You are on page 1of 17

ARAHAN AM & RUJUKAN GURU

1.0 ARAHAN AM KEPADA GURU

1.1 Guru hendaklah membaca, memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Etika Kementerian

Pelajaran, Tonggak 12 dan PRIME

1.2 Guru hendaklan bersama-sama memahami, berkongsi dan menghayati Visi dan Misi Sekolah.

1.3 Bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.

1.4 Semua guru dikehendaki hadir lebih awal, sekurang-kurangnya 5 minit sebelum waktu permulaan sekolah. Guru

dikehendaki melakukan ”thumb print” sebaik sahaja tiba ke sekolah setiap hari persekolahan. Guru juga dikehendaki

melakukan ”thumb print ” sewaktu balik atau semasa meninggalkan kawasan sekolah bagi sesuatu urusan. Ia akan

disemak oleh Pihak Pengurusan sebaik sahaja loceng pertama dibunyikan.

1.5 Guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit atau sebagainya hendaklah memberitahu pihak

sekolah lebih awal dengan apa cara sekalipun atau sebelum bermulanya waktu pertama untuk tujuan menempatkan

Guru Ganti, bukan mendiamkan diri dan menyerahkan `Cuti Sakit’ pada hari berikutnya.

1.6 Guru yang datang lewat ke sekolah atau tidak datang langsung bolehlah dianggap sebagai telah mengabaikan

tugas dan tanggungjawab serta telah melanggar Etika Perkhidmatan Perguruan dan tindakan tatatertib boleh

diambil ke atasnya.

1.7 Guru-guru dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan profesion perguruan. (Rujuk Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil. 7/2001 - Garis Panduan Guru Ketika Bertugas Di Sekolah).

1.8 Semua guru dikehendaki memberi kerjasama menjayakan aktiviti-aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh sekolah.

1.9 Guru-guru mesti berada di sekolah sepanjang hari persekolahan. Guru-guru yang hendak keluar dari kawasan

sekolah perlu mendapat kebenaran Pengetua. Catatkan butiran dalam Buku Keluar-Masuk dan dapatkan Slip

Kebenaran Khas Pengetua sebelum meninggalkan kawasan sekolah. Guru-guru perlu menyerahkan Slip Kebenaran

tersebut kepada pihak pengawal keselamatan dan catatkan didalam buku keluar masuk pengawal keselamatan.

1.10 Merokok adalah dilarang di kawasan sekolah. Sila rujuk dan patuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 5/1997

1.11 Guru-guru tidak dibenarkan membuat sebarang hubungan dengan pihak luar secara lisan atau tulisan tanpa

mendapat kelulusan Pengetua terlebih dahulu. Urusan dengan pihak luar mestilah melalui Pengetua.

1.12 Guru-guru dilarang melayan atau membuat sebarang urusan dengan penjual / pembekal / kontraktor. Guru-

guru juga tidak dibenarkan meminta tajaan dari pihak penjual / pembekal / kontraktor tanpa kebenaran Pengetua.

1.13 Semua guru adalah Guru Disiplin dan perlu mengambil tindakan segera terhadap pelajar-pelajar yang didapati

melanggar peraturan di dalam dan di luar sekolah.

23 Guru bertugas mingguan hendaklah mencatatkan segala aktiviti atau peristiwa yang berlaku sepanjang minggu di dalam Buku Laporan Bertugas. 1.24 Semua guru diharapkan dapat mematuhi segala arahan / peraturan bagi mewujudkan suasana yang harmoni dan selesa. Penyelaras Tingkatan akan membuat semakan dari masa ke semasa. Buku tersebut hendaklah ditulis dan disimpan di pejabat sekolah setiap hari bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan sekolah.19 Guru mestilah mempunyai sikap proaktif. 1. Semua guru adalah diwajibkan hadir di tempat yang disediakan. Buku jadual kedatangan hendaklah sentiasa berada di pejabat pentadbiran sekolah. Adalah diharapkan semua guru dapat melahirkan budaya kerja cemerlang bagi meningkatkan prestasi diri. 1. Semua kunci bilik khas / kunci sekolah hendaklah dipulangkan ke pejabat. 1. daya kreativiti dan berinovasi secara menyeluruh dalam semua aspek. Keadaan ini membolehkan kelas berkenaan terus terkawal. 1.16 Semua guru dikehendaki mematuhi Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 bila melengkapkan Buku Persediaan Mengajar. hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada ibubapa/penjaga. sekolah.22 Perhimpunan pagi harian dan perhimpunan mingguan adalah upacara rasmi sekolah.25 Guru-guru perlu memastikan kebersihan kelas terlebih dahulu sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. 1.26 Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu. Guru-guru tidak dibenarkan mengarah pelajar-pelajar keluar untuk sesuatu tujuan yang bukan berkaitan dengan pelajaran pada waktu pengajaran dan pembelajaran . Sebelum bercuti atau berpindah sekolah. semua tugas dan tanggungjawab hendaklah disempurnakan.18 Semua aktiviti sekolah yang melibatkan pelajar keluar dari kawasan sekolah.27 Guru-guru yang mengajar dikehendaki hadir tepat pada waktunya dan kalau boleh lebih awal apabila pertukaran waktu berlaku. semua urusan yang berkaitan hendaklah diselesaikan terlebih dahulu. Telefon bimbit hendaklah “dimatikan” 1. kumpulan atau syarikat-syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 1.21 Guru kelas dikehendaki sentiasa mengemaskini segala butiran yang terdapat dalam buku jadual kedatangan pelajar. masyarakat dan negara. 1.17 Guru-guru tidak dibenarkan mengadakan apa-apa upacara atau majlis tanpa mendapat kebenaran daripada Pengetua terlebih dahulu. Verifikasi stok hendaklah dijalankan sepertimana yang dijadualkan.15 Guru-guru yang bertanggungjawab dalam pengurusan stok dan inventori hendaklah sentiasa mengemaskini stok di bawah jagaannya.1. 1.20 Semua guru kelas dikehendaki mengambil kehadiran/kedatangan pelajarnya pada setiap hari persekolahan sebelum waktu kedua. 1. Guru kelas hendaklah menghubungi ibu/bapa pelajar yang tidak hadir secepat mungkin. 1. 1.14 Pada akhir semester / cuti penggal.

mengganggu pelajar lain dan merosakkan harta benda sekolah. vi) Pakaian bengkel tidak dibenarkan kecuali semasa amali. membenci atau mendiskriminasi pelajar-pelajar adalah tidak diterima di sekolah ini dan bertentangan pula dengan Falsafah Pendidikan Negara.1. membuat bising. Sikap membiarkan sahaja atau tidak ambil tahu adalah dianggap sebagai mengabaikan tanggungjawab dan menjadi satu kesalahan tatatertib.29 Guru-guru hendaklah bersikap adil kepada semua pelajar pada setiap masa dan ketika.0 PAKAIAN GURU-GURU DI SEKOLAH – SPI Bil.32 Memenuhi segala kehendak Dasar Pendidikan Negara dan menggunakan sepenuhnya kemahiran dan pengalaman yang diperolehi semasa mengikuti latihan penguruan adalah menjadi tugas dan tanggungjawab setiap guru. pakaian yang terlampau mendedahkan bahagian tertentu. Ini bermakna setiap pengajaran hendaklah dirancang supaya dapat memenuhi aspirasi pelajar-pelajar dan bukan dibuat sambil lewa tanpa persediaan. 6/1985 Pakaian yang bersesuaian melambangkan budi bahasa yang baik. 1. Jangan tamatkan kelas lebih awal daripada sepatutnya atau membenarkan pelajar keluar sebelum loceng akhir dibunyikan. sekurang-kurangnya perkara yang berikut hendaklah diambil perhatian oleh semua guru di sekolah : i) Mini skirt. Sikap pilih kasih. makmal dan bengkel hendaklah mengarahkan pelajar-pelajar membersihkan kelas dan beratur sebelum membenarkan mereka bergerak balik. ii) Perhiasan muka atau make-up yang melampau adalah tidak sesuai. Buku Nota dan Buku Amali hendaklah dihantar ke pejabat secara bergilir-gilir mengikut jadual untuk semakan Pengetua. sekiranya tidak dapat dielakkan. Guru-guru bengkel hendaklah sentiasa berhati-hati mengawasi pelajar-pelajar yang sedang bekerja. Buku Latihan.28 Kelas mesti berada dalam suasana yang tenteram. 1. guru-guru yang berada dalam kelas. . minta kerjasama guru di kelas sebelah atau guru-guru lain. PERATURAN KHUSUS DAN HURAIAN 1.31 Apabila loceng waktu akhir dibunyikan. v) Guru lelaki dikehendaki memakai tali leher / ‘blazer’ pada waktu perhimpunan setiap minggu dan untuk upacara rasmi sekolah (digalakkan untuk setiap hari). 1. Pastikan semua pelajar memakai pakaian bengkel dan sentiasa mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa berada di bengkel dan makmal. 1. Bertindak dengan segera ke atas pelajar-pelajar yang tidak memberi perhatian penuh. seluar jeans yang ketat dan pakaian yang bahagian hadapan terbuka jauh ke bawah tidaklah diterima. Untuk meneruskan tradisi pakaian yang sopan dan memenuhi etika pakaian. iii) Baju-baju Hawai dan baju T yang beragam warna tidak sesuai iv) Guru perlu memakai tanda nama setiap hari.30 Jangan sekali-kali meninggalkan kelas. seluar pendek. baik dan terkawal sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula dan terus berkeadaan demikian sehingga tamat.33 Semua latihan dan gerak kerja bertulis yang diberi mestilah diperiksa dan diulas. 1. makmal atau bengkel tanpa diawasi.

3. 3. “Pernyataan Awam” termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada akhbar atau kepada orang ramai atau semasa memberi syarahan awam atau ucapan awam atau mana- mana penyiaran melalui bunyi atau penglihatan atau kedua-duanya. 2. kecuali dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu. program atau keputusan Kerajaan atau mengedar/menyebar apa-apa pernyataan sedemikian. seseorang pegawai tidak boleh membincang dengan terbuka kepada awam apa-apa langkah rasmi yang diambil oleh pegawainya dengan lisan atau bertulis. 1993 Seksyen 19 3. program atau keputusan Kerajaan atau yang boleh memalukan Kerajaan. 4.5 Melainkan kebenaran ketua Jabatan.2 tidaklah terpakai bagi apa-apa pernyataan awam yang dibuat atau yang diedarkan/sebarkan jika kandungan pernyataan itu telah diluluskan oleh Menteri. sama ada secara am atau khusus daripada Menteri yang bertanggungjawab bagi Kementerian atau jabatan di mana dia sedang berkhidmat. seorang pegawai tidak boleh. Satu salinan akan di simpan dalam fail peribadi guru berkenaan. 3.1 Seorang pegawai tidak boleh. dan dia juga boleh mengedar / menyebar apa-apa pernyataan. program atau keputusan Kerajaan di atas apa-apa isu.4 Bagi maksud peraturan ini.2 Guru yang tidak hadir perlu mengemukakan surat pemberitahuan ketidakhadiran kepada Pengetua.1 Semua guru dikehendaki hadir dalam semua acara / majlis rasmi sekolah dan juga kursus dalaman. 3. sama ada yang dibuat olehnya atau mana-mana orang lain. a) membuat apa-apa pernyataan awam yang boleh memudaratkan berhubungan dengan apa-apa dasar. 3. sama ada yang dibuat olehnya atau oleh mana-mana orang lain. atau c) memberikan apa-apa penjelasan berkenaan dengan apa-apa insiden atau laporan berhubung dengan jabatannya. samada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain .2 Selain daripada kebenaran Ketua Jabatan.0 ACARA / MAJLIS RASMI SEKOLAH / MESYUARAT / KURSUS DALAMAN 2. sama ada secara lisan atau bertulis atau dengan apa-apa cara lain. maklumat atau penjelasan. atau membuat apa-apa ulasan mengenai kebaikan atau kelemahan mana-mana dasar. 2.3 Peraturan 4.0 BUKU KEDATANGAN PELAJAR ( Attendance Registers ) . b) memberi apa-apa maklumat fakta berhubung dengan jabatannya . membuat apa-apa pernyataan awam yang memudharatkan mana-mana dasar.0 PERINTAH AM Bab D. vii) Semua guru dikehendaki memakai baju batik buatan Malaysia pada setiap hari Khamis.

Guru dilarang membawa buku balik ke rumah atau menyimpan di dalam bilik guru / bilik khas tanpa kebenaran Pengetua. pendaftaran pelajar c) nama penjaga.4 Buku ini hendaklah diserahkan kepada pejabat setiap hari sebelum pukul 10. ii) Hari acara dan aktiviti rasmi sekolah.1 Semua hari berikut dikira sebagai hari bertugas kepada guru-guru : i) Semua hari persekolahan termasuk persekolahan ganti kecuali dengan cuti yang sah. Butir-butir pelajar dan keterangan yang lain hendaklah dilengkapkan seperti: a) nama pelajar yang lengkap b) no.2 Guru kelas bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kesahihan maklumat di Buku Kedatangan. 4. 4.. a) Tarikh b) Bilangan pelajar dalam kelas c) Bilangan pelajar yang hadir 4. Ketua kelas atau pelajar dilarang menanda kehadiran pelajar dalam buku kehadiran pelajar. Sebarang kesilapan catatan dalam buku ini hendaklah dipotong dan ditandatangani oleh guru berkenaan. 5.1 Buku ini adalah satu dokumen rasmi yang penting dan haruslah bebas daripada sebarang kesalahan. iii) Bila diarahkan hadir oleh Pengetua termasuk dalam cuti penggal persekolahan dengan syarat jumlah hari yang diminta hadir itu tidak melebihi sepertiga daripada jumlah hari cuti persekolahan. Guru kelas hendaklah mencatatkan kenyataan berikut di tempat yang sesuai di papan putih kelas. bukannya pelajar.5 Bagi mengawal kedatangan pelajar.3 Kedatangan pelajar hendaklah diambil pada pagi setiap hari. pekerjaan.6 Segala maklumat dalam buku ini hendaklah lengkap dan ditutup pada setiap bulan oleh guru tingkatan dan guru juga perlu mengisi maklumat untuk bulan tersebut. telefon penjaga yang lengkap d) analisis dan statistik pada setiap bulan e) dan lain-lain yang diperlukan 4. Guru dilarang menggunakan pemadam (liquid paper) bagi membetulkan sebarang kesilapan.0 WAKTU BERTUGAS DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH 5.7 Menanda kedatangan dan mengisi butir-butir pelajar dalam buku ini adalah tanggungjawab guru tingkatan dan bukannya ketua kelas atau pun pelajar.4. alamat dan no. 4. 4. iv) Bila diminta hadir ke majlis-majlis tertentu oleh PPD / JPN / BPTV . Pelajar tidak dibenarkan mengambilnya bagi pihak guru.00 pagi.

6 Guru yang mengetahui ketidakhadiran ke sekolah lebih awal dikehendaki meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan. 6.0 KELUAR WAKTU BERTUGAS .4 Guru yang tidak hadir bekerja kerana sakit dan mendapat Sijil Sakit hendaklah dihabiskan cutinya di hospital atau di rumah. 6. kursus. kursus dan sebagainya oleh pihak yang diluluskan.3 Guru dikehendaki berada di sekolah 5 minit awal sebelum sesi persekolahan bermula. guru tidak patut berada di tempat-tempat lain kecuali di rumah.4 Guru hendaklah “thumb print” semasa sampai dan sewaktu pulang.5 Guru-guru yang akan menghadiri mesyuarat.8 Guru-guru tidak dibenarkan berurusan dengan individu-individu. 6.5 Guru yang tidak hadir ke sekolah hendaklah memberitahu Pengetua secepat mungkin dan sebaik-baiknya sebelum waktu pertama bermula supaya urusan untuk menggantikan tugas guru itu dapat disediakan supaya kegiatan sekolah tidak terganggu. 6. sekalipun mendapat Cuti Sakit hendaklah diberitahu seberapa segera pada hari itu juga dengan apa-apa cara yang sesuai. diminta memohon cuti dengan Borang Cuti yang disediakan. taklimat. 5. 6.1 Guru yang tidak dapat hadir untuk bekerja dikehendaki memberitahu Pengetua dalam kaedah berikut:- i) ketidakhadiran pada tarikh atau tarikh-tarikh diketahui terlebih dahulu.0 TIDAK HADIR BERTUGAS/BERKURSUS/MENJALANKAN TUGAS RASMI DI LUAR 6.6 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali kes-kes kecemasan. 6. Oleh itu.2 Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan. Pengecualian boleh dibenarkan atas sebab- sebab tergempar sahaja di mana Borang Cuti boleh diuruskan kemudian pada hari pertama bertugas semula. 5.8 Guru-guru yang memohon Cuti Rehat Khas perlu mengemukakan borang permohonan sekurang-kurangnya lima hari sebelum bercuti untuk mendapatkan kelulusan. mengawas peperiksaan dan tugas rasmi di luar sekolah pada waktu persekolahan dikehendaki mengisi borang tugasan luar sekolah dan menyerahkannya kepada GPK 1. samada sebab-sebab persendirian atau pihak yang diluluskan. 5. 5. Cuti Rehat Khas bukanlah mutlak tetapi keistimewaan. 6.7 Guru yang diberi cuti sakit kerana mendapat rawatan doktor perlu berehat.7 Guru-guru tidak dibenarkan menjalankan sebarang urusan perniagaan sewaktu persekolahan. 5. hendaklah dimaklumkan dengan segera sebelum hari yang terlibat itu.5. melainkan jika ditetapkan oleh Pegawai Perubatan sebaliknya (Perintah Am Bab C).2 Guru yang tidak hadir bekerja bukan disebabkan Cuti Sakit atau diarahkan menghadiri sesuatu mesyuarat. 5. 7.3 Permohonan cuti hendaklah disempurnakan sebelum cuti diambil. kumpulan atau syarikat-syarikat tertentu tanpa kebenaran daripada Pengetua. ii) ketidakhadiran cara tergempar. 6. Surat doktor hendaklah diserahkan ke pejabat dengan segera.

Ketua Bidang / Ketua Panitia akan menyemak dan mengesahkan soalan yang disediakan sebelum soalan-soalan diperbanyakkan.2 Seseorang guru yang hendak meninggalkan kawasan sekolah dalam waktu persekolahan samada untuk sesuatu tempoh tertentu atau tidak akan kembali lagi ke sekolah pada hari berkenaan hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua sebelum berbuat demikian. Analisa apa yang telah diajar untuk menilai keberkesanan pengajaran guru.4 Guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan soalan ujian yang bermutu berdasarkan JPU dan memeriksa kertas jawapan pelajar bagi kelas yang diajar. Penolong Kanan Akademik dan Unit Peperiksaan.6 Setiap kertas soalan ujian / peperiksaan hendaklah disemak dan ditandatangan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia. .5 Guru mata pelajaran hendaklah berhati-hati apabila menyediakan soalan-soalan ujian supaya soalan itu benar- benar menguji kebolehan pelajar.3 Guru hendaklah membantu dan mengatasi kelemahan pelajar dalam mata pelajarannya dan sebarang usaha hendaklah diikhtiarkan bagi mengatasi kelemahan itu. 8.3 Seseorang guru yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan samada atas urusan persendirian mahupun rasmi. 8. JPN / PPD dan meminta kebenaran terlebih dahulu daripada Pengetua. 8.7.8 Setiap keputusan ujian hendaklah diserahkan satu salinan kepda Pengetua.5 Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu persekolahan kecuali dalam keadaan kecemasan.1 Sila lihat jadual ujian / peperiksaan sebagai panduan. 8.4 Sebelum meninggalkan sekolah. 7.0 UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN 8. 7. 8. Panitia-panitia mata pelajaran akan menentukan penyediaan soalan. 8. Kelas tambahan khas perlu diadakan. Ujian setara perlu diberi pada tarikh yang ditetapkan dalam Takwim Sekolah. Kebenaran untuk maksud atau tujuan seperti itu hanya akan diberi atas sebab-sebab yang amat mustahak dan tidak dapat dielakkan sahaja. 7.1 Guru tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah dalam waktu persekolahan kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan daripada Kementerian Pendidikan. 7.2 Tujuan ujian diadakan adalah untuk mengetahui pencapaian pelajar dalam mata pelajarannya dan keputusan ujian ini haruslah menjadi panduan kepada guru untuk mengatur pelajaran selanjutnya kepada kelas / pelajar masing-masing. guru dikehendaki meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan. 8. setelah menerima kebenaran dan diluluskan oleh Pengetua dikehendaki menyempurnakan butir-butir di dalam BUKU KELUAR DALAM WAKTU BEKERJA dan menyerahkan slip tersebut kepada pengawal keselamatan bertugas sebelum meninggalkan sekolah.7 Keputusan ujian hendaklah dicatat dalam ruang tertentu di dalam buku rekod mengajar. 8.

4 Guru hendaklah membaca Pekeliling KP. 10. guru hendaklah bertanya kepada Guru Penyelia Peperiksaan / Setiausaha Peperiksaan.10 Guru perlulah mahir dengan peraturan Peperiksaan SPM terutama perkara-perkara bersabit dengan syarat pemberian sijil supaya pengetahuan ini dapat disampaikan kepada pelajar. 256 di muka hadapan Buku Rekod Mengajar yang diberi keterangan dan panduan mengenai tujuan buku tersebut. 8.3 Buku Rekod Mengajar adalah hak milik sekolah dan hendaklah diserahkan ke pejabat pada akhir tahun persekolahan atau apabila guru berkenaan berhenti bertugas di sekolah ini. 9. 8.4 Rancangan kerja hendaklah dibahagikan dalam 2 penggal dan disediakan secara mingguan untuk sepanjang tempoh sesi persekolahan.5 Sukatan pelajaran perlu disertakan dalam Buku Rekod Mengajar. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti.0 BUKU REKOD DAN CATATAN PERSEDIAAN MENGAJAR 10.0 SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN 9. 9.6 Rancangan kerja bagi setiap mata pelajaran yang diajar hendaklah ditunjukkan di ruang tertentu dalam Buku Rekod Mengajar. 9. sukatan pelajaran dan sebagainya bagi mencapai matlamat pengajaran yang maksimum. 9.3 Guru hendaklah mahir dengan syarat terkini mengenai peraturan peperiksaan. 10. 10.11 Pelajar yang tidak hadir untuk ujian / peperiksaan tanpa sebab yang dibenarkan oleh pentadbir sekolah.2 Setiap guru bertanggungjawab terhadap keselamatan buku rekod mengajar. Jika ada keraguan. 9. 9.1 Setiap guru di sekolah mestilah mempunyai sukatan pelajaran yang sah yang dikeluarkan oleh Pendaftar (atau sebarang pegawai yang diwakili oleh Pengarah Pendidikan Negeri) bagi mata pelajaran yang mana yang beliau bertanggungjawab. 10. kemas dan lengkap.8.1 Setiap guru di sekolah diwajibkan mempunyai Buku Rancangan Kerja Harian (Buku Rekod Mengajar) yang selaras dengan kehendak Kementerian Pelajaran dan buku ini dijaga dengan baik serta diserahkan kepada Pengetua setiap minggu untuk pemeriksaan dan ditandatangani oleh Pengetua atau wakilnya pada hari Jumaat.9 Guru mata pelajaran hendaklah membuat post-mortem setiap ujian/peperiksaan untuk mengetahui kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dan guru. Guru-guru yang mempunyai sebarang keraguan hendaklah mendapat nasihat daripada Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing.2 Sukatan pelajaran yang sah hendaklah diikuti dengan serapi-rapinya oleh semua guru. ditanda TH dan diberi markah 0. 9.7 Guru Kanan Mata Pelajaran dengan kerjasama guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan akan menyusun rancangan pelajaran ini bagi semua tingkatan/kursus. .

5 Guru diingatkan supaya membuat persediaan mengajar dengan lancar supaya pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan berkesan. Guru dikehendaki mencatat kehadiran di dalam Buku Kehadiran Kokurikulum apabila menghadiri GKK.8 Buku Rekod Mengajar hendaklah selalu dijaga dengan baik dan bersih.0 TATATERTIB 12. Perkara ini memerlukan kebijaksanaan dan inisiatif guru-guru berkaitan ( berhasrat untuk mewujudkan ‘ School With Character’ ). . 10. Perkara-perkara yang tidak diingini berlaku kepada pelajar semasa GKK apabila ketidakhadiran guru merupakan kes yang berat.6 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke bilik Pengetua pada setiap hari Jumaat sebelum pukul 12.6 Guru yang terlibat hendaklah hadir semasa GKK.1 Menjaga dan mengekalkan tatatertib yang tinggi di kalangan pelajar semasa di dalam atau di luar kelas adalah tanggungjawab semua guru. taat setia kepada sekolah dan negara serta galakan dalam bidang pengajian tertentu seperti mengadakan ceramah.10. 10.2 Sila rujuk tugas-tugas guru dalam Buku Panduan dan Tugas Guru 2007 dalam Gerak Kerja Kokurikulum.11 Setiap akhir tahun persekolahan Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat sekolah. bahas. Semua kertas kenyataan lain hendaklah dikepilkan dengan kemas atau disimpan berasingan. Elakkan daripada menulis rancangan kerja yang terlalu ringkas dan sukar difahami. 10. 10.1 Kokurikulum sekolah adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah.20 tengah hari. 11.10 Guru yang bercuti. 11. 12.9 Rancangan dan huraian kerja hendaklah ditulis selengkapnya supaya jelas pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar. 10. 11. 11.5 Semua aktiviti yang dijalankan pada setiap perjumpaan hendaklah direkodkan dan dihantar kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum untuk semakan. 11. 11.4 Kokurikulum Gerak Kerja Luar ini memberi bimbingan dan latihan kepada pelajar-pelajar dalam bidang kepimpinan. 10.7 Perkara-perkara dalam rancangan kerja mingguan yang tidak dapat disempurnakan dalam minggu tersebut hendaklah dicatat dalam ruang harian.3 Guru hendaklah bersama-sama mengatur silibus/ rancangan bagi persatuan / kelab permainan masing-masing dan rancangan ini hendaklah melibatkan semua pelajar. Ianya wajib bagi semua guru dan pelajar. lawatan. buku rekodnya hendaklah diserahkan kepada Guru Penolong Kanan untuk urusan guru pengganti. Rancangan kerja hari Isnin minggu berikutnya hendaklah ditulis pada hari Jumaat minggu sebelumnya. membuat projek tertentu dan sebagainya. tatatertib memegang tanggungjawab.0 GERAK KERJA LUAR / KOKURIKULUM 11.

2 Guru hendaklah mengawasi pelajar semasa : 13.6 Faktor keselamatan mesti diutamakan oleh setiap guru sepanjang berada di sekolah.1 Guru Kanan Mata Pelajaran bagi mata pelajaran Sains dan PJK serta Ketua Bengkel dengan kerjasama guru- guru lain yang mengajar mata pelajaran berkenaan hendaklah mempamerkan di bilik / tempat yang sesuai tentang langkah-langkah keselamatan yang mesti dipatuhi oleh semua pelajar.2 Semua guru dikehendaki menyerahkan satu salinan Jadual Waktu kepada Penolong Kanan Akademik untuk fail sekolah dan rujukan. 13.12. 15. 12. Kelewatan hadir ke kelas lebih dari 5 minit boleh dibenarkan untuk maksud perjalanan sekiranya sebelum ini seseorang guru terlibat dengan pengajaran di kelas lain. makmal dan seumpamanya.0 KEHADIRAN KE KELAS 14.2 Guru janganlah takut memberi teguran.2.0 LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN 13.2.0 JADUAL WAKTU DAN PENGAJARAN DI KELAS 15.3 Menjalankan kerja-kerja amali / pratikal 13.1 Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan Jadual Waktu untuk dipamerkan dalam kelas.1 Mengambil peralatan sukan dan permainan 13. 13.2. 13. .4 Kerja-kerja lain yang mana pengawasan rapi diperlukan 13.1 Guru dikehendaki mematuhi Jadual Waktu Pengajaran yang ditetapkan dan hadir ke kelas serta mengajar tanpa berlengah-lengah. 14.5 Peraturan dan langkah-langkah keselamatan hendaklan dipamerkan di pintu masuk bengkel.4 Guru dikehendaki menggunakan waktu sepenuhnya sewaktu di dalam bilik darjah untuk menyampaikan pengajaran dan mengendalikan gerak kerja pengajaran dan pembelajaran. Setiap guru hendaklah melibatkan diri bersama-sama pelajar sehingga ke akhir waktu pelajarannya. 14. 14.3 Guru hendaklah melaporkan kepada Penolong Kanan HEM.2.2 Melatih sukan dan permainan di padang 13. 15. pelajar-pelajar yang kerap kali tidak mengikut arahan.3 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas untuk sesuatu tempoh tertentu dalam masa pengajarannya walaupun pelajar-pelajarnya telah diarahkan membuat kerja bagi mata pelajarannya.2 Guru tidak dibenarkan meninggalkan kelas lebih awal sebelum loceng berbunyi. nasihat atau mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pelajar yang melanggar peraturan sekolah. tidak membuat kerja yang diberikan dan cuai dalam pelajarannya. 14.2.2.

