………………………………… Nama Penulis : SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL Tarikh : 9 MEI 2011 .

Doa Dan Restumu. . Teruskan Perjuangan Kalian. Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s. Buat Teman Seperjuangan. Saimah. Terima Kasih Atas Segala Bentuk Bantuan. Samsuri. Buat Kekandaku. Buat Para Guru dan Pensyarah. Sahifudin Serta Adik-adikku. Bangsa dan Negara. Siti Sarah Salwani & Mohd Azli Firdaus Hidup ini penuh ranjau dan berliku. Untuk Selama-lamanya. Untuk Agama. Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Di Sanubari. Hanya keimanan & ketaqwaan sebagai bekalan. Setinggi-tinggi Penghargaan Buat: Ibunda dan Ayahda.a. Khas Buat Ibuku Tersayang Haminah Binti Ibrahim Semoga roh mu dicucuri rahmat dan mendapat tempat disisi Allah. Suhaida.w. Shafizan. Untuk Kalian Menempuh Segalanya. Suryani. Mengandung. Kerana Mendidik Diri Ini Menjadi Insan Berguna. Melahirkan. Jasamu Akan Ku Kenang Selamanya. iii DEDIKASI Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Hargailah Persahabatan Yang Terjalin Selama ini. Haminah Binti Ibrahim & Ismail Bin Samad Setinggi-Tinggi Terima Kasih Atas Segala Pengorbananmu. Sewaktu Aku Masih Kecil Hingga Dewasa. Suhardi. Menjadi Sumber Kejayaanku. Menjaga dan Mendidikku. Suzila.

Begitu juga buat pihak Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan.T. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PM Azmi Shah Bin Suratman selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Universiti Teknologi Malaysia. Begitu juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak memberi pertolongan. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada semua. bimbingan. Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang tidak jemu memberikan semangat.W. . iv PENGHARGAAN   Alhamdulillah. maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan. segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad SAW. Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia- Nya. motivasi dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek ini. nasihat dan sokongan yang padu dalam menjayakan projek ini. diberkati Allah S. Semoga segala kerjasama dan usaha yang diberikan.

pelbagai bentuk program telah dijalankan bagi menambahbaik tanggapan non muslim terhadap Islam. Imej Islam di mata non muslim banyak dipengaruhi oleh isu-isu di peringkat global dan senario yang berlaku di dalam negara ini. Hasil kajian ini akan dicadangkan kepada pihak-pihak yang berkaitan bagi mengambil langkah proaktif untuk menambah baik tanggapan non muslim terhadap kehidupan muslim. Instrumen kajian ini berbentuk soal selidik yang mengandungi 36 soalan. v ABSTRAK Dewasa ini. Justeru.0 bagi mendapatkan peratusan. kajian ini dijalankan bagi mengetahui tanggapan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan muslim di UTM. kajian ini bertujuan mengetahui faktor-faktor penerimaan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan muslim dan juga cadangan penambah baikkan persepsi mahasiswa non muslim terhadap kehidupan muslim. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Sceine (SPSS) versi 16. . kekerapan dan min data. Hasil kajian ini menunjukkan persepsi mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim adalah di tahap sederhana. Di samping itu juga.

this research was conducted to determine the perception of the non-Muslims students towards the Muslim student’s life in UTM. Besides that. The results of this study will be proposed to the relevant organizations to take proactive actions to improve the perception of the non-Muslims towards Muslim student’s life. . mean and percentage using Statistical Package for Social Science (SPSS) with 16. vi ABSTRACT Nowadays.0 version. So. Research instrument that has been used was in the form of questionnaires which contains 36 items. The last objective is to find out the best recommendation to improve non-Muslims perception toward Muslim student’s life. The result of this research recognized that the perception of the non- Muslims toward Muslim student’s live is in the moderate level. The collected data was analyzed descriptively to get the value for mode. a variety of programs have been implemented to improve the perception of the non-Muslims about Islam. The perception of the Islam among non- Muslims is heavily influenced by issues at the global level and also the scenario that occurs in the country. this research also aims to determine the acceptance factors of the non-Muslim’s student perception about Muslim student’s life.

1 Pendahuluan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 3 1.3 Penyataan Masalah 5 1.5 Persoalan Kajian 7 1.4 Objektif Kajian 6 1.6 Kepentingan Kajian 7 1.9 Kesimpulan 10 .8 Definisi Istilah 8 1. vii ISI KANDUNGAN BAB PERKARA HALAMAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN ii HALAMAN DEDIKASI iii HALAMAN PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi ISI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiv BAB I PENDAHULUAN 1.7 Batasan Kajian 8 1.

1 Dakwah Melalui Teladan 28 2.2.2 Non Muslim Yang Pernah Bersekolah 17 Di Sekolah Jenis Kebangsaan 2.3 Masyarakat India: Agama 14 Dan Kepercayaan 2.7 Pendekatan Dakwah Kepada 27 Masyarakat Non Muslim Di Malaysia 2.4 Kehidupan Muslim Berlandaskan Syarak 19 2.3.1 Latar Belakang 17 2.1 Pendahuluan 11 2. Kaum 14 Bumiputera Sabah Dan Sarawak.3 Non Muslim Yang 18 Bersekolah Di Sekolah Kebangsaan 2. Lain-Lain Bangsa: Agama Dan Kepercayaan 2. 12 Agama Dan Kepercayaan 2.6 Salah Faham Tentang Islam 26 Di Kalangan Non Muslim 2.4.7.3 Non Muslim Di Malaysia 15 2.4 Masyarakat Orang Asli.3 Islam Menganjurkan Keadilan 23 2.3.4 Non Muslim Yang Tinggal 19 Di Komuniti Majoriti Islam 2.3.4.2.2 Islam Agama Perdamaian 23 2.5 Realiti Dan Cabaran Dalam Kehidupan 24 Muslim Masa Kini 2.2 Peranan Media Massa 29 .2 Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk 11 2. viii BAB II SOROTAN KAJIAN 2.4.1 Islam Agama Fitrah 21 2.1 Latar Belakang Masyarakat Melayu.7.2.3.2.2 Masyarakat Cina: Agama 13 Dan Kepercayaan 2.

1 Kajian Rintis 38 3.7 Analisis Data 40 3.2 Reka Bentuk Kajian 33 3.3 Analisis Data Bahagian B 45 4.8 Jangka Masa Kajian 41 3.3 Metodologi Dakwah 30 Lain Kepada Non Muslim 2.3.6 Kaedah Pengumpulan Data 38 3.2 Pengumpulan Data Sekunder 39 3.1 Pengenalan 43 4.1 Analisis Data Berkenaan 46 Persepsi Mahasiswa Non Muslim Terhadap .5 Prosedur Kajian 35 3.5.1 Pengumpulan Data Primer 39 3.7.3 Populasi dan Sampel Kajian 33 3.1 Pendahuluan 32 3.8 Kajian Terdahulu 31 2.9 Kesimpulan 31 BAB III METODOLOGI KAJIAN 3. ix Dalam Dakwah Kepada Non Muslim 2.6.4 Instrumen Kajian 34 3.9 Kesimpulan 41 BAB IV ANALISIS DATA 4.2 Analisis Data Bahagian A 44 4.6.

