You are on page 1of 44

EKM322 Kesusasteraan Melayu

TUGASAN

JANUARI 2016 SEMESTER

KOD KURSUS EKM 322

NAMA KURSUS Kesusasteraan Melayu

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR HAMISIN BIN AUGUSTINE

NO. MATRIK E30209130135

NAMA FASILITATOR LINAH BAGU


AKADEMIK

PUSAT PEMBELAJARAN RANAU


EKM322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN A:
a) Apakah tujuan dan rasional kajian ini?

Kajian Pelaksanaan Elemen Sastera dalama Pengajaran dan Pembelajaran Seni Bahasa
Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang dijalankan oleh Shamsudin Othman dan Abdul
Rasid Jamian ini dilaksanakan di sepuluh buah sekolah yang terdiri daripada setiap zon
negeri iaitu Sabah, Perlis, Terengganu, Johor, Kuala Lumpur dan juga kedah. Seramai 30
orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian ini. Sementara itu, sekolah yang dipilih
merupakan sekolah-sekolah rintis yang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
sebagai sekolah uji kaji untuk setiap modul yang dilaksanakan.
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat tahap keyakinan guru dalam
pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Kajian ini juga bertujuan untuk
menilai sejauh mana elemen dan teks sastera yang digunakan oleh guru dalam meningkatkan
keberkesanan kemahiran murid. Selain itu, kajian ini dijalankan adalah untuk meninjau
pengaruh seni bahasa dalam memberi penekanan pada standard pengajian dan standard
pembelajaran. Di samping itu, kajian ini bertujuan untuk membincangkan unsur seni bahasa
yang digunakan dan terdapat dalam KSSR.
Dalam konteks kajian ini, seni bahasa merujuk pada bentuk pembelajaran bahasa di
mana ia menjadi pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan dan tidak
membosan murid-murid. Seni bahasa dan didik hibur saling berkait rapat di mana kedua-
duanya merujuk kepada pembelajaran yang menyeronokkan dan mampu menggalakkan
murid untuk turut terlibat sama dalam pembelajaran secara berhibur. Untuk itu,aspek seni
bahasa yang dibincang dalam kajian ini adalah kebolehan murid untuk memahami,
mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan.
Pengajaran yang berkualiti mampu menarik minat murid dan seterusnya kemahiran
berbahasa dapat ditingkatkan. Oleh itu, rasionalnya kajian ini dijalankan adalah ingin melihat
sejauh mana keberkesanan penggunaan seni bahasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kepada penguasaan dan pencapaian murid bagi mata pelajaran Bahasa Melayu.
Selain itu, rasionalnya lagi adalah ingin melihat sama ada proses pengajaran dan
pembelajaran yang menyeronokkan dapat dihasilkan melalui pendekatan seni bahasa dan
seterusnya mampu meningkatkan kualiti pengajaran guru.
b) Huraikan kaedah pengumpulan data.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Kaedah pengumpulan data untuk kajian ini ialah kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif
deskriptif di mana borang soal selidik digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang fakta,
kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya. Selain itu, kaedah temu bual berpandu
juga digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Kajian dibuat di sepuluh buah sekolah daripada setiap zon negeri iaitu Sabah,
Terengganu, Perlis, Kuala Lumpur, Johor dan kedah. Kesemua sekolah yang dipilih
merupakan sekolah rintis yang dipertanggungjawabkan untuk menguji setiap modul yang
dilaksanakan. Guru-guru yang terlibat pula terdiri daripada guru-guru yang mengajar Bahasa
Melayu KSSR. Seramai 30 orang guru dipilih dalam kajian ini.
Kaedah temu bual yang dibuat berpegang kepada prinsip kerja Mohd. Majid Konting
(2009). Dalam borang soal selidik, ia dibahagikan kepada empat bahagian. Bahagian A
berkenaan dengan latar belakang guru. Bahagian B berkaitan dengan persoalan tentang tahap
kefahaman guru terhadap sukatan aspek seni bahasa yang diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu terhadap murid-murid sekolah rendah. Bahagian C berkenaan
dengan pengenalpastian penggunaan teks dan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan
pembelajaran seni bahasa. Seterusnya, Bahagian D berkenaan dengan keberkesanan
penggunaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan tahap
kemahiran membaca murid. Bahagian akhir, soalan berbentuk struktur diberikan bagi
mendapatkan pendapat guru berkenaan dengan pelaksanaan KSSR.
Dalam kaedah temu bual berpandu pula, data diperoleh dengan menemu bual dua
orang guru di mana mereka terlibat sepenuhnya dalam pendedahan KSSR dan mereka
merupakan guru Bahasa Melayu KSSR Tahap 1. Temu bual yang dijalankan mengambil
masa 30 minit setiap seorang dan dijalankan selama dua hari berturut-turut. Hasil temubual di
rakam dan dianalisi untuk membentuk transkrip.
Maklumat atau data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan Perisian Statistical
Package for Sosian Science (SPSS). Perisian yang digunakan adalah untuk menganalisis data
statistik deskriptif di mana ia menentukan peratusan, min dan sisihan piawai. Perisian ini
memudahkan pengkaji untuk memperoleh gambaran set data yang terkumpul serta mengkaji
kekerapan serta membolehkan pengkaji memahami data yang diperoleh. Hal ini kerana,
penggunaan perisian SPSS membolehkan analisis statistik deskriptif dibuat secara ringkas di
mana data dikumpul dan dirumuskan dalam bentuk yang lebih mudah difahami. Hasil
EKM322 Kesusasteraan Melayu

analisis ditunjukkan dalam bentuk jadual dan item-item akan dibincangkan mengikut objektif
dan pembolehubah yang telah ditetapkan.

c) Jelaskan dapatan kajian ini.

Hasil dapatan kajian Shamsudin Othman dan Abdul Rasid Jamian dapat diterangkan secara
ringkasnya kepada skor min secara keseluruhan bagi semua pemboleh ubah, tahap
pembacaan murid, manfaat pelaksanaan elemen bahasa, pengajaran seni bahasa guru,
penggunaan teks sastera dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa dan pandangan
guru.

Skor Min Secara Keseluruhan bagi Semua Pemboleh Ubah

Di sini dapat diringkaskan bahawa keputusan min yang paling tinggi di antara semua
pemboleh ubah yang ditetapkan ialah guru-guru berpendapat bahawa pelaksaan elemen
sastera memberi manfaat kepada kedua-dua pihak iaitu guru dan juga murid dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa dengan capaian min 3.12 (sp. 0.630). Sementara
kefahaman guru berkenaan dengan konsep terhadap huraian Sukatan Pelajaran Seni Bahasa
mencatat keputusan min yang kedua tertinggi iaitu dengan catatan min 3.11 (sp= 0.387).
Melalui penggunaan elemen sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, ia mampu membantu dalam meningkatkan tahap pembacaan murid di mana capaian
catatan min menunjukkan 3.07 (sp=0.266). Catatan min bagi pengajaran guru berdasarkan
KSSR pula ialah 2.98 (sp=0.257). Sementara, capaian catatan min 2.96 (sp=0.243) merujuk
pada penggunaaan teks dan bahan mengajar dalam pembelajaran seni bahasa. Bagi masalah
pelaksaan elemen sastera pula menunjukkan capaian catatan min yang paling rendah iaitu
min 2.69 (sp=0.216). Hasil dapatan kajian berkenaan min skor menunjukkan bahawa
pelaksanaan pola kurikulum baru ini bukan saja dapat memberi banyak manfaat kepada
murid, malah kepada guru-guru juga.
Tahap Pembacaan Murid terhadap Elemen Sastera

Secara ringkasnya, hasil dapatan kajian berkaitan dengan penggunaan elemen sastera ini
menunjukkan bahawa tahap pencapaian dan kemahiran membaca murid dapat ditingkatkan
melalui beberapa aspek. Aspek-aspek tersebut ialah pemahaman yang baik pada teks,
penguasaan bacaan mekanis dengan catatan min 3.10 (sp=0.353) dan mentalis (min 3.05,
EKM322 Kesusasteraan Melayu

sp=0.328). Selain itu, penggunaan elemen sastera ini juga mampu membantu meningkatkan
kemahiran membaca murid berkenaan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
kefahaman terhadap unsur-unsur seni. Di samping itu, kaedah didik hibur yang digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini juga sangat membantu meningkatkan tahap
pembacaan murid.

Manfaat Pelaksanaan Elemen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seni


Bahasa

Dapatan kajian berkenaan manfaat yang diperoleh hasil pelaksaan elemen sastera dalam
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa menunjukkan bahawa kemahiran-kemahiran murid
dapat dipertingkatkan lebih tinggi. Melalui pelaksanaan elemen sastera ini, ia memudahkan
murid untuk memahami maklumat yang disampaikan oleh guru (min 2.97, sp=0.3820) dan
tahap kemahiran menulis murid juga dapat diperbaiki dengan catatan min 3.02 (sp=0.371).
Selain itu, kemahiran lisan dan membaca murid juga dapat dipertingkatkan di mana masing-
masing menunjukkan catatan min 3.08 (sp=0.365) dan min 3.13 (sp=0.346).
Kemahiran mengingat murid juga dapat ditingkatkan dan membolehkan murid-murid
untuk mengulang kembali apa-apa yang telah disampaikan oleh guru dan dipelajari oleh
murid (min 3.30, sp=0.355). Oleh itu, secara keseluruhannya, pengajaran dan pembelajaran
seni bahasa ini dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran murid seperti kemahiran
membaca, dan menulis murid serta menguatkan ingatan murid. catatan min 3.13 (sp=0.384)
menunjukkan pelaksanaan elemen sastera juga mampu meningkatkan kemahiran pendagogi
guru.

