You are on page 1of 7

Kesalahan tatabahasa PT3

(Oleh: Cikgu Rashid Lewan)

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada
ruang jawapan yang disediakan.
Disertakan jawapan

Latihan 1

1. Rendang ayam untuk kenduri ini saya masak daripada


pagi tadi. -dari

2. Ayah tidak bersetuju dengan kedua orang peguam yang


mahukan kanak-kanak itu dihantar ke rumah kebajikan
kerana kanak-kanak itu masih mempunyai waris yang
boleh menjaga mereka. - kedua-dua

3. Seluar yang bergantung-gantungan di tepi tingkap itu


diambil oleh Encik Baba agar penghuni dorm itu lebih
prihatin untuk menjaga keceriaan dan kekemasan dorm
mereka. -bergantungan

4. Kita sesama manusia perlu saling hormat-menghormati


antara satu dengan yang lain. - saling menghormati

5. Kelima-lima orang murid di sekolah menengah tersebut


diberikan hadiah di atas kejayaan mereka mengharumkan
nama sekolah mereka dalam pertandingan reka cipta itu. -
atas

6. Pihak pengurusan Hotel Sri Malaysia menawarkan pakej


yang menarik kepada para pelanggan-pelanggan
sempena cuti sekolah. - para pelanggan

7. Pelancong dari negara Taiwan itu sangat sukakan buah-


buahan tempatan seperti durian dan manggis.- suka akan

8. "Sudahkah kalian menyiapkan kerja rumah yang aku


berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-
muridnya. - saya

9. Beribu-ribu ekor ayam peliharaan yang disyaki diserang


penyakit selesema burung pihak berkuasa musnahkan.
- dimusnahkan oleh pihak berkuasa

10. Banyak pelancong yang datang dari Amerika dan


Eropah terpikat kepada keindahan Pulau Tioman ketika
kali pertama berkunjung ke pulau itu. - oleh

Kesalahan Ejaan

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan. Betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

1. Nasi beryani yang dijual di warung itu mendapat


sambutan yang menggalakkan terutama pada bulan
Ramadan. - beriani

2. Golongan yang bertaqwa dan beriman sememangnya


dituntut menunjukkan contoh yang baik kepada orang
ramai. - bertakwa

3. Kenaikan harga telor ayam yang mendadak menjelang


musim perayaan berpunca daripada sikap peniaga yang
menangguk di air keruh. - telur
4. Sepanjang bulan Febuari, semua sekolah perlu
merancang untuk menganjurkan kejohanan sukan
tahunan dan acara merentas desa. - Februari

5. Pihak berkuasa perlu mempastikan agar kes kemasukan


pendatang tanpa izin dapat dikurangkan demi menjaga
imej negara. - memastikan

6. Semangat bersatu-padu perlu diterap dalam jiwa para


pelajar dalam usaha mengeratkan hubungan antara
kaum. - bersatu padu

7. Para penonton yang hadir tertawa terbahak-bahak


semasa menyaksikan filem komidi yang mencuit hati itu.
komedi

8. Hujah para pembahas dalam pertandingan perbahasan


itu amat mengkagumkan para panel juri yang mengadili
acara berkenaan. - mengagumkan

9. Salah satu langkah kerajaan dalam usaha memajukan


barangan tempatan ialah menghadkan pengimportan
barangan berjenama dari luar negara. - mengehadkan

10. Perlaksanaan sekolah satu sesi memudahkan banyak


urusan pentadbiran dan pengurusan. - pelaksanaan

Analisis ejaan

SALAH BETUL

1. sekaligus sekali gus


2. diwar-warkan diuar-uarkan
3. mee mi
4. krew kru
5. documentasi dokumentasi
6. lembab lembap
7. atlit atlet
8. ku lakukan kulakukan
9. kau ambil kauambil
10. cermerlang cemerlang
11. 70an 70-an
12. tanggung jawab tanggungjawab
13. kebanyakkan kebanyakan
14. perkerja pekerja
15. urusetia urus setia
16. hal-ehwal hal ehwal
17. dzif-dzif dif-dif
18. negetif negatif
19. kraftangan kraf tangan
20. dikenalpasti dikenal pasti
21. pelancungan pelancongan
22. gulungan nelayan golongan nelayan
23. mensiasiakan mensia-siakan
24. sama-rata sama rata
25. primes premis
26. bolih boleh
27. seluroh seluruh
28. ibu-bapa ibu bapa
29. dikuat kuasakan dikuatkuasakan
30. kebaikkan kebaikan
31. ponting ponteng
32. habetat habitat
33. perbagai pelbagai
34. lumaian lumayan
35. juru acara juruacara
36. kesesakkan kesesakan
37. kometmen komitmen
38. perusak perosak
39. ipar-duai ipar duai
40. sambilewa sambil lewa

Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan imbuhan.Gariskan kesalahan tersebut dan tulis
jawapannya pada ruangan yang disediakan.

1. Beliau yakin bahawa penguatkuasaan undang-undang


yang lebih tegas akan dapat mengurangkan terjadi tanah
runtuh. - kejadian

2. Kerajaan menggalakkan rakyatnya yang berbilang kaum


supaya menjayakan program kemasyarakatan agar
hubungan antara mereka dapat dipereratkan. - dipererat

3. Encik Azlan sering mensihatkan rakan-rakannya supaya


sabar menempuh dugaan hidup tetapi ketika musibah
menimpa keluarganya, dia tidak dapat menanggungnya.
- menasihati

4. Ibu pejabat kontinjen polis di Jalan Bendahara itu


dilengkap kemudahan komputer yang canggih. -
dilengkapi

5. Kandungan kolesterol yang tinggi menyebabkan


pemimpin itu menyerang penyakit jantung dengan tiba-
tiba. - diserang

6. Para limuwan sedang berbincang tentang cara-cara untuk


meningkat hasil negara dalam bidang komersial. -
meningkatkan

7. Ahli-ahli perstuan belia diingatkan agar mengenepikan


perbezaan pendapat demi mewujudkan perpaduan yang
menjadi moto belia se-Malaysia. - mengetepikan

8. Para peserta seminar itu telah memberikan penerangan


yang jelas tentang profesion sebagai kaunselor. -
diberikan

9. Pihak berkuasa mampu mempertingkatkan ekosistem di


Taman Negara yang kaya dengan flora dan fauna. -
mempertingkat

10. Pihak polis mencuba menyakinkan orang tua itu bahawa


kedua-dua orang anaknya yang diculik itu masih hidup
dan dapat diselamatkan. - meyakinkan

Menggabungkan ayat tunggal kepada ayat majmuk

Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini suyaya menjadi satu ayat majmuk.

1. Mata pelajran Sains dianggap mata pelajaran yang sukar


oleh sesetengah pelajar.
Mata pelajaran Seni dianggap mata pelajaran yang
senang oleh sesetengah pelajar.
Mata pelajaran Sains dianggap mata pelajaran yang
sukar manakala mata pelajaran Seni dianggap mata
pelajaran yang senang oleh sesetengah pelajar.
2. Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu.
Masalah itu masih tidak dapat diselesaikan.
Ramli memberitahu ibunya masalah yang dihadapinya itu
tetapi masih tidak dapat diselesaikan.

3. Zubaidah pergi ke sekolah.


Zubaidah menjalani latihan bola jaring.
Zubaidah pergi ke sekolah untuk menjalani latihan bola
jaring.

4. Buku cerita itu sangat tebal.


Buku itu dibeli bersempena pesta buku yang diadakan di
Plaza Angsana, Johor Bahru.
Buku cerita yang sangat tebal itu dibeli bersempena pesta
buku yang diadakan di Plaza Angsana, Johor Bahru.

5. Ramli mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.


Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.
Ramli dan Ramu mengayuh basikal untuk pergi ke
sekolah.

6. Sharifah selalu ponteng sekolah.


Sharifah didenda oleh guru disiplin sekolahnya.
Sharifah selalu ponteng sekolah maka dia didenda oleh
guru disiplin sekolahnya.

7. Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu.


Ibu sedang memasak rendang ayam di dapur.
Nenek sedang menjahit baju di ruang tamu manakala ibu
sedang memasak rendang ayam di dapur.

8. Rohana tidak hadir ke sekolah hari ini.


Dia memberitahu rakannya.
Dia sakit perut.
Rohana memberitahu rakannya bahawa dia tidak hadir ke
sekolah hari ini kerana sakit perut.

9. Hujan sangat lebat pada hari ini.


Razali tetap pergi ke sekolah.
Walaupun hujan sangat lebat pada hari ini namun Razali
tetap pergi ke sekolah.

10. Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas.


Murid-murid itu berbual-bual dengan rakannya.
Murid-murid itu menunggu bas di perhentian bas sambil
berbual-bual dengan rakannya.

Menukarkan ayat

A. Tukarkan ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif tanpa


mengubah maksud asalnya.

1. Encik Razak menghantar anak lelakinya ke sekolah


berasrama.
Anak lelakinya dihantar oleh Encik Razak ke sekolah
berasrama.

2. Mereka telah menyusun kerusi dan meja di dewan kuliah


umum pada pagi tadi.
Kerusi dan meja telah disusun oleh mereka di dewan
kuliah umum pada pagi tadi.

3. Bapa saya selalu membersihkan semak samun di


belakang rumah pada setiap bulan.
Semak samun di belakang rumah selalu dibersihkan oleh
bapa saya pada setiap bulan.

4. Ibu telah menyelimutkan adik yang kesejukan itu dengan


sehelai kain.
Adik yang kesejukan itu telah diselimutkan oleh ibu
dengan sehelai kain.

5. Semua murid telah menyetujui cadangan Cikgu Abdullah


itu.
Cadangan Cikgu Abdullah itu telah disetujui oleh semua
murid.

6. Pustakawan di perpustakaan Universiti Industri Selangor


itu sedang mengelaskan buku kepada beberapa kategori.
Buku sedang dikelaskan oleh pustakawan di
perpustakaan Universiti Industri Selangor kepada
beberapa kategori.

7. Saya menaiki bas Ekspres Maju untuk ke Kuala


Lumpur.
Bas Ekspres Maju saya naiki untuk ke Kuala Lumpur.

8. Pekedai itu menjual alat-alat tulis di kedainya.


Alat-alat tulis di kedainya dijual oleh pekedai itu.

9. Awak telah meminjam buku cerita saya pada minggu


lepas.
Buku cerita saya telah awak pinjam pada minggu lepas.

10. Saya akan mengemaskan bilik adik setiap pagi, sebelum


saya pergi ke sekolah.
Bilik adik akan saya kemaskan setiap pagi sebelum saya
pergi ke sekolah.

B. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif tanpa


mengubah maksud asalnya.

1. Ibu yang sedang berehat di beranda kuambilkan segelas


air.
Aku mengambilkan ibu yang sedang berehat di beranda
segelas air.

2. Program Nilam dilancarkan oleh pihak sekolah sejak


tahun 2006 lagi.
Pihak sekolah telah melancarkan Program Nilam sejak
tahun 2006 lagi.

3. Kanak-kanak yang hilang itu telah berjaya ditemukan oleh


pihak polis pada pagi Ahad kelmarin.
Pihak polis telah berjaya menemukan kanak-kanak yang
hilang itu pada pagi Ahad kelmarin.

4. Kesalahan dalam kes itu diakui oleh gadis pendatang


asing itu.
Gadis pendatang asing itu mengakui kesalahan dalam
kes itu.

5. Rumahnya sering dikunjungi oleh saudara-mara pada


setiap hujung minggu.
Saudara-mara sering mengunjungi rumahnya pada setiap
hujung minggu.

6. Keropok-keropok yang telah dipotong nipis-nipis itu telah


dijemur oleh pekerja-pekerja di kilang pemprosesan
keropok itu.
Pekerja-pekerja di kilang pemprosesan keropok itu telah
menjemur keropok-keropok yang telah dipotong nipis-
nipis itu.

7. Bilik tidur ibu telah saya kemaskan pagi tadi.


Saya telah mengemaskan bilik tidur ibu pagi tadi.

8. Pentas di dewan itu telah kami hias dengan cantiknya.


Kami telah menghias pentas di dewan itu dengan
cantiknya.

