You are on page 1of 3

PENGENALAN

Sukan merupakan aktiviti yang wajib bagi setiap sekolah. Setiap tahun,
sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan. Hal ini membuktikan
sukan sangat penting kepada murid-murid.

Aktiviti sukan sangat baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-


murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat melakukan aktiviti bersukan
dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti murid-murid dapat
menimba ilmu dengan baik.

Selain itu, bersukan juga dapat meredakan tekanan belajar. Apabila


murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka akan melupakan
pelajaran buat seketika dan mapu mengelak diri mereka daripada
menghadapi tekanan belajar.

Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara murid.


Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab.
Contohnya denganm menyertai pertandingan sukan, semangat
berkumpulan dan saling bekerjasama untuk merangkul kemenangan akan
lebih membara.

Di samping itu, pihak sekolah juga boleh mencungkil bakat-bakat


baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap untuk mewakili
sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak
langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke
seluruh Negara.

Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk


mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak
sekolah dan PIBG haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan
agar mencapai matlamatnya.

MENILAI KESAN / IMPAK PERISTIWA BERSEJARAH TERHADAP DIRI


SENDIRI, MASYARAKAT SETEMPAT DAN NEGARA.

Selaku s/u sukan sekolah adalah menjadi tanggungjawab saya untuk


mengelolakan apa-apa sahaja yang melibatkan pembangunan sukan
sekolah. Terdapat pelbagai kriteria yang perlu di ambil kira sebelum satu-
satu program sukan terebut dapat dilaksanakan dengan berkesan dan
mencapai matlamat yang ditetapkan.

Kebiasaannya sebelum program sukan dilaksanakan, setiausaha


sukan akan menyediakan kerja kerja berkaitan program yang hendak
dilaksanakan. Antara kandungan kertas kerja ini ialah mengandungi
matlamat, objektif, senarai ahli jawatankuasa dan kos operasi program
yang bakal dilaksanakan. Bagi saya, bahagian kritikal dalam menyediakan
kertas kerja ini ialah pada memilih jawatankuasa pelaksana program. Kita
perlu menilai pelbagai aspek dalam sebelum meletakkkan seseorang itu di
dalam satu-satu jawatankuasa.

Didalam pengurusan program sukan, terutamanya Kejohanan


Padang dan Balapan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 3, terdapat
pelbagai siri pertemuan dan mesyuarat dengan guru-guru. Pada sesi
pertama Setiausaha Sukan akan membentangkan jawatankuasa dan
sedikit penerangan berkaitan perjalanan program. Bagi sesi kedua dan
seterusnya, jawatankuasa-jawatankuasa akan memberi maklumbalas dan
perkembangan persediaan bagi setiap ahli jawatankuasa. Jika terdapat
sebarang masalah, ketika inilah perbincangan akan dijalankan untuk
mencari jalan penyelesaian.

Secara peribadi, impak dalam pelaksanaan program ini dapat


memberikan pelbagai banyak manfaat. Bagi saya, walaupun telah 13
tahun melaksanakan tugas selaku Setiausaha Sukan, bagi sesetengah
pihak saya dianggap tidak mempunyai sebarang masalah
melaksanakannya. Namun secara jujur, setiap tahun penganjuran, cabaran
dan masalah yang akan dihadapi akan berbeza-beza. Impak atau perkara
positif daripada penganjuran kejohanan sukan ini ialah antaranya ialah
saya dapat melatih sikap kepimpinan dalam pengurusan. Selain itu juga,
saya juga dapat mempelajari dan mengasah kemahiran membuat
keputusan. Kemahiran ini perlu dilakukan bagi memastikan kita mampu
mengelakkan program daripada tergendala.

Bagi impak penganjuran sukan ke atas masyarakat pula ialah:

peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum;


peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti;
dan peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama
dan sokongan
Bagi impak penganjuran sukan ke atas negara pula ialah:

melahirkan generasi yang cinta akan sukan


Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara
Memupuk semangat patriotisme
Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing
Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal
rakyat
Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang
berkesan untuk membina semangat patriotik dan cintakan Negara
Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal
yang seterusnya memanfaatkan diri, organisasi dan Negara
Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing
selain dapat meningkatkan prestasi kerja lebih produktif
Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa
dapat dikawal dan lebih motivasi serta berfikiran positif
Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam
kehidupan mampu melahirkan masyarakat minda kelas pertama