Pengajaran Seni Bahasa Guru Berdasarkan KSSR

Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru menggunakan kaedah pengajaran seni


bahasa yang pelbagai dalam proses prengajaran dan pembelajaran mereka. Hal ini bertujuan
untuk meningkatkan kefahaman murid berkenaan dengan apa yang dipelajari. Selain itu, ia
juga mampu meningkatkan tahap keyakinan guru dalam mengajar Bahasa Melayu. Melihat
daripada hasil keputusan kajian, guru-guru menggunakan pendekatan dan kaedah mereka
yang tersendiri dalam pengajaran seni bahasa di dalam bilik darjah dengan catatan min 3.18
(sp=0.452). Kaedah-kaedah pengajaran mereka berlainan antara satu sama lain (min 3.01,
EKM322 Kesusasteraan Melayu

sp= 0.487) di mana teknik pengajaran seni bahasa dipelbagaikan (min 3.22, 0.489). Catatan
min 3.01 (sp=0.539) menunjukkan ada juga di antara guru-guru yang menjalankan proses
pengajaran dan pembelalajaran di luar kelas.
Dalam pengajaran seni bahasa yang dijalankan juga menunjukkan guru-guru
mempunyai sumber dan bahan serta tempoh mengajar yang mencukupi dan sesuai untuk
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di mana masing-masing menunjukkan catatan
min 2.51 (sp=0.530) dan min 3.02 (sp=0.374). Melihat kepada penyediaan tugasan dalam
pengajaran seni bahasa, ia menunjukkan guru-guru akan menyediakan tugasan atau lembaran
kerja kepada murid-murid yang mana ia sesuai dengan tahap kebolehan murid dan juga
selaras dengan pengajaran guru (min 3.16, sp=0.408). Hal ini menunjukkan bahawa guru-
guru memahami konsep pelaksanaan seni bahasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Guru-guru turut bersetuju dengan pelaksanaan elemen sastera dalam sukatan
pelajaran sekolah rendah (min 3.17, sp=0.481) dan mengaplikasikan teknik didik hibur
semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan catatan min
3.23 (sp=0.514).

Penggunaan Teks Sastera dan Bahan Mengajar dalam Pembelajaran Seni Bahasa

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa catatan keputusan yang diperoleh telah menjawab
setiap persoalan yang sering kali dihadapi oleh guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Terdapat empat persoalan tersebut iaitu berkenaan dengan
tahap keyakinan guru untuk mengajar bahasa, keberkesanaan penggunaan teks sastera dan
bahan mengajar dalam membantu meningkatkan tahap kemahiran membaca murid, fungsi
bagi setiap teks sastera yang digunakan untuk melatih pemahaman pembacaan murid dan
kaitan antara tahap pembacaan murid dengan pembelajaran bagi mata pelajaran bahasa.
Melihat kepada keputusan yang direkodkan, kefahaman murid dapat ditingkatkan
dengan adanya penggunaan bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti kad, gambar,
carta dan buku menunjukkan catatan min 3.16 (sp= 0.441) serta penggunaan bahan bantu
mengajar multimedia seperiti perisian komputer dengan catatat min 3.10 (sp= 0.426) dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran seni bahasa. Bahan bantu mengajar seni bahasa yang
bersifat kreatif menunjukkan catatan min 3.13 (sp=0.384). Guru-guru menyatakan bahawa
bahan bantu mengajar yang digunakan di dalam bilik darjah adalah dihasilkan oleh mereka
EKM322 Kesusasteraan Melayu

sendiri dengan catatan min 2.93 (sp=0.451). Hampir kesemua guru menunjukkan bahawa
mereka berpuas hati dengan penggunaan bahan puisi dan prosa seni bahasa di mana kedua-
duanya menunjukkan catatan min yang sama iaitu 2.72 (sp=0.507).

Pandangan Guru terhadap Pelaksanaan Seni Bahasa dalam Sistem KSSR

Secara keseluruhanya, dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru memberi pandangan


yang positif terhadap pelaksanaan seni bahasa dalam sistem KSSR ini. Mereka juga
menggunakan kaedah didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Penggunaan pengajaran seni bahasa menjadikan suasana pengajaran menjadi lebih menarik
dan meningkatkan kemahiran mendengar murid. Dengan itu, keyakinan guru untuk mengajar
semakin bertambah dan mampu memberi tumpuan semasa menjalankan proses pengajaran.
Selain itu, murid-murid juga yakin untuk turut melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran
yang dilaksanakan di mana mereka tidak lagi berasa malu untuk menyertai aktiviti seperti
berpuisi, berpantun, menyanyi dan sebagainya. Kemahiran murid seperti kemahiran lisan,
mendengar, membaca, menulis, dan sebutan juga dapat ditingkatkan.

d) Nyatakan implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran Bahasa Melayu.

Implikasi dapatan kajian menunjukkan penggunaan seni bahasa dalam pengajaran Bahasa
Melayu memberi kesan yang positif kepada guru dan juga murid-murid. Penggunaan seni
bahasa ini melibatkan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran. Oleh itu, kepelbagaian
penggunaan kaedah dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat murid
untuk terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Selain itu, ia juga membantu guru-guru dalam
merancang penggunaan teknik-teknik pengajaran Bahasa Melayu yang sesuai, menarik dan
berkesan.
Kaedah-kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran mereka mampu mempengaruhi tahap penguasaan, pemahaman berbahasa
dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik murid. Oleh yang demikian, tindakan
untuk mengaplikasikan kaedah didik hibur dalam pengajaran guru merupakan satu tindakan
yang bijak oleh guru. Hal ini kerana, pelaksanaan kaedah ini membolehkan keyakinan guru
EKM322 Kesusasteraan Melayu

bertambah dan dapat menumpukan perhatian dalam pengajaran. Selain itu, ia mampu
membantu guru agar menjadi lebih kreatif dan berinovasi dalam perancangan aktiviti
pengajaran Bahasa Melayu. Hal ini seterusnya, menjadikan pengajarannya lebih relaks,
tenang, santai dan bermakna.
Dalam pelaksanaan pengajaran seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu ini
memerlukan penglibatan daripada kedua-dua pihak iaitu guru dan murid. Hal ini bermaksud,
semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan, guru perlu terlibat sama dalam aktiviti
seperti melakonkan watak-watak, menyanyi, berpuisi berpantun dan sebagainya. Guru perlu
bijak dan berdedikasi di mana ia seimbang dengan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Penglibatan guru dalam aktiviti mampu meningkatkan pembelajaran dua hala. Ini
menjadikan murid-murid tidak berasa segan dan malu untuk terlibat dalam aktiviti dan juga
berani bertanya guru.
Pelaksanaan pengajaran seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu turut
membantu dalam melahirkan murid yang bermotivasi, kreatif dan berkemahiran. Hal ini
kerana, pengajaran seni bahasa memudahkan murid-murid untuk memahami tentang apa
yang dipelajari dan diajar oleh guru. Contohnya, berkenaan isi-isi pelajaran. Antara aktiviti-
aktiviti seni bahasa adalah berpantun, berpuisi, bersajak, menyanyi dan berlakon. Kesemua
aktiviti ini mampu membantu dalam meningkatkan tahap keyakinan diri murid. Murid-murid
juga dapat menerima penggunaan bahan bantu mengajar seperti teks sastera yang bersesuaian
dengan tahap kebolehan mereka serta selaras dengan pengajaran guru Bahasa Melayu. Oleh
yang demikian, kemahiran-kemahiran seperti kemahiran mendengar, lisan, membaca,
menulis dan menyebut turut dipertingkatkan.
Kesimpulannya, pelaksanaan seni bahasa dalam pengajaran Bahasa Melayu dapat
memberi manfaat kepada guru-guru dan juga murid-murid. Penglibatan guru dan murid
dalam aktiviti pengajaran menjadikan pembelajaran lebih menarik dan menyeronokkan.
Tambahan lagi apabila kaedah didik hibur dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah oleh guru. Hal ini menjadikan suasana pembelajaran menjadi lebih
menyeronokkan, harmoni, mengembirakan dan tidak membosankan murid. Ia juga
meningkatkan pemahaman dan kemahiran berbahasa murid. Proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan lancar oleh guru.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN B:

KONSEP DAN MAKNA KESUSASTERAAN

Kesusasteraan bermaksud ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan


sastera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu castra. Castra bermaksud tulisan atau karangan.
Walaubagaimanapun, pengertian perkataan castra telah berkembang melebihi dari maksud
etimologinya. Etimologi ialah asal-usul kata atau bahasa. Castra berkembang kepada perkataan
kesusasteraan. Ia membawa makna yang indah dan bersifat rohaniah.
Prof. Dr. Hasyim Awang (Artikel Akademik, hal. 2) menyatakan kesusasteraan terbentuk
dari akar kata susastera di tambah denagan imbuhan awalan ke- dan akhiran an dan
menjadikannya kesusasteraan. Su membawa maksud indah, lebih bermakna dan baik (Hashim
Awang, 1984:2) dan keindahan, kemuliaan dan kebenaran (Lalita Sinha dan Md. Salleh Yaapar).
Sas bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Tra merujuk kepada alat.
Oleh itu Sastra bermaksud alat untuk mengajar. Sementara sastera bermaksud huruf atau buku
EKM322 Kesusasteraan Melayu