1 Pengenalan 70 5.3 Rumusan 83 5.2.2.2 Perbincangan 70 5.2 Analisis Data Berkenaan 51 Faktor-Faktor Penerimaan Mahasiswa Non Muslim Terhadap Kehidupan Mahasiswa Muslim 4.3.4 Cadangan 84 5.3 Faktor-Faktor Penerimaan Mahasiswa 76 Non Muslim Terhadap Kehidupan Mahasiswa Muslim 5.3 Analisis Data Berkenaan Cadangan 59 Penambahbaikkan Persepsi Mahasiswa Non Muslim Terhadap Kehidupan Mahasiswa Muslim 4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85 5.6 Kesimpulan 86 .3.1 Latar Belakang Responden 71 5. x Kehidupan Mahasiswa Muslim 4. RUMUSAN DAN CADANGAN 5.4 Rumusan Min Dan Dapatan Kajian 64 4.5 Kesimpulan 69 BAB V PERBINCANGAN.4 Cadangan Penambahbaikkan Tanggapan 80 Mahasiswa Non Muslim Terhadap Kehidupan Muslim 5.2.2 Persepsi Mahasiswa Non Muslim 72 Terhadap Kehidupan Mahasiswa Muslim 5.2.

xi BIBLIOGRAFI 87 LAMPIRAN .

peratusan dan min bagi item 10 51 4. peratusan dan min bagi item 21 57 . JADUAL TAJUK HALAMAN 3.7 Taburan kekerapan.3 Taburan responden mengikut kolej kediaman 45 4. peratusan dan min bagi item 9 50 4.5 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 3 47 4. peratusan dan min bagi item 6 49 4.20 Taburan kekerapan.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 40 3.23 Taburan kekerapan.1 Taburan responden pendidikan awal 44 4.11 Taburan kekerapan.5 Pengelasan dimensi persoalan kajian 41 4. peratusan dan min bagi item 18 55 4. peratusan dan min bagi item 1 46 4.4 Taburan kekerapan.1 Pengkelasan nombor dalam skala likert 36 3.8 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 7 49 4. peratusan dan min bagi item 15 53 4. peratusan dan min bagi item 14 53 4.24 Taburan kekerapan.2 Taburan responden mengikut agama 44 4. peratusan dan min bagi item 20 56 4. peratusan dan min bagi item 11 51 4.18 Taburan kekerapan.15 Taburan kekerapan.21 Taburan kekerapan.10 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 19 55 4. peratusan dan min bagi item 17 54 4. peratusan dan min bagi item 5 48 4.12 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 13 52 4.22 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 16 54 4. peratusan dan min bagi item 12 52 4. peratusan dan min bagi item 8 50 4. peratusan dan min bagi item 2 47 4. xii SENARAI JADUAL NO.16 Taburan kekerapan.14 Taburan kekerapan.17 Taburan kekerapan.3 Agihan item mengikut persoalan kajian 37 3. peratusan dan min bagi item 4 48 4.6 Taburan kekerapan.13 Taburan kekerapan.2 Skala likert 36 3.9 Taburan kekerapan.19 Taburan kekerapan.

28 Taburan kekerapan.25 Taburan kekerapan.37 Rumusan peratusan dan min bagi persepsi mahasiswa 64 non muslim terhadap kehidupan muslim 4.40 Min keseluruhan bagi setiap objektif kajian 69 . peratusan dan min bagi item 27 60 4.35 Taburan kekerapan.30 Taburan kekerapan. xiii 4.26 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 31 62 4.33 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 23 58 4. peratusan dan min bagi item 32 63 4.29 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 25 59 4.36 Taburan kekerapan.27 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 29 61 4. peratusan dan min bagi item 26 59 4.32 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 28 60 4.38 Rumusan peratusan dan min bagi faktor-faktor 66 penerimaan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan muslim 4.34 Taburan kekerapan. peratusan dan min bagi item 24 58 4. peratusan dan min bagi item 33 63 4.39 Mengenalpasti cadangan penambahbaikkan tanggapan 67 mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim 4. peratusan dan min bagi item 30 62 4. peratusan dan min bagi item 22 57 4.31 Taburan kekerapan.

xiv SENARAI SINGKATAN UTM Universiti Teknologi Malaysia SAW Sallallahu ’alaihi wasallam SWT Subhanahu Wa Ta’ala SPSS Statistical Package for Social Science SS Sangat Setuju S Setuju KS Kurang Setuju STS Sangat Tidak Setuju TS Tidak Setuju TITAS Tamadun Islam Tamadun Asia FPPSM Fakulti Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia TV Televisyen .

