ABDULLAH AL-HELMY

ANWAR IBRAHIM
DAN

MUSLIM DEMOKRAT
PENAFIAN
Semua huraian, ulasan, perbincangan, fakta dan maklumat-maklumat yang
disusun, diolah dan ditulis dalam buku ini adalah hipotesis atau teori penulis
dalam mentakwilkan sesuatu isu dan perkara. Penulis tidak bertanggungjawab di
atas ketidaksetujuan dan ketidakfahaman pembaca bagi setiap persoalan,
perbincangan dan isu yang dikemukakan. Sebab penulis terikat dengan TEORI
KOSPIRASI yang martabatnya lebih tinggi daripada kajian PhD [kikikikiki]. Segala
pandangan, pegangan, kesimpulan dan pendirian adalah tanggungjawab pembaca
sendiri. Pembaca digalakkan meneruskan pembacaan dan penerokaan maklumat
tanpa menyalahkan orang lain.

Bunga Anggerik Press
Jalan Kenanga, Kuala Terengganu

Tahun 2017

Hakcipta tidak terpelihara. Pembaca boleh menerbitkan semula mana-mana
tanpa kebenaran penulis.

PERIHAL PENULIS
Abdullah Al-Helmy, seorang penulis kelahiran Malaysia. Peminat humor.
Memasang impian mengembara ke seluruh dunia dan mengasingkan diri di
padang pasir di Mauritania. Belajar di ‘universiti’ masjid, pengalaman dan alam.

Apa cita-cita kamu yang belum tercapai? Kami mahu melihat pembebasan Baitul
Muqqadis daripada tangan penjajah Yahudi-Zionis dan tertegaknya perundangan
Islam di muka bumi Malaysia.
KANDUNGAN
Awal Bicara

Tesis Hubungan Gerakan Islam Dengan Kebudayaan Barat

Ikhwanul Muslimin Melayu

Anwar Ibrahim dan Muslim Demokrat

Muslim Demokrat dan Pemikiran Politik Gerakan Islam Generasi Kedua

Kebudayaan Barat

Politik Melayu, Institusi Beraja dan Ketuanan Melayu

Seimbas Ciri-ciri Muslim Demokrat
AWAL BICARA

Muslim Demokrat mencetuskan fenomena baru, Gerakan Islam Generasi Kedua (Gen 2.0)
dalam gerakan Islam di seluruh dunia. Gen 2.0 mengambil inspirasi daripada Dato Seri Anwar
Ibrahim, Rashid Ghannousshi, Abdullah Gul dan Rashid Tayyib Erdogan.

Istilah-konsep Muslim Demokrat berasal daripada Barat digerakkan oleh sarjana Barat dan
sarjana Islam yang berada di Barat. Ia disokong oleh pemimpin gerakan Islam dalam buangan
atau yang menjadi pelarian politik yang menginap di negara-negara Barat.

Kejayaan Erdogan-Abdullah Gul mengemudi AKP memerintah Turki dan Rashid Ghannosshi
mengemudi an-Nahdah di Tunisia menjadi model kepada Gen 2.0 di negara-negara umat Islam.

Kemunculan Gen 2.0 terpaksa dibayar dengan harga yang mahal kerana kebanyakannya
mewujudkan konflik dalaman dalam gerakan Islam. Gerakan Islam di Jordan dan Malaysia
bergolakkan disebabkan kemunculan Gen 2.0 ini.

E-buku (lebih e-Nota) ini berasal daripada nota-nota peribadi penulis diharap menjadi bacaan
pemula untuk berkenalan dengan Anwar Ibrahim, Muslim Demokrat dan gerakan Islam. Ia juga
mengandungi pandangan peribadi penulis.

Penulisan ini bukanlah bertujuan mencari salah atau menghina Anwar Ibrahim yang banyak
berjasa kepada agama dan negara. Penulisan ini mahu menyedarkan pembaca tentang
kewaspadaan kita terhadap kemaraan pemikiran Kebudayaan Barat ke dalam masyarakat kita.
Kemaraan ini mengancam keselamatan aqidah umat Islam.

Kita mesti berfikir dan bertindak berdasarkan kerangka tauhid. Kerangka tauhid bersumberkan
al-Quran, as Sunnah, ijma’ ulama dan qiyas serta pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang
mengakui empat mazhab utama terutamanya mazhab imam Syafie dan membolehkan
mengunakan pendapat mazhab lain dalam keadaan berhajat. Manakala mazhab akidah kita
ialah Asy’ariah dan Maturidiah.

Kita menolak Kebudayaan Barat tanpa kompromi. Kita bersikap kritis terhadap apa jua yang
datang daripada Kebudayaan Barat dan non-muslim. Kita hanya menerima kesyumulan Islam
yang bersumberkan al-Quran, al-Sunnah, ijma’ ulama dan qiyas.

Kita menentang kelompok Sekularisme-Pluralisme-Liberalis atau SEPILIS melalui pendekatan
damai dan ilmu. Kita tidak ada kompromi dengan SEPILIS. Kita tidak membenci orangnya, kita
menolak pemikirannya.
Dalam konteks Malaysia, kita menghormati Perlembagaan Malaysia dan mengakui hak-hak
yang termaktub didalamnya. Islam, Raja-raja Melayu, Hak Orang Melayu dan Bumiputera dan
Bahasa Melayu menjadi tunjang kepada penyatuan Rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan.

Kita menyokong demokrasi bukan kerana ia demokrasi tetapi ia adalah suatu sistem yang paling
kurang mudharat yang diakui oleh seluruh rakyat Malaysia dalam menyelesaikan politik
Malaysia. Kita mengunakan demokrasi kerana ia adalah wasilah damai.

Buat anak muda dan mahasiswa, berhati-hati dalam pengaulan. Jangan terlibat dalam aktiviti
dan kumpulan SEPILIS. Bergaul dengan kelompok SEPILIS dan membaca bahan SEPILIS
sememangnya mengkhayalkan kerana ia menumbuhkan fitrah kemanusiaan yang ada dalam
diri kita tanpa batasan atau tunduk kepada wahyu.

Ingatlah! Dalam diri manusia sudah tertanam secara fitrah sifat sekular, liberal, keraguan,
rasional, sosialis dan lain-lain. Ia sudah ada dalam diri kita, sebab itu kita mudah serasi dan
khayal dengan pemikiran ciptaan (isme) manusia ini. Wahyu dan Rasul didatangkan kepada kita
supaya sifat-sifat yang fitrah tadi tunduk dan taat kepada kehendak Allah SWT, pencipta alam
semesta. Sifat fitrah kemanusiaan itu tidak boleh menjadi ‘isme’ tersendiri.

Kita akan mati. Dunia akan musnah. Jangan sampai kematian kita menjadi kematian yang sia-sia
kerana kita tidak mengenali Allah SWT dengan cara yang sebenar-benarnya. Mengenali Allah
melalui ilmu tauhid. Tauhid-Syariat-Akhlak itu mesti menjadi darah daging setiap umat Islam. Ia
bukan berasingan. Syariat apa yang ditentukan oleh Allah SWT dan dilakukan oleh Nabi
Muhammad SAW.

Abdullah al-Helmy
30/1/2017
Tesis Hubungan Gerakan Islam Dengan Kebudayaan Barat

Tesis 1

Pencampuran pemikiran antara pemikiran Islam yang berasaskan al-Quran dan as Sunnah
dengan pemikiran Kebudayaan Barat merosakkan pandangan alam Islam individu muslim. Barat
menolak Islam sebagai adden. Barat menolak kesyumulan Islam.

Tesis 2

Pemikiran palsu berjenama Islam bersumberkan kepada pemikiran Barat bermula daripada
orientalis Barat kepada pemikir Islam di Barat kepada pemikir atau pemimpin Islam di negara
Umat Islam. Ia didanai oleh Barat dan sekutu Barat dalam kalangan negara umat Islam.

Tesis 3

Tanzim Ikhwanul Muslimin Antarabangsa dirosakkan oleh para pemimpin senior Ikhwanul
Muslimin yang mempunyai kepentingan dan agenda peribadi serta pendekatan sendiri.
Pemimpin senior yang berpelarian di Barat bersifat pro-Barat.

Tesis 4

Tanzim Ikhwanul Muslimin Antarabangsa melalui NGO dan institusi pemikiran di Barat cuba
merapatkan hubungan antara Islam dengan Barat. Mereka melakukan melalui pendekatan
dialog peradaban. Tujuan utama untuk melahirkan dunia yang lebih baik. Umat Islam dan Barat
bersama-sama membangunkan dunia. Masalah yang berlaku ialah umat Islam kembali ditindas
oleh Barat. Ajaran Islam terpaksa digubal semula mengikut kehendak dan selera Barat.
Umpamanya, Barat menolak konsep Jihad, poligami dan perundangan Islam.
Tesis 5

Fenomena perubahan dalam Gerakan Islam bermula oleh para pemimpin muda WAMY. Antara
model pemimpin muda Islam ketika itu ialah Anwar Ibrahim dan Dr. Hassan Turabi.

Tesis 6

Istilah-konsep yang bombastik dan mengkhayalkan disertakan dengan kepetahan berpidato dan
kelincahan intelektualisme hanyalah fenomena palsu.

Tesis 7

Gagasan Muslim Demokrat hanya istilah-konsep palsu yang meneruskan istilah-konsep palsu
yang lain berbau Islam seperti Masyarakat Madani dan Islam Hadhari. Asas istilah-konsep
Muslim Demokrat berakar-umbikan Sekularisme-Pluralisme-Liberalisme (SEPILIS).

Tesis 8

Anwar Ibrahim adalah hero ciptaan Barat yang didokong oleh para senior Ikhwanul Muslimin
yang terkhayal dengan mitos hubungan baik Islam dengan Kebudayaan Barat dapat
dilaksanakan melalui dialog peradaban. Moga Allah SWT kurniakan hidayah dan keinsafan
kepada Anwar Ibrahim pada akhir usia beliau dan semoga Allah membalasi setimpal dengan
apa yang beliau buat.

Tesis 9

IKRAM Malaysia bakal muncul sebuah gerakan politik Islam yang kuat bersaing dengan PAS.
Kelompok mantan aktivis PAS dalam Parti Amanah Nasional(PAN) akan terusir jika mereka gagal
menguasai tampuk kepimpinan PAN.
Ikhwanul Muslimin Melayu

“Jika kamu tidak mengenali budinya, kamu mudah terpesona dengan kepetahan pidatonya
yang segar-bugar tetapi hasil kerja dihasilkan oleh orang lain”

Ikhwanul Muslimin Antarabangsa

Terdapat beberapa pertubuhan yang jelas diilhamkan oleh Ikhwan yang tidak menyatakan
secara terbuka sama ada mereka mempunyai hubungan formal atau tidak formal. Dan terdapat
pertubuhan-pertubuhan lain selain Ikhwan antarabangsa - seperti WAMY, Forum Antarabangsa
bagi Islam Ahli-ahli Parlimen dan Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa - yang tidak rasmi yang
berkaitan dengan Ikhwan dan bekerja untuk mengumpul ahli-ahli dari pelbagai negara.

Mengapa ini organisasi antarabangsa tidak penting? Kerana ia tidak mempunyai (dan mungkin
tidak boleh) melakukan banyak perkara. Pertama, ia adalah lembap dan tidak responsif.
Beberapa kali ia telah dipanggil untuk menyelesaikan organisasi peringkat cawangan, ia tidak
bertindak balas dengan cekap. Sebagai contoh, pada tahun 1989 pertikaian antara ahli Ikhwan
Jordan sama ada untuk menerima jemputan atau tidak untuk menyertai kabinet sehingga
dibawa kepada organisasi antarabangsa. Jawapannya datang terlalu lewat dan yang terkandung
terlalu banyak kekaburan untuk menyelesaikan isu itu.

Pada tahun 2007, Khalid Mish'al berusaha agar Hamas diiktiraf sebagai ahli berbeza daripada
organisasi antarabangsa, mencetuskan perebutan kompleks organisasi dalam organisasi(jemaah
dalam jemaah) di Jordan.

Kedua, organisasi antarabangsa bukan sahaja lembap, ia juga dikuasai oleh Mesir.

Akhirnya, pelbagai cawangan dan wilayah menyebabkan Ikhwan Muslimin membangunkan
etos penghormatan bersama: mereka semakin berpegang teguh kepada idea bahawa setiap
cawangan atau cabang Ikhwan hendaklah bebas untuk bertindak balas jika sesuai dengan
keadaan tempatan. Pelbagai cawangan atau cabang Ikhwan boleh berunding antara satu sama
lain, tetapi mereka bebas untuk menolak nasihat yang mereka terima. Parti Islam Iraq
mengambil bahagian dalam proses politik yang ditaja oleh Amerika Syarikat pada ketika Jordan
Ikhwan Muslimin menolak hubungan dengan pegawai Amerika sebab penaklukan ke atas
negara Iraq. Sedar akan pendirian yang bercanggah, pemimpin kedua-dua organisasi hanya
bersetuju untuk tidak bersetuju. Hamas telah dinasihatkan oleh kedua-dua pemimpin Jordan
dan Mesir tidak mencuba terlalu keras dalam pilihan raya parlimen pada tahun 2006.
"Penyertaan, bukan penguasaan" (iaitu menyertai pilihan raya tetapi tidak perlu menang)
adalah formula yang dicadangkan kepada mereka. Mereka mendengar dengan separuh
pertama mesej (mereka berlari), tetapi tidak yang kedua (mereka menang). Tidak seperti rakan
mereka di Jordan dan Mesir, mereka yang hanya bertanding kerusi dengan jumlah minoriti,
mereka mengemukakan senarai calon lengkap calon-calon untuk kerusi Parlimen,
membolehkan kemenangan mengejutkan (dan di mata sesetengah pemimpin Ikhwan di tempat
lain) yang tidak sesuai bagi Ikhwan di tempat lain.

Penghormatan bersama membolehkan semua pergerakan Ikhwan bersetuju mengenai prinsip
umum bahawa mereka akan bekerja hanya untuk perubahan secara aman dan damai.

Keahlian anggota Ikhwan bersifat keahlian organisasi tempatan bukannya keahlian
pergerakan Ikhwanul Antarabangsa yang tunggal.

Terdapat pelbagai jenis Pergerakan Ikhwan sama ada secara rasmi bergabung atau tidak
bergabung dengan Ikhwanul Muslimin Antarabangsa, sama ada ukuran menerima kepimpinan
Mursyidul Aam Mesir atau benar-benar bebas - masih menunjukkan dua ciri-ciri yang membuat
penyelarasan formal seolah-olah tidak perlu dan tidak produktif.

Pertama, pelbagai cabang atau cawangan Ikhwan tidak mempunyai masalah cuba untuk
mengikuti model umum (manhaj Ikhwanul Muslimin dan Pemikiran Imam Hassan al-Banna)
kerana model ini begitu umum boleh digunakan dalam persekitaran yang berbeza. Ahli hampir
tidak pernah merujuk kepada pihak berautoriti daripada organisasi antarabangsa atau
Mursyidul Aam semasa, tetapi mereka tetap merujuk kepada model Ikhwan (manhaj) dan
pemikiran Hasan al-Banna. Pemikiran al-Banna tiada falsafah yang abstrak tetapi sebaliknya
satu set teknik organisasi, ucapan inspirasi, dan pendekatan umum yang meletakkan
penekanan yang besar terhadap penglibatan sosial.

Ahli Ikhwan dan pergerakan mereka sepatutnya bekerja sebagai pihak reformasi pada semua
peringkat - peribadi, sosial, politik dan agama. Mereka tidak boleh membentuk komuniti
terpencil orang kudus (suci), tetapi mesti membina diri yang lebih baik, keluarga, dan
masyarakat berdasarkan ajaran Islam. Model ini adalah fleksibel tetapi menolak Ikhwan ke
arah luar tanpa kawalan Ikhwan secara berpusat. Ia memberi inspirasi kepada cawangan dan
ahli-ahli untuk menyertai politik dan bertanding untuk mendapat jawatan, membentuk
persatuan kebajikan, berdakwah, bertindak sebagai model di kawasan kejiranan mereka,
memulakan peningkatan diri, mengambil bahagian dalam kumpulan-kumpulan belajar dan
menyokong elemen-elemen Islam.

Memandangkan julat aktiviti cawangan Ikhwan yang luas dan beberapa aktiviti ini tidak
mengambil tempat di bawah rubrik Ikhwan, ia sukar untuk membezakan di mana pencapaian
formal organisasi Ikhwan. Ahli Ikhwan sering terlibat dalam pelbagai projek, hospital, sekolah,
kelab, dan persatuan, tetapi ia tidak jelas bagaimana rapat pertubuhan-pertubuhan lain yang
berkaitan dengan pergerakan Ikhwan. Ciri ini menjadikan organisasi penuh berahsia tentang
kehadiran pengaruh Ikhwan dan menjadi sumber syak wasangka dan kekeliruan yang
mengelilingi pergerakan itu.
Sebab kedua, penyertaan yang terhad dalam organisasi antarabangsa tidak menjadi masalah
kepada ahli-ahli Ikhwan mengenali antara satu sama lain. Ia mungkin sukar untuk memberitahu
di mana setiap organisasi cawangan Ikhwan bermula dan berakhir, tetapi ia biasanya jelas
kepada orang-orang dalam gerakan yang mengikuti model umum (manhaj Ikhwan) dan yang
tidak mengikut model umum. Tanya seorang pemimpin Ikhwan Mesir yang mewakili
pergerakan Ikhwanul di Kuwait dan akan mendapat jawapan yang jelas (walaupun pergerakan
Kuwait memutuskan hubungan rasmi dengan dua dekad yang lalu).

Di peringkat global, Ikhwanul Muslimin ada Mafia. Maksud mafia disini ialah satu jaringan
kumpulan rahsia yang teratur, bergiat cergas dimana-mana tempat dan mempunyai hubungan
antara satu sama lain. Ia paling hampir menyerupai organisasi Sosialis Antarabangsa: rangka
kerja dalam kumpulan yang longgar, pergerakan ideologi yang sama yang mengenali antara
satu sama lain, bertukar-tukar cerita dan pengalaman dalam mesyuarat sekali-sekala, dan
gembira menganuti ideologi secara rasmi tanpa memberikan banyak keutamaan.

Ikhwanul Muslimin Antarabangsa yang diketuai oleh Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin Mesir,
bukan struktur yang sama dengan Ikhwan Muslimin Global. Pada tahun 2004, akhbar Perancis
Le Monde mengambarkan sejarah Pertubuhan Ikhwan Muslimin juga dikenali sebagai Tanzim Al
Dawli.

Kewujudan Tanzim Al Dawli adalah rahsia yang dijaga daripada anggota Ikhwan. Pada hari ini,
pertama orang tahu bahawa pemimpin tertinggi rangka kerja antarabangsa adalah Mursyidul
Aam Mesir. Lebih penting lagi, ia adalah satu-satunya yang membawa gelaran
Mursyid(penasihat). Pengembangan Ikhwan di luar negara mempunyai sejarah yang panjang:
dari tahun pertama ideologi pergerakan itu telah disebarkan oleh para pelajar asing yang
belajar di Al Azhar atau di Universiti Kaherah telah dipengaruhi oleh idea-idea Hassan Al Banna.
Kembali ke negara mereka, mereka membawa ideologi itu. Selepas tahun 1945 Biro Komunikasi
Ikhwan dengan dunia Islam telah ditubuhkan. Ia seperti `kementerian hal ehwal luar Ikhwan’.

Selepas Nasser membubarkan Ikhwan pada tahun 1954, ramai pemimpin Ikhwan yang
terkemuka dibuang ke luar negeri bertindak menyebarkan pemikiran Ikhwan di tempat mereka
dibuang. Disinilah kita melihat bahawa para senior Ikhwan membentuk jalur-jalur kader
berdasarkan manhaj ikhwan dan pemikiran Imam Hassan al-Banna tetapi mengikut
keperibadian dan pemikiran mentor mereka.

Pada 29 Julai 1982 barulah Tanzim al-Dawli dibawah pengaruh Mustafa Masyhur ditubuhkan.
Selepas dibebaskan dari penjara pada tahun 1973, pemimpin ini Ikhwan bekerja untuk
membina semula pergerakan Ikhwan antarabangsa melalui pelbagai lawatan ke luar negeri
dibantu oleh Mohammed Mehdi Akef yang telah menetap di Hamburg sejak 1981. Ikhwanul
Muslimin Antarabangsa terdiri daripada ahli organisasi dan orang-orang yang bersekutu dengan
pergerakan Ikhwan, seperti Jamaat e Islami di Pakistan atau Refah di Turki. Mustafa Masyhur
mengatur wakil-wakil beliau di luar negara. Contoh Syria, dibawah Hassan Howeidi yang tinggal
di Amman, Jordan.

Organisasi antarabangsa Ikhwan Muslimin adalah sebuah himpunan semua organisasi Ikhwan
negara, tetapi kepimpinan yang lebih tinggi adalah di tangan organisasi Mesir diwakili oleh
Mursyidul Aam Mesir dan Biro Bimbingan. Ada pemimpin lain yang membantu menjalankan
organisasi antarabangsa seperti di Syria, Hasan Huwaydi, yang dianggap Timbalan ketiga
Mursyidul Aam ini, sebagai tambahan kepada Faisal Mawlawi, pemimpin Lubnan Ikhwan, Abd-
Majid-Dhunaybat, Muraqib Ikhwanul Muslimin di Jordan, dan Tunisia, Rashid al-Ghannushi.

Rakyat Mesir yang berpangkalan di London, Ibrahim Munir, menjaga penyelarasan di kalangan
anggota organisasi di Eropah. Para pemimpin organisasi antarabangsa telah mengadakan
pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Ikhwan Mesir di beberapa negara Eropah, kerana ia
adalah mustahil untuk menganjurkan mesyuarat itu di Mesir, di mana kumpulan itu diharamkan
dan sasaran pihak berkuasa keselamatan.

Pada tahun 2009, Ikhwan Muslimin (MB) Mursyidul Aam, Muhammad Mahdi Akif, berkata
bahawa kemungkinan penggantinya akan datang bukan dari Mesir, tetapi itu bergantung
kepada pemilihan dalaman dalam Majlis Syura Ikhwanul Muslimin Antarabangsa. Beliau
berkata dalam satu kenyataan eksklusif kepada Al-Quds al-Arabi bahawa "Majlis Syura
Antarabangsa terdiri daripada 90 orang ahli dari dalam Mesir dan 40 dari luar, dan mereka
itulah juga yang melantik 'Mursyidul Aam Agung." Sama ada masa depan' mursyid agung boleh
jadi orang bukan Mesir, beliau berkata: ". Saudara-saudara di luar negara sentiasa memilih
calon Mesir daripada kesopanan dan kasih sayang Mesir" Berkaitan dengan MB 'biro bimbingan
antarabangsa, beliau berkata: "ia terdiri lapan orang Mesir dan lima bukan orang Mesir; .
sedangkan biro bimbingan Mesir terdiri daripada 17 orang ahli, yang mana semua adalah
orang-orang Mesir "... Berhubung dengan organisasi antarabangsa, Dr Al-Halabawi berkata:"
Pewakilan dalam Majlis Syura adalah untuk negara-negara yang lebih ahli seperti Jordan, Syria,
Teluk, Malaysia, Indonesia dan Eropah, dan calon perlu menjadi orang yang menonjol. "

Pada bulan Mac 2009, kami, kami berbincang perkembangan berikutan kematian Dr Hasan al-
Huwaidi (aka Hassan Howeidi), ketua Pertubuhan Antarabangsa pada masa itu.

Pertemuan rahsia yang diadakan oleh ahli-ahli Pertubuhan Ikhwan Muslimin di Istanbul. Pada
masa itu, portal berita Mesir menyatakan angka 11 pemimpin Ikhwan yang menghadiri
mesyuarat ini:

1. Ibrahim Munir Mustafa, Ketua Setiausaha Pertubuhan Antarabangsa Ikhwan [yang
menetap di London selama bertahun-tahun]
2. Mahmoud Hussein Elibiary, Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Antarabangsa
Ikhwan
3. Ali Mohammed Ahmed Jawish (aka Gawish), Muraqib Ikhwan di Sudan
4. Ibrahim Al-Masry, Muraqib Ikhwan di Lubnan dan ahli Bimbingan Pertubuhan
Antarabangsa Ikhwan
5. Ali Basha Omar Haji, Muraqib Ikhwan di Algeria
6. Mohammed Riyadh Shaqfa, Muraqib Ikhwan di Syria
7. Mohammed Faraj Ahmed, pemimpin Ikhwan di Kurdistan
8. Ziyyad Shafiq Mohaisan Al-Rawi, Muraqib Ikhwan di Yaman
9. Shaykhan Abdul Rahman Mohammed Al-Dabai, pemimpin Ikhwan di Yaman
10. Mohammed Al-Hilali, timbalan ketua kedua Maghribi Parti Keadilan dan Pembangunan
11. Rachid Ghannouchi, ketua Parti Ennahda Tunisia

Perlu diingatkan bahawa Ibrahim Munir menafikan laporan-laporan kepada Al-Masry Al-Youm
tetapi muncul untuk mengesahkan bahawa dia adalah sebahagian daripada Ikhwan Muslimin
Pertubuhan Antarabangsa.

Perkara ini menunjukkan bahawa Ikhwanul Muslimin Antarabangsa sememang wujud.

Islamis Tanpa Organisasi

Islamis Tanpa Organisasi (OTP) atau Islamis yang ‘anarkis’ muncul apabila seseorang Islamis
bergerak berpandukan manhaj Imam Hassan al Banna atau mana-mana pemikiran yang tidak
terikat dengan arahan organisasi dan kepimpinan Ikhwanul Muslimin.

Panduan mereka ialah manhaj bukannya arahan kepimpinan.

Ada sesetengah OTP ini berada dalam sesebuah organisasi SEPILIS atau parti politik pro-SEPILIS.
Mereka mengerakkan dan memimpin organisasi SEPILIS walaupun sebahagian pemikiran dan
pengaulan mereka masih cenderung kepada manhaj dan organisasi Islam.

Kehadiran OTP memburukkan perjuangan Islam mereka bersifat pragmatis dan terlalu politikal.
Mereka mengutamakan kemenangan dan matlamat perjuangan. OTP bebas daripada arahan
pemimpin. Mereka telah bebas daripada arahan jemaah yang pernah mereka sertai. Jujurnya, ia
kurang bagus bagi sesebuah jemaah Islam.

Krisis Kepimpinan Ikhwanul Muslimin

Pada tahun 1964, Sayyid Qutb dan sahabat-sahabat ditangkap. Ikhwanul Muslimin ketika itu
huru-hara kerana kehilangan para pemimpinnya. Sebahagian pemimpin imgirasi ke Barat.
Pembantaian berterusan rejim Mesir menghasilkan anak muda yang kental menentang
Kerajaan Mesir secara radikal dan ganas. Sesetengah ulama mengatakan mereka dalam
pelampau dalam gerakan Islam. Dalam Ikhwan dikenali Qutbiyyah.

Pada bulan April 2007, anggota legislatif terkemuka AS menemui anggota senior Ikhwan di
kediaman Duta Besar AS di Kaherah. Kunjungan ini diinterpretasikan sebagai isyarat bahawa AS
mengakui peranan Ikhwan sebagai kuasa politik berpengaruh di dunia Arab. Namun pertemuan
itu sendiri tidak banyak membuah hasil yang positif. Obama sendiri tampaknya tidak
membenarkan pihak berkuasa menjalinkan hubungan yang lebih erat dengan gerakan ini.

Mursyidul Aam Ikhwan, Mohammad Mahdi Akef telah menyatakan bahawa dirinya tidak akan
menerima lagi dalam pencalonannya yang kedua sebagai Mursyidul Amm pada pemilihan
Januari 2010. Penolakan Mahdi Akef untuk membuka kepemimpinan Ikhwan kepada generasi
yang lebih muda. Sementara itu, Mesir sedang siap-siap melakukan pilihanraya pada musim
gugur 2010 yang tampaknya akan menempatkan Gamal Mubarak sebagai pengganti ayahnya,
Ikhwan sendiri sudah menegaskan penentangannya.

Dalam bulan April, Mohammad Habib, pemimpin utama Ikhwan yang berpotensi menjadi
pengganti Akef menyatakan bahawa Ikhwan tidak akan berhadapan dengan rejim “sendirian”.
Komentar itu dikritik sebagai konsesi kepada Gamal yang hendak mengganti ayahnya. Beberapa
analisis mengatakan bahawa Habib seorang moderat yang ingin jaminan keamanan dan
keselamatan agar kelompok ini diperbolehkan aktif dalam politik. Namun kalangan garis keras
dalam Ikhwan melontar reaksi atas komentar Habib dan menganggapnya sebagai
pengkhianatan. Sementara yang lainnya mendesak Ikhwan kembali kepada misi utama Ikhwan
iaitu indoktrinasi-pentarbiyyahan.

Dalam wawancara dengan Majalla, Akef mengusulkan penggantinya hendaknya orang Mesir
walaupun Perlembagaan Ikhwan sendiri tidak menghalang orang bukan Mesir menjadi
Mursyidul Aam. Pelbagai peristiwa yang mengiringinya menunjukkan betapa sulitnya Mursyidul
Aam melakukan penyelesaian atas konflik yang memecahkan Ikhwan.

Dalam bulan Ogos, pertarungan kepemimpinan terjadi atas Ikhwan Jordan ketika anggota pro
Jordan meminta etnik Palestin pro Hamas membatalkan dwi keanggotaan mereka atas Barisan
Bertindak Islam (cawangan Jordan) dan Hamas di Palestin.

Sayap Ikhwan di Syria yang mengasingkan diri sejak pemberontakan gagal pada tahun 1982
melakukan rekonsiliasi dengan Damsyik. Menurut agen berita Itali, kalangan Islamis dari Jordan
dan Turki sedang melakukan perbincangan yang berakhir dengan pemulihan Ikhwan Syria atau
setidaknya para kader utamanya akan kembali ke Syria dengan komitmen melakukan Islamisme
moderat. Imbalannya, partai Baath yang sangat sekular menangguhkan Undang-undang No 49
yang memperbolehkan hukuman mati dijatuhkan ke atas Ikhwan.
Perkembangan kelompok radikal Islamis menjadi perhatian serius Presiden Bashar al Assad.
Permbaharuan hubungannya dengan Ikhwan akan memberikannya sekutu yang kuat. Ikhwan
akan menjadi faktor mitigasi bagi usaha Washington untuk memaksa Damsyik kembali ke meja
perundingan sebagai sebahagian perjanjian damai dengan Israel. Usaha Bashar memikat
Ikhwan setelah hampir tiga dekad pengasingannya menunjukkan bahawa pentingnya peranan
Ikhwan.

Tanda usaha merapatkan hubungan Washington-Ikhwan dilakukan pada bulan April 2007,
senator senior AS, Steny Hoyer, pemimpin minoriti Demokrat di Kongres menemui anggota
parlimen Ikhwan di kediaman duta besar AS di Kaherah. Pertemuan yang diketahui
Kementerian Luar menunjukkan hubungan tahap tertinggi antara Ikhwan dan pemerintah AS
sejak serangan 9/11.

Hoyer tidak menganggap penting pertemuan tersebut ketika ditanya Newsweek dan
pemerintah Bush sendiri tidak bersedia meresponnya secara lebih baik. Hal ini menunjukkan
sikap sebenar Washington atas gerakan Islam sekalipun moderat. Meskipun Obama telah
menyampaikan pidato kepada dunia Islam dari Kaherah, namun tidak ada tanda pemerintahan
Obama bersedia untuk membuka hubungan dengan Ikhwan dalam waktu dekat. Obama
disibukkan dengan pembangkang domestik atas RUU rawatan kesihatan, ekonomi dalam
negara sendiri masih tidak stabil dan upayanya melakukan anjakan dalam hubungan damai di
Timur Tengah terhalang.

Menurut para pakar di Washington yang tahu benar seluk beluk dunia Arab, langkah AS
mengecewakan kerana tidak mengatakan apapun kepada para kelompok pembangkang di
Parlimen Mesir. “Saya kira adalah kesilapan kita tidak menemui Ikhwan,” tutur Michelle Dune,
seorang pengkaji di Carnegie Endowment for International Peace dan tokoh berpengaruh di
Rumah Putih. “Ikhwan bukan kelompok teroris dan seharusnya tidak ditindas. Mungkin hal yang
sulit dilakukan, namun AS harus mempromosikan dialog dan mempromosikan keterbukaan.”

Prospek perundingan AS-Ikhwan sangat bergantung kepada kepemimpinan Ikhwan akan
datang. Apakah kelompok konservatif menjadi wajah baru bagi gerakan Islam terbesar di
dunia?. Demikian pula AS seperti sebelumnya mengabaikan Akef. AS jelas akan menyesal ketika
mengabaikan para pemimpin moderat di Timur Tengah yang pernah ada mulai dari masa
Nasser hingga Khatami.

Pemikiran Mursyidul Aam Ikhwanul Muslimin

Kebanyakan ulama Universiti al-Azhar menganggap manhaj ikhwan yang asali dan pemikiran
Imam Hassan al-banna dalam Ikhwan sudah berakhir. Manhaj ikhwan pada hari ini bukan
berasal daripada gagasan Hassan al Banna tetapi datang daripada pemikiran Sayyid Qutb.
Selepas era Umar Tilmisani, pengaruh Sayyid Qutb mengakari pemikiran Ikhwanul Muslimin.
Semua pemimpin utama dan Mursyidul Aam selepas Umar Tilmisani dididik, dipengaruhi dan
seteman satu sel penjara dengan Sayyid Qutb.

Manhaj Ikhwanul Muslimin Asali dan pemikiran Imam Hassan al-Banna dapat diikuti dalam
ucapan-ucapan dan penulisan Imam Hassan al-Banna terutamanya tulisan Risalah Ta’alim.

Usaha pembaharuan yang cuba dilakukan oleh Akef telah digagalkan oleh kelompok konservatif
dalam Ikhwan dengan memilih Muhammad Badie sebagai Mursyidul Aam Ikhwan. Badie juga
anak didik Sayyid Qutb.

Pada pandangan penulis, manhaj Ikhwan yang asal berpandukan pemikiran al Banna (sudah
tentu al-banna merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah) dilengkapkan atau disempurnakan
oleh pemikiran Sayyid Qutb. Kedua-dua tokoh ini merujuk al-Quran dan as-Sunnah tanpa
kompromi. Mereka memartabatkan al-Quran dan as-Sunnah dan menolak dengan kritis
pemikiran ciptaan manusia tanpa nas syarak yang bertentangan dengan al-Quran dan as-
Sunnah.

Pengaruh kelompok progresif dan anak muda membuatkan Ikhwan menubuhkan FJP sebagai
sayap politik Ikhwan.

Ikhwanul Muslimin Melayu

Pelbagai jalur pemikiran dalam Ikhwan menghasilkan kecelaruan fikrah. Sesetengah gerakan
Islam mula melaungkan asolah atau keaslian dalam fikrah setelah dilanda tsunami pemikiran
daripada liberalisme, sekularisme dan pluralisme yang membiak dalam gerakan Islam. Tokoh-
tokoh gerakan Islam dan Ikhwan yang cuba mempromosi hubungan baik dan rapat dengan
Barat telah mengkaderkan mantee dan menggagas pemikiran yang merugikan umat Islam.
Sebagai contoh menyokong gagasan Muslim Demokrat yang dicanang oleh Barat.

Di Malaysia, cabang Ikhwan Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu HALUAN
Malaysia, IKRAM dan ISMA. Pada masa ini, kecelaruan fikrah cukup terserlah dalam IRC-JIM-
IKRAM. Antara kecelaruan tersebut ialah

1. Memposisikan pemimpin IRC-JIM-IKRAM dalam organisasi SEPILIS dan musuh Islam.

2. Bersama-sama menyokong dan berjuang dalam gagasan pemikiran yang mengelirukan
sebagaimana gagasan Muslim Demokrat.
3. Celaru dalam memposisikan anggotanya dalam pelbagai organisasi sehingga menghakis
fikrah Islam seseorang pemimpin dan pemimpin mula bersikap pragmatis.

Ikhwan Melayu terutamanya IKRAM hilang kritis terhadap pemikiran SEPILIS setelah
memposisikan pemimpin mereka dalam organisasi atau kelompok SEPILIS.

Dalam politik Malaysia, IRC-JIM-IKRAM pernah memposisikan pemimpin mereka dalam PAS dan
UMNO. Muktakhir, IKRAM memposisikan anggota mereka dalam PKR dan Parti Amanah
Negara. Antara kejayaan utama IKRAM dalam politik Malaysia ialah kehadiran pemimpin atau
ahli mereka sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dari segi fikrah, IKRAM sudah kurang menyebut gagasan pemikiran Imam Hassan al-Banna dan
bagaikan meninggalkan gagasan pemikiran Sayyid Qutb. Para pemimpin IKRAM mula mendekati
pemikiran politik PKS dan tokoh-tokoh pemikir Islam sama ada daripada Ikhwan atau tidak yang
berasal dari Barat. IKRAM boleh menerima pasca-Islamisme dan Muslim Demokrat.

Elemen IKRAM, ABIM dan kelompok progresif dalam PAS telah membentuk Parti Amanah
Negara (PAN). Model PAN adalah AKP Turki, PKS Indonesia dan An- Nahdah Tunisia. Kiblat
pemikiran Islam datang dari An Nahdah. An Nahdah sudah secara rasminya memisahkan diri
mereka daripada gerakan Islam yakni mensekularisasikan an-nahdah.

Dari segi pemikiran, PAN digauli pemikiran oleh konsep Muslim Demokrat, maqasid syariah,
Rahmatan lil Alamin dan Inklusif. Konsep-konsep ini dimainkan oleh kelompok progresif dalam
gerakan Islam di seluruh dunia. Umumnya, dunia mengetahui bahawa antara penggerak utama
kelompok progresif dalam gerakan Islam di dunia ialah Anwar Ibrahim, Abdullah Gul, Rasid
Tayyib Erdogan dan Syeikh Rasid Ghannousshi.

DAP menyokong kuat konsep Muslim Demokrat. Dijangka elemen Muslim Demokrat bakal
menyatukan PAN dan PKR menjadi sebuah parti baru. Jika PAN tidak bergabung dengan PKR,
PAN sendiri bakal mengalami perbalahan dalaman antara kelompok mantan aktivis PAS dengan
kelompok Muslim Demokrat yang dijanakan oleh IKRAM dan kelompok pro-Anwar Ibrahim. Dan
tidak mustahil PAN menjadi parti milik sepenuhnya IKRAM dimana semua elemen IKRAM
dalam NGO-NGO (termasuk pro SEPILIS) dan parti politik (PKR) diarahkan memperkasakan PAN.

PAN menganggap PAS sebagai musuhnya yang utama dan menuduh PAS ingin bergabung
dengan UMNO. Berbaik dengan UMNO, takfiri dan sektarian adalah tiga unsur penting dalam
perang saraf menghancurkan perpaduan dalaman PAS.

Kesimpulan

Ikhwanul Muslimin bukan lagi harapan utama umat Islam. Kecelaruan fikrah para pemimpinnya
yang berada di Barat sukar ditangani oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kebanyakan cabang atau
cawangan Ikhwan di pelbagai negara lebih suka mengikut pemikiran kelompok moderat dalam
Ikhwanul Muslimin.

Di banyak negara, cabang atau cawangan Ikhwan mula berpecah membentuk pelbagai
organisasi baru sama ada masih mengakui sebagai sebahagian daripada Ikhwan dan ada yang
bertindak membebaskan diri daripada imej dan arahan kepimpinan Ikhwan.

Harapan sebenar umat Islam pada hari ini ialah pada ilmu yang merujuk kepada al-Quran dan
as-Sunnah dan para ulama. Ulama yang memimpin ummah atau ulama menjadi penasihat
umara.

Kita juga mengharapkan parti atau jemaah Islam yang memperjuangkan Islam menurut al-
Quran dan as-Sunnah bukannya mengikut kehendak inspirasi Barat. Dalam parti atau jemaah
Islam sendiri ada pemimpin yang membuat onar dan menjadi duri dalam daging. Bersabarlah
dan istiqamah kerana itu adalah cabaran orang yang berjuang. Taati pemimpin dan tundukkan
kebijaksanaan kita kepada kehendak al-Quran dan as-Sunnah.
Anwar Ibrahim dan Muslim Demokrat

Musuh sebenar dan paling besar pada diri kita adalah diri kita sendiri,
Kerna kita menzalimi diri sendiri,
Kita tahu tetapi tidak beramal,
Kita beramal tetapi tidak ikhlas

Kita ikut kehendak aqal dan nafsu
untuk memenuhi agenda diri
menurut jalan matlamat menghalalkan cara-PRAGMATIS.

Ilmu
Bukan mencari kebenaran tetapi mencari pembenaran
Dalam berhujah dan berbahas.

Ingatlah kemenangan dan kejayaan duniawi itu hanya fana
Tidak bermakna tanpa redha Allah.

Dalam penulisan ini, penulis cuba meneroka pemikiran Dato Seri Anwar Ibrahim yang berusaha
merapatkan hubungan Timur (baca: Islam) dengan Barat. Produk pemikiran mutakhir (2016)
yang menjadi dokongan Anwar Ibrahim ialah Muslim Demokrat. Adakah mampu Anwar Ibrahim
dan kelompok reformis merapatkan hubungan Islam dengan Barat yang dilihat pertembungan
hakiki sampai Hari Kiamat?

Hubungan Islam dengan Barat

Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan tiga sikap cendikiawan Timur terhadap Barat. Pertama,
mereka taksub dengan tradisi dan menolak saja sesuatu yang datang dari Barat. Kedua,
kelompok yang terpesona dengan sinar gemilang peradaban Barat menjadikan mereka seperti
si Tanggang derhaka kepada jati diri dan budaya sendiri. Ketiga, kelompok yang cuba mencari
jalan tengah untuk mengadun unsur-unsur terbaik antara Timur dan Barat. Mereka yakin
bahawa bangsa Timur akan muncul kuat kembali dengan menimba ilmu dan pengalaman Barat
ketika yang sama mempertahankan keperibadian bangsa.
Persoalan yang besar antara Timur dan Barat ini ialah Barat datang ke Timur membawa agenda
imperialisme, Kristianisasi, pembaratan, kolonialisasi dan merkantilisme (mengumpul kekayaan,
menambah kekuasaan). Akibatnya, berlakunya pertembungan di antara Timur dengan Barat.
Dalam konteks hubungan Islam dengan Barat, semangat penerusan perang Salib dalam
kalangan penjajah Barat mencetuskan pertembungan yang sukar dimaafkan.

Penulis merumuskan peringkat-peringkat pertembungan Islam dengan Barat ialah:

1. Pertembungan hakiki Islam dengan Kebudayaan Barat (Yunani Kuno-Romawi Purba-Kristian-
Yahudi-Kaum Biadap). Pertembungan ini antara pandangan alam Islam dengan pandangan alam
Barat. Batasan bedanya pertembungan ini ialah antara iman dan kufur.

2. Pertembungan Perang Salib antara Kerajaan Islam dengan Kerajaan Barat.

3. Pertembungan Kerajaan dan Pejuang Islam Tempatan dengan Kolonial dan Imperialis Barat

4. Pertembungan Gerakan Islam dengan Barat dan anak didik Barat.

Secara umumnya, ramai sarjana mengakui bahawa kebangkitan semula Islam semakin
menyerlah dengan kemunculan Ikhwanul Muslimin di Mesir. Kemunculan Ikhwan bersama-
sama pakej bukan sekadar kesedaran Islam tetapi meliputi politik dan undang-undang, jihad
dan ekonomi, pendidikan dan rekreasi. Ia meliputi Islam sebagai addin yang bersifat syumul dan
Islam sebagai Jalan Penyelesaian dalam semua masalah akhirat dan duniawi.

Kebangkitan semula Islam bersekali dengan semangat jihad menentang penjajahan imperialis
Barat sangat menakutkan sehingga berlakunya pertembungan antara Islam dengan Barat.
Imperialis Barat menyerahkan tampuk pemerintahan kepada kelompok pro-Barat dalam
kalangan bangsawan dan nasionalis asuhan mereka. Kebangkitan semula Islam mengancam
pemerintahan anak didik Barat, akhirnya sebahagian pemimpin gerakan Islam diancam dengan
kekerasan sehingga pemimpin Islam melarikan diri ke luar negara dan menjadi pelarian
termasuk di negara Barat sendiri.
Kehidupan di Barat banyak mempengaruhi pemikiran pemimpin gerakan Islam tadi bahawa
pertembungan yang tidak berkesudahan merugikan umat Islam dan Barat sendiri. Antara
kerugian tersebut kemunculan kelompok radikal dan ekstrem dalam gerakan Islam yang
mencetuskan huru-hara di negara umat Islam. Pertembungan yang berterusan dan
memenatkan ini telah menghasilkan kelompok yang cuba merapatkan hubungan antara Islam
dengan Barat.

Dalam konteks gerakan Islam, ia mula dilakukan oleh para senior gerakan Islam terutamanya
para pemimpin Ikhwanul Muslimin yang melarikan diri ke Barat dan menjadi pelarian di sana
merasakan bahawa gerakan Islam perlu mencari pendekatan baru dalam mendepani Barat iaitu
cuba berbaik-baik dan berdialog dengan Barat dalam membina dunia yang lebih baik dan
makmur. Ia dikatakan bermula pada tahun 1980-an dan semakin meluas pada tahun 1990an.

Walau bagaimanapun, pemikiran kelompok ini masih baru dan tidak diterima secara meluas
dalam kalangan gerakan Islam di seluruh dunia. Jumlah mereka juga tidak ramai. Oleh sebab
itu, tumpuan utama kelompok reformis ini pada tahun 1980an dan 1990an ialah kepada bidang
pendidikan dan pengkaderan. Ada sesetengah mereka masih kekal dalam gerakan Islam. Ada
juga yang bergerak secara individu atau tidak terikat dengan gerakan Islam.

Kehadiran kelompok reformis dalam sesebuah gerakan Islam menghasilkan pertembungan
dalaman sehingga mencetuskan konflik. Sebagai contoh, kemuncak konflik antara kelompok
dalam Ikhwan Mesir ialah parti tahun 1996 dimana sebahagian pemimpin kelompok reformis
keluar Ikhwan menubuhkan Parti Wasat.

Lingkungan tahun 1997 hingga awal tahun 2000an (sekitar 2001-2003), kelompok reformis
mula menonjolkan diri sebagai satu tenaga-idea baru dalam gerakan Islam dan membentuk
Gerakan Islam Generasi Kedua yang sedia berpisah dengan Gerakan Islam Generasi Pertama
dengan membentuk NGO atau parti Islam generasi baru. Dalam tahun 2003 sehingga tahun
2016, hampir setiap negara umat Islam mempunyai dua organisasi Islam yang berpisah dan
bertembung sesama mereka yang diwakili Gerakan Islam Generasi Pertama (Gen 1.0) dan
Gerakan Islam Generasi Kedua (Gen 2.0). Bezanya kedua-keduanya lebih kepada pendekatan
menyelesaikan isu.
Pada pandangan penulis, Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah model kepimpinan gerakan Islam
generasi kedua. Anwar Ibrahim merupakan mantan pemimpin belia Islam yang aktif dalam
WAMY yang digerakkan oleh aktivis belia gerakan Islam sedunia terutamanya dari Ikhwanul
Muslimin dan Jamaati Islami serta ditaja oleh Arab Saudi. Pengaulan dalam WAMY (World
Assembly of Muslim Youth) ini melahirkan satu pemikiran baru dalam gerakan Islam agar
mengunakan pendekatan dialog Islam dengan Barat. WAMY mula melahirkan sekelompok
pemimpin muda yang progresif dalam gerakan Islam masing-masing.

Para pimpinan WAMY bermuafakat mewujudkan IIIT (The International Institute for Islamic
Thought), berpengkalan di Herndon Virginia yang ditubuhkan pada tahun 1980 oleh para
pimpinan WAMY seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Dr. Jamal Barzinji, Dr. Abdul Hamid Abu
Sulayman (Setiausaha Pertama WAMY), Dr. Ahmad al-Haj Totonji (pegawai WAMY dikatakan
membantu penubuhan ABIM pada tahun 1970) dan Dr. Ismail R. Faruqi (Intelek yang
menghubungkan antara Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir Mohamad) berasal daripada
kepimpinan WAMY yang berpusat di Arab Saudi. IIIT direstui oleh para pemimpin gerakan Islam
terutamanya Ikhwanul Muslimin Antarabangsa dan Dr. Yusuf al-Qaradhawi sebagaimana yang
diiputuskan mereka di Lugano, Switzerland pada akhir tahun 1970an.

Pada akhir tahun 1970an, ABIM dan Anwar Ibrahim mula menjarakkan diri mereka daripada
pemikiran Sayyid Qutb. Mereka mula mendekati pemikiran Muhammad Natsir (buku fiqhul
dakwah) dan Malek Bennabi. Ia lebih ketara selepas Anwar Ibrahim dibebaskan daripada
tahanan ISA pada tahun 1976. Pada tahun 1976 juga, Anwar Ibrahim mengemukakan formula
perpaduan kaum di Seminar Dakwah Belia Islam Asia Pasifik. Pada tahun 1979, Anwar Ibrahim
mempromosikan pelaksanaan Karamah Insan dalam konteks Malaysia pelbagai kaum dan
agama dalam Muktamar Senawi ABIM ke 8.

IIIT, satu entiti yang bertujuan untuk memberikan asas intelektual kepada gerakan Islam di
Barat. Gagasan ‘Islamisasi Pengetahuan’ (Islamization of Knowledge), satu konsep yang
menuntut semakan semula terhadap semua pengajaran dan teks pandangan dunia Islam (world
view).
Kemuncak eksperimen ialah Anwar Ibrahim secara rasminya menyertai UMNO-BN.

Selepas Anwar Ibrahim menyertai UMNO yang dikatakan melalui pengaruh Dr. Ismail al-Faruqi
dengan Tun Mahathir, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Universiti
Islam Antarabangsa (UIA) ditubuhkan. UIA telah menjadi kubu kuat dimana mantan pimpinan
gerakan Islam seperti Ikhwan dan WAMY dilantik sebagai tenaga pengajar. Anwar Ibrahim dan
Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas telah menubuhkan ISTAC yang dilihat kembar
IIIT dalam usaha Islamisasi.

Dr. Taha Jabir al Alwani (pemimpin IIIT) adalah Presiden Cordoba Universiti Amerika Syarikat
yang giat mempromosi persefahaman diantara Muslim-Christian telah berkerjasama
Washington Theological Consortium. Usaha-usaha ‘Muslim-Christian Understanding’ mendapat
tajaan penuh daripada Carnegie Corporation. Pada tahun 1993, John Esposito (teman rapat Dr.
Ismail al-Faruqi dan Anwar Ibrahim- Pengarah CMCU) dan John Voll (Pensyarah Sejarah di
CMCU) telah membangunkan the Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti
Georgetown Amerika Syarikat.

CMCU dibina melalui dana projek pluralisme agama iaitu Fondation pour L'Entente entre
Chretiens et Musulmans dan the Pluralism Project. Projek Pluralisme Amerika ini berpengkalan
Harvard University mendapat tajaan beberapa yayasan Amerika iaitu The Ford Foundation, The
Henry Luce Foundation, The Lilly Endowment, Inc., The Massachusetts Endowment for the
Humanities, The Milton Fund, The National Endowment for the Humanities, The North Star
Fund, The Pew Charitable Trusts, The Rockefeller Foundation, The Templeton Foundation dan
sebagainya. Pendekatan dialog antara agama digunakan.

Usaha mempromosi persefahaman Islam dengan Barat dalam melahirkan kehidupan lebih baik
dan aman diteruskan lagi dengan penubuhan Center for the Study of Islam and Democracy
(CSID) pada tahun 1999. Pada awal penubuhan CSID, Ahli Lembaga Pengarah CSID terdiri
daripada: Ali A. Mazrui (Pengerusi); John L. Esposito (Naib Pengerusi); Sana Abed-Kotob;
Abdulwahab Alkebsi; Taha Jaber Alalwani (IIIT); Laila Al-Marayati; Jamal Barzanji(IIIT); Charles
Butterworth; Louis Cantori; John Entelis; Muqtedar Khan; Radwan Masmoudi; Ali Memon; Fathi
Osman dan Tamara Sonn.
Manakala Ahli Jawatankuasa eksekutif terdiri daripada Radwan A. Masmoudi (Pengarah
Eksekutif); Ismail Obeidallah (koodinator program); Svend White (Setiausaha); Mahir Haroun
(Bendahari) dan Maher Kharma (Koodinator Keahlian). CSID ditaja oleh yayasan dan organisasi
dari Amerika Syarikat seperti NED (National Endowment for Democracy), yayasan dan NGO
negara Arab Saudi.

Selain mempromosi persefahaman agama, CSID ingin melahirkan kader-kader Muslim
Moderat/ Islam Liberal seluruh dunia. Muslim Demokrat satu produk yang ber-evolusi daripada
pemikiran Muslim Moderat. CSID Tunisia memainkan peranan besar disebalik pengupayaan
parti Nahdah di Tunisia.

IIIT, CMCU dan CSID membuktikan ada kelompok senior Ikhwanul Muslimin terutamanya yang
aktif dalam WAMY ingin merapatkan hubungan Islam dengan Barat melalui pendekatan
berdialog dan bersama-sama membina kehidupan yang lebih baik. Bahkan ada yang terjerumus
ke dalam ‘Islam yang dimahukan oleh Barat’.

Jaringan Persahabatan Anwar Ibrahim

Dalam sejarah politik Malaysia Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang punya paling banyak
jaringan dan pandai membina jaringan dalam mengembangkan pengaruh. Sifat ramah dan
mudah mesra antara kelebihan beliau. Antara jaringan tersebut ialah jaringan ABIM, jaringan
MCKK, jaringan BTN, jaringan media massa, jaringan gerakan Islam dan paling persahabatan
dengan tokoh-tokoh berpengaruh di dunia Barat dan dunia Islam. Terkini, jaringan Muslim
Demokrat yang dipeloporinya bersama-sama tokoh-tokoh ternama seperti Dr. Tariq Ramadhan,
B.J. Habibie, Abdullah Gul dan Syeikh Rashid Ghannousshi.

Fungsi jaringan ini ialah membina pengaruh melalui pengaulan, pertemuan dan bersifat saling
bantu membantu antara satu sama lain. Ia juga mewujudkan impak yang lebih besar kepada
gagasan pemikiran yang diutarakan.
Pada pertengahan tahun 1990an, Anwar Ibrahim juga salah seorang penggerak utama kepada
gagasan masyarakat madani atau masyarakat sivil yang berkembang ke negara-negara umat
Islam melalui jaringan-jaringan persahabatan Anwar Ibrahim.

Anwar Menyertai UMNO

‘Sejarah telah membuktikan betapa hebat dan kuatnya seseorang, jika berseorangan tanpa
sahabat dan jemaah, kita mudah tergelincir dan hanyut dengan pengaruh disekeliling kita yang
mencabar iman kita’

Anwar Ibrahim meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia ( ABIM ) pada 29 Mac 1982 untuk
menyertai UMNO.

Kemasukkan Anwar Ibrahim mencetuskan kekecohan kepada dunia gerakan Islam kerana
beliau adalah tokoh harapan dalam memimpin gerakan Islam berasaskan politik kepartian iaitu
PAS. Ramai pemimpin dan aktivis gerakan Islam terutamanya ABIM dan PAS marah dan
bersedih. Akhirnya, muncul gerakan yang anti kemasukkan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO
yang bertindak tidak aktif dalam ABIM dan kebanyakan mereka menyertai PAS. WAMY telah
menghantar Dr. Taha Jabir untuk menenangkan konflik dalaman gerakan Islam di Malaysia.

Dr. Taha Jabir Elwaniy menceritakan bahawa Dr. Ismail al Faruqi menjadi orang tengah antara
Anwar Ibrahim dengan Dr. Mahathir, Perdana Menteri ketika itu. Ismail mencadangkan agar Dr.
Mahathir memanfaatkan aktivisme dan intelektualisme Anwar Ibrahim yang berpotensi dalam
kepimpinan dan sebagai tokoh berkarisma dalam kalangan anak muda.

Kemasukan Anwar Ibrahim dilihat melanggar dan mengkhinati perjuangan gerakan Islam.
Mengikut perancangan awal, pemimpin-pemimpin ABIM perlu disalurkan ke dalam PAS untuk
memperkuatkan PAS sebagaimana saranan tokoh MASYUMI, Muhammad Natsir dimana
rancangan itu telah berjalan. Pemimpin ABIM seperti Ustaz Fadzil Noor (Timbalan Presiden
ABIM), Ustaz Abdul Hadi Awang (Ketua ABIM Terengganu), Syed Ibrahim, Ustaz Nakhaie Ahmad
dan beberapa pemimpin lain telah diserapkan ke dalam PAS.
Anwar Ibrahim menemui Dr. Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia secara sulit.
Syura ABIM telah menolak hujah-hujah dan alasan Anwar Ibrahim menyertai UMNO.
Malangnya yang berlaku apabila Jawatankuasa Kerja Pusat ABIM atau EXCO ABIM telah
membuat kenyataan akhbar dengan ‘melepaskan’ Anwar Ibrahim bekecimpung dalam politik
kepartian.

Melihat penglibatan dan sokongan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr Ismail Raji’ al-Faruqi, penulis
mempunyai persepsi dan tesis bahawa kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO boleh
dibahagikan kepada dua sebab:

1. Habuan yang dijanjikan oleh Dr. Mahathir Mohammad kepada Anwar Ibrahim ialah penganti
beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia. Lonjakan pantas beliau dalam politik UMNO dan
Malaysia adalah luar biasa. Beliau dapat memintas pemimpin-pemimpin senior UMNO.

2. Anwar Ibrahim disokong oleh para pemimpin gerakan Islam antarabangsa terutamanya para
senior Ikhwanul Muslimin yang berada di Barat (terutamanya dari IIIT) dan Ikhwanul Muslimin
Antarabangsa (terutamanya WAMY).

Dalam kalangan pendokong Anwar Ibrahim-ABIM yang pro-UMNO, kemasukan beliau ke dalam
UMNO sebagai projek Islamisasi UMNO dan projek penyatuan Ummah Islam-Melayu antara
UMNO dengan PAS seandainya Anwar Ibrahim menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri
Malaysia pada masa yang sama Tuan Guru Dato’ Fadzil Noor menjadi Presiden PAS.

Tokoh-Tokoh yang Mempengaruhi Pemikiran Anwar Ibrahim

Setiap tokoh mempunyai jalur pemikiran yang tersendiri berdasarkan latar-belakang kehidupan
mereka, tempat belajar, siapa guru mereka, organisasi yang mereka sertai, pembacaan mereka,
pengaulan, persahabatan, badan pemikir/penasihat, para penasihat dan siapa penulis ucapan
mereka.

Kepandaian Anwar Ibrahim bergaul dan bersahabat dengan para intelektual, tokoh
berpengaruh dan minat membaca banyak membantu beliau menggagaskan pemikiran beliau.
Melalui gerakan Islam, Anwar Ibrahim mengenali ramai tokoh-tokoh Islam seperti Dr. Yusof al-
Qaradhawi, Sheikh Taha Jabir al-Elwani, Muhammad Natsir, Dr. Kurshid Ahmad, Ziauddin Sardar
dan ramai lagi. Anwar Ibrahim bukan setakat mengenali mereka tetapi ‘berguru’ secara tidak
langsung dan melakukan pencapahan pemikiran dengan tokoh-tokoh tersebut.

Antara penulis ucapan beliau yang terkenal dan berpengaruh tahun 1990an ialah
Munawar Anees. Pemikiran Anwar Ibrahim juga mendapat dokongan badan seperti Institut
Kajian Dasar (IKD) yang dibawah pimpinan Dato Kamarudin Jaafar dan Dr. Siddiq Fadzil
kemudian diteruskan oleh Khalid Jaafar. Pada akhir tahun 1990an, pengaruh Khalid Jaafar
dalam mempengaruhi pemikiran Anwar Ibrahim sangat besar. Mutakhir ini, Khalid Jaafar dan
pasukannya merupakan elemen berpengaruh dalam menentukan pemikiran Dato Seri
Mohammed Azmin Ali.

Penulis berpandangan, tokoh yang banyak mempengaruhi pemikiran Anwar Ibrahim
ialah Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, Malik Bennabi (pemikir Ibnu Khaldun
dari Algeria), kumpulan IIIT dan Prof. Dr. John Esposito (Pengarah Center for Muslim-Christian
Understanding, Universiti Georgetown).

Anwar Ibrahim antara murid kepercayaan Prof al-Attas dilantik sebagai tutor mengajar
subjek 'Islam dalam Sejarah dan Kebudayaan Melayu’ di UKM. Buah pemikiran Anwar Ibrahim
diasuh-didik oleh Prof. al-Attas melalui usrah dan perbincangan peribadi. Dalam perjuangan
Anwar Ibrahim dalam ABIM dan gerakan mahasiswa Islam (PMIUM, PKPIM dan PBMUM),
pemikiran Prof. al Attas digabung-jalinkan dengan pemikiran tokoh-tokoh haraki seperti Hassan
al-Banna, Sayyid Qutb, Maulana Abul Ala’ al-Maududdi dan lain-lain. Maknanya, perjuangan
Anwar Ibrahim mempunyai unsur keilmuan dan intelektualisme bukan setakat politik semata-
mata. Prof. Al-Attas merupakan salah seorang dari tokoh tersebut. Beliau memberikan Anwar
Ibrahim bimbingan dan pendedahan dalam pelbagai aspek keilmuan terutamanya sebagai
mahasiswa di UM dan semasa Anwar Ibrahim berkhidmat sebagai tutor di UKM. Bahkan dalam
bidang falsafah pengaruh al-Attas terhadap generasi awal ABIM begitu mendalam. Prof. Al-
Attas bukan sahaja sedia mencurahkan ilmu tetapi sebagai seorang sahabat setia turut
memberikan dorongan serta semangat dalam ketika dan saat genting.
Pemikiran Malik Bennabi merupakan pemikiran yang paling berpengaruh dalam
pemikiran Anwar Ibrahim. Menurut Khalid Jaafar, siapa yang mahu setia dengan perjuangan
Anwar Ibrahim perlu mengunyah pemikiran Malik Bennabi. Dan tulisan-tulisan pemikir itu
keras, sukar dikunyah. Pandangan dan falsafah pemikirannya banyak dipengaruhi oleh Ibn
Khaldun dan Étienne Bonnot de Condillac (1714-1780, ahli falsafah dari Perancis aliran
empirisme dan pro-John Locke). Tema pemikiran Malik Bennabi berkisar kepada teori
peradaban, pemikiran islah dan tajdid dengan formula: Manusia (Insan)+Tanah (Turab)+Waktu
(Waqt)=Peradaban (Hadarah). Persamaan ini memerlukan AGAMA untuk berfungsi.

Prof. Dr. John Esposito adalah anak murid dan sahabat Prof. Dr. Ismail al-Faruqi, tokoh
ternama IIIT. Esposito banyak menulis buku-buku tentang Islam. Esposito merupakan pengerak
dan pemikir utama dalam dialog peradaban antara Islam dengan Barat dan mengusahakan
hubungan lebih rapat antara Islam dengan Barat. Sesetengah pihak menggelarkan beliau
sebagai Abu Thalib, sempena nama bapa saudara Rasulullah SAW yang banyak membantu Islam
walaupun akhirnya mati sebagai bukan Islam. Antara bukunya yang berpengaruh ialah ‘Islam
and Democracy’ yang ditulis pada tahun 1996. Ramai yang mempercayai gagasan Muslim
Moderat yang ber-evolusi kepada gagasan Muslim Demokrat berasal daripada gagasan
pemikiran Esposito.

Pemikiran Anwar Ibrahim.

Suka atau tidak, Anwar Ibrahim antara pemimpin Islam bertaraf dunia. Kita boleh
mengklasifikasikan pemikiran beliau beberapa tahap iaitu: 1. Tahap kampus; 2. Tahap Belia
Islam; 3. Tahap Nasionalis Islam dan Islamisasi; dan 4. Tahap Demokrat Liberal dan Muslim
Demokrat.

Secara keseluruhan, penulis berpandangan pemikiran Anwar Ibrahim boleh dirumuskan kepada
5 teras pemikiran:

Teras pemikiran 1: Pluralisme dan Liberalisme. Golongan-golongan agama tertentu yang
menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa
ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-
agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk
mengelakkan perpecahan tersebut.

Teras pemikiran 2: Hubungan Jalin Pemikiran Timur-Barat. Hubungan ini dijalin dengan dialog
peradaban. Dialog merupakan satu cara untuk kita menukar persepsi kita dan mendapatkan
perspektif yang lebih jelas mengenai isu-isu ini dari pelbagai sudut agar kita dapat mencapai
kefahaman yang lebih baik. Dialog adalah sangat di perlukan di dunia muktakhir ini. Negara-
negara Membangun atau Dunia Ketiga harus berusaha mencapai persefahaman dengan Barat
serta memahami kesilapan kedua-dua belah pihak. Anwar Ibrahim menegaskan, dialog adalah
suatu cara untuk kita memartabatkan agenda mengenai hak asasi manusia, demokrasi,
pembasmian kemiskinan, keadilan sosial dan masyarakat sivil diseluruh dunia. Langkah ini
bukanlah bermaksud untuk membenarkan sebelah pihak sahaja yang menguasai atau
mempengaruhi pihak yang lain. Sebaliknya, kita semua harus menumpukan pemikiran kepada
nilai-nilai asas, manakala nilai-nilai ini juga merupakan nilai-nilai asas dalam Islam yang kita
sanjungi.

Teras pemikiran 3: Humanistik. Menurut Khalid Jaafar, Anwar Ibrahim membaca buku-buku
tentang sejarah, sastera dan sejarah falsafah dan idea bukannya terbatas kepada buku-buku
karangan tokoh-tokoh haraki dan tarbiyyah sahaja. Pembacaan beliau tidak terhadap penulisan
tokoh Islam sahaja tetapi meliputi tokoh-tokoh silam dan moden dari Timur dan Barat. Antara
novel yang menjadi pilihan Anwar Ibrahim hasil karya Umberto Eco, Primo Levi dan Italo
Calvino. Jika Anwar Ibrahim berbicara tentang ekonomi, ia bukan persoalan ekonomi tetapi
menjangkaui persoalan kehidupan manusia dan alam sekitar.

Teras pemikiran 4: Demokrasi. Demokrasi yang tulen di Asia Tenggara akan menjana penilaian
politik kreatif yang diperlukan untuk merangkul kemodenan dan kosmopolitanisme. Kestabilan
politik melalui demokrasi adalah tapak kemunculan masyarakat madani. Seorang demokrat
atau demokrasi perlu mempunyai nilai kebebasan, hak asasi manusia, ekonomi pasaran bebas,
urus tadbir kerajaan yang baik dan ketelusan.

Teras pemikiran 5: Masyarakat Sivil. Anwar Ibrahim pengamal budaya masyarakat sivil daripada
zaman muda lagi. PBMUM, PKPIM, ABIM, WAMY, MBM dan Yayasan ANDA Akademik antara
kegiatan masyarakat sivil yang digerakkan oleh beliau. Beliau cuba membawa konsep
masyarakat sivil bercitrakan Islam yang dikenali sebagai konsep masyarakat madani.
Masyarakat madani adalah sistem sosial yang subur berdasarkan prinsip moral yang menjamin
keseimbangan antara kebebasan individu untuk kestabilan masyarakat.

Beberapa pengamatan penulis terhadap produk pemikiran Dato Seri Anwar Ibrahim
dapat disimpulkan ialah:

1. Faham Co-Existence atau fiqh al-ta`ayush: Dalam pengertian tata aturan hidup berdampingan
yang harmonis dan penuh semangat kesalingan dalam kalangan warga pelbagai agama dan
budaya

2.Karamah insan: Menurut Anwar Ibrahim, ‘mendekati kembali fitrah insaniah dan melihat
manusia sebagai satu keluarga besar yang menembusi tembok dan batasan kaum, kelas dan
agama’

3. Fiqh Pluraliti atau Fiqh al-ta`addudiyyah: Meliputi persoalan hak kebebasan beragama, hak
asasi manusia, prinsip keadilan, nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan seterusnya tata susila
kesantunan hidup berdampingan dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama

4. Gagasan Pendidikan Kerakyatan dan Liberatif: Menurut Dato Dr. Siddiq Fadzil, Anwar Ibrahim
mengadun pemikiran Paolo Freire dari Brazil dengan pemikiran ‘Abd al-Rahman al-Kawakibiy
dari Syria untuk menggagaskan pendidikan pembebasan dan pemberdayaan. Anwar dan para
aktivis ABIM telah menubuhkan Yayasan Anda Akademik sebagai wadah untuk rakyat yang
tersisih menerus pendidikan. Perjuangan kebebasan dan keterbukaan di kampus-kampus.

5. Pendidikan demokrasi: Meningkatkan kefahaman dan amalan sebenar demokrasi supaya ada
integriti proses, ketelusan, membenteras rasuah politik. Faktor ini juga menghasilkan produk
Muslim Demokrat.

6. Ekonomi Manusiawi: Bukan sekadar ekonomi semata-mata tetapi perlu menangani persoalan
kehidupan manusia yang rumit dalam mengangkat martabat manusia.
7. Masyarakat Madani: Menurut Anwar Ibrahim, masyarakat madani ialah sistem sosial yang
subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan
perseorangan dengan kestabilan masyarakat.

8. Manusia Nahdah (mutafannin): Mereka yang menjiwai ilmu-ilmu kemanusiaan, studia
humanitatis.

9. Convivencia Sejagat: Masyarakat manusia pelbagai bangsa yang dibangunkan dengan
semangat dialog peradaban iaitu atas kesedaran dan keinsafan terhadap wujudnya ‘orang lain’.

10. Ketuanan Rakyat: Menurut Anwar Ibrahim, “Ketuanan rakyat yang kita maksudkan adalah
demokrasi yang matang di bawah naungan raja beperlembagaan. Demokrasi yang matang
adalah demokrasi dimana rakyatnya perkasa, jiwanya merdeka, akalnya pintar, tindakannya
dipandu oleh prinsip moral dan idealisme. Demokrasi inilah yang kita perjuangkan. Pohon
demokrasi ini akan kita suburkan dengan pembinaan institusi-institusi masyarakat madani,
media yang bebas serta bertanggjung jawab dan perlaksanaan undang-udang dengan
seadilnya.”

11. Muslim Demokrat: Anwar Ibrahim sebagai seorang demokrat Muslim tanpa ragu dalam
memburu dengan kritis perubahan tulen, tuntutan Islam dan konteks semasa adalah agenda
koheren dengan tujuan dan objektif yang jelas; iaitu pilihanraya bebas dan adil, akses terbuka
dan inklusif bagi partisipasi dan penglibatan semua lapisan masyarakat, penggantian kuasa
secara aman dan tatakelola dengan akauntabiliti. Menurut Dr. Siddiq Fadzil, Muslim Demokrat
adalah suatu gemblengan kekuatan politik, intelektual dan professional untuk memperjuangkan
aspirasi kebebasan, demokrasi dan keadilan.

12. Nahdah Asia: Anwar Ibrahim menyatakan Nahdah Asia berlandaskan agama dan tradisi yang
digilap semula agar sinar kerohanian dan ajaran akhlaknya tampak jelas dan bertenaga.

Asal-Usul Muslim Demokrat

Secara mudahnya, Muslim Moderat adalah golongan yang menolak keganasan dan
teokrasi; mengislahkan masyarakat berdasarkan nilai-nilai Islam keadilan, persamaan, dan
kebertanggungjawaban. Ringkasnya, mereka mahu membentuk sifat demokratik selaras nilai-
nilai Islam. Pergerakan Islam Moderat hari ini telah berkembang di Turki melalui AKP (Parti
Keadilan dan Pembangunan) dan Parti al-Nahdah di Tunisia. Muslim Demokrat adalah evolusi
kepada Muslim Moderat.

'World Forum Demokrat Islam' (WFDI) ditubuhkan pada tahun 2014 atas inisiatif Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi WFDI bersama-sama Yayasan
Keamanan Sasakawa (SPF), Pusat Habibie (THC, Indonesia), Institut Kajian Dasar (IKD, Malaysia)
dan Yayasan Politik, Ekonomi dan Penyelidikan sosial (SETA, Turki) telah secara bersama
melancarkan gerakan untuk menggalakkan "Demokrat Islam". WFMI bertujuan mewujudkan
satu platform bagi pemimpin, intelektual, dan profesional dari akidah Islam, bersama-sama
dengan rakan-rakan mereka dari agama dan kepercayaan lain, untuk menyatakan dengan jelas
pandangan progresif mereka mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan kebebasan,
demokrasi, keadilan, dan pembangunan.

WFDI mentakrifkan Demokrat Islam seperti, antara lain, seorang Muslim yang
menghargai keamanan dan demokrasi, kebebasan dan maruah, toleransi dan inklusif tanpa
mengira perbezaan bangsa, politik, sosial dan budaya.

Penulis berpandangan istilah Muslim Demokrat berasal daripada konsep Muslim
Moderat yang dicanang oleh Rand Corp. dan CSID yang akhirnya dimoderasikan sebagai Muslim
Demokrat. John Esposito dalam bukunya Islam dan Demokrasi mula menyatakan demokrasi
Islam pada tahun 1996. Dalam satu wawancara pada tahun 2004, Khalid Jaafar yang dikatakan
pemikir besar disebalik tabir pemikiran Anwar Ibrahim menyatakan tentang Islam Demokrasi
yang disebut ‘Saya Islam, tetapi saya adalah Islam demokrat’.

Kritikan Terhadap Pemikiran Dato Seri Anwar Ibrahim

Antara isu yang kontroversi berkaitan pemikiran Anwar Ibrahim ialah unsur-unsur
pluralisme agama dan liberal yang terdapat dalam pemikiran beliau. Sebenarnya, Anwar
Ibrahim tidak menafikan dan sedia mengakurinya jika beliau bercanggah dengan al-Quran dan
as Sunnah, jelas beliau, “Para pengkritik saya menuduh saya terlalu liberal dan plural. Tetapi
intipati, hakikat dan rujukan masih Qur’an dan Sunnah. Jika sesuatu itu jelas bercanggah
dengan rujukan pedoman asasi ini, kita akur dan menerimanya”.

Penulis berpandangan intipati, hakikat dan rujukan masih al-Quran dan as-Sunnah yang
dimaksudkan oleh Anwar Ibrahim ialah nilai-nilai sejagat yang ada dalam al-Quran dan as-
Sunnah seperti nilai keadilan, amanah dan lain-lain. Nilai-nilai sejagat ini didefinisikan dengan
pelbagai pandangan manusia sehingga hilang pendefinisiannya daripada kacamata Islam. Nilai-
nilai sejagat ini perlu dinampakkan sebagai Nilai Islam bukannya sebagai Nilai Anwar Ibrahim
apatah lagi nilai yang difahami daripada kacamata Barat. Penghujahan sebagaimana Anwar
Ibrahim menampakkan bahawa darjah keyakinan kita terhadap hujah dan dalil nas al-Quran
dan as-Sunnah adalah rendah.

Adunan pemikiran Anwar Ibrahim yang bercampur-aduk dan rencam menghasilkan satu
pemikiran yang terkeliru. Kehebatan pidato, sikap lelucon, kepelbagaian pandangan intelektual
bertaraf dunia dan kaya dari Timur dan Barat dengan pelbagai istilah-konsep bombastik
menjadikan pidato dan tulisan Anwar Ibrahim menarik perhatian orang ramai. Namun, jika
sesiapa yang pernah membaca dan mendengar retorik Anwar Ibrahim sejak tahun 1970an,
pemikiran Anwar Ibrahim sangat mengelirukan. Oleh sebab itu, kita tidak hairan kenapa Anwar
Ibrahim boleh masuk UMNO, terlibat dengan kelompok SEPILIS dan mengamalkan politik
kebinatangan. Jujurnya, Anwar Ibrahim ditewaskan oleh beberapa perkara: pertama, nafsu
yang menerbitkan sifat pragmatis sehingga melahirkan matlamat menghalalkan cara; kedua,
pengaulan dengan kelompok SEPILIS yang mengucar-kacirkan pemikiran dan pendirian Islami
beliau; ketiga, beliau sendiri terpesona, hanyut dan lena dalam pelukan Barat; dan keempat,
cita-cita besar dalam politik kekuasaan.

Kita lihat sahaja tentang konsep pluraliti yang dihujahkan secara baik akhirnya menjadi
pluralisme agama. Perkara digambarkan melalui ucapan dan penulisan Anwar Ibrahim
sebagaimana ucapan yang terkenal di London School of Economics pada 2010 yang dikatakan
menyama-ratakan agama sebagaimana pluralisme agama ala John Hick.

Dalam pelaksanaan dan tindakan politik, Anwar Ibrahim dilihat bersikap pragmatis
sehingga mengatasi nas-nas syarak. Dalam kes Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
dan kes 16 September, jelas kelihatan sikap pragmatis yang melanggar prinsip keadilan.
Kegopohan menurunkan Khalid Ibrahim dengan peletakan ADUN Kajang untuk menobatkan
Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor melalui Langkah Kajang adalah satu tindakan
yang kurang demokratik dan memperbodohkan rakyat. Begitu juga adegan yang mahu
membawa ahli parlimen Barisan Nasional melompat parti ke dalam parti pembangkang nampak
jelas satu tindakan tidak beretika dan tidak bermoral.

Gagasan Pendidikan Liberatif: Anwar Ibrahim tidak menghapuskan AUKU bahkan
meneruskannya sebagaimana dilakukan oleh Tun Mahathir walaupun ketika Anwar Ibrahim
menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Apa yang Anwar Ibrahim buat ialah memperkuatkan
proksi beliau di kampus melalui PKPIM-ABIM, kalangan pensyarah dan pentadbir universiti
dalam kalangan orang beliau. Di peringkat pilihan raya kampus, berlaku pertembungan gerakan
mahasiswa Islam pro-PAS dengan gerakan mahasiswa Islam pro-Anwar Ibrahim. Pada awal
Anwar ibrahim masuk UMNO, gerakan mahasiswa Islam huru-hara bercakaran sesama sendiri.

Anwar Ibrahim bergantung kepada penasihat yang berjaya mengepung beliau. Pada
zaman ABIM, Anwar Ibrahim dikepung dan dikeliling oleh pemikir pro-Islam kalangan ustaz,
ulama dan sarjana Islam. Sejak Khalid Jaafar bersama Anwar Ibrahim, kepungan kelompok pro-
Islam semakin longgar diambil alih oleh kelompok Liberal. Khalid Jaafar merupakan Setiausaha
Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dari tahun 1988 sehingga 1998 semasa Datuk Seri
Anwar Ibrahim menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan
Perdana Menteri Malaysia sehinggalah Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dari semua
jawatannya di dalam kerajaan dan akhirnya dilantik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar
(IKD) badan pemikir Anwar Ibrahim.

Adakah Hubungan Islam dengan Barat dapat dirapati dan dijalin?

Kita boleh menjalinkan hubungan dengan orang Barat secara hubungan sosial dan
diplomatik serta individu. Dari segi kebersamaan dalam pandangan alam, pemikiran dan
kebudayaan adalah agak mustahil kerana pertembungan ini adalah pertembungan hakiki sejak
azali.
Kita juga sudah tahu bahawa Kebudayaan Barat berdasarkan gabung-jalin Kebudayaan
Yunani Kuno, Romawi Purba, Yahudi, Kristian dan Kaum Biadap-Gasar di Eropah. Gabung-jalin
ini menghasilkan sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat yang dilihat amat sukar mendekatkan Islam
dengan Barat.

Di Barat, mereka bukan mengutamakan kebenaran tetapi mereka mengutamakan
pembenaran dalam berhujah. Islam menyakini kebenaran mutlak bukannya kebenaran relatif.
Hakikat kebenaran ialah keyakinan dalam pegangan atau pendirian yang mempengaruhi
pandangan alam atau pemikiran seseorang yang akhirnya mempengaruhi diri seseorang.

Rumusan daripada sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat ialah:

1. Kebudayaan Barat berdasarkan falsafah dan bukan agama.

2. Falsafah yang menjelmakan sifatnya sebagai humanism, mengikrarkan faham penduaan
(dualisme) yang mutlak dan bukan kesatuan sebagai nilai serta kebenaran hakikat semesta.

3. Kebudayaan Barat berdasarkan pandangan hidup yang Tragic iaitu mereka menerima
pengalaman ‘kesengsaraan hidup’ sebagai suatu kepercayaan yang mutlak yang mempengaruhi
peranan manusia dalam dunia.

Dari segi tauhid, Kebudayaan Barat menganggap Islam sebagai Islam sebagai seterunya
yang mutlak dan kesejahteraannya hanya akan terjamin dengan kemenangannya ke atas Islam
dalam perjuangan yang berterusan dan bermati-matian. Mereka bersetuju dengan umat Islam
jika umat Islam mengikut kehendak mereka [Surah al-Baqarah: 120]. Hakikat sebenarnya,
Kebudayaan Barat adalah musuh Islam. Dalam masa yang sama, ‘musuh’ ini perlu
diperkenalkan Islam dan dilayan dengan baik selagi mereka tidak memerangi Islam dan umat
Islam.

Penjajah Barat datang ke Timur dengan sifat deskruktif bukan konskruktif. Mereka
menakluki dan menjarah Kerajaan-Kerajaan Timur termasuk Kerajaan Islam. Kuman-kuman
penjajahan yang diwarisi daripada Kaum Biadap Eropah dikembang pada zaman Renaissance
dengan gambaran-gambaran perseteruan sengit yang membawa kepada pertumpahan darah.
Pada zaman dahulu, agama Kristian dan Perang Salib menjadi alasan untuk menyerang
dan menakluki wilayah-wilayah Islam. Mutakhir mereka menjadikan alasan ‘atas nama
memerangi keganasan’ dan demokrasi untuk memerangi dan menyerang wilayah Islam. Jika
dikaji lebih lanjut, para diktator, kumpulan radikal (seperti Taliban) dan kumpulan ekstremis
(seperti daesh dan al-Qaeda) dicipta oleh Barat sendiri. Media massa, bantuan senjata, bantuan
kewangan, konkraktor tentera dan pelbagai sokongan diberikan kepada ‘watak’ atau kumpulan
yang diciptakan oleh mereka sendiri untuk mewujudkan suasana tidak stabil sehingga memberi
peluang Barat menyerang negara umat Islam tersebut.

Pendokong Kebudayaan Barat akan bermati-matian menentang Islam. Tidak dinafikan
ada yang cuba menjalinkan hubungan ‘mesra’ dengan Islam tetapi ia bukanlah sifat majoriti
pemimpin, sarjana dan anak didik mereka. Bahkan, pihak yang ‘mesra’ Islam juga
menggagaskan pemikiran yang cuba menghakis tauhidik umat Islam dengan aspirasi dan
agenda yang mengikut kehendak Barat.

Orientalis dan Institusi Pemikiran Menghakis Aqidah Islam

Pandangan alam Islam yang mantap berasal daripada kerangka pemikiran berpasakkan
tauhidik. Individu yang memiliki pandangan alam Islam seperti ini sukar dipengaruhi oleh
Kebudayaan Barat.

Asas-asas kepercayaan kepada Allah ialah

1. Beri’tiqad dengan wajib wujudnya Allah yang tidak berhajat kepada yang mengadakan-Nya
dan Ia bersifat dengan segala kesempurnaan [Surah al-Hasyr: 22-24].

2. Menafikan sifat-sifat yang mustahil bagi Allah sama ada sifatnya musyabihah (menyerupai)
juga sifat kekurangan, Berjisim dan sifat-sifat jisim adalah mustahil bagi Allah [Surah asy Syura:
11. Surah al Mukminun: 91].

3. Tidak melampaui batas dengan menceburkan diri bagi memahami dan mempelajari hakikat
zat dan sifat-sifatNya [Surah al-An’am: 102-103]
4. Mengenali sifat-sifat Allah dan Nama-nama Allah serta memahami kesempurnaan ketuhanan
dan segala tanda-tandaNya [Surah al Baqarah: 164. Surah Ali Imran: 190-191].

5. Menguatkan hubungan dengan Allah sehingga mencapai makrifat yang bersebati dengan
jiwanya sehingga mencapai ketenangan makrifat Allah [Surah Ar Raad: 28].

Sifat-sifat Allah dan Nama-namaNya mempunyai pancaran dalam jiwa orang mukmin
sehingga bersihlah iman dari sebarang keraguan dan kekotoran, sucilah hati, tetaplah rohnya
dengan makrifat Allah dan dia menjadi seorang Mukmin dalam erti-kata yang sebenarnya.
Seluruh hidup dan matinya hanya kerana Allah SWT.

Kemuncak kepada mentauhidkan Allah berkisarkan kepada perkara dibawah:

1. Mengikhlaskan Ubudiyyah hanya kepada Allah SWT.

2. Mengkafirkan semua taghut dan menentang sesiapa sahaja yang menyembah dan memberi
kesetiaan kepada taghut.

3. Memelihara diri dari sebarang bentuk syirik dan menutup lubang yang menuju ke arahnya.

4. Mengajak dan menyeru orang Islam yang jahil dan orang bukan Islam mengenali Allah, solat
dan beramal dengan Islam.

Asas-asas kepercayaan kepada Allah dan hakikat mentauhidkan Allah SWT WAJIB menjadi
kerangka asas pemikiran seseorang muslim. Ia adalah benteng kebal dalam menghadapi
serangan ganas tsunami kekafiran, kemunafikan dan kekeliruan yang dicetuskan oleh kelompok
kafir, munafik, SEPILIS dan orientalis.

Orientalisme ialah ilmu atau fahaman tentang Timur atau ehwal ketimuran termasuk
dalam bahasa, budaya, pemikiran, geografi, sejarah dan lain-lain. Pada awalnya, orientalisme
dipelopori oleh para paderi Kristian untuk dakyah. Kedatangan mereka seiring imperialism
kerajaan Barat. Antara tokoh yang mempopularkan orientalisme ialah Roger Bacon dan
Raymond Lull.
Jikalau kita meninjau pendekatan para orientalis, mereka cuba memajukan dan
menubuhkan institusi pendidikan ala Barat di negara yang dijajah. Jangan hairan jika Universiti
Of American ditubuhkan di Lebanon dan Mesir. Mereka juga menubuhkan yayasan untuk
mendanai pengajian, penyebaran dan kegiatan dalam membumikan orientalisme dalam
kalangan pemimpin dan rakyat sesebuah negara. Contoh, Yayasan Ford menaja Richard
Mitchell untuk mengkaji Ikhwan Muslimin manakala Yayasan Asia menaja Cak Nur.

Masyarakat Timur seringkali memartabatkan Barat dengan cara pandang kekaguman terhadap
Barat. Pertama, masyarakat tempatan memiliki persepsi bahawa Barat mempunyai simbol
kemajuan dan ketamadunan.

Kedua, kelompok terpelajar masyarakat tempatan pula menganggap Barat simbol kehebatan
dan keunggulan metodelogi pengkajian, pendekatan dan pemikiran. Dalam kalangan muslim,
mereka ini disifatkan oleh Cheryl Bernard sebagai muslim modenis dan sekularis. Mereka paling
rapat bersahabat dengan nilai, norma, pemikiran dan jiwa masyarakat Barat moden yang
demokratik. Jadi, kita jangan hairan 25 mantan pegawai tinggi kerajaan dan kelompok
terpelajar mengeluarkan pandangan tentang hudud yang bertentangan (baca; meragui dan
tidak yakin) dengan kehendak Islam.

Ketiga, kelompok yang melihat Barat sebagai penjajah yang perlu ditolak segala yang berasal
dari Barat. Mereka menganggap Islam sudah lengkap. Kelompok ini dianggap sebagai Muslim
fundamentalis. Keempat, kelompok yang melihat Barat secara kritis dan objektif iaitu Barat
adalah peradaban asing yang berbeza daripada Islam. Tidak semua datang dari Barat itu baik
dan tidak semuanya buruk. Barat perlu dikaji dari akar-akar kewujudan pemikiran, budaya dan
ketamadunan mereka.

Antara peranan para orientalis selama ini ialah

1. Melemahkan bahasa Arab fushah untuk diganti dengan bahasa arab amiyyah

2. Menjalan kajian terhadap kumpulan - kumpulan Islam. Mereka menyebar
ketidaksamaan mereka. Ada kajian terhadap kumpulan sesat sebagai contoh Ahmadiah,
Qadiani dan Druze.
3. Cuba merosakkan asas-asas Islam terutamanya hadith dan perselisihan mazhab dengan
menyebarkan perbezaan mereka.

4. Memejamkan mata terhadap fakta kebenaran dan kehebatan tamadun Islam. Mereka
menonjolkan pemerintahan dan tokoh yang tak mengikut ajaran Islam yang sebenarnya.

5. Menggunakan ukuran kebendaan.

6. Mentafsirkan Islam mengikut pandangan alam mereka.

7. Menyemarak kemarahan orang bukan Islam kepada orang Islam.

8. Mengkaji Islam dan mengemukakan alternatif berdasarkan pemikiran mereka.

9. Menggunakan orang Islam untuk mengkritik Islam

10. Mempopolarkan idealism dalam kalangan anak muda melalui pengkaderan mereka

11. Menggerakkan hak asasi dan Islam tanpa syariat dalam kelompok Islam

12. Penggunaan akal dan nafsu melebihi hujah al Quran

Antara pemasalahan para ilmuwan atau pejuang idealism Barat dalam kalangan Muslim ialah
menjadikan pengalaman diri mereka sebagai ‘agama’. Kegagalan mereka beragama secara lurus
menyebabkan kesesatan mereka. Ramai dalam kalangan mereka berpandangan bahawa Islam
dikongkong kerana disalah tafsir oleh para ulama.

Disini ada kesilapan besar, walaupun dilihat seakan-akan ulama mentafsirkan Islam tetapi
ukuran pentafsiran itu adalah al Quran dan hadith. Jika kita ada ilmu yang boleh menjadi syarat
mentafsir Islam, kita boleh mentafsirkan Islam. Sebelum mentafsir Islam, pasti hati kita ikhlas
dan diri mesti dibebas daripada kehendak nafsu serta berakhlak Islami. Jika ketiga-tiga elemen
ini tiada, kita belum mampu membuat ijtihad untuk orang lain. Kalau ada ijtihad untuk diri
sendiri, tidak berakhlak jika menyebarluaskannya.

Pendokong pemikiran Barat dalam kalangan anak tempatan berada dalam institusi kerajaan dan
institusi persendirian tajaan yayasan-yayasan yang berasal daripada Barat. Di Mesir, ada sebuah
institusi diberi nama al Islahud Dini iaitu suatu kumpulan diwujudkan kononnya untuk
menjalankan usaha membaiki (reformasi, renaisance, tranformasi) agama. Antara seruan
mereka ialah Islam yang lebih sederhana, Islam tanpa syariat, pentafsiran semula al Quran,
mempertikai ulama-ulama muktabar seperti Imam al Bukhari, pendapat ulama terdahulu sudah
tidak relevan.

Ada kalangan mereka cuba menaikkan pemikiran ulama atau tokoh Islam seperti Muhammad
Asad, Suhrawardi dan Syeikh Muhammad Abduh.

Ada juga kalangan yang berani mendokong buah pemikiran Barat seperti pasca Islamisme, Islam
Inklusif, Islam Liberal Islam Rasional dan Islam Plural.

Orang Islam dan Non-Muslim perlu berhati-hati dalam menerima pendapat daripada mereka
kerana hujah mereka berdasarkan teori Barat dan hujahan akal bukannya berdalil al Quran dan
al Sunnah.

Paling mengelirukan apabila mereka menggunakan hujah-hujah al Quran dan al Sunnah serta
kerangka pemikiran Islam seperti fiqh Maqasid, Fiqh Keutamaan dan lain-lain. Dalam keadaan
ini, hujah mereka benar tetapi tujuan mereka batil. Kita perlu melihat pengaulan dan pemikiran
mereka sebelum menerima hujah-hujah mereka.

Kesimpulan

Adakah apa yang kita bincangkan di atas Anwar Ibrahim dan para pendokong Muslim Demokrat
tidak tahu?. Sebenarnya, mereka lebih tahu. Orang seperti Anwar Ibrahim, Abdul Rahman
Wahib dan Nucholish Madjid lebih tahu dan pakar tentang perbincangan di atas. Cuma kita
kembali kepada ayat ‘tahu tak beramal, beramal tak ikhlas’. Justeru, kita berlepas diri, serah
pada Allah SWT menilai niat pendokong Muslim Demokrat, kita kembali segala niat dan usaha
pendokong Muslim Demokrat mendapat ganjaran setimpa dengan mereka usahakan.

Kita tahu siapa musuh kita,
Kita tidak mahu berwaspada
Kita tahu perancangan musuh kita,
Kita tidak ambil peduli.

Kita hanya banyak TAHU.
Muslim Demokrat dan Pemikiran Politik Gerakan Islam Generasi Kedua

Muslim Demokrat dan Pemikiran Politik Gerakan Islam Generasi Kedua: Satu Jenama Baru
Fenomena Muslim Demokrat semakin mendapat tempat dalam gerakan Islam seantero dunia.
Fenomena ini berkembang pesat setelah Rasid Tayyib Erdogan dan Abdullah Gul telah
mengemudi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Turki memerintah Turki tanpa menamakan
program pembangunan, perubahan dan pemurnian dengan ‘jenama’ dan slogan Islam. Mereka
telah melakukan reformasi politik sehingga berjaya meletakkan Abdullah Gul dan Erdogan
sebagai Presiden Turki dan mengurangkan pengaruh tentera, birokrat dan hakim yang tegar-
totok sekularisme dalam politik Turki.

Kejayaan AKP telah mempengaruhi ramai pemimpin Islam melaksanakan perubahan dalaman
dalam gerakan Islam. Di Tunisia, pemimpin senior dalam Ikhwanul Muslimin yang disebut calon
penganti Presiden Kesatuan Ulama Muslim Sedunia (Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi), Syeikh
Rasid Ghannousshi cuba mengaplikasikan pendekatan AKP dalam parti An-Nahdah Tunisia.
Akhirnya, Islam tercabut secara rasmi daripada Parti An-Nahdah pada tahun 2016. Di
kebanyakan negara seperti Malaysia dan Jordan, gerakan Islam mengalami perpecahan ekoran
pertembungan kelompok reformis dengan kelompok Quranik-tradisionalis. Lebih teruk,
perpecahan ini menghasilkan parti-parti baru Islam yang tidak menjenamakan diri mereka
sebagai parti Islam atau tidak mengunakan slogan Islam.

Tapak transformasi pemikiran politik Gerakan Islam ialah di Barat terutamanya di London.
Pemimpin gerakan Islam yang menjadi pelarian politik berkumpul di Barat dalam meneruskan
misi perjuangan mereka. Pada tahun 1981, Ikhwanul Muslimin menubuhkan Tanzim Ikhwanul
Muslimin Antarabangsa yang digerakkan oleh Mustafa Masyhur di Jerman. Para pemimpin
Ikhwanul Muslimin yang berada di Barat berpandangan Ikhwan perlu mengunakan pendekatan
damai dengan Barat melalui dialog dan bersama-sama Barat membentuk dunia yang lebih
damai dan baik.
Kemuncaknya ialah penubuhan IIIT pada tahun 1980an yang cuba berperanan mendekatkan
Islam dengan Barat. IIIT mendapat restu Ikhwanul Muslim dimana kepimpinan IIIT dibarisi oleh
para senior Ikhwan. IIIT turut mendapat sokongan Dr Yusuf al-Qaradhawi. Penglibatan tokoh
utama IIIT, Dr. Ismail al-Faruqi dalam isu kemasukan Dato Seri Anwar Ibrahim ke dalam UMNO
dilihat satu eksperimen kelompok aliran baru dalam Ikhwan ini. Anwar Ibrahim juga adalah
model pembina jambatan hubungan antara Islam dengan Barat. Seperti yang kita tahu, Anwar
Ibrahim adalah pemimpin muda berbakat besar yang aktif dalam WAMY, pertubuhan belia
Islam yang menempatkan para pemuda ikhwan.

Pada dekad 1990an, para pemimpin gerakan Islam menganjak kepada pemikiran politik yang
lebih mesra Barat. Mereka melihat satu keperluan, ‘aliran’ pemikiran baru yang menjauhkan
Islam daripada sifat radikal dan ekstrem perlu diwujudkan. Antara pemimpin tersebut ialah
Rasid Ghannousshi, Said Ferjani (Tunisia), Ahmed Yousef (seorang ulama dan pemimpin Hamas
di Semenanjung Gaza), Saadeddine Othmani (seorang ulama Maghribi dan ahli politik), Ali
Sadreddine Bayanouni (pemimpin Syria Ikhwan). Abdul Latif Arabiyat (seorang pemimpin Islam
dari Jordan) dan Abdelilah Benkirane (Maghribi). Pemimpin gerakan Islam ini juga mempunyai
anak didik yang ramai di serata dunia melalui saluran pengkaderan dan pentarbiyyahan
Ikhwanul Muslimin.

Pada pandangan penulis, transformasi pemikiran politik gerakan Islam lebih awal dilakukan oleh
Anwar Ibrahim dan Dr. Hassan Turabi. Di Malaysia, Anwar Ibrahim salah seorang pemimpin
Belia Islam dunia (WAMY) yang rapat dengan Ikhwanul Muslimin dan kelompok reformis
Ikhwan di IIIT telah menyertai parti pemerintah, UMNO. Anwar Ibrahim banyak membina
jambatan antara Islam dengan Barat. Kita boleh melihat pengaulan, persahabatan, pemikiran,
bahan bacaan, penulisan, ucapan, penyertaan dalam organisasi dan program dan dana kepada
pertubuhan yang direstui oleh beliau. Kita akan dapat mengesani usaha Anwar Ibrahim
membina jambatan antara Barat dan Islam seperti melalui IIIT. Penulis berpandangan Anwar
Ibrahim adalah contoh pemimpin paling tepat kepada model Muslim Demokrat yang unggul
(beliau dilantik pengerusi pertubuhan Muslim Demokrat peringkat dunia) dan tokoh utama
pemikiran politik gerakan Islam generasi kedua.

Pada pertengahan tahun 1990, Parti Wasat ditubuhkan di Mesir oleh anak muda Ikhwan
bernama Aboul-Ela Maadi. Ia cuba mendamaikan antara demokrasi dan Islam, mengisytiharkan
sokongan kepada pilihanraya untuk peralihan kuasa, menghargai perbezaan pendapat dan
bersedia melakukan pakatan dengan parti bukan Islam. Pemikiran politik yang asing dalam
kalangan Ikhwanul Muslimin Mesir yang dikuasai oleh pemikiran politik Sayyid Qutb
menyebabkan kelompok muda Maadi menubuhkan parti baru. Ada pendapat parti ini direstui
oleh Mustafa Masyhur.

Parti ini menjadi wadah perubahan atau reformis yang sesuai dengan saranan Carnegie
Endowment for International Peace, "berusaha untuk menafsirkan prinsip-prinsip syariah Islam
dengan cara yang konsisten dengan nilai-nilai sistem demokrasi liberal. Walaupun al-Wasat
pendukung sistem politik yang kuat berpegang dalam hukum Islam, namun mereka juga
memandang prinsip syariah sebagai fleksibel dan kompatibel sepenuhnya dengan prinsip-
prinsip pluralisme dan hak-hak kewarganegaraan yang sama. "

Tanpa rasuah, KKN (Kronisme, Korupsi dan Nepotisme) dan penyelewengan kuasa, UMNO
adalah sama dengan AKP. Tanpa rasuah, KKN dan penyelewengan kuasa, tiada apa yang
membezakan UMNO dan AKP yang dilakukan dalam pemerintahan. UMNO dan AKP meletakkan
Islam sebagai syiar dan pada tahap minima dalam pemerintahan. Tanpa baju Islam, Parti An
Nahdah adalah UMNO di Tunisia. Pemimpin UMNO dan Parti an-Nahdah adalah Islam yang
nasionalis dan sekularis tanpa bezanya.

Sebab itu gerakan Islam mesti bertegas dan berprinsip, pemerintahan Islam bukan setakat syiar
Islam, urus tadbir kerajaan yang baik, mencegah rasuah, membebas negara daripada
penyelewengan, bebas KKN, adil, telus, integriti tetapi meletakkan Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’
Ulama dan Qiyas paling tinggi dalam pemerintahan dan kunci kejayaannya ialah pelaksanaan
perundangan Islam. Gerakan Islam mengunakan demokrasi, penyertaan pilihanraya dan
pendekatan yang menepati perlembagaan negara dalam mencapai matlamat gerakan Islam
yang cukup jelas tujuannya tanpa matlamat tersirat.

Teras Pemikiran Muslim Demokrat
Muslim Demokrat sebagaimana Pasca Islamisme tidak mempunyai definisi dan konsep yang
jelas. Pada pandangan penulis, Muslim Demokrat lahir daripada kandungan SEPILIS. Dato Seri
Mohamed Azmin Ali menyatakan Muslim Demokrat memperjuangkan demokrasi mempunyai
nilai sejagat (seperti keadilan dan kebebasan) diusung bersama nilai tempatan (persoalan
identiti, kebudayaan dan kenegaraan). Persoalan yang timbul, pertama definisi-konsep nilai-
nilai sejagat mengikut Timur, Barat atau Islam?. Kedua, jika nilai-nilai sejagat dan nilai-nilai
bertentangan dengan Islam, adakah definisi al-Quran ditolak?.

Antara sifat asasi Muslim Demokrat ialah sekularisme, demokrasi, modenisme, pragmatisme,
inklusif, pluraliti, liberalisme, toleran, rasional, progresif, nilai hak sivil, reformisme, populisme
dan prinsip maqasid syariah. Di kebanyakan negara, kelompok Muslim Demokrat atau Islamis
Demokrat ini mengunakan slogan Islam Rahmat Untuk Semua atau Islam rahmatan lil’alalmin.

Sekularisme
Pemisahan antara peranan jemaah Islam dengan parti politik mengambarkan sifat sekularisme
yang ada dalam pemikiran pimpinan kelompok Muslim Demokrat.

Menurut Prof. Dr. Wan Mohd Nor Wan Daud, kerangka atau prinsip-prinsip utama worlview
sekular berdasarkan rumusan sarjana Barat dan seperti yang terbukti dari pengalaman
kebudayaan dan tamadun (peradaban) mereka:

Pertama, alam jagat atau sarwajagat atau sejagat iaitu universe adalah satu-satu alam yang ada.
Dalam pandangan mereka, alam jagat ini juga tidak mempunyai kewujudan dan makna rohani.
Tidak ada alam rohani, alam arwah, alam malakut atau jabarut. Tidak ada syurga atau neraka.
Prinsip-prinsip lain dalam pandangan alam mereka, semua terlahir daripada yang pertama ini.

Kedua, dalam pandangan alam sekular, semua nilai dianggap tidak memiliki watak sakral, suci,
dan kekal abadi.

Ketiga, kegiatan dan tujuan politik hanya terbatas kepada kepentingan kehidupan dalam dunia
ini, tiada tujuan akhirat. Malah kegiatan keagamaan dibenarkan dan dikembangkan untuk men-
capai kesejahteraan dan kejayaan duniawi sahaja.

Keempat, alat bagi mencapai kesejahteraan dalam hidup duniawi ini hanyalah akal fikiran
manusia dan saling membantu diantara mereka. Dalam konteks ini, ilmu sains, perekonomian,
perubatan dan teknologi adalah yang paling diperlukan.

Muslim Demokrat adalah produk yang dilahirkan daripada rahim sekularisme. Sewajarnya, ia
ditolak. Menurut Syed Ali Tawfiq al-Attas, sekularisme adalah produk worldview Barat yang
tidak cocok dengan Islam sama sekali. Sebab worldview Barat dan Islam kenyataannya memang
sangat berbeda.

Modenisme
Perkembangan modenisme bermula dengan sejarah penentangan terhadap penguasaan
institusi gereja yang memonopoli dan mentafsir agama Kristian. Institusi gereja menentu
kebenaran yang perlu diikuti oleh penganut agama Kristian. Modenisme adalah satu
kepercayaan bahawa untuk mencapai kemajuan dalam kehidupan, masyarakat perlu
dibebaskan daripada kongkongan tradisi.

Pragmatisme
Pragmatisme politik, mereka hanya melihat kepentingan jangka pendek yang menguntungkan
diri dan kelompoknya. Jika faedahnya sudah berkurangan, mereka akan mencari manfaat yang
lain. Oleh sebab itu, pragmatisme ini hanya menguntungkan sebahagian kecil kelompok elitis
berbanding rakyat dan anggota parti. Kalau kes Parti Islam umpamanya, ia perlu mengorbankan
idealism Islam demi kepentingan kekuasaan. Seseorang yang pragmatis sanggup mengorbankan
pandangan alam Islam mereka untuk mencapai kemenangan dalam politik kekuasaan dan
pilihan raya.

Demokrasi
Muslim Demokrat kononnya cuba memdemokrasikan ekonomi, sosial dam politik. Walaupun
kita mengakui kelebihan dan kebaikan demokrasi, sistem demokrasi bukanlah segala-galanya.
Gerakan Islam hanya mengunakan demokrasi untuk menegakkan Islam (lebih tepat: ruang
menyuarakan Islam). Barat mengunakan demokrasi untuk menjarah negara lain. Lebih teruk
atas nama prinsip demokrasi, muslim didorong untuk mengakui kebenaran agama lain
sebagaimana pandangan Dr Wan Mohd Nor Wan Daud.

Antara ciri-ciri politik dalam demokrasi ialah: pengasingan kuasa; kekuasaan rakyat; perwakilan;
pilihan raya; warganegara adalah sama. Manakala syarat-syarat demokrasi pula ialah:
persamaan; kebebasan (bersuara, berpersatuan); perlembagaan yang demokrasi (cita-cita
rakyat dan kehendak rakyat menjadi perhatian); semakin berpendidikan; masyarakat yang
setara; pengagihan harta benda; dan sikap toleransi.

Dalam ‘politik’ Islam, sistem politik bukanlah keutamaan. Paling penting dan utama ialah
individu yang memimpin atau pemimpin (atau pentadbir). Asal unsur kepimpinan Islam melalui
sistem syura berdasarkan wahyu (kedaulatan Allah) dan kekuasaan rakyat. Sistem syura ini
diupayakan oleh maqasid al-Quran. Perbezaan sistem demokrasi dengan sistem syura ialah
pertama, sistem syura berpandukan Wahyu. Kedua, demokrasi Barat menekankan persoalan
hak-hak manusia atas nama hak. Sedangkan persoalan hak-hak manusia dalam Islam disertai
dengan sifat amanah. Ketiga, demokrasi Barat menekankan tentang kebebasan sedangkan
sistem syura dalam menekan tentang kebebasan disertai dengan sifat tanggungjawab.
Khutbah terakhir di Arafah menjadi contoh dimana hak-hak manusia perlu disertai dengan sifat
amanah dan tanggungjawab bukan sekadar hak-hak manusia sahaja.

Antara Pluraliti dan Pluralisme
Penulis sangat bersetuju kemajmukan atau pluraliti sebagaimana dinyatakan oleh Dato Dr.
Siddiq Fadzil sebagai ‘fiqh al-ta`addudiyyah (fiqh pluraliti) yang meliputi persoalan hak
kebebasan beragama, hak asasi manusia, prinsip keadilan, nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan
seterusnya tata susila kesantunan hidup berdampingan dalam masyarakat pelbagai kaum dan
agama. Kemajmukan masyarakat Malaysia adalah lahan paling subur untuk menumbuhkan
fiqh al-ta`ayush atau fiqh co-existence dalam pengertian tata aturan hidup berdampingan
yang harmonis dan penuh semangat kesalingan dalam kalangan warga pelbagai agama dan
budaya.’

Malaysia yang memiliki masyarakat majmuk semestinya menghadapi cabaran pluraliti. Cabaran
pluraliti tidak cukup dengan retorik-retorik dan istilah bombastik. Pada pandangan penulis, ia
bermula dengan pendidikan dimana penghapusan sekolah vernakular berdasarkan bahasa
ibunda. Sebelum kewujudan sistem pendidikan vernakular, masyarakat bukan Melayu yang
tinggal di Tanah Melayu perlu menguasai Bahasa Melayu dalam interaksi dengan majoriti rakyat
berbangsa Melayu. Tanpa penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat bukan
Melayu, cabaran pluraliti hanyalah sembang kencang.

Cabaran pluraliti seterusnya taat setia kepada Raja-raja Melayu dalam kalangan masyarakat
bukan Melayu semakin merosot. Jika dulu, masyarakat bukan Melayu bersedia berada di bawah
naungan Raja-raja Melayu. Mereka tidak campur tangan dalam politik Melayu. Jika masyarakat
bukan Melayu mula berani mencampuri politik Melayu, suasana politik negara akan menjadi
tidak stabil. Kita semua perlu mengakui bahawa rahsia kemakmuran dan kesejahteraan negara
Malaysia terletak pada kestabilan politik orang Melayu-Bumiputera.
Kita mahu hidup dalam suasana yang harmonis bersama-sama sebagai satu Masyarakat
Malaysia. Terasnya politik Melayu-Bumiputera, satu sistem pendidikan kebangsaan dan Bahasa
Melayu.

Sebahagian daripada Orang Melayu teruja dengan undi bukan Melayu sehingga menyembunyi
kebenaran Islam atas nama pluraliti dalam memperjuangkan Islam. Malah, ada yang lebih
berani berhujah, bercakap dan menulis melampaui batas keimanan dan kekufuran atas nama
pluraliti sehingga menjadi pluralisme agama. Kita boleh melihat dalam kes kalimah Allah dan
kes tiada paksaan menganut Islam.

Pluralisme agama dikatakan pluraliti. Kebenaran agama lain turut diakui. Semua agama adalah
sama kerana semua menuju jalan kebenaran. Pluralisme agama adalah asas perjuangan kepada
Interfaith Council atau Interfaith Commission(IFC) dan COMANGO yang pernah mengemparkan
negara. Menariknya para aktivis yang mendokong pemikiran SEPILIS termasuk pluralisme
agama berkampung dalam PKR dan DAP.

Fiqh al Muwatanah (Fiqh Kewarganegaraan)
Fiqh kewarganegaraan menjadi isu penting dalam gerakan Islam Ikhwanul Muslimin. Tidak
hairan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) melalui Majlis Ulama ISMA (MUIS) dalam Muzakarah
Ulama Fiqh Muwatanah pada 2 April 2016 dan Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
mengemukakan kertas kerja di NUNJI 15 tentangnya.

‘Dalam Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah (NUNJI ‘15), Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad,
Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah membentang satu kertas kerja bertajuk
“Fiqh al-Muwatanah: Satu Perkongsian dalam Membangun Negara”.’
‘Konsep Fiqh al-Muwatanah (Fiqh Kewarganegaraan) iaitu fiqh tentang isu-isu berkaitan warga
sesebuah negara dan hubungannya dengan negara tersebut menurut perspektif Islam dan
syariah.’

‘Menurut Mohd Parid, Fiqh Kewarganegaraan lahir daripada ikatan sosial antara warga
sesebuah negara dan negara tersebut, hubungan kesetiaan, perkongsian dan
pertanggungjawaban antara satu sama lain dalam semua suasana. Berdasarkan Fiqh al-
Muwatanah, setiap orang yang dianggap warganegara dalam sesebuah negara Islam
mempunyai hak yang sama rata, sama ada mereka itu Muslim atau bukan Muslim, dan tidak
ada warganegara kelas kedua atau kelas ketiga. Malahan, kaum Yahudi pada zaman Rasulullah
s.a.w juga dianggap sebagai warganegara dan sebahagian daripada umat oleh Rasulullah s.a.w.’

‘Setiap warga sesebuah negara diberi hak yang sama rata, namun hak yang sama rata juga
datang dengan tanggungjawab yang sama yang mesti dipikul oleh warganegara tersebut, yang
mengambil salah satu prinsip yang menjadi asas fiqh kewarganegaraan iaitu:

“Memberi mereka hak seperti hak bagi umat Islam dan ke atas mereka tanggungjawab seperti
tanggungjawab atas umat Islam.”

‘Dalam konteks Malaysia yang berbilang etnik, agama dan budaya sedang majoriti rakyatnya
orang-orang Islam, maka Fiqh al-Muwatanah (‫ )ال مواط نة ف قه‬menjadi amat penting, yang
menyentuh dan menjawab kedudukan seluruh warganya, Muslim dan bukan Muslim, hak dan
tanggungjawab mereka kepada negara dan sesama mereka.’

‘Menurut Mohd Parid, secara prinsip, semua warganegara adalah sama. Namun, jika terdapat
perbezaan dalam mendapatkan hak, perbezaan itu adalah berdasarkan keperluan individu
kerana faktor fizikal, keupayaan, sosio-ekonomi dan juga geografi. Namun, kelebihan yang
diberikan mestilah tidak mengambil hak warganegara yang lain. Setiap warganegara berhak
mendapatkan hak dalam pendidikan, ekonomi, kesihatan, dan politik yang sama berdasarkan
polisi-polisi kerajaan.’

Dalam konteks Malaysia, Fiqh Kewarganegaraan bukanlah suatu keutamaan untuk
dibincangkan. Sebahagian mereka cuba mere-definisikan konsep kewarganegaraan dalam
pemerintahan yang terikat dengan konsep Islam, Kafir Zimmi dan Kafir Harbi.

Fiqh kewarganegaraan menjadi satu elemen penting dalam mengharungi cabaran pluraliti.
mengutarakan beberapa konsep yang perlu dijadikan dasar dan tasawwur dakwah sama ada di
negara majoriti penduduk Islam dan juga di mana orang Islam adalah minoriti. Konsep ‘al
Ukhuwat al Muwatanah’, ‘al Ukhuwat al Insaniyyah’ dan ‘Dar al Da’wah’ yang dianjurkan oleh
pendakwah kontemporari seperti Yusuf al Qaradhawi, Tariq Ramadhan, Fahmi Huwaidiy, Jasser
Auda, Muhammad Fathi Uthman dan Rasid al-Ghannoushi perlu dijadikan topik perbincangan
dan diberikan ruang yang sewajarnya untuk dijadikan satu pendekatan dakwah yang lebih segar
dan berkesan khususnya dalam mengolah semula konsep ukhuwah dan hubungan dengan
bukan Islam. Sebagaimana ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Dato Seri Mohamed Azmin
Ali, ‘keadilan itu harus dituntaskan bukan sahaja kepada warganegara yang beragama Islam
tetapi turut wajib dipelihara hak-hak warganegara yang bukan Islam’[Sinar Harian, 10
Disember 2016].

Kemunculan Pemikiran Politik Gerakan Islam Generasi Kedua (Gen-2)
Di Malaysia, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan sebahagian
pemimpin Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berbicara tentang konsep Muslim Demokrat.
Gerakan Islam seperti IKRAM Malaysia dan ABIM turut membicarakan tentang konsep ini. Oleh
kerana konsep Muslim Demokrat mengunakan istilah Barat, Jalur Pemikiran Politik Gerakan
Islam Generasi Kedua (Gen 2), pendekatan maqasid syariah dan slogan Islam rahmatan
lil’alalmin lebih dipopularkan.
Dr. Dzulkefly Ahmad mendefinisikan bukan sahaja dari segi gagasan pemikiran dan idea tetapi
bersekali ‘satu penampilan baru entiti politik’ yang mengalami evolusi hasil interaksi dengan
dinamika sosio politik negara masing-masing. Ia dilakarkan dengan anjakan generasi dalam
pemikiran dan pengurusan idea yang melahirkan gerak kerja yang mempunyai kelainan dan
berbeza dengan yang lama. Hakikatnya terbit dari kelainan pengolahan pemikiran dan dasar,
cita-cita dan penghayatan perjuangan mendepani realiti baru.

Ciri-ciri Generasi Kedua Politikal Islam ialah:
1. Negara yang bersifat sivil dan tidak kudus, mengiktiraf kedaulatan rakyat berbanding
hakimiyyah lillah.
2. Negara yang bersifat sivil dimana segala sesuatu akan diundang-undangkan melalui
perbahasan di parlimen. Tiada yang layak mewakili Tuhan atau bercakap atas nama Tuhan.
Tiada amalan teokrasi.
3.Undang-undang boleh yang dibahaskan di perlimen boleh ditolak walaupun bersandarkan nas
dan dalil syarak kerana wujud pelbagai interprestasi dan fahaman tentang kesesuaian,
ketepatan, pelaksanaan dan keberkesanan penyelesaian.
4. Mengiktiraf mesyuarat sebagai kaedah membuat keputusan serta menerima keputusan
pilihanraya dalam mengangkat sebuah kerajaan.
5. Peranan agama dalam konstruk politik lebih jelas suatu yang bersifat sivil dan demokratik
serta berpaksi ijtihad bukan bersandar hak kudus yang dimainkan oleh para ulama sahaja.
6. Memahami dan menerima pluralisme politik dalam amalan sistem multi parti.
7. Mengungkap ayat al-Quran dan hadith atau pandangan ulama dari kitab turath yang sesuai
dengan konteks dan relevan dengan realiti dan keperluan rakyat masa kini.
8. Mampu menerima kritikan walaupun mengunakan sumber perundangan Tuhan dan tidak
mendakwa mewakili ‘kebenaran’.
9. Mengutamakan kepentingan urus tadbir yang baik
10. Pengasingan kuasa
11. Menolak retorik anti-barat dan sedia berdialog serta wacana dengan Barat.
Gen-1 mempunyai cabaran yang perlu ditangani dalam kerajaan dan parti mereka. Antara
cabaran tersebut ialah:
1. Gagal memacu pembangunan dan ekonomi sebagaimana yang diingini oleh pengundi dan
rakyat.
2. Gagal menaikkan kedudukan keseluruhan indeks kesejahteraan hidup rakyat dan umat Islam
3. Gagal menampilkan kebolehan dan ketrampilan untuk memberi program responsif dan polisi
penyelesaian yang berkesan terhadap pelbagai dan seaneka permasalahan dan kemelut rakyat
bersabit perihal ekonomi dan aspek sosio politikal dalam isu-isu bermasyarakat dan bernegara.
4. Gagal bersifat mesra dengan golongan minoriti bukan Islam.
5. Membawa slogan-slogan dan retorik yang berorientasikan anti-Barat secara borong dan
sangat tajam pertentangan terhadap golongan sekular yang dianggap anti agama
6. Sukar untuk merentasi pengaruh dan sokongan pengundi dalam sebuah masyarakat yang
berbilang agama, kaum, etnik, budaya serta menganut pelbagai kefahaman politik, ideologi dan
mempamerkan amalan pluralisme politik dalam sebuah konstruk sistem multi parti
7. Kegagalan menyelesaikan konflik dalaman yang ketidakselesaian.

Gen 2 perlu buat:
1. Berani membuat ijtihad dan keluar daripada kekakuan ungkapan perjuangan atau
kelumpuhan intelek.
2. Memahami tuntutan zaman serta logika semasa keperluan umat dan rakyat di segi
permintaan untuk menyambung kelangsungan bahkan meningkatkan kesejahteraan manusia.
3. Pemikiran politik tahap tinggi yang menekankan proses melakukan diagnosis penyakit,
memahami penyakit dari sudut penyebab-penyebabnya yang bersifat pelbagai dan
hubungkaitnya dalam mencetus gejala dan angkara dalam masyarakat dan negara.
Penyelesaian berdasarkan nas dan dalil syarak atau ijtihad.
4. Memahami konteks realiti politik dan naratif sejarah kemerdekaan negara.
5. Memperkayakan pencernaan dasar-dasar dan polisi daripada Maqasid Syariah
Masalah Melanda Gerakan Islam
Perpecahan yang dialami oleh kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia disebabkan oleh [1]
perubahan pandangan alam, [2] perbezaan pendekatan, [3] perkembangan teknologi maklumat
begitu pantas (maklumat dihujung jari) dan perubahan budaya manusia (contoh setiap orang
boleh bersuara dan didengari melalui viral). Pahala atau dosa, syurga atau neraka, azab kubur
dan azab neraka, kewujudan dan pemerhatian Allah SWT sudah tidak dipedulikan lagi.
Kehidupan bertuhan dan beragama semakin longgar. Gerakan Islam mendapat tempias lebih
hebat apabila budaya berjemaah termasuk wala’ dihakis dengan budaya kebebasan bersuara
tanpa batasan.

1. Keherotan Dalam pembinaan Kerangka Pemikiran dan Pandangan Alam
Muslim Demokrat mengalami kecelaruan identiti kerana terperangkap dengan agenda musuh
Islam yang menyusupi kerangka pemikiran dan pandangan alam mereka. Keghairahan mengejar
kemenangan dalam pilihanraya menyebabkan mereka mengadai perkara yang paling berharga
iaitu kerangka pemikiran dan pandangan alam berdasarkan tauhidk dan quranik. Mereka hilang
ketegasan dalam mempertahankan prinsip demi sesuap undi manusia yang entah ke mana
membawa iman seorang muslim.

Definisi Pandangan hidup atau pandangan alam atau pandangan sarwajagat (worldview) dalam
Islam ialah:

Menurut Maulana Abul Ala’ al-Maududi, Islami Nazariyat (worldview) pandangan hidup yang
dimulai dari konsep keesaan Tuhan (kalimah syahadah) yang berimplikasi pada keseluruhan
kegiatan kehidupan manusia di dunia. Sebab kalimah syahadah adalah pernyataan moral yang
mendorong manusia untuk melaksanakannya dalam kehidupannya secara menyeluruh.

Menurut Sayyid Qutb, al-tasawwur al-Islami (worldview), sebagai akumulasi dari keyakinan
asasi yang terbentuk dalam fikiran dan hati setiap Muslim yang memberi gambaran khusus
tentang wujud dan apa-apa yang terdapat disebalik itu.
Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas, pandangan alam (worldview) adalah pandangan
Islam tentang wujud (ru’yaat al-Islam lil-wujud). Pandangan alam Islam tentang realiti dan
kebenaran yang nampak oleh mata hati kita dan yang menjelaskan hakikat wujud; oleh kerana
itu apa yang dipancarkan oleh Islam adalah wujud yang tuntas.

Secara rumusannya, pandangan alam Islam ialah satu pandangan yang berasal daripada hakikat
keimanan dan tauhidik (iaitu bertunjangkan kalimah syahadah dan kewujudan Allah) yang
mengupayakan pandangan dan tindakan terhadap realiti.

Pandangan alam dibina daripada kerangka pemikiran yang distrukturkan oleh akumulasi
konsep-konsep yang diperolehi daripada pengaktifan aqal sama ada melalui pancaindera:
pembacaan, dengar, bercakap dan melihat, pengalaman hidup dan pengaulan sepanjang
kehidupan mereka termasuklah lintasan idea dan perasaan. Kerangka pemikiran dapat
menentukan tahap kefahaman seseorang individu dalam sesuatu perkara sehingga individu
tersebut membuat sesuatu keputusan.

Bagaimanakah Muslim Demokrat difahami?. Muslim ialah seorang yang beriman dan Islam yang
belum tentu sejauhmanakah istiqamah dalam kehidupan beragama. Ia berlainan dengan
definisi mukmin. Demokrat adalah orang yang mengerakkan demokrasi.

Muslim Demokrat boleh juga dikaitkan dengan Muslim yang mempraktis demokrasi atau
Muslim Pro-Demokrasi. Apakah aliran demokrasi yang mahu dianuti oleh seorang Muslim
Demokrat?. Demokrasi Liberal atau demokrasi sosial?. Atau mungkin Muslim Demokrat
mempunyai identiti khas yang tersendiri.

Gerakan Islam dan Islamis menyertai mengunakan demokrasi untuk menghidupkan dan
menegakkan Islam sebagai satu cara hidup dan satu penyelesaian bukannya demokrat
mengunakan Islam untuk menghidupkan dan menegakkan demokrasi. Gerakan Islam
mengunakan demokrasi atas sifat menerima mudharat kecil daripada menerima mudharat yang
lebih besar.

Pandangan alam seseorang individu boleh berbolak-balik sebagaimana berbolak-baliknya iman.
Kadangkala penulis tidak percaya tokoh-tokoh hebat yang ditarbiyyah boleh menyahkan
pandangan alam Islamnya. Lihat sejarah, bagaimana Qarun tersesat?. Lihat juga kenapa
pemimpin-pemimpin gerakan Islam meninggalkan perjuangan mereka. Ada disebabkan kuasa,
harta, pangkat-jawatan, habuan dunia, perempuan, sifat pragmatis, masalah peribadi, masalah
kepimpinan dan paling malangnya terpengaruh dengan pandangan alam yang keliru, sesat dan
keluar daripada Islam. Tidak hairan graduan agama boleh terjebak dengan ajaran sesat Ayah Pin
dan Syiah.

Pandangan alam Islam dalam ‘politik’(lebih tepat: siasah) mengariskan kualiti kepimpinan Islam,
kewujudan masyarakat dan pemerintahan Islam. Asasnya pandangan alam Islam pada individu
yang memimpin atau pada seorang pemimpin. Pemimpin yang mempunyai pandangan alam
Islam inilah yang membawa penghayatan Islam dalam sesebuah organisasi, masyarakat dan
negara yang diperintahnya. Penulis berpendapat, keherotan pandangan alam Islam dalam
kalangan pemimpin Islam yang ditarbiyyah disebabkan oleh sifat pragmatis mereka yang mahu
undi dan kemenangan dalam pilihanraya.

2. Perbezaan Pendekatan
Asal matlamat semua gerakan Islam adalah sama iaitu menegakkan Islam dalam masyarakat
dan pemerintahan Islam sama ada meletakkan individu mukmin sebagai pemimpin atau
mengubah sistem. Menurut Dr. Dzulkefly Ahmad, ‘Kaedah dan strategi daripada kebanyakan
gerakan Islamis mungkin berbeza dalam rangka waktu dan tempat, tetapi matlamatnya kekal
satu dan selari bagi semua’. Dr. Dzulkefly Ahmad membawa buah pemikiran Dr. Tariq
Ramadhan menyatakan ‘Selaras dengan “perubahan pendekatan” atau “anjakan generasi” –
generational shift’ sebagaimana PAS menganjak daripada Konsep Negara Islam kepada Konsep
Negara Berkebajikan.
Perubahan pendekatan atau anjakan generasi bukanlah mengubah nama konsep Negara Islam
atau mengenepikan perundangan Islam. Pendekatan terbaik yang perlu difikirkan ialah
bagaimana mengatasi kejahilan masyarakat terhadap konsep Negara dan perundangan Islam.
Ia satu usaha yang berterusan. Syed Ali Tawfiq al Attas menyatakan, ‘kita seringkali salah faham
bahwa begitu menyebut syariah yang terbenak dalam kepada kita hukum potong tangan,
warisan, posisi wanita dan sebagainya. Padahal inti tujuan hukum Islam itu universal. Inti dari
syariah dalam Islam adalah penjagaan nilai-nilai universal mengenai keadilan, kebebasan,
kemanusiaan, persamaan hak, perlindungan diri, harta, nyawa dan sebagainya’. Gerakan Islam
perlu jelaskan kebaikan inti syariah kepada rakyat tanpa berselindung atau bermuka-muka.

Penulis memang bersetuju dengan perubahan pendekatan dalam politik kerana politik bersifat
dinamik dan wajar sesuai dengan semangat zaman. Cuma perubahan dalam pendekatan jangan
sampai bersifat pragmatis dan matlamat menghalalkan cara. Dalam peristiwa Langkah Kajang
atau Kajang Move, penulis membaca dua tulisan Dr. Dzulkefly Ahmad bersambungan demi
mempertahankan dan menghalalkan Langkah Kajang dalam Harakah dan Suara Keadilan. Apa
tujuan Langkah Kajang dan apa kesudahan Langkah Kajang?. Bagaimana nasib Setiausaha Agung
PKR, Dato Saifuddin Nasution dalam kes mahkamahnya dan bagaimana pula nasib Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika itu?. Langkah Kajang punca perpecahan Pakatan
Rakyat mengakibatkan dua wakil rakyat PAS berpaling tadah. Suatu yang jarang berlaku dalam
PAS yang dilakukan oleh individu yang bukan ditarbiah oleh PAS.

3. Konsep, Istilah, Laras bahasa dan Slogan yang digula-gula
Dr. Dzulkefly Ahmad menyatakan, ‘tentang keperluan meletakkan Matlamat-Matlamat dan
Tujuan-Tujuan Syariah atau Maqasid al-Syari'ah sebagai dasar dan cita-cita perjuangan yang
sepatutnya mendapat Keutamaan yang mendesak’. PAS mempunyai Majlis Syura Ulama dan
Dewan Ulama (peringkat pusat dan negeri) serta anggota terdiri ramai ulama dan lepasan
agama. Unsur-unsur maqasid syariah dan fiqh keutamaan dalam politik sudah lama dipraktiskan
tanpa menamakan konsep-konsep atau istilah yang bombastik. Lihat ijtihad PAS yang cukup
dinamika dalam keputusan calon wanita dalam pilihanraya dan tahaluf siyasi dimana
mendahului gerakan Islam yang lain.

Antara ciri-ciri jalur pemikiran politik gerakan Islam generasi kedua, Dr. Dzulkefly menyatakan
‘secara sedar meninggalkan doktrin serta penggunaan pengistilahan (mustalahat) atau laras
bahasa (phraseology) Gen-1’. Laras bahasa politik kebanyakannya mainan retorik mengikut
zaman. Permainan istilah atau laras bahasa politik adalah permainan lama PengABIMan UMNO
suatu ketika dahulu. Slogan dan laras bahasa seperti Masyarakat Madani dan Manhaj Malaysia
adalah sembang kencang sahaja. PAS pula terus relevan apabila istiqamah dalam perjuangan
Negara Islam dan perundangan Islam (hudud) manakala gerakan Islam yang bermain-main
dengan pelbagai konsep, istilah dan slogan terus hanyut tanpa pendirian yang kukuh.

Gen-2 dilihat satu proses sekularisasi gerakan Islam. Gerakan Islam yang memperjuangkan syiar
Islam, istilah-istilah Islam, konsep-konsep Islam dan slogan Islam seperti konsep keadilan untuk
semua tanpa mengimplementasi perundangan Islam hanya mengulangi usaha kelompok ABIM
dalam UMNO dan ulama-ulama pro-pemerintah(UMNO). Ia akan meneruskan legasi
pemerintahan BN yang sekular.

Sifat Gen 2 sangat digemari oleh Barat. Inilah kehendak Barat kerana Gen 2 membawa aspirasi
Barat. Islam tanpa syariat. Islam mengikuti kehendak Amerika: Islam Amerika. Kelompok Gen 2
banyak mengunakan dan meminjam konsep, istilah dan slogan daripada Barat. Tidak cukupkah
istilah, konsep dan slogan yang boleh dicerna daripada Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ ulama dan
Qiyas.

Antara konsep, istilah dan slogan yang Islami biasa digunakan oleh kelompok Gen 2 ialah
maqasid syariah dan Islam rahmatan lil’alalmin. Maqasid Syariah digunakan dengan cara yang
salah apabila ia digunakan secara bermudah-mudahan dalam menangguh hukum sehingga DAP
pun pandai bercakap tentang maqasid syariah. Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan
“mereka yang menimbulkan kekeliruan menggunakan Maqasid Syariah dengan tujuan
menyingkirkan hukum Islam”. Umat Islam mesti keutamaan sumber ilmu berdasarkan
kedudukan pertama iaitu Al-Quran diikuti oleh As-Sunnah, ijma’ ulama , qiyas dan lain-lain. Kita
mahu bermaqasid tetapi tidak mahu ber’al-Quran’. Menurut Dato Dr. Siddiq Fadzil, tiada
Maqasid Syariah jika tiada Maqasid Al-Quran. Dahulukan al-Quran.

Di banyak negara seperti Indonesia, dari konsep, istilah dan slogan Islam rahmatan lil’alalmin
digunakan untuk mengukuhkan syiar Islam dan Islam tanpa syariat. Islam rahmatan lil’alalmin
menelurkan Islam yang ramah, Islam untuk semua, keadilan Islam untuk semua, Islam
Nusantara, Fiqh Malaysia, Manhaj Malaysia, Fiqh Nusantara dan Negara Rahmah. Rumusannya,
Islam rahmatan lil’alalmin digunakan untuk membuktikan bahawa penghayatan Islam
berdasarkan pengaruh kawasan dan kebudayaan tempatan. Daripada inilah datangnya laungan
membuang budaya kearaban, menolak jihad dan menangguh perundangan Islam.

Akhir-akhir ini, perjuangan kelompok Islah-reformasi, salafi dan kelompok SEPILIS kelihatan
senada dan bahu-membahu antara satu sama lain. Hampir tiada kritikan sesama mereka dan
mereka keras bersuara jika bahan kritikan itu adalah gerakan Islam.

4. Gagal Mengenali Musuh.
Gerakan Islam gagal mengenali musuh. Gen 2 menganggap ‘musuh’ sebagai rakan kongsi. Anak
didik Rasid Ghannousshi dan pemimpin utama Parti An-Nahdah Tunisia, Said Ferjani
menyatakan Barat adalah rakan kongsi bukannya musuh Islam. Dr. Dzulkefly Ahmad
menekankan agar retorik dan slogan anti-Barat ditiadakan.

Musuh dalam Islam mengunakan pendekatan penentangan secara terbuka; pendekatan
kekerasan; dan pendekatan bersembunyi.

Musuh-musuh Islam ialah
1. Iblis dan syaitan
2. Yahudi-Nasrani
3. Jelas menolak Allah dan Rasul-Nya.
4. Musuh yang menyerang atau menzalimi umat Islam secara kekerasan dan terbuka
5.Musuh yang menentang Islam secara tertutup atau pendekatan inteletualisme serta
Kristianisasi (keagamaan)
6. Orang Islam yang mengkhianati Islam dan umat Islam

Pada hari ini, musuh-musuh Islam telah mengkaderkan watak-watak hero kalangan umat Islam
yang membawa aspirasi musuh Islam. Musuh-musuh Islam juga menyalurkan dana dan bantuan
kepada NGO-NGO Islam untuk memperjuangkan aspirasi musuh sekaligus membawa agenda
tersirat pihak musuh. Musuh-musuh Islam mengunakan media massa dan media sosial serta
gajet dalam penyaluran maklumat dan hiburan yang mengubah cara berfikir dan budaya anak
muda Islam.

Sesetengah ulama, sarjana dan pemimpin umat Islam terpengaruh dan terperangkap dengan
aspirasi musuh Islam atas nama rakyat, demokrasi, pembaharuan, keadilan, toleransi, hak sivil,
perubahan, persamaan, reformis, progresif, islah dan inklusif. Mereka mula mencampur-aduk
pemikiran Islam dan pemikiran barat. Mereka memilih secara selektif hujah-hujah Islam yang
memenuhi kehendak mereka dalam menghalalkan tindakan mereka.

Kita boleh mengesani diri mereka melalui sifat dibawah:
1. Menerima sebahagian hujah-hujah daripada al-Quran dan as-Sunnah yang menepati
kehendak mereka dan menolak sebahagian yang lain.
2. Mereka mencampur-aduk pemikiran dan hujah-hujah al-Quran dan hujah-hujah Barat.
3. Mereka terlalu politikal dan berprinsip matlamat menghalalkan cara
4. Pengaulan yang baik dengan musuh Islam dan kelompok SEPILIS.
5. Mereka mengunakan pandangan minoriti dalam beragama.
6. Mereka cuba memisahkan antara politik dengan Islam.
7. Cuba menolak konsep negara Islam dan perundangan Islam.
Umat Islam mesti tidak berkompromi dengan para pemimpin dan ulama pro SEPILIS. Mereka
mudah mengkhayali pemikiran kita dengan hujah-hujah dan retorik mereka dan menghakis
tauhidik dalam kerangka pemikiran kita.

Kesimpulan

Dr. Dzulkefly Ahmad dalam artikel Harakah edisi 16-31 Ogos 2002 menyatakan kemuncak
kebahagiaan dan penyerlahan keimanan seseorang Muslim-Mukmin yang mengerti
kedudukannya selaku Khalifatullah. Bertanggungjawab melaksanakan perintah Allah SWT dalam
memelihara agama dan mengatur dunia dengan agama.

Gerakan Islam mestilah mempunyai kefahaman Islam yang syamil-mutakamil (sempurna
lengkap). Dalam konteks PAS, perjuangan mewujudkan masyarakat Islam dan perundangan
Islam termaktub dalam Perlembagaan PAS dari awal penubuhan PAS lagi.

Muslim Demokrat adalah istilah-konsep yang mahu memenuhi agenda atau kehendak Barat.
Kewujudan Gerakan Islam Generasi Kedua (Gen 2.0) hanyalah komestik kepada Muslim
Demokrat. Konsep yang penuh keraguan ini mesti ditolak.

Kewujudan pemimpin Islam yang terlebih bijak dan genius mengunakan akal dan data boleh
dibangga dan diikuti selagi mereka tidak melanggari akhlak berjemaah. Dalam berorganisasi,
akhlak berjemaah dan ketaatan kepada kepimpinan rukun kepatuhan terpenting selepas
kepatuhan kepada al-Quran, as-Sunnah, ijma’ ulama dan qiyas.

Petua dalam organisasi Islam, dalam organisasi Islam, kita akan ketemui malaikat dan syaitan
didalamnya. Hanya kelompok yang istiqamah, berjiwa besar dan sabar mampu bertahan dalam
organisasi Islam. Bertahan dalam organisasi Islam disebabkan dasarnya [Al-Quran; As-Sunnah;
Ijma’ Ulama; Qiyas] bukannya pemimpinnya. Sertailah organisasi Islam yang mempunyai dasar
Islam yang syumul; dianggotai oleh ramai ulama dan orang miskin; istiqamah mewujudkan
negara Islam dan menegakkan perundangan Islam; kaedah damai.
Kebudayaan Barat

Pemikiran dan pendekatan Barat datang daripada Kebudayaan Barat. Apa jua pemikiran yang
pelbagai nama mempunyai sifat asasi yang sama dengan pemikiran-pemikiran Barat yang lain
walaupun kelihatan berlawanan antara satu lain.

Muslim Demokrat sebagaimana Masyarakat Madani(Sivil) atau Pasca Islamisme suatu ketika
dahulu hanya sebuah faham yang dijana sesuai dengan semangat zaman ini. Pemikiran Muslim
Demokrat bertunjang akar Kebudayaan Barat yang disaluti dengan unsur-unsur yang kelihatan
Islamik. Ia satu percubaan mengelabui penglihatan ‘tauhidik’ umat Islam agar terpengaruh
dengan kefahaman ini.