16. 16. Guru Sains atau Guru Bengkel yang mengajar di makmal atau bengkel janganlah meninggalkan makmal atau bengkel ketika pelajaran atau kelas sedang dijalankan. 16. 15. Waktu pelajar menjalankan urusan kerja bertulis guru seharusnya berjalan di sekeliling kelas atau mengawasi dan memberi bantuan secara individu kepada pelajar-pelajar yang lemah yang memerlukan bantuan rapi. buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan Akademik. kemaskini dan dijaga dengan baik.6 Buku Persediaan Mengajar yang telah lengkap dengan Rancangan Pengajaran Tahunan hendaklah dihantar buat pertama kalinya pada MINGGU PERTAMA BULAN JANUARI atau mengikut arahan dari pihak pentadbir.10 Maklumat markah pelajar hendaklah diisi dengan lengkap.15. . 16.3 Berdasarkan Akta Pendidikan 1996.1 Ia adalah DOKUMEN RASMI dan hendaklah sentiasa lengkap.4 Memulakan pengajaran mengikut masa seperti di dalam Jadual Waktu. 15. 16.7 Jika seseorang guru bercuti/kursus. 15. 16.7 Semasa berada di kelas fokus adalah kepada aktiviti P & P. guru-guru yang tidak menulis Buku Rekod Mengajar boleh didenda hingga RM5000.0 TUGAS GURU DALAM KELAS 17.0 BUKU REKOD MENGAJAR 16. 15.00. Rancangan Pelajaran harian serta butir-butir pengajaran untuk hari pertama minggu berikutnya hendaklah disempurnakan sebelum penyerahan itu.9 Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan sempurna adalah mengikut peruntukan masa yang ditetapkan. 16. 16. 16.3 Guru tidak dibenarkan mengubah Jadual Waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.1 Elakkan diri daripada duduk ketika mengajar.6 Bahan-bahan atau alatan bantuan mengajar (ABM) hendaklah sentiasa digunakan semasa pengajaran.8 Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan. 16. 15. 17.8 Pengajaran di dalam kelas hendaklah berfokus dan mengaplikasikan kemahiran KBKK dengan berkesan.9 Semua maklumat hendaklah lengkap berdasarkan Pekeliling Ikhtisas Bil 3/99.5 Pengajaran hendaklah berdasarkan persediaan yang ditulis. 15.2 Catatan di dalamnya hendaklah dibuat lebih awal dari waktu pengajaran.5 Buku Persediaan Mengajar hendaklah diserahkan kepada Pengetua pada setiap hari Jumaat atau hari sebelum sekiranya hari Jumaat diisytiharkan sebagai hari kelepasan am pada waktu akhir persekolahan sebelum balik.4 Setiap guru hendaklah menyempurnakan Buku Persediaan Mengajar dan buku tersebut hendaklah ada bersama guru semasa mengajar.

0 GURU BERTUGAS HARIAN / MINGGUAN (Sila rujuk jadual tugas guru harian /mingguan) . Dengan itu ia perlu untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan dan perlu dirancang serta disampaikan dengan bersistematik. Gunakanlah kaedah lain seperti peta minda @ nota ringkas yang lebih berkesan.2 Guru Masa Ganti ( Relief Period ) hendaklah memulakan pengajaran sebaik-baik sahaja berada di dalam kelas.5 Pemeriksaan . Kertas Jawapan Peperiksaan / Ujian jangandilakukan di dalam kelas kecuali bertujuan untuk memberi pertolongan kepada pelajar-pelajar. Jangan lepaskan pelajar sebelum loceng berbunyi. Buku Nota.Merupakan tanggungjawab guru untuk memeriksa semua kerja bertulis dan tugasan yang diberi kepada pelajar-pelajar. Komik dan majalah hiburan yang lain serta sebarang permainan seperti catur dan sebagainya dilarang. 17. Agama Islam dan Sains.7 Membaca Buku Teks – Membaca buku-buku teks bukanlah satu proses pengajaran yang baik. 17. 18. 17. guru itu hendaklah melaporkan diri di kelas yang dijadualkan dan menyampaikan pengajaran dan bukan waktu bebas. 17. 17. Kertas jawapan peperiksaan SPM tidak dibenarkan diperiksa dalam waktu masa sekolah. Sejarah. Mengulangkaji adalah satu aspek penting untuk menyediakan diri pelajar bagi menghadapi peperiksaan.17. sekurang-kurangnya sekali seminggu. Minta pelawat pergi ke pejabat dan berurusan di pejabat sekolah. Guru juga hendaklah menandatangani semua ringkasan atau nota yang diberi kepada pelajar-pelajar. Bahasa Inggeris.3 Memeriksa Buku Latihan. Pemberian nota hendaklah dikekalkan pada peringkat minima sahaja. 17. Kerja bertulis yang secukupnya patut diberi dalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu.6 Mengulangkaji – Aktiviti ulangkaji pelajaran sebelum bermulanya sesuatu peperiksaan hendaklah dirancang dengan rapi dan dicatat dalam Buku Rekod Mengajar.10 Denda – Guru-guru dilarang mengenakan sebarang denda berat ( Corporal Punishment ) ke atas pelajar- pelajar. 17.4 Kerja Bertulis – Guru hendaklah selalu memberi kerja-kerja bertulis kepada pelajar-pelajar. Teknologi. Guru jangan membiasakan pelajar membaca daripada buku teks ketika mengajar kecuali mata pelajaran bacaan. 17. Pelawat-pelawat dilarang masuk ke kelas kecuali pelawat yang hadir bersama Pengetua atau Penolong Kanan. Apabila seseorang guru dijadualkan mengambil alih guru yang tidak hadir ke sekolah atau sesuatu sebab lain.9 Kelas Bersurai – Guru yang mengajar pada waktu akhir bertanggungjawab untuk menyuraikan pelajar-pelajar dengan teratur dan tertib tepat pada waktunya. Pemeriksaan buku-buku itu hendaklah dilakukan di dalam bilik guru / ketika waktu tiada kelas. Guru tidak digalakkan untuk membenarkan pelajar mengadakan ‘self study’ dalam kelas.8 Langkah Keselamatan – Kemasukan orang luar ke kawasan sekolah patutlah diawasi dengan rapi oleh semua guru. Seseorang pelajar yang memerlukan tindakan tatatertib hendaklah dibawa ke pengetahuan Pengetua / Guru Disiplin. Soalan-soalan yang memerlukan jawapan yang lebih panjang patut diberi bagi mata pelajaran ini.

