You are on page 1of 2

Bagaimana Guru Dapat Mencetus Kreativiti dan Inovasi dikalangan murid

Setiap kanak - kanak memiliki kemampuan kreativiti .Perhatikan bagaimana kanak - kanak
bermain sama ada secara sendirian atau kumpulan dan kita dapat menyaksikan daya kreativiti
semulajadi mereka. Sayangnya semasa mereka membesar, kemampuan kreativiti mereka di sekat
melalui latihan dan asuhan yang mereka terima atas nama mengembangkan keupayaan lain.
Pendidikan yang diterima di sekolah seterusnya peringkat yang lebih tinggi , berjaya
mengembangkan keupayan lain tetapi dengan cara menekan kemampuan kreativiti semulajadi
mereka. Malah dalam banyak situasi mereka tidak digalakan berfikir secara kreatif ,
terutamanya sewaktu mereka cuba menyelesaikan masalah .

Sehubungan dengan Tema “ Guru Pencetus Kreativiti , Penjana Innovasi ”ini guru perlu
memainkan peranan penting dalam memupuk pemikiran kreatif dikalangan kanak - kanak dan
seterusnya melahirkan murid yang innovasi.Guru perlu memahami konsep kreativiti dan
inovasi.Pemikiran kreatif dan inovatif juga harus dikuasai dalam kalangan guru untuk diterapkan
kepada muridnya.Kreativiti ialah satu kebolehan menghasilkan idea,mengemukakan idea ,
mengeluarkan idea, mendapatkan idea dan merumuskan idea. Manakala innovasi pula
bermaksud idea yang kreatif yang dilaksanakan dan digunakan.Kreativiti boleh dipupuk
dikalnagan murud dengan mengajar kanak - kanak untuk berfikir . Pelbagai kaedah boleh
digunakan oleh guru antaranya:.

1. Pencetusan Idea/Sumbangsaran

Dalam aktiviti ini guru perlu menerima semua pendapat murid tanpa menyatakan jawapan
mereka betul atau salah dengan ini guru tidak menyekat kebolehan murid untuk berfikir dan
kreativiti mereka.Guru perlu sentiasa mengemukakan soalan seperti mengapa dan bagaimana.

2. Penampilan Visual

Murid - murid terutama peringkat sekolah rendah lebih suka mengemukan idea mereka secara
visual kerana kaedah ini banyak persamaan dengan proses bermain. Antara bahan yang boleh
digunakan adalah gambar - gambar,Keratan akhbar, bahan maujud , kertas, pensel , krayon dan
lain - lain untuk melukis idea mereka.

3. Peta Pemikiran /i -Think Program i-Think bertujuan meningkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid kearah menghasilkan murid yang innovatif pada masa hadapan. Kaedah Inkuiri Penggunaan kaedah inkuiri dalam bilik darjah dimana murid menjalankan proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan yang dikemukakan. Kaedah Penyelesaian Masalah Kaedah ini dapat mengalakkan murid memupuk kreativiti dimana pelajar mempunyai daya imaginasi tersendiri dalam melihat sesuatu secara berlainan. . 4. 5.