You are on page 1of 5

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t.

Terima kasih kepada Ustazah Dr. Nor Salimah Binti Abu Mansor, hadirin dan hadirat
yang saya muliakan. Pada hari ini, kita lihat terdapat sebahagian umat Islam yang bertelagah
antara sesama sendiri. Ada yang kita lihat bertelagah hanya pada perkara yang remeh-temeh.
Saya tidak mengerti apabila sebahagian umat Islam bertelagah hanya pada perkara yang remeh-
temeh. Terdapat ramai lagi di luar sana yang mempunyai masalah seperti anak muda berzina,
minum arak, dan tidak sembahyang. Bukan sahaja anak muda, namun warga tua juga
melakukan perkara-perkara yang haram seperti berjudi dan rasuah. Terlalu banyak masalah
besar yang sedang berlaku pada hari ini. Namun malangnya kita umat Islam berbalah pada
perkara yang remeh-temeh. Maka pada hari ini, saya ingin mengajak anda semua, untuk sama-
sama kita mula percaya bahawa betapa pentingnya menghayati adab beza pandangan.

Saudara Saudari,

Adab membawa maksud segala tingkah laku atau perlakuan sopan, baik dan mulia.
(Asmawati Suhid, 2009). Manakala perbezaan pandangan pula merujuk kepada tiada
kesepakatan pandangan oleh setiap orang alim ke atas sesuatu isu. (Abdul Halim, 1986).
Tuntasnya adab beza pandangan adalah perlakuan yang sopan dalam ketiadaan kesepekatan
pandangan oleh setiap orang alim ke atas sesuatu isu. Justeru itu, saya akan cerakinkan
pengucapan awam ini kepada tiga perspektif utama. Pertama ialah punca berlaku beza
pandangan. Kedua ialah adab beza pandangan. Manakala ketiga pula, kesan apabila tidak
menghayati adab beza pandangan.

Perbezaan pandangan dalam menyelesaikan suatu persoalan, merupakan suatu perkara
yang sudah lazim dengan kita. Namakan apa sahaja persoalan yang hendak diselesaikan, saya
pasti akan berlakunya perbezaan pandangan. Namun persoalannya, berapa ramai daripada kita
yang benar-benar memahami dan menterjemahkan adab beza pendangan dalam kehidupan.
Jika benar kita memahaminya, mengapa terdapat di kalangan aktivis Islam yang tidak menjaga
dan menghargai perbezaan pandangan. Malahan menyebarkan benih-benih perpecahan dalam
masyarakat. Saya yakin, perkara ini berlaku kerana kita tidak memahami tentang adab beza
pandangan dan tidak memilikinya dalam diri kita.

1

Perbezaan pendapat dikalangan umat manusia dalam isu-isu agama dan keduniaan disebabkan oleh 2 faktor. terdapat 3 adab beza pandangan yang perlu kita ketahui bagi menangani suatu masalah yang timbul. tentulah telah diputuskan hukuman di antara mereka (dengan segeranya di dunia) mengenai apa yang mereka perselisihan itu. Perbezaan pandangan mendatangkan impak postif dan memberi manfaat kepada kita apabila tidak melampaui batas dan menjaga adab-adabnya sepertimana yang telah ditetapkan oleh hukum syara’. Manakala pihak yang lain melihatnya daripada aspek yang berbeza. Allah S. maka akan tercetusnya suatu malapetaka yang mengakibatkan terputusnya tali persaudaraan diantara kita.T berfirman: َ ِ ‫ك لَق‬ َ‫ِض بَ ۡي َنه ۡم فِيما‬ َ َّ ۡ َ َ َ ٞ َ َ َ ۡ َ َ َ َ ۡ َ ٗ َ َٰ َ ٗ َّ ٓ َّ َ َ ‫حدة فٱختلفوا ولوَّل َكِمة سبقت مِن ر ِب‬ ِ ‫َو َما َكن ٱنلَّاس إَِّل أمة و‬ َ َۡ ١٩ ‫فِيهِ َي َتلِفون‬ Ertinya: “Dan (ketahuilah bahawa) manusia pada mulanya tidak memeluk melainkan agama yang satu (agama Allah). Pertama ialah pandangan terhadap sesuatu tajuk itu tidak menyeluruh dalam semua aspeknya. 2015). (Tan Sri Dr. Apabila satu pihak melihat dari satu aspek sahaja.” (Surah Yunus: 19) Saudara Saudari. Oleh kerana itu. Abdullah. Fanatik melulu yang membawa kepada dengki. kemudian (dengan sebab menurut hawa nafsu dan Syaitan) mereka berselisihan. Abdullah. 2015). ego dan mengikut kehendak nafsu merupakan faktor kedua yang perlu kita menitikberatkannya.Saudara Saudari. daripada itu tercetuslah perbezaan pendapat diantara mereka. 2 . (Tan Sri Dr.W. Maka. Oleh hal yang demikian. Hal ini kerana apabila wujudnya nafsu di dalam suatu perbezaan pendapat. Dan kalau tidaklah kerana telah terdahulu Kalimah ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman hingga hari kiamat).

Kita perlu berlapang dada apabila berlakunya suatu perbezaan pendapat. haruslah kita menginsafi diri. tidak menunjukkan belas kasihan kepada kanak-kanak kita dan tidak mengenali hak orang alim kita. menjatuhkan martabat dan menceroboh kehormatan para ulama’. kita perlu menjaga adab-adab dan berakhlak dengan al-Quran iaitu mengelakkan ungkapan atau tulisannya daripada menggunakan perkataan yang keji dan kasar. Sebagai umat Islam. 2009). Dimanakah letaknya penghayatan kita terhadap adab beza pandangan pada hari ini? Sudah cukupkah kita berbakti kepada agama? Serta pada akhirnya untuk menjadi ahli masyarakat yang berguna. Basri. apabila seseorang itu menunjukkan sikap kurang ajar. Basri. Adab beza pandangan yang ketiga adalah menjaga adab dengan tokoh besar dan para ulama’ (Dr. menjelaskan: Tidak termasuk ke dalam ertikata umatku. Oleh hal yang demikian. Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Ubadah bin al-Samit. (Tan Sri Dr. Maka kita sebagai umat Islam. mengenali kelebihan mereka dan melakukan dialog dengan cara yang baik dengan mereka. dapat kita lihat ulama’ terdahulu mengamalkan adab-adab dalam beza pandangan. Abdullah. Kita juga tidak boleh taksub pada satu pandangan sehingga sanggup untuk menentang pandangan yang lain. 2015). kita perlu bersikap toleransi dan menghormati dengan orang yang tidak sehaluan dengan kita Adab beza pandangan yang kedua adalah tidak menggunakan perkataan yang keras dan kasar. Oleh kerana itu. 2009). adalah suatu perkara yang tidak dapat diterima oleh Islam. Kita sebagai umat Islam perlu menghormati tokoh-tokoh besar. 3 . Bertoleransi dalam perkara yang diperselisih merupkan adab pertama dalam beza pandangan (Dr. Oleh kerana itu. Sebagai contohnya kita boleh lihat Ibn al-Qayyim mengulas shatahat al-Harawi di dalam kitabnya madarij al-Salikin dengan menggunakan perkataan yang lemah lembut dan tidak menyinggung perasaan shatahat al-Harawi. Contohnya suatu pengikut mazhab menentang mazhab yang lain dan seorang imam menentang imam yang lain. orang yang tidak tahu menghormati orang tua kita. Sedangkan kedudukan para ulama’ ini begitu besar disisi Allah dan rasulNya.

kita mestilah mempersiapkan diri kita terlebih dahulu dengan ilmu-ilmu dan adab sebelum menyatakan sesuatu pandangan (Dr Thaha. ingatlah bahawasanya tujuan kita adalah untuk mengejar redha Allah S. Rasulullah S. Hukuman mengkafirkan manusia ini adalah tugas Allah S. apabila kita berkata-kata tanpa mempunyai ilmu dan mengamalkan adab dalam beza pandangan. Kejar tuhan in shaa Allah kita tidak akan rebah. Bagaimana kita ingin dijadikan contoh kepada orang bukan Islam? Sedangkan kita umat Islam.W. Andai kita sayangkan agama kita. Hal ini kerana. Apabila kita tidak menghayati adab beza pandangan. Sedarlah saudara dan saudari sekalian. Ingatlah saudara dan saudari. Antara kesannya adalah berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam itu sendiri. 4 . Perkara ini amatlah bahaya apabila umat Islam berpecah diantara mereka sendiri.W telah bersabda: ((‫ فَ لْيَ تَبوأْ َم ْق َع َدهُ يم َن النَّا ير‬، ‫رآن بيرأ ي يه‬ ‫ال يِف ال ُق ي‬ َ َ‫)) َم ْن ق‬ “Barang siapa berkata tentang Al-Quran tanpa ilmu bererti ia menempah tempatnya di dalam neraka”. Maka beberapa kesan negatif akan berlaku dan memberikan impak yang besar kepada orang disekeliling kita. Walaupun berbeza pandangan. sebelum mengakhiri pengucapan awam ini. Sedarlah saudara dan saudari. saya menyeru kepada anda semua untuk sama-sama kita menghayati adab beza pandangan ini. 1989).T. Seterusnya adalah wujudnya golongan yang terlalu taksub dengan pegangan mazhab mereka sehinggakan menjatuhkan orang lain kepada kafir dan sesat.T. adab beza pandangan adalah sesuatu perkara yang penting untuk kita menghayatinya. Maka.W.W. Oleh kerana itu. marilah kita mengamalkan adab-adab beza pandangan yang telah ditetapkan oleh Islam agar tidak berlakunya perpecahan dikalangan umat Islam sendiri.A. tidak bersatu hanya disebabkan perkara yang kecil sahaja. tujuan penciptaan manusia di muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.Saudara dan saudari. Nafsu ini akan membinasakan manusia. Mengejar manusia kita akan lelah.T. maka itulah yang dinamakan nafsu.

Basri bin Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari. Halim El-Muhammady. Thaha Jabir Fayyadh Al ‘Alwani. Selangor: Angkatan Belia Islam Malaysia. Adab Perbezaan Pendapat Dalam Islam. Putrajaya: Darul Tenggara (M) Sdn. Bhd. Dr. 5 .Sumber Rujukan: Asmawati Suhid. Dr. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication. 2009. Abdullah Muhammad Zin. 2009. 1989. Bhd. Madya Dr. Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Islam Prof. 2015. AB. Tan Sr Dr. Adab Iktilaf. Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam. Perbezaan Aliran Mazhab Fiqh. 1986. Wasatiyyah Sebagai Manhaj Adab Al-Ikhtilaf.