Agama Islam tidak hanya dianuti oleh bangsa Arab atau masyarakat timur tengah sahaja. peristiwa yang berlaku pada 11 September 2001 telah membawa suatu tanggapan yang baru terhadap Islam itu sendiri. Namun begitu. apabila kuasa dunia yang diketuai oleh Amerika Syarikat menuding jari kepada umat Islam sebagai dalang kepada peristiwa ini. Akhirnya. peristiwa ini telah merubah tanggapan non muslim terhadap agama Islam itu sendiri dan mengaitkan Islam kepada keganasan. BAB I PENGENALAN 1. peristiwa ini telah membawa ancaman yang besar kepada dunia Islam. Kemudiannya. Amerika Syarikat dan sekutunya Britain telah menyerang sebuah negara yang terdiri daripada umat Islam iaitu Afghanistan dengan alasan Afghanistan . Terdapat satu momentum yang telah digerakkan oleh Amerika Syarikat dengan melancarkan satu gerakan menentang keganasan dan segala bentuk hal yang boleh dikaitkan dengan pengganas. Di Asia pula.1 Pendahuluan Umat Islam pada masa kini telah berkembang di seluruh pelusuk dunia. Menurut Fadzlullah Shuib (2007:141). agama Islam turut berkembang ke pelbagai negara termasuklah di negara berpenduduk paling ramai seperti China dan India. bahkan agama Islam telah berkembang ke setiap ceruk dunia merentasi pelbagai negara dan bangsa. Peristiwa yang berlaku ini telah dikaitkan dengan isu keganasan dan umat Islam dianggap sebagai punca di sebalik kejadian tersebut.

Salah tanggapan terhadap Islam ini turut berlaku ke seluruh dunia termasuklah di Malaysia. Akhirnya semakin ramai yang mula mendekati Islam dan mengambil keputusan memeluk Islam selepas mengkaji Islam secara lebih mendalam. . ada sisi positif yang berlaku yang mana semakin ramai masyarakat dunia yang mula mengkaji tentang ajaran Islam. bahkan berlaku juga di negara sekutu Amerika Syarikat seperti Britain. Rentetan daripada serangan ini. umat Islam di Britain menerima layanan yang buruk oleh masyarakat Britain. Namun selepas kejadian tersebut. Ketakutan terhadap umat Islam mula menular sehingga menimbulkan reaksi negatif di kalangan masyarakat Britain seperti mula mencurigai tingkah laku umat Islam. Al-Qaeda. suasana di negara yang diserang oleh Amerika Syarikat tersebut telah menjadi kacau bilau. Akibatnya. 2 merupakan negara pengkalan kepada pertubuhan pengganas sedunia. Menurut Fadzlullah Shuib (2007:141). Suatu persepsi yang baru terhadap Islam telah wujud yang menjurus kepada tanggapan yang negatif. Saban hari kita dapat mendengar kejadian pengeboman bukan sahaja di dua negara tersebut. Amerika Syarikat kemudian menyerang Iraq. Umat Islam mula diberi layanan yang berbeza yang bersifat diskriminasi oleh masyarakat sekeliling mereka. Namun terdapat juga yang meragui Islam sebagai agama yang menggalakkan perdamaian dan ada yang menganggap isu-isu yang berkaitan Islam sebagai isu yang sangat sensitif. Reaksi masyarakat Malaysia terhadap kejadian ini adalah berbeza-beza. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan mendalami ajaran Islam bagi memastikan adakah tanggapan tertentu tentang Islam selari dengan ajaran Islam yang sebenar. Ada di kalangan masyarakat non muslim yang dapat menerima kejadian ini tanpa adanya pandangan serong kepada Islam. Wujud pelbagai istilah yang baru seperti Islamfobia yang mula berkembang di negara-negara barat khususnya.

