BAB 2: KEKAYAAN HASIL BUMI MENDORONG CAMPUR TANGAN BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu

1. Dasar campur tangan British bermaksud British melibatkan diri secara langsung dalam pentadbiran di negeri-negeri Melayu selepas
tahun 1874.

2. Negeri-Negeri Selat telah menjalin hubungan dagang yang aktif dengan negeri-negeri Melayu.

3. Negeri-negeri Selat memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang mengendalikan perdagangan negeri-negeri Melayu.
Pedagang-pedagang NNS melabur modal dalam perlombongan bijih timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut dan Klang.

4. Faktor-faktor campur tangan British di negeri-negeri Melayu ialah:

i. Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu  Negeri-Negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi, dan arang batu.

 Kawasan yang terkenal dengan perlombongan bijih timah di Perak ialah di daerah Larut dan daerah Kinta
 Kawasan perlombongan bijih timah yang utama di Selangor pada kurun ke-19 ialah Lukut, Kuala Lumpur, Ampang dan
Petaling.
 Kawasan perlombongan emas di Pahang ialah Ulu Tembeling. Bijih timah pula dilombong di Sungai Pahang dan Sungai
Lembing.
 Kawasan yang kaya dengan perlombongan bijih timah di Negeri Sembilan ialah di daerah Sungai Ujong.

ii. Revolusi perindustrian  Perubahan daripada kegiatan pertanian kepada kegiatan perusahaan dan daripada pengeluaran yang
dihasilkan di rumah kepada pengeluaran kilang.

 Revolusi Perindustrian menyebabkan British memerlukan bijih timah untuk perusahaan mengetin makanan.
 Negeri-Negeri Melayu yang kaya dengan bijih timah mesti dikuasai untuk mendapatkan bekalan bijih timah yang berterusan
dan menjadi tempat memasarkan hasil keluaran kilang.

iii. Penciptaan kapal wap dan pembukaan Terusan Suez

 Penciptaan kapal wap dapat mempercepat perjalanan dan membawa muatan yang lebih banyak.
 Pembukaan Terusan Suez dapat memendekkan jarak perjalanan dari England ke Tanah Melayu.

iv. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah lain

 British tidak akan membiarkan kuasa-kuasa lain campur tangan di Asia Tenggara.
 Belanda telah meluaskan kuasanya ke Indonesia, manakala Perancis menduduki IndoChina dan Sepanyol menduduki Filipina.

v. Pertukaran kerajaan mengubah dasar British

 Pada tahun 1873, Parti Konservatif mengambil alih pucuk kepimpinan British daripada Parti Liberal. Kerajaan baru British
telah menukar dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan.

vi. Desakan pedagang mempercepat campur tangan

 Keadaan huru-hara timbul akibat pertelingkahan di kalangan pembesar dan pergaduhan kongsi gelap. Pedagang Negeri-Negeri
Selat mendesak British campur tangan dan melindungi kepentingan pelaburan mereka.
 Pada tahun 1873, seramai 243 orang pedagang Negeri-Negeri Selat menulis surat kepada Setiausaha Tanah Jaiahan British,
Lord Kimberley bagi mendesak British campur tangan.

2.2 Keadaan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pahang Memberi Peluang Campur Tangan British

Ketidakstabilan di Perak

1. Daerah Larut di Perak kaya dengan bijih timah terutama di Kelian Pauh dan Kelian Bharu.

2. Pada tahun 1848, Long Jaafar membawa masuk orang Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di Larut.

3. Hal ini telah tercetusnya pergaduhan sesama orang Cina kerana kebanyakan mereka memasuki kongsi gelap yang bertentangan, sama
ada Ghee Hin atau Hai San.
4. Pergaduhan ini membawa kepada Perang Larut dan menjejaskan perusahaan bijih timah.

5. Ngah Ibrahim (Menteri Larut) telah melantik Kapten Speedy (Timbalan Pesuruhanjaya Polis Negeri-negeri Selat) untuk menamatkan
kekacauan di Larut.

