You are on page 1of 9

SJK(C) POI LAM,

CHEMOR
MINIT MESYUARAT
KURIKULUM KALI KEDUA, 2017

Tarikh : 28 Mac 2017 (Selasa)


Masa : 2.00 5.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, SJK(C) Poi Lam, Chemor
Pencatat : Mohd Faris Bin Che Mohamad Rahimi
Kehadiran :-
1. En. Foo Fook Keong (Pengerusi) 37. Pn. Lee Siew Hwa
2. Pn. 38. Pn. Lee Eai Ling
3. Pn. Chai Lai Yin 39. Cik Chow Fong Ling
4. Pn. Khong Moy Yin 40. Pn. Tan Yen
5. Pn. Ng Siew Fong 41. Pn. Ting Lan Moi
6. Pn. Lee Hooi Ching 42. En. Tan Chyin Chieh
7. Pn. See Hui Ying 43. Pn. Chong Boon Lee
8. Pn. Hwong Ai Ching 44. En. Mohd Nasruddin
9. Pn. Kok Dyi En 45. En. Zolkalpeli
10. Pn. Goh Sook Tyng 46. En. Ezzani
11. Cik Lee Sau Mien 47. En. Mohd Faris
12. Pn. Leong Sook Wai 48. Pn. Sarimah
13. Pn. Chong Voon Yen 49. Pn. Uma Baskaran
14. Pn. Chang Lai You 50. En. Mursyidi
15. Pn. Ng Yuk Ling 51. Cik Ong Gaik Suan
16. Cik Voon Sze Mun 52. Cik Ong Mei Yun
17. Pn. Chew Wai Wan 53. Pn. See Seck Hoon
18. Pn. Chuah Hui Leng 54. Cik Aw Pei Ting
19. Cik Tai Chia Yee 55. Pn. Cheng Hin Lee
20. Pn. Law Shy Fei 56. Pn. Chong Hwee Nee
21. Pn. Ng Kai Sook 57. Pn. Liew Lee Lee
22. Cik Ng Kar Kar 58. Cik Tan Lee Cho
23. Pn. Liew Lee Chin 59. Pn. Thien Chin Yee
24. Pn. Siu Yen Teng 60. Pn. Wong Yen Ching
25. Cik Khor Sim Kait 61. En. Chong Chun Loong
26. Pn. Liew Shan Foo 62. En. Ng Wei Seng
27. Pn. Kooo Jenny 63. En. Teng Kim Thiam
28. Pn. Be Jiunn Tyng 64. En. Yong Szu Chun
29. Pn. Chau Chooi Ping 65. Pn. Hew Chin Lee
30. Pn. Hor Yin Han 66. Cik Koh Chiew Wah
31. Cik Lee Shin Juen 67. Pn. Bay Yit Hiang
32. En. Lee Yaw Kwang 68. Pn. Leong Wai Ling
33. Pn. Lee Sheau Houy 69. Pn. Sharifah
34. Cik Lee Tyzz Whei 70. Cik Intan
35. Pn. Chong Hoi Ying
36. Pn. Chang Sau Chan

AGENDA :

1.0 KATA-KATA ALUAN


1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua guru
yang hadir untuk mesyuarat.
1.2 Guru Besar juga menyatakan bahawa untuk sesi persekolahan 2017, guru
perlu membuat persediaan, memberi maklumat dan taklimat kepada murid.

Tindakan: Makluman
2.0 PERKARA-PERKARA BAHARU
2.1 Gred purata 5 teratas mengikut PPD Kinta Utara
2.1.1
Tindakan: Makluman

2.2 Sasaran
2.2.1 Hari pertama, PdP mesti bermula waktu ke-2. Buku Rekod Mengajar
mesti ditulis mengikut jadual waktu.
2.2.2 Waktu PdP bermula 7.45 pagi hingga 1.10 / 1.40 petang.
2.2.3 Waktu aktiviti kokurikulum bermula 10 Januari 2017 iaitu pada pukul
2.00 hingga 3.00 petang melibatkan hari Selasa dan Rabu sahaja.
2.2.4 Waktu program bacaan pagi bermula pada pukul 7.30 hingga 7.45 pagi.
Guru yang bertugas dikehendaki mula bertugas pada pukul 7.20 pagi.
Tindakan: Makluman

2.3 Kehadiran
2.3.1 Guru perlu hadir ke sekolah sekurang-kurangnya 10 minit awal
sebelum mula persekolahan iaitu pada pukul 7.35 pagi.
2.3.2 Guru bertugas program bacaan pagi dan tugasan-tugasan lain bermula
pada pukul 7.20 pagi.
2.3.3 Guru perlu pulang selepas habis waktu persekolahan rasmi (kecuali
guru lelaki beragama Islam yang pulang awal 2 waktu pada hari
Jumaat). Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, guru dikehendaki
keluar dari kawasan sekolah 10 minit lewat ( 1.20 petang / 1.50
petang / 3.10 petang)

2.4 Dasar dan Maklumat Baharu


2.4.1 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
2.4.2 UPSR format baharu 8 mata pelajaran mulai 2016.
2.4.3 KSSR (Semakan 2017) untuk Tahun 1.
2.4.4 KSSR (Tahun 2, 3, 4, 5, dan 6) dan Dasar MBMMBI menggantikan
PPSMI.
2.4.5 APTIS Test menggantikan CPT. Sasaran melibatkan semua guru
Bahasa Inggeris.
2.4.6 Ujian Kefasihan Bahasa Melayu melibatkan sasaran guru Bahasa
Melayu bukan opsyen.
2.4.7 e-SPBT 2015 iaitu pesanan buku teks secara online.
2.4.8 e-Sarana Ibu Bapa mesti dilaksanakan. Tumpukan data dan rekod
kehadiran ibu bapa.
2.4.9 Pengisian jawatan pengetua dan guru besar memerlukan sijil
NPQH/NPQEL IAB. Guru yang mempunyai pengalaman 3 tahun atau
3 tahun sebelum bersara.
2.4.10 Penilaian Prestasi melibatkan dua kaedah iaitu PBPPP untuk guru dan
e-prestasi untuk staf sokongan.
2.4.11 Bagi pertukaran murid, perlu mengisi borang permohonan pertukaran
baharu untuk SM sahaja, SR masih menggunakan borang lama.
2.4.12 e-Kehadiran murid (APDM).
2.4.13 e-Kehadiran guru (e-operasi-keberadaan guru).
2.4.14 e-Cuti (HRMIS).
Tindakan: Makluman

2.5 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2016-2020 (Gelombang II)


2.5.1 3 Gelombang.
2.5.2 5 Aspirasi Sistem iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
2.5.3 6 Aspirasi Murid melibatkan pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian,
identiti nasional.
2.6 Yuran Khas (Warga Asing)
2.6.1 Sukan (RM1.50)
2.6.2 Seni Lukis (RM1.50)
2.6.3 Perpustakaan (RM1.50)
2.6.4 Yuran Kokurikulum (RM3.00)
2.6.5 Kertas Ujian Dalaman (RM6.00)
2.6.6 Sukan Tahunan Sekolah (RM6.00)
2.6.7 Kegiatan Pendidikan Islam/Moral (RM6.00)
2.6.8 Derma Bakti/ Yuran MSSM (RM2.00)
2.6.9 Insuran Takaful (RM1.50)
Tindakan: Makluman

2.7 Tatasusila Profesion Perguruan


2.7.1 Tanggungjawab terhadap pelajar.
2.7.2 Tanggungjawab terhadap ibu bapa.
2.7.3 Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.
2.7.4 Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan.
Tindakan: Makluman

2.8 Pekeliling Iktisas


2.8.1 3/81 Penggunaan waktu tidak mengajar.
2.8.2 4/86 Peraturan pengurusan panitia.
2.8.3 3/99 Penyediaan rekod PdP.
Tindakan: Makluman

2.9 Moto PPD


2.9.1 Kinta Utara Sentiasa Unggul
Tindakan: Makluman

2.10 Moto JPN


2.10.1 Perak Excellent
Tindakan: Makluman
2.11 Sekolah-sekolah di Bawah Naungan KPM
2.11.1 Visi Sekolah Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.
2.11.2 Misi Sekolah Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk
Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
Tindakan: Makluman

