BAB 3: NEGERI-NEGERI MELAYU UTARA DAN JOHOR BENTENG KESELAMATAN BRITISH

1. Setelah menguasai Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, pihak British ingin meluaskan penguasaan ke atas
Negeri-Negeri Melayu Utara dan selatan Tanah Melayu iaitu Johor.

2. Negeri-negeri tersebut akan dijadikan benteng pertahanan British di Tanah Melayu untuk menghalang kemaraan kuasa Eropah lain.

3. Melalui Perjanjian Bangkok 1909, Negeri-Negeri Melayu Utara diletakkan di bawah naungan British. Negeri-negeri Melayu Utara
(NNMU) penampan keselamatan di Tanah Melayu. Johor pula menerima naungan British pada tahun 1914.

3.1 Negeri-negeri Melayu Utara Penampan Keselamatan British di Tanah Melayu

1. British telah muncul sebagai sebuah kuasa imperialis yang besar pada akhir kurun ke-19.

# Zaman imperialis baru merupakan zaman kuasa besar bersaing untuk menguasai tanah jajahan di benua Asia dan Afrika. Zaman ini
berlaku pada akhir abad ke-19.

2. Negara-negara di Asia Tenggara yang kaya dengan hasil buminya telah menjadi tumpuan kepada kuasa-kuasa besar Eropah seperti
Perancis, Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia. (untuk mendapatkan bahan mentah dan mencari tanah jajahan)

3. i) Perancis berminat meluaskan kuasa ke Lembah Menam Chao Phraya dan merancang membina
Perancis
terusan di Segenting Kra.

ii) Pembinaan terusan akan mengancam perdagangan dan pelabuhan sebagai pelabuhan
antarabangsa.

Jerman
Jerman berusaha mendapatkan Pulau Langkawi daripada Siam.

Amerika
Syarikat Amerika Syarikat ingin bertapak di Terengganu

Rusia Rusia berhasrat membuka petempatan di Ujung Salang

4. British telah menandatangani perjanjian sulit dengan Siam pada tahun 1897 untuk menghalang Siam daripada menyerahkan atau
membenarkan mana-mana kuasa lain bertapak di selatan Siam.

Perjanjian Sulit 6 April 1897

Antara syarat perjanjian ialah:

1. Siam tidak akan menyerahkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis kepada mana-mana kuasa lain tanpa izin British.

2. British mengakui hak Siam ke atas negeri-negeri tersebut.

3. British akan membantu Siam jika diserang musuh.
5. Perjanjian ini gagal menghalang sultan negeri-negeri tersebut menjalin hubungan dengan kuasa lain.

 Sultan Kelantan telah memberikan konsesi tanah seluas 776 996 hektar kepada Duff Development Company.
 Sultan Terengganu pula menerima permohonan Amerika Syarikat untuk membuka petempatan di Pulau Redang.

6. Bagi menghalang kuasa Barat meluaskan kuasanya, pihak British telah menandatangani perjanjian Perisytiharan British-Siam pada
tahun 1902.

Perjanjian Perisytiharan British-Siam

1. British mengiktiraf Negeri-Negeri Melayu Utara (NNMU) diletakkan di bawah naungan Siam.

2. Penasihat Sultan dilantik oleh kerajaan Siam seperti W.A.Graham di Kelantan, Meadowe Frost di Kedah dan H.E.Duke di Perlis.

3. Kelantan dan Terengganu tidak dibenarkan memberi konsesi kepada kuasa asing.
7. Melalui perjanjian tersebut, pihak British telah berjaya
mengukuhkan pengaruh di NNMU Tanah Melayu.

8. Kerajaan Siam bersetuju menyerahkan NNMU kepada pihak

Perjanjian Bangkok 1909

Antara syarat perjanjian ialah:

1. Siam menyerahkan negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada British.

2. Siam tidak akan menyewakan mana-mana wilayahnya tanpa kebenaran British.

3. British menyerahkan Hak Wilayah Asingan kepada Siam.
British melalui Perjanjian Bangkok yang ditandatangani pada
tahun 1909. Raja-raja Melayu tidak dibawa berunding dan
terpaksa akur dengan keputusan perjanjian tersebut.

# Hak Wilayah Asingan ialah hak yang diberi kepada konsul
British di Bangkok bagi menjalankan kuasa perundangan ke atas warga negara British. Hak ini membolehkan rakyat British diadili
mengikut sistem perundangan British dan tidak mengikut sistem perundangan Siam.

3.2 Penasihat British Mengancam Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu Utara

1. NNMU terpaksa menerima penasihat British melalui Perjanjian Bangkok 1909. Penasihat British akan memberikan nasihat dalam
semua perkara kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.

Penasihat British di Kedah

1. Sultan Abdul Hamid Shah tidak mengiktiraf perjanjian Bangkok dan baginda enggan menerima Penasihat British. George Maxwell
dilantik menjadi Penasihat British pada tahun 1910.

2. George Maxwell mengukuhkan kuasanya dengan menyerapkan sistem pentadbiran Barat dalam pentadbiran Kedah.

3. Tindakan beliau menimbulkan konflik dengan anggota Majlis Mesyuarat Negeri yang dipimpin oleh Tunku Mahmud.

Usaha Tunku Mahmud mengekalkan identiti negeri Kedah Usaha George Maxwell menerapkan pengaruh Barat dalam
pentadbiran Kedah
Menggunakan bahasa Melayu dalam penulisan surat rasmi dan Menggunakan bahasa Inggeris dalam penulisan surat rasmi dan
perundangan perundangan
Surat rasmi tidak perlu ditapis Surat rasmi ditapis oleh Penasihat British
Penggunaan kalendar Hijrah Penggunaan kalendar Masihi
Cuti umum pada hari Jumaat Cuti umum pada hari Ahad
Keutamaan melantik orang Melayu dalam pentadbiran Pelantikan pegawai British dalam pentadbiran Kedah
4. Tunku Mahmud berjaya mengekalkan identiti negeri Kedah melalui tindakan mahkamah. Beliau menentang tindakan George
Maxwell mengibarkan bendera Union Jack di kediamannya.

Penasihat British di Perlis

1. Raja Syed Alwi membantah perjanjian Bangkok. British melantik Meadowe Frost sebagai penasihat British. Beliau mengukuhkan
kuasa dengan menggubal undang-undang dan memperkenalkan jabatan baru (Jabatan Hasil dan Cukai, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Kadi).

2. Beliau juga menguasai Jabatan Kewangan sebagai strategi untuk menguasai pentadbiran Perlis.

Penasihat British di Kelantan

1. Sultan Muhammad IV dipaksa menerima J.S Mason sebagai penasihat British melalui perjanjian.

2. British menguasai pentadbiran jajahan dan berjaya menubuhkan Jabatan Polis, Pejabat Tanah dan Mahkamah Tinggi.

Penasihat British di Terengganu

1. Sultan Zainal Abidin III tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok kemudiannya baginda menemui Pesuruhjaya Tinggi British di
Singapura untuk membuat bantahan. Namun demikian, pihak British tetap melantik W.L Conlay sebagai wakil British (bidang kuasa
terhad dalam menguruskan hal ehwal luar negeri Terengganu) pada tahun 1910.

2. Sultan Zainal Abidin III memelihara kedaulatan dengan menggubal undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu atau dikenali dengan
ittiqan-ilmuluk bi-ta’dil ilsuluk. Sebahagian daripada kandungan Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu:

 Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Terengganu kepada mana-mana kuasa asing
 Mustahak ke atas raja bermesyuarat
 Hak raja dan menteri besar dalam memilih Jemaah Menteri

3. Sultan Zainal Abidin III mangkat pada tahun 1918 dan digantikan oleh Sultan Muhammad II. British mendesak Sultan Muhammad II
menandatangani perjanjian di Singapura pada tahun 1919.

4. British melantik J.L.Humphreys sebagai Penasihat British. Baginda turun takhta kerana enggan tunduk kepada tekanan British.

5. British menguasai Terengganu apabila Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Tanah dan Galian diletakkan
di bawah Penasihat British.
1902
1897
Perjanjian
Perjanjian Sulit 1909 1910
Perisytiharan 1919
British-Siam
British-Siam Perjanjian
Bangkok
British
British British
British menempatkan
menghalang menempatkan
mengiktiraf British menguasai Penasihat British
kuasa luar lain Penasihat British
Negeri-Negeri Negeri-Negeri di Kedah, Perlis
bertapak di di Terengganu
Melayu Utara Melayu Utara dan Kelantan
Negeri-Negeri
sebagai wilayah
Melayu Utara
Siam
3.3 Pemodenan Johor Melambatkan Campur Tangan British

1. Johor merupakan negeri Melayu yang terakhir menerima Penasihat British. Kebijaksaan pemerintah dan pengenalan sistem birokrasi
moden telah berjaya membawa kestabilan dan kemakmuran ekonomi.

Temenggung Daeng Ibrahim pemimpin berwibawa (1825 – 1862)

1. Pada tahun 1825, Daeng Ibrahim menggantikan ayahandanya Temenggung Abdul Rahman untuk menjadi Temenggung Johor dan
beliau berkhidmat di bawah Sultan Hussein dan Sultan Ali.

2. Pada tahun 1855, Temenggung Daeng Ibrahim menjadi pemerintah Johor kecuali di wilayah Kesang melalui perjanjian yang
ditandatangani antara Sultan Ali dengan Temenggung Daeng Ibrahim.

Persetiaan antara Sultan Ali dengan Temenggung Ibrahim pada Mac 1855

Antara syarat persetiaan ialah:

1. Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan Johor tetapi gelaran itu tidak boleh diwariskan kepada keturunan baginda.

2. Kawasan pemerintahan baginda adalah di wilayah Kesang.
3. Beliau menjadikan Tanjung Puteri sebagai pusat pentadbiran. Beliau memajukan ekonomi dengan menggalakkan kemasukan orang
Cina dari Singapura untuk mengusahakan ladang hitam melalui sistem kangcu.

# Sistem Kangcu telah diperkenalkan oleh Temenggung Ibrahim pada tahun 1833. Kangcu berasal daripada perkataan yang bermaksud
Tuan Sungai. Melalui sistem ini, orang Cina diberikan surat kebenaran yang dikenali sebagai Surat Sungai untuk
menetap dan mengusahakan pertanian di tebing sungai. Kawasan perladangan dikenali sebagai Kangkar atau Kaki
Sungai. Setiap kangkar diketuai oleh seorang Kangcu yang memerintah dan memungut cukai. Tanaman yang
diusahakan ialah lada hitam dan gambir. Cukai daripada hasil tanaman merupakan sumber pendapatan kerajaan Johor.

Sultan Abu Bakar “Bapa Pemodenan Johor” (1862-1895)

1. Sultan Abu Bakar diberi gelaran Datuk Temenggung Abu Bakar Seri Maharaja Johor. Baginda sering ke England
untuk mempelajari cara pentadbiran terbaik untuk membangunkan Johor.

2. Baginda memodenkan pentadbiran Johor dengan mengadakan mahkamah, perkhidmatan pos dan Jabatan Kerja Raya.

3. Bagi menjaga kebajikan rakyat, baginda membina sekolah, hospital dan jalan raya.

4. Bagi menjamin keamanan negeri Johor, pasukan polis dan tentera telah ditubuhkan.

5. Baginda meneruskan Sistem Kangcu untuk memantapkan ekonomi negeri Johor. Johor merupakan pengeksport lada hitam dan
gambir yang terbesar di dunia.

6. Pada tahun 1885, Perjanjian Persahabatan ditandatangani antara Johor dengan British.

Perjanjian Persahabatan antara Johor dengan British

Antara syarat:

1. Johor diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat.

2. Maharaja Abu Bakar diiktiraf sebagai sultan Johor.

3. Kedudukan sultan Johor lebih tinggi daripada Pesuruhjaya Tinggi di Singapura.

4. Baginda boleh berhubung terus dengan kerajaan British di London tanpa melalui Pesuruhjaya Tinggi.
7. Baginda Berjaya meyekat penguasaan British terhadap Johor dengan hanya menerima seorang pegawai British bertugas sebagai
Konsul dan bukannya Penasihat British.

8. Pada tahun 1895, baginda telah mengisytiharkan perlembagaan negeri (Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor) dan baginda digelar
Bapa Kemodenan Johor kerana baginda membawa banyak perubahan dalam pentadbiran dan pembangunan negeri Johor.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

Sebahagian daripada kandungan:

1. Sultan tidak boleh menyerahkan negeri Johor kepada kuasa asing.

2. Majlis Mesyuarat Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan.

3. Anggota Majlis Mesyuarat Menteri hendaklah dilantik daripada orang Melayu dan bertanggungjawab menasihati sultan dalam
pentadbiran negeri.

4. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri hendaklah terdiri daripada rakyat Johor yang berperanan menggubal undang-undang.

9. Kebijaksaan Sultan Abu Bakar menyebabkan British tidak dapat menggugat kemerdekaan Johor. Sultan Abu Bakar diganti oleh
anakanda baginda iaitu Sultan Ibrahim.
Pemimpin Johor yang berwibawa

Dato’ Jaafar bin Muhammad Dato’ Abdul Rahman bin Dato’ Muhammad Salleh bin Dato’ Muhammad Ibrahim
Andak Perang Munsyi
 Setiausaha kerajaan Johor  Setiausaha Sulit Sultan dan  Memegang jawatan  Ketua Jabatan Pendidikan
pertama dan Menteri Besar setiausaha Kerajaan Johor. Pesuruhjaya Polis, Ketua Johor yang pertama.
Johor pertama. Dianugerahi gelaran Dato’ Jabatan Ukur dan Ketua  Mendirikan banyak sekolah
 Digelar Datuk Bentara Seri Amar Diraja Jabatan Tanah. dan mendesak supaya
 Mewajibkan pegawai  Berperanan mengawal hal  Pesuruhjaya Polis Johor pendidikan diwajibkan kepada
British: ehwal hubungan luar Negeri (menjaga keamanan Johor). semua rakyat Johor.
i. Memakai pakaian rasmi Johor.  Dianugerahi gelaran Dato’  Dianugerahi gelaran Dato
Johor.  Bertanggungjawab Bentara Luar Bentara Dalam dan digelar juga
ii. Surat rasmi ke pejabat mengawal hubungan Johor  Bertanggungjawab menjaga Bapa Pendidikan Melayu
kerajaan ditulis dalam Bahasa dengan British. keamanan dan kestabilan Johor.
Melayu.  Merupakan perintis kepada negeri Johor.  Dilantik menjadi Timbalan
iii. Bendera Union penubuhan Pakatan  Melukis peta pembangunan Menteri yang pertama.
Jack dikibar lebih Belajar Mengajar negeri Johor yang
rendah daripada Pengetahuan Bahasa menunjukkan semua jalan dan
bendera Johor. Johor 1888 (badan bandar yang akan dimajukan.
persuratan terulung di (memudahkan perancangan
tanah air pada masa itu) pembangunan di Muar, Endau,
Segamat, Tangkak dan Batu
Pahat)

Johor di ambang penjajahan British

1. British mengukuhkan pengaruh dengan menubuhkan Lembaga Penasihat Johor. Lembaga ini menasihati sultan Johor supaya
meminjam sebanyak 200 000 dolar daripada Negeri-negeri Selat untuk membina landasan kereta api dari Johor ke Singapura.

# Lembaga Penasihat Johor ditubuhkan di London pada tahun 1886. Melalui Lembaga ini, sultan berhubung secara langsung dengan
pejabat tanah jajahan di London. Badan ini dianggotai oleh orang British dan berfungsi menguruskan hubungan luar Johor serta
menasihati sultan tentang hal-hal pentadbiran.

2. Muslihat British ini (mengawal kewangan Johor) telah dikesan oleh Dato’ Abdul Rahman bin Andak. Beliau menggagalkan rancangan
British dengan menasihati sultan agar tidak menerima tawaran pinjaman daripada British.

3. Pada tahun 1907, John Anderson, Gabenor Negeri-negeri Selat mencadangkan agar Dato’ Abdul Rahman Andak dibersarakan dan
dihantar ke London.

4. Sultan Ibrahim terpaksa meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor bagi membolehkan pihak British menjadi ahli dalam Majlis
Mesyuarat Negeri.

5. Pihak British telah melantik Douglas Campbell sebagai Penasihat British pada tahun 1914.

大文豪塞万提斯说:“将你同伴的行为告诉我,我就能告诉你,你是个怎么样的人。”

观其友而知其人。只需看一个人结交哪一类的朋友,就可以知道他是个怎么样的人;反过来说,只要看
经常和你常来往的人,也可以看出你是怎样的人。

如果你的朋友都很优秀,你必定也不差;如果你的朋友都做一些鸡鸣狗盗的事,那你绝对也不是什么正派的人。你的朋友
是一面镜子,可以显示你是怎么样的人。

现在,仔细思考一下自己目前的朋友有哪些,他们是帮助你往前,还是让你往后退?他们引发你的良善,还是邪恶?如果
是后者,劝你还是少来往为妙!你想改头换面吗?也许你该换的是你的朋友。没错,只有和不一样的人在一起,才会有不
一样的人生!