You are on page 1of 1

Rujukan Kami: JFT9002/600-3/6/3(21

)
Tarikh: 3 Ogos 2016

Kepada:
Ibu / Bapa / Penjaga Pelajar,
SMA Lughatul Quran.

‫السل م عليكم ورحمة ال وبركاته‬

Tuan,

PROGRAM KEM PEMANTAPAN PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH DAN PENDIDIKAN AL-
QURAN AL-SUNNAH (SYAQUR)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Program ini diwajibkan kepada semua calon SPM 2016 untuk mencapai objektif berikut:
2.1 Meningkatkan kemahiran belajar murid dalam mata pelajaran Pendidikan Syariah Islamiah dan
Pendidikan Al-Quran Al-Sunnah.
2.2 Memberi pendedahan teknik menjawab SPM.

3. Berikut adalah butiran mengenai program ini:

Tarikh: 18 – 20 Ogos 2016
Hari: Khamis - Sabtu
Tempat: Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang
Sumbangan: RM50.00 seorang (Bayaran penginapan & modul)
Penyertaan: 104 orang pelajar dan 8 orang guru

4. Bersama-sama ini disertakan borang deklarasi penjaga untuk pelajar mengikuti program ini.

5. Sumbangan sebanyak RM50.00 beserta borang deklarasi penjaga hendaklah dilengkapkan dan
diserahkan kepada Puan Nor Azizah binti Tokiman sebelum atau pada 8 Ogos 2016.

Keprihatinan dan kerjasama daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

………………………………