You are on page 1of 11

ISI KANDUNGAN

BI PERKARA MUKA SURAT
L

1.0 PENGENALAN 2

2.0 PENCARIAN LITERATUR 3

3.0 PERBINCANGAN 4

3.1 Peranan Penolong Pegawai Perubatan 8

4.0 RUMUSAN 9

RUJUKAN 10

LAMPIRAN 11

1

1: Analisis Risiko Rajah diatas menunjukkan perkaitan analisis risiko (Risk Matrix) iaitu diantara kebarangkalian terjadi risiko. pastinya semua ingin berasa selamat baik yang tengah sihat mahupun yang sedang sakit.0 PENCARIAN LITERATUR 2 . Keupayaan perawat atau “Health Service Provider” dalam mengenalpasti risiko yang boleh terjadi pada bila-bila masa adalah amat penting Rajah 1. mereka boleh melindungi diri mereka sendiri daripada ditimpa malapetaka. dan tahap keterukan yang boleh terjadi.1. Semakin tinggi kebarangkalian sesuatu eksiden boleh berlaku. ujar staf jururawat di Hospital Sultan Abdul Halim. “Pesakit di wad perlulah diberikan bimbingan awal ketika mula dimasukkan ke wad dan dipantau secara berterusan”.0 PENGENALAN Apabila membicarakan tentang keselamatan. Berbeza pula dengan pesakit yang dirawat di hospital. semakin teruklah keadaan yang boleh berlaku. Keselamatan tidak boleh terlari dengan risiko. HSAH. Bagi individu yang sihat sejahtera. Ini kerana mereka tidak mampu untuk menjaga keselamatan mereka sendiri. 2.

dimana semuanya menjadikan 1402 buah ambulans di seluruh negara (Utusan. Datuk Seri Liow Tiong Lai berucap ketika persidangan Dewan Rakyat yang diadakan pada tarikh yang sama menyatakan dalam ucapannya bahawa purata yang terpampar di tajuk utama berita ini merupakan data daripada 137 buah hospital. 2016). lebih 800 klinik kesihatan. Datuk Seri Dr. Menteri Kesihatan. Tanggal 25 Oktober 2016. 2016) 3 . baju. “Purata 57 kemalangan libatkan ambulans setiap tahun”. Johor Bahru dimana enam pesakit yang terdiri daripada 4 wanita dan dua lelaki didapati maut di dalam tragedi tersebut (Astro Awani. Subramaniam berkata bahawa kapasitor lampu di dalam Wad ICU tersebut terbakar dan berkemungkinan terkena bahan mudah bakar seperti cadar. 2011). dan langsir. S. Menteri Kesihatan. satu mimpi ngeri telah menimpa Wad Unit Penjagaan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah. Nilai tersebut merangkumi kes yang melibatkan dan tidak melibatkan kecederaan ataupun kematian. Beliau mengesahkan punca tersebut setelah memperoleh laporan lengkap yang dikeluarkan oleh pihak Bomba dan Jabatan Kerja Raya (JKR) (Astro Awani.Memetik tajuk utama berita Utusan 3 Oktober 2011.

cara (method). mesin (machine). ujar staf jururawat di HSAH. Sekiranya pesakit tidak mendapat perlindungan keselamatan ketika berada di wad. dan material (material). Pencuci yang bertugas di wad haruslah memastikan keadaan keliling wad berada dalam keadaan bersih dan lantai tidak terdapat air yang banyak serta tumpahan discaj pesakit diatas lantai. pembantu perubatan ataupun jururawat sahaja. Ini tidak hanya melibatkan doktor.0 PERBINCANGAN Setelah meratapi rentetan kemalangan yang pernah berlaku. setiap personnel yang berada di wad haruslah dilatih terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang kerja di wad. Staf jururawat tersebut menambah. Berdasar kepada teknik pengesanan masalah Ishikawa Bone Diagram. 4 . adalah penting supaya kita sebagai perawat tahu bagaimana untuk memastikan kecelakaan dapat dielakkan sekaligus keselamatan pesakit dapat terus dijaga. rujuk ke hospital lain mahupun ketika mengambil pesakit on-site iaitu di tempat kemalangan. ia juga melibatkan transit ke wad berlainan. ini boleh mengakibatkan berbagai komplikasi yang boleh berlaku kepada pesakit. ujar staf jururawat disini. empat perkara perlu dititikberatkan iaitu manusia (man).3. Dimulakan dengan manusia. malah pencuci dan jurutera haruslah dilatih supaya meminimakan kebarangkalian eksiden boleh berlaku. keselamatan pesakit tidak terbatas di wad sahaja.