3.0 PERHIMPUNAN BULANAN PPD KINTA UTARA


3.1 Pencapaian UPSR PPD Kinta Utara
3.1.1 Jumlah calon sebanyak 34,796 murid.
3.1.2 3,884 murid (11.34%) di tahap cemerlang.
3.1.3 23,977 murid (70.0%) lulus.
3.1.4 GPN adalah 2.16.
3.1.5 Perbandingan mengikut negeri (GPN:2.97), Perak di kedudukan 10.
3.1.6 Perbandingan mengikut peratus lulus (67.26%), Perak di kedudukan
10.
3.1.7 Perbandingan mengikut peratus cemerlang (1.05%), Perak di
kedudukan 11.
3.1.8 Gred purata mengikut daerah; Kinta Utara (2.80), Hilir Perak (2.95),
Kerian (2.96), Manjung (3.00), Larut/ Matang/ Selama (3.01), Perak
Tengah (3.03), Kinta Selatan (3.04), Batang Padang (3.09), Kuala
Kangsar (3.13) dan Hulu Perak (3.24).
3.1.9 Senarai 10 sekolah terbaik pencapaian UPSR 2016 mengikut GPS; SK
Convent (1.85), SK Marian Convent (2.08), SJK(C) Ave Maria
Convent (2.13), SJK(C) Pei Cheng (2.24), SJK(T) Ladang Changkat
Kinding (2.33), SJK(C) Chung Shan (2.33), SJK(C) Yuk Choy (2.38),
SK Tarcisian Convent (2.41), SK Seri Ampang (2.42) dan SK Raja
Perempuan (2.43).
Tindakan: Makluman

3.2 Pencapaian Saringan PPD Kinta Utara


3.2.1 Literasi Bahasa Melayu (99.14%)
3.2.2 Literasi Bahasa Inggeris (97.54%)
3.2.3 Numerasi (99.08%)
3.2.4 Secara keseluruhan, program LINUS 2.0 berjaya meningkatkan tahap
penguasaan murid Tahun 3.
Tindakan: Makluman

3.3 Pencapaian dan Sasaran Sukan PPD Kinta Utara


3.3.1 Kokurikulum (Negeri) KPI (Johan Negeri); Pencapaian 2016 (27
Johan); Sasaran 2017 (30 Johan).
3.3.2 Kokurikulum (Kebangsaan) KPI (3 Terbaik Kebangsaan);
Pencapaian 2016 (7); Sasaran 2017 (8).
3.3.3 Sukan KPI (Johan MSS Negeri Perak); Pencapaian 2016 (13 Johan);
Sasaran 2017 (16 Johan).
3.3.4 Tahun 2016 Kinta Utara menjadi johan negeri Perak kepada 13
permainan / sukan daripada 19 yang dipertandingkan.
3.3.5 Aktiviti kokurikulum menjadi naib johan keseluruhan negeri Perak.
3.3.6 Pencapaian sukan 2016 (13 Johan Negeri; Golf, Kriket, Ragbi, Catur,
Ping Pong, Tenis, Boling Tenpin, Sofbol, Bola Jaring, Badminton,
Hoki, Bola Keranjang dan Sepak Takraw).
Tindakan: Makluman

3.4 Hasrat PPD Kinta Utara


3.4.1 Sifar Band 5 dan 6.
3.4.2 Peningkatan Sekolah Band 1 dan Band 2.
3.4.3 Peningkatan Prestasi Peperiksaan Awam.
3.4.4 Purata Kehadiran Murid Melebihi 95%.
3.4.5 Merapatkan Jurang Pencapaian Akademik Sekolah Bandar dan Luar
Bandar.
Tindakan: Makluman

3.5 Persediaan Awal Tahun 2017


3.5.1 Perhimpunan pagi hari pertama persekolahan.
3.5.2 PdP hari pertama persekolahan.
3.5.3 Jadual waktu.
3.5.4 Buku teks.
3.5.5 Kantin.
3.5.6 Keceriaan sekolah.
3.5.7 Buku persediaan mengajar dan buku jadual kedatangan.
3.5.8 Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan murid bukan warganegara.
3.5.9 Sumbangan PIBG.
3.5.10 Jumlah hari persekolahan.
3.5.11 Peruntukan PCG mata pelajaran.
3.5.12 Bendera
3.5.13 Buku pengurusan dan takwim sekolah.
3.5.14 Pertukaran guru.
3.5.15 Dasar 1 Murid 1 Sukan.
Tindakan: Makluman

3.6 Hal-hal Lain


3.6.1 Penyata kewangan hari terbuka PPD Kinta Utara. Program dijalankan
pada 8 Oktober 2016 di PPD Kinta Utara, SMK Anderson dan SK
Cator Avenue. Jumlah terimaan (RM259,003.70), jumlah perbelanjaan
(RM114,306.62), baki (RM144,69.08).
3.6.2 Aduan melibatkan 32 aduan iaitu; tindakan tidak adil (3), salah guna
kuasa (11), salah laku anggota awam (10), kegagalan mengikut
prosedur yang ditetapkan (3), kegagalan penguatkuasaan (1), kualiti
perkhidmatan yang tidak memuaskan (3), dan disiplin murid (1).
3.6.3 Permohonan lawatan sekolah perlu dikemukakan mengikut tempoh
masa yang ditetapkan. Dokumen yang diperlukan lengkap dan
mencukupi.
3.6.4 10 sekolah terbaik peratusan KPI VLE FROG di PPD Kinta Utara
tahun 2016; SJK(C) Sam Tet (100%), SJK(C) Lahat (97.56%), SKJ(C)
Perak (95.12%), SJK(C) Tat Choi (95.12%), SMK Wira Jaya (95.12%),
SK Pinji (85.37%), SJK(C) Ave Maria Convent (82.93%), SK Seri
Mutiara (82.93%), SJK(C) Gunong Hijau (78.05%) dan SMK Tambun
(75.61%).
3.6.5 Kelas aliran agama layak dimohon oleh murid yang lulus peperiksaan
UPSR tahun 2016 dengan memperoleh sekurang-kurangnya 2A2B2C.
Calon akan menduduki ujian kelayakan pada 7 Januari 2017.
3.6.6 Program J-Qaf memastikan guru Pendidikan Islam mengajar hanya
subjek Pendidikan Islam dan model-model program J-Qaf. Sehingga
30 November 2016, sebanyak 13 buah sekolah yang masih kekurangan
seorang guru Pendidikan Islam dan 1 sekolah yang masih kekurangan
seorang guru Bahasa Arab yang akan diselesaikan sekiranya
mempunyai bekalan guru tambahan.
3.6.7 Program Antibuli harus dirancang dan dilaksanakan mengikut
keperluan sekolah harian dan asrama bagi mengelakkan suasana tidak
selamat. Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah perlu ditubuhkan di
setiap sekolah bagi melatih dan menangani aspek jenayag dan
pencegahannya.
3.6.8 Program Penyayang menerusi 3S (Senyum, Sapa, Salam) perlu
dipertingkatkan dan dikemas mengikut identiti dan infrastruktur
sekolah. Sebaik-baiknya perlu berada untuk menyambut ketibaan
warga sekolah 20 minit sebelum loceng pertama berbunyi. Pelancaran
program akan dilaksanakan secara selaras semua sekolah pada 16
Januari 2017 dan majlis pelancaran daerah akan diadakan di SMK
Simpang Pulai, Ipoh pada pukul 7.10 pagi.
3.6.9 Peruntukan kokurikulum yang diturunkan ke sekolah tidak boleh
digunakan untuk sebarang penggunaan aktiviti sukan. Bagi tahun 2017,
semua acara kokurikulum akan dilaksanakan terus ke peringkat daerah
(tiada peringkat zon/ kelompok). Pembayaran yuran pertandingan
hanya sekali sahaja dan membantu sekolah supaya terlibat sebagai
pengelola pertandingan daerah sekali sahaja.

