You are on page 1of 10

SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

Tema 5: Penerokaan Bumi dan Angkasa Lepas

Tema ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang Bumi dari segi struktur dan rupa
bentuknya serta bagaimana geobencana boleh berlaku. Fokus juga diberikan kepada
bagaimana kemajuan sains dan teknologi dapat mengurangkan impak ke atas manusia dan
alam sekitar.
Di samping itu, tema ini juga memberi kefahaman mengenai pembentukan bahan api fosil dan
kegunaannya serta bahan tenaga alternatif.

Bidang pembelajaran: 9. Bumi


9.1 Sistem dan struktur Bumi
9.2 Bahan Bumi
9.3 Proses Utama Bumi
9.4 Fenomena geobencana
9.5 Usia Bumi
9.6 Sumber Bumi & Geologi Gunaan

1
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

STANDARD PRESTASI

Tahap Penguasaan Tafsiran


Mengingat kembali pengetahuan dan kemahiran sains mengenai
1
struktur bumi/geobencana/sumber Bumi.

Contoh soalan

1. Dalam rajah di bawah, label dan jelaskan fungsi setiap lapisan bumi.

2. Kebanyakan gempa bumi disebabkan oleh

A. tanah runtuh.
B. angin yang sangat kuat.
C. kesan ombak ke atas pantai.
D. pergerakan dalam kerak bumi.

2
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

3. Gempa bumi biasanya boleh dikesan dengan

A. mengukur perubahan kelajuan angin.


B. mengukur getaran di dalam bumi.
C. mengawasi perubahan jumlah hujan.
D. mengesan perubahan suhu atmosfera.

4. Lapisan batuan paling luar bumi dipanggil

A. mantel.
B. atmosfera.
C. kerak.
D. teras.

5. Lapisan bumi yang manakah hampir keseluruhannya terdiri daripada logam lebur
(cecair)?
A. Teras dalam
B. Teras luar
C. Kerak
D. Mantel

6. Kasim menjumpai sejenis batu yang mempunyai fosil di dalamnya . Apakah jenis
batu ini?

A. Batu igneus
B. Batu sedimen
C. Batu metamorfik
D. Batu kapur

3
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

7. Apakah proses eksogen yang ditunjukkan dalam rajah di atas;

A. luluhawa
B. hakisan
C. susutan Jisim
D. pengenapan

8. Apakah proses endogen yang ditunjukkan dalam rajah di atas;

A. pengenapan
B. aktiviti magma
C. proses olakan mantel
D. proses pergerakan kerak bumi (tektonik keping).

4
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

STANDARD PRESTASI

Tahap Penguasaan Tafsiran


Memahami struktur bumi/geobencana/sumber Bumi serta dapat
2 menjelaskan kefahaman tersebut.

Soalan 1

Ozon terbentuk di lapisan stratosfera dan melindungi bumi dengan menapis 99%
daripada sinaran ultra ungu daripada pancaran matahari. Sinaran ultra ungu boleh
menyebabkan kanser kulit dan membunuh plankton di lautan. Lapisan ozon boleh
menjadi nipis disebabkan oleh aktiviti manusia.

Apakah contoh bahan-bahan yang digunakan oleh manusia yang menyebabkan


fenomena penipisan lapisan ozon.

Punca utama penipisan lapisan ozon ialah gas klorofluorokarbon atau cfc di
samping pencemar-pencemar lain seperti gas-gas oksida nitrogen. CFC digunakan
dalam komputer, sistem pemadam api, penyembur aerosol, bahan penyejuk

Soalan 2

angler fish

Terangkan bagaimana ikan ini membuat adaptasi di kawasan zon gelap di dasar laut

Di zon gelap yang sejuk dan bertekanan tinggi, nekton mengubahsuai dirinya dengan
pengeluaran cahaya oleh pigmen badan dan penggunaan tentekal untuk pergerakan.
Pemangsa bermulut besar dengan gigi panjang, halus dan tajam, manakala mangsa
mempunyai badan berduri dan mengeluarkan atau memadamkan cahaya badan untuk
mengelakkan daripada pemangsa.

5
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS


Tahap Penguasaan Tafsiran

Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains


3 mengenai struktur bumi/geobencana/sumber Bumi untuk
melaksanakan tugasan mudah.

Soalan 1

teres bukit

Hakisan tanah boleh berlaku d ikawasan cerun seterusnya boleh menyebabkan tanah
runtuh, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi mengatasi masalah tanah runtuh di
kawasan cerun bukit. Rajah di atas menunjukkan teres dibina pada bukit bagi
menghalang tanah runtuh. Selain daripada menggunakan kaedah tersebut, berikan
kaedah yang boleh diaplikasikan bagi menghalang hakisan tanah pada permukaan
cerun bukit.

kaedah untuk mengatasi runtuhan tanah di cerun bukit akibat hakisan air hujan

-simen cerun

-letak batu

-longkang air

-tanam rumput atau pokok dan sebagainya

6
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS


Tahap Penguasaan Tafsiran
Menganalisis pengetahuan mengenai struktur
4 bumi/geobencana/sumber Bumi dalam konteks penyelesaian
masalah mengenai kejadian atau fenomena alam.

