You are on page 1of 19

i)

Menurut sumber Wikpedia, pengangkutan adalah merujuk kepada sebuah kenderaan yang akan
mengangkut atau membawa seseorang atau sesuatu dari satu destinasi ke destinasi yang lain,
yang biasanya jarak perjalanan adalah lebih jauh berbanding dari berjalan kaki.

Sistem Pengangkutan kebiasaannya boleh terbahagi kepada beberapa pembahagian iaitu


bergantung kepada cara ia bergerak, kuasa kenderaan itu dan lain-lain lagi.

Antara pembahagian pengangkutan yang kebiasaannya kita dengar adalah pengangkutan laut,
pengangkutan udara dan pengangkutan darat.

Menurut sumber dari Wikipedia, pengangkutan awam meliputi segala sistem pengangkutan yang
ada di mana kenderaan sendiri tidak akan digunakan oleh penumpang untuk bergerak.

Menurut sumber dari Kamus Dewan dan Pustaka (Edisi Keempat), pengangkutan awam dapat
dimaksudkan atau didefinisikan sebagai sistem pengangkutan bermotor seperti bas, teksi ataupun
kereta api yang digunakan oleh orang awam dan ramai di kawasan tertentu dengan tetapan kadar
tambang yang selaras.

Pengangkutan awam juga adalah merupakan pengangkutan yang dikenakan bayaran dan
digunakan oleh orang ramai yang telah disediakan oleh pihak awam. Kebiasaannya
pengangkutan awam dikawal sebagai pengangkutan umum dan telah dikonfigurasi dan
ditetapkan untuk menawarkan perkhidmatan yang berjadual tetap dalam setiap laluannya tanpa
sebarang tempahan. Penumpang kebanyakannya akan bergerak dalam lingkungan kawasan
tempatan iaitu di antara rumah mereka dan pusat membeli belah, kawasan pendidikan dan tempat
kerja mereka

ii)

Contoh Masalah Sistem Pengangkutan di Malaysia Pt3 2016 : Mengenal Pasti Dan Huraikan
Senarai Faktor?

Di bawah ini terdapat beberapa contoh masalah sistem pengangkutan yang ingin kami kongsikan
bersama dengan adik-adik calon PT3 pada artikel kali ini.

Semoga dengan entri kali ini anda akan mendapat sedikit pencerahan dan informasi mengenai
intisari masalah sistem pengangkutan yang mesti anda disertakan sekali dalam tugasan geografi
anda itu.
Masalah sistem pengangkutan haruslah bersesuaian dan berkaitan dengan permasalahan
pengangkutan awam yang dihadapi oleh penduduk di kawasan tempat tinggal anda.

Senarai Masalah Sistem Pengangkutan di Malaysia PT3


Geografi
Antara masalah-masalah sistem pengangkutan yang sering dihadapi dan dialami oleh pengguna
adalah :

1. Keselamatan penumpang dan pengguna terancam Sesetengah pemandu bas


yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab boleh mengundang padah kepada
para penumpang. Penumpang yang menggunakan perkhidmatan bas itu berasa
tidak selamat dan khuatir akan keselamatan dirinya. Sikap seperti ini juga boleh
meyebabkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain turut terancam sama.

2. Jangka masa / tempoh masa yang lama Sebelum pelancaran Bas Rapid
Penang, pengguna terpaksa menggunakan dan menunggu bas henti-henti hampir
satu jam lamanya. Ketibaan bas yang tidak tentu masa juga menyukarkan dan
menyusahkan para penggunanya menggunakan khidmat bas ini.

3. Kos bahan api meningkat naik Tambang pengangkutan awam terutamanya


bas meningkat dan bertambah berikutan harga minyak yang semakin meningkat.
4. Kenderaan lama yang digunakan Perkhidmatan van atau bas sekolah adalah
jenis kenderaan lama telah yang berdaftar dan usia kenderaan menjangkaui 10
sehingga 15 tahun. Keadaan, kondisi dan tempat duduk bas juga dalam keadaan
tidak memuaskan dan tidak selesa.

5. Pencemaran udara yang dihasilkan Udara boleh tercemar disebabkan


kebanyakan pengangkutan awam menggunakan minyak diesel terutamanya bas.
Gas karbon monoksida dan asap hitam yang berjelaga daripada kenderaan akan
mencemari udara

6. Pencemaran Bunyi Bunyi enjin kenderaan yang kuat dan sangat bising akan
membingitkan telinga dan menimbulkan susasana yang tidak tenang. Ini jelas
sekali, mengganggu ketenangan dan ketenteraman penumpangnya. Kebiasaannya
situasi ini sering terjadi pada bas-bas yang sudah lama digunakan. Ini pula situasi
bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan kawasan lapangan terbang, yang
pasti seringkali terganggu dengan bunyi bising enjin kapal terbang yang membuat
pendaratan mahupun yang mahu berlepas. Ini sedikit sebanyak mengganggu
aktiviti harian penduduk sekitar berikutan bunyi bising di kawasan la

iii)

Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 2016 : Senarai Penambaikan Kerja Khusus Geografi?