adalah lebih baik pesakit tersebut diberikan sahaja tempat tadah najis “Bedpan” atau dipakaikan sahaja lampin ke atas pesakit tersebut. adalah amat penting supaya setiap pengguna yang menggunakan peralatan tersebut tahu akan bagaimana menggunakannya dengan cara yang betul. kita tidak terlari dengan mesin di sekeliling kita. Bagi memastikan keselamatan pesakit terjaga. sekiranya pesakit tidak mampu pergi ke tandas untuk membuang air. cara perawatan yang bersesuaian haruslah dipilih yang dikira terbaik. kita dapat mengurangkan risiko terhadap berbagai permasalahan lain yang boleh berlaku. Menjelang era zaman sains dan teknologi. adalah penting supaya menyelenggara peralatan yang rosak di wad secepat mungkin supaya mengelakkan risiko kejadian wad terbakar seperti di Hospital Sultanah Aminah. pam oksigen. Mesin yang mudah dilihat di wad seperti kipas. Sungguhpun begitu. Peralatan-peralatan ini mudah mengalami kerosakan apabila dimamah masa yang lama. 5 . Dengan memilih teknik yang betul dalam melakukan sebarang aktiviti di wad. pam penyedut dan banyak lagi peralatan amat penting supaya perawatan dapat dilakukan dengan rapi dan teliti. ujar staf jururawat HSAH. lampu. Ambil contoh situasi. Johor Bahru. Oleh yang demikian. ujar staf jururawat HSAH. memudahkan dan tidak menyakitkan pesakit.

Pesakit yang dikategorikan akut dan pesakit yang mempunyai keadaan penyakit yang teruk. perihal makanan juga menjadi isu utama supaya pesakit tidak mengalami keracunan makanan atau tidak kena diet terhadap pesakit yang khusus. Setelah 4 langkah pencegahan risiko dalam pengesanan masalah (melalui Ishikawa Bone Diagram) telah dilakukan. pesakit akan dikategorikan sebagai akut. barulah kita sebagai perawat membimbing pesakit yang masuk ke wad supaya dapat penjagaan keselamatan yang sepatutnya mereka peroleh. Ini kerana sesetengah pesakit perlu menjaga kandungan gula dalam darah. Perawatan ubatan biasanya diberi melalui ubatan ke mulut. akan diletakkan berhampiran dengan kauntet supaya dapat dipantau segera oleh staf jururawat. atau menjaga darah tinggi pesakit. ujar staf jururawat di HSAH. Sekiranya pesakit tidak stabil. Kesemua ubatan ini tidaklah boleh bertahan selamanya. Pembantu Perawat Kesihatan (PPK) di HSAH sentiasa memastikan makanan yang disajikan sama seperti apa yang dipesan. Pesakit yang masuk ke wad akan di nilai dari sudut stabiliti pesakit. ujar staf PPK di HSAH. keadaan penyakit yang dialami pesakit dan kebolehupayaan pesakit. suntikan dan secara sapuan. 6 . pemeriksaan setiap shif dan setiap hari keatas kesemua ubatan di wad mesti dilakukan supaya ubatan yang telah tiba tarikh luput tidak akan digunakan keatas pesakit. Perawatan terhadap pesakit rasa janggal sekiranya tidak diberikan ubatan. Selain itu. hatta sakit kepala pun memerlukan “Paracetamol” ujar staf jururawat HSAH. Oleh yang demikian.

ujar staf jururawat HSAH. atau Tibi perlulah diisolasikan dengan meletakkan mereka berasingan dengan pesakit-pesakit yang lain. Penyakit bawaan udara seperti Influenza H1N1. 3. Sekiranya pesakit tersebut didapati stabil dan penyakit yang dialami pesakit tidak teruk. ujar Ketua Jururawat di HSAH. PPP yang ditugaskan untuk menjaga seorang pesakit. kebiasaanya satu-satu wad mempunyai sekurang-kurang 30 hingga 40 pesakit pada satu-satu masa. mereka akan diletakkan jauh daripada wad kerana pesakit masih kuat berbanding pesakit yang berada didepan kaunter. Ini kerana ramai mengetahui bilangan pesakit yang berada di wad bukanlah 1 atau 2 orang sahaja. Ini penting supaya kita dapat melindungi diri kita daripada dijangkiti penyakit yang dihidapi pesakit kepada diri kita dan juga kepada orang lain. 7 .1 PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN Menjadi sebahagian daripada pasukan perawat kepada pesakit yang berada didalam wad merupakan satu tugas yang mencabar. Tidak pernah lagi penolong pegawai perubatan. Oleh yang demikian adalah penting bagi PPP mengamalkan langkah pencegahan universal (Universal Precaution) iaitu dengan memakai peralatan perlindungan diri (Personal Protective Equipment) dan kerap membasuh tangan dengan mengamalkan 7 langkah cuci tangan. Ini penting supaya membendung penyakit bawaan udara daripada pesakit kepada komuniti.

ujar staf PPP yang bertugas di Unit Hemodialisis di HSAH. cepat alert. Selain itu. 8 . tambah beliau. supaya pesakit kurang berasa sakit dengan perawatan yang kita beri dan pesakit berasa yakin dengan kita. dan penyakit pesakit dapat dikawal daripada menjadi semakin buruk. dan mesra supaya sebarang kecelakaan dapat dielakkan. pelatih PPP juga perlulah menjalani latihan klinikal dengan bersungguh dengan mempraktiskan setiap skil yang dipelajari. PPP perlu tangkas.

perawat serta personnel yang terlibat perlulah mendapatkan latihan secukupnya supaya kerja lebih teratur dan selamat. Selain itu. Bagi kita yang sedang sihat mungkin tiada masalah untuk menjaga diri kita.4. Mesin-mesin yang digunakan juga perlulah diselenggara secara berkala ataupun secara berjadual dan ubatan atau makanan yang diberikan juga masih berkualiti. bersih dan selamat untuk diambil. 9 . pesakit mungkin mengalami kesukaran untuk memastikan keselamatan mereka sendiri. Lantaran daripada itu. tahap stabiliti pesakit. Sekiranya pesakit yang didapati menjangkiti penyakit bawaan udara. Sebelum memberikan perawatan kepada pesakit. haruslah di isolasikan ke bilik yang berasingan. barulah pesakit dapat dijaga keselamatannya dengan mengetahui keupayaan pesakit. setiap personnel juga perlulah memilih cara kerja yang lebih sistemik dan efisien bagi mengurangkan kebarangkalian mengalami kecederaan. adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai perawat supaya melindungi pesakit daripada sebarang mara bahaya. Akan tetapi. baik yang sihat mahupun mereka yang sedang sakit. Setelah memastikan pasukan perawatan dan personnel sudah bersedia di wad. dan tahap keterukan penyakit yang dialami pesakit.0 RUMUSAN Setiap antara kita ingin berasa selamat.

com/berita-malaysia/wad-icu-hospital-sultanah- aminah-terbakar-6-meninggal-dunia-120424 Astro Awani. Kapasitor lampu punca kebakaran Hospital Sultanah Aminah.my/berita/berita-semasa/2010/03/19/keselamatan- pesakit-jadi-tumpuan-utama/ Utusan.com.htm Astro Awani.mstar. Disember 23). (2010. (2016. RUJUKAN MSTAR. (2011.utusan. Mac 19). (2016. Keselamatan Pesakit Jadi Tumpuan Utama. Oktober 25). 6 meninggal dunia. Diperoleh di : http://www.com. Diperoleh di: (http://www. Wad ICU Hospital Sultanah Aminah terbakar. Diperoleh di: http://www.com/berita-malaysia/kapasitor-lampu-punca- kebakaran-hospital-sultanah-aminah-126675 10 . Oktober 3). Diperoleh di: http://ww1. Purata 57 kemalangan libatkan ambulans setiap tahun.asp? y=2011&dt=1003&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.astroawani.my/utusan/info.astroawani.

JB Pesakit yang dibawa keluar dari ICU oleh staf ICU HSA 11 . LAMPIRAN Gambaran kejadian yang berlaku di tingkat dua Unit Rawatan Rapi (ICU) HSA.