Menurut Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas, istilah ‘Barat’ bukan hanya merujuk
kepada tempat atau bangsa tetapi merujuk kepada suatu pandangan alam. Pandangan alam
ialah apa yang ditanggap dalam renungan akal fikri mengenai alam semesta. Kebudayaan Barat
diadun daripada tradisi Kebudayaan Kristian-Yahudi, tradisi Kebudayaan Yunani Kuno-Romawi
Purba dan diserapi oleh kebudayaan Kaum Biadap Eropah seperti Gaul, Teuton dan lain-lain.

Asasl Usul Kebudayaan Barat

Asas Kebudayaan Barat: Yunani Kuno-Romawi Purba dan Yahudi-Kristian

Pelbagai pandangan para sarjana tentang asal-usul Kebudayaan Barat. Sesetengah sarjana
menyatakan asal-usul kebudayaan Barat terletak kepada tahap ilmu. Tahap keilmuan inilah
yang menerbitkan pelbagai aktiviti sosial, perekonomian, budaya dan politik.

Pada asalnya, Kebudayaan Barat berteraskan Agama Kristian dan Yahudi tetapi
penyelewengan pihak gereja menyebabkan masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian dan
Yahudi. Raja-raja dan intelektual mereka mula menentang penguasaan pihak gereja sehingga
agama Kristian dipenjara di dalam gereja sebagai urusan keagamaan sahaja.
Penggerak Kebudayaan Barat terbahagi kepada kumpulan iaitu pemerintah-raja,
kelompok intelektual-sarjana, ahli falsafah dan saintis, kumpulan pedagang–kapitalis,
perkembangan teknologi dan tentera mereka. Masyarakat Eropah memungkiri agama Kristian
dan memilih Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi sebagai teras Kebudayaan
Barat.

Perkembangan paling penting dalam Kebudayaan Yunani Kuno adalah keintelektualan-
falsafah, kesenian dan kesusasteraan. Tiga elemen ini menjadi asas Kebudayaan Barat. Pelbagai
falsafah digagaskan pada zaman Yunani kuno seperti aliran Ionia, Platonisme, Stoikisme dan
Aristotlelianisme. Dunia diterangkan berdasarkan material-kebendaan, sebab musabab dan
hukum hakam.

Contohnya, aliran pemikiran Platonisme bersumberkan kepada tiga teras iaitu (1) sebab
utama, (2) akal dan (3) Ruhul Kudus [Roh Umum atau Roh Dunia). Platonisme dianggap sebagai
cara hidup ketika itu dengan nada keagamaan dan tafakur.

Faham humanisme menjalar dalam pemikiran dan kehidupan Bangsa Yunani. Mereka
melakukan pemujaan terhadap akal, kehebatan-kejayaan dan bentuk badan manusia. Upacara
‘agama’ mereka melalui pertandingan, perlawanan dan tari menari yang berasaskan mistik.
Contoh, ‘Sukan Olimpik’, pertandingan sukan tanpa baju.

Sumbangan Kebudayaan Romawi lebih kepada disiplin, organisasi dan kepahlawanan.
Mereka sangat memuja kepahlawanan. Terdapat Sukan Romawi yang melambangkan ciri-ciri
iaitu (1) memuaskan hawa nafsu indera, (2) merendah martabat keperibadian individu, (3)
mengalak rakyat menyukai keganasan. Di Rom, terdapat juga penyair terkenal umpamanya
Virgil dan Horace.

Pada akhir Abad Pertengahan, pengaruh agama Kristian mulai merosot dalam
Kebudayaan Barat. Kemunculan Zaman Renaisans menjadi permulaan bahawa Kebudayaan
Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi mula mendapat tempat dalam Kebudayaan Barat. Sejak
tahun 1397, Manuel Chysoloras, John Bessarion dan Jonus Lascaris dari Constantinople (Rom
Timur), pakar dalam Kebudayaan Yunani datang ke Florence untuk mengajar. Sekitar tahun
1438 hingga 1439, Council of Florence telah membawa ramai ilmuwan Yunani untuk mengkaji
kajian klasik Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi. Mereka yang mengkaji
Kebudayaan Yunani Kuno dan Romawi dikenali sebagai humanis.

Kejatuhan Constantinople pada tahun 1453 di tangan Daulah Uthamaniyyah telah
membawa masuk lebih ramai pelarian daripada Rom Timur (Byzantium) ke Itali. Mereka
mengajar, meniru dan menyalin serta menerjemahkan buku-buku hasil daripada Kebudayaan
Yunani Kuno. Kelompok humanis inilah banyak berjasa membentuk semula Kebudayaan Barat
berdasarkan Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi.

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Renains

Renaisans adalah gerakan intelektual yang berkembang di Selatan Eropah pada abad ke 14
hingga Abad ke 16. Secara mudahnya, renaisans bermaksud kelahiran semula. Kelahiran semula
Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi yang menjadi teras kepada Kebudayaan
Barat.

Ciri-ciri Renaisans ialah pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan
Romawi, humanisme, individualisme, sekularisme dan sifat kritikal.

Pengkajian semula Kebudayaan Yunani Kuno dan Kebudayaan Romawi Purba
menunjukkan mereka kembali kepada tradisi. Mereka yang membuat kajian ini dinamakan
golongan humanis.

Golongan humanis adalah ahli akademik yang mengkaji manusia, idea-idea agung dan
kesenian klasik/kuno. Mereka mementingkan hal ehwal orang ramai dan kebahagiaan di dunia.
Humanisme menekankan peranan akal, budi pekerti, keintelektualan dan kehendak manusia
dalam menyelesaikan segala masalah di dunia ini.

Individualisme iaitu usaha-usaha individu dalam melakukan sesuatu untuk membaiki
taraf hidup diri serta masyarakatnya tanpa disekat atau diikat oleh sesiapa.

Sekularisme mengasingkan atau memisahkan usaha dan urusan duniawi dengan ajaran
agama dan kawalan gereja. Masyarakat tidak lagi mementingkan keagamaan dalam bidang
duniawi tetapi mereka menggunakan pendekatan sainstifik, logik dan akal-budi mereka dalam
menentukan sesuatu.

Sifat kritikal ialah membandingkan satu sumber dengan sumber yang lain dengan
mengkritik sumber-sumber tersebut termasuk sumber-sumber ilmu agama Kristian.

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Reformasi

Gerakan Reformasi dipimpin oleh Martin Luther bertujuan untuk membersihkan gereja Katolik
daripada kepincangan dan membebaskan diri daripada kongkongan Pope dan gereja katolik di
Rom.

Martin Luther mempersoalkan doktrin agama yang tidak ada dalam Bible seperti
penyembahan patung Mary dan Saint yang dianggap menyeleweng daripada agama. Beliau juga
mempersoalkan konsep paderi sebagai orang perantaraan Tuhan dengan manusia. Beliau juga
berjuang agar Bible diterjemahkan kepada bahasa tempatan.

Penjualan surat pengampunan dianggap perbuatan menjual agama dan paderi dilihat
seumpama Tuhan kerana boleh mengampuni kesalahan pesalah.

Menjelang tahun 1600, agama Kristian terbahagi kepada tiga iaitu Katolik, Protestan
(termasuk Anglican, Lutheran dan sebagainya) dan Ortodoks.

Peperangan antara penganut agama Kristian hampir 1 Abad lamanya sekitar abad ke 16
dan ke 17 Masihi. Antara nama peperangan itu ialah The Wars of Religion (1546-1648), The
Thirty Year’s War (1618-1648) dan Sectarian Wars. Dalam kes The Thirty Year’s War, Maharaja
Ferdinand II memburu pengikut Calvinisme dan Lutheranisme.

Di Sepanyol, Mahkamah Penyiasatan wujud selama 375 tahun (1478-1834) ini bertujuan
membanteras orang Islam dan Yahudi digunakan untuk membanteras orang Protestan.
Penyiasat Sepanyol, Torquemada telah membakar 2000 orang hidup-hidup.
Zaman Reformasi kepada kekejaman gereja dan gerakan penentangan terhadap
teokrasi. Malangnya yang berlaku apabila sesetengah orang Islam menyandarkan kekecohan
zaman Reformasi dengan perubahan ajaran Islam, institusi dan gerakan Islam.

Walaupun politik terkandung dalam Islam, Islam bukanlah teokrasi atau pemerintahan
agama. Islam bergerak sebagai penasihat kepada diri; ahli keluarga; sahabat; kejiranan;
masyarakat; negara dan empayar. Nasihat atas agama Islam bukannya mengikuti ideologi
ciptaan manusia atau akal fikiran sendiri kerana ia bersumber dari al-Quran dan as-Sunnah.

Asas Kebudayaan Barat: Zaman Pencerahan

Pencerahan (enlightenment) adalah satu gerakan intelektual yang berlaku sekitar tahun 1650
hingga 1800. Zaman ini melahirkan pemikiran liberal dan moden. Perintis gerakan intelektual
ialah kalangan ahli falsafah. Lebih tepat lagi mereka adalah rasionalis atau kelompok rasional.
Mereka mempunyai jiwa renaisans iaitu sifat kritikal terhadap sumber. Walaupun pendapat
mereka bercanggah tetapi mereka mempunyai asas pemikiran yang sama

Asas pemikiran mereka ialah membebaskan pemikiran manusia daripada mitos, fantasi
dan kepercayaan bahawa kebenaran boleh didapati secara mistisisme. Mereka menolak
penerangan teologi dan cuba menghapuskan pemikiran kolot dan lama. Mereka cenderung
mengasingkan agama daripada ilmu pengetahuan dan menekankan pencapaian dunia melalui
ilmu pengetahuan bukannya agama. Mereka menolak pentafsiran alam semesta berdasarkan
kitab suci.

Walaupun kelompok rasional ini tidak menolak semua tentang agama tetapi mereka
cenderung menolak kemutlakan agama dan supernaturalisme yang terkandung dalam agama
kerana ia merupakan penghalang kepada toleransi, kebebasan dan penemuan ilmiah.

Kelompok rasionalis berpegang kepada keyakinan kepada tingkat rasional daripada alam
dan pada hukum-hukum ilmiah. Mereka merasakan diri mereka berkuasa penuh dalam memilih
dan menentukan sesuatu perkara. Mereka mengupas persoalan ghaib atau ketuhanan
berdasarkan akal mereka bukannya merujuk kepada kitab suci.
Kelompok rasionalis juga sangat yakin dengan diri mereka sendiri dan optimistik.
Mereka merasakan kemampuan akal mereka dapat mengatasi semua permasalahan termasuk
perkara ghaib.

Kebenaran Islam Adalah Mutlak

Nabi Muhammad SAW adalah nabi dan rasul terakhir yang menjadi penutup sekalian nabi telah
diberi WAHYU oleh Allah sebagaimana para nabi yang lain (Surah an-Nisa’: 163). Tugas utama
seorang rasul ialah pembawa berita gembira dan pemberi ingatan agar tiada alasan untuk
manusia membantah kepada Allah (Surah an-Nisa’: 165) dengan mengatakan risalah Islam
belum sampai kepada mereka. Nabi Muhammad membawa kebenaran dari Allah (al-Quran),
dan Allah menyuruh kita semua beriman kepadanya (Surah an-Nisa’: 170). Allah menjadi saksi
atas al-Quran yang diturunkan-Nya kepada Nabi Muhammad (surah an-Nisa’: 166). Kesaksian
ini jelas membuktikan keabsahan Nabi Muhammad sebagai Rasul dan al-Quran sebagai sumber
kebenaran mutlak umat Islam dan manusia.

Kebenaran mutlak Islam terletak kepada al-Quran. Al-Quran ditanzilkan oleh Allah SWT
kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibril. Tanzil bukan ilham, ‘ru’yat’ atau kasyaf.

Tanzil adalah Kata Tuhan yang Maha Esa mengenai hakikat Diri-Nya; mengenai
makhluk-Nya; mengenai penisbahan makhlukNya dengan DiriNya; mengenai Jalan
Benar bagi insan menyelamat diri mereka; memberi khabar gembira dan
peringatan; syurga atau neraka; membawa titah dan larangan yang diberitahu
kepada Nabi atau Rasul-Nya. Kata Tuhan yang Maha Esa bukanlah berjenis suara
atau huruf.[al-Attas]

Al-Quran menjadi sumber rujukan utama seorang muslim dalam semua aspek kehidupan. Al-
Quran menerangkan setiap suatu perkara (Surah al-Nahl: 89), petunjuk jalan yang benar (Surah
al-Isra’: 9) dan bertindak sebagai hakim dalam menyelesaikan permasalahan manusia (Surah
an-Nisa’:59 dan Surah al An’naam: 114). Al-Quran bertindak membebaskan dan membersihkan
aqidah daripada dinodai oleh noda-noda syirik dan memberi didikan kepada manusia agar
menjadikan keEsaan Allah sebagai pusat dan tujuan hidup manusia.
Agama tanzil yang benar-benar asli ialah ISLAM dan umat yang menganutinya dipuji-puji oleh
Allah(Surah Ali ‘Imran: 110 dan 104). Islam adalah agama yang diredhai oleh Allah SWT (Surah
al-Maidah: 3). Islam maksudnya penyerahan diri kepada Allah SWT (Surah Luqman: 22). Satu
ketundukan DIRI (zahir-batin dan aqal-nafsu) dengan penuh kesedaran kepada Allah SWT.

Islam adalah sistem hidup yang syumul mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Menyerah
diri bermakna kita menyerahkan kehidupan kita kepada Allah SWT melalui taat akan
perintahNya dan larangan-Nya (Surah Ali Imran: 83 dan 85). IDEOLOGI cuba mengantikan Islam
dalam kehidupan seseorang muslim boleh membawa kepada perkara SYIRIK. Ideologi bukan
sekadar pemikiran, ia adalah satu GAYA HIDUP manusia. Jauhi IDEOLOGI, kembali kepada
ISLAM sebagai satu pandangan alam seorang mukmin.

Kebanjiran ilmu dan maklumat serta pandangan sarjana Islam atau Barat mesti ditapis dengan
al-Quran dan as-Sunnah. Pandangan yang berlawanan dengan al-Quran dan as-Sunnah WAJIB
ditolak. Perkara yang membawa FITNAH dan kerugian kepada umat Islam MESTI ditolak.
Pencampuran antara pemikiran Quranik (pandangan al-Quran dan as-Sunnah) dengan
pemikiran Barat dalam kalangan sarjana dan pemimpin Islam WAJIB ditolak. Jangan sampai
pemikiran manusia diagung dan dimartabat sehingga melangkaui pandangan al-Quran dan As-
Sunnah.

Pertembungan Hakiki Antara Islam dengan Kebudayaan Barat.

Islam mengiktiraf kewujudan dan perbezaan antara kaum dan agama (pluraliti) terakam dalam
surah surah al-Hajj: 40, Surah al Kafirun: 1-6, Surah al Baqarah: 62 dan Surah al-Hujurat 13
tetapi Islam tidak mengiktiraf kebenaran agama-agama lain.

Kita boleh menjalinkan hubungan dengan orang Barat secara hubungan sosial dan
diplomatik serta individu. Dari segi kebersamaan dalam pandangan alam, pemikiran dan
kebudayaan adalah agak mustahil kerana pertembungan ini adalah pertembungan hakiki sejak
azali.

Kita juga sudah tahu bahawa Kebudayaan Barat berdasarkan gabung-jalin Kebudayaan
Yunani Kuno, Romawi Purba, Yahudi, Kristian dan Kaum Biadap-Gasar di Eropah. Gabung-jalin
ini menghasilkan sifat-sifat asasi Kebudayaan Barat yang dilihat amat sukar mendekatkan Islam
dengan Barat.

Kebudayaan Barat menganggap Islam sebagai Islam sebagai seterunya yang mutlak dan
kesejahteraannya hanya akan terjamin dengan kemenangannya ke atas Islam dalam perjuangan
yang berterusan dan bermati-matian. Mereka bersetuju dengan umat Islam jika umat Islam
mengikut kehendak mereka [Surah al-Baqarah: 120]. Jangan kita diperbodohkan dengan
mengikuti pandangan alam Barat melalui pelbagai usaha mereka termasuk ideologi, sains,
sukan, hiburan dan lain-lain.

Agama Kristian merupakan unsur penting dalam Kebudayaan Barat. Agama Kristian hasil
evolusi daripada ajaran Nabi Isa AS. Setiap agama samawi sebelum Islam sama ada Yahudi dan
Nasrani bertujuan mengislah masyarakat sendiri bukannya untuk disebarkan kepada umat
manusia [Surah Ali Imran: 49]. Nabi Isa AS bukan ditugaskan untuk menjelmakan sebuah
‘agama baru’ tetapi ditugaskan membaiki penyelewengan dalam masyarakat bani Israel dengan
mengesah semula kitab Taurat dan memberi khabar gembira kedatangan Nabi akhir zaman
bernama Ahmad [Surah al-Saff: 6]. Sesetengah murid dan pengikut murid Nabi Isa mendirikan
asas-asas utama ‘agama baru’ bertanya kenyataan yang disampaikan oleh Nabi Isa AS tentang
Islam dan Nabi Muhammad. Akhirnya, lahirkan agama Kristian yang bertujuan menyangkal
kedatangan Islam yang mengandungi sifat persamaan dengan agama Islam. Mereka cuba
menggagalkan Islam yang akan terbit kelak dengan cara mendahului kezahirannya agar supaya
meniru sifatnya. [Sila Rujuk Syed Muhammad Naquib al Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin]

Menurut al-Attas, agama Kristian yang berasal dari Asia Barat ini adalah satu-satunya
agama yang telah berpindah dari pusat aslinya, iaitu dari Darussalam Palestin ke Rom, Itali atau
lebih tepat Bandar Vatican. Perpindahan ini pada hakikatnya adalah suatu bentuk pembaratan
(westernization) dan penyerapan unsur-unsur Barat secara berangsur-angsur dan berturut-
turut ke dalam Kristian.

Tauhid adalah dasar kebenaran agama Islam. Tauhid bukan sahaja menekan kepada sifat
keEsaan Allah dan terhad dalam ibadah sahaja tetapi mempengaruhi segala aspek kehidupan
seorang muslim termasuk pandangan alam, pemikiran, lisan, ucapan dan tindakan. Ayat-ayat
mengenai tauhid dalam al-Quran seperti Surah Muhammad: 17, Surah al-Ikhlas: 1-4, Surah al-
Isra: 23.

Allah SWT sendiri menegaskan dalam Surah al-Maidah: 3,

‘Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu dan telah Aku cukupkan nikmat-
nikmatKu bagimu dan telah Aku redhai ISLAM sebagai agamamu’.

Penegasan Allah SWT ini luar biasa dan paling unggul kerana Allah SWT sendiri
mengabsahkan dan mengakui kesempurnaan Islam dan seterusnya Allah sendiri meredhai Islam
sebagai agama manusia. Perkara ini menjelaskan jika kita memilih selain daripada Islam, kita
memilih sesuatu yang tidak sempurna dan tidak diredhai oleh Allah SWT. Tiada alasan untuk
menolak Islam. Ayat ini telah membuktikan Islam menolak segala anjuran Kebudayaan Barat
yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah.

Islam menolak orang Islam mencampur-aduk iman mereka dengan kezaliman (syirik).
[Surah al-An’am:82]. Sesetengah pemimpin umat Islam dan sarjana Islam mudah terpesona
dengan hujah-hujah pemikir daripada Barat. Mereka mencampur-adukkan pandangan alam
Islam dengan pandangan alam Barat. Akhirnya, pandangan alam mereka keliru. Tuan Guru Nik
Abdul Aziz Nik Mat antara tokoh yang giat mengeratkan hubungan antara Orang Islam dengan
Orang Bukan Islam mengunakan hujah al-Quran, hadith, sirah dan perumpamaan untuk
menjentik hati Orang Bukan Islam bukannya bertolak ansur sehingga mengabaikan nas syarak
demi perpaduan kaum.

Dalam menjalinkan hubungan Islam dengan Barat, banyak keadaan sarjana dan
pemimpin umat Islam terpaksa mengalah dengan pandangan Barat. Sarjana Islam lebih
mengikut kehendak pandangan Barat. Gagasan Muslim Demokrat sebagai contoh, kelihatan
jelas dipengaruhi oleh pandangan alam Barat. Jangan kita merasakan orang kafir itu lebih benar
jalannya daripada orang beriman [Surah al-Nisa’: 51-52]. Pemimpin Islam dan sarjana Islam
mesti tegas menolak pandangan alam Barat [Surah al-Nisa’: 60].

Islam tidak memusuhi orang bukan Islam. Musuh Islam ialah penentang agama Islam
secara terbuka, mengancam dan menyerang (menceroboh) wilayah umat Islam (al Baqarah:
216). Tiada masalah menolak Islam dengan cara tertutup atau tersembunyi, dalam hati dan
dengan hujah melalui forum, buku dan seminar dengan syarat tanpa emosi dan tidak
mengancam serta tidak menfitnah Islam. Tiada paksaan kepada orang Bukan Islam menganuti
Islam (al Baqarah: 256), Islam menghormati dan mengiktiraf Orang Bukan Islam mengamalkan
agama mereka (al-Kafirun: 6).

Islam telah mengariskan beberapa perkara yang perlu waspada dalam menjalin
hubungan dengan Kebudayaan Barat. Ia bukan bersifat memusuhi tetapi berwaspada. Dalil-dalil
al Quran yang menerangkan tentang jalinan hubungan antara Umat Islam dengan Orang Kafir.

Jangan taat kepada orang kafir kerana itu akan membawa kita ke arah kekufuran (Ali
Imran: 149:150). Pengaulan yang membawa ketaatan kepada individu atau organisasi yang jelas
kekufuran mesti dijauhi agar tidak menjerumus kita ke lembah kekafiran dan fitnah.

Kebencian terhadap Islam dapat dilihat pada pertuturan dan tindakan musuh Islam.
Berhati-hati memilih teman seperjuangan termasuk bukan Islam dan proksi mereka sebagai
orang yang dipercayai (Ali Imran: 118). Kita terlalu mudah percaya kepada kelompok bukan
Islam yang membantu dan mendanai perjuangan kita sehingga termakan budi mereka.

Islam melarang kita melakukan perkara yang salah (Ali Imran: 110) termasuk menerima
ideologi ciptaan manusia.

Kelompok Yahudi dan Nasrani tidak sesekali akan bersetuju atau suka kepada Umat
Islam selagi Umat Islam tidak menurut agama mereka (al Baqarah: 120).

Jangan menjadikan kelompok Yahudi dan Nasrani sebagai teman rapat umat Islam. (al
Maidah: 51-52, an Nisa: 144). Bersahabat dengan sifat waspada dan berhati-hati.

Kemenangan hak mutlak Allah (Ali Imran:160). Jangan sangka kemenangan berpunca
daripada Umat Islam bersekutu dengan Bukan Islam. Kemenangan dengan izin Allah.

Orang kafir saling bantu membantu sesama orang kafir (Al Anfal: 73). Walaupun musuh
kelihatan berbeza dan saling benci membenci antara satu sama lain. Pemusuhan dengan Islam
dapat menyatukan mereka. Lihat Perang Salib dan peperangan di Syria (2015) dimana Rusia
dan Amerika menyerang musuh yang sama (ISIS) walaupun mereka pihak yang bertentangan.

Jangan sampai menjadi fasik apabila menjadikan orang kafir dan musyrik sebagai teman
rapat umat Islam (al Maidah: 80-81). Ekoran terlebih bertoleransi yang melampaui batas iman
dan kufur dengan Bukan Islam, akhirnya menjerumus Umat Islam ke lembah kefasikkan.
Sesetengah umat Islam muda tergoda dengan pemikiran dan watak orang kafir. Baik itu tidak
semestinya benar. Liberalisme dan Pluralisme semakin mendominasi pemikiran kelompok
terpelajar umat Islam terutamanya pemimpin negara dan sarjana. Antara punca utamanya ialah
pengaulan yang tidak dibatasi oleh kesalehan dan iman.

Jangan mengambil orang yang menjadikan agama Islam sebagai ejekan dan permainan
mereka sebagai teman rapat dan penolong umat Islam (al Maidah: 57). Orang Bukan Islam dan
sesetengah orang Islam suka menjadikan Islam sebagai bahan ejekan dan permainan mereka,
jangan jadikan mereka sebagai sahabat, sekutu dan pembantu. Para orientalis dan anak didik
mereka sering memperolok-olokkan sumber ilmu Islam, kerangka pemikiran dan pandangan
ulama Islam.

Kedengkian ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) terhadap umat Islam menyebabkan mereka
suka Umat Islam meninggalkan agama Islam (al Baqarah: 109). Kedengkian mereka terhadap
Rasulullah SAW dan bangsa Arab kerana Nabi Akhir Zaman dipilih dalam kalangan bangsa Arab.

Kesukaran akan berlaku apabila Umat Islam membuat perjanjian dengan orang kafir dan
musyrik kerana mereka tak menghormati hubungan kerabat dan perjanjian setianya. Mereka
hanya menyukakan umat Islam dengan kata-kata yang manis sedangkan hati mereka menolak
Islam (at Taubah: 8).

Orang kafir sanggup membelanjakan harta mereka untuk menghalang manusia dari
jalan Allah (al Anfal: 36).

Jangan jadikan ahli keluarga sebagai pendamping jika mereka memilih kufur (at Taubah:
23). Persoalan pengaulan kita seharian sangat penting kerana sahabat dan alam sekeliling kita
banyak mempengaruhi pemikiran kita. Kebanyakan tokoh-tokoh besar Islam yang celaru
pemikiran apabila mereka tidak menjagas batasan pengaulan dengan orang kafir dan
mencampur-adukkan pemikiran Islam dan Barat. Tidak segan bergaul dengan ulama dan orang
saleh tetapi bergelak-ketawa dengan sarjana dan pemimpin Barat.

Jangan sesekali Umat Islam mengambil musuh Allah dan musuh Umat Islam sebagai
teman rapat dengan cara menyampaikan maklumat-makulmat rahsia kepada mereka. (al
Mumtahinah: 1).

Sifat Asasi Kebudayaan Barat

1. Falsafah bukannya agama: Kebudayaan Barat dipengaruhi oleh falsafah bukannya agama.
Dalam pengalaman beragama, mereka tidak ada keyakinan yang tetap. Pendirian mereka
berdasarkan kemungkinan.

2. Humanisme: Pemujaan terlampau tinggi terhadap diri manusia: Akal, badan, kebolehan dan
psikologi.

3. Pragmatisme. Satu pemikiran dan tindakan yang melangkaui nas-nas syarak dengan prinsip
matlamat menghalalkan cara.

4. Dualisme dan Dikotomi dalam pemikiran: Faham penduaan (dualisme) yang mutlak dan
bukan kesatuan sebagai nilai serta kebenaran hakikat semesta [surah al-An’am: 82]. Contoh,
sekularisme dimana berlakunya penolakkan kehadiran Tuhan dan campurtangan agama dalam
urusan kehidupan manusia seharian [Ekonomi, Politik dan Sosial].

5. Materialistik atau kebendaan.

6. Individualistik

8. Kesatuan, Persamaan dan Samarata

9. Sainstifik: Tiada kemutlakkan dengan ragu-meragu, duga-menduga, berubah-ubah, sentiasa
berhipotesis, sentiasa berwacana tanpa jawapan dan hilang ketetapan. [Surah Taubah: 45]
10. Tragedi dalam mencari kebahagiaan. Manusia Barat menyakini bahawa kehidupan manusia
adalah sebuah episod-episod tragedi yang harus dilalui. Bahkan mereka berkeyakinan bahawa
nasib terburuk bagi manusia adalah dilahirkan. Manusia membawa dosa warisan. Kehampaan
hati dari nilai-nilai spiritual yang kemudian diisi oleh perasaan tragis ini menganjurkan manusia
Barat mencari jawaban dari persoalan-persoalan hidup, untuk giat berusaha menyelidiki,
mengkaji dan mereka-reka teori baru, dan mengemukakan masalah asal-usul alam semesta dan
manusia.