indah. Imbuhan ke- dan -an bermaksud segala yang tertulis, bernilai seni dan estetik serta ia
memberi penduan, petunjuk dan pengajaran. Oleh yang demikian, gabungan imbuahan awalan
ke dan akhiran an pada kata susastera membentuk perkataan kesusasteraan dan ia membawa
maksud buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP 1997, hal. 1194), kesusasteraan didefinisikan
sebagai hasil seni iaitu karya tulisan berbentuk prosa atau pun puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan tertentu. Kesusasteraan merujuk kepada hasil ciptaan karya sastera yang
disampaikan sama ada melalui tulisan, pembacaan, pendengaran mahupun secara lisan (Harun
Mat Piah et. al., 2006, hlm. 6). Pengkaji terdahulu seperti M. K. Danziger dan W. S. Jahnson
(1983:2) juga menyatakan bahasa sastera boleh didefinisikan sebagai satu hasil seni yang
mengandungi kata-kata sama ada dalam bentuk bertulis mahupun lisan. Penggunaan bahasa di
dalam sastera adalah bersifat kreatif (Ismail Husain, 1998:23) dan bercorak intelektual dan
estetik (Abu Bakar Hamid , 1997:13).
Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia di mana ia menggunakan bahasa-
bahasa yang indah, menarik, halus serta memberi kesan kepada pembaca. Ia merupakan hasil
pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam bentuk lisan, penulisan,
puisi, prosa, naratif dan bukan naratif. Karya sastera berbeza dengan hasil-hasil penulisan
akademik atau bukan akademik lain. Hal ini kerana penulisan akademik mahupun bukan
akademik tidak mempunyai kesan langsung dan tidak langsung kepada pembaca serta variasi
bahasa.
Baharuddin Zainal (1975: 1) menyatakan karya sastera membincangkan tentang sesuatu
perkara yang berlaku dan dilihat dalam masyarakat. Hal ini menunjukkan sastera sangat berkait
rapat dengan masyarakat. Di samping itu sesuatu karya sastera mengambarkan sikap dan
pendapat penulisnya. Penggunaan bahan sastera mampu menarik minat dan memberi kesan yang
sangat positif kepada pembacanya. Hal ini kerana, penggunaan bahasa di dalam sastera sangat
indah. Selain itu, sastera mempunyai ciri-ciri yang menghiburkan dan memikat hati setiap
pembacanya.
Selain itu, Hashim Awang (1985 dan 1987 ) turut menyatakan bahawa sastera sebagai
hasil seni yang disampaikan melalui bahasa di mana ia mampu membentuk tamadun sesuatu
bangsa. Penyampaian seni adalah melalui bahasa yang indah dituturkan sama ada secara lisan
dan ditulis. Ia mempunyai keindahannya yang tersendiri dari aspek isi dan juga cara pengucapan.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Sastera bukan sahaja satu bentuk seni ilmu tetapi ia mengambarkan kehidupan dan
aktiviti manusia secara kreatif (Syed Ali Ashraf, 1989:36). Ia merupakan karya yang
mengambarkan kehidupan yang dialami oleh masyarakat di mana ia meliputi aspek rasa, emosi,
cita rasa, kepekaan dan keprihatinan terhadap masyarakat. Contohnya, seorang ibu yang
mendodoikan bayinya. Penyampaiannya menggunakan bahasa yang lembut, halus dan indah.
Sastera mempunyai kepelbagaian makna seperti seni bahasa dan ungkapan spontan
daripada perasaan yang mendalam di mana ia adalah suatu ekspresi fikiran melalui medium
bahasa. Sastera adalah semua karya yang mengambarkan perasaan kemanusiaan dan moral
melalui perasaan iklas, berfikiran terbuka dan pandangan yang luas. Ia disampaikan dengan cara
yang menarik, mempersonakan dan indah. Sastera merupakan hasil dari inspirasi kehidupan
masyarakat dan diserlahkan dalam hasil penulisan yang indah dan menarik.
Di sini dapat disimpulkan bahawa kesusasteraan merupakan semua hasil karya seni yang
disampaikan melalui bahasa yang indah dan ditujukan kepada masyarakat. Masyarakat ialah
pembaca kepada hasil penulisan karya dan penonton drama. Kesusateraan adalah karya yang
mempunyai makna, mesej dan pemikiran tertentu di mana ia merupakan pancaran dari kehidupan
masyarakat. Ia berfungsi untuk mendidik dan seterusnya membina keperibadian masyarakat.
A) SASTERA RAKYAT

Sastera rakyat atau sastera lisan merujuk kepada hasil-hasil sastera melayu lama yang dicipta
oleh masyarakat dan ia diinspirasikan melalui lisan atau dipertuturkan. Sastera rakyat disebarkan
dan dituturkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Sastera lisan telah berkembang
dengan meluas dalam masyarakat Melayu lama iaitu sebelum masyarakat belum mengenal huruf
lagi. Oleh itu, sastera rakyat disebut sebagai sastera lisan atau folk literature.

Ciri-ciri Umum Sastera Rakyat/ Sastera Lisan

i. Penyebaran Secara Lisan


Penyebaran sastera rakyat atau sastera lisan adalah melalui pertuturan atau secara lisan.
Dalam erti kata lain, sastera rakyat telah berkembang tanpa menggunakan media tulisan
tetepi melalui lisan. Ia diwarisi, dikembangkan dan dituturkan dari seorang individu
kepada individu lain serta dari sari generasi ke satu generasi yang lain. Contohnya,
EKM322 Kesusasteraan Melayu

sebuah cerita rakyat disampaikan oleh datuk secara lisan kepada anaknya iaitu seorang
bapa. Kemudian, bapa tersebut menyampaikan cerita tersebut kepada anaknya, seterusnya
disampaikan kepada cucunya. Hal ini bermakna, sastera rakyat diwariskan dan
disampaikan secara lisan kepada generasi yang seterusnya, dari satu zaman ke zaman
yang berikutnya dan dari satu tempat ke tempat yang lain.

ii. Menjadi Hak Milik Bersama Masyarakat


Sastera rakyat dianggap sebagai milik masyarakat. Hal ini kerana tidak diketahui tarikh
yang tepat, dan siapa penciptanya. Ia seolah-olah hasil karya bersama dan hasil-hasil
sastera tidak disertakan nama penciptanya. Oleh yang demikian, penyampai cerita rakyat
seperti tukang cerita atau pawang tidak mengakui cerita yang disampaikan adalah
pencipta cerita tersebut. Mereka hanya menghafal cerita-cerita yang menarik serta
menghiburkan daripada seorang guru dan menyampaikannya kepada individu dan
generasi lain. Ia bertujuan untuk menghiburkan masyarakat seperti orang kampung.

iii. Fungsi
Sastera rakyat ini memiliki unsur-unsur yang lucu. Ia berfungsi untuk menghiburkan dan
mendatangkan rasa gembira kepada masyarakat. Sastera rakyat juga berfungsi sebagai
alat pengajaran, pendidikan, sosial dan sebagainya.

iv. Versi
Sastera rakyat mempunyai pelbagai versi. Hal ini berlaku kerana terdapat tokok tambah
sewaktu penyebarannya kepada satu individu dan generasi yang lain secara lisan. Proses
penyebaran melalui lisan menyebabkan berlaku perubahan dan penyesuaian cerita
mengikut tempat dan akhirnya ia melahirkan versi-versi yang berbeza. Walaupun
berlakunya perbezaan versi, namun ia berlaku secara luaran sahaja.

v. Cerminan Hidup Masyarakat


Sastera rakyat merupakan cermin hidup masyarakat Melayu. Sastera rakyat ini
mengandungi ciri-ciri budaya asal masyarakat melayu seperti nilai, adat resam,
kepercayaan dan keseniaan. Hal ini kerana sastera rakyat dicipta hasil daripada inspirasi
kehidupan masyarakat.

vi. Unsur Irama


Sastera rakyat yang disampaikan mengandungi unsur irama dan menarik. Unsur irama
yang digunakan semasa penyampaian cerita adalah untuk menjadikan cerita yang
EKM322 Kesusasteraan Melayu

disampaikan lebih menghiburkan dan menarik selain memudahkan pencerita untuk


mengingat jalan cerita yang hendak disampaikan. Contohnya cerita penlipur-lara seperti
Malim Demam, Malim Dewa dan Anggun Cik Tunggal.

Jenis Sastera Rakyat

Sastera rakyat atau sastera lisan dibahagikan kepada dua kategori iaitu sastera rakyat naratif dan
sastera rakyat bukan naratif.

i) Sastera Rakyat Naratif


Sastera rakyat naratif terdiri daripada cerita mitos, cerita rakyat dan lagenda.

Mitos
Mitos merupakan cerita dongeng yang dianggap benar-benar terjadi dan ia berfungsi
untuk menerangkan asal-usul kejadian tertentu, termasuklah kejadian alam, politik, sosial
atau budaya, binatang, manusia dan petempatan. Contoh cerita rakyat berkenaan asal-usul
adalah Kisah Tasik Chini. Mitos kedatangan Islam merupakan salah satu contoh cerita
rakyat berunsur sosial atau budaya di mana ia mengisahkan asal usul institusi sosial
dalam masyarakat Melayu.

Lagenda
Lagenda ialah cerita yang mengisahkan tentang sejarah sesuatu tempat mahupun
peristiwa masa zaman silam. Cerita lagenda biasanya berkenaan dengan tokoh-tokoh,
keramat dan sebagainya. Contoh cerita berkisar tentang tokoh yang mempunyai sifat luar
biasa ialah lagenda Mahsuri.

