You are on page 1of 30

(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

TAJUK 1 PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

SINOPSIS

Topik ini membincangkan definisi istilah bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian.Seterusnya
membincangkan beberapa tujuan pentaksiran seperti maklum balas,laporan,penempatan, perancangan
dan penggredan.
HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan maksud dan konsep bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian.
2. Menghuraikan tujuan pentaksiran seperti untuk maklum balas, pelaporan, penempatan, perancangan
serta penggredan.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Definisi istilah

Pengukuran Pentaksiran
Pengujian/ujian penilaian
maklumbalas
Pelaporan
Penempatan
Perancangan
Penggredan

Rajah 1.0 Kerangka tajuk

ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan

Aktiviti penilaian dalam bidang sains bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan
Binet untuk mengukur kebolehan individu. Konsep penilaian seterusnya berkembang sehingga
muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
1.1 Pengujian

Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu
dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang
pelajar atau individu. Menurut Cronbach(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan
skala bernombor, atau satu system yang berkategori.Menurut Raminah(1991), ujian adalah
suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan
yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh akan dijadikan dasar untuk membuat
penilaian atau pengadilan.
Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui

1
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

pengujian inilah seseorang guru mengetahui tahap pencapaian pelajar mereka. Oleh itu
kecekapan guru untuk membina alat pengujian yang baik sangat mustahak bagi menjamin
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran para pelajar.

1.2 Pengukuran

Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara


numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur
dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan sejauhmana seseorang individu
memiliki ciri-ciri tertentu. Untuk lebih mudah difahami tentang prestasi dan keupayaan seseorang
individu kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka, misalnya peratus ujian sains
adalah untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam subjek tersebut.

1.3 Pentaksiran

Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan maklumat dan menggunakannya


untuk membuat keputusan tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah
aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan secara formal atau tidak formal
semasa pengajaran berjalan sama ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak
seiring dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan yang tertentu seperti
untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau penerokaan.

Mentaksir kebolehan pelajar secara ujian merupakan satu kemestian dalam pengajaran. Ujian
yang dilaksanakan terdiri dari pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif. Secara umumnya
pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian, iaitu skop pentaksiran lebih
luas daripada penilaian. Dalam pentaksiran sudah termasuk elemen penilaian formal dan tidak
formal.

1.4 Penilaian
Penilaian dilakukan dengan pelbagai matlamat. Ia juga dianggap sebagai satu cara untuk
mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Ia seringkali digunakan dalam sebarang
kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru ia dianggap sebagai proses
membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi
sesuatu benda atau perkara. Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses
menerangkan sesuatu secara terperinci melalui mencari dan memberi maklumat yang berguna
dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian ialah
satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama
ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Popham(1975) menyatakan
penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena
pendidikan.
Dalam bidang pendidikan penilaian mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran
dan juga hasil sesuatu program pengajian. Selain data kuantitatif penilaian juga boleh dibuat
melalui data berbentuk kualitatif misalnya melalui pemerhatian atau temubual. Secara
ringkasnya penilaian merangkumi tiga proses utama iaitu, mengukur, menganalisis ukuran dan
menginterpretasikan ukuran.
Latihan

1. Dapatkan maklumat lanjut dari laman web


http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf
2. Jelaskan perbezaan antara pengujian,pengukuran,penilaian dan pentaksiran.

2.1 TUJUAN PENTAKSIRAN

2
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Matlamat utama pentaksiran yang dilaksanakan adalah untuk memperbaiki proses pengajaran
dan pembelajaran. Ianya sudah tentu akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja guru
tetapi juga pelajar, ibu bapa serta pembuat dasar di kementerian pelajaran. Hasil penilaian yang
dijalankan dapat dijadikan asas oleh guru untuk mengambil sebarang keputusan berkait dengan
proses pengajaran demi untuk meningkatkan keberkesanannya.

Secara umumnya tujuan pentaksiran atau penilaian yang dilaksanakan adalah untuk
mendapatkan Maklum balas,membuat pelaporan, penempatan, merancang aktiviti serta
penggredan.

2.2 Maklum balas

Penilaian yang dilakukan oleh guru dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap
penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu penilaian
juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru dapat
mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar serta tahap kecerdasan dan kecepatan seseorang
pelajar. Seterusnya guru dapat mengambil tindakan yang bersesuaian bagi menangani sebarang
masalah pelajarnya.

Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan
kemajuan pelajar dalam satu jangka masa tertentu. Ianya dapat memberi maklum balas kepada
guru tentang masalah yang dihadapi pelajar seterusnya mengambil tindakan serta pendekatan
yang paling sesuai untuk membantu pelajar.

2.2 Pelaporan

Hasil penilaian yang dilaksanakan oleh guru seharusnya dikongsi bersama oleh pelajar, ibu bapa
serta pihak kementerian. Justeru satu bentuk pelaporan yang standard perlu disebarkan bagi
makluman dan tindakan seterusnya. Laporan yang dihasilkan juga boleh membantu pelajar
menyedari tahap kendiri serta prestasi masing-masing yang menyumbang kepada motivasi
mahu pun tindakan penambahbaikan. Kepada ibu bapa ianya sangat mustahak bagi
mengenalpasti dan maklumat sebenar berkaitan prestasi anak-anak mereka. Kerjasama ibu
bapa di rumah bagi membantu anak-anak dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran sangat
membantu pelajar bagi meningkatkan pencapaian mereka. Kepada pihak PPD, JPN serta
kementerian ianya sangat membantu dalam menggubal atau menambahbaik kurikulum yang
sedia ada serta memperkenalkan pembaharuan di mana-mana yang perlu dalam sistem
pendidikan negara.

2.3 Penempatan
Tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap
penguasaan dan kemahiran mereka. Ia juga bertujuan untuk menentukan aliran serta
kecenderungan mereka dalam bidang yang berbeza-beza. Secara lebih khusus guru perlu
menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai supaya guru dapat menyesuaikan pula
dengan kaedah dan pendekatan yang diambil semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

2.4 Perancangan

Pentaksiran yang dijalankan juga dapat menggambarkan tahap penguasaan pelajar dalam isi
kandungan serta kemahiran yang dikuasai. Ini akan membantu guru merancang aktiviti serta
mengambil tindakan yang sewajarnya serta bersesuaian dengan pelajar berkaitan. Perancangan
jangka pendek dan jangka panjang akan membantu guru mencapai target yang ditetapkan atau
yang harus dicapai.

2.5 Penggredan

3
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Penilaian sumatif yang dilaksanakan memerlukan intepretasi yang lebih terperinci terutamanya
bagi menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek atau kemahiran. Untuk itu
pelajar perlu diberi gred bagi memudahkan pihak ketiga mengenal pasti keupayaan pelajar
terutama apabila memilih aliran atau untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi.

Latihan

1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan


pembelajaran?
2. Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam bilik darjah?

Ringkasan

Pengujian: Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya
dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam
sesuatu sesi pembelajaran.

Pengukuran:Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar


yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk
menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk pencapaian akademik, penguasaan
kemahiran dan sikap pelajar.

Penilaian: Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil
pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran
atau sikap.

Pentaksiran: Proses/prosedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat


pertimbangan tentang hasil pembelajaran.

TAJUK 2 Bidang pentaksiran dan Bentuk pentaksiran.

SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai bidang pentaksiran dan bentuk pentaksiran yang dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti bidang pentaksiran dalam pendidikan sains.

4
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

2. Menentukan bentuk pentaksiran dalam pengajaran sains di sekolah- sekolah rendah.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Pentaksiran

Bentuk
Bidang

Pengetahu Kemahira Sikap


an n saintifik dan Formatif Sumatif Autentik
nilai murni

Rajah 1.0 Kerangka tajuk


ISI KANDUNGAN

2.1 Bidang Pentaksiran

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara aspek-aspek penting dalam pendidikan di Malaysia
ialah untuk melahirkan warga negara yang berpengetahuan dan berkemahiran serta memiliki
nilai murni. Manakala bagi subjek sains aspek satu lagi aspek penting ialah untuk diterapkan
ialah tentang sikap saintifik. Oleh itu pentaksiran yang dilaksanakan bertujuan menyemak sejauh
mana bidang-bidang tersebut dapat dikuasai oleh murid-murid.

2.1.1 Pengetahuan

Pengetahuan atau ilmu (Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu
perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar.
Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.

Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri
individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu
kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu
maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau
mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak
bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia
dan ianya hanya akan kekal sebagai data.

