You are on page 1of 5

Alatan dan Agen Pencuci

 Kita memerlukan alat dan agen pencuci untuk melaksanakan tugas membersihkan peralatan
memasak dan ruang kerja.
 Penggunaan alat dan agen pencuci yang sesuai membantu kita membuat kerja-kerja
membersih dengan lebih mudah dan sempurna.
 Alat dan agen pencuci boleh menjimatkan masa untuk kerja pembersihan dan juga
memudahkan proses mencuci.
 Alatan dan agen pencuci harus digunakan secara berhati-hati kerana penggunaannya yang
tidak betul akan merosakkan bahan serta alatan yang berkenaan.

Agen Pencuci dan Kandungannya

1. Terdapat pelbagai jenis agen pencuci di pasaran. Sebagai seorang pengguna yang
bijak, kita perlu mengetahui tentang kegunaan setiap agen pencuci supaya kita dapat memilih
jenis yang sesuai dengan kerja pembersihan yang hendak dilakukan. Agen pencuci yang
biasa digunakan terdiri daripada sabun dan peluntur. Agen pencuci digunakan untuk
membuang kotoran dan mengeluarkan tanda-tanda degil pada permukaan seperti meja, sinki
dan lantai.
2. Pemilihan dan penggunaan agen pencuci.
 Memilih dan menggunakan agen pencuci yang sesuai dan betul boleh menjimatkan masa
dan tenaga.
 Label kandungan dan arahan penggunaan pada agen pencuci perlu dibaca dengan teliti
semasa memilih dan menggunakannya.
 Semasa memilih agen pencuci, faktor-faktor berikut perlu diambil kira:

a) jenis bahan yang hendak dicuci

b) tahap kekotorannya

c) pilih agen pencuci yang berkualiti

d) pilih agen pencuci yang mesra alam

 Terdapat pelbagai agen pencuci yang mempunyai lebih daripada satu fungsi, contohnya agen
pencuci lantai mempunyai lebih daripada satu fungsi seperti mencuci lantai, membasmi kuman dan
meninggalkan bau harum.
 Penggunaan agen pencuci yang salah boleh merosakkan bahan dan alatan kelengkapan.
 Sebelum menggunakan agen pencuci, baca dengan teliti arahan dan peraturan pada label.
 Ikut arahan dan peraturan yang dinyatakan pada label untuk mendapat kesan yang lebih baik
dan berkesan.
 Simpankan agen pencuci di tempat yang selamat selepas digunakan, contohnya almari yang
berkunci atau tempat yang tidak mudah dicapai oleh kanak-kanak.

Agen pencuci pinggan berbentuk pepejal b. Agen pencuci pinggan berbentuk cecair c.Contoh-contoh Agen Pencuci a. Agen pencuci tangan d. Agen pencuci fabrik .

berus dawai . e. Agen pencuci lantai Alatan Mengemas dan Membersih a. penyapu penyapu rami penyapu lidi b.

mop e. span pencuci d. vakum f. c. penadah sampah .

bahan peluntur j. pembasmi kuman . i.