Awasi penularan penyakit berjangkit


pasca banjir
AHMAD SHAZWAN MD. YUSOF

05 Januari 2015 9:58 PM

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Penduduk yang tinggal di kawasan dilanda banjir


diingatkan supaya menjaga kebersihan diri dan persekitaran bagi
mengelakkan risiko terdedah kepada wabak penyakit berjangkit dan
bawaan air.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,


antara penyakit berjangkit yang kerap berlaku selepas banjir adalah
keracunan makanan, taun, demam kepialu, leptospirosis (kencing tikus),
hepatitis A, disenteri dan escherichia coli (E.Coli).

Merujuk kepada
- UTUSAN keratan akhbar di atas, terangkan apakah langkah yang
ONLINE
boleh diambil untuk membendung penularan penyakit berjangkit selepas
banjir.

Penyakit tersebut berjangkit menerusi minuman atau makanan yang telah dicemari
dan gejala penyakit dapat dikesan seperti cirit-birit, muntah, demam dan sakit
perut.

Langkah pencegahan yang boleh diambil adalah sentiasa

mengekalkan tahap kebersihan diri seperti amalan kerap membasuh tangan


dengan menggunakan air dan sabun, minum air yang telah dimasak atau
yang telah dibotolkan serta mengelakkan meminum air tidak dimasak.
Selain itu, mereka perlu mengelakkan diri daripada berenang atau bermain
air di kawasan banjir, menutup luka-luka kulit dengan balutan kalis air,
memakai pakaian perlindungan kalis air seperti but getah dan sarung tangan
semasa kerja pembersihan kawasan rumah dan segera mendapatkan

7
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

rawatan perubatan jika mengalami gejala penyakit seperti demam dan cirit
birit, katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
melakukan proses pengklorinan telaga Katanya, selain itu, sebanyak 40
menyediakan tandas mudah alih bagi memastikan kebersihan penduduk di
kawasan tersebut terjamin.
mengedarkan cecair pembasmi kuman ke pusat-pusat pemindahan dan
memberikan suntikan vaksin tifoid kepada semua pengendali makanan.

8
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS


Tahap Penguasaan Tafsiran

Menilai pengetahuan mengenai struktur


bumi/geobencana/sumber Bumi dalam konteks penyelesaian
5 masalah dan membuat keputusan untuk melaksanakan satu
tugasan.

Menurut Prof. Emeritus Dato Dr. Ibrahim Komoo, perlombongan adalah suatu aktiviti
yang boleh memberikan manfaat dari segi sosio ekonomi. Perkembangan sains dan
teknologi telah menyumbang kepada kemajuan industri perlombongan. Justeru,
perlombongan bukan lagi suatu aktiviti yang tidak lestari.

Wajarkan bagaimana aktiviti perlombongan boleh dilestarikan dengan mencadangkan


langkah bagi mendapatkan impak positif dari sudut sosio ekonomi dalam jangka masa
yang panjang.

Langkah-langkah melestarikan kawasan perlombongan

menghadkan kuota pengeluaran mineral agar simpanan sumber ini terjamin


tidak dieksploitasi dalam jangka masa singkat.
Mengawal aktiviti cari gali sumber dengan mengawasi aktiviti perlombongan
melalui lesen dan syarat yang ketat
Mengenakan tindakan tegas seperti denda, kompaun, menggantungkan lessen
dan membatalkan operasi bagi mereka yang melanggar syarat.
Jabatan alam sekitar melakukan penyeliaan terhadap aktiviti perlombongan yang
mencemarkan alam sekitar
Melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan lombong secara bersepadu
antara syarikat dan agensi kerajaan
Membina benteng bagi menguatkan kembali cerun yang telah rosak seperti
banteng konkrit bagi mengelakkan hakisan dan tanah runtuh.
Menanam pokok-pokok peneduh di kawasan kilang kuari bagi memerangkap
habuk dan mengurangkan suhu pemanasan setempat
Membaik pulih kawasan lombong menjadi kawasan rekreasi.

PENEROKAAN BUMI DAN ANGKASA LEPAS

9
SOALAN PENTAKSIRAN BERASASKAN STANDARD PRESTASI 9

Tahap Penguasaan Tafsiran

Merekabentuk persembahan pelbagai


media/visual/folio/poster/main peranan/drama secara kreatif
dan inovatif dengan menggunakan pengetahuan dan
6 kemahiran sains mengenai struktur bumi/geobencana/sumber
Bumi dalam konteks penyelesaian masalah dan membuat
keputusan dengan mengambil kira nilai
sosial/ekonomi/budaya masyarakat.

Kaedah yang cadangan bagi menyelesaikan masalah berkaitan geobencana:

1. Guru menjalankan aktiviti jigsaw bagi membincangkan masalah berkaitan geobencana


2. Murid menjalankan kajian dan memberikan cadangan penyelesaian masalah berkaitan

Nota:
1. Murid perlu membuat pembentangan
2. Guru perlu menggunakan penilaian profesional bagi menilai tahap penguasaan murid
dalam menyelesaikan masalah

10