Cerita Rakyat
Cerita rakyat ialah cerita yang tidak dianggap benar-benar terjadi. Ia dijadikan sebagai
sumber hiburan di samping memberi pengajaran serta moral atau sindirin dalam jalan
ceritanya. Cerita rakyat dibahagikan kepada empat jenis iaitu cerita binatang, lipur lara,
jenaka dan teladan.
Cerita binatang bersifat menghibur dan mendidik di mana ia ditokohi oleh
binatang yang mempunyai sifat dan tingkah laku seperti manusia. Contohnya, cerita sang
Kancil menipu sang Buaya. Sementara cerita lipur lara adalah cerita yang dituturkan oleh
EKM322 Kesusasteraan Melayu

penglipur lara. Ia dituturkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Contoh cerita
lipur lara ialah Hikayat Malim Deman dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Cerita
jenaka merujuk kepada cerita yang lucu dan membuat pendengar ketawa apabila
mendengarnya. Ia disampaikan secara santai dengan menggunakan pertuturan seharian
dan contoh cerita jenaka ialah Pak Pandir, Si Luncai dan Pak Belalang. Sementara cerita
teladan ialah cerita yang berunsurkan pengajaran. Contoh cerita teladan ialah bawang
putih bawang merah dan batu belah batu betangkup.

ii) Sastera Rakyat Bukan Naratif


Sastera rakyat bukan naratif sebahagiannya berbentuk puisi sepeti pantun, gurindam,
seloka, talibun, terasul, bidalan dan sebagainya.

Pantun ialah karangan berangkap dan tidak bebas dari segi bentuk dan perkataan.
Menurut kamus Dewan Edisi Keempat, pantun terdiri daripada empat baris ayat dalam
setiap rangkap. Dua baris pertama adalah pembayang maksud dan dua baris akhir adalah
maksud. Setaip baris ayat pantun mengandungi tiga ke lima patah perkataan dan rima
akhir pantunadalah a-b-a-b.
Gurindam ialah sejenis puisi yang tidak tentu bentuknya dan biasanya ia dalam
bentuk terikat. Gurindam terdiri daripada dua baris serangkap, tiga hingga enam patah
perkataan sebaris dan rima akhir adalah sama iaitu a-a. Gurindam digubah dalam bahasa
yang indah untuk dinyanyikan bagi tujuan untuk menghibur.
Seloka ialah puisi yang bebas dari segi rangkap, baris dan rima. Seloka
memerlukan beberapa baris untuk melengkapkan keseluruhan idea. Bentuknya hampir
sama dengan gurindam dan juga talibun. Biasanya seloka mengandungi isi yang
bermaksud untuk mengejek, sindiran sama ada serius atau jenaka. Contoh seloka ialah
Pandai Pak Pandir.
Talibun ialah ikatan puisi bebas. Ia hampir sama bentuk dengan prosa lirik atau
prosa berirama. Talibun berperanan dalam cerita lipur lara dan rangkap serta jumlah kata
tidak tetap. Dalam seuntai talibun mungkin akan diselitkan rangkap daripada pantun,
syair, seloka, gurindam dan lain-lain. Ia berperanan sebagai selingan dalam sesebuah
cerita. Isi dan tema adalah luas dan bentuk yang beragam bergantung pada konteknya.
Contoh pemerian ialah benda-benda, watak manusia, perasaan, suasana, situasi, tradisi
dan perlakuan dalam adat istiadat.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Fungsi Sastera Rakyat

Sastera rakyat berfungsi sebagai hiburan, alat mengajar dan mendidik. Sastera rakyat memiliki
unsur-unsur lucu yang mampu mengelikan hati serta membuatkan pendengar ketawa apabila
mendengarnya. Unsur lucu ini bertujuan untuk mengembirakan dan menghiburkan pendengar.
Sastera rakyat juga mengandungi unsur pengajaran dan pendidikan moral untuk masyarakat
tradisi. Hal ini bermaksud, dalam cerita-cerita yang disampaikan, unsur nasihat, pengajaran dan
teladan yang berguna diselitkan. Misalnya, melalui cerita Si Tanggang anak-anak akan diberi
pengajaran di mana mereka tidak boleh menderhaka kepada orang tua. Anak yang menderhaka
kepada orang tuanya tidak akan selamat hidup di dunia dan akhirat.
Sastera rakyat juga berfungsi sebagai alat mengkritik. Hal ini bermaksud, ia digunakan
untuk membuat kritikan dan sindirin terhadap raja ataupun orang-orang bangsawan. Contohnya,
dalam ceritaPak Kaduk, unsur sindiran kepada golongan berkuasa sangat jelas. Golongan
berkuasa disindir kerana bersikap tamak, zalim dan tidak prihatin pada kesejahteraan hidup
rakyat jalata. Contoh lain yang boleh diambil ialah cerita Pak Pandir di mana sindiran diberikan
kepada orang yang tamak, kedekut dan suka mengambil kesempatan di atas kelemahan diri orang
lain.
Selain itu, sastera rakyat juga berfungsi sebagai alat perhubungan dan komunikasi.
Sastera rakyat berperanan penting sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hajat.
Contohnya, dalam adat meminang, pantun sering digunakan sebagai alat komunikasi di antara
pihak lelaki dengan pihak perempuan.
Sastera rakyat juga berfungsi sebagai kata adat, peraturan dan pantang larang. Sesetangah
kata-kata adat dan bidalan dianggap sebagai peraturan masyarakat. Ia merupakan pantang larang
dalam masyarakat dan tidak boleh dilanggar. Masyarakat perlu mematuhi kata-kata adat tersebut.

B) SASTERA EPIK
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Sastera epik juga dikenali sebagai sastera pahlawan. Sastera epik merujuk pada sebuah genre
puisi naratif yang luas dan bersifat sejagat. Sastera epik mementingkan nilai kepahlawanan dan
juga keperwiraan yang unggul. Ia mengemukakan kepahlawanan tokoh yang disanjung dengan
mencampuradukkan dengan unsur-unsur mitos, lagenda, cerita rakyat dan sejarah. Tokoh
pahlawan ini mempunyai sifat keberanian, kesetiaan, kesaktian dan sebagainya. Biasanya
kepahlawanan tokoh ini akan diceritakan secara berlebih-lebihan. Kepahlawanan tokoh tersebut
diterima oleh masyarakat.

Ciri-ciri Sastera Epik

Sastera epik merupakan sebuah genre puisi naratif yang luas dan panjang. Dalam karya epik
Melayu, ia ditulis dalam bentuk prosa naratif yang panjang. Latar tempat bagi sastera epik adalah
luas di mana ia melibatkan latar masa yang panjang untuk menyediakan ruang kepada tokoh
untuk membuktikan kepahlawanannya dan ia meliputi beberapa generasi.
Sastera epik lebih bersifat objektif. Hal ini bermaksud, pengarang sastera epik tidak akan
menyebelahi mana-mana pihak sewaktu menceritakan sesuatu peristawa mahupun watak. Dalam
sastera epik, sifat kepahlawanan tokoh atau wira akan ditonjolkan. Ini menunjukkan tokoh diberi
kedudukan yang tinggi dalam sejarah bangsa.
Sastera epik dibahagikan kepada dua kategori iaitu epik kebangsaan dan epik berunsur
islam. Hikayat Hang Tuah adalah contoh bagi epik kebangsaan dan Hikayat Muhammad
hanafiah adalah contoh bagi epik berunsur Islam. Sastera Romawi, Yunani, Jerman dan Inggeris
turut mempamerkan konsep kepahlawanan yang sama dalam hasil karya epiknya iaitu Archilles,
Hercules dan Theseus.

Fungsi Sastera Epik

Terdapat beberapa fungsi bagi sastera epik. Salah satunya adalah sastera epik berfungsi untuk
mengagungkan kepahlawanan tokoh. Bagi karya sastera epik kebangsaan, tokoh pahlawan
melayu yang diagung-agungkan. Sementara karya sastera epik berunsur Islam pula
mengagungkan pahlawan islam yang terbilang.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Sastera epik juga berfungsi sebagai lambang kebanggaan sesuatu bangsa. Sebagai contoh,
Hang Tuah dianggap sebagai lambang kebanggaan dan keagungan semasa Kesultanan Melayu
Melaka. Contoh pahlawan yang diagungkan dalam karya sastera epic berunsur islam ialah Amir
Hamzah. Amir Hamzah merupakan lambang kebanggan dalam kerajaan pemerintahan islam
ketika mencapai kemuncak kecemerlangan.
Selain itu, sastera epik juga berfungsi untuk menanam semangat cinta akan bangsa dan
agama. Hal ini kerana, tokoh-tokoh epik mampu membangkitkan semangat juang yang tinggi
dalam diri seseorang bagi mempertahankan maruah bangsa dan agama. Misalnya, sifat yang
dimiliki oleh tokoh seperti Hang Tuah dapat memupuk semangat seseorang untuk
mempertahankan bangsa, agama dan negara.
Nilai-nilai dan norma masyarakat juga dapat dikekalkan dan dimantapkan melalui sastera
epik. Dalam karya sastera epik, ia menceritakan tentang sifat-sifat kepahlawanan tokoh-tokoh
tersebut. Dengan itu, sifat-sifat tersebut akan dijadikan sebagai contoh dan model kepada
masyarakat Melayu.
Sastera epik juga berfungsi untuk memperkenalkan identiti bangsa dan negara kepada
generasi masa akan datang. Sastera epik memberi gambaran tentang sifat tokoh-tokoh epik
kepada generasi akan datang di mana ia berkait rapat dengan bangsa itu sendiri.