9. Kereta Encik Borhan yang rosak itu telah dibaiki oleh


Kamal.
Kamal telah membaiki kereta Encik Borhan yang rosak
itu.

10. Pesalah itu telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati


oleh mahkamah.
Mahkamah telah menjatuhi pesalah itu hukuman
gantung sampai mati.
Mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung
sampai mati kepada pesalah itu.

C.Tukarkan ayat songsang di bawah ini kepada ayat biasa


tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Tidur bertilamkan simenlah pengemis-pengemis itu.


Pengemis-pengemis itu tidur bertilamkan simen.

2. Telah menelan ubatlah pesakit yang berbadan gemuk itu.


Pesakit yang berbadan gemuk itu telah menelan ubat.

3. Sedang melayan pengunjung restorannya lelaki


berbangsa India itu.
Lelaki berbangsa India itu sedang melayan pengunjung
restorannya.

4. Kawan yang amat rapat dengan saya dialah.


Dialah kawan yang amat rapat dengan saya.

5. Akhirnya siap juga projek pembangunan pasar raya yang


terbengkalai itu.
Projek pembangunan pasar raya yang terbengkalai itu
siap juga akhirnya.

6. Diharunginya dengan sabar dan tawakal saat-saat


genting dalam hidup.
Saat-saat genting dalam hidup diharunginya dengan
sabar dan tawakal.

7. Tetap menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen


walaupun berpendapatan kecil Encik Basiran.
Walaupun berpendapatan kecil, Encik Basiran tetap
menghantar anak-anaknya ke kelas tuisyen.

8. Benar belaka semua khabar angin tentang salah laku


tokoh politik itu.
Semua khabar angin tentang salah laku tokoh politik itu
benar belaka.

9. Merancang perbelanjaan untuk mengelakkan pembaziran


ketika berbelanja Puan Salmah.
Puan Salmah merancang perbelanjaan untuk
mengelakkan pembaziran ketika berbelanja.

10. Sedang bermain bola di padang yang luas itu mereka.


Mereka sedang bermain bola di padang yang luas itu.

D. Tukar ayat biasa di bawah ini kepada ayat songsang


tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Bilangan pendatang asing ke negara kita semakin


meningkat dari setahun ke setahun.
Semakin meningkat dari setahun ke setahun bilangan
pendatang asing ke negara kita.

2. Murid yang cacat pendengaran itu gigih sungguh


mengulang kaji pelajaran.
Gigih sungguh mengulang kaji pelajaran murid yang
cacat pendengaran itu.

3. Ayah masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah


pukul 9.00 malam.
Masih belum pulang dari pejabat walaupun sudah pukul
9.00 malam ayah.

4. Kanak-kanak itu berkejar-kejaran di halaman rumah


dengan riang.
Berkejar-kejaran di halaman rumah dengan riang kanak-
kanak itu.

5. Beberapa orang murid sedang berbincang tentang tajuk


karangan di dalam perpustakaan.
Sedang berbincang tentang tajuk karangan di dalam
perpustakaan beberapa orang murid.

6. Ramli dan Razali akan menyaksikan perlawanan bola


sepak di padang sekolah pada petang nanti.
Akan menyaksikan perlawanan bola sepak di padang
sekolah pada petang nanti Ramli dan Razali.

7. Suhaimi terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke


Bali kerana ibunya telah meninggal dunia pagi tadi.
Terpaksa menangguhkan hasratnya untuk ke Bali kerana
ibunya telah meninggal dunia pagi tadi Suhaimi.

8. Peningkatan kadar kemalangan jalan raya di negara ini


kian ketara kerana penguatkuasaan undang-undang
yang kurang tegas.
Kian ketara kerana penguatkuasaan undang-undang
yang kurang tegas peningkatan kadar kemalangan jalan
raya di negara ini.

9. Amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang


sihat adalah penting untuk menghindari penyakit kronik.
Adalah penting untuk menghindari penyakit kronik
amalan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang
sihat.

10. Para pelajar itu amat rajin membuat latihan Bahasa


Melayu.
Amat rajin membuat latihan Bahasa Melayu para pelajar
itu.