Tindakan: Makluman

4.0 TAKLIMAT GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM


4.1 Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan 9 orang guru baharu iaitu Pn. Goh
ST, Pn. Khoo Jenny, Pn. Be Jiunn Tyng, Pn. Chang Sau Chan, Pn. Chong Hoi
Ying, Pn. Thien Chin Yee, Pn. Cheng Hin Lee, Cik Ong Mei Yun dan Cik Lee
Tyzz Whei. Pada bulan Februari, pihak KPM akan menghantar guru baharu
dari IPG.
4.2 Terdapat perubahan jawatan baharu melibatkan Ketua Panitia Sejarah, Cik Lee
See Thing yang telah bertukar sekolah, pihak sekolah melantik Pn. Chau
Chooi Ping menjadi Ketua Panitia Sejarah yang baharu. Bagi Ketua Panitia
Sains, pihak sekolah melantik Pn. Hor Yin Han. En. Foo Jing Yao yang
mengendalikan FROG VLE akan digantikan dengan En. Tan Chyin Chieh.
4.3 Dalam tempoh minggu pertama hari persekolahan, semua urusan berjalan
dengan lancar, tiada kesilapan dalam jadual waktu, tiada perpindahan, barulah
pihak sekolah akan mencetak takwim untuk diedarkan kepada guru-guru.
4.4 Perpindahan takwim akan dibuat bagi kesilapan ejaan dan bukannya
melibatkan agihan tugas guru. Guru diminta menggunakan pen merah bagi
mencatat perpindahan dan menyerahkannya kepada PK 1 pada hari Khamis
minggu pertama.
4.5 Semua senarai tugas dan panduan ada tercatat pada halaman 49 hingga 78.
Guru-guru diminta merujuk dan menjalankan tugasan masing-masing dalam
bidang pentadbiran, HEM dan Kokurikulum mengikut tarikh dan agihan tugas
yang telag ditetapkan oleh pihak sekolah.
4.6 Guru dikehendaki membaca halaman 3 Buku Persediaan Mengajar iaitu
melibatkan Tatasusila Profesion Perguruan.
4.7 Buku Persediaan Mengajar perlu dihantar untuk disemak dan ditandatangan
oleh PK 1 pada setiap hari Jumaat setiap minggu. Pada 6 Januari, Buku
Persediaan Mengajar guru perlu dihantar untuk disemak dan ditandatangan
oleh Guru Besar. Guru perlu melengkapkan halaman 8, 9, 10, 13 dan 16.
4.8 Pihak sekolah turut menerima ringkasan pengajaran yang dicetak dan ditampal
ke dalam Buku Persediaan Mengajar.
4.9 Bagi waktu tambahan Bahasa Cina yang diajar oleh Pn. Bay bagi Tahun 1, Cik
Koh bagi Tahun 2 dan Pn Leong bagi Tahun 3. Murid-murid berbangsa Cina
akan berada di kelas dan guru akan masuk untuk mengajar Bahasa Melayu
sebagai waktu tambahan bahasa.
4.10 Jadual waktu kelas dan individu akan diedarkan pada sesi akhir mesyuarat.
Dalam minggu pertama, guru disarankan untuk tidak menampal terlebih
dahulu jadual waktu dalam Buku Persediaan Mengajar kerana
berkemungkinan terdapat pindaan. Pindaan yang dilakukan harus mendapat
persetujuan daripada kedua-dua belah pihak. Segala pindaan ditandai dengan
pen merah dan tarikh akhir pindaan tersebut ialah pada hari Khamis minggu
pertama.
4.11 Waktu ke-9 dan 10, setiap hari Jumaat adalah waktu bahasa iaitu murid-murid
bangsa lain dikumpulkan dalam satu kelas.
4.12 Pihak sekolah masih kekurangan seorang guru kelas 4B. Oleh hal yang
demikian, waktu guru 4B akan dibahagikan kepada Pn. Leong Wai Ling, Cik
Koh Chiew Wah, Pn. Hew, En. Yong dan Pn. Bay.
4.13 Setiap kelas dan bilik khas mesti mempamerkan maklumat penting sekolah
sepeti Jadual Waktu Kelas, Jadual Petugas Murid, Takwim Sekolah, Misi, Visi
Sekolah, Pelan Kawasan Keselamatan, Lagu Negaraku, Lagu Perak, Lagu
Sekolah dan lain-lain.
4.14 Fail PBS tahun ini berwarna kuning. Label fail, surat lantikan dan borang
biodata guru telag diedarkan kepada semua staf. Guru-guru diminta menanda
