You are on page 1of 14

ISI KANDUNGAN

Bil

Butiran

Halama

n

1

Penghargaan

2

2

Bagaimana Gerhana Matahari Terjadi

3

3

Jenis-jenis Gerhana Matahari

4

4

Mitos Tentang Gerhana Matahari

5 - 7

5

Fenomena Gerhana Separa 9 Mac 2016

8 - 10

6

Bagaimana melihat Gerhana Matahari

11 -12

7

Bilakah Gerhana Matahari Seterusnya

13

9

Rujukan

14

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK (P) Sultan Abu Bakar, Muar, Johor, Pn. Hajah Rashidah binti Yahya kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk membuat folio ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya

1

iaitu Cik Gan Chu Choo telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual dilakukan.

Akhirnya, saya bersyukur dapat menyiapkan folio ini.

BAGAIMANA GERHANA MATAHARI TERJADI

Gerhana matahari (Bahasa Inggeris: Solar eclipse) berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara

2

bumi dan matahari oleh itu menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya.

Walaupun bulan lebih kecil, bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat kepada bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.

JENIS-JENIS GERHANA MATAHARI

Terdapat empat jenis gerhana matahari:

Gerhana penuh berlaku apabila bebayang bentuk gelap Bulan mnyelubungi dengan sepenuhnya cahaya Matahari yang amat terang, dan dengan ini membolehkan korona matahari yang banyak lebih lembut dilihat. Dalam mana- mana gerhana, kepenuhan paling baik pun hanya berlaku pada laluan terhad pada permukaan bumi. [1]

3

Gerhana anulus/cincin berlaku apabila Matahari dan Bulan betul-betul sebaris, akan tetapi saiz Bulan kelihatan kecil daripada saiz Matahari—ini menyebabkan Matahari kelihatan seolah-olah sebentuk cincin yang amat terang atau anulus, yang mengelilingi cakera Bulan yang lebih gelap. [2]

Gerhana hibrid (juga disebut gerhana anulus-penuh) berubah antara gerhana penuh dan anulus. Ia kelihatan seperti gerhana penuh di beberapa tempat pada permukaan Bumi sementara di tempat lain pula ia kelihatan seolah-olah gerhana anulus. Gerhana hibrid agak jarang berlaku. [2]

Gerhana separa berlaku apabila Matahari dan Bulan tidak tepat sebaris dan Bulan hanya melitupi Matahari dengan separa. Fenomenon ini lazimnya dapat dilihat dari sebahagian besar Bumi yang terletak di luar laluan gerhana anulus ataupun penuh. Walau bagaimanapun, beberapa gerhana hanya dapt dilihat sebagai gerhana separa oleh sebab umbra melintasi wilayah kutub Bumi dan tidak menyilangi permukaan Bumi. [2]

MITOS TENTANG GERHANA MATAHARI

Jatuhnya Kekuasaan Raja

Gerhana pada 1133 setelah masehi dikenal sebagai Gerhana Raja Henry di Inggeris Raya. Raja Henry I meninggal sesaat

4

setelah gerhana matahari penuh muncul dan fenomena itu dipercaya sebagai tanda buruk bagi monarki. Bangsa Babilon terus menempatkan pengganti raja saat gerhana masih terjadi untuk melindungi penguasa.

Hinduisme

Dalam mitologi Hindu, pelayan iblis, Rahu dan Ketu, dipercaya sebagai penyebab gerhana kerana mereka menelan matahari. Mereka mampu menyedut cahaya yang memberikan kehidupan bagi manusia. Beberapa kalangan beragam Hindu di Asia menyambut gerhana matahari dengan memukul kaleng dan kentongan atau membuat unggun api. Mereka berupaya untuk membuat Rahu takut dan tidak memakan mereka.

Orang Hamil Jangan Keluar Rumah

Dalam tahyul moden dipercaya jika gerhana matahari boleh menyebabkan bahaya pada wanita hamil dan anak yang belum lahir. Beberapa ibu hamil dan anak kecil diharuskan untuk tetap berasa di rumah selama gerhana berlangsung.

Bencana

Bangsa di masa Yunani kuno percaya jika gerhana matahari merupakan tanda adanya bencana dan kerosakan. Ini merupakan awal dari kemarahan Tuhan.

Pemenggalan.

5

Pada masa kuno di China, sangat penting bagi mereka untuk mengetahui bila terjadinya gerhana bulan kerana gerhana menyebabkan kehancuran penguasa. Pada 2134 sebelum masihi, astrolog China gagal mengetahui bila terjadinya gerhana matahari. Mereka pun dipenggal.

Racun

Di beberapa bagian pedalaman India, mereka masih percaya jika gerhana matahari boleh meracuni tanaman dan makanan yang mereka miliki.

Penyaliban

Kisah Yesus menyebutkan jika penyaliban dirinya dilakukan saat langit gelap. Di sini mereka percaya jika keajaiban sekaligus tanda-tanda kegelapan akan terjadi. Ahli sejarah yakin jika langit gelap ini terjadi pada gerhana semasa tahun 29 sebelum masihi atau 33 sebelum masihi.

Nabi Muhammad

Gerhana matahari yang terjadi pada 29 Januari 632 setelah masihi dipercaya menjadi tanda akan kematian Nabi Muhammad. Menurut sejarah Islam, orang zaman Rasulullah mengatakan jika gerhana matahari merupakan petanda adanya kematian namun Nabi Muhammad membantah hal itu. Justeru

6

Nabi mengatakan bahawa kematian sudah ditentukan oleh Allah sebelum seseorang itu lahir lagi.

Mitos Korea

Cerita rakyat Korea percaya jika gerhana matahari terjadi kerana matahari dicuri oleh anjing jadian.

FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA 9 MAC 2016 DI MALAYSIA

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010.

7

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur.

Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi.Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

Jadual dan rajah di bawah boleh digunakan sebagai panduan asas untuk waktu puncak gerhana serta peratusan matahari tertutup.

Semenanjung Malaysia Kangar – 8.25 pagi (67%)

Kuah – 8.25 pagi (67%)

Alor Setar – 8.25 pagi (68%)

8

Georgetown – 8.25 pagi (70%)

Ipoh – 8.24 pagi (73%)

Kuala Lumpur – 8.24 pagi (79%)

Shah Alam – 8.24 pagi (79%)

Putrajaya – 8.24 pagi (80%)

Seremban – 8.24 pagi (81%)

Melaka – 8.23 pagi (83%)

Johor Bharu – 8.24 pagi (86%)

Kuantan – 8.25 pagi (77%)

Kuala Terengganu – 8.26 pagi (71%)

Kota Bharu – 8.26 pagi (68%)

9

Sabah & Sarawak  Kuching – 8.29 pagi (87%)  Sibu – 8.31 pagi (85%) 

Sabah & Sarawak Kuching – 8.29 pagi (87%)

Sibu – 8.31 pagi (85%)

Bintulu – 8.33 pagi (82%)

Miri – 8.36 pagi (78%)

Kota Kinabalu – 8.40 pagi (73%)

Sandakan – 8.42 pagi (75%)

Tawau – 8.41 pagi (81%)

10

CARA MELIHAT GERHANA MATAHARI Pastikan anda mendapat nasihat dan tunjuk ajar yang betul daripada pakar-pakar Astronomi

CARA MELIHAT GERHANA MATAHARI

Pastikan anda mendapat nasihat dan tunjuk ajar yang betul daripada pakar-pakar Astronomi tempatan, pegawai Falak di Jabatan-jabatan Mufti, dan juga organisasi seperti Planetarium Negara.

Cermin Mata Gerhana.

11

Ini merupakan sebuah ‘cermin mata’ khas yang mempunyai lapisan khas yang akan menapis SEGALA cahaya berbahaya yang datang daripada matahari. Ia boleh didapati daripada kedai- kedai teleskop.

Ini merupakan sebuah ‘cermin mata’ khas yang mempunyai lapisan khas yang akan menapis SEGALA cahaya berbahaya

Penapis Baader

Penapis Baader ini kelihatan seperti aluminium foil tetapi ia sebenarnya sejenis penapis khas Matahari yang digunakan pada Teleskop dan Kamera.

Ini merupakan sebuah ‘cermin mata’ khas yang mempunyai lapisan khas yang akan menapis SEGALA cahaya berbahaya

Penapis Baader yang dipasang di hadapan sebuah kamera

Ia selalunya akan dipasang pada hadapan teleskop atau hadapan lens kamera seperti video di bawah.

12

Eyepiece Projection

Kaedah ini boleh digunakan di bawah pengawasan yang ketat oleh dewasa atau guru-guru sekolah. Caranya ialah dengan menghala teleskop atau binokular ke aras matahari berpandukan bentuk bayang-bayang alat tersebut.

Jika halaan anda tepat, imej matahari akan mula kelihatan pada kanta mata (eyepiece).Letakkan sebuah kertas putih di belakang kanta mata supaya imej matahari tersebut terbentuk pada kertas

Eyepiece Projection Kaedah ini boleh digunakan di bawah pengawasan yang ketat oleh dewasa atau guru-guru sekolah.

BILAKAH GERHANA MATAHARI SETERUSNYA AKAN BERLAKU DI MALAYSIA?

Jika anda terlepas peluang menyaksikan fenomena Gerhana Matahari Separa ini, anda perlu menunggu hingga 26 Disember 2019. Pada tarikh tersebut, sebahagian kecil di selatan Sememanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Matahari Cincin, manakala kawasan lain di Malaysia dapat menyaksikan Gerhana Matahari Separa.

13

Internet

RUJUKAN

...

http://teknologi.news.viva.co.id/news/read/603587-

9-mitos-gerhana-matahari-yang-dipercaya-dunia

14