You are on page 1of 11

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat
serta nikmat masa, nyawa, tenaga yang dianugerahkanNya kepada kami
dapat juga kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, kami ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini
kepada pensyarah tercinta kami, Dr. Roslan bin Umar kerana dengan
tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk kami
menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa kami yang memberi pemudahcara untuk menyiapkan
kerja kursus ini. Mereka telah memberikan kami segala kemudahan dan
sokongan moral yang tidak terhingga sampai kami berjaya menghabiskan
tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga kami tujukan kepada rakan-rakan
yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang kami telah
alpa. Mereka membantu kami dengan memberikan idea-idea yang relevan
semasa dalam melaksanakan tugasan ini.

Akhir madah, kami mengucapkan terima kasih kepada mereka
yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam melaksanakan kerja
kursus ini.Terima kasih.

1

SOALAN KAJIAN 5 7. OBJEKTIF KAJIAN 5 6. LATAR BELAKANG KAJIAN 3 3. TUJUAN KAJIAN 5 5. SENARAI KANDUNGAN BI PERKARA MUKA SURAT L 1. PENDAHULUAN 3 2. METODOLOGI KAJIAN 8 9. SOROTAN LITERATUR 6 8. KESIMPULAN 9 10 RUJUKAN 10 . 2 . PERNYATAAN MASALAH 4 4.

1989). Penambahbaikkan ini perlu untuk melahirkan impak yang mendalam terhadap masyarakat dan menarik minat mereka untuk menceburi dalam bidang ini. bidang Ilmu Falak telah berkembang pesat apabila manusia menerusi akal dan wahyu mula mengenalpasti sistem pergerakan alam ini untuk digunakan dalam kehidupan mereka. 2. planet. yang berhubung dengan kehidupan dan untung nasib. galaksi dan sebagainya. pengkhususan tajuk ini adalah perbandingan tentang pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. iaitu ilmu yang membolehkan manusia mengeksploitasi kewujudan alam ini untuk kepentingan manusia sendiri (teknologi). bintang. Sains tulen adalah ilmu pengetahuan berkaitan dengan alam semesta dan berkait rapat dengan sains gunaan. Ilmu Falak.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Sains adalah ilmu yang mengkaji fakta yang dicerap dan disusun secara bersistem dan dihimpun dalam bentuk hukum umum (Baharudin. saintis Islam telah menjadikan zaman mereka sebagai peralihan daripada ‘sains yang berbaur dengan tahyul 3 . Oleh itu.1. matahari. Bermula dengan era di mana objek langit dikaitkan dengan ketuhanan dan penyembahan.0 PENDAHULUAN Pengurusan falak di Malaysia merupakan salah-satu badan organisasi yang penting terhadap masyarakat. merupakan salah satu daripada cabang sains. adalah ilmu yang berkaitan dengan cakerawala seperti bulan. sains gunaan dan sains sosial. Umumnya sains terbahagi kepada tiga: sains tulin (tabie). Ini kerana dapat membantu dalam penentuan arah kiblat dan taqwim hijri. Menurut Baharrudin (2007). Terdapat perkara-perkara yang perlu dilakukan penambahbaikkan terhadap pengurusan falak di tempat tersebut.

pemetaan. Penyataan masalah 4 . Pengurusan bagi setiap balai cerap juga mungkin terdapat perbezaan. Skop dan definisi Ilmu Falak atau Astronomi yang telah berubah daripada “sains berkaitan objek di angkasa” (Hartmann.dan mitos’ kepada sains yang bersifat ‘empirikal. Dengan adanya kajian kami ini. Penyataan masalah kedua ialah. Pengetahuan tentang sistem orbit misalnya telah menghasilkan teknologi satelit yang telah mengubah sistem perhubungan masakini. 3. pelayaran. 1987) kepada skop yang lebih luas meliputi bidang-bidang sains fizik. masyarakat dapat mmbezakan sistem pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. masyakarakat dapat mengenalpasti sistem pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin bahkan dapat membandingkan secara langsung perbezaan sistem pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Balai cerap di Malaysia juga sudah banyak dibina.0 PERNYATAAN MASALAH Antara sebab kami memilih tajuk ini ialah kerana masyarakat kurang mengetahui tentang sistem pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin bahkan mungkin ada diantara mereka tidak menyedari kewujudan balai cerap di tempat tersebut. Oleh itu. biologi. Masyarakat beranggapan sistem pengurusan dan aktiviti di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin tiada perbezaan. Sains Islam menjadi ‘satu sistem yang holistik di mana satu agama dengan pelbagai kebudayaan dan tamadun bercampur’. Aktiviti-aktiviti falak di Malaysia sudah tidak asing lagi bagi masyarakat hari ini. Menurut beliau lagi. eksperimental dan praktikal’. Dengan kajian yang kami lakukan ini. kami fokus kami adalah pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. kajicuaca dan sebagainya telah menghasilkan teknologi yang mampu mengubah cara kehidupan manusia hari ini.

pihak pengurusan boleh mengetahui kelemahan pengurusan falak mereka dan menjadikan kebaikan pengurusan falak di tempat lain sebagai contoh. 2. Memberi cara untuk menarik minat masyarakat kepada falak daripada pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Mengenalpasti cara untuk memberi kesan mendalam daripada pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin terhadap masyarakat berkaitan falak. 2. Segala kelemahan pengurusan falak boleh diperbaiki dari hari demi hari. Pihak pengurusan falak di Selangor dan Universiti kurang peka dengan cara untuk memperbaiki sistem pengurusan falak di tempat masing-masing. Menambahbaik pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. 5 . Apakah perkara yang perlu ditambahbaik tentang pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Mengenalpasti cara untuk menarik minat masyarakat terhadap falak daripada pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Mengemukakan cara untuk memberi kesan mendalam daripada pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin kepada masyarakat berkaitan falak. 6.terakhir ialah. 2. 5. 3. Apakah cara untuk memberi kesan mendalam daripada pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin terhadap masyarakat. 4. Dengan adanya kajian kami ini.0 SOALAN KAJIAN 1.0 TUJUAN KAJIAN 1. Mengenalpasti perkara yang perlu ditambahbaik terhadap pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 1.

Selain itu. bahagian Falak di UniSZA hendaklah memperkenalkan kakitangan unit Falak di UniSZA agar memudahkan para pelajar untuk bertanyakan sesuatu tentang ilmu Falak. Begitu juga dengan pengurusan Falak di UniSZA. ianya juga untuk mengetahu kesan yang dapat diberikan kepada masyarakat tentang ilmu falak serta bagaimana cara untuk menarik minat masyarakat terhadap ilmu falak. 6 . Bagaimana cara bagi menarik minat masyarakat kepada falak daripada pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. 3. Bahagian falak di Selangor iaitu dibawah Jabatan Agama Islam Selangor hendaklah merancang pelbagai aktiviti yang dapat dijalankan secara sistematik. Selain itu. Pengurusan Falak di UniSZA hendaklah mengambil langkah yang sama bagi membolehkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan ilmu Falak dapat dilakukan. 7. Pengurusan Bahagian Falak di Selangor perlulah memperkemaskan lagi carta organisasi pengurusan. Hal ini adalah bagi menyesuaikannya dengan perkembangan semasa selain dapat memenuhi keperluan masyarakat. Bahagian Falak di UniSZA hendaklah menambahkan lagi kakitangan-kakitangan yang mempunyai kemahiran dalam bidang Falak.0 SOROTAN LITERATUR Kajian literatur ini dijalankan untuk memberikan penambahbaikan terhadap pengurusan falak di Selangor dan Unisza.

aplikasi Falak dan sebagainya. Selain itu. Kelab ini dapat memberi ruang kepada para pelajar untuk mengaplikasi ilmu Falak dalam kerja lapangan seperti pemasangan teleskop. planet dan sebagainnya. Selain itu. Seterusnya ialah bahagian falak di Selangor hendaklah menarik minat masyarakat tidak kira golongan tua mahupun muda untuk mengetahui serba sedikit tentang ilmu falak. Masyarakat hendaklah mengetahui bagaimana untuk menentukan arah kiblat apabila hendak mendirikan solat. objek-objek di angkasa. hari raya dan sebagainya. Pihak universiti hendaklah mewujudkan sebuah kelab yang diketuai oleh pensyarah dalam bidang Falak. Subjek ini dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang sejarah Ilmu Falak. Salah satu cara untuk menarik minat mahasiswa di universiti ialah dengan menjadikan Ilmu Falak sebagai subjek elektif di setiap fakulti pengajian. Dengan pendedahan tersebut. Banyak aktiviti yang dapat dianjurkan oleh kelab ini sehingga dapat menarik minat pelajar tentang ilmu Falak. unit falak ini hendaklah menyedarkan masyarakat akan kepentingan mempunyai ilmu pengetahuan tentang falak. masyarakat dapat mengetahui perkara berkaitan dengan buruj. Unit Falak ini hendaklah memberikan penerangan kepada masyarakat di Malaysia tentang isu falak seperti perbezaan tarikh puasa. Unit Falak hendaklah memberikan pendedahan umum kepada masyarakat tentang ilmu falak agar dapat menimbulkan minat masyatakat terhadap aktiviti yang berkaitan dengan ilmu falak. Selain itu. masyarakat akan mengambil berat tentang tarikh hijri Islam berdasarkan takwin hijri yang dibuat oleh Jabatan Agama Negeri masing-masing. 7 .

b) Laporan-laporan kajian Banyak laporan kajian tentang pengurusan falak yang didapati.0 METODOLOGI KAJIAN 8. Memang terdapat banyak buku rujukan dan beberapa buah jurnal ilmiah yang membincangkan tentang tajuk ini. 8.para pelajar dapat mempelajari kemahiran untuk mencerap anak bulan dan menentukan arah kiblat. c) Maklumat daripada internet 8 .1 KAJIAN PERPUSTAKAAN a) Buku-buku rujukan dan jurnal-jurnal ilmiah Untuk menjalankan kajian ini.1. pengkaji telah memulakan langkah pertama dengan membuat banyak rujukan ke atas buku-buku rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.1KAEDAH KAJIAN 8.

0 KESIMPULAN Natijahnya. Kajian kami ini hanyalah menyentuh beberapa perbandingan sistem pengurusan falak. Perbandingan ini dikaji 9 . Untuk mengharapkan ia menjadi momentum kepada kajian seterusnya mungkin terlalu besar. tentunya memerlukan ruang kajian yang lebih meluas. setidaknya mendorong kita untuk sama berfikir dan mencari langkah wajar untuk memantapkan pengurusan falak di Malaysia contohnya di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin. Oleh itu. Mereka boleh berusaha untuk menaiktaraf pegurusan falak. membincangkan tentang perbandingan pengurusan falak di Selangor dan Universiti Sultan Zainal Abidin pada ketika pengurusannya masih perlu ditambah baik dari hari demi hari. kelebihan dan kelemahan sistem pengurusan secara langsung atau tidak langsung. diharapkan agar masyarakat dan pihak pengurusan falak peka dengan kelemahan pengurusan falak di tempat masing-masing. 9. ‘Laman web’ yang dicapai adalah yang boleh dipercayai sumbernya dan kesahihan maklumat yang diperolehi. Terdapat ‘laman web’ yang memberi maklumat berkaitan tentang tajuk kajian ini.

com.asp? y=2010&dt=1111&pub=utusan_malaysia&sec=Sains_ %26_Teknologi&pg=st_01. Prosiding Seminar Falak UDM 2007 Peringkat Kebangsaan.bertujuan supaya masyarakat dan pihak pengurusan dapat mengambil contoh dan ikutan dari pengurusan falak di tempat lain 10. Sains Menurut Perspektif Islam.utusan. Kuala Lumpur: UKM. Baharudin Yatim.htm&arc=hive#ixzz4fN0gNFhX di capai pada 27 April 2017 10 .my/utusan/info.0 RUJUKAN Baharrudin Zainal (2007). Beberapa Mauduk Kajian Sejarah Sains Falak. Dr. (1989). http://ww1. Takrif Dan Konsep-Konsep Asas Sains Moden.

utusan.com.356703 di capai pada 27 April 2017. 11 .https://m.my/sains-teknologi/sains/astronomi-tarik-minat- remaja-1.