ramai di kalangan masyarakat non muslim menyangka bahawa mengerjakan sembahyang itu membuang masa. Menurut Zaini Hamzah (1989:5). ramai di kalangan masyarakat non muslim yang memahami Jihad wajib kepada seluruh umat Islam untuk memaksa non muslim supaya menerima Islam. kelulusan visa perjalanan kepada umat Islam diperketat dan pelbagai bentuk diskriminasi yang lain.2 Latar Belakang Masalah Peristiwa yang meruntuhkan bangunan World Trade Centre di Amerika Syarikat pada 11 September 2001 telah mengakibatkan implikasi yang sangat besar. Salah faham terhadap Islam berlaku di kalangan masyarakat non muslim di seluruh dunia. Di samping itu juga. puasa itu suatu penyeksaan. Selain itu. 3 1. Kebanyakan masyarakat non muslim di seluruh dunia mula melihat islam sebagai agama yang mengalakkan kepada keganasan dan menganggap kehadiran umat Islam di sesuatu tempat menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya. zakat merupakan paksaan dan menunaikan haji hanya menguntungkan negara Arab . Menurut Zaini Hamzah (1989:5). radikal dan menggalakkan keganasan. Akibat dari kejadian itu. Selain itu juga mereka mendakwa agama Islam itu disebarkan melalui mata pedang yang bermaksud Islam memaksa dengan kekerasan dan suka kepada peperangan. Islam turut dikaitkan sebagai agama yang tidak rasional. Sebagai contoh. Walaupun bukanlah merangkumi keseluruhan masyarakat non muslim akan tetapi ia merupakan satu permasalahan yang serius dan harus diatasi dengan segera. Umat Islam sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan yang negatif saban hari dan masyarakat non muslim mula melihat Islam dengan pandangan yang salah terutama di negara Malaysia ini. Suatu persepsi yang berbeza telah wujud di mana Islam dianggap sebagai agama yang menganjurkan kepada keganasan walaupun terhadap masyarakat awam. kejadian ini juga telah mengukuhkan lagi persepsi lama non muslim terhadap Islam iaitu agama yang ekstremis. berlakulah diskriminasi terhadap umat Islam di mana pelbagai sekatan dilakukan terhadap umat Islam.

kejahilan. masyarakat non muslim yakin dengan gambaran bahawa memeluk Islam itu sendiri bererti masuk Melayu atau lebih tepat lagi perlu berperilaku seperti orang Melayu. Menurut Zaini Hamzah (1989:4). Ada di kalangan non muslim yang beranggapan hukuman hudud seperti potong tangan bagi pencuri adalah kejam dan mencabuli hak asasi sebagai seorang . terdapat di kalangan masyarakat non muslim yang beranggapan bahawa hukuman yang terdapat dalam Islam merendahkan martabat manusia dan merupakan bentuk hukuman yang kejam. Namun begitu bangsa Melayu yang majoritinya beragama Islam ini masih ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding masyarakat non muslim meskipun bangsa melayu merupakan penduduk yang paling ramai di negara ini. Ini mengakibatkan non muslim kurang berminat kepada Islam kerana non muslim menganggap bangsa Melayu itu bukanlah lebih baik daripada mereka. Menurut Abdullah Muhammad Zin (1998:83). Ini menyebabkan imej Islam sering dikaitkan dengan kemunduran. Islam juga dianggap sangat sinonim dengan kemiskinan. Maka. muncul tanggapan bahawa Islam adalah agama yang sinonim dengan kemiskinan. Masyarakat non muslim di Malaysia juga beranggapan bahawa Islam merupakan agama untuk orang Melayu. 4 Saudi. disebabkan oleh orang melayu yang beragama Islam ketinggalan dalam bidang ekonomi. malah hal yang sama turut berlaku kepada kehidupan masyarakat Islam di negara-negara lain. Salah tanggapan yang seterusnya ialah berkaitan dengan isu hukuman yang kejam yang terdapat dalam Islam. Umat Islam dianggap ketinggalan dari segi ekonomi dan masalah kemiskinan berlaku di negara yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. majoriti penduduk yang beragama Islam adalah bangsa Melayu. Di Malaysia. maka timbul anggapan bahawa Islam itu agama bagi orang dan bangsa yang mundur. kemiskinan dan segala unsur negatif. Ini menunjukkan bahawa terdapat di kalangan masyarakat non muslim yang percaya bahawa perkara tersebut sebagai membebankan dan tindakan mengamalkan ajaran Islam tersebut sebagai tidak rasional. Secara umumnya. isu kemiskinan di kalangan umat Islam ini tidak hanya berlaku di negara kita. Menurut Zaini Hamzah (1989:4).

