You are on page 1of 3

TOPIK 2 APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PERSEKITARAN

PEMBELAJARAAN ABAD KE 21

KOMPONEN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

 STRATEGI-STRATEGI PENGAJARAN

1. BERPUSATKAN GURU

Guru memainkan peranan yang utama.
Di dalam kelas, gurulah yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru
banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.

Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Guru

 Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang penting
sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.
 Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru banyak
bercakap dan murid banyak mendengar.
 Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Murid tidak berpeluang menyumbangkan
pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
 Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif
pengajaran guru.
 Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau
perkembangan emosi.
 Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan
peperiksaan.
 Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal.
Pembelajaran murid banyak berbentuk mengingat dan menghafal dan kurang berupaya
membuat interpretasi.
 Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat
dipupuk.
 Mementingkan pengelolaan kaedah keseluruhan kelas. Perbezaan murid dari segi
kebolehan dan minat tidak diberikan perhatian.
 Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.

lebih banyak masa akan diperuntukkan kepada aktiviti pembelajaran murid. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. lawatan. bermain. Ciri–Ciri Strategi Pemusatan Murid  Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. sama ada secara kumpulan ataupun individu. . Mengikut strategi ini. murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah. berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk. BERPUSATKAN PELAJAR Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Di bawah strategi berpusatkan murid ini.  Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong.  Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif. murid memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.  Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.TOPIK 2 APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAAN ABAD KE 21 2. murid memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.  Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.  Di bawah strategi pemusatan murid. Kaedah kumpulan. simulasi atau main peranan dan pengajaran individu adalah kaedah yang menjadi pertimbangan semasa menggunakan strategi pemusatan murid terutamanya murid di dalam kelas. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian. guru merupakan seorang pemimpin yang memandu murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

TOPIK 2 APLIKASI TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI DALAM PERSEKITARAN PEMBELAJARAAN ABAD KE 21  KONTEKS PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN BERSEMUKA .