20.4 Sila padamkan telefon bimbit. 18.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan akan diadakan pada setiap hari Isnin bermula jam 7. 19.18.1 Penjawat Awam dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab D seperti berikut: 20.1.2. Kehadiran guru akan diambil.4.1 Perhimpunan Rasmi Mingguan 19. 19. 18.2 Tidak menjejaskan tugas sebagai penjawat awam 20.1 Memastikan peraturan sekolah dipatuhi 18.2 Pelajar-pelajar mematuhi peraturan di kantin 18.1 Setiap hari sekolah ada sekumpulan guru yang bertugas.4 Membantu guru disiplin untuk memastikan wujudnya disiplin yang baik di kalangan pelajar.1.4.1 Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat 20.2 Berhubung dengan menjalankan tuisyen di rumah. 18.0 PERHIMPUNAN RASMI DAN HARIAN 19.20 pagi. 19.1.1.2. 18.3 Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan 20. 18.1.1.3 Memastikan pelajar berada pada tapak perhimpunan tepat pada masanya.0 MELAKUKAN KERJA LUAR 20.7 Berada di tempat perhimpunan pelajar bagi mengawasi dan memantau pelajar agar tidak membuat bisang semasa perhimpuan berjalan. Senarai guru bertugas terdapat dalam buku panduan dan tugas guru.2 Semua guru diwajibkan hadir dan berada di atas pentas kecuali beberapa orang guru disiplin dan guru bertugas mingguan untuk mengawal pelajar.5 Sila beri tumpuan sepenuhnya semasa perhimpunan dan jangan berbual-bual.2.3 Pelajar-pelajar tiba di sekolah pada waktunya 18.2 Ketua guru bertugas hendaklah mengadakan perbincangan bagi menentukan tugas ahli kumpulannya. guru-guru diingatkan bahawa tindakan tersebut adalah melanggar Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) subseksyen 79 (1) dan subseksyen 132 (g) di mana boleh didenda .4.1. 19.2 Dibenarkan dengan syarat : 20. Ketua kumpulan dikehendaki mencatat nama guru bertugas di papan putih di hadapan pejabat Penolong Kanan HEM.1.6 Melakukan “Spot Check” sekurang-kurangnya dua kelas setiap minggu.4 Tiada pelajar yang merayau tanpa tujuan 18.1 Memohon kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatan 20. 18.1.3 Semua guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlenggan panjang ( pemakaian kot/blazer adalah digalakkan ) 19.1.5 Mengurus masalah pelajar yang sakit dan merekodkannya ke dalam buku Laporan Bertugas.4.

22. Jika sebab yang diberi oleh pelajar itu menimbulkan keraguan. Pelajar-pelajar yang ponteng sekolah hendaklah dilaporkan kepada Penolong Kanan HEM / Guru Disiplin.1 Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.7 Guru mata pelajaran yang masuk ke kelas boleh menghantar pelajar yang sakit ke hospital / balik ke rumah jika perlu. .000 (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Ribu) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.2 Semua guru dan staf dikehendaki bersama-sama menyokong dan memberi kerjasama yang padu kepada semua aktiviti kelab.2 Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus. 23.0 KUNCI 24. 22. 22. 22. 21. PJ dan Perpustakaan.0 KES PONTENG SEKOLAH 22. Bagi pelajar perempuan. Sains.1 Semua kunci mesti disimpan di pejabat.0 ARAHAN DAN PEKELILING 23.5 Apabila pelajar-pelajar mengikuti mata pelajaran Amali. Lukisan. 24. 21.3 Pelajar-pelajar yang tidak hadir ke sekolah tanpa surat doktor / surat daripada penjaga hendaklah dimaklumkan kepada penjaga.4 Jika pelajar-pelajar tidak hadir ke sekolah satu atau dua hari.2 Semua guru hendaklah memberikan kerjasama kepada guru tingkatan dalam menangani perkara di atas.6 Setiap guru mata pelajaran yang masuk ke kelas hendaklah menentukan yang tiada seorang pelajar pun yang meninggalkan kelas. seorang teman harus ikut bersama. 23. 22.1 Guru Tingkatan dan Guru Mata Pelajaran hendaklah menentukan semua pelajar (kecuali yang sakit dan yang mendapat kebenaran khas) berada dalam kelas pada waktu belajar.0 KEAHLIAN KELAB GURU DAN STAF 21. 22. laporkan perkara ini guru disiplin untuk direkodkan. Guru yang mengambil kunci hendaklah merekodkannya ke dalam Buku Rekod Pergerakan Kunci di pejabat. guru berkenaan hendaklah memastikan pelajar-pelajar berjalan dengan tertib semasa menuju ke tempat itu. Pelajar yang meninggalkan kelas / masuk lewat hendaklah dilaporkan kepada Guru Disiplin.tidak melebehi RM 50. guru hendaklah menyimpannya di dalam fail khas. guru tingkatan hendaklah mengambil tahu sebab tidak hadir ke sekolah. 22. Pengetua / PK HEM harus diberitahu tentang pelajar yang dihantar balik.1 Semua guru dan staf secara automatik menjadi ahli Kelab Guru dan Staf.

26. Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk urusan peribadi kecuali jika diarahkan berbuat demikian.0 BUKU STOK / INVENTORI 26. 27.0 TUGAS GURU 28.0 URUSAN DENGAN BPTV / JPN / PPD 27.2 Guru Kanan Mata Pelajaran.0 JADUAL WAKTU MENGAJAR 29. .3 Guru yang mewakili sekolah dalam mana-mana mesyuarat atau taklimat di luar. apabila balik ke sekolah. Ketua Pembantu Tadbir dan Juruteknik akan menyemak buku stok/inventori ini dari masa ke semasa dan dihantar ke pejabat pada hujung tahun untuk disahkan oleh Pengetua. Tugas tersebut hendaklah dilaksanakan dengan dedikasi dan bertanggunjawab.0 TELEFON 25. hendaklah menyediakan bahan tugasan bertulis untuk pelajar dan memaklumkannya kepada Guru Kanan Mata Pelajaran masing-masing. kokurikulum.1 Guru dan staf sokongan tidak digalakkan pergi ke Kementerian.1 Ketua Panitia. di BPTV. 28. 29.1 Tugas guru diberikan dalam bidang kurikulum. 28. JPN. Ketua Bengkel dan Ketua Unit bertanggungjawab menguruskan buku stok/inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat.24.2 Guru-guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik khas mesti mendapat kebenaran daripada Pengetua dan mendaftarkan nama di dalam buku khas di pejabat sekolah. 25. 28. 26.5 Guru yang melaksanakan tugas rasmi di luar. (setiap pembelian dan keluar masuk barang hendaklah direkodkan dengan serta merta). Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan Pengetua. Guru atau staf sekolah tidak dibenarkan menggunakan telefon sekolah untuk urusan peribadi. 25. PPD atau sekolah lain hendaklah dipatuhi.1 Guru hendaklah mematuhi jadual waktu yang disediakan.1 Penggunaan telefon sekolah hanyalah untuk urusan rasmi sahaja.2 Sekiranya guru dikehendaki menghadiri mesyuarat. HEM dan juga pentadbiran.2 Guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa P&P di dalam bililik darjah dan semasa Mesyuarat.4 Guru yang mewakili sekolah ke sesuatu kursus. lengkap dan sentiasa dikemaskini. 28. hendaklah menjalankan ”In House Training ” kepada guru dan memaklumkan kepada Pengetua / GPK tarikh dan masa pelaksanaannya. seminar atau seupamanya. 28. minit curai hendaklah dikemukakan kepada Pengetua dengan menggunakan borang khas yang boleh diperolehi di pejabat sekolah.

31. Sebarang aktiviti berunsur perniagaan peribadi tidak dibenarkan dijalankan di bilik guru.3 Semua guru.0 BILIK GURU 31. guru berkelayakan mendapatkan cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Masa tersebut sepatutnya digunakan untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran atau berkaitan dengan tugasan sekolah sahaja. 29. 30. 32.1 CUTI REHAT KHAS (CRK) . 31.5 Guru yang terakhir meninggalkan bilik guru hendaklah memastikan semua komputer. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan untuk kelas masing-masing.1 Semua guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. 30. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi satu pertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas- tugas selain daripada tugas mengajar biasa.2 Guru tidak dibenarkan mengubahkan jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.0 KEBERSIHAN 30.2 Guru Kanan Mata Pelajaran / Ketua Panitia dan mana-mana guru yang mempunyai bilik khas / tempat khas (bengkel.SJ/a (30) bertarikh 24 Disember 1993. 30.1 Guru hendaklah berada di bilik guru / bilik guru bengkel semasa tidak mengajar di kelas. 31. makmal sains dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan keceriaan bilik masing-masing. bilik kaunseling. Alat-alat membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan cermat dan disimpan dengan baik.4 Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru termasuk keselamatan harta benda yang terdapat di dalam bilik guru. staf sokongan dan pelajar bersama-sama bertanggungjawab terhadap kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah. Masa tersebut hendaklah dianggap ’non-teaching period’ dan bukannya ’ free period ’.29.2 Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggungjawab memastikan suasana yang harmoni dan tidak mengganggu ketenteraman guru lain.3 Guru Tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan di dalam kelas masing- masing.0 CUTI Mengikut Surat Pekeliling Kementerian KP (PP) 0046. lampu dan ‘air-cond’ telah ditutup. 31. 31.3 Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. 32.

1 Cuti Sambilan tidak lebih daripada tujuh (7) hari yang diberi kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di perenggan 8.2.Blogspot. 32.1 Cuti tanpa rekod yang dibenarkan adalah cuti ganti kerana bekerja lebih masa.1 Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta melebihi dua hari berturut-turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan. mesyuarat persatuan ikhtisas.4 CUTI KHAS ISTERI BERSALIN 32. latihan syarikat kerjasama.1 Diberikan kepada pegawai yang kematian ahli keluarga terdekat selama tiga hari sebagai cuti tanpa rekod.2 Cuti Rehat Khas yang tidak dapat dihabiskan tidak boleh dibawa ke tahun berikutnya tetapi dibenarkan untuk dikumpul bagi tujuan Pemberian Wang Tunai Gantian Rehat bagi pegawai yang layak. 32.6. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat sekolah selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti 32.5 Bilangan hari CRK yang layak diambil adalah berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan dalam tahun berkenaan (Rujuk Perintah Am 1 (Bab C ) 32. Kelulusannya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.1. ibu dan bapa kandung. Pengiraannya termasuk semua hari rehat dan kelepasan am. Ahli keluarga yang diambil kira ialah: suami atau isteri.1.3 Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus akan dilaporkan ke JPN dan Kementerian Pelajaran 32.5. .4.2. 32.skkemumin.1.1 Semua guru yang bercuti keluar negara mestilah mendapat kelulusan.32. 32.1 Diberikan selama tujuh (7) hari sebagai cuti tanpa rekod kepada anggota perkhidmatan awam lelaki. 32.2 CUTI SAKIT 32.2 Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari dalam setahun. cuti latihan pasukan sukarela. menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan/persatuan. dan 32.3. mengambil bahagian dalam sukan atau tugas khas perubatan.5 CUTI TANPA REKOD 32. Pengiraan cuti termasuk hari rehat dan kelepasan am.See more at: http://www. 32.2. anak-anak.6 CUTI URUSAN KEMATIAN KELUARGA TERDEKAT 32.1.4 Kelulusan diberikan oleh Pengetua dengan syarat tidak menjejaskan keberkesanan pengurusan pengajaran dan pembelajaran.3 CUTI KELUAR NEGARA 32.com . Kemudahan ini dihadkan kepada lima (5) kali dan tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan 32.1. menduduki peperiksaan .3 Cuti ini layak kepada semua guru termasuk Guru Sandaran Terlatih dan Guru Kontrak. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 1977 diganti dengan Cuti Rehat Khas sebanyak tujuh (7) hari dalam satu tahun kalender.