You are on page 1of 22

HBEF2103MAC11

PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2013

HBIS3103

FIQH 1

NAMA : DAYANG NAZLIN BINTI NAVI@NAWAWI
NO. MATRIKULASI : 790630055372001
NO. KAD PENGENALAN : 790630055372
NO. TELEFON : 0195864959
E-MEL : anasfaqih06@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM PPT SANDAKAN

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522

HBEF2103MAC11
PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN

ISI KANDUNGAN

BIL ISI MUKA SURAT
1 Mukaddimah
2 Konsep Tayamum
3 Sejarah Pensyaria’atan
Tayamum
4 Syarat-syarat Tayamum
5 Rukun Tayamum
6 Tatacara Bertayamum
7 Perkara Yang
Membatalkan Tayamum
8 Kesimpulan

ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH
801218035522

HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Mukaddimah ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 .

1984: 560) Pengertian ini diambil dari firman Allah S. Maksudnya: " Aku 'menyengaja' kepada kamu jika tidak aku dapati orang yang mempunyai akal fikiran. kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan ketahuilah. Dan barangsiapa tidak mendapati air bertayammumlah dengan tanah.T: (Al- Baqarah: 267)                                 267. tayammum bermaksud 'menyengaja' atau menghendaki pada tanah untuk menyapu muka dan dua tangan dengan niat yang mengharuskan solat.W. Wahbah al- Zuhaili. 1422H/2002 : 61) Di dalam Kamus Istilah Fiqh pula mendefinisikan tayammum iaitu menyapukan debu atau tanah ke wajah dan kedua tangan hingga kedua siku dengan beberapa syarat. (Dr. Mabruri Tholhah. 1997: 382-383) ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . (Al-Syeikh Hassan Ayub. Syafi'iyah Am. Sesungguhnya Allah Maha Kaya. dan sebahagian dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Berdasarkan pengertian ini juga penyair berkata . (M." Manakala dari segi istilah Syara'. Mujieb. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Konsep Tayamum . yang berfungsi sebagai pengganti wudhuk atau mandi sebagai rukhsah (kemudahan) bagi mereka yang berhalangan atau tidak dapat menggunakan air. Tayammum dari segi bahasa ialah ‫( القصصصد‬sengaja). padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu). Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik. Abd. lagi sentiasa Terpuji. dan janganlah kamu sengaja memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat).

Berkata Imam Malik pula tayammum bererti bersuci menggunakan tanah atau debu yang meliputi dengan menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan niat. Imam Hanafi mentakrifkan tayammum iaitu menyapu muka dan kedua-dua tangan dengan tanah yang bersih. kemudian waktu solat datang sedangkan air tidak ada.A. Tayammum merupakan spesifik umat Islam yang disyari'atkan pada peperangan Bani Mustaliq tahun keenam hijrah. Wahbah al-Zuhaili. lalu Rasulullah S.W mengutus orang mencarinya. Zainuddin Tanjung. A. lalu kalung itu hilang. Lalu waktu solat tiba dan tidak ada air di sana.W.A. Maka Allah menurunkan ayat- ayat tayammum".A. Dr. akhirnya kalung tadi dapat ditemukan. apabila sesuatu hal terjadi padamu padahal engkau tidak menyukainya." ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . Usaid bin Hudhair berkata kepada Aisyah: " Semoga Allah melimpahkan pahala kebaikan bagimu. 1984 : 560-561) Dalam terminologi fiqh tayammum diertikan dengan menyampaikan tanah ke muka dan dua tangan sebagai ganti daripada wudhu dan mandi dengan syarat-syarat yang tertentu. (Dr. Mengikut pendapat Abu Hanifah pula tayammum ialah menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih di atas jalan yang tertentu. maka turunlah ayat tayammum. Mereka solat (tanpa wudu') dan memberitahukan kepada Rasulullah S. Rahman Ritonga. 1999: 79) Ini berdasarkan hadis: (Riwayat al-Bukhari. (Dr. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Tayammum dari segi istilah Syara' juga telah diberikan pelbagai pentakrifan oleh para Fuqaha' dengan istilah yang seakan-akan hampir maksudnya. Ketika itu Aisyah kehilangan kalungnya.W mengutus seseorang (untuk mencarinya). Kemudian Rasulullah S. (b) 332: 200) Maksudnya: " Dari Aisyah bahawasanya ia meminjam kalung dari Asma'. Demi Allah. Allah menjadikan hal itu mengandung kebaikan bagimu dan bagimu kaum muslimin. Manakala Imam Syafi'e pula mentakrifkan tayammum iaitu menyampaikan atau menyapukan tanah kepada muka dan dua tangan sebagai ganti kepada wudu' atau mandi janabah atau seumpamanya dengan syarat-syarat yang tertentu.

