1

EDUCATION of ELAKSAMANA

1.5 1.5.1

HALA TUJU NEGARA Cabaran Wawasan 2020

1. Pada 28 februari 1991, di majlis pelancaran Malaysian Business Council, Dr. Mahathir Mohamad telah mengemukakan idea gagasan pembangunan masa depan negara iaitu wawasan 2020. 2. Sasarannya adalah menjadikan Malaysia negara maju mengikut acuan sendiri. 3. Wawasan 2020 mempunyai 9 cabaran utama iaitu : y Cabaran pertama Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjungi masa depan yang dikongsi bersama. y Cabaran kedua Melahirkan masyarakat malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, bangga akan keadaannya dan segala sesuatu yang dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. y Cabaran ketiga Membentuk dan memperkembangkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokratik malaysia yang unggul berasaskan muafakat dan musyawarah dan dapat pula dicontohi oleh negara-negara membangun yang lain. y Cabaran keempat Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi budi pekerti yang mulia. y Cabaran kelima Mewujudkan masyarakat yang matang dan bersifat toleran. y Cabaran keenam Membentuk masyarakat bersifat sains serta progresif. y Cabaran ketujuh Mewujudkan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang. y Cabaran kelapan Menjamin pembentukan negara yang adil ekonominya. y Cabaran kesembilan Mewujudkan masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya tahan tinggi.

Created by elaksamana@yahoo.com © All Right Reserved Presented 2010

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer: Get 4 months of Scribd and The New York Times for just $1.87 per week!

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times