6. Keadaan bertambah buruk apabila berlaku perebutan takhta di kalangan kerabat diraja kerana sistem pewarisan takhta tidak
diamalkan sepenuhnya.

Mengikut sistem ini, seseorang raja perlu memegang tiga jawatan iaitu Raja di Hilir, Raja
Bendahara dan Raja Muda sebelum berhak ditabal menjadi Sultan.

7. Selepas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sebagai sultan.

8. Pelantikan itu ditentang oleh Raja Abdullah dan Raja Yusuf. Mengikut sistem pewarisan takhta, Raja Abdullah ialah Raja Muda yang
sepatutnya ditabal menjadi sultan. Raja Yusuf pula pernah menjawat jawatan Raja Di Hilir tetapi diketepikan kerana tidak
disukai/disokong oleh pembesar Perak.

*Raja Abdullah tidak dilantik sebagai sultan kerana tidak hadir upacara pemakaman Sultan Ali di Sayong walaupun dijemput.

9. Kuasa Raja Ismail: Berkuasa di Hulu Perak; Kuasa Raja Abdullah: Berkuasa di Hilir Perak

9. Raja Abdullah meminta bantuan British untuk mengiktiraf beliau sebagai sultan.

10. Andrew Clarke (Gabenor Negeri-negeri Selat) berunding dengan pembesar-pembesar Melayu dan kongsi gelap Cina untuk
menamatkan kekacauan di Perak.

*Yang hadir: Raja Abdullah, Ngah Ibrahim, Dato Sagor; Yang tidak hadir: Sultan Ismail(lewat menerima surat jemputan)

*Kapitan Chung Ah Kwee merupakan ketua Kumpulan Hai San. Beliau adalah antara pemimpin kongsi gelap Cina yang hadir untuk
menyelesaikan pergaduhan di Larut. Dalam rundingan di Pulau Pangkor, masyarakat Cina bersetuju menghentikan pergaduhan dan
menerima pihak British menjadi orang tengah dalam urusan perlombongan bijih timah.

11. Hasil rundingan telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Perjanjian ini menandakan
bermulanya penguasaan secara langsung British dalam pentadbiran Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor 1874

Syarat-syarat Perjanjian ialah :-

1. Raja Abdullah diiktiraf sebagai Sultan Perak.

2. Raja Ismail diakui sebagai Raja Muda.

3. Sultan menerima seorang Residen British yang akan menasihati baginda dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan
agama Islam dan adat istiadat Melayu.

4. Residen berkuasa ke atas pungutan cukai di Perak.

5. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar dibayar gaji daripada hasil mahsul Perak.

6. Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri Larut dan menerima seorang Penolong Residen.

7. Menteri Larut akan membiayai segala usaha mengembalikan keamanan di Perak.

Perang Klang di Selangor

1. Perang Klang yang berlaku semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor) memberi peluang kepada British mencampur
tangan di Selangor.
2. Apabila Raja Sulaiman mangkat, daerah Klang tidak diserahkan kepada Raja Mahadi (putera Raja Sulaiman) tetapi diserahkan kepada
Raja Abdullah.

3. Raja Abdullah membawa masuk buruh-buruh Cina untuk memajukan perlombongan bijih timah di daerah Klang. Lombong-lombong
telah dibuka di Kuala Lumpur dan Ampang. Daerah Klang berkembang maju menjadi pusat pengeluaran bijih timah menjelang tahun
1860.

*Klang ialah ibu negeri Selangor sebelum dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880.

4. Perang Saudara yang dikenali sebagai Perang Klang berlaku apabila Raja Mahadi menyerang Raja Abdullah (menjejaskan kegiatan
perdagangan di Selangor).

5. Perang Saudara yang berlaku telah merebak ke daerah-daerah lain dan bertambah buruk apabila kumpulan pelombong Cina turut
terlibat.