W. Dalil ini dikukuhkan lagi dalam firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 6. atau kamu bersentuh Dengan perempuan. atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air. dan kedua belah tangan kamu meliputi siku. maka (berwuduklah) Iaitu basuhlah muka kamu. Wahai orang-orang Yang beriman. Firman Allah S. lagi Maha Pengampun. dan ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . dan jika kamu sakit. Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf.debu.kecuali kamu hendak melintas sahaja . apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil). maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah . kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk).hingga kamu mandi bersuci.                                                                  6. janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu Dalam keadaan mabuk. hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa Yang kamu katakan.T: (An-Nisa': 43)                                                    43. Wahai orang-orang Yang beriman. atau sedang Dalam musafir. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Dalil pensyariatan tayammum Tayammum disyari'atkan berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah serta Ijma'. Yang suci. dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu Dalam keadaan Junub (berhadas besar) .

W telah melihat seorang lelaki mengasingkan diri.A. tidak bersembahyang bersama dengan satu kaum.debu Yang bersih. sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi).debu itu. Mendengar perkara itu. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN sapulah sebahagian dari kepala kamu. dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air)." Dari 'Imran Ibn Hussain r. Melihat itu. (b) 348: 161-162) Maksudnya: " Sesungguhnya Rasulullah S. Berdasarkan hadis Abu 'Umamah al-Bahili. Rasulullah S. sesungguhnya itu adalah cukup bagi engkau. maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah . bahawa Nabi S. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan)." Manakala dalil Ijma' pula mengharuskan tayammum berdasarkan kesepakatan seluruh umat Islam (Dr. atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air. atau kamu sentuh perempuan. Wahbah al-Zuhaili.A. 1984 : 562) Sebab-sebab Yang Mengharuskan Tayammum Para pakar fiqh telah menetapkan beberapa keadaan yang menyebabkan seseorang boleh bertayammum sebagai berikut: 1) Ketiadaan air: Para Fuqaha' menetapkan ketiadaan air sebagai salah satu penyebab diharuskan bertayammum. tetapi ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu.A. iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu Dengan tanah .W bersabda: (Riwayat Ahmad. bersabda: 'Gunakanlah tanah (bertayammum). di situ pulalah terdapat alat untuk bersuci.A. Rasulullah S. dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. atau Dalam pelayaran.W bertanya: 'Wahai fulan apakah yang menghalang kamu bersembahyang bersama-sama dengan kaum itu?' Orang itu menjawab: 'Saya sedang janabah dan tidak mendapat air'. Hal ini ditetapkan berdasarkan firman Allah: (An-Nisa': 43) Maksudnya: ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . Maka di mana pun seseorang dari umatku harus mengerjakan solat.W. dan jika kamu Junub (berhadas besar) maka bersucilah Dengan mandi wajib. (b) 22133: 313) Maksudnya: "Seluruh bumi dijadikan bagiku dan bagi umatku sebagai masjid dan alat bersuci.a berkata: (Riwayat al-Bukhari. supaya kamu bersyukur.

Menurut Imam Syafi'ie air yang sedikit yang tidak memadai untuk berwudu' atau mandi wajib dipergunakan untuk berwudu' atau mandi. dan apabila aku memerintahkan kamu sesuatu urusan. Menurut Abu Hanifah dan Muhammad bin Hasan dia tidak wajib mengqadha'. kemudian diiringi dengan tayammum pada bahagian anggota wudu' atau badan yang belum terkena air.a berkata. 1984 : 572) Begitu juga halnya bila ada orang yang berbaik hati untuk memberi air. kerana dia telah memperoleh air. Termasuk juga. kerana orang tersebut dianggap tidak memperoleh air. kemudian dia ingat setelah lewat waktu solat. A. adanya air tetapi berada di tempat yang cukup jauh dan untuk mencarinya mengalami kesulitan.W: (Riwayat Muslim (b) 6113: 1035-1036 ) Maksudnya: " Apabila aku menegah kamu dari sesuatu urusan. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN " …lalu tidak kamu peroleh air. (Dr. maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci)". Zainuddin Tanjung. Wahbah al-Zuhaili. (Dr. Abu Yusuf dan Malikiyyah solatnya diqadha'. Maka wajib membelinya sekiranya harta itu tidak diperlukan untuk menjelaskan hutang atau menanggung belanja musafir sekalipun memberi nafkah kepada binatang yang dihormati dan sebagainya. Tayammum tidak boleh dilakukan bila ada air yang dapat dibeli dengan harga pasaran. lantas dia bertayammum. Rahman Ritonga. Abu Hurairah r. 1999: 80-81) ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . Dr. jauhilah ia. Tetapi kalau dia sedang dalam keadaan solat. bersabda Rasulullah S. termasuk juga ke dalam pengertian ini ada air dalam jumlah yang sedikit yang tidak cukup untuk wudu' atau mandi. Selain itu. maka kerjakanlah seberapa yang kamu sanggupi". lalu mengingat bahawa air ada.A. dan ada air tetapi harganya melebihi harga pasaran sehingga sulit membelinya. maka menurut pendapat sebahagian golongan Syafi'iyyah. maka Ulama' sepakat untuk membatalkan solat dan mengulanginya dengan wudu'. Di samping itu bila seseorang dalam perjalanan lupa bahawa dia membawa air. Ketiadaan air hendaklah dikira setelah dilakukan pencarian dan menyakini tiadanya air yang membolehkannya untuk bertayammum.

iaitu manakala ia mempunyai penyakit yang tidak mengkhawatirkan tetapi dia takut menggunakan air yang boleh membahayakan penyakitnya. meskipun air ada disekitarnya. khawatir akan kehilangan nyawanya atau anggota tubuhnya atau kehilangan manfaat dari bahagian anggota tubuhnya. Dr. kerana tayammum bukan merupakan rukhsah bagi yang bermuqim. Seandainya dia berwudhuk dalam keadaan sakit seperti itu. dan dia tidak memperoleh izin keluar mendapatkan air untuk wudu'. kerana mereka tidak termasuk orang mendapat rukhsah. Bagi Ulama'' lain dan pendapat yang lebih kuat dari golongan Hanabilah solatnya tidak mesti diulang. sunat atau wajib. 1999: 81) 2) Keuzuran untuk menggunakan air: Termasuk ke dalam pengertian ini orang yang dipenjara dalam rumah tahanan yang terletak di pinggir sungai. Demikian halnya orang yang diikat dipinggir kali dan orang yang tidak berani keluar rumah mengambil air kerana menurut biasa ada bahaya yang mengancam jiwanya. Boleh disamakan dengan hal tersebut. Orang seperti ini juga diperbolehkan ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . 1414H/1993: 117-118) ataupun khuatir ditinggalkan oleh teman-temannya dalam suatu perjalanan. 3) Dalam keadaan sakit atau luka: Orang sakit bila khawatir memakai air dapat melakukan tayammum untuk mengangkatkan hadas. (Ar-Rahbawi. Kekhawatiran itu ada 3 kemungkinan. 1994: 137) Terhadap orang yang berada dalam keadaan tersebut dibolehkan tayammum. iaitu: i. Yang mendapat rukhsah tayammum adalah orang yang melakukan perjalanan mubah. Rahman Ritonga. A. Muhammad. Zainuddin Tanjung. Demikian juga orang yang khawatir diganggu oleh binatang buas atau oleh musuh di tempat yang terdapatnya air. Begitu juga orang yang melakukan perjalanan maksiat. 'Abdul Qadir. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Menurut golongan Syafi'iyah orang muqim (yang tidak sedang dalam perjalanan) yang bertayammum kerana ketiadaan air wajib mengqadha' solatnya bila air sudah ada. (Dr. (Al-Husaini. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b.

membolehkan tayammum. Dr. Yang dibuat alasan untuk cacat yang buruk. Atau khawatir akan menimbulkan cacat yang buruk. maka ia takut mati jika mandi. hendaklah ia bertayammum". Tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan Hanabilah doktornya di syaratkan seorang muslim. seperti anggota bahagian wajah dan lain-lain. seperti ada lukanya atau kedinginan atau kepanasan. Ibnu 'Abbas r. Zainuddin Tanjung. iaitu sakit yang terus menerus hingga membuatkan badannya kurus. (Dr. meskipun tidak mempengaruhi masa sembuhnya. demikian menurut pendapat golongan Malikiyyah dan Syafi'iyyah. iii. Dalam semua masalah ini ada khilaf yang banyak di kalangan para Ulama'. 1414H/1993: 113-114) Hal-hal seperti ini diketahui dengan kebiasaan atau melalui nasihat dari doktor yang pakar sekalipun bukan muslim. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN bertayammum menurut mazhab yang kuat. (b) 666 : 413) Maksudnya: " Apabila seseorang lelaki beroleh luka di dalam peperangan atau beroleh luka-luka bisul. Atau khawatir lambat sembuhnya. A.a. Orang yang khawatir mendapat cacat sedikit. Khawatir sakitnya akan bertambah. seperti ada bekas bintik- bintik atau ada sedikit warna hitam. atau orang itu mempunyai penyakit yang dia sendiri tidak takut akan mendapatkan sesuatu yang dikhawatirkan di belakang hari jika menggunakan air. Rahman Ringota. Qaul yang rajih. 1999: 82) ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . walaupun ketika itu ia merasa kesakitan. Muhammad. Atau khawatir sakitnya semakin parah. atau khawatir mendapat cacat yang buruk pada selain anggota yang kelihatan (ketika bekerja). meskipun sakitnya tidak bertambah. iaitu dapat membuat kelainan pada bentuk anggota badan dan cacatnya (membekas) seumur hidup. berkata.A. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. ii. bersabda Rasulullah S. seperti kulit badan menjadi hitam. (Al-Husaini. Tidak boleh bertayammum kerana sakit-sakit yang seperti ini tanpa ada khilaf. lalu berjunub.W: (Riwayat al-Daruqutni.

maka ketika itu ia dibolehkan bertayammum. Menurut Hanabilah (keperluan ini tidak menghalangi untuk memakai air). Rahman Ritonga. tetapi dia sangat memerlukannya untuk keperluan lain yang akan menyelamatkan jiwanya dari kemudaratan. tetapi timbul kekhawatiran akan kehilangan harta jika pencarian dilakukan. 5) Khawatir kehilangan harta jika mencari air: Menurut Malikiyah orang yang sanggup memakai air dan yakin bahawa air akan diperoleh jika dicari. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN 4) Memerlukan air: Seseorang yang memiliki air dalam jumlah yang mencukupi sekadar untuk wudu' atau mandi. (Dr. Lain halnya untuk keperluan orang kafir harbi dan anjing yang tidak dibolehkan Syara' memeliharanya. Dan teman-teman yang ikut minum itu wajib membayar harga air yang diminumnya dan hasilnya dimasukkan pada harta warisan. Zainuddin Tanjung. Dr. meskipun dia memiliki air. A. bilamana tidak ada air dapat menimbulkan kebinasaan atau kesulitan. Tidak dibezakan ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . dan untuk menghilangkan najis yang tidak dimaafkan yang melekat di badan. Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. seperti kehausan yang diderita baik oleh manusia mahupun oleh binatang ternak dan keperluan lainnya. dibolehkan tayammum. hendaklah air itu digunakan untuk berwudu' dan solat dalam keadaan tidak menutup aurat jika tidak ada penutup (yang suci) lain. dan solat tersebut tidak perlu diulangi. untuk dimasak. Maka teman-temannya itu boleh minum air itu dan mentayammumkan mayat itu sebagai ganti memandikannya. (Al-Husaini. Keperluan tersebut adalah keperluan yang tinggi. 1414H/1993: 118) Bentuk-bentuk keperluan lain menurut pakar fiqh Syafi'iyyah adalah seperti keperluan untuk memasak. Orang tersebut mempunyai air tetapi teman-temannya banyak yang kehausan. 1999: 82) Jika najis terdapat di pakaian. Muhammad. Termasuk juga ke dalamnya keperluan untuk minuman anjing pemburu atau penjaga kebun. Sebagai contoh dalam keadaan ini seandainya terdapat seorang lelaki meninggal dunia.

jika aku mandi maka aku khuwatir binasa (mati). keamanan atau kekhawatiran terhadap orang berhutang yang hartanya sedang dalam keadaan yang berkuasa. (Ar-Rahbawi. kemudian mengerjakan solat subuh bersama sahabat-sahabatku (sebagai imam). pencuri atau kebakaran membolehkan tayammum lebih dahulu tanpa mencari air. dan aku menjawab: Saya ketahui Allah berfirman: " Dan janganlah kamu bunuh diri. Hal ini hanya boleh dilakukan oleh orang yang junub dan tidak dapat memanaskan air.W. apakah kamu mengerjakan solat bersama para sahabatmu dalam keadaan junub?' Maka aku sampaikan kepada beliau. jika seseorang khuwatir akan berbahaya menggunakan air kerana terlalu dingin dan air tersebut tidak dapat di panaskan. dibolehkan tayammum. tertawa tidak bersabda sesuatu pun. harta. Setelah para sahabatku menuturkan hal yang menimpaku itu kepada nabi S. 'Abdul Qadir.a berkata: (Riwayat Abu Daud.A. Maka Rasulullah S. alasanku yang membuat aku tidak mandi. tidak dibezakan juga kekhawatiran terhadap harta sendiri atau milik orang lain yang berada di tangannya. 6) Keadaan sangat dingin atau sejuk Dari 'Amru bin 'Ash r. Menurut selain Malikiyyah kekhawatiran terhadap musuh. sesungguhnya Allah Maha Menyayangimu ". (b) 334: 238) Maksudnya: " Pernah aku bermimpi (sehingga junub) pada suatu malam yang sejuk ketika peperangan Zatus Salasil. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN apakah orang tersebut dalam perjalanan atau bermuqim.A. sebab itu aku bertayammum.W. dan iqrar adalah hujjah (suatu dalil) kerana Nabi tidak akan menyetujui sesuatu yang salah. 1994: 139) Maka. maka beliau bersabda: ' Wahai 'Amr. Kekhawatiran itu boleh terjadi atas diri sendiri. ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 ." Berdasarkan hadis ini terdapat iqrar atau persetujuan dari Nabi. Golongan Hanafiyyah mensyaratkan boleh tayammum jika khawatir membawa kematian atau lenyapnya sebahagian anggota badan.

jika terus diusahakan waktu akan habis. dia diharuskan menanyanya dari orang lain supaya air boleh didapatkan. 1414H/1993: 113) Menurut pandangan golongan Hanabilah. Orang yang bertayammum kerana dingin ini menurut Syafi'iyyah mesti mengqadha' solatnya sama halnya dengan tayammum kerana sakit. Orang yang solat dengan bertayammum dalam keadaan begini tidak wajib mengqadha' solatnya menurut mazhab yang kuat. Dalam hal ini mencari alat adalah wajib. (Al-Husaini. Ini berbeza dengan golongan Malikiyyah dan Hanafiyyah yang mengatakan solat tidak mesti diqadha'. bila seseorang tidak memiliki alat. golongan Malikiyyah juga mengaitkan kebolehan tayammum ini dengan keadaan yang dikhawatirkan membawa kematian. 7) Tiada alat untuk mengambil air: Tayammum dibolehkan bagi orang yang sanggup memakai air tetapi tidak boleh mendapatkannya. Misalnya ada air pada suatu tempat yang hanya didapatkan dengan alat-alat tertentu. seperti ketiadaan timba pengambil air dari sumur yang dalam. Sedangkan dari golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah membolehkan bertayammum dengan alasan dingin jika sulit memanaskan air atau panasan air tidak memberikan manfaat (pengaruh). Imam Taqiyuddin Abu Bakar b. sementara alat itu tidak ada padanya. kerana tayammum ini dilakukan bersamaan dengan adanya air. Sebagaimana golongan Hanafiyyah. Lain halnya bagi orang yang musafir. dia tidak mesti mencari air terlebih dahulu jika ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . Kerana suatu yang menyempurnakan yang wajib hukumnya juga wajib. 8) Khawatir Kehabisan Waktu Solat: Kalangan Syafi'iyyah tidak membolehkan bertayammum kerana takut akan habis waktu solat jika dia mengambil air untuk berwudu'. Muhammad. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Sedangkan bagi orang yang berhadas kecil menurut Hanafiyah tidak boleh bertayammum dengan alasan sangat dingin.

Berbeza pula dengan golongan di atas. Pertama. (Ar-Rahbawi. kerana memelihara pelaksanaan solat pada waktunya lebih utama dari mencari kesempurnaan taharah dengan air. Fuqaha' dari golongan Malikiyyah membolehkan tayammum kerana khuwatir habis waktu solat fardhu bila sulit mencari air. (b) 1: 1) Maksudnya: ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . solat 'id mahupun untuk solat lima waktu. kerana takut habis waktu solat jenazah atau solat 'id kerana berjemaah adalah syarat sah kedua solat tersebut. golongan Hanafiyyah tidak membolehkan bertayammum tanpa harus mencari air lebih dahulu. Niat: Rukun-rukun tayammum yang pertama ialah niat. mereka juga mengecualikan orang yang sedang musafir yang mengetahui adanya air di tempat yang dekat. A. Sabda Rasulullah S. Seperti golongan Syafi'iyyah. 'Abdul Qadir. baik untuk solat jenazah. kerana takut habis waktu solat kecuali dalam beberapa hal. Rahman Ringota.W melalui hadis yang sahih: (Riwayat al-Bukhari. kerana khuwatir akan habis waktu solat gerhana (kusuf dan khusuf) dan berbagai solat sunat yang mengikut solat fardhu. Tidak sah tayammum apabila takut habis waktu solat Juma'at. (Dr. Golongan Hanabilah juga tidak membolehkan bertayammum dengan alasan takut habis waktu solat. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN khawatir akan habis waktu solat dan dalam keadaan itu dia dibolehkan tayammum. akan tetapi jika pemergiannya mencari air itu akan menghabiskan waktu solat dibolehkan bertayammum dan solat yang dilakukan dengan tayammum tersebut tidak diulang. solat wajib lima waktu dan solat witir. Zainuddin Tanjung. Dr. 1999: 80-84) Rukun-Rukun Tayammum 1. 1994: 139) Kedua.A.

pendapat yang kuat tidak boleh tayammum tersebut digunakan untuk solat fardhu. Berniat untuk bertayammum merupakan rukun mengikut kesepakatan Ulama' yang empat. dan tidak memadai berniat melenyapkan hadas. Berniat untuk membolehkan solat fardhu. (Al-Husaini. Dalam masalah ini. (Dr. 'Abdul Qadir. Berniat untuk membolehkan solat fardhu dan solat sunat kedua-duanya sekali. seseorang yang hendak tayammum itu wajib berniat untuk membolehkan solat. Maka boleh ke atas seseorang mengerjakan kedua-dua solat tersebut (solat fardhu dan solat sunat). Berniat hanya untuk membolehkan solat sunat. samada solat lima waktu atau solat nazar. ii. maka hukumnya sama dengan niat sunat dan tidak boleh mengerjakan fardhu menurut mazhab yang kuat. Contohnya. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN " Sesungguhnya setiap amal atau ibadat itu hendaklah dikerjakan dengan niat". manakala menurut golongan Hanafiyyah dan sebahagian Hanabilah. iaitu wajib dikerjakan dengan berniat. iii. 1984 : 582) Beza antara syarat dan rukun ialah syarat itu mendahului perbuatan dengan jarak waktu yang sedikit. Imam ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . ianya merupakan syarat. Tayammum termasuk dalam kategori amal ibadat sebagaimana solat dan wudu' juga. jika seseorang itu berniat untuk memegang musyhaf. atau orang junub berniat untuk i'tikaf. kerana mereka berniat dengan niat fardhu. Wahbah al-Zuhaili. kerana hadas seseorang tersebut tidak terangkat kerana tayammum. kerana hal-hal yang sunat mengikut perkara yang fardhu. 1994: 134) Ini bermakna. Dan boleh juga bagi orang solat sunat sebelum solat fardhu dan sesudahnya di dalam waktu dan di luarnya. tidak berniat untuk membolehkan solat fardhu. Dalam masalah ini pendapat yang kuat boleh juga mereka menunaikan solat sunat sebelum solat fardhu atau sesudahnya. sedangkan rukun tidak sah dilakukan sebelum sesuatu perbuatan tetapi ia termasuk perbuatan itu sendiri. Maka boleh mereka menunaikan solat-solat fardhu tersebut. kerana niat sunat itu tidak termasuk di dalam niat fardhu. (Ar- Rahbawi. i.

1999: 87) ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . t. 1414H/1993: 123) iv. A. (Abu Muhammad. hukumnya sunat. tetapi hanya boleh tayammum tersebut untuk solat sunat sahaja. Dr. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Taqiyuddin Abu Bakar b. iaitu seseorang yang bertayammum wajib meratakan muka dan kedua-dua tangan mereka dengan tanah yang berdebu hingga sampai ke siku sebagaimana orang yang berwudu' wajib meratakan muka dan tangan mereka dengan air hingga sampai ke siku. Muhammad. sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu". t. Tertib (berurutan): Menertibkan fardhu atau rukun adalah wajib menurut golongan Syafi'iyyah dan Hanabilah. Maka dalam masalah ini. Menyapu ke muka dan dua tangan: Para pakar fiqh sepakat menetapkan menyapu muka dan tangan sebagai rukun tayammum. tanpa menentukan solat sunat atau sembahyang fardhu. Berniat untuk membolehkan solat sahaja. (Dr. dalam hal ini muka dan kedua tangan. Bilamana pada wudu' ditertibkan. maka demikian juga halnya pada tayammum. Rahman Ringota. Mereka yang berniat seperti itu sebagai orang yang berniat untuk membolehkan solat sunat. Jadi wajib mendahulukan muka daripada kedua tangan. Zainuddin Tanjung.th: 187) 2. Kesimpulan yang dapat diambil dari ayat tersebut memberi fahaman yang jelas. tidak boleh digunakan tayammum itu untuk solat fardhu.(Abu Muhammad. golongan Hanabilah mengkhaskan tertib pada hadas kecil.th: 188) 3. Namun. Kewajipan tertib pada tayammum untuk hadas kecil dilakukan berdasarkan taharah dengan air (wudu'). Golongan Hanafiyyah dan Malikiyyah menertibkan rukun. Sedangkan pada hadas besar tidak diperlukan tertib. berdasarkan firman Allah: (Al-Maidah: 6) Maksudnya: " Maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (suci).

Batalnya ini tidak dibezakan antara tayammum dengan sebab ketiadaan air atau tayammum ketika ada air seperti tayammum bagi orang yang sakit. Setiap perkara yang membatalkan wudhu’ Segala perbuatan dan perlakuan yang membatalkan wudhu’ akan menyebabkan terbatalnya tayamum . maka batallah tayammumnya. hilangnya kesakitan dan kesejukan.1993: 128) Sungguhpun begitu. Ini adalah kerana tayammum itu bersuci yang dapat menyenangkannya melakukan solat. 1984 : 604) Jika bertayammum seseorang yang sudah dianggap sah kerana memenuhi syarat-syaratnya. Maka harus baginya membaca al-Quran. 1411H/1990: 165) Akan tetapi wajib baginya mandi apabila sudah ada air atau bila telah hilang sebab uzur yang membolehkannya tayammum. (Ar-Rahbawi. (Dr. haramlah bagi orang itu melakukan segala apa yang haram dilakukan oleh orang yang junub sehingga ia mengulangi tayammumnya lagi. Disebabkan itu. Wahbah al-Zuhaili. 'Abdul Qadir. Abdul Rahman. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayamum 1. Muhammad al-Husaini. (Al-Juzairi. jadi tayammum itu terbatal dengan sebab berhadas sebagaimana yang berlaku pada wudu'. lalu dia berhadas. masuk ke masjid dan diam di dalamnya. 1994: 148) 2) Hilangnya kesulitan yang mengharuskan tayammum: Di antara yang membatalkan tayammum ialah hilangnya kesulitan atau keuzuran yang menjadi penyebab boleh bertayammum seperti beredarnya musuh atau binatang buas. Perkara-perkara Yang Membatalkan Tayammum 1) Perkara yang membatalkan wudu': Tayammum terbatal oleh segala apa yang membatalkan wudu' dan mandi kerana tayammum adalah gantian kepada keduanya. Dalam pada itu. jika seseorang itu bertayammum kerana berhadas besar kemudian terbatal tayammumnya tidak akan mengembalikannya kepada hadas besar. maka batallah tayammumnya dari hadas kecil dan hadas besar sekaligus. Ini kerana apa yang mengharuskan tayammum kerana ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . akan tetapi dia hanya dianggap orang yang berhadas kecil. jika orang yang bertayammum dari janabah itu berhadas kecil. golongan Malikiyyah mengatakan. adanya alat yang boleh menyampaikan pada air dan terlepas dari tahanan atau penjara yang tidak terdapat air padanya. (Imam Taqiyudddin Abu Bakar b.

" Melihat air atau sanggup memakai air yang memadai walaupun satu kali menurut golongan Hanafiyyah manakala menurut golongan Malikiyyah dan Hanabilah asal melihat atau menemukan air walaupun tidak memadai untuk wudu' atau mandi sudah membatalkan tayammum. (Al-Juzairi. Zainuddin Tanjung. Ini adalah kerana tayammum itu untuk membolehkan solat. 1983: 63) 4) Habis waktu solat: Hanabilah telah memberi tambahan dalam perkara yang membatalkan tayammum iaitu habis waktu solat. Zainuddin Tanjung. dan keharusan solat dengan tayammum itu tidak ada lagi disebabkan riddah. (Hj. Dr. Prof. Prof. (Al-Siddieqy. apabila seseorang itu melihat atau mendapatkan air sesudah bertayammum tetapi masih belum solat wajiblah atasnya berwudu' untuk bersolat menurut pendapat para Fuqaha'. 1984 : 604) 3) Melihat air dan sanggup memakai air: Sekiranya seseorang bertayammum kerana tidak ada air. 1411H/1990: 165-166) 5) Murtad (riddah): Orang yang murtad atau keluar dari agama Islam membatalkan tayammumnya menurut golongan Syafi'iyyah. 1999: 91) Maka terbatal tayammum itu secara mutlak samada disebabkan hadas besar. kemudian mereka melihat air seumpama turun hujan sebelum mereka solat maka batallah tayammum tersebut. (Dr. (Dr. Masalah ini berlainan dengan masalah wudu' dan mandi junub. t. bukan untuk membolehkan solat sahaja. sekalipun tidak engkau perolehi air sepuluh tahun lamanya. Rahman Ritonga. A. hendaklah engkau sentuhkan air itu ke kulit engkau. Dr. bukan kerana ketiadaan air lalu melihat air tidaklah batal tayammumnya. Jantan. (b) 313: 205-206) Maksudnya: " Tanah yang baik itu alat bersuci bagi orang Islam. Kemudian tibalah beliau ke Madinah sedangkan hari masih terang. (Abu Muhammad.a: (Riwayat Abu Daud. beliau tidak mengulangi lagi solat Asarnya itu. kerana wudu' dan mandi junub itu melenyapkan hadas. (Dr.th: 196) Ini berdasarkan hadis Abu Zarr r. Abdul Rahman.M. " Dalam hal ini telah berkata Nafi': (Al-Siddieqy. Dr. A. Wahbah al-Zuhaili. kerana tayammum dilakukan untuk solat. atau terdapat najis dibadannya melainkan solat jumaat yang tidak membatalkan tayammum apabila habis waktu. T. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN uzur akan membatalkan tayammum itu kerana hilangnya keuzuran. 1999: 91) Maka. 1980: 561) " Ibnu 'Umar telah bertayammum di tempat yang jauhnya dari Madinah kira-kira satu atau dua batu sahaja dan bersolat Asar. 1980: 560) Jika seseorang bertayammum kerana sakit atau seumpamanya. Rahman Ritonga. Dr. Osman b. Hasbi. T. Perlu ditegaskan juga bahawa semua amal ibadat ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 .M. Hasbi. Maka jika engkau telah mendapat air. kerana yang demikian itu lebih baik bagi engkau.

T. Dr. Zainuddin Tanjung. 1984 : 606) 2. Wahbah al-Zuhaili. (Abu Muhammad. (Dr.W. (Dr. Tata cara tayamum yang shahih dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 . sedangkan tayammum itu termasuk di bawah amal ibadat. demikian pula hilang pahalanya. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN yang dikerjakan oleh orang yang murtad itu telah tersia-sia belaka.th: 198) Akan tetapi bagi golongan Hanafiyyah dan yang lain tidak membatalkan tayammum disebabkan murtad seperti halnya pada persoalan wudu'. t. Ini adalah kerana menurut mereka muawalat (berturut-turut) di antara tayammum dan solat adalah rukun tayammum. 1999: 91) 6) Tempoh yang panjang antara tayammum dan solat: Tayammum terbatal dengan adanya tempoh yang panjang di antara tayammum dan solat menurut golongan Malikiyyah kecuali yang lainya. dan tidak diterima Allah S. Rahman Ritonga. A.

Mengusap punggung telapak tangan sekali. 4. 2.W 1. Mengusap wajah sekali. 3. ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 .A. Menepukan telapak tangan ke sho’id (debu) sekali tepukan. HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN Tayamum yang diunjurkan oleh Nabi Muhammad S. Meniup kedua tangan tersebut.

HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 .

HBEF2103MAC11 PRINSIP TEKNOLOGI PENGAJARAN ENGKU ROHANA BINTI ENGKU LAH 801218035522 .