sosial dan sebagainya. Bagi memperkasakan dakwah Islam.3 Pernyataan Masalah Masyarakat non muslim sering mendapat gambaran yang tidak tepat tentang agama Islam. Salah tanggapan terhadap Islam ini telah merencatkan penyebaran Islam kepada masyarakat non muslim. Salah faham terhadap Islam itu sendiri telah menjejaskan dakwah kepada masyarakat non muslim. Islam adalah agama keamanan dan ia merupakan agama atau cara hidup yang amat bertolak ansur terhadap semua golongan manusia. mengamalkan toleransi dan menghormati hak-hak non muslim. Masyarakat non muslim sering didedahkan dengan kejadian negatif yang berlaku yang dianggap sebahagian daripada ajaran Islam. Kejayaan meningkatkan imej Islam akan menambahkan daya penarik Islam di kalangan masyarakat non muslim. suatu usaha yang proaktif perlu diambil agar dapat merubah salah faham non muslim tentang Islam. Menurut Jahaberdeen Mohamed Yunoos (2006:4). persepsi masyarakat non muslim terhadap Islam perlu diselidiki bagi mengetahui tanggapan sebenar masyarakat non . Secara tidak langsung. Oleh yang demikian. 5 manusia. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar imej Islam di mata non muslim dapat dipertingkatkan lagi. mereka merasa takut untuk mendekati ajaran Islam apatah lagi menerima sistem hukuman Islam. Hal ini telah mengakibatkan implikasi yang besar terhadap dakwah kepada masyarakat non muslim. Oleh yang demikian. Salah faham masyarakat non muslim terhadap Islam bukan hanya pada isu- isu tertentu seperti keganasan sahaja. bahkan ia juga meliputi isu-isu yang lebih luas seperti ekonomi. 1. sedikit sebanyak telah menyebabkan masyarakat non muslim salah menafsir tentang ajaran Islam yang pada hakikatnya sebuah agama yang suci.

Oleh yang demikian.5 Persoalan Kajian Secara umumnya. 1. Mengenalpasti faktor-faktor penerimaan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim. Mengenalpasti cadangan penambahbaikan tanggapan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim. Apakah tanggapan mahasiswa non Muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim? . Mengenalpasti tanggapan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim. 1. penyelidik tertarik untuk mengkaji tentang persepsi non muslim terhadap kehidupan muslim bagi mengetahui tanggapan sebenar non muslim terhadap kehidupan muslim. ii. diharap kajian ini dapat menjawab berberapa persoalan berikut: i. Berdasarkan objektif. iii. Secara khususnya. 6 muslim terhadap Islam dan kehidupan muslim itu sendiri.4 Objektif kajian Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tanggapan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim di UTM. kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi non muslim khususnya mahasiswa terhadap kehidupan muslim pada masa kini sebagaimana yang dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian mereka. objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut: i.

Apakah cadangan penambahbaikan tanggapan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim? . Apakah faktor-faktor peneriman mahasiswa non Muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim? iii. 7 ii.