You are on page 1of 3

Bincangkan perbezaan antara kajian kualitatif dengan kuantitatif

Selamat malam dan salam sejahtera.

Melalui pembacaan yang telah dilakukan, terdapat perbezaan yang ketara yang boleh dilihat
antara kajian kualitatif dan kajian kuantitatif

Kajian kualitatif merupakan kajian untuk mendapatkan maklumat secara terperinci serta
mendalam ke atas sesuatu situasi dan individu. Kajian dijalankan dalam satu kawasan yang
kecil yang melibatkan individu dalam kawasan berkenaan sahaja. Contoh kajian kualitatif
ialah kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah. Untuk melaksanakan kajian kualitatif,
data dikutip melalui teknik pemerhatian, temubual, penulisan diari dan anlisis dokumen.
Kajian kualitatif juga menjawab persoalan berkaitan kenapa dan bagaimana.

Berbeza dengan kajian kualitatif, kajian kuantitatif merupakan sebuah kajian yang
memerlukan data imperikal serta melibatkan analisis statistik terhadap data tersebut untuk
memahami dan menjelaskan fenomena yang dikaji. Contoh kajian kuantitatif ialah kajian
tinjauan, kajian kolerasi, kajian kuasi-eksperimen dan kajian eksperimen. Kajian kuantitatif
menggunakan medium seperti borang soal selidik, kaji selidik dan medium lain untuk
mengumpul data numerik atau data yang boleh diukur. Kajian kuantitatif juga menjawab
persoalan berkaitan berapa banyak, berapa ramai, seberapa kerap dan sejauh
manakah.
Kepentingan kerangka konseptual kajian

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Kerangka konseptual kajian ini merupakan satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan
secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau
fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau
dibentuk sendiri berasakan kajian-kajian terdahulu.

Kepentingan kerangka konseptual kajian ialah kerangka konseptual ini memberi


gambaran menyeluruh tentang kajian yang dijalankan oleh seseorang penyelidik. Kerangka
konseptual kajian akan menjadi panduan dalam proses penyelidikan bagi mengenalpasti
terma yang relevan dengan konsep. Selain itu juga, melalui kerangka konseptual kajian yang
dirangka, penyelidik dapat mengemukakan bagaimana hubungan pemboleh ubah bersandar
dan pemboleh ubah tidak bersandar. Penyelidik juga dapat mengenalpasti soalan-soalan
khusus yang hendak diselidik, memilih peserta kajian, prosedur pemilihan, strategi
pengumpulan data, teknik menganalisis dan interpretasi hasil dapatan kajian dengan betul.

Sekian.
Kepentingan teori dalam penyelidikan

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Teori adalah sesuatu yang wujud dalam pemikiran manusia semata-mata dan terdiri daripada
pengetahuan yang tidak pasti dan tidak muktamad, satu penjelasan tentatif (sementaraan)
tentang satu himpunan fenomena. Pada asasnya, teori membekalkan cara atau kerangka yang
khusus untuk memahami peristiwa yang dialami. Penyelidikan dan teori hanya akan
bermakna apabila kerja terhadap mereka dilakukan secara serentak. Misalnya, penyelidikan
membekalkan data, teori pula memberikan makna kepada data tersebut. Penyelidikan turut
memainkan peranan penting dalam proses pembinaan teori, dan begitu juga sebaliknya.
Misalnya, penyelidikan adalah berpandukan teori sebab teori membantu dalam penetapan
batasan dan konteks bagi penyelidikan akan datang.

Menurut Garrison (2000), tujuan teori ialah untuk membentuk aturan konsepsi dan
membekalkan kemudahan dalam menjelaskan fenomena yang kompleks. Dalam sesuatu
penyelidikan, teori adalah penting bagi membantu penyelidik memahami bukan sahaja apa
yang berlaku tetapi mengapa perkara itu berlaku. Intipati teori ialah penjelasan bagaimana
dan mengapa konsep-konsep tertentu saling berkait antara satu sama lain. Selain itu juga,
teori adalah penting untuk membantu penyelidik mengenalpasti pembolehubah-
pembolehubah yang signifikan, menggabungkan pelbagai hasil penyelidikan untuk
membentuk satu himpunan pengetahuan yang padu dan saling berkait, dan mengenalpasti isu-
isu yang relevan untuk kajian lanjutan. Dalam penyelidikan, teori juga membekalkan jawapan
kepada persoalan mengapa dan bagaimana sesuatu fenomena berlaku.

Ringkasnya, kepentingan teori bagi penyelidikan tidak boleh dipandang rendah. Tanpa satu
teori yang baik untuk memandu penyelidikan, kebarangkalian untuk memperoleh hasil kajian
yang bermakna adalah rendah.

Sekian.

You might also like