C) SASTERA HIKAYAT

Sastera hikayat merupakan salah satu bidang kesusasteraan Melayu silam. Biasanya cerita
hikayat berbentuk panjang dan ia berkisar tentang seseorang atau sesuatu kejadian yang penting.
Cerita hikayat adalah warisan daripada penceritaan secara lisan. Kata hikayat berasal daripada
kata haka di dalam bahasa Arab atau hekaye di dalam bahasa Parsi. Ia membawa maksud
cerita panjang yang berbentuk prosa dan isinya adalah cerita lagenda, rekaan dan sebagainya.
Sastera hikayat ialah cerita-cerita yang disampaikan melalui penulisan yang mana ia
menggunakan bahasa Melayu lama dengan langgam bahasa dan struktur tertentu. Cerita yang
disampaikan berunsur hiburan seperti cerita ajaib iaitu ia hasil daripada imaginasi dan juga
fantasi. Sastera hikayat juga menggunakan nama tempat dan negeri tertentu sebagai latar.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Pembahagian Sastera Hikayat


Sastera hikayat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
a) Sastera hikayat berunsurkan Hindu
b) Sastera hikayat berunsurkan Hindu dan Islam
c) Sastera hikayat berunsurkan Islam

Sastera hikayat berunsurkan Hindu merujuk kepada sastera yang menerima pengaruh
Hindu yang kuat seperti Hikayat Ramayana dan Hikayat Mahabharata. Contoh karya bagi
Hikayat Ramayana ialah Hikayat Seri Rama dan Hikayat Maharaja Rawana. Hikatan-hikayat ini
adalah hikayat Melayu yang diterjemahkan dari epik Hindu. Begitu juga dengan Hikayat
Pendawa Lima dan Hikayat Pendawa Jaya. Kedua-dua hikayat ini merupakan contoh bagi
hikayat Mahabharatan di mana hikayat-hikayat Melayu diterjemahkan di bahagian-bahagian
tertentu yang dikenali sebagai Pendawa dalam kesusasteraan Melayu.
Sementara itu, sastera hikayat berunsurkan Hindu dan Islam merupakan sastera yang
mempunyai unsur-unsur Hindu dan juga unsur-unsur Islam. Kesusasteraan Melayu dihasilkan
semasa bermulanya pengaruh Islam di tanah Melayu dan ketika itu juga pengaruh Hindu masih
kuat. Di peringkat awal perkembangannya adalah melalui lisan dan kemudian ia disalin dan
dibukukan. Melalui itu, berlaku perubahan dan perbezaan antara satu hikayat dengan hikayat
yang lain. Karya-karya sastera yang dihasilkan pada zaman tersebut telah berubah dan
diubahsuai di mana penghasilan karya sastera lebih bersifatkan keislaman di mana ia bersesuaian
dengan prinsip serta pemikiran Islam. Contoh karya yang berunsurkan Hindu dan Islam ialah
Hikayat Marakarma atau Hikayat Si Miskin dan Hikayat Serangga Bayu atau Hikayat Ahmad
Muhammad.
Bagi sastera hikayat berunsurkan Islam pula ialah karya sastera telah menerima pengaruh
Islam yang kuat. Sastera hikayat berunsur islam ini dikenali sebagai cerita dalam cerita di
mana ia membawa maksud suatu cerita itu terhasil daripada satu cerita pokok yang berlaku dan
ia terdapat banyak sisipan cerita dan ia diakhiri dengan kembali kepada cerita pokoknya. Hal ini
bermaksud bahawa cerita-cerita tersebut bersambung-sambung dan saling berkait rapat dengan
cerita pokok. Contoh bagi sastera hikayat berunsurkan Islam ialah Hikayat Abu Nawas, Hikayat
Sultan Damshik dan Hikayat 1001 Malam.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Ciri-ciri Sastera Hikayat

Ciri-ciri seperti latar tempat bagi sastera hikayat adalah merangkumi alam nyata dan juga alam
ghaib. Alam ghaib merujuk kepada kayangan, istana raja-raja jin, alam hantu syaitan dan dewa-
dewi. Misalnya dalam cerita Hikayat Pendawa Lima, latar tempatnya adalah di istana Maharaja
Gatotkaca dan istana Mahara Baladewa. Dalam cerita Hikayat 1001 malam pula tempatnya
adalah di istana Raja Syahriar dan Raja Syah Zaman.
Watak-watak dalam sastera hikayat terdiri daripada manusia biasa, dewa-dewi, jin,
syaitan, binatang dan juga raja-raja. Contoh yang boleh diambil ialah dalam Hikayat 1001 malam
di mana ia melibatkan watak jin ifrit dan binatang seperti kuda, lembu dan anjing. Sementara
dalam cerita Hikayat Pendawa, ia melibatkan watak-watak seperti anak-anak raja. Anak-anak
raja ini merupakan dewa dan salah satunya adalah Dewa Krisyna.
Ciri lain sastera hikayat adalah berkenaan dengan pemilihan tema dan persoalan dalam
cerita. Biasanya cerita dalam sastera hikayat ini melibatkan unsur-unsur seperti percintaan,
peperangan dan pengembaraan. Contohnya dalam Hikayat Pendawa Lima, ia menceritakan
tentang usaha sang Bimanyu yang keluar mengembara untuk mencari isterinya.
Biasanya, plot cerita dalam sastera hikayat adalah bersifat kronologi. Ceritanya mengikut
urutan masa iaitu dari permulaan cerita sehinggalah ke akhir cerita. Pada peringkat awal cerita,
sastera hikayat bercirikan pengembaraan, sewaktu pengembaraan dan selepas pengembaraan. Di
akhir cerita adalah kisah yang mengembirakan. Contohnya, dalam Hikayat Pendawa Lima, Sang
Bimanyu telah keluar mengembara untuk mencari isterinya dan akhirnya atas usahanya, sang
Bimanyu telah menjumpai isterinya kembali.
Sastera hikayat juga mengandungi unsur-unsur luar biasa di dalam cerita. Unsur luar
biasa ini merujuk kepada kuasa-kuasa para dewa dan dewi. Ia juga berkaitan dengan
kepahlawanan watak utama dalam sesuatu cerita hikayat. Contoh yang boleh diambil adalah
kisah sang Bimanyu dalam cerita Hikayat Pendawa Lima di mana sang Bimanyu mempunyai
sifat yang berani. Dalam cerita Hikayat Pendawa Lima, sang Bimanyu sangat berani berhadapan
dengan hulubalang Maharaja Gatotkaca.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

BAHAGIAN C:

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa melayu


Kelas : Tahun 3 Cekap
Bilangan Murid : 28 Orang
Tarikh : 24 Februari 2016 (Rabu)
Masa : 8.45 pagi - 9.45 pagi
Tema : Pertanian
Tajuk : Buah-buahan Tempatan (Didik Hibur)

Standard Kandungan
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
4.4 Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang
indah secara didik hibur.

Standard Pembelajaran
4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian secara didik hibur.
4.1.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan dalam seni kata lagu melalui nyanyian
dan gerak laku secara didik hibur.
4.4.1 Melafaz dan memahami pantun empat kerat dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
jelas secara didik hibur.

Objektif Pembelajaran
Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
a) Melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian.
b) Membaca seni kata lagu dengan jelas.
c) Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian mereka.
d) Melafaz pantun empat kerat denagn sebutan dan intonasi yang betul.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Bahan Pengajaran dan Pembelajaran:


1. Lagu Buah-buahan Tempatan.
2. Lirik lagu Buah-buahan Tempatan.
3. Petikan Pantun empat kerat.
4. Lembaran kerja murid.
5. Komputer riba.
6. LCD.

Sistem bahasa:
a) Sistem bahasa : Suku kata terbuka dan suku kata tertutup
b) Kosa Kata : Kepentingan, buah-buahan, tempatan, khasiat, kesihatan
c) Sebutan dan intonasi: Bacaan pantun

Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum:


a) Ilmu : Pendidikan Muzik, Sains, Bahasa Melayu
b) Nilai murni : Tekun, jujur, rajin, rasional,kerjasama, berdisiplin
c) Kreativiti : Meneka nama buah, dan melaksanakan aktiviti berpantun
d) Kemahiran bernilai tambah: Kemahiran berfikir, kecerdasan pelbagai, mempelajari cara
belajar.

Strategi:
a) KB : Mengenal pasti, menyelesaikan masalah
b) TKP : Muzik, visual, interpersonal, intrapersonal dan verbal-linguistik
c) BCB : Bacaan Mekanis dan Mentalis dan memproses maklumat tentang kebaikan
memakan buah.
d) Pembelajaran kontekstual: Menghubung kait dengan khasiat buah-buahan dengan amalan
kesihatan harian.

Pengetahuan sedia ada:


a) Murid penah mendengar dan membaca pantun dengan menggunakan sebutan dan intonasi
yang betul.
b) Murid mengenal nama buah-buahan tempatan.

Strategi:
a) Pengabungjalinan : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
b) Penyerapan : Unsur seni bahasa, sains, muzik.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

c) Penilaian : Menyanyi, membaca lirik lagu, menyebut suku kata terbuka dan
tertutup, menulis.
d) Kemahiran berfikir : Menjana idea, mengecam dan menghubungkait.
e) Pembelajaran kontruktivisme : Meneroka.