Pastinya semua calon PT3 sudah sedia maklum bahawa anda dikehendaki untuk menjalankan
tugasan kerja khusus Geografi PT3 2016 yang berkaitan dengan sistem pengangkutan di kawasan
anda.

Oleh itu MyPT3 dengan berbesar hatinya akan berkongsi dengan contoh cadangan sistem
pengangkutan PT3 2016 yang mesti anda sertakan dalam tugasan itu.
Diharapkan perkongsian kali ini, dapat membantu anda dalam menyiapkan tugasan kerja kurusu
geografi dengan lebih baik dan seterusnya menghasilkan hasil kerja yang berkualiti lagi bermutu.

Harapan kami adalah anda dapat menyiapkannya dengan jaya dalam tempoh yang telah
ditetapkan. Insya Allah.

Cadangan Sistem Pengangkutan PT3 Geografi 2016


Tugasan Kerja Kursus Cadangan sistem pengangkutan di Malaysia

Kualiti pengangkutan awam di Malaysia hendaklah dipertingkatkan oleh kerajaan


dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang dinamik dan mantap setiap geri
kerjanya.

Pengangkutan awam perlu diperbanyak oleh kerajaan untuk menampung dan


memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di bandar-
bandar utama.

Sistem pengangkutan awam yang disediakan kerajaan mestilah tidak memerlukan


masyarakat untuk kerap kali bertukar rangakaian atau station sebelum sampai ke
destinasi yang dituju.
Cara yang lebih mudah dan senang hendaklah difikirkan oleh kerajaan untuk
masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti dengan menyediakan
kemudahan sistem membeli tiket secara bersepadu.

Supaya tidak membebankan pengguna yang berpendapatan rendah terutamanya,


harga tiket murah dan berpatutan atau mampu milik perlulah ditetapkan oleh
kerajaan.

Bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam, kajian secara


menyeluruh mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan
awam perlu dilaksanakan oleh Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan perlulah dipastikan pengusaha


pengangkutan awam supaya jadual yang dirancang dapat ditepati agar pembaziran
masa pengguna tidak akan berlaku.

Kualiti perkhidmatan syarikat kenderaan boleh ditingkatkan oleh pengusaha


pengangkutan awam dengan meletakkan radio dan televisyen agar pengguna lebih
berasa selesa dan terhibur apabila menaiki kenderaan mereka.

Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan masing-


masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan
perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika dan peraturan
jalan raya dapat dirakam.

Keselamatan kenderaan yang ditinggalkan kepada pengguna mestilah dipastikan


oleh pengusaha agar pengguna lebih yakin dan selamat untuk menggunakan
pengangkutan awam.

Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, kempen menggunakan pengangkutan


awam di Malaysia perlulah diuar-uarkan oleh media massa.

Saranan kerajaan hedaklah disahut oleh masyarakat supaya pengangkutan awam


di Malaysia digunakan oleh orang ramai.

Penerangan kepada para pelajar perlulah diberikan oleh pihak sekolah berkenaan
dengan kepentingan menggunakan pengangkutan awam di seperti contohnya
dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap yang keluar
dari kenderaan, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan kesesakan lalu lintas
juga dapat dielakkan.
Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita
Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang
amat penting di negara kita. Namun begitu, masih banyak
kelemahan yang kerap menjadi sungutan orang ramai. Terangkan
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.

.
..........Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan
orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain.
Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya
bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang
berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah
seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT),
monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan
untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh
lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam
negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah
berlanjutan sekian lama.
.

..........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap


sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak
mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah
dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta
menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu
dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna
pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh.
Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam
hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut
utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat
negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut.
.

...........Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan


amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem
pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi
ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak
mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan
masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang
bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu
utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut.
Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam
kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak
menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan
pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang
sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam
turut dirasai.
.

..........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan


bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh.
Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu
yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini
bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau
fider bus di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan
awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem
pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau
di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan
penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum
menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang
mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan
kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus
diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk
diselesaikan.
..

..........Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan


segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang
tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan
pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh
meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap
tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua
pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana
seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka
yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal
ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah
pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan
raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu
kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya
dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain.
.

..........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar


mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di
stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang
teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja
menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah
menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di
beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur
umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan
menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau
di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan
malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih
malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak
polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit.
Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani
dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi indah
khabar dari rupa.
.

..........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat


perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut
masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat
kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu
pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak
kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat
ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu
menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah
sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan
bersikap sudah terhantuk baru terngadah.

