You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH (JPMS)


KALI-1/2017

Tarikh : 17 Januari 2017


Tempat : Pusat Sumber SK Lasah
Masa : 2.30 4.00 ptg

Kehadiran :
1. Pn. Latifah binti Md Hariri
2. Pn. Rosniza binti Idris
3. Pn. Norhayati binti Ali
4. En. Abdul Rasib bin Ramly
5. En. Wong Boon Ping
6. En. Ahmad Harris bin Shahuddin
7. Pn. Hindun binti Kamaludin
8. Pn. Hasnah binti Zakaria
9. Pn. Jamaliah binti Yakob
10. En. Mohd Fadzil bin Sulaiman
11. Pn. Noor Aini binti Baharudin
12. En. Nordin bin Abdullah
13. Pn. Normala binti Yahya @ Yusof
14. Pn. Nor Shahida binti Abd Rasid
15. Cik Noor Izzati binti Ab. Manan
16. Pn. Raishan binti Ab Halim
17. Pn. Rodziah binti Hajar
18. Pn. Rusmawati binti Demawi
19. Pn. Sabariah binti Ibrahim
20. Pn. Yasmin binti Basyir Ahmad
21. Cik Zuraida binti Zakaria
22. Noor Azizah binti Abd Hamid

Tidak Hadir Bersebab


Tiada

1.0 Kata Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah dan doa.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat hadir ke
mesyuarat JPMS kali pertama tahun 2017.
1.3 Pengerusi memaklumkan bahawas Sistem Pengurusan Maklumat Sekolah kini terdiri
daripada tiga modul yang dahulunya dikenali dengan nama Emis, APDM dan E-
Operasi. Segala maklumat lanjut akan diterangkan oleh Guru Data sekolah.
1.4 Pengerusi mengharapkan agar ahli jawatankuasa yang dipilih dapat membantu dalam
Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun ini.
Makluman
2.0 Pembentukan JPMS bagi tahun 2017

2.1 Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah bagi tahun 2017 dibentuk. Encik Wong
Boon Ping dilantik sebagai setiausaha bagi tahun 2017.
2.2 Rujuk lampiran berkaitan Ahli-ahli dalam Jawatankuasa Pengurusan Maklumat
Sekolah bagi tahun 2017.
Tindakan: Semua Ahli Jawatankuasa

2.3 Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) dan Prosedur
Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah.

2.3.1 Sistem Pengurusan Sekolah terdiri daripada 3 modul iaitu:

Modul Pengurusan Sekolah (Emis)


Modul Pengurusan Guru (E-operasi)
Modul Pengurusan Murid (APDM)

2.3.2 Modul-modul ini boleh diakses melalui laman sesawang di


https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php.
2.3.3 Tujuan SPS diwujudkan adalah bagi mengelakkan kemasukan data
berulang pada masa akan datang.
2.3.4 Mesyuarat JPMS akan diadakan 4 kali setahun.
Makluman
2.3.5 Bidang tugas Guru Besar:

2.3.5.1 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data


dan maklumat sekolah, guru, staf dan murid.
2.3.5.2 Memastikan semua penolong kanan melaksanakan pengoperasian
data dan maklumat dalam SPS.
2.3.5.3 Mempengerusaikan JPMS
2.3.5.4 Mengesahkan Laporan Pengesahan Sekolah sebelum dihantar ke
PPD.
Tindakan: Guru Besar

2.3.6 Bidang tugas Penolong Kanan Pentadbiran.

2.3.6.1 Bertanggungjawab terhadap SPS, Modul Pengurusan Sekolah,


Modul Pengurusan Guru dan Modul Pengurusan Murid.
2.3.6.2 Memantau pengemaskinian dan keesahan segala data sekolah, guru
dan murid.
2.3.6.3 Membimbing dan menasihati guru dan pembantu tadbir dalam
pelaksanaan Modul Pengurusan Sekolah, Pengurusan Guru dan
Pengurusan Murid.
2.3.6.4 Berperanan sebagai Pentadbir Modul.
2.3.6.5 Menyemak laporan pengesahan sekolah sebelum disahkan oleh
Pengetua.
Tindakan: Penolong Kanan Pentadbiran

2.3.7 Bidang tugas Penolong Kanan Kurikulum


2.3.7.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Guru (E-operasi)
Tindakan: Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

2.3.8 Bidang Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


2.3.8.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya Modul
Pengurusan Murid (APDM)
Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.3.9 Bidang Tugas Penolong Kanan Kokurikulum


2.3.9.1 Bertanggungjawab terhadap data berkaitan intrumen bancian
Kemudahan Prasana dan Program Sukan Sekolah (i-Keps) melalui
Modul Pengurusan Sekolah (EMIS).
Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum

2.3.10 Bidang tugas Guru Data merangkap Setiausaha JPMS.


2.3.10.1 Bertanggungjawab terhadap Sub-Modul SPS khasnya
Modul Pengurusan Sekolah. (EMIS)
2.3.10.2 Membantu mengumpul input data, memproses, menyimpan,
mencetak dan menghantar maklumat mengikut kaedah yang
ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data/modul SPS.
2.3.10.3 Membantu menyediakan input data/modul berkaitan SPS
kepada JPMS.
2.3.10.4 Menjadi Setiausaha kepada JPMS.
2.3.10.5 Membantu memastikan keselamatan dan kerahsiaan data
sekolah.
2.3.10.6 Mematuhi aktiviti pengisian data/modul SPS mengikut
jadual yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN.
2.3.10.7 Membantu Penolong Kanan dalam pelaksanaan pengurusan
data dan maklumat dalam SPS.
Tindakan: Guru Data
2.3.11 Bidang tugas Guru Kelas.
2.3.11.1 Mengemaskini semua data dan maklumat murid yang berada di dalam kelasnya dari
semasa ke semasa jika berlaku sebarang perubahan atau pertambahan maklumat melalui
Modul Pengurusan Murid (APDM).
2.3.11.2 Bertanggungjawab terhadap keesahan dan kebolehpercayaan data dan maklumat murid di
dalam kelasnya.
2.3.11.3 Merekodkan kehadiran murid secara harian bersama-sama dengan pembantu tadbir.
Tindakan: Guru Kelas

2.3.12 Bidang tugas Guru


2.3.12.1 Mengemaskini, menyemak dan mengesahkan Maklumat Peribadi, Pasangan, Sejarah
Perkhidmatan, Latihan/kursus, Gaji dan elaun di dalam Modul Pengurusan Guru (e-
operasi).
2.3.12.2 Menyemak dan mengesahkan Maklumat Perkhidmatan, Maklumat Akademik dan
Maklumat Ikhtisas di dalam Modul Pengurusan Guru.
Tindakan: Semua Guru

2.3.13 Bidang tugas Pembantu Tadbir.


2.3.13.1 Melaksanakan pengisian kehadiran dan keberadaan guru di dalam Modul Pengurusan
Guru (e-operasi).
2.3.13.2 Melaksanakan pengisian kehadiran murid dalam Modul Pengurusan Murid (APDM)
sebelum jam 9.00 pagi.
Tindakan: Pembantu Tadbir
3.0 Pembentangan Pelan Tindakan JPMS tahun 2017

3.1 Urusetia membentangkan Pelan Tindakan Jawatankuasa Pengurusan Maklumat


Sekolah untuk Tahun 2017.
Makluman
4.0 Hal- hal lain.
4.1 GPK HEM menggesa agar guru kelas agar boleh mengemaskini maklumat peribadi
murid dalam Modul Pengurusan Murid sebelum akhir bulan ini sebagai persediaan
sekiranya data diperlukan untuk tujuan biasiswa .
4.2 Beliau juga memaklumkan guru kelas perlu mengemaskini maklumat bagi kes pindah
masuk dan keluar murid dalam Modul Pengurusan Murid dengan kadar segara
Tindakan: Guru Kelas

4.3 GPK KURIKULUM juga menggesa agar semua guru dan anggota kumpulan
pelaksana sekolah boleh mengemaskini maklumat peribadi dan mengesahkan
maklumat dalam Modul Pengurusan Guru sebelun akhir bulan Januari.

Tindakan: Semua Guru

4.4 GPK HEM berharap agar Guru Biasiswa Perdana dan Guru Biasiswa PKKI dapat
mengambil tindakan segera dalam menguruskan hal-hal berkaitan biasiswa melalui
Modul Pengurusan Murid.
Tindakan: Guru Biasiswa
4.5 Guru Data memaklumkan bagi kes lupa kata laluan, guru boleh menggunakan id
pengguna dan katalaluan Single Sign On (SSO) bagi segala urusan dibincangkan.
Rujuk Guru Data sekiranya bermasalah.

Tindakan: Semua Guru


5.0 Ucapan Penangguhan

5.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh, Disahkan Oleh,

_______________ _______________ ___________________


Wong Boon Ping Rosniza binti Idris Latifah binti Md Hariri
Setiausaha JPMS PK Kurikulum Guru Besar