Langkah/ Huraian Hasil Aktiviti Pengajaran dan Catatan


Masa Pembelajaran Pembelajaran
Set induksi Permulaan: Guru meminta murid BBM:
(5 minit) Mendengar alunan mendengar dan memberi a Komputer riba
lagu Buah-buahan perhatian: (pertunjukan
Tempatan a Murid-murid diminta powerpoint),
mendengar lagu skrin putih
b Lagu Buah-
Menyanyi Lagu Buah-buahan
buahan
Buah-buahan tempatan dengan
tempatan
Tempatan teliti.
b Guru mengedarkan
KBT:
lirik lagu Buah-
a Kecerdasan
buahan tempatan.
c Guru meminta murid pelbagai
membaca lirik lagu BCB:
Buah-buahan a Kemahiran
tempatan secara mendengar
b Kemahiran
senyap.
d Guru menyanyikan bertutur
c Bacaan Mekanis
lagu Buah-buahan
tempatan dengan
gerakan. Teknik:
e Murid menyanyi lagu
a Soal jawab
dengan gerakan
mengikut iringan
muzik berpandukan
lirik lagu yang
dipamerkan pada
EKM322 Kesusasteraan Melayu

pertunjukan slaid
Power Point di depan
kelas oleh guru.
f Guru dan murid
bersoal jawab
mengenai lagu
tersebut:
1 Apakah tajuk
lagu tersebut?.
2 Adakah kamu
pernah
mendengar lagu
tersebut?.
3 Lagu tersebut
mengenai apa?
4 Siapa suka makan
buah-buahan
seperti yang
dilihat dalam
lagu?.
g Guru menerangkan
tajuk pengajaran pada
hari ini.
Langkah 1 Perkembangan Guru meminta murid BBM:
(15 minit) Paparan Powerpoint: melihat paparan slaid a Komputer riba,
a Nama Buah- yang telah disediakan skrin putih, slaid
buahan oleh guru. powerpoint,
tempatan a Gambar jenis buah gambar buah
b Khasiat
tempatan. buahan tempatan
b Guru menerangkan
Mengenal pasti suku setiap jenis dan
Ilmu:
kata terbuka: KV khasiat buah-buahan
a Sains
a) Limau Li tempatan.
b) Pisang Pi c Guru mamaparkan
Nilai Murni:
EKM322 Kesusasteraan Melayu

c) Betik Be gambar buah-buahan. a Kreatif dan


d) Nanas Na d Guru bersoal jawab
inovasi
e) Durian Du
tentang nama dan
meminta murid
BCB:
Kenal pasti suku kata
menyebut nama buah-
a Bacaan mentalis
tertutup: KVK
buahan. b Kemahiran
a) Jambu Jam e Guru menyebut suku
bertutur
b) Betik Tik
kata terbuka. c Kemahiran
c) Nanas Nas
f Murid menyebut suku
d) Tembikai mendengar
kata terbuka dengan d Kemahiran
Tem
e) Rambutan bimbingan guru. membaca
g Murid secara e Sebutan
Ram
berpasangan diminta
untuk menyebut Teknik:
perkataan berkaitan a Perbincangan
b Penerangan
nama buah yang
c Soal jawab
berwarna hitam dan
merah.
Nilai:
a Kerjasama
Langkah 2 a Membaca petikan a Guru mengedarkan BBM:
(20 Minit) Pantun Empat bahan petikan kepada a Petikan Pak
Kerat semua murid Tam seorang
Petikan Pantun empat
Penternak
kerat.
b Lembaran kerja: Binatang
b Guru membaca
b Lembaran Kerja
- Suku kata petikan dengan
terbuka/ sebutan dan intonasi
BCB:
tertutup yang betul.
a Bacaan mentalis
c Guru meminta murid
b Kemahiran
membacakan petikan
menulis
yang diberikan secara c Kemahiran
senyap. membaca
d Murid-murid d Bacaan Mekanis
e Bacaan Mentalis
dikehendaki membaca
EKM322 Kesusasteraan Melayu

pantun dengan sebutan


dan intonasi yang
betul.
e Guru meminta murid
petikan pantun secara
berkumpulan.
fGuru menerangkan
tentang isi pantun.
g Mengedarkan
lembaran kerja kepada
semua murid.
h Murid mengisi tempat
kosong dengan
menulis suku kata
terbuka/ suku kata
tertutup.
iGuru membimbing murid
menjawab soalan.
jSambil murid menjawab
soalan, lagu buah-
buahan tempatan
diperdengarkan.
Langkah 3 Penilaian: Guru mengedarkan BBM:
(12 minit) a) Membaca pantun lembaran kerja kepada a Lembaran kerja
b Petikan pantun
teka-teki murid-murid.

BCB:
Murid dikehendaki
a Kemahiran
Pemulihan: membaca soalan terlebih
menulis
a) Menjawab pantun dahulu.
b Sebutan
teka-teki.
b) Mengisi tempat
Murid-murid diminta TKP:
kosong
untuk mengisi jawapan a) Interpersonal
b) Intrapersonal
yang disediakan dalam
c) Verbal
EKM322 Kesusasteraan Melayu

ruang yang sesuai.


Nilai murni
Soalan yang diberikan a) Kerjasama
berkaitan dengan nama
buah-buahan.

Lagu buah-buahan
tempatan dimainkan
sementara murid
menjawab soalan.

Guru membimbing
murid:
a Membaca pantun
yang disediakan
b Murid menjawab
pantun teka teki
Murid dikehendaki
merujuk petikan
pantun teka teki.
c Dan mengisi tempat
kosong.
Murid dikehendaki
merujuk lirik lagu
buah-buahan
tempatan.

Guru memantau aktiviti


murid.
Penutup Rumusan Guru memperdengarkan Ilmu:
(8 minit) a Aktiviti didik semula laguBuah- a Pendidikan
hibur. buahan tempatan, muzik
b Guru menilai b Sains
Guru menunjukkan
EKM322 Kesusasteraan Melayu

hasil dapatan gambar Buah-buahan


murid dan tempatan sekali lagi. Nilai Murni:
bersoal jawab a Murid sekali lagi a Kreatif
mengenai apa menyebut nama-nama
yang dipelajari. buah-buahan BBM:
tempatan. a Slain powerpoint
b Membaca pantun b Lagu Buah-
Kognitif
sekali lagi. buahan
a) Suku kata
c Murid menyatakan
tempatan
terbuka dan
nilai murni yang
tertutup
diperoleh daripada
b) Jenis buah- Kecerdasan Pelbagai:
hasil pembelajaran.
buahan a Muzik
d Murid diminta sekali
c) Khasiat buah
lagi untuk
menyanyikan lagu
Sosial
Buah-buahan
Penghargaan Tepuk
tempatan mengikut
tangan
iringan muzik.
e Guru memberi
rumusan tentang
aktiviti pada hari ini.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

LAMPIRAN: BAHAN BANTU MENGAJAR

Lampiran 1: Lagu Buah-buahan Tempatan

Gambar Rajah 1: Video Buah-buahan Tempatan

Link lagu https://www.youtube.com/watch?v=9Q7V6UTN_VE.


EKM322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran 2: LIRIK LAGU

Lagu: Buah-buahan Tempatan

Buah duku, buah manggis


Rambutan rasanya manis
Buah kendondong, mempelam
Makan muda rasa masam

Sungguh enak buah langsat


Isi durian yang hebat
Pulasan, cempedak lazat
Buah tempatan berkhasiat
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Buah Pisang:
Pisang emas masak setandan,
Bawa berjaja di tepi padang,
Baju kemas kasut pun padan,
Ayah kerja pagi dan petang,
Lampiran 3: PANTUN 4 KERAT
Buah Nanas:
Buah nanas di makan unggas,
Kupas sebiji di buat halwa,
Badan sihat otak pun cerdas,
Rajin mengkaji kitab di bawa.

Buah Limau:
Garang harimau lidah terjelir,
Malam kelam pelita menyala,
Buah limau dibuang air,
Kalau masam tambahkan gula.

Buah Durian:
Isinya putih kulitnya berduri,
Durian dicari sampai Kelantan,
Hati bersih wajah berseri,
Baik budi jadi ikutan.

Buah Kelapa:
Tolong kaitkan kelapa sebiji,
Air kelapa menghilang dahaga,
Cergas bersukan pandai mengkaji,
Jadi juara guru pun bangga.

Buah Rambutan:
Penulis muda sedang berkarya,
Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isi rambutan putih dan manis rasanya.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Pantun Teka Teki 1:

Waktu subuh ke tepi paya,


Hendak menembak seekor buaya,
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak
Lampiran warna isinya.
4: PANTUN TEKA TEKI

Apakah jawapannya?
BUAH MANGGIS

Pantun Teka Teki 2:

Penulis muda sedang berkarya,


Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.

Apakah jawapannya?
BUAH RAMBUTAN

Pantun Teka Teki 2:

Selepas subuh pergi ke ladang,


Singgah sebentar rumah Pak Long,
Bentuk daunnya bagaikan pedang,
Buahnya umpama pemukul gong.

Apakah jawapannya?
BUAH NANAS
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran 5: LEMBARAN KERJA 1

TAJUK : Buah-buahan tempatan


NAMA : ___________________
KELAS : ___________________
TARIKH : ___________________

Isi tempat kosong yang disediakan dengan suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang
sesuai.

Nas Pi Li Ram Ke Tan Du

(1) _______sang emas masak setandan,


Bawa berjaja di tepi padang,
Baju kemas kasut pun padan,
Ayah kerja pagi dan petang,

Buah na (2) ______ di makan unggas,


Kupas sebiji di buat halwa,
Badan sihat otak pun cerdas,
Rajin mengkaji kitab di bawa.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Garang harimau lidah terjelir,


Malam kelam pelita menyala,
Buah (3) _______mau dibuang air,
Kalau masam tambahkan gula.

Isinya putih kulitnya berduri,


(4) ________rian dicari sampai Kelantan,
Hati bersih wajah berseri,
Baik budi jadi ikutan.

Tolong kaitkan kelapa sebiji,


Air (5)_________lapa menghilang dahaga,
Cergas bersukan pandai mengkaji,
Jadi juara guru pun bangga.

Penulis muda sedang berkarya,


Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isi (6)_______bu(7)_______ putih dan manis rasanya.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran 6: LEMBARAN KERJA 2

TAJUK : Buah-buahan tempatan


NAMA : ___________________
KELAS : ___________________
TARIKH : ___________________

a) Teka-teki 1:

Waktu subuh ke tepi paya,


Hendak menembak seekor buaya,
Merah pekat warna kulitnya,
Putih melepak warna isinya.

Apakah jawapannya?

Jawapan: _____________________

b) Teka-teki 2:
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Penulis muda sedang berkarya,


Suatu kisah di pagi raya,
Rambutnya lebat merah warnanya,
Isinya putih manis rasanya.

Apakah jawapannya?