USAHA-USAHA UNTUK MENINGKATKAN SISTEM PENGANGKUTAN


AWAM
ISU - SISTEM PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
Tugasan - kepentingan pengangkutan awam di Malaysia

Idea

pengangkutan awam mampu mengurangkan bilangan kenderaan yang


berada di atas jalan raya

pengangkutan awam mampu memendekkan tempoh perjalanan


seseorang ke tempat kerja kerana mengambil masa yang singkat
untuk sampai ke destinasi

pengangkutan awam mampu mengelakkan kesesakan lalu lintas di


bandar-bandar terutama pada waktu puncak

pengangkutan awam berupaya mengelakkan pencemaran udara


melalui pembebasan asap karbon monoksida ke udara

pengangkutan awam berupaya mengurangkan kemalangan jalan raya


kerana perjalanan yang selamat dan selesa

pengangkutan awam berupaya menjimatkan kos pengguna kerana


harga tiket yang murah dan tidak membebankan pengguna terutama
yang berpendapatan rendah

Tugasan - usaha-usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam


di Malaysia

Idea

kerajaan perlu meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia


dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang mantap dan dinamik

kerajaan perlu memperbanyak pengangkutan awam bagi menampung


permintaan pengguna yang tinggi terutama di bandar-bandar utama
kerajaan perlu menyediakan sistem pengangkutan awam yang tidak
memerlukan masyarakat bertukar rangkaian pengangkutan awam
beberapa kali untuk sampai ke destinasi

kerajaan perlu memikirkan cara yang mudah untuk masyarakat


membeli tiket pengangkutan awam seperti menyediakan sistem
membeli tiket secara berpepadu

kerajaan perlu menetapkan harga tiket yang murah atau mampu dibeli
oleh pengguna supaya tidak membebankan pengguna terutama yang
berpendapatan rendah

Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD) perlu membuat kajian


secara menyeluruh tentang permasalahan yang dialami oleh pengguna
pengangkutan awam bagi meningkatkan perkhidmatan sistem
pengangkutan awam

pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan jadual kekerapan


perjalanan dan masa ketibaan menepati jadual yang dirancang supaya
pengguna tidak membazirkan masa mereka

pengusaha pengangkutan awam perlu meningkatkan kualiti


perkhidmatansyarikat enderaan mereka dengan meletakkan televisyen
dan radio supaya pengguna tidak berasa bosan apabila menaiki
kenderaan mereka

pengusaha pengangkutan awam perlu memasang sistem perakam


kamera pada kenderaan masing-masing untuk merakam pemandu
yang tidak berdisiplin dan melanggar peraturan jalan raya

pengusaha pengangkutan awam perlu memikirkan kemudahan


pengguna meletakkan kenderaan mereka sebelum menggunakan
pengangkutan awam supaya tidak mengganggu lalu lintas sehingga
boleh menyebabkan lalu lintas

pengusaha pengangkutan awam perlu memastikan keselamatan


kenderaan yang ditinggalkan oleh pengguna yang menggunakan
pengangkutan awam mereka untuk memberi keyakinan kepada
pengguna terhadap pengangkutan awam

media massa perlu menguar-uarkan kempen menggunakan


pengangkutan awam di Malaysia untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas
masyarakat perlu menyahut saranan kerajaan supaya menggunakan
pengangkutan awam untuk ke tempat kerja bagi mengelakkan
pertambahan kenderaan di atas jalan raya sekali gus menyebabkan
kesesakan lalu lintas terutama pada waktu puncak

pihak sekolah perlu memberi penerangan kepada pelajar-pelajar


tentang kepentingan menggunakan pengangkutan awam seperti dapat
mengelakkan kemalangan jalan raya, dapat mengelakkan kesesakan
lalu lintas dan dapat mengurangkan pencemaran udara melalui
pembebasan asap daripada kenderaan

Cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam

Antara cadangan yang boleh diambil untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam ialah :-

1. Kuat kuasa undang-undang

Tindakan tegas perlu diambil terhadap pemandu bas yang melakukan kesalahan yang

berulang-ulang. Denda atau penjara boleh dikenakan terhadap pemandu tersebut. Pihak JPJ boleh

mengenakan denda atau mengeluarkan saman kepada bas/van sekolah yang mengeluarkan asap

hitam yang mencemarkan udara.

2. Penggunaan petrol tanpa plumbum

Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam

pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah pencemaran udara

terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang.

3. Penapis asap /Catalytic converter


Bagi mengurangkan pembebasan asap hitam oleh pengangkutan awam seperti bas dan

teksi yang menggunakan minyak diesel, penggunaan penapis asap amat dialu-alukan. Dengan

ini, asap yang dibebaskan telah ditapis dan merupakan asap yang tidak mencemarkan udara.

4. Mengurangkan kos operasi

Bagi mengatasi masalah tambang yang tinggi, pihak kerajaan boleh memberi subsidi

diesel. Dengan ini, diharap tambang pengangkutan awam (contohnya bas dan teksi) dapat

dikurangkan.

5. Penggunaan bahan api alternatif

Dalam usaha mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari

kenderaan bermotor (bas, lori, teksi dan sebagainya), penggunaan bahan api alternatif yang

mesra alam amat digalakkan. Contohnya, menggunakan diesel kelapa sawit, kereta hibrid

(menggunakan bateri) dan tenaga suria.

6. Kursus pemanduan berhemah

Kemalangan di jalan raya dapat dielakkan jika pemandunya memandu dengan penuh

tanggungjawab dan berhati-hati. Oleh itu, pihak syarikat bas ekspres atau pihak kerajaan boleh

mewajibkan pemandu bas/van/teksi mengikuti kursus pemanduan berhemah dengan tujuan


memberi kesedaran tentang tanggungjawab mereka terhadap keselamatan penumpang dan

mematuhi peraturan jalan raya.

You might also like