You are on page 1of 10

Kerjaya :

Sebelum 2000: Zaman junior[sunting | sunting sumber]

Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.

Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan
jurulatih sejak usia lapan tahun.[9] Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol
ditemui oleh Ee Phoeh Hoon,[22] yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri
asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya.[8] Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun
1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior
Negeri Pulau Pinang.[23] Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di
peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di
mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-16. [23] Pada tahun 1994, Nicol dipilih
untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila
beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh
sakit ketika itu.[4] Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya,
iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.[23]

Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium,
menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15
tahun.[24] Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga
20 teratas dalam kejohanan itu.[24] Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang
pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang
menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy; [25][26] ketika itu, beliau dilatih olehRichard
Glanfield.[27]
Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka
Junior British (juara Bawah-17),[28]Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),[4] Sukan SEA (Juara
kategori Senior dan Pasukan),[4] dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.[29]

Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di
Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah
menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 95, 93, 92 di pusingan akhir acara
perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. [4][24] Nicol mencapai
pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil,
ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan
juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998.[24] Nicol juga merupakan antara sebilangan
kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior British.
[28]

20002004: Menjadi profesional[sunting | sunting sumber]

Nicol David melawan pemain New Zealand, Shelley Kitchen di Terbuka Malaysia CIMB 2007.

Nicol menyertai WISPA lalu menjadi profesional pada tahun 2000[4][30] apabila memenangi
kejuaraan WISPA sulung selepas hanya sebulan berjelajah di bawah lembaga skuasy tersebut.
[31]
Ini menjadi kenyataan pada bulan Februari, apabila beliau mengalahkan Salma Shabana di
pusingan akhir Terbuka Finland Savcor dengan markah 91, 90, 95. [31] Sebulan selepas itu,
syarikat Hotel Equatorial mengumumkan penajaan sedunia buat beliau selama dua tahun.
[29]
Nicol turut meraih penajaan untuk jelajah WISPA oleh syarikat Dunlop.[23]

Pada tahun 2001, Nicol yang ditaja oleh Dunlop Sport sepanjang kerjaya junior dan WISPA
sehingga masa itu, menandatangani perjanjian dua tahun bersama syarikat raket Head dan
konglomerat tempatan, Mulpha Sports.[32] Pada bulan Julai, Nicol merangkul kejuaraan Junio
Sedunia keduanya dengan menumpaskan Omneya Abdel Kawy dalam masa hanya 17 minit
dengan markah 92, 94, 92 di pusingan akhir.[26] Beliau merupakan pemain skuasy
perempuan pertama yang menjuarai Kejohanan Junior Sedunia dua kali. [25][33] Nicol turut
memenangi acara perseorangan di Kejohanan Skuasy Junior Asia dengan menewaskan rakan
senegara, Tricia Chuah di pusingan akhir dengan markah 95, 96, 90, di samping membantu
pasukan Malaysia merangkul kejuaraan acara berpasukan.[34]

Pada tahun 2002, Nicol menumpaskan Ellen Petersen dari Denmark dengan markah 92, 97,
810, 94 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur buat kali kedua dalam kerjayanya. [35] Beliau
bersama Ong Beng Hee dalam acara beregu campuran, memenangi pingat perak untuk skuad
negara di Sukan Komanwel 2002 setelah kalah kepada Glen Wilson dan Leilani Rorani di
pusingan akhir.[36] Pada awal tahun itu, Nicol menangkis saingan Ellen Petersen dari Denmark
dengan markah 92, 97, 810, 94 untuk menjuarai Terbuka Kuala Lumpur yang kedua dalam
kerjayanya.[37] Akan tetapi, Nicol gagal mempertahankan pingat emas Sukan Asia 2002 setelah
kecundang 97, 95, 97 kepada Rebecca Chiu dari Hong Kong di pusingan akhir di Busan,
Korea Selatan.[38]

Prestasi Nicol pada tahun 2003 tidak begitu memberangsangkan, beliau dua kali kalah dalam
pusingan akhir; di negara sendiri, beliau tewas kepada Cassie Jackman yang lebih
berpengalaman, kemudian tersungkur di tangan Linda Elriani di Monte Carlo Classic pada bulan
November.[39] Beliau mencapai pusingan akhir Terbuka Dunia di Hong Kong, tetapi dihambat oleh
Cassie Jackman dengan mata 96, 93, 94.[40] Nicol kurang menyerlah juga dalam acara utama
WISPA yang lain; beliau tersingkir di pusingan pertama Terbuka AS Carol Weymuller,[41] Terbuka
British[42] dan Terbuka Texas.[43] Di Terbuka Qatar Classic, Nicol kecundang di pusingan kedua
kepada Natalie Grinham dengan mata 92, 79, 90, 94.[44]

Pada tahun 2004, Nicol sekali lagi tidak dapat meraih apa-apa kejuaraan. Pencapaiannya yang
terbaik termasuk memasuki pusingan akhir Terbuka Kuala Lumpur [45] dan Terbuka Malaysia.
[46]
Mujurlah, Nicol mulai menunjukkan peningkatan pada bulan Disember apabila mencapai
pusingan akhir Kejohanan WISPA WorldStars di Shanghai[47] dan separuh akhir Terbuka Dunia,
[48]
supaya naik dua tangga ke tangga #4 dalam ranking WISPA Januari 2005. [49]

20052006: Juara dunia mencapai kemuncak[sunting | sunting sumber]

Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.
Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21
tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka
Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia.[50] Selepas itu, beliau menjadi
pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia
CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut.[51] Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan
kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi
warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia
pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari Australia
dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit.[52] Dalam masa dua bulan selepas kejayaan
Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat
julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain
Terbaik WISPA 2005.[53]

Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus
menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan
ini.[54][55] Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem
ranking mulai dipakai pada April 1983.[55] Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana
kalah dua kali kepadaVanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir
Terbuka Apawamis[56] dan Terbuka Kuala Lumpur[57]. Kekalahan kepada Atkinson dua kali
berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia. [58] Apapun, Nicol
mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-turut lalu merampas kembali
kedudukan #1 dunia.[59] Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia
di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan
akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita. [60] Beliau menjadi
atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan
orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah. [61] Nicol
turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,[62]Kejohanan Terbuka British
Dunlop,[63] Terbuka Hong Kong,[64] Terbuka Pulau Pinang[65] dan Terbuka Malaysia CIMB.[66] Nicol
mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak
pesaing terdekatnya, Rachael Grinham,[67] dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada
bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua. [68]

20072008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi[sunting | sunting


sumber]
Nicol membalas Jenny Duncalf di Terbuka CIMB 2007 di Kompleks Skuasy Negara, Bukit Jalil.

Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael
Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit.
[69]
Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraanTerbuka Dunia kerana
tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 09, 19, 92, 93, 69
dalam 69 minit.[70]Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir
kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa
daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini.[71] Pada bulan
Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100
pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan. [72]

Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah.
[73]
Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan
kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific[74] buat kali ketiga berturut-turut pada bulan
November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53
perlawanan.[74][75] Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu
dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau
bermaharajalela di tangga teratas.[76] Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan
Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari,[77] diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia,
[78]
Terbuka British di England,[79] Terbuka Seoul di Korea Selatan,[80] Terbuka Malaysia,[81] Masters
Singapura,[82] Terbuka Belanda,[83] Terbuka Dunia di England,[84] Qatar Classic[85] dan Terbuka
Hong Kong.[74] Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia
dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama
ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998,[86] kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk
menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.[87]

2009kini: Mencapai rekod[sunting | sunting sumber]


Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.

Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA,
Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di
tangga #2; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger(Amerika Syarikat)
di #4.[76] Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod
tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas
kepada Natalie Grainger di pusingan akhir.[88] Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk
merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau
dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 118, 11-6, 115 di
pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam
perlawanan akhir Jelajah WISPA.[89] Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara
kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set. [90]

Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.

21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya
Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set. [91] Sebulan kemudian,
pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan
ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set. [92][93] Seminggu kemudian, pada 1 Ogos,
Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 116, 118,
911, 117 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu,
Nicol menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut
sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975.[94]
Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk
memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya
dalam sebulan.[95] Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 119, 118, 119 untuk
gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu.[95] Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan
besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu
dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah
Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita.
[96]
Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam
perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh
ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol
kejuaraan buat kali keempat.[97] Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah
kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.[98]

Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut.
[99]
Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari.[100] Pertandingan pertama Nicol
pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac; [101] beliau memenangi
semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf
pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya. [102] 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala
Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawydari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di
separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu. [103] Inilah kejuaraan
Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002,
2005, 2007 dan 2008.[104] Nicol meneruskan kecemerlangannya sepanjang tahun 2010 dengan
menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang berprestij [105][106][107] pada 22 September.[108] Kemenangan
Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai rekod Sarah Fitz-
Geralduntuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak.[109] Pada bulan Oktober, dalam
perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny
Duncalf 113, 115, 117 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.[110] Kemudian, Nicol ke
kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau
menumpaskan Rachael Grinham 1210, 114, 115 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-
turut.[111]

Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah
Dunia WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali
lagi menewaskan Rachael Grinham 115, 118, 119 dalam masa 34 minit sahaja [112], sekaligus
melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun 2010.
[113]
Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan
Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 118, 811, 116, 117 di Guangzhou,
China.[114] Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia
menggondol sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan
menumpaskan pasukan Hong Kong juga.[115]

Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah
Nicol David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari
England 911, 711, 119, 811 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat.[116] Sebulan kemudian,
pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai, India,
tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee
Wern untuk mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 21 kepada pasukan
England.[117] Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010
buat kali kelapan pada 16 Mac 2011.[118] Pada 20 Mac, tuah kembali menyebelahi Nicol apabila
beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan
menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 116, 116, 112 dalam masa setengah jam sahaja.
[119]

2015kini: Mencapai rekod[sunting | sunting sumber]


Februari 2015, Nicol David memegang kedudukan sebagai juara selama 106 bulan, sekali gus
menjadi pemegang juara paling lama bagi skuash

Anugerah :

Anugerah dan penghormatan[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) [11] sempena sambutan hari
keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.[12] Beliau merupakan penerima
pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.[12] Anugerah ini terhad kepada 10
penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.
[11][12]

Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan
sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.[13] Nicol
merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),
[14]
yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan
gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang.[13] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah
Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang,[15]pernah mengakui bahawa Nicol lebih
terkenal daripadanya.[5] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana
Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.[10]Nicol turut menerima anugerah Pemain
Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010.[16][17]

Pada 19 September 2012, beliau telah dianugerahkan Tauliah Pegawai Kehormat dalam
Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) dengan menyandang
pangkat Mejar (Kehormat) PSSTUDM. Majlis Pemakaian Pangkat tersebut telah disempurnakan
oleh YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Rodzali bin Daud TUDM, Panglima Tentera Udara di Eagle
Nest, Markas Tentera Udara.[18]
Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan
Olimpik Athens 2004,[19][20] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia
oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Sumbangan :

Arena Nicol David, penghargaan kerajaan


terhadap pencapaian Ratu Skuasy Negara
BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David, semalam, menerima
penghargaan paling bernilai dalam hidupnya apabila Pusat Skuasy Nasional di Bukit
Jalil di sini ditukar nama kepada "Arena Nicol David."

Pertukaran nama tersebut adalah sebagai penghargaan kerajaan terhadap


sumbangan Nicol dalam mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Nama baru gelanggang skuasy utama itu, yang terletak dalam kawasan Kompleks
Sukan Negara, dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery
Cheek dalam majlis sederhana tetapi penuh bermakna itu.

Acara perasmian nama baru itu telah mengundang linangan air mata dari ratu
skuasy berusia 26 tahun itu yang terharu dengan penghargaan yang diberikan
kepadanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Datuk Razali Ibrahim, Ketua
Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong, Presiden Majlis
Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar serta ibu bapa Nicol.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Ahmad Shabery berkata
langkah itu adalah untuk mengabadikan sumbangan Nicol yang muncul sebagai
pemain nombor satu dunia.

"Apabila kita memberikan nama khas kepada sesuatu gelanggang sukan, ia bukan
sahaja memberi penghargaan yang tidak terhingga dan ternilai kepada Nicol tetapi
satu kaedah untuk membakar semangat warga atlet dan golongan anak muda,"
katanya.

Pada 1 Okt lepas, Ahmad Shabery mengumumkan bahawa Kabinet menerima


cadangan Kementerian Belia dan Sukan supaya kemudahan sukan dinamakan
mengikut nama atlet kebangsaan yang telah menaikkan dan mengharumkan nama
negara di peringkat antarabangsa.
Selain merasmikan nama baru gelanggang itu, Ahmad Shabery juga turut
merasmikan galeri mini Nicol David yang memaparkan koleksi trofi dan pingat yang
pernah dimenanginya.

Pada majlis yang sama juga, Ahmad Shabery turut menyampaikan Skim Hadiah
Kemenangan Sukan (Shakam) berjumlah RM20,000 kepada Nicol yang berjaya
mengekalkan kejuaraan dunia buat kali keempat di Amsterdam, Belanda, bulan
lepas.

Turut menerima insentif Shakam ialah pemain skuasy lelaki Ivan Yuen yang
memerima imbuhan berjumlah RM29,375.

Ivan berjaya merangkul emas acara individu dan berpasukan pada Kejohanan
Remaja Asia ke-14 (1623 Jan) dan pingat perak acara individu pada Kejohanan
Remaja Dunia Ogos lalu.

Sementara itu, Nicol berkata: "Adalah terlalu besar bahawa gelanggang itu diberikan
nama saya. Saya masih terkejut ketika ini dengan penghormatan ini.

"Penghargaan ini amat bermakna bagi diri saya dan sesuatu yang tidak pernah saya
mimpikan," katanya kepada pemberita bila ditanya perasaannya.

Nicol, anak kelahiran Pulau Pinang itu, menyifatkan pencapaiannya dalam sukan itu
sehingga ini adalah atas sokongan kementerian dan Majlis Sukan Negara.

You might also like