6. Sultan Abdul Samad melantik Tengku Kudin, menantu baginda untuk menamatkan Perang Klang.

*Tengku Kudin/Tengku Dhiauddin(nama sebenar) ialah putera diraja Kedah. Beliau telah berkahwin dengan puteri Sultan Abdul Samad,
Raja Arfah. Beliau dilantik sebagai wakil sultan untuk mentadbir dan memajukan Selangor pada tahun 1868.

7. Tengku Kudin tidak diterima oleh pembesar-pembesar Selangor termasuk Raja Mahadi kerana dianggap bukan anak negeri Selangor.

8. Tengku Kudin meminta bantuan British untuk menamatkan kekacauan di Selangor.

9. Tengku Kudin berjaya menewaskan Raja Mahadi dan menamatkan Perang Klang dengan bantuan British.

10. British cuba mendesak Sultan Abdul Samad supaya menerima Residen British tetapi tidak berjaya.

11. Dua peristiwa yang berlaku di perairan Selangor telah memberi peluang kepada British untuk mendesak Sultan Abdul Samad
menerima Residen British:

i. 1873 - kapal dagang British H.M.S Rinaldo dirompak oleh lanun berdekatan Langat

ii. 1874- rumah api yang dibina oleh British di Tanjung Rachado diserang.

12. Pada tahun 1874, Selangor terpaksa menerima J.G. Davidson sebagai Residen dan Frank Swettenham sebagai Penolong Residen.

Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan

1. British berpeluang mencampur tangan di Negeri Sembilan apabila pembesar tempatan di Sungai Ujong, iaitu Dato' Kelana Syed
Abdul Rahman meminta bantuan British untuk mengukuhkan kedudukannya dalam perebutan kuasa di daerah Sungai Ujong. (Dato'
Bandar Kulop Tunggal mendapat sokongan kuat daripada sebahagian besar penduduk tempatan dan pelombong-pelombong Cina di
daerah Sungai Ujong)

2. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman yang telah dilantik menjadi pemerintah di daerah Sungai Ujong pada tahun 1872 telah dicabar oleh
Dato' Bandar Kulop Tunggal.

3. Perebutan kuasa antara mereka berlaku kerana masing-masing hendak menguasai pungutan cukai (memperoleh pendapatan yang
lumayan) terhadap pedagang yang menggunakan Sungai Linggi, iaitu sebatang sungai dalam daerah Sungai Ujong.

4. Sungai Linggi dalam daerah Sungai Ujong ialah jalan perhubungan utama ke pelabuhan Melaka.

5. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah menandatangani perjanjian menerima perlindungan British pada tahun 1874.

Perjanjian antara Dato Kelana dengan British

1. Dato' Kelana diiktiraf sebagai pemerintah di daerah Sungai Ujong oleh British.

2. British mempunyai kuasa penuh dalam hal pengutipan cukai di Sungai Linggi.

3. P. J. Murray dilantik sebagai Residen British yang pertama di daerah Sungai Ujong.

6. Dato Bandar membantah pengutipan cukai di Sungai Linggi oleh British.
7. Dato Bandar telah ditewaskan oleh Dato' Kelana dengan bantuan tentera British dan Dato Bandar kemudiannya dibuang negeri ke
Singapura.

8. British meluaskan pengaruhnya di Negeri Sembilan dengan melantik pegawai Majistret dan Pemungut Hasil di daerah Rembau,
Jelebu dan Seri Menanti.

* Majlistret dan Pemungut Hasil ialah pegawai British yang dilantik untuk memungut cukai dan menguatkuasakan undang-undang
British. Jawatan ini kemudiannya ditukar kepada Pegawai Daerah pada tahun 1896.

Menempatkan Menempatkan Menempatkan Menempatkan
Menempatkan
Majistret dan Majistret dan Majlistret dan Residen British
Residen British
Pemungut Hasil Pemungut Hasil Pemungut Hasil di Negeri
di Sungai Ujong
di Rembau di Jelebu di Seri Menanti Sembilan

1874 1883 1886 1889 1895

British bimbang pertapakan kuasa Eropah lain di Pahang

1. British mahu menguasai negeri Pahang bagi menghalang kuasa Eropah lain bertapak di negeri-negeri Melayu walaupun Pahang tidak
kaya seperti negeri-negeri Melayu yang lain.

2. Hal ini disebabkan Perancis, Rusia dan Jerman berlumba-lumba mencari tanah jajahan di Asia Tenggara.

3. Sultan Ahmad mencontohi tindakan Sultan Abu Bakar dari Johor dalam membangunkan Pahang bagi menyekat perluasan pengaruh
British.

4. Tindakan Sultan Ahmad yang membawa masuk pelabur Eropah untuk memajukan Pahang tidak disenangi oleh British kerana
tindakan tersebut akan menjejaskan kepentingan mereka di negeri-negeri Melayu.

5. Cara perluasan kuasa British di Pahang:

i. Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld, Gabenor Negeri-negeri Selat memujuk Sultan Ahmad menerima Residen
British tetapi gagal.

ii. Pada tahun 1887, British mendapatkan bantuan Sultan Abu Bakar dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima pengaruh
British. Berikutan itu, Hugh Clifford dilantik sebagai wakil British. British tidak berpuas hati kerana wakil British mempunyai kuasa
yang terhad.

*Wakil British mempunyai kuasa seperti seorang pegawai Konsul iaitu mengurus dan melindungi rakyat British di negeri lain.

iii. Pada tahun 1888, Go Hui (warganegara British berbangsa Cina) ditemui mati berhampiran istana Sultan Ahmad. British
menggunakan peristiwa pembunuhan ini untuk mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British dengan alasan baginda tidak mampu
mewujudkan ketenteraman di Pahang. Sultan Ahmad akhirnya menerima J.P.Rodger sebagai Residen British yang pertama.

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar

# Residen Perak: J.W.W Birch # Residen Negeri Sembilan: Martin Lister

# Residen Selangor: J.G.Davidson # Residen Pahang: J.P.Rodger
Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar

Memaksa menerima Mengambil alih pungutan Mencampuri adat
nasihat cukai ~ Tindakan Residen
Menguasai pentadbiran
~ Residen menasihati ~ Residen mengambil alih menghapuskan amalan
sultan dalam semua ~ Pelaksanaan Sistem
Residen menyebabkan kuasa dan hak memungut perhambaan dianggap
perkara pentadbiran kecuali cukai yang selama ini melampaui bidang kuasa
yang berkaitan dengan sultan dan pembesar
kehilangan kuasa kerana dipegang oleh sultan dan mereka. Bagi sultan dan
agama Islam dan adat pembesar. Pungutan cukai pembesar, amalan
istiadat Melayu. Nasihat Residen yang menjalankan
semua urusan pentadbiran akan diambil alih oleh perhambaan merupakan
mesti dipatuhi dan Pegawai British iaitu adat turun-temurun dalam
dilaksanakan. negeri.
Pegawai Majistret dan masyarakat Melayu
Pemungut Hasil. Tradisional.

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu

1. Kelemahan pelaksanaan Sistem Residen:

 Residen tidak diberikan panduan jelas untuk menjalankan tugas
 Residen menjadi terlalu berkuasa
 Pentadbiran di setiap negeri tidak seragam kerana mempunyai undang-undang sendiri
 Gabenor Negeri-Negeri Selat di Singapura gagal mengawal kuasa Residen

2. Kelemahan sistem Residen menyebabkan negeri-negeri ini disatukan di bawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-
negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

dengan negeri yang kaya seperti Perak dan Selangor
~ Masalah ini dapat diselesaikan jika digabungkan
kebangkitan rakyat menentang British Perkongsian perkhidmatan pakar
terpaksa menanggung banyak hutang akibat ~ menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti
~ perbelanjaan negeri meningkat kerana Pahang jurutera, juruukur dan doktor
Krisis Kewangan Pahang

Faktor lain bagi penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB)
dimajukan
Faktor Keselamatan landasan kereta api antara negeri Melayu dapat
~ Sistem perhubungan seperti jalan raya dan
~ Mengukuhkan kekuatan dan pertahanan
ketenteraan Sistem Perhubungan

3. Perjanjian Persekutuan telah ditandatangani dan dikuatkuasakan pada 1 Julai 1896 pada tahun 1895.

4. Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) atau Persekutuan
1896.

5. Pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur dan diketuai oleh Residen Jeneral. Frank Swettenham telah dilantik sebagai Residen
Jeneral yang pertama(1896-1900) dan kemudiannya menjadi Pesuruhanjaya Tinggi NNMB.

* Persekutuan ialah gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran. Pentadbiran kerajaan persekutuan dibahagikan
kepada dua iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Perjanjian Persekutuan 12 Jun 1895

Antara syarat perjanjian ialah:

i. Raja-Raja bersetuju menggabungkan negeri mereka menjadi sebuah persekutuan yang akan dikenali sebagai NNMB

ii. Raja-Raja bersetuju menerima seorang pegawai British sebagai Residen Jeneral

iii. Raja-Raja bersetuju mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat
istiadat Melayu

iv. Raja-Raja Bersetuju membantu negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan British

v. Residen Jeneral bertanggungjawab kepada Gabenor Negeri-negeri Selat yang juga menjadi Pesuruhjaya Tinggi NNMB
Struktur pentadbiran Persekutuan 1896 (NNMB):

2.5 Pembentukan Persekutuan Mencabar Kewibaan Sultan

1. Pembentukan Persekutuan menyebabkan kuasa pentadbiran dipegang oleh Residen Jeneral (berkuasa dalam urusan kewangan dan
cukai eksport).

2. Pegawai British mengetuai Jabatan Kehakiman, Jabatan Kewangan, Jabatan Perhubungan dan Jabatan Perkhidmatan Awam yang
ditubuhkan oleh kerajaan pusat.

3. Sultan dikehendaki menurut nasihat Residen Jeneral dalam semua hal (kecuali hal berkaitan agama Islam dan adat istiadat Melayu).

4. Kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat Negeri diambil alih oleh Residen Jeneral.

5. British bersetuju menubuhkan Durbar atau Persidangan Raja-raja Melayu pada tahun 1897 bagi mengatasi masalah ketidakpuashatian
Sultan-sultan NNMB.

* Durbar bermaksud istana raja. Durbar merujuk kepada perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh raja negeri berkenaan.
Perbincangan tertumpu kepada hal ehwal, adat, agama Islam dan kebajikan orang Melayu. Durbar menjadi asas kepada kewujudan
Majlis Persidangan raja-raja Melayu yang ada pada hari ini.

6. Ahli-ahli Durbar: Pesuruhjaya Tinggi, Raja-Raja Melayu, Residen Jeneral dan 4 orang Residen

7. Durbar pertama diadakan pada 1897 di Kuala Kangsar, Perak.

8. Durbar kedua didakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur.

9. Sultan Perak iaitu Sultan Idris Shah Ibni Raja Alang Iskandar (1887-1916) telah:

 Mengkritik pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral
 Mendesak kuasa Raja-Raja Melayu dikembalikan
 Mendesak agar bilangan pegawai Melayu dalam perkhidmatan kerajaan ditambah dan dilantik ke jawatan yang lebih tinggi
 Mendesak Bahasa Melayu diiktiraf menjadi bahasa rasmi

10. Kesan daripada desakan tersebut:

 Pihak British telah menggantikan Durbar dengan Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
 Jawatan Residen Jeneral digantikan dengan Ketua Setiausaha
 British bersetuju menyerahkan semula kuasa mentadbir kepada Majlis Mesyuarat Negeri