You are on page 1of 3

Akronim ialah perkataan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku

kata/ menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada rangkaian kata
sehingga terbentuk perkataan baharu yang ditulis dan dilafazkan sebagai
perkataan yang utuh. Akronim tergolong sebagai kata tunggal. Ada empat jenis
pembentukan akronim.

JENIS PERTAMA
-Terbentuk melalui gabungan huruf awal perkataan dalam rangkai kata.
-Lazimnya kata nama khas, oleh itu ditulis dengan huruf besar keseluruhannya

CONTOH
ABIM- Angkatan Belia Islam Malaysia
ADUN- Ahli Dewan Undangan Negeri
IKIM- Institut Kefahaman Islam Malaysia
ILIM- Institut Latihan Islam Malaysia
IPTAR- Institut Penyiaran Tun Abdul Razak
SDAR- Sekolah Dato Abdul Razak

JENIS KEDUA
-Terbentuk melalui gabungan suku kata awal sejumlah perkataan
-Jikalau kata akronim terbentuk itu kata nama khas, ejaannya bermula dengan
huruf besar.

CONTOH
Bernama- Berita Nasional Malaysia
Perkeso- Pertubuhan Keselamatan Sosial
Tadika- taman didikan kanak-kanak
Pawagam- panggung wayang gambar
Kugiran- kumpulan gitar rancak
Cerpen- cerita pendek

JENIS KETIGA
-Terbentuk melalui gabungan huruf dan suku kata sejumlah perkataan
-Membentuk kata nama khas, oleh itu ejaannya bermula dengan huruf besar.

CONTOH
Mara- Majlis Amanah Rakyat
Perkim- Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia
Intan- Institut Tadbiran Awam Negara
Proton- Perusahaan Otomobil Nasional
Mabbim- Majlis Bahasa Brunei Darussalam Indonesia, Malaysia
Perhilitan- Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
JENIS KEEMPAT
-Terbentuk melalui gabungan bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian
lain perkataan yang mengikutinya.

CONTOH
asbut- asap kabut
jentolak- jentera tolak
debunga- debu bunga
purata- pukul rata
jenama- jenis nama
jalurah- jalan lurah

PERHATIAN!
Terdapat juga sejumlah kata akronim yang dibentuk secara bebas.

CONTOH
pranita- perajurit wanita
BAKTI- Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri
BAKAT- Badan Kebajikan Angkatan Tentera

-Proses membentuk kata akronim tidak berdasarkan prinsip yang jelas. Oleh itu,
cara pembentukan kata ini tidak digalakkan sebagai satu kaedah bagi
pembentukan perkataan baharu atau kata istilah dalam BM.

Hang Danim membawa perisai,


Perisai dibawa bersama senjata;
Bentuk akronim perlu dikuasai,
Demi bahasa jiwa bangsa.

Terima kasih Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memperkenalkan perkataan "Swafoto"


bagi perkataan "Selfie"yang kita selalu gunakan selama ini. Ayuh, kita ubah
kebiasaan itu. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Swafoto - gambar kendiri, berswafoto - mengambil gambar kendiri, menswafoto -
perbuatan merakam gambar sendiri. Jom kita gunakan bahasa Melayu dgn betul.
Indahnya bahasa kita.
Suri Teladan Role Model
Jerayawara Road Show
Latar Pentas Back Drop
Gegantung Bunting
Imej Tumpu Highlight
Parkir Parking
Pascanilai Postmortem
Swafoto Selfie
Kira detik Count Down
Bilik acu Fitting Room
Ujana teh Garden tea
Persantaian -Resort

EJAAN YANG MENGELIRUKAN:


Banyak calon peperiksaan dan orang ramai yang masih berasa keliru akan ejaan
bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan
dalam seharian. Sesungguhnya, kekeliruan ini dikatakan berlaku apabila mereka
mendapat input atau informasi ejaan yang berlainan daripada pihak media massa
dan guru subjek. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi
sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.
Berikut merupakan perkataan yang biasa kita temui:
1. resepi resipi
2. menyakinkan meyakinkan
3. istirehat istirahat
4. kadang-kala kadangkala
5. sambilewa sambalewa
6. dasyat dahsyat
7. insuran insurans
8. ambulan ambulans
9. juwita juita
10. unggu ungu
11. mengulangkaji mengulang kaji
12. penguatkuasa penguat kuasa
13. gambarajah gambar rajah
14. redha reda
15. kerinting keriting
16. bergu beregu
17. kontingen kontinjen
18. mengenengahkan mengetengahkan 19. mengenepikan mengetepikan

20. mengkedepankan mengedepankan 21. mengkebelakangkan


mengebelakangkan
22. sihat walafiat sihat wal afiat
23. majerin marjerin
24. rempah ratus rempah-ratus
25. alat siaraya alat siar raya
26. margasatwa mergastua
27. workshop (bi) woksyop (bm)
28. bertungkus-lumus bertungkus lumus
29. limau kasturi limau kesturi
30. walaubagaimanapun walau bagaimanapun
31. mee mi
32. kuey teow kuetiau
33. respon respons
34. sunnah sunah
35. ramadhan ramadan
36. leukimia leukemia
37. emel e-mel di-e-melkan & meng-e-melkan
38. katrij kartrij
39. cop nama cap nama
40. Insha Allah Insya-Allah
41. alergik alergi
42. ansurans ansuran
43. urusetia urus setia
44. keretapi kereta api
45. merbahaya berbahaya/marabahaya
46. naskah naskhah
47. atlit atlet
48. war-war uar-uar/wara-wara
49. urusetia urus setia
50. fax faks/faksimile
51. was-was waswas
52. stokin stoking
53. karenah kerenah
54. kemaskini kemas kini
55. ulangkaji ulang kaji
56. pra sekolah prasekolah
57. temu janji janji temu
57. menghadkan mengehadkan
58. hajjah hajah
59. agen ejen
60.

Akhir kata, pembaca sudah pasti akan berasa pelik akan perkataan yang telah
disenaraikan seperti di atas. Namun, perkataan yang kita berasa pelik itulah
sebenarnya merupakan ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4. Jadi,
betulkan yang salah dan biasakan yang betul.