You are on page 1of 4

ULASAN :

Artikel yang bertajuk And Now For The Ronggeng yang ditulis oleh Margaret Cunico
ini adalah berkaitan dengan Festival Seni Singapura. Walaupun tajuk artikel dalam
surat khabar ini menyatakan bahawa inilah masanya untuk ronggeng, tetapi isi
artikel ini tidak banyak menjelaskan tentang ronggeng dalam seni persembahan.

Artikel ini lebih banyak mengetengahkan elemen-elemen yang ada dalam Festival
Seni Singapura. Pada pendahuluan artikel telah dinyatakan bahawa Festival Seni
Singapura mendapat 80 penyertaan dan pada penganjuran Festival Seni Singapura
pada tahun 1978 pula telah mendapat 135 penyertaan. Ini menunjukkan yang
Festival Seni Singapura ini sangat relevan pada ketika itu.

Untuk pertama kalinya dalam penganjuran Festival Seni Singapura ini, ghazal,
ronggeng dan hadrah akan dipilih untuk mengambil bahagian dalam Festival Seni
Singapura. Walau bagaimanapun, hanya dua atau tiga yang akan terpilih daripada
45 penyertaan. Jumlah penyertaan yang banyak ini akan ditapis dan dipilih untuk
membuat persembahan dalam Festival Seni Singapura.

Festival Seni Singapura ini bukan hanya tertumpu pada kesenian Melayu sahaja
tetapi termasuk dengan kesenian Cina dan juga India. Apa yang menarik tentang
Festival Seni Singapura pada tahun 1978 ini adalah penganjuran kali pertama
pameran seni visual di Muzium Nasional Singapura. Penganjuran festival seni ini
boleh dianggap satu festival berskala mega dan mendapat tajaan yang besar dari
syarikat-syarikat gergasi pada waktu ketika itu. Jumlah wang yang diperlukan dalam
penganjuran festival ini adalah $150,000 dan kos ini telah ditampung melalui
penajaan dari syarikat minyak.

Situasi seperti ini tidak lagi dapat dilihat pada zaman sekarang di mana seni lebih
dihargai dan diangkat dengan tinggi sekali. Syarikat-syarikat korporat pada waktu
dahulu boleh menaja dan dalam masa yang sama terlibat dalam konservasi seni
tetapi keadaan sudah berubah sekarang di mana syarikat-syarikat korporat
kebanyakannya tidak lagi mahu terlibat dengan aktiviti-aktiviti kesenian sebaliknya
lebih menumpukan terhadap keuntungan syarikat sahaja.

Akhir sekali, Festival Seni Singapura pada ketika dahulu sangat gah dan
penganjurannya sememangnya sangat berimpak tinggi. Oleh itu, usaha perlu
dilakukan dengan giat untuk menganjurkan satu lagi festival seni dengan berskala
mega pada setiap tahun. Hal ini bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat
didedahkan dengan kesenian bangsa masing-masing sekaligus memupuk minat dan
jati diri mereka.

BIBLIOGRAFI

Cunico, M. (1978, November 03). Now Time for Ronggeng. New Nation. Retrieved May 20,
2017, from http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/newnation19781103-
1.2.49.1