Jawapan: ______________________

c) Teka-teki 3:
Selepas subuh pergi ke ladang,
Singgah sebentar rumah Pak Long,
Bentuk daunnya bagaikan pedang,
Buahnya umpama pemukul gong.

Apakah jawapannya?

Jawapan: _______________________
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Lampiran 7: LEMBARAN KERJA 3

TAJUK : Buah-buahan Tempatan


NAMA : ___________________
Kelas : ___________________
Tarikh : ___________________

Isi tempat kosong yang disediakan bagi melengkapkan lirik lagu buah-buahan tempatan.
(Rujuk lirik lagu yang telah disediakan oleh guru)

durian duku manggis kedondong cempedak langsat mempelam

Rambutan pulasan

Lagu: Buah-buahan Tempatan

Buah (1)________, buah (2)_________


(3)___________ rasanya manis
Buah (4)__________, (5)__________
Makan muda rasa masam

Sungguh enak buah (6)__________


EKM322 Kesusasteraan Melayu

Isi (7)__________ yang hebat


(8)__________, (9)__________ lazat
Buah tempatan berkhasiat

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan berjaya di laksanakan dengan
baik. Penggunaan kaedah didik hibur dapat menarik minat murid untuk fokus dan melibatkan diri
dalam aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah. Hal ini kerana aktiviti pengajaran
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, kefahaman murid dan
kemahiran bahasa murid juga dapat ditingkatkan melalui aktiviti didik hibur dan latihan atau
pemberian tugasan kepada murid.
Hasil penilaian daripada tugasan yang diberikan, murid-murid menunjukkan bahawa
mereka memahami akan apa yang diajar. Murid-murid menunjukkan keterujaan mereka apabila
diperdengarkan lagu buah-buahan tempatan. Mereka turut sama menyanyikan lagu dengan
melihat lirik lagu yang disediakan oleh guru. Melalui lagu, murid dapat mengenal nama buah-
buahan tempatan yang terdapat di Malaysia. Murid mampu mengulang semula menyebut nama-
nama buah yang dilihat dalam paparan skrin dalam soal jawab antara guru.
Dalam penilaian yang dibuat, murid-murid mampu menjawab dan menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh guru. Mereka juga tidak segan bertanya sekiranya ada yang tidak difahami.
Penilaian dibuat adalah berkenaan dengan suku kata terbuka dan suku kata terbuka. Murid juga
dinilai melalui aktiviti menulis di mana mereka dikehendaki mengisi tempat kosong dengan
nama-nama buah-buahan dengan berpandukan lirik lagu buah-buahan tempatan. Murid-murid
juga didedahkan kepada aktiviti membaca pantun dan menjawab pantun teka-teki yang
disediakan.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Murid diberi pendedahan bacaan secara mekanis dan bacaan mentalis. Bacaan mekanis
lebih kepada bacaan secara senyap dan cuba memahami isi pantun. Sementara mentalis, murid
diminta untuk membaca secara kuat dan terang. Murid membaca pantun dengan sebutan dan
intonasi yang betul. Di sini kita dapat melihat, aktiviti ini mampu membantu meningkatkan tahap
pemahaman dan pembacaan murid mengikut sebutan dan intonasi yang betul.

Refleksi

Refleksi dibuat untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dibuat pada 24
Februari 2016 iaitu hari rabu di mana ia melibatkan aspek seni bahasa dalam pengajaran Bahasa
Melayu. Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang dijalankan adalah bertemakan
pertanian yang bertajuk Buah-buahan Tempatan. Penekanan yang diberikan semasa
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan adalah terdiri daripada aspek kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain itu, cara sebutan dan intonasi murid juga
diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Di awal permulaan kelas, murid-murid masih kelihatan pasif dan tidak aktif di mana
mereka kurang memahami apa yang dipelajari oleh mereka. Kelas dimulakan dengan
memperdengarkan muzik lagu Buah-buahan Tempatan. Lirik lagu diedarkan kepada murid-
murid. Lagu yang diperdengarkan kepada murid mula menarik perhatian mereka. Saya boleh
melihat murid mula menunjukkan reaksi yang berbeza-beza di mana ada di antara mereka yang
mula mengikut rentak nyanyian lagu, dan ada yang berdiri.
Setelah itu, saya memberhentikan lagu yang dimainkan buat seketika. Hal ini kerana,
saya ingin memberi peluang kepada murid untuk membaca lirik lagu yang telah diedarkan di
awal kelas secara senyap. Ia bertujuan bagi memastikan murid terlebih dahulu cuba untuk
memahami lirik lagu tersebut. Kemudian, murid-murid diminta untuk membaca lirik lagu
tersebut. Tanggungjawab saya adalah saya membimbing murid untuk membaca lirik tersebut.
Saya kemudiannya menunjukkan cara menyanyi lagu tersebut sambil membuat pergerakan. Hasil
EKM322 Kesusasteraan Melayu

pemerhatian saya, saya boleh melihat ada murid mengikut rentak gerakan yang saya lakukan. Ini
menunjukkan bahawa murid-murid akan melakukan apa yang dilihat, didengar dan diajar oleh
guru.
Sekali lagi saya memainkan semula lagu Buah-buahan Tempatan tadi dan murid
dikehendaki untuk menyanyikan lagu tersebut sambil melakukan gerakan atau gaya yang telah
ditunjukkan tadi. Nyanyian murid-murid menggamatkan suasana kelas. Semua murid melibatkan
diri dalam nyanyian lagu tersebut dan menyanyi dengan riang. Setelah itu, saya menanyakan
kepada murid beberapa soalan mudah yang berkaitan dengan lagu antaranya mengenai tajuk
lagu, ia berkisar tentang apa, nama buah-buahan dan sebagainya. Hampir ke semua murid
berebut-rebut untuk cuba menjawab soalan yang ditanya oleh guru. Oleh itu, tindakan yang saya
lakukan adalah dengan meredakan mereka. Kemudiannya, saya memilih beberapa orang murid
untuk menjawab soalan-soalan yang saya berikan. Semua jawapan yang diberikan oleh murid
saya terimanya dengan baik. Saya juga memberi pujian kepada mereka kerana berani menjawab
soalan yang diberikan. Ini menunjukkan murid bersemangat untuk belajar.
Pelaksanaan pengajaran melibatakan seni bahasa dan didik hibur bukanlah sesuatu yang
baru. Namun, penggunaan teknik atau kaedah yang sentiasa berbeza dan diperbaharui
membuatkan murid merasakan ia masih sesuatu yang baru kepada mereka. Walaupun cara
pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan pada hari ini masih baru kepada murid, namun
mereka dapat menerimanya dengan baik dan mereka juga bersungguh-sungguh untuk cuba
menerima serta memahaminya. Set induksi pengajaran yang menarik mampu menarik minat
murid untuk terus fokus dalam pembelajaran. Penggunaan lagu sangat membantu dalam
pengajaran pada hari ini di mana ia mampu mempengaruhi setiap pergerakan murid-murid dan
keadaan kelas cukup tenang dan terkawal. Ini memudahkan saya untuk meneruskan sesi
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Seterusnya, pengajaran diteruskan lagi dengan menunjukkan paparan power point
mengenai jenis, nama dan khasiat buah-buahan tempatan. Murid-murid menunjukkan keterujaan
mereka dalam aktiviti ini. Tambahan lagi apabila guru memaparkan gambar buah-buahan
tempatan melalui paparan skrin power point. Guru menerangkan kategori buah-buahan kepada
bermusim dan tidak bermusim. Selain itu, sambil gambar buah ditunjukkan, guru menerangkan
khasiat-khasiat yang terdapat pada setiap buah-buahan yang dipaparkan. Guru juga memberitahu
bahawa betapa pentingnya buah-buahan kepada kesihatan tubuh badan manusia. Hampir semua
EKM322 Kesusasteraan Melayu

murid memberi perhatian semasa penerangan tentang buah-buahan tempatan diberikan. Namun
terdapat juga beberapa murid yang tidak memberi perhatian. Bagi mendapatkan semula perhatian
mereka, saya memberi teguran dengan memanggil mereka agar mereka memberi perhatian
sewaktu pembelajaran dijalankan.
Sesi soal jawab berkenaan dengan nama-nama buah-buahan yang pernah dilihat dan
dimakan oleh murid-murid dijalankan. Semasa sesi soal jawab, murid-murid tmemberi respon
yang positif kepada guru. Murid-murid merasa seronok dalam pembelajaran apabila gambar
buah-buahan diselitkan sebagai bahan bantu mengajar elektronik. Murid turut memberi pendapat
mereka tentang rasa-rasa buah-buahan yang pernah dimakan oleh mereka. Dalam aktiviti ini
juga, murid mula memberi pendapat mereka tentang buah-buahan yang pernah dilihat dan
dimakan. Mereka cuba menarik perhatian saya di mana mereka memberi pendapat mereka
masing-masing dan ada juga yang cuba menolak pendapat rakan-rakan yang lain. Kaedah
pengajaran yang menarik dan menyeronokkan mampu membawa kepada pengajaran dan
pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid. Selain itu, penerimaan murid pada bahan
yang dipelajari juga menjadi lebih mudah diterima.
Pengajaran diteruskan dengan membaca suku kata terbuka dan suku kata tertutup yang
terdapat pada nama buah-buahan seperti limau, pisang, betik, nanas, durian dan jambu. Suku kata
terbuka yang terlibat adalah li, pi, be, na dan du. Kesemua suku kata yang digunakan adalah
berwarna dan ia berhubungkait dengan nama buah-buahan yang dipelajari. Saya membimbing
murid membaca suku kata dan perkataan yang disediakan. Walaubagaimanapun, saya dapati
terdapat murid yang malu. Mereka menyebut perkataan dan suku kata tersebut tetapi dengan cara
menyembunyikan mulut mereka. Oleh itu, tindakan yang saya lakukan adalah meminta murid
secara berpasangan untuk menyebut perkataan yang berwarna ditunjukkan. Aktiviti yang
dijalankan mampu menarik minat murid untuk menumpukan perhatian mereka dalam
pembelajaran. Seterusnya dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca dan sebutan
murid-murid.
Aktiviti diteruskan lagi dengan aktiviti membaca petikan pantun empat kerat. Petikan
pantun empat kerat yang disediakan adalah berkaitan dengan buah-buahan. Tujuan aktiviti ini
dijalankan adalah untuk memupuk minat membaca di dalam diri murid tidak kira di sekolah
mahupun di rumah. Guru membaca petikan pantun tersebut dengan sebutan dan intonasi yang
betul. Kemudian, murid diminta untuk membaca petikan pantun dengan sebutan dan intonasi
EKM322 Kesusasteraan Melayu

yang betul secara serentak dan kemudiannya membaca petikan pantun dalam kumpulan. Aktiviti
menggunakan petikan sengaja digunakan bagi menilai keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran yang saya laksanakan. Aktiviti ini sangat membantu murid dalam meningkatkan
pengetahuan mereka yang sedia ada selain daripada mampu membentuk kosa kata yang pelbagai
dalam pembelajaran. Setelah selesai membaca dan memahami petikan tersebut, murid diminta
untuk mencari nama buah-buahan yang terdapat dalam petikan. Semua murid diminta untuk
menyebut nama-nama buah tersebut satu-persatu. Setelah itu, murid-murid diminta untuk
menyiapkan lembaran kerja yang disediakan. Tugasan yang disediakan adalah berkaitan dengan
suku kata terbuka dan suku kata tertutup. Melalui aktiviti ini, kemahiran membaca dan sebutan
murid-murid dapat dinilai. Selain itu, nilai kerjasama dan bertolak ansur sesama rakan-rakan lain
dapat dipupuk dalam diri mereka.
Dalam aktiviti seterusnya, murid-murid diberi pendedahan kepada kemahiran membaca,
menulis dan kemahiran seni bahasa seperti pantun teka teki. Pada pengajaran dan pembelajaran
hari ini, saya menyediakan soalan yang berbentuk membaca, menjawab pantun teka teki dan
mengisi tempat kosong. Murid-murid akan membaca setiap petikan pantun teka teki yang
diberikan oleh guru dengan sebutan dan intonasi yang betul. Guru memperbetulkan kesalahan
sebutan dan intonasi membca pantun murid. Setelah itu, murid menjalankan aktiviti seni bahasa
di mana murid dikehendaki membaca dan menjawab pantun teka-teki yang disediakan. Dalam
aktiviti ini, saya dapat melihat murid-murid berusaha dalam mendapatkan jawapan teka teki
tersebut. Murid akan terus bertanya kepada guru untuk mengetahui sekiranya jawapan yang
diberikan oleh mereka. Ini menunjukkan aktiviti yang dilaksanakan adalah berjaya dan murid
dapat memupuk semangat untuk terus berusaha dalam menghasilkan sesuatu selain daripada
meningkatkan kemahiran membaca mereka dan kefahaman teks sastera yang digunakan seperti
pantun.
Aktiviti seterusnya adalah aktiviti mengisi tempat kosong. Dalam aktiviti ini, murid akan
dilatih untuk mengingat semula nama buah-buahan yang terdapat dalam lagu Buah-buahan
tempatan. Sekiranya murid tidak berapa mengingati susunan nama-nama buah tersebut, murid
diberi peluang untuk membuat rujukan pada lirik lagu dan lagu buah-buahan tempatan yang
disediakan dengan bimbingan guru. Lagu buah-buahan tempatan akan diperdengarkan sementara
murid-murid menjawab tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini dapat menarik minat
murid kerana bahan yang digunakan adalah lirik lagu dan video lagu buah-buahan tempatan.
EKM322 Kesusasteraan Melayu

Saya dapat melihat murid-murid merasa gembira, dihargai dan seronok untuk terus belajar pada
masa akan datang.
Sepanjang pengajaran dan pembelajaran ini dilaksanakan, pengajaran tidak berpusatkan
guru tetapi ia lebih kepada berpusatkan murid dan menggunakan kaedah didik hibur. Pengajaran
hari ini membuahkan hasil di mana murid mampu menyebut suku kata terbuka dan suku kata
tertutup, perkataan mudah iaitu nama buah-buahan dan membaca petikan pantun dengan sebutan
dan intonasi yang betul serta baik. Di samping itu, murid juga mampu memberi respon yang
positif kepada guru. Murid mampu menjawab soalan-soalan yang diutarakan kepada mereka.
Soalan-soalan yang diberikan bertujuan untuk menguji pemahaman mereka terhadap penerangan
yang telah diberikan oleh guru.
Di samping itu juga, aktiviti yang di jalankan secara berkumpulan juga berjaya
dilaksanakan. Murid-murid dapat melakukan aktiviti dengan jayanya. Kaedah kumpulan
kecerdasan pelbagai digunakan dalam pembelajaran. Hal ini kerana, murid-murid di kelas ini
terdiri daripada murid-murid yang sederhana dan lambat menangkap apa yang dipelajari. Oleh
itu, kaedah ini mampu membimbing murid-murid yang kurang cerdas kepada cerdas. Semangat
bekerjasama, toleransi, bertolak ansur dan bertanggungjawab dapat dipupuk dalam diri murid.
Oleh itu, di sini saya dapat rumuskan juga bahawa aktiviti-aktiviti dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan secara didik hibur dengan melibatkan aspek seni bahasa. Selain
dapat menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Suasana yang menyeronokkan di dalam bilik darjah juga dapat diwujudkan.
Pemilihan aktiviti dan bahan bantu mengajar juga perlu dititikberatkan oleh guru. Hal ini kerana
aktiviti yang menarik membolehkan isi-isi pelajaran dan konsep-konsep yang digunakan boleh
difahami dengan jelas oleh murid. Selain itu, ia perlulah sesuai dengan tahap kebolehan murid
dan selaras dengan pengajaran guru Bahasa Melayu. Aktiviti yang dipilih seharusnya aktiviti
yang mampu mempengaruhi reaksi, pergerakan, emosi, intelaek dan kecenderungan murid untuk
belajar. Sementara bahan bantu mengajar yang digunakan pula bersesuaian dengan kebolehan
dan mudah difahami oleh murid.
Secara keseluruhannya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan pada
hari ini berjaya menarik minat murid dan mereka dapat mempelajari sesuatu yang baru. Selain
itu, mereka juga mampu mengeluarkan idea, pendapat dan kebolehan mereka di dalam kelas.
Aktiviti didik hibur yang dilaksanakan menarik minat murid dan suasana pembelajaran menjadi
EKM322 Kesusasteraan Melayu

lebih menyeronokkan. Selain itu, murid-murid juga dapat memahami, membaca, menyebut, dan
menulis dengan cara yang betul. Pemberian pujian dan penghargaan dengan bertepuk tangan
untuk diri sendiri kepada murid-murid semasa aktiviti dijalankan memberi galakan kepada
mereka untuk terus berusaha. Galakan yang diberikan ini mampu menarik perhatian murid di
dalam kelas. Oleh itu, saya berharap kaedah pengajaran membaca secara didik hibur dengan
melibatkan aspek seni bahasa ini akan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan
pembelajaran saya di dalam kelas.

RUJUKAN:

1) Abdul Rashid , M., & Amat Juhari, M. (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
2) Adisya Rehal. (2016, February 15). Kesusasteraan Melayu. Retrieved from Academia.edu:
http://www.academia.edu/8866503/KESUSTERAAN_MELAYU
3) Asmah Haji Omar. (2008). Ensiklopedia BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
4) Awang, H. (1985). Sastera Rakyat Malaysia. Warisan dunia Melayu: Teras peradaban
Malaysia.
5) Drs. Ab. Aziz Haji Omar. (2012, May 10). Definis sastera/Kesusateraan Melayu. Retrieved
from Azmar Blog: http://azmar-pb.blogspot.my/2012/05/definisi-sasterakesusasteraan-
melayu.html#!/tcmbck
6) Harun Mat Piah et. al. (2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
7) Hashim Awang. (1986). Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: fajar Bakti.
8) Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Standard Kurikulum Seni Bahasa dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Putrajaya: Bahagian Perkembangan.
9) Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
10) KESUSASTERAAN MELAYU. (2016, February 10). Retrieved from Asia e University:
http://pls.aeu.edu.my/pluginfile.php/36469/mod_resource/content/3/BAB
%201%20KESUSASTERAAN%20MELAYU.pdf
EKM322 Kesusasteraan Melayu

11) Khalid, M. (1992). Hikayat Pandawa Lima. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
12) Ladyrozy. (2009, May 25). Sastera Epik, Kesusasteraan Melayu 1-STPM. Retrieved from
Scribd Inc.: https://www.scribd.com/doc/15792642/SASTERA-EPIK
13) Mohd. Majid Konting. (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahsa dan Pustaka.
14) Nana. (2011, Jan 13). Pengertian Kesusastraan dan Jenis-Jenis Kesusastraan. Retrieved
from Nesaci Blog: http://nesaci.com/pengertian-kesusastraan-dan-jenis-jenis-kesusastraan/
15) Shamsudin , O., & Abdul Rasid, J. (n.d.). PELAKSANAAN ELEMEN SASTERA
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SENI BAHASA KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH. Jurnal Bahasa, 292-312.
16) Yumsari, Y. (2008). Hikayat Ahamad Muhammad. Jakarta: Departmen Pendidikan dan
Kebudayaan, Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa, 1993.

You might also like