5
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Bagi subjek sains pengetahuan adalah berasaskan kepada metodologi empirikal, bermakna ilmu
sains berkembang melalui penerokaan, penyiasatan dan eksperimen. Disiplin sains menekankan
kepada dapatan-dapatan atau bukti-bukti yang konkrit seterusnya membina teori-teori dan
konsep-konsep sains yang seterusnya berkembang membentuk pengetahuan baru kerana ilmu
itu adalah sesuatu yang dinamik.

Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang
membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan
menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep,
membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini
membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.

Berasaskan kaedah inkuiri, sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam
sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu
dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif.

2.1.2 Kemahiran

Kemahiran proses sains perlu ditekankan kerana pertama, nilai penguasaan kemahiran proses
sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip
sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan
dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh
mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan
konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di
luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam
semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari
sesuatu yang baru di sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada
melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.

Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:


* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen

2.1.3 Sikap saintifik

Sikap saintifik ialah merujuk kepada sikap yang perlu ada pada seseorang khususnya pelajar-
pelajar kearah membentuk pemikiran, kemahiran dan sikap sesuai sebagaiamana seorang
saintis. Terdapat beberapa sikap saintifik yang perlu ada iaitu;
1. Bersikap inkuiri
2. Mempunyai objektif (Objectivity)
3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)
4. Perseverance

6
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

5. Kemanusiaan (Huminity)
6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to accept failure).
7. Skeptikal

2.2 Bentuk Pentaksiran

2.2.1 Penilaian Formatif


Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang
sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.
Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid
dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang
tidak dapat dinilai secara berpusat.

2.2.2 Penilaian Sumatif


Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.
Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain
dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh
Lembaga Peperiksaan Malaysia.
Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di
seluruh negara.

2.2.3 Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang
berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah.

Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan
pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap
terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.-

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang
melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran
pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.-

Kepentingan Pentaksiran Autentik dan Pentaksiran Performance BasedAutentik


- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna
- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya,
penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir
secara kritis)

- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan


melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa
hadapan.

- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan


yangada dalam dunia sebenar.

- kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio, persembahan,
pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen

7
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Latihan

Jawab soalan-soalan berikut.

1. Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan


nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan merujuk
kepada Falsafah Pendidikan Negara cuba kenal pasti perkara-perkara
tersebut.

2. Cadangkan satu contoh aktiviti penilaian dan bidang yang dinilai dengan
melengkapkan jadual berikut;

Bidang Contoh Aktiviti Penilaian

TAJUK 3 Alat pentaksiran

SINOPSIS

8
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Topik ini membincangkan mengenai alat-alat pentaksiran yang digunakan untuk tujuan penilaian dan
pentaksiran sains sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

1.Mengenal pasti alat-alat pentaksiran yang digunakan dalam pengajaran


sains di sekolah-sekolah rendah.
2. Menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut digunakan sesuai dengan
tujuan dan aktiviti pentaksiran.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

Alat Pentaksiran

Sampel Kerja Pelajar Aktiviti Bilik Darjah


Potfolio Ujian Kertas Pensel

Contoh: Jurnal Cth: Perbincangan


Buku Nota Ujian objektif
Sumbang saran
Laporan amali Ujian Subjektif
Teknik Penilaian
Peta Konsep Kumpulan
Projek

Rajah 1.0 Kerangka tajuk

ISI KANDUNGAN

3.0 Alat-alat Pentaksiran

3.1 Portfolio

Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan oleh
pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains.
Pentaksiran menggunakan strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat
memberi ruang kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti
pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan jelas apa yang telah dipelajari. Oleh
itu portfolio merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.

9
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

10
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

3.2 Sampel kerja pelajar


Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar yang
boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah;

a. Jurnal

Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan
dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar
membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk berkomunikasi mengenai proses berfikir
tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan
menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar.

b. Buku Nota

Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari sendiri oleh
pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut penilaian boleh dilakukan
dari aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan maklumat yang detail.
Persembahan nota juga boleh dinilai samada tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas
dan menarik

c. Laporan amali
Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali
atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari tujuaneksperimen,
prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi sebagai alat yang efektif dalam
usaha memberi makna kepada apa yang telah dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.

d. Peta Konsep

Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu pohon dengan
ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan cara yang
sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam menyusun peta
konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika informasi baru diserap dengan menggunakan
peta-peta konsep, kapasiti penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran
adalah cara dinamik untuk menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka
menggunakan format global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan dalam cara
mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara serentak. Dengan demikian, proses
menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep mendekati operasi asas dalam
berfikir tentang suatu subjek secara global dan memungkinkan keluwesan pemikiran .

e. Projek

Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu
melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang
kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan
penanggapan secara berkesan. Kaedah ini member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru
mengikut cara mereka sendiri. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang
dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.

3. Aktiviti bilik darjah

11
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan, dan sumbang saran
dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan
sebaya. Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru perlu bersedia untuk membuat pemerhatian
denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin
diperhatikan. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah
unsur subjektif ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku
yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada.
Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-
perkara yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan membezakan di
antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati juga perlu membezakan di antara
deskripsi dan membuat inferens. Supaya lebih tekal dan sistematik pemerhati perlu
menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan
kemahiran itu timbul.

4. Ujian kertas pensel.

Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular untuk mendapat
maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian boleh dibina samada ujian objektif atau
ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan
dalam jangka masa yang singkat dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini
ialah dalam pembinaan item ujian samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu
berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh
percayaan.

Latihan
Jawab soalan-soalan berikut;

1. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sekiranya tiada penilaian dan pentaksiran murid-
murid tidak akan serius dalam pembelajaran mereka. Apa komen anda?
2. Laporan amali atau eksperimen perlu digabungkan dengan pantaksiran pemerhatian. Adakah
anda bersetuju dengaan pendapat tersebut dan beri justifikasi anda.

3. Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah dan lebih baik berbanding potfolio. Beri
komen anda.

4. Pendekatan semasa yang mementingkan alat ujian dan peperiksaan tidak menggalakkan
kreativiti dalam kalangan pelajar. Apa pendapat anda?

Kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula beralih kepada Penilaian Berasaskan Sekolah.
Jelaskan implikasinya kepada tugas guru di sekolah.

12
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

TAJUK 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan berkaitan objektif ujian,tempoh masa dan jenis ujian, jadual
spesifikasi ujian, taksonomi Bloom dan taksonomi SOLO.

HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti beberapa objektif ujian yang dilaksanakan di sekolah.
2. Mengenal pasti tempoh masa dan jenis ujian yang biasa dijalankan di sekolah
3. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan jenis ujian yang akan dilaksanakan.
4. Mengkaji dan memahami taksonomi SOLO dan taksonomi Bloom

KERANGKA TAJUK

Reka Bentuk
dan
Pembinaan
Ujian

Objektif ujian
Tempoh masa dan jadual Taksonomi SOLO
jenis ujian spesifikasi dan Taksonomi
ujian Bloom

Rajah 2 : Kerangka Tajuk-Tajuk

ISI KANDUNGAN

5.1 Objektif Ujian

Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan tujuan atau objektif ujian tersebut. Perkara
ini sangat penting kerana ia akan menentukan bagaimana jadual spesifikasi ujian akan disediakan.
Dalam konteks bilik darjah, tujuan ujian dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian
diagnostik, ujian formatif dan ujian sumatif.

Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang dapat digunakan untuk menempatkan
murid dalam kumpulan tertentu. Ujian diagnostik pula bertujuan untuk menentukan punca masalah
supaya langkah pemulihan dapat diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk
menentukan kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian sumatif pula
mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu kursus untuk tujuan penggredan
dan pemeringkatan.

13
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

5.2 Tempoh Masa dan Jenis Ujian

Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan tujuan penilaian itu dibuat, iaitu ujian rujukan
norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dijalankan bagi membandingkan pencapaian
seseorang murid dengan murid yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian rujukan norma biasanya
meliputi satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif. Ia juga digunakan untuk
mengukur perbezaan pencapaian individu. Ujian ini disediakan menggunakan jadual spesifikasi ujian
serta merangkumi pelbagai tahap kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.

Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan pencapaian dengan kriteria yang ditentukan.
Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara
terperinci perlu disediakan. Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia digunakan dalam
penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran. Peringkat kesukarannya hampir
sama.

5.2.1 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan
murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian
pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu
bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan
kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah
berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian
akademik, attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur
kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik
darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR, SPM, STPM dalam
sebagainya.

5.2.2 Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian
ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini
bermula sejak tahun 1796. Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba
mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius.
Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet
(Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan
pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung
tentang potensi yang ditunjukkan murid-murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap digunakan untuk
membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain
seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-Thorndike dan lain-lain.

5.2.3 Ujian Prestasi

Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada
menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan
sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat
personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan
melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh

14
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

dianggap sebagai `baik. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia
perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain
yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti
pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh
dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan,
peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui
soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.

5.2.4 Ujian Diagnostik

Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan
pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku.
Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal
pasti sebab-sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat
dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat
dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan
ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan
pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-
aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum
dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang
bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada
guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan
secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab,
inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.

5.2.5 Ujian Kecekapan

Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau
kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan.
Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan
radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu
mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan
meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula
gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji
menggunakan radas tertentu.

5.2.6 Ujian Bakat

Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal
sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian
bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara
besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang
bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi
keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan
calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke
program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan
mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.

15
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

5.2.7 Ujian Personaliti

Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap
kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen
psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian
Keirsey Temperament.

5.2 Jadual Spesifikasi Ujian

Jadual spesifikasi ujian(JSU) merupakan pelan utama kepada penggubal item ujian. JSU merupakan
satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat-maklumat penting kepada penggubal ujian. Maklumat
yang didapati dalam JSU ialah:

1. Tajuk atau topik yang akan diuji


2. Bentuk dan panjangnya ujian
3. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
4. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan
kebolehpercayaan ujian itu.
5. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi
dalam pengajaran.
6. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.
7. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.
8. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya
80% daripada murid-murid dapat menjawab.
9. Bilangan item mengikut tajuk,kemahiran dan aras kesukaran.

Bilangan item ujian bagi setiap topik ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk
pengajarannya di bilik darjah. JSU juga menetapkan bilangan soalan senang, sederhana dan sukar
mengikut aras kesukarannya.

Secara umumnya JSU mempunyai kepentingan yang tidak dapat disangkalkan antaranya:
1. Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan
2. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
3. Satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian
4. Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian
5. Memantapkan taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa
6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain
7. Membolehkan sesuatu ujian dibina oleh penggubal soalan yang lain.

Bagi memudahkan guru menyediakan JSU ada beberapa langkah yang perlu diikuti;
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

16
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

Berikut adalah satu contoh bentuk JSU ringkas

Jenis soalan : Objektif


Bil Topik Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Jumlah
1 a 1 2 2
2 b 3,4 5 3
3 c 6 7, 8, 9 10 5
10

5.3 Taksonomi Bloom

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma
berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah
satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan
objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor.
Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran
pelajar yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.
Domain afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap,
apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan
perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam
pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di
dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

5.3.1 Domain Taksonomi Bloom

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak
hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. Elemen elemen tersebut pula telah
dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Berikut
adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

17
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom

5.3.2 Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom

Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji
sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari.
Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus
berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang
proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan
masalah. Aras yang ketiga adalah pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam
sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Ciri-ciri khusus soalan aras
pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah
dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di
dalam kelas.

Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau
makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan
yang memerlukan murid menerangkan makna tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat
sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku
pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah
seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat
dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan,
huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan.

Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep,
teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep,
teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan
proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan
dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan.

Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan
sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini
menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis
adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga
perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu
membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan
menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan aras analisis ialah soalan tersebut
menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan
memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.

Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan
sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik

18
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau
pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik
untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan
operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan
kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk
menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi
berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang
diberi.

Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara
berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea
hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini
adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu
tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi
sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari
segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-
lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu
penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang dipilih atau yang diingati. Contohnya
perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.

Rumusan

Taksonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-
perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.
Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran
mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis,
sintesis dan penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran
tinggi.

5.4 Taksonomi SOLO

Taksonomi SOLO singkatan dari:

Structure (Struktur),Observed(Pengamatan),Learning(Belajar),Outcomes(Hasil)

Ini dikembangkan oleh Biggs dan Collis (1982), dan juga dijelaskan dalam Biggs dan Tang
(2007)Taksonomi ini menggambarkan tahap kefahaman pelajar. Melalui lima tahap, yang
menggambarkan peringkat-peringkat kefahaman pelajar ke atas sesuatu tajuk atau konsep yang
dipelajari. Ada lima tahap kefahaman pelajar iaitu;

1.

19
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Prastruk tur: Di sini pelajar memperoleh maklumat yang tidak berhubungan


antara satu dengan yang lain. Justeru kefahaman yang diperoleh juga secara kabur dan tidak jelas

2. Unistruktur: Menunjukkan perhubungan yang sederhana dan


jelas,namun belum cukup kuat untuk memberikan penjelasan.

3. Multistruktur: Berlaku banyak perhubungan antara maklumat. Namun


masih tidak dapat membuat penjelasan atau kesimpulan secara menyeluruh

4. Perkaitan: Pelajar telah dapat mengaitkan kesemua fakta dan


maklumat serta dapat menjelaskan sama ada secara khusus atau pun secara menyeluruh.

5. Abstrak: Pelajar mampu melakukan hubungan secara menyeluruh tidak


hanya dalam ruang lingkup tertentu, tetapi juga merangkumi persekitarannya. Mampu melakukan
generalisasi dan memindahkan prinsip-prinsip dan idea-idea yang dipelajari.

Dikutip dari :

http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm

Latihan

1. Bincangkan bagaimanakah jenis dan tujuan ujian mempengaruhi pelaksanaan ujian


yang dilaksanakan di sekolah sepanjang sesi pembelajaran.
2. Dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, bina satu JSU yang akan
digunakan oleh guru untuk menyediakan kertas peperiksaan pertengahan tahun.

20
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

3. Bincangkan secara banding-beza antara Taksonomi Bloom dan Taksonomi SOLO.


TAJUK 6
REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN

SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan kebolehanpercayaan item ujian dan kesahan item ujian

HASIL PEMBELAJARAN

1. Membincangkan kepentingan kebolehpercayaan dan kesahan bagi sesuatu item ujian.


2. Mengenal pasti jenis-jenis kebolehpercayaan dan kesahan yang berkaitan dengan item ujian.

Reka Bentuk dan


Pembinaa n ujian

Kebolehper cayaan item Kesahan item ujian


ujian

Rajah 6.0 Kerangka Tajuk

ISI KANDUNGAN

6.1 Kebolehpercayaan item ujian

Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan ujian iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur
secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu alat pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali
digunakan untuk mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi jika ia memberikan markah yang sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama. Namun
demikian perlu diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi
tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa yang hendak diukur oleh item
tersebut. Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut.

Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorang guru harus mengawal keadaan ujian supaya ia
tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon. Antara langkag-langkah yang boleh diambil
ialah:
1. Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya calon tidak keliru.
2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara lisan harus juga diberi
secara bertulis.+++
3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak soalan(yang setara) semakin tinggi
kebolehpercayaannya.
4. Masa yang diberikan harus mencukupi.
5. Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan keadaan fizikal) harus disediakan untuk
semua calon.
6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan skema yang sama digunakan untuk
semua calon.
Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
1 bilangan soalan

21
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

2 panjang soalan
3 kesukaran soalan
4 kejelasan soalan

Bilangan Soalan
Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain tidak berubah, ujian yang lebih panjang mempunyai
tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna ujian yang mempunyai lebih banyak soalan
adalah lebih boleh dipercayai

Panjang Soalan
Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai
tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kesukaran Soalan
Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap
kebolehpercayaan yang lebih tinggi.

Kejelasan Soalan
Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan tahap kebolehpercayaan ujian.

6.1.1 Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian.


Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian.

1. Pentadbiran dua ujian.


a Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)
b Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form
Method)
Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan pengukuran
akademik.
Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari
Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item yang diuji
Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama
Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali kebolehpercayaan
dipanggil sebagai pekali penyetaraan
Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua.
Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain,
kedua-dua bentuk ini adalah setara
Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan
Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:
sama bilangan
sama bentuk
sama arahan
sama tempoh ujian
sama format
sama kandungan
sama julat
sama aras kesukaran
soalan berbeza

2. Pentadbiran satu ujian.

22
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Kaedah belah dua (Split half method)


(a) Kaedah Belah Dua.
Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu kumpulan calon.
Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua sub-ujian.
Setiap ujian mengandungi daripada bilangan item yang asal.
Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk mendapatkan dua ujian yang
selari mungkin.

6.2.1 Kesahan Item Ujian

Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat.
Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan
ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang
dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ia
ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh
daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah
dirancang diukur itu.Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama
ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas,
kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu
merupakan sampel yang representatif bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini
diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut.

Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya
ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat
daripada interpretasi skor ujian itu.

Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:


1 kesahan konstruk,
2 kesahan isi kandungan, dan
3 kesahan kaitan-kriteria.

Kesahan Konstruk

Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita
memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan
bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu
ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk.

Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik.
Kebolehan menyelesaikan masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat
muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada
seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur
pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.

Kesahan Kandungan

Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah
pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor
yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan
kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.

23
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi
maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran
yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan
subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya
menguji.

Kesahan Kaitan-Kriteria

Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang
dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui
teknik korelasi.

Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu:


1 kesahan ramalan, dan
2 kesahan serentak/semasa.

Kesahan Ramalan

Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat
bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.

Kesahan Serentak/Semasa
Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian
yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu
mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.

Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik)
untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di
dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria

Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut:

1 Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan
peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan.
2 Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah
mengurangkan kesahan.
3 Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan
dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi
kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.

Latihan

1. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan kesahan ujian


2. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang
dilaksanakan di bilik darjah
3. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang
dilaksanakan.

24
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

TAJUK 7 Pembinaan Ujian Objektif

SINOPSIS

Membuat pilihan tentang jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan
mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar sebagaimana membina item itu sendiri.
Justeru itu memilih jenis ujian itu bergantung kepada objektif yang ditetapkan terlebih dahulu.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan definisi item objektif


2. Membincangkan format soalan objektif
3. Memperihalkan skema pemarkahan

ISI KANDUNGAN

Item Objektif

Definisi Garis Panduan Jenis


7.1 Definisi Item Objektif

Item objektif memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka pilihan atau
memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan melengkapkan ayat.

7.1.1 Item Lengkapkan


Item jenis ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan
tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong.

7.1.2 Item Betul-Salah


Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak
dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk
mendapat jawapan adalah separuh (kelemahan utama).

7.1.3 Item Padanan


Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah

7.1.4 Item Pengkelasan

25
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian
diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih
perkataan/rangkai kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di
sebelahnya.

7.1.5 Item Objektif Jenis Anika Pilihan

Item jenis ini mestilah mempunyai tiga komponen asas yang penting;
a. Stimulus/rangsangan
Rangsangan dimaksudkan kepada teks, grafik, jadual, perbualan dan seumpamanya.
b. Stem/ pokok soalan
Pokok soalan ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan kebiasaannya berbentuk ayat
lengkap, ayat tidak lengkap dan soalan
c. Pilihan/ opsyen bermaksud perkara yang diberikan sebagai jawapan berbentuk angka, simbol,
frasa, gambarajah dan jadual. Komponen ini berfungsi sebagai pilihan betul dan juga
pengganggu.
Item jenis anika pilihan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk yang berbeza antonim ,
sinonim ,jawapan disenaraikan ,interpretif ,mencari kesilapan cantuman dan kloz.

7.2 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif

7.2.1 Reka Bentuk Ujian

Objektif sesuatu topik dan subtopik perlu dirujuk terlebih dahulu agar tahap pengetahuan dan kefahaman
murid boleh diukur secara lebih spesifik.

7.2.2 Menulis Soalan Ujian

Terdapat banyak jenis item objektif ini, item aneka pilihan, mengisi tempat kosong, jawapan soalan
pendek, soalan betul-salah dan soalan padanan namun pilihannya bergantung kepada hasil
pembelajaran dan topik dalam sukatan pelajaran.

Perkara berikut perlu diberi perhatian ketika menyediakan item ujian;

a. Arahan bagi setiap jenis soalan mestilah mudah, ringkas dan tidak mengelirukan.
b. Bahasa yang digunakan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan
c. Menulis item soalan ini memerlukan pengetahuan yang spesifik
d. Penulisan dalam bentuk negetif boleh mengelirukan pelajar dan sepatut dielakkan

7.3 Skema Pemarkahan

Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan item objektif ini amat mudah berbanding dengan
penyediaan soalan. Tiada perbezaan markah dicatatkan walaupun skrip jawapan diperiksa oleh
pemeriksa yang berbeza.
Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif,
pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa kertas yang sama.

Grondlund,1977

Latihan 1

26
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek


2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini
3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan
kekangan soalan berbentuk ini

Membuat Nota

TAJUK 8 Pembinaan Ujian Subjektif

27
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

Sinopsis

Item subjektif ini mampu menguji kedalaman pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap sesuatu topik
serta memupuk kemahiran berfikir untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul.

Hasil Pembelajaran

1. Menyatakan definisi item subjektif secara jelas dengan mengemukakan contoh yang sesuai.
2. Menyenaraikan kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan tugasan yang hendak diselesaikan.
3. Memperihalkan jenis-jenis item ujian subjektif

Isi Kandungan

Item Subjektif/
Item Esei

Panduam
Definisi Kata Tugas Garis Jenis

8.1 Definisi

Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk
menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar calon melalui
respon secara tulisan.

8.2 Kata Tugas

Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam tugasan yang diberikan untuk
pelajar memberi respon. Kegagalan menggunakan kata tugas yang sesuai menyebabkan pelajar gagal
memberi respon yang dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya mengganggu proses penilaian guru.

Bil Kata Tugas Respon Yang Diharapkan


1. Apakah Memberi maklumat yang khusus.
2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan
jangkaan.
3. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau
perkara.
4. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih
item.
5. Bincangkan Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.
6. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih
perkara.

28
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

7. Berikan Justifikasi Membuat rumusan setelah semua pertimbangan diambil kira.

8.3 Jenis Item Esei

Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana senang disediakan berbanding dengan item objektif.
Namun begitu permasalahan timbul untuk memarkatkan markah, adalah guru menggunakan skema
tertentu atau model jawapan untuk membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat
mengatakan bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan petunjuk
sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan mereka
menghubungkan fakta, konsep dan prinsip untuk membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini
membolehkan item esei ini mengukur idea pelajar yang lebih komplek.

8.3.1 Item Gerakbalas Terhad

Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui skop topik yang disoal,
panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh cara soalan dikemukakan. Untuk menghadkan
gerak balas jawapan calon ini, suatu ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan.
Namun begitu kelemahan yang mungkin timbul adalah perbezaan saiz tulisan pelajar yang menghadkan
penulisan jawapan mereka. Dalam menyediakan soalan jenis ini, guru bukan sekadar membina item
jenis mengingatkan fakta dan kefahaman sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran
menyelesaikan masalah.

8.3.1 Ciri Item Gerakbalas Terhad.


Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui skop yang disoal , ruangan jawapan tersedia, respons
dalam satu frasa, beberapa ayat atau satu perenggan, kerencaman konstruk, tidak sesuai untuk menguji
konstruk lebih tinggi, sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran kognitif,
kemungkinan banyak respons meneka, peraturan pemarkahan perlu jelas dan komprehensif .

8.3.2 Panduan membina item soalan terhad


Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua bentuk iaitu soalan dan lengkapan. Soalan bentuk
lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya.

8.3.2 Item Gerak Balas Terbuka


Item jenis ini mempunyai ciri berikut ;
(i) melahirkan idea merangka, memilih, mengorganisasi fakta atau isi pelajaran.
(ii) mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau tulisan
(iii) Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai
sumber pembelajaran
(iv) Menghasilkan sesuatu idea yang asli
(v) Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat
(vi) Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah
(vii) Masa yang panjang untuk menskor berbanding dengan soalan objektif
(viii) Pemeriksa yang terlatih untuk menskor
(ix) Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif
(x) Tulisan perlu jelas dan boleh dibaca
(xi) Penskoran secara subjektif
(xii) Boleh wujudkan kesan halo

29
(SCE3111 , Penilaian Dalam Pengajaran Sains)

8.3.3 Panduan Membina Item jenis terbuka.

Pastikan perkara yang hendak ditaksir, peringkat mana perkara itu akan ditaksir ,
aras kesukaran yang ditetapkan dan aspek penting dalam kurikulum diberikan perhatian .Untuk
memastikan kesahan, soalan hendaklah meliputi tajuk yang luas dan pelbagai aras kemahiran.
Ungkapan Huraikan, Terangkan, Bincangkan, Bezakan, Bandingkan, Nilaikan, Rancangkan,
Tunjukkan menunjukkkan soalan tersebut pada aras sukar dan terbuka.
Untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item, peraturan permarkahan hendaklah
disediakan.Tugasan dalam soalan perlu jelas, masa ditetapkan masa, pemberatan markah setiap soalan
turut dicadangkan manakala untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang
digunakan dalam soalan hendaklah spesifik.

30

You might also like