dan menghantar fail untuk disemak oleh PK 1 mengikut tarikh yang telah
ditetapkan.
4.15 Hari Khamis merupakan Hari Orientasi muri Tahun 1. Guru-guru diminta
memakai baju batik.
4.16 Kelas tuisyen petang akan bermula pada minggu kedua. Guru diminta
mengajar mengikut isi kandungan yang terdapat dalam buku teks sebagai
ulangkaji sementara pihak sekolah masih menunggu buku kerja murid.
4.17 Bacaan pagi bermula pada minggu kedua yang melibatkan murid Tahun 1
hingga 5. Murid Tahun 6 pula dikehendaki masuk ke dalam kelas pada pukul
7.20 pagi untuk tuisyen pagi. Jadual bagi program bacaan pagi disediakan oleh
Pn. Chai.
4.18 Peraturan Perkhidmatan;
4.18.1 Guru mesti masuk ke dalam kelas dan masuk sekolah tepat pada masa
bagi mengelakkan masalah disiplin murid di dalam kelas tanpa guru
seperti mereka berlawan, bergaduh dan melibatkan masalah disiplin.
Sekiranya berlaku sesuatu yang buruk, maka segala permasalahan
adalah di bawah tanggungjawab guru.
4.18.2 Guru perlu memakai pakaian yang bersesuaian dan mengikut
Pekeliling Perkhidmatan. Guru diminta merujuk kandungan yang
terdapat dalam Buku Persediaan Mengajar halaman 3, 4, 5 dan 6.
4.18.3 Guru-guru yang tidak menghadiri aktiviti sekolah dikehendaki
memohon kebenaran atau memohon cuti terlebih dahulu.
4.18.4 Atas teguran PPD dan JPN, guru tidak dibenarkan keluar sekolah pada
waktu bekerja atau masa terluang. Guru yang terpaksa keluar wajib
atau melibatkan hal peribadi perlu memaklumkan terlebih dahulu
kepada pihak sekolah dan mengisi Catatan Pergerakan Guru yang
terdapat di dalam bilik PK. PPD dan JPN amat menitikberatkan
keberadaan guru di sekolah semasa waktu persekolahan.
4.18.5 Guru perlu menyelesaikan tugasan yang diamanahkan mengikut masa
yang ditetapkan, khususnya melibatkan laporan yang perlu dihantar
kepada PPD dan JPN.
4.18.6 Murid-murid yang ingin pulang awal, guru di dalam kelas perlu
mengarahkan ketua kelas membawa murid tersebut dan ibu bapa ke
bilik guru untuk mengisi Catatan Pergerakan Murid.
4.18.7 Guru-guru telah diedarkan surat turun kuasa bagi menghukum murid
oleh Guru Besar. Guru diminta membaca dan mengikut arahan semasa
menghukum murid, elakkan daripada aduan ibu bapa.
4.18.8 Guru kelas atau guru mata pelajaran dikehendaki menjaga disiplin di
dalam kelas dengan mengiringi murid setiap masa. Keselamatan dan
disiplin kelas adalah tanggungjawab guru mengikut jadual waktu
induk.
4.18.9 Guru-guru dilarang menggunakan telefon bimbit semasa PdP. Murid-
murid akan memaklumkan kepada ibu bapa situasi di dalam bilik
darjah. Dalam tahun ini, pihak sekolah sering kali menerima aduan
daripada ibu bapa berkaitan permasalahan ini
4.18.10 Guru-guru diminta memberi latihan yang mencukupi kepada
murid. Guru-guru juga perlu memeriksa buku latihan murid dengan
berhati-hati dan berprofesional.
4.18.11Guru tidak dibenarkan menggunakan komputer, printer dan mesin
fotostat sekolah melibatkan urusan peribadi.
Tindakan: Makluman
5.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.

Tindakan: Makluman

Disediakan oleh, Disemak oleh,

.................................................................... ..........................................
. (MOHD FARIS B CHE MOHD RAHIMI) (HON MAY
CHING)
Guru Bahasa Melayu, Penolong Kanan 1,
SJK(C) Poi Lam. SJK(C) Poi Lam.
Disahkan oleh,

.....................................
(FOO FOOK KEONG)
Guru Besar,
SKJ(C) Poi Lam.

You might also like