11. Kesejagatan atau Universalisme. Nilai-nilai seperti keadilan, amanah dan lain-lain
sememangnya bersifat sejagat dan diimani oleh kebanyakan manusia. Persoalan sekarang ialah
nilai itu menurut kacamata Islam atau kacamata Barat/Bukan Islam. Para pendokong
kesejagatan atau globalis biasanya menganuti pluralisme yang mencampur-aduk pemikiran
Barat dan Timur sehingga nilai Islam yang diambil itu tenggelam dengan pandangan manusia.
[Surah al-An’am: 82]

Sifat Asasi Kebudayaan Barat (baca: Pemikiran) mempunyai unsur kesejagatan. Malangnya yang
berlaku ialah konsep-nilai kesejagatan yang diusung berasal dari Barat dan pro-Barat. Konsep
kesejagatan Kebudayaan Barat terdapat dalam pemikiran atau ideologi yang dicanang oleh para
orientalis mereka. Konsep ini dibawa bersama melalui globalisasi.

Nilai sejagat perlu dijalinkan dengan nilai-nilai tempatan agar mudah diterima oleh rakyat
tempatan. Dalam perihal Muslim Demokrat, Dato Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Muslim
Demokrat perlu memperjuangkan demokrasi mempunyai nilai sejagat (seperti keadilan dan
kebebasan) diusung bersama nilai tempatan (persoalan identiti, kebudayaan dan kenegaraan).

Ustaz Dato’ Dr. Nasharudin Mat Isa menyatakan, ‘nilai yang bersifat sejagat ini turut
memuatkan elemen peniadakan agama dan kontekstual tempatan lantas menjadi bentuk
agama baharu’.

Diabolisme Intelektual

Diabolos adalah Iblis dalam bahasa Yunani Kuno. Kesalahan Iblis kepada Allah SWT bukannya
dia meragui Allah, mengingkari wujudnya Allah, tidak berilmu dan tidak mengenali Allah.
Kesalahan Iblis kerana ingkar kepada suruhan Allah SWT agar sujud kepada Adam dan bangga-
sombong dengan kehebatan diri.

Jika kita temui ulama yang terpesong, penghafaz al-Quran menentang al-Quran, sarjana Islam
terperangkap dengan pandangan alam Barat dan pemimpin palsu. Mereka mengalami
diabolisme yakni ingkar kepada ilmu yang mereka tahu dan sombong-angkuh dengan
kehebatan diri mereka. Mereka merasakan diri mereka paling pandai mengatasi orang lain.
Mereka terjerumus dengan pesona diri yang palsu.

Anak didik Barat dan tokoh yang mengambil aspirasi dari Barat seringkali cuba merenggang dan
memisahkan umat Islam daripada prinsip dan pendirian Islam yang sebenar. Penulis tertarik
dengan istilah ‘plotisme’ yang diutarakan oleh Ustaz Abdullah Zaik Abd. Rahman, Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Kaedah “plotisme” iaitu dengan merenggang hubungan
pegangan umat Islam dengan sumber tradisi pengajian Islam seperti Al-Quran, As-Sunnah dan
pendapat ulamak muktabar dan mengapungkannya supaya boleh dimuatkan dengan ajaran
baru yang berasaskan liberalisme, pluralisme dan hak asasi manusia yang dianggap progresif.

Dalam sejarah pendidikan Tanah Melayu, R.O Winstedt mencadangkan pemansuhan mata
pelajaran pengajian al-Quran daripada sistem pendidikan di sekolah-sekolah Melayu pada
tahun 1917. Dan Tan Sri Khir Johari memansuhkan tulisan Jawi dalam pendidikan negara kita.

Kesimpulan

Penolakan Islam terhadap Kebudayaan Barat yang menyalahi aqidah Islam adalah jelas dan
nyata. Penolakan ini bukan bermakna kita bermusuhan dengan mereka secara fizikal tetapi
berkhilaf dengan tegas dan tanpa kompromi dalam persoalan pemikiran-pandangan alam yang
bertentangan dengan Islam. Kita masih menghormati hak mereka mengamalkan Kebudayaan
dan Pandangan Alam mereka selagi tidak mengancam aqidah dan keselamatan umat Islam.

Generasi 2.0 Gerakan Islam atau Gen 2.0 terpengaruh dengan gagasan dialog peradaban yang
terbuka dan menghargai Barat sehingga menganak-tirikan gerakan Islam dan pandangan alam
Islam. Keterpesonaan dan keterujaan mereka kepada Barat sehingga mereka hanyut dengan
Kebudayaan Barat-Pandangan Alam Barat yang memisahkan antara agama Islam-ketuhanan
dengan duniawi.

Gen 2.0 serasi dan seapirasi dengan kehendak Kebudayaan Barat bahkan secara terancang
mengikut agenda yang disusun atur oleh Kebudayaan Barat. Mereka terbuai dengan mimpi
palsu bahawa Barat bukan musuh Islam dan umat Islam perlu mengislah diri mereka sendiri
dengan berbaik-baik dengan Barat.

Gen 2.0 tidak menolak Islam sekaligus. Ia dimulakan dengan bahawa mereka bukanlah
kelompok radikal. Mereka tidak menolak Islam tetapi boleh berbaik dengan musuh Islam dan
pemikiran-Kebudayaan Barat. Kemudian, mereka menyisih dan menghakis Islam daripada
batang tubuh mereka. Islam hanya agama bukannya cara hidup atau adden. Akhirnya, mereka
menentang Islam walaupun tidak murtad.

Kelompok sesat bukannya kafir.
Politik Melayu, Institusi Beraja dan Ketuanan Melayu

Sesetengah pihak yang mengaku memahami fiqh waqi’ tetapi mahu menghapuskan institusi
beraja di Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia). Pihak ini tidak memahami
sejarah, realiti, Perlembagaan Malaysia dan kehendak majoriti rakyat Malaysia. Malah
kedengaran mereka ingin menubuhkan pemerintahan republik di Malaysia pada tahun 2030.

Kelompok anti-institusi beraja dan kelompok modenis mengatakan bahawa ketuanan Melayu
dan Nasionalisme Melayu tidak penting. Hanya Ketuanan Rakyat sahaja yang penting.
Kefahaman ini tidak menjejak pada realiti masyarakat Malaysia yang majoritinya adalah
Melayu-Bumiputera.

Pramula Raja-Raja Melayu
Pramula Raja-Raja Melayu berbeza dengan pramula Raja-Raja Eropah. Kerajaan Raja-raja
Eropah bermula dengan adanya TANAH manakala bermula kerajaan dalam ketamadunan
Melayu dengan adanya RAJA barulah sesebuah kerajaan tercipta. Sesebuah kerajaan terletak
pada Rajanya bukannya pada wilayah atau tanah. Apabila Sultan Melaka tewas kepada Portugis,
baginda telah berundur ke Johor membawa Kerajaannya bersama dirinya walaupun wilayah
Melaka telah ditawan oleh Portugis. Tentera Melaka cuba menawan kembali Kota Melaka
untuk meletak diri Sultan bersemanyam kembali di sana.

Politik Melayu bukanlah bersandarkan kepada wilayah tetapi pada raja. Organisasi memerintah
negeri dipanggil keRAJAan. Raja adalah pemimpin sebuah kerajaan. Raja sangat berpengaruh ke
atas rakyat. Jika Islamnya Raja, maka Islamlah rakyat dalam negeri tersebut.

Konsep kepimpinan Melayu datangnya daripada kekuasaan seseorang Raja. Menurut kamus
dewan, pimpin ialah dibimbing; dipandu; dituntun dan ditunjuk. Kepimpinan pula ialah
keupayaan memimpin. Rumusan Shaharir Mohamad Zin menyatakan pimpin bermakna
memegang tangan seseorang dengan tidak terlucutnya menuju ke arah yang dipersetujui
bersama. Perkara ini menunjukkan seseorang pemimpin perlu memimpin dan memegang
‘tangan’ (kekuasaan-mentadbir) rakyat dengan amanah. Definisi ini sesuai dengan definisi
kepimpinan dalam Islam.

Teori kepimpinan Barat terikat dengan istilah dalam Bahasa Inggeris menggunakan perkataan
‘lead’ bermakna menyebabkan (seorang atau seekor haiwan) mengikut seorang yang
membawanya dengan tangan (membimbing), bakdul, tali dan lain-lain ketika maju ke hadapan.
Lead berasal daripada perkataan latin iaitu kaedan bermakna ‘menyebabkan perginya
seseorang daripada Jermaik, laithan yang bermakna ‘kembara’.

Dalam peradaban Melayu-Islam, kepimpinan Melayu berasaskan persetujuan bersama antara
pemimpin dengan rakyat. Perkara ini menandakan kepimpinan Melayu berasaskan kerjasama
kolektif dan penyertaan rakyat dalam kerajaan Melayu.

Sultan ialah Raja yang memerintah. Raja pula ialah orang yang mengetuai dan memerintah
negara, kepala negara. Tuan ialah orang yang memperhambakan diri manakala tuanku ialah
tuan yang mulia. Patik bermakna hamba atau saya.

Raja-Raja Melayu mempunyai keabsahan kuasa melalui kuasa magis atau kesaktian. Selepas
kedatangan Islam, kuasa magis atau kesaktian ini digantikan dengan konsep daulat.

Daulat bermaksud (1) bertuah; bahagia dan (2) kuasa.

Kemuncak kepada kekuasaan manusia ialah kedaulatan Allah dimana manusia taat dan tunduk
kepada apa yang disusunkan melalui al Quran dan al Sunnah. Kedaulatan adalah kuasa dari
sumber ketauhidan kepada para pemimpin dan rakyat jelata.

Raja-Raja Melayu memerintahkan berdasarkan wa’ad atau persetiaan antara Raja dengan
Rakyat. Ini bermakna Raja hanya pemegang amanah yang diberi kuasa oleh rakyat.
Asas kepimpinan Melayu ialah sumpah setia (Wa’ad) antara Seri Teri Buana (Raja) dengan
Demang Lebar Daun (rakyat) dinukilkan kata demi kata dalam karya agung Melayu Sulalatus
Salatin (Sejarah Melayu),

Maka sembah Demang Lebar Daun….Seperkara lagi, perjanjian patik mohonkan anugerah ke
bawah duli Yang Maha Mulia, segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik
pohonkan jangan ia difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak
bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi. (A. Samad Ahmad, 1984:1985).

Demikianlah suara rakyat Melayu menuntut komitmen penguasa agar menghormati maruah
dan kehormatan diri setiap warga umat sebagai manusia mulia.

Seri Teri Buana yang menyetujui tuntutan tersebut dengan memberikan komitmen tegas,
“kabullah hamba….” Kemudiannya diberi amaran bernada sumpahan, “Jikalau Raja Melayu itu
mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta
kerajaannya”.

Penyerahan kuasa rakyat kepada raja dan keturunannya bukan menandakan orang Melayu taat
membuta tuli. Wa’ad ini menjadi kesaksian kedaulatan raja berlangsung selagi selama raja itu
adil dan amanah serta menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Raja yang zalim akan
dibinasakan oleh Allah SWT.

Kepimpinan Melayu
Pemimpin dalam tradisi Melayu mesti mempunyai sifat ‘memimpin’ rakyat dengan amanah dan
bertanggungjawab ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat.

Kepimpinan Melayu berdasarkan institusi pemerintahan beraja. Raja merupakan unsur
terpenting dalam pembentukan sebuah kerajaan di Alam Melayu kerana ada raja barulah ada
kerajaan dan ia berlainan dengan Eropah iaitu ada tanah baru ada raja. Kerajaan itu sendiri
mencerminkan ‘keadaan yang mempunyai seorang raja’.

Raja berkuasa mutlak adalah warisan ajaran Hindu-Buddha di Alam Melayu. Raja dianggap
penjelmaan daripada tuhan Hindu mengikut konsep devaraja. Di bawah konsep devaraja, raja
merupakan keturunan atau penitisan daripada tuhan-tuhan Hindu iaitu Dewa Siva dan Dewa
Vishnu. Kewibawaan dan legitimasi raja berkaitan kuasa ghaib melalui raja mempunyai kuasa
luar biasa (Shakti), balasan kemurahan daripada tuhan kepada rakyat yang taat (Bhakti) dan
pemujaan alat yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa (Samadhi).

Kedatangan Islam, sifat luar biasa raja diganti dengan konsep daulat yang dikaitkan dengan
kekebalan dan keistimewaan luar biasa pada diri seseorang raja. Konsep daulat telah
diselewengkan ekoran terpengaruh dengan unsur Hindu sehingga munculnya konsep derhaka
dimana raja tidak boleh dipersoalkan dan perlu ditaati. Rakyat yang menderhaka kepada Raja
akan mengalami ketulahan atau sumpahan.

Kedaulatan seseorang raja berkaitan dengan kekuasaan yang ditundukkan kepada Allah SWT
melalui keimanan, ketaqwaan, keluhuran budi, pencapaian rohaniah dan penghayatan Islam
sehingga menumbuhkan tanggungjawab dan amanah untuk membimbing dan memerintah
rakyat serta menjaga kebajikan rakyat selaras dengan keadilan yang digariskan oleh al Quran
dan al Sunnah. Maka muncullah konsep Zillullah fil-Ard (Bayangan Allah di Muka Bumi).

Konsep Bayangan Allah di Muka Bumi selari dengan konsep kejadian manusia sebagai Khalifah
Allah. Konsep ini mengingatkan seseorang raja bahawa kemuliaan dan kedaulatan mereka jika
mereka berpegang kepada Islam. Kedaulatan seseorang raja berdasarkan kemampuan
seseorang raja menegakkan pemerintahan Islam berorientasikan syariah dan keupayaan
seseorang raja memancarkan budi pekerti yang mulia, beriman, dan bertaqwa.
Dalam konteks Malaysia moden, kepimpinan Melayu adalah Raja-raja Melayu dan pemimpin
politik Melayu. Teori kepimpinan moden mengambarkan kepimpinan pada zaman ini
ditentukan oleh kompentensi atau pencapaian seseorang pemimpin. Dalam konteks raja, ia
ditentukan oleh sistem perwarisan raja. Manakala, dalam politik pilihan raya, rakyat berhak
menentukan kepimpinan berdasarkan pencapaian dan prestasi mereka dalam pemerintahan.

Wasiat Raja-Raja Melayu
Wasiat Raja-Raja Melayu dan pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada
tanggal 31 Ogos 1957.

“ Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu
dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat
sejahtera”.

Tujuh perkara itu adalah:
PERTAMA. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang
kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA);

KEDUA. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan
simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH
SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

KETIGA. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami
telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara
dan ancaman dari luar negara;

KEEMPAT. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU
memerintah negara ini;
KELIMA. Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

KEENAM. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

KETUJUH. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk
melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM
LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Huraian Secara Ringkas Wasiat Raja-raja Melayu
1. MALAYSIA – perkara 1 (Nama, negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Persekutuan) Persekutuan
dinamai Malaysia pada 16 September 1963. Negeri-negerinya terdiri daripada Johor, Kedah,
Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak,
Selangor dan Terengganu.

2. TANAH SIMPANAN MELAYU – Perkara 89 (Tanah Rizab Orang Melayu). Mana-mana tanah
di sesuatu negeri yang menjadi tanah rizab orang Melayu sebelum hari merdeka mengikut
undang-undang yang ada, maka tanah itu boleh terus-menerus menjadi tanah rizab orang
Melayu mengikut undang-undang itu sehingga selainnya diperuntukkan oleh Badan
Perundangan Negeri dengan suatu Enakmen.

3. REJIMEN ASKAR MELAYU – Seksyen 16(1) Akta Angkatan Bersenjata 1972. Seksyen tersebut
menyatakan:”Mana-mana orang boleh diambil masuk ke dalam angkatan tetap; dengan syarat
bahawa hanya orang Melayu boleh diambil masuk ke dalam Askar Melayu Diraja”.

Askar Melayu Diraja diilhamkan pada tahun 1902 dan ditubuhkan pada tahun 1932 di bawah
Malay Regiment Ordinance. Pasukan pertama Askar Melayu Diraja terdiri daripada 23 orang
dan meningkat kepada 2 batalion pada tahun 1941. Askar Melayu Diraja pernah berperang
dengan tentera Jepun di Pengkalan Chepa, Kelantan dan di Singapura dalam Perang Dunia
Kedua.
Angkatan Tentera Malaysia terdiri daripada tiga perkhidmatan iaitu udara, darat dan laut yang
semuanya terbuka kepada semua kaum. Askar Melayu Diraja hanya satu komponen dalam
pelbagai bidang ketenteraan dan berperanan mempertahankan negara dari ancaman dan
pencerobohan dari luar Negara tetapi tidak terlibat dalam ketenteraan awam dan keselamatan
dalam negara.

4. RAJA-RAJA MELAYU – Perkara 32 (Kepala Utama Negara Bagi Persekutuan Dan
Permaisurinya). Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelar Yang di-Pertuan Agong yang
mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan. Raja Permaisuri Agong
mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas yang di-Pertuan
Agong. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja selama tempoh jawatan lima (5)
tahun.

5. ISLAM – Perkara 3 (Agama Bagi Persekutuan). Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian
Persekutuan. Raja/Sultan di setiap negeri ialah Ketua Agama Islam bagi negerinya dan bagi
negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja/Sultan, Yang di-pertuan Agong adalah Ketua Agama
Islam negeri itu termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

6. BAHASA MELAYU – Perkara 152 (Bahasa Kebangsaan). Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah Bahasa Melayu. Kedudukan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa
lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana
awam. Pindaan kepada Perkara ini tidak boleh diluluskan dengan tiada perkenan Majlis Raja-
Raja.
7. KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN –
Perkara 153 (Perizaban Kuota Mengenai Perkhidmatan, Permit Dan Sebagainya Untuk Orang
Melayu)

Perlembangan Persekutuan memberikan tanggungjawab kepada Yang Di-Pertuan Agong
memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di mana-mana negeri Borneo
dan kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan rizab kuota orang Melayu dan bumiputera dalam perkhidmatan awam,
kemudahan pelajaran, permit dan lesen perniagaan.

(Dipetik dari Jabatan Penerangan Malaysia, R05 (B.M) JANUARI 2010 (100), Arkib Negara
Malaysia 2010/0008911)

Peringatan Raja Nazrin Shah
Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri
Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang
merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.

Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan
sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada
kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat
melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan
mempunyai fasal-fasal tertentu.

Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :
1. Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5)
2. Perkara 11
3. Perkara 12
4. Perkara 38 (5)
5. Perkara 152
6. Perkara 153
7. Perkara 181 (1).

Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.

Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah (2016 sudah menjadi Sultan Perak) mengingatkan rakyat
khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat Raja-Raja Melayu yang menjanjikan
kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Menurut baginda, wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan
tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos
1957.

"Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan
sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada
kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan
rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan
mempunyai fasal-fasal tertentu," titah Raja Nazrin Shah, merujuk kepada Perkara 3 (1) (2) (3)
dan (5); Perkara 11, Perkara 12; Perkara 38 (5); Perkara 152; Perkara 153 dan Perkara 181 (1).

Menurut Raja Nazrin Shah fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk
sebarang pindaan.
"Sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-52 pada 31 Ogos ini, sewajarlah fakta-fakta
utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpendam dari sejarah,".

Orang Bukan Melayu di Malaysia

Orang Bukan Melayu dan Bukan Bumiputera mesti FAHAM bahawa 7 unsur di atas dalam
Perlembagaan Malaysia tertakluk kepada sejarah kewujudan Tamadun Melayu dan penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu serta Negara Malaysia. Ia dianggap sebagai pertukaran kelonggaran
warganegara yang diberi kepada Bukan Melayu. Justeru, tidak perlu timbul isu orang bukan
Melayu tidak berpuas hati dengan kelebihan yang dimiliki oleh Bangsa Melayu dan Orang
Bumiputera.

Kedaulatan Raja kepada Kedaulatan Rakyat
Detik 31 Ogos 1957, dilihat sebagai simbolik penyerahan kembali sebahagian kekuasaan Raja-
Raja Melayu kepada rakyat (pemimpin politik). Kedaulatan Raja berasal daripada kedaulatan
rakyat apabila Demang Lebar Daun mewakili rakyat menyerahkan kekuasaan mutlak kepada
Sang Teri Buana sebagai simbolik kepada Raja-raja Melayu. Kekuasaan mutlak ini menjadikan
seorang Raja Melayu diberi kuasa mutlak mentadbir negara sebagai pemegang amanah
daripada rakyat jelata.mu Kekuasaan mutlak ini sesuai dengan konsep syura mu’limah (sekadar
pemberitahuan dan pengetahuan kepada pemimpin dan pemimpin boleh membuat pilihan
sendiri dalam keputusan).

Sesetengah anak muda yang anarkis dan sebahagian masyarakat bukan Melayu, mereka
menolak institusi pemerintahan beraja. Mereka bersifat anti feudalisme. Mereka tidak perlu
bimbang kerana kemerdekaan telah mengehadkan kekuasaan Raja Melayu berdasarkan
Perlembagaan Malaysia.

Sistem beraja masih relevan di Malaysia kerana Malaysia mengamalkan konsep Raja
Berperlembagaan bukannya konsep raja berkuasa mutlak. Konsep raja berperlembagaan
menyebabkan raja menyerahkan sebahagian kuasa-kuasa mereka kepada Parlimen dan
kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Jika kita menelusuri sistem pemerintahan di Eropah, negara yang mengamalkan konsep raja
berperlembagaan lebih stabil dan kurang konflik politik. Raja boleh dianggap sebagai simbol
kekuasaan yang neutral atau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik. Perkara ini
penting bagi mengelakkan Ketua Negara atau Ketua Negeri mempunyai kepentingan politik
dalam urusan pentadbiran kerajaan.

Kesilapan Peribadi Raja

Kesilapan paling besar seseorang raja apabila ia menyertai atau bersikap pro kepada sesebuah
parti politik. Antara faktor utama kejatuhan sesebuah institusi beraja apabila mereka terlibat
dalam politik kepartian dan mencampur tangan dalam kuasa eksekutif.

Kesilapan kedua ialah penyertaan raja dan kaum kerabat dalam perniagaan. Penggunaan nama
raja dan keluarga diraja menyebabkan perniagaan dimonopoli oleh keluarga diraja
menyebabkan tumbuhnya penyelewengan kuasa, korupsi, kronisme dan nepotisme dalam
pemerintahan negara atau negeri.

Kesilapan yang ketiga ialah apabila seseorang raja membina jurang antara institusi beraja
dengan rakyat jelata.

Kesilapan keempat ialah apabila raja menjauhi ulama dan para sarjana.

Raja-raja atau keluarga diraja perlu menjauhi politik kepartian dan perniagaan kerana
penglibatan mereka menyebabkan tumbuhnya kezaliman melalui campurtangan politik (kabel
besar) dan pembahagian ‘kek’ ekonomi dalam lingkungan kelompok-kelompok terdekat dengan
keluarga diraja.

Kezaliman seperti ini menyebabkan rakyat bangkit menumbang institusi pemerintahan beraja
sebagaimana rakyat lakukan dalam revolusi Perancis.

Raja-raja Melayu melalui Wasiat Raja-raja Melayu adalah pelindung rakyat, contoh tauladan
terbaik rakyat dan pendamai. Raja-raja Melayu merupakan harapan terakhir rakyat jelata dalam
suasana politik yang kucar-kacir dan tidak stabil.

Raja-raja Melayu mesti bersifat amanah dan bertanggungjawab kepada kekuasaan yang
diberikan oleh rakyat. Ungkapan Melayu menyatakan tentang amanah,
Wahai segala pemimpin bangsa
Memegang amanah ingatlah dosa
Karenanya jangan mabuk kuasa
Supaya menjauh azab dan siksa

Wahai segala pemimpin negeri
Amanah umat jangan dikhianati
Loba dan tamak engkau jauhi
Supaya sejahtera anak negeri

Jika Raja-Raja Melayu melanggar amanah yang diberi, maka kita kembali kepada perjanjian
antara raja dengan rakyat sebagaimana wa’ad Demang Lebar daun dengan Seri Teri Buana,

“Jikalau Raja Melayu itu mengubah perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah
negerinya dan takhta kerajaannya”

Begitu persetiaan dan perjanjian yang harus ditepati oleh Raja Melayu dan rakyat jelata. Jika
tidak, negeri dan kerajaan raja tersebut akan dibinasakan oleh Allah SWT.

Nilai-Moral Raja-Raja Melayu

Politik bermoral yang terhasil dari komitmen bersama antara Raja dan para Ilmuwan.

Penulis ungkapkan satu dokumen wasiat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam kepada
zuriatnya:
“…dan lagi Raja-raja hendaklah mengamalkan lapan perkara. Pertama, hendaklah selalu ingat
akan Allah dan meneguhi janji dengan sekalian Wazir-wazir dan Menteri Hulubalang dan
sekelian pegawai dan dengan sekalian rakyat. Kedua, janganlah Raja-raja menghinakan Alim
ulama dan yang ahli akal bijaksana.Ketiga, segala yang datang pada pihak musuh daripada
seterunya jangan sekali-kali raja percaya. Keempat, hendaklah raja memperbanyak alat
senjata dan membeli kesayangan rakyat dan wazir Sipahi (tentera), supaya jauhlah musuh
raja, sebab ada yang menghalaukan dengan sayang. Kelima, hendaklah raja menurun
tangan, yakni murah. Hendaklah mengingat kesetiaan rakyat, wazir dan Alim ulama dan
sekalian Sipahi dengan membalas jasanya masing-masing dengan tertib. Keenam, hendaklah
raja menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul. Iaitu seperti yang
telah tetap di dalam Qanun Al-Asyi Darussalam; Pertama al-Quran, Kedua al-Hadith, Ketiga
Ijma’, Keempat Qiyas, maka…keluar daripada itu pun empat perkara: pertama hukum, kedua
adat, ketiga qanun, keempat resam. Ketujuh, janganlah raja-raja itu duduk dengan orang
yang jahat budi dan jahil. Kedelapan, hendaklah Raja-raja itu memelihara hati orang yang
berbuat baik kepada raja dan kepada negeri dan kepada rakyat. Maka hendaklah raja
memandang kepadanya serta memaniskan muka raja memandang mereka itu senantiasa
senang hati, kerana ia banyak kebaktian kepada Raja. Hendaklah raja itu memeriksa sekalian
wazir-wazir dan Hulubalang dan segala orang yang jahat dan durhaka dan tiada ia mengikut
qanun kerajaan. Maka tiap-tiap yang salah itu hendaklah di hukum dengan tertib menurut
kesalahan dosa yang diperbuat, sesudah diperiksa dengan sehalus-halusnya, supaya jangan
zalim menjatuhkan hukum.
Dan demikian lagi raja-raja hendaklah senantiasa ia memandang sekalian ulama dan
bermesyuarat dengan Alim ulama dan mendengar nasihat ulama. Dan hendaklah raja-raja itu
menjauhkan diri daripada bersahabat dengan ulama jahat dan ulama jahil dan ulama tamak,
iaitu ulama-ulama yang suka memuji-muji raja dan maghzulkan dia dan mengharap minta
keredhaan raja. Maka ulama itu tamak, yakni tamak kepada dunia. Maka ulama itulah yang
membikin huru-hara negeri dan yang memecah-belah rakyat seperti dajal…...(Petikan dari
Qanun Aceh Daru ‘s-Salam)

Rumusan petikan di atas ialah

1. Raja hendaklah mengingati Allah.

2. Raja-raja tidak boleh menghinakan alim ulama dan para sarjana.

3. Raja mesti berhati-hati dan teliti segala maklumat yang diterima. Jangan mudah percaya
dengan maklumat.

4. Keempat, Raja mesti berbaik-baik dengan rakyat dan tentera serta menjaga keselamatan
mereka.
5. Kelima, Raja perlu menjadi seorang yang pemurah.

6. Keenam, Raja mesti menjalankan hukum dengan hukum Kitab Allah dan Sunnah Rasul.

7. Ketujuh, Raja-raja itu tidak boleh bersama dengan orang jahat dalam berakhlak dan jahil.

8. Raja-raja mesti memelihara hati orang yang berbuat baik kepada raja, negeri dan rakyat.

Ketuanan Rakyat bukannya ketuanan Melayu?
Dalam konteks Malaysia Moden, ketuanan rakyat bukannya ketuanan Melayu tetapi keputusan
majoriti rakyat dalam sesuatu persoalan atau permasalahan.

Ketuanan Melayu berakar tunjang kepada:
1. Kedaulatan Raja-raja Melayu
2. Keistimewaan Orang Melayu
3. Tanah Simpanan Melayu
4. Agama Islam
5. Bahasa Melayu

Ketuanan rakyat bertunjangkan kepada keputusan majoriti rakyat yang memutuskan dalam
pilihanraya atau referendum rakyat. Ketuanan rakyat diwakili oleh parti yang memenangi
pilihanraya umum. Ketuanan rakyat juga diwakili oleh kuasa rakyat yang dihasilkan oleh
gerakan massa tanpa penglibatan parti politik dan digerakkan oleh NGO atau media sosial.

Ketuanan Melayu dikatakan bermula setelah kemunculan tiga orang anak raja di Bukit Si
Guntang yang ditemui oleh Wan Empuk dan Wan Malini yang dikatakan berasal daripada titisan
keturunan Raja Iskandar Zulkarnain. Anak Raja tersebut bernama Nila Pahlawan, Krisyna
Pandita dan Nila Utama.
Setelah mengetahui kehadiran anak raja tersebut, pemerintah bernama Demang Lebar Daun
bergegas ke Bukit Si Guntang menemui Wan Empuk dan Wan Malini kemudian membawa
pulang ke istananya.

Pemerintah-pemerintah tempatan mahukan ‘daulat’ dan keabsahan kuasa. Oleh itu mereka
mencari kelebihan, keunikkan, keluarbiasaan, kehebatan dan kesaktian untuk mengukuhkan
kekuasaan mereka. Maka, datangnya Patih Suatang, Raja Minangkabau mahukan salah seorang
anak raja tersebut dirajakan di alam Minangkabau. Demang Lebar Daun memberikan Sang Si
Perba.

Datang pula Kerajaan Tanjung Pura, Demang Lebar Daun memberikan Krisyna Pandita kepada
pembesar Kerajan Tanjung Pura. Nila Utama atau Seri Teri Buana berkahwin dengan puteri
Demang Lebar Daun yang bernama Radin Ratna Cendera Puri.

Hubungan interaksi tuanku-patik dimulai pada zaman Demang Lebar Daun mengambarkan jiwa
kehambaan bangsa Melayu dalam memartabatkan pemimpinnya yang berdaulat. Interkasi ini
diabsahkan setelah berlakunya wa’ad atau perjanjian taat-setia antara Demang Lebar Daun
dikatakan mewakili rakyat walaupun beliau sendiri kelompok bangsawan dengan Seri Teri
Buana keturunan raja. Maka, muncullah yang dikatakan ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu dilindungi oleh Wasiat Raja-raja Melayu setelah Persekutuan Tanah Melayu
merdeka dan Malaysia diwujudkan. Wasiat Raja-raja Melayu telah ditanam dalam
Perlembagaan Malaysia agar hak pribumi pemilik asal wilayah Tanah Melayu tidak digugat oleh
sistem demokrasi yang berasaskan keputusan majoriti.

Malaysia dalam konteks moden telah membawa ke kancah pertembungan antara ketuanan
rakyat dengan ketuanan Melayu. Sistem demokrasi berasaskan pilihanraya membolehkan
rakyat bersuara melalui keputusan pilihanraya menjadikan ketuanan rakyat sangat berkuasa
untuk mengabsahkan kekuasaan rakyat melalui pengubalan dan pemansuhan Perlembagaan
Malaysia.

Di Malaysia, ketuanan rakyat memerlukan satu hubungan yang baik dengan ketuanan Melayu
kerana unsur tradisi dalam Perlembagaan Malaysia menunjukkan kemapanan ketuanan Melayu
menyerap dalam Perlembagaan Malaysia.

Ketuanan Melayu kuat apabila umat Melayu bersatu. Begitu juga dengan Raja-raja Melayu dan
pemimpin politik Melayu mesti bersatu, memerintah negara dengan amanah dan menggunakan
kekuasaan untuk kebajikan, kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Jika pemimpin politik Melayu dan Raja-raja Melayu tidak amanah, pertembungan ketuanan
rakyat dengan ketuanan Melayu pasti berlaku sehingga boleh mencetuskan krisis dan
malapetaka kepada negara.

Ada beberapa krisis melibatkan ketuanan Melayu dengan ketuanan Rakyat sebagaimana
berlaku krisis antara Menteri Besar Selangor, Muhammad bin Mohd Taib dengan Sultan
Selangor, Sultan Terengganu dengan Dato Idris Jusoh pada tahun 2008 dan paling besar pada
tahun 1993 sehingga kuasa imuniti (kekebalan raja) dikurangkan.

Kesimpulan

Walaupun penulis bukan penyokong feudalisme dan institusi beraja yang tegar, penulis
mengakui bahawa institusi beraja wajib dipertahankan untuk menjadikan Negara Malaysia
sebuah negara yang stabil dan makmur. Pemikiran anarkisme dan republikisme perlu dikikis
dalam pemikiran rakyat jelata.
Seimbas Ciri-ciri Muslim Demokrat

Asas Pemikiran Anti-Islam

Pada tahun 1970an, sarjana-sarjana Islam dan aktivis gerakan Islam mula cuba mendekatkan
Islam dengan Barat. Pada tahun 1977, Islamisasi ilmu pengetahuan dipopularkan di persidangan
pendidikan Islam di Makkah. Penggagas utama Islamisasi ialah Tan Sri Prof. Dr. Syed
Muhammad Naquib al-Attas dan Dr. Ismail Raji al- Faruqi.

Dalam proses Islamisasi ilmu, menurut al-Attas melibatkan dua langkah utama. Pertama ialah
proses mengasingkan unsur-unsur dan konsep-konsep utama Barat dari ilmu tersebut. Langkah
kedua ialah menyerapkan unsur-unsur dan konsep-konsep utama Islam ke dalamnya. Dalam hal
ini Al-Attas mengambil pendekatan Imam Ghazali dalam aspek jiwa, di mana ia menyarankan
supaya sifat yang keji dibuang dahulu sebelum jiwa dihiasi dengan sifat yang terpuji.
(http://www.kompasiana.com/luqman1990/islamisasi-ilmu-menurut-al-attas-dan-al-
faruqi_550add3d813311cf14b1e230)

Berbeda dengan Al-Attas yang menggunakan pendekatan Imam Ghazali, iaitu mengunakan
kaedah pembersihan sebelum dilakukan penghiasan, al-Faruqi menawarkan 12 langkah yang
harus dilalui dalam proses Islamisasi ilmu. Proses itu adalah: 1. Penguasaan disiplin moden-
prinsip metodologi, masalah, tema dan perkembangannya 2. Peninjauan disiplin 3. Penguasaan
ilmu warisan Islam (antologi) 4. Penguasaan ilmu warisan Islam (analisis) 5. Penentuan relevansi
Islam yang tertentu kepada suatu disiplin 6. Penilaian secara kritis disiplin moden-
memperjelaskan kedudukan disiplin dari sudut Islam dan memberi panduan terhadap langkah
yang harus diambil untuk menjadikannya Islami 7. Penilaian secara kritis ilmu warisan Islam-
kefahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah, perlu dilakukan pembetulan terhadap kesalah-
fahaman 8. Kajian masalah utama umat Islam 9. Kajian masalah manusia sejagat 10. Analisis
dan sintesis kreatif 11. Pengacuan kembali disiplin dalam kerangka Islam: buku teks universiti,
dan 12. Penyebar-luas ilmu yang sudah diislamkan.
Perbedaan lainnya dalam pendekatan mereka berdua ialah melibatkan ruang lingkup ilmu
pengetahuan yang ingin diislamisasikan. Al-Attas membatasi ilmu yang ingin diislamisasikan
adalah pengetahuan kontemporari (yang telah ter-Baratkan). Akan tetapi Al-Faruqi memandang
bahawa proses Islamisasi patut juga dilakukan ilmu turats islamyy (ilmu-ilmu keislaman yang
tidak ter-Baratkan).

Menurut Dr. Muhammad Atiullah Othman, ilmu Islam melalui cara pemikiran mazhab-mazhab
dalam Islam. Antara pendekatan ulama terdahulu terhadap ilmu adalah:

1. Berteraskan syarak, dan akal adalah susulan. Kaedah ini adalah kaedah diguna pakai oleh al-
Salafiyyah.

2. Syarak dan akal bersamasama menjadi teras tetapi meletakkan ketinggian nas. Ini kaedah
diguna pakai oleh ulama Kalam seperti al-Asha’irah dan al-Maturidiyyah.

3. Akal adalah teras, dan syarak adalah susulan. Kaedah ini merupakan kaedah diguna pakai
oleh Muktazilah.

Oleh kerana itu, ilmu dalam Islam adalah syarak dan akal.

Islamisasi pengetahuan ala al Faruqi memberi peluang kepada Barat mempengaruhi pemikiran
pemimpin dan sarjana Islam. Kebanyakan tokoh IIIT yang cuba mendekati Barat menjadi
penyumbang utama kepada perancangan Barat membentuk semula dunia Islam mengikut
kehendak mereka (Barat).

Gagasan Muslim Demokrat sendiri dikatakan berakar-umbikan daripada IIIT dan senior
Ikhwanul Muslimin yang pro-Barat iaitu pro-berdialog dengan Barat.

Memerangi Pengganas Islam

Peristiwa 11 September 2001 yang menyebabkan bangunan WTC runtuh menjadi modal
kerajaan Amerika Syarikat mengisytiharkan Perang Terhadap Keganasan. Akibatnya,
Afghanistan dan Iraq menjadi mangsa diserang oleh Amerika Syarikat dan Tentera Bersekutu.
Watak Osama Ben Laden dan al-Qaeda dicipta bagi mengambarkan kejahatan yang dilakukan
oleh mereka. Ini semua adalah modal-modal matlamat menghalalkan cara. Disamping watak
jahat, Barat juga mencipta watak hero atau penyelamat. Bagi kes Afghanistan, watak hero
mereka ialah Hamid Karzai. Di Malaysia, ada atau tidak watak seumpama ini?.

Pada tahun 2002, Presiden Bush melaungkan slogan“Freedom Agenda” sebagai ‘grand strategy’
untuk ‘Global War on Terorism’. Penganas bukan sahaja dimaknai dengan kelompok penganas
dan ekstremis tetapi dimasukkan juga kelompok fundamentalis Islam.

Para intelektual Barat dan orientalis yang berpusat di universiti-universiti di Barat mula
berbincang menyusun agenda. Ia dibantu oleh intelektual dan aktivis-pemimpin muslim yang
pro Barat. Kelompok orientalis ini mendapat sumber kewangan dari badan-badan kerajaan
Amerika Syarikat, termasuklah RAND Corporation, Center on Islam, Democracy & the Future of
the Muslim World, Hudson Institute, The Washington Institute for Near East Policy, US
Commission on International Religious Freedom, Freedom House, United States Institute of
Peace, Center for the Study of Islam & Democracy dan Council on Foreign Relations (CFR).

Di Barat, kerajaan, pemimpin dan NGO mereka akan mengikut gagasan pemikiran dan saranan
badan pemikir, para intelektual dan orientalis. Para intelektual, orientalis dan badan pemikir
menyediakan laporan-laporan yang mengandungi gagasan pemikiran, pandangan dan cadangan
yang perlu dilakukan oleh kerajaan, pemimpin dan NGO. Kemunculan gagasan pemikiran Islam
Liberal sebagai contoh berasal daripada pemikiran Fazlur Rahman, Leonard Binder dan Charles
Kurzman. Kemudian pemikiran Islam Liberal dieksport ke negara-negara Islam melalui
intelektual Muslim yang belajar di Barat dan aktivis-NGO.

Barat menubuhkan NED untuk mengeksport demokrasi ke negara-negara yang ditentukan oleh
Amerika Syarikat. NED menyediakan bantuan dana kewangan kepada NGO-NGO tertentu untuk
melaksanakan program-program demokrasi.

Selain menaja dana kewangan, terdapat yayasan-yayasan dan NGO Barat yang telibat dalam
pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan sosial di negara-negara tertentu. Walaupun kelihatan
bermanfaat dan memberi kebaikan, mereka mempunyai agenda tersirat untuk menusuk
pemikiran penduduk tempatan.

Sekali imbas, program-program The Asia Foundation yang memberi buku-buku secara percuma
dan menyediakan tajaan biasiswa kepada anak tempatan adalah baik tetapi disebalik itu, jarum
halus pemikiran orientalis dicucuk ke dalam pemikiran rakyat tempatan.

RAND Corporation, “Civil Democratic Islam’ dan “Building Muslim Moderate Networks”

RAND Corporation adalah badan pemikir dan kajian strategi tentang Islam yang dibiayai oleh
Smith Richardson Foundation. Sebelum itu, RAND Corp terlibat dalam urusan jual-beli senjata
Douglas Aircraft Company. RAND menjadi badan pemikir yang utama kepada PENTAGON dalam
usaha Amerika dan Barat mengatasi keganasan.

Antara laporan yang menarik yang disediakan oleh RAND ialah

1. The Muslim Brotherhood in the West
2. The Rise of Political Islam in Turkey
3. Civil Democratic Islam – Partners, Resources and Strategies
4. Building Muslim Moderate Networks

“Building Muslim Moderate Networks” dizahirkan pada tahun 2007. Ia dikatakan dikaji dan
diteliti oleh beberapa kelompok.

Pertama, pihak RAND Corporation; Angel Rabasa, Cheryl Benard, Lowell H. Schwartz & Peter
Sickle .

Kedua pemikir Yahudi; Daniel Pipes, Stephen Schwartz dan Michael Whine.

Ketiga, Badan-badan kerajaan Amerika; Hillel Fradkin (Center on Islam, Democracy & the Future
of the Muslim World/ Hudson Institute), Dennis Ross dan Robert Satloff ( The Washington
Institute for Near East Policy) Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott Flipse (US
Commission on International Religious Freedom) Paul Paul Marshall (Freedom House),
Abdeslam Maghraoui & Mona Yacoubian (United States Institute of Peace), Radwan Masmoudi
(Center for the Study of Islam & Democracy). Steven Cook(Council on Foreign Relations)

Keempat, pemikir orientalis; John Esposito (Universiti Georgetown)

Manakala pihak kelima adalah golongan Islam yang terdiri daripada kumpulan moderat/liberal
dan murtad. Mereka termasuklah; Anwar Ibrahim (Malaysia), Azyumardi Azra, Abdurrahman
Wahid (Gus Dur) & Ulil Abshar Abdalla (Indonesia), Amina Rasul-Bernardo (Filipina) dan Suzaina
Kadir (Singapura).

Intipati “Building Muslim Moderate Networks” mengenal-pasti musuh atau sahabat dalam
kalangan umat Islam; membina atau mewujudkan kelompok Islam yang disenangi dan mengikut
kehendak Barat; dan memecah belah umat Islam berdasarkan kehendak Barat.

Dalam ‘Civil Democratic Islam’, Cheryl Bernard menyatakan kelompok Islam dibahagikan
kepada beberapa kelompok.

• Pertama: kelompok fundamentalis, iaitu kelompok yang dinilai menolak nilai-nilai
demokrasi dan budaya Barat serta menginginkan sebuah negara autoritarian murni yang akan
dapat menerapkan hukum perundangan Islam.

• Kedua: kelompok tradisionalis, iaitu kelompok yang menginginkan suatu masyarakat
yang konservatif. Curiga terhadap pemodenan, inovasi dan perubahan.

• Ketiga: kelompok modenis, iaitu kelompok yang menginginkan Dunia Islam menjadi
sebahagian daripada pemodenan global. Mereka juga ingin memodenkan dan mereformasi
Islam dan menyesuaikan Islam dengan perkembangan zaman.

• Keempat: kelompok sekular, iaitu kelompok yang menginginkan Dunia Islam dapat
menerima faham sekular dengan cara seperti yang dilakukan negara-negara Barat dimana
agama dibatasi pada lingkup peribadi sahaja.

Saranan Cheryl Bernard ialah
• Pertama: menyokong kelompok modenis dengan mengembangkan visi mereka tentang
Islam sehingga mengungguli kelompok tradisionalis. Caranya dengan memberikan ruang yang
luas agar mereka dapat menyebarkan pandangan mereka. Mereka harus dididik dan diangkat
ke tengah-tengah masyarakat untuk mewakili wajah Islam kontemporari.

• Kedua: menyokong kelompok tradisionalis untuk mengarahkan mereka agar berlawanan
dengan kelompok fundamentalis dan untuk mencegah pertalian yang erat di antara mereka;
menerbitkan kritik kaum tradisionalis atas kekerasan dan ekstremisme yang dilakukan kaum
fundamentalis; mendorong perbezaan antara kelompok tradisionalis dan fundamentalis;
mendorong kerjasama antara kaum modenis dan kaum tradisionalis yang lebih dekat dengan
kaum modenis; juga mendorong populariti dan penerimaan atas sufisme.

• Ketiga: menyokong kelompok sekularis mendorong pengakuan fundamentalisme
sebagai suatu musuh bersama; mendorong idea bahawa agama dan negara mesti dipisahkan,
dan hal ini tidak membahayakan keimanan tetapi malah akan memperkuatnya.

• Keempat: musuhi kelompok fundamentalis dengan menunjukkan kelemahan
pandangan keislaman mereka; mendorong para wartawan untuk mengeksplotasi isu-isu
korupsi, kemunafikan dan tidak bermoralnya kaum fundamentalis, pelaksanaan Islam yang
salah dan ketidakmampuan mereka dalam memimpin dan memerintah. Posisikan mereka
sebagai pengacau dan pengecut, bukan sebagai pahlawan, serta dorong perpecahan antara
kaum fundamentalis.

Cheryl Bernard telah mengemukakan rekomendasinya iaitu

a. Menghancurkan monopoli fundamentalis dan tradisionalis dalam mendefinisikan,
menjelaskan dan mentafsirkan Islam

b. Memberi tunjuk ajar kepada sarjana modenis membuat laman web dengan menjawab
persoalan hukum Islam kaum modenis.

c. Menyokong sarjana modenis menulis buku

d. Memberi bantuan dana dalam penerbitan buku-buku kepada sarjana modenis
e. Memanfaatkan kemudahan media.

Langkah-langkah strategi yang disarankan oleh Cheryl ialah

a. Membangunkan kepimpinan modenis

i. Mewujudkan role model dan pemimpin.
ii. Menyokong kewujudan Masyarakat Sivil
iii. Mengembangkan gagasan Islam mengikut kehendak aspirasi Barat: Islam Amerika, Islam
Jerman, Islam Liberal dan lain-lain.

b. Meneruskan serangan terhadap fundamentalis

i. Melakukan pembunuhan karekter individu dan kedudukan kelompok ektremis Islam.
ii. Menyokong wartawan dan media popular

c. Promosi nilai-nilai modeniti demokrasi Barat secara agresif

i. Mewujudkan dan mempropagandakan suatu model Islam yang moderat
ii. Mengkritik kesalahan tradisionalis
iii. Menyokong kemunculan kelompok yang pentingkan sufisme dan tareqat
iv. Memberi fokus pada pendidikan dan remaja

Langkah-langkah praktis ialah

a. Menyokong kelompok modenis dan sekularis

i. menerbit dan menyebarkan karya-karya mereka
ii. mendorong mereka menulis secara khusus untuk orang awam dan orang muda
iii. memperkenalkan pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam
iv. memberi ruang awam kepada mereka
v. menyebarkan pandangan kepada orang awam melalui laman web, penerbitan, sekolah
dan lain-lain
vi. memposisikan modenisme sebagai pilihan remaja Islam
vii. memberi kemudahan dan menyokong kesedaran tentang sejarah dan kebudayaan
sebelum kedatangan Islam dan bukan Islam.
viii. mewujudkan NGO sekular dan awam.

b. Menyokong kelompok tradisionalis melawan kelompok fundamentalis

i. menerbitkan kritikan tradisionalis terhadap kekerasan dan ekstrimisme fundamentalis
ii. mencegah perpaduan diantara kelompok fundamentalis dan tradisionalis
iii. Mendorong kerjasama kelompok tradisionalis dengan modenis
iv. Membezakan pemikiran yang ada dalam kelompok tradisionalis
v. Menggalakkan pertembungan antara mazhab
vi. menyokong penerimaan sufisme dan tareqat.

c. Menghadapi dan menentang kelompok fundamentalis

i. Menolak pentafsiran kelompok fundamentalis
ii. Membongkar aktiviti kelompok fundamentalis yang bersifat bawah tanah
iii. Membongkar kesan perilaku kejahatan mereka
iv. Menunjukkan ketidakmampuan kelompok fundamentalis memerintah negara
v. Menonjolkan kelebihan tertentu yang perlu dilakukan oleh kelompok fundamentalis
seperti kesalehan kelompok tradisionalis, hak wanita, kemahuan anak muda
vi. Mendorong wartawan menyiasat isu-isu korupsi yang dilakukan oleh kelompok
fundamentalis
vii. Menghilangkan rasa hormat masyarakat terhadap kelompok fundamentalis dengan
menuduh mereka sebagai pemimpin dan kelompok yang jahat, radikal dan ektrem.

d. Mendokong sekularis dengan selektif

i. mendorong pengakuan bahawa fundamentalis adalah musuh bersama
ii. mencegas perpaduan sekularis dengan kelompok anti Amerika
iii. Mendokong idea Islam dan negara dipisahkan.
Kelompok moderat adalah paling bersahabat dengan nilai-nilai dan jiwa masyarakat demokratik
moden. Modenisme dan bukan tradisionalisme adalah pembantu Barat. Misi kelompok ini ialah
menyimpang, memodifikasi dan mengesampingkan secara selektif elemen-elemen doktrin
keagamaan yang tulen.

Jika kita meneliti dengan jujur, kita dapati perancangan RAND sedang berlaku di negara-negara
umat Islam. Pemimpin palsu dan sarjana pro Barat serta ulama jahat/palsu bermaharajalela
dalam setiap inci negara umat Islam. Pemimpin palsu dan sarjana pro Barat menceduk
pemikiran orientalis tanpa kritik, mengangkat istilah-konsep Barat secara berlebihan dan
membabi-buta. Maka muncul pelbagai istilah-konsep Islam seperti Islam Liberal, Islam Plural,
Islam Sivil, Islam Amerika dan Islam Hadhari. Terbaru Islam Demokrat atau Muslim Demokrat.

Pengelompokkan umat Islam ini memecah-belahkan masyarakat dalam sesebuah negara umat
Islam. Konflik antara puak, kaum, mazhab, kelompok dan parti seringkali berlaku. Paling teruk
berlaku rusuhan, pembunuhan dan peperangan sesama sendiri. Perkara ini menghalang usaha
penyatuan umat Islam dalam menghadapi musuh Islam yang sebenar iaitu Barat.

Memecah-belah Negara Umat Islam

Barat cuba memecah-belah negara-negara umat Islam mengikut selera mereka. Ia adalah
rancangan jangka panjang mereka. Israel sendiri mempunyai Yinon Plan dalam membentuk
wilayah mereka yang lebih besar.
Antara perancangan pemetaan dunia Islam ialah melalui Perjanjian Sykes-Picot. Perjanjian
Sykes-Picot pada Mei 1916 merupakan satu perjanjian rahsia yang telah dibuat oleh dua orang
diplomat iaitu Sir Mark Sykes dan Picot Georges yang mewakili negara British dan Perancis
semasa Perang Dunia Pertama. Sykes dan Picot telah merancang untuk membahagikan
Empayar Uthmaniyyah apabila berakhirnya Perang Dunia Pertama.

Perjanjian ini telah membahagikan wilayah milik umat Islam di Syria, Lubnan dan Turki Cilicia
untuk diletakkan dibawah ‘kawalan’ kerajaan Perancis manakala Palestin, Jordan dan kawasan
sekitar Teluk Parsi dan Baghdad adalah dibawah ‘kawalan’ kerajaan British.

Antara perancangan yang lain ialah New Middle East. Istilah ‘New Middle East’ (NME)
diperkenalkan oleh Setiausaha US, Condoleezza Rice pada Jun 2006 di Tel Aviv.

Perang Iraq, kemunculan ISIS dan Arab Springs juga dilihat antara kaedah untuk memetakan
kembali Timur Tengah. Libya dan Iraq sebagai contoh akan dipecahkan kepada tiga wilayah
besar. Di Indonesia, 11 hingga 17 buah negara baru boleh diwujudkan.

Bagaimana dengan Malaysia?. Malaysia boleh dipecahkan kepada 3 hingga 4 buah negara baru
iaitu Negara Sabah, Negara Sarawak, Negara Tanah Melayu dan Negara Johor.

Pembahagian wilayah ini berdasarkan kaum (semangat nasionalisme) dan mazhab. Semangat
nasionalisme yang sempit dan kejumudan bermazhab antara penghalang utama kemunculan
Daulah Islamiyyah-Khalifah Islam. Sepatutnya, negara Islam disatukan oleh Al-Quran, As-Sunnah
dan sifat Persaudaraan Islam tetapi dihalang oleh semangat nasionalisme dan bermazhab.
Semangat nasionalisme dan mazhab mewujudkan pertelingkahan dan peperangan sesama
umat Islam.

Memahami Khalid Jaafar

Kata sesetengah pihak, ‘jika mahu mengenali Anwar Ibrahim, kenali dahulu Khalid Jaafar’. Ini
mengambarkan betapa besarnya pengaruh Khalid Jaafar terhadap pemikiran Anwar Ibrahim.
Jika nak tahu pemikiran Khalid Jaafar, lihat apa bahan bacaan beliau dan dengan siapa beliau
bergaul. Khalid Jaafar sendiri mempunyai tim pemikiran dan menjalin hubungan baik dengan
para pemikir di luar negara.

“sejak akhir-akhir ini, mereka (IKD) lebih menganjurkan satu konsep Islam yang berfikiran
terbuka. Khalid Jaafar, Pengarah IKD, menamakannya sebagai ‘kesedaran Islam’, Islam Tanwiri.
Saya fikir ianya satu konsep yang sangat menarik kerana menyokong pluralisme(semua agama
sama). Jadi, kami menyokong perkara tersebut. Dan juga penerbitan, terutamanya terjemahan
buku – buku Islam yang berorientasikan perubahan supaya (bangsa) Melayu dapat membaca
buku-buku tersebut, sebagai contoh, seperti buku ini (mengambil sebuah buku Islam yang
diterjemahkan “Islam & Dasar Pemerintahan”) oleh Ali (Abdul) Raziq yang berkaitan dengan
hubungan di antara agama dan politik, negara dan agama”

Pemikiran Khalid Jaafar dapat disimpulkan kepada beberapa perkara dibawah:

+ Demokrasi. Muslim Demokrasi dan Islam Demokratik.
+ Islam Tanwiri

+ Mengutamakan Peranan Akal

+ Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme (SEPILIS)

Fenomena Gerakan Islam Generasi Kedua (G 2.0)

Parti Islam (Islamisme) mengalami transisi Kepada Pasca Islamisme. Pasca Islamisme menjadi
lanjutan kepada konsep masyarakat Sivil atau Madani. Terbaru, Muslim Demokrat dan Gerakan
Islam Generasi Kedua diwar-warkan sebagai titik perubahan kepada gerakan Islam.

Dalam satu wawancara antara Khalid Jaafar dengan Ummahonline, Khalid Jaafar menyatakan
‘Mungkin kita boleh namakannya sebagai muslim demokrasi, Islamik demokrasi’. Dua istilah
yang asing dalam konteks Malaysia pada awal tahun 2000.

Harakah keluaran 1-15 April 2005 bertajuk Gerakan Islam dan Kuasa ditulis oleh Dr Dzulkefli
Ahmad mengutarakan idea-idea Olivier Roy, penulis buku The Failure of Political Islam.

Seorang sarjana lepasan Fletcher School, Turf University bernama Erica Miller pernