You are on page 1of 1

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum WBT.

Yang dihormati barisan panel hakim, guru-guru pengiring, yang dikasihi peserta
pertandingan Majlis Tilawah Quran peringkat daerah Klang bagi tahun 2014.

Alhamdulillah, setinggi ucapan syukur kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
rahmat dan izin-Nya, pada pagi ini kita dapat bersama-sama untuk Majlis Tilawah Quran
Peringkat Daerah Klang bagi tahun 2014. Saya bagi pihak jawatankuasa pengelola
pertandingan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Sebelum kita menyaksikan pertandingan, izinkan saya memperkenalkan barisan hakim
yang akan mengendalikan pertandingan kita pada hari ini.

Diperkenalkan
1. Ustaz Mohd Nor b. Abd. Rahman selaku ketua juri. Seterusnya
2. Ustaz Munir selaku hakim taranum.
3. Ustaz Ahmad Ridzaki selaku hakim fasohah.
4. Ustazah Radziah selaku hakim tajwid, dan
5. Ustazah Siti Asmah selaku hakim suara.

Sebelum memulakan acara, saya mempersilakan Ustaz Mohd Nor untuk memberi sedikit
taklimat kepada peserta.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Nor atas taklimat itu tadi.

Tanpa melengahkan masa, saya mempersilakan peserta pertama iaitu Adik Mohd Rifqi b.
Shaari. Surah yang akan dibaca ialah Surah Al-Hajj.

Begitulah tadi bacaan Surah Al-Hajj oleh Adik Mohd Rifqi.

2. Seterusnya, ______________________________
3. Seterusnya, ______________________________
4. Seterusnya, ______________________________
5. Seterusnya, ______________________________
6. Seterusnya, ______________________________
7. Seterusnya, ______________________________
8. Seterusnya, ______________________________
9. Seterusnya, ______________________________

Demikian tadi bacaan oleh semua peserta. Kita akan berhenti rehat seketika untuk memberi
laluan kepada barisan hakim membuat pengiraan markah.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh