Pulau Haba

Perkembangan ekonomi yang pesat di bandar boleh mengakibatkan terbentuknya pulau haba Pulau haba merujuk kepada keadaan suhu yang tinggi dalam kawasan bandar seperti di Negara Jepun dan di Mentakab. Ini terjadi akibat banyak bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat dan pembinaan jalan raya. Bangunan konkrit bukan sahaja dapat menyerap dan memerangkap haba tetapi juga menghalang tiupan angin. Selain itu, penumpuan kilang-kilang dan kenderaan bermotor di pusat bandar juga menyebabkan kandungan karbon dioksida di udara semakin bertambah. Kekurangan tumbuhtumbuhan menyebabkan karbon dioksida tidak dapat diserap. Lapisan karbon dioksida dan bahan-bahan pencemar lain akan menghalang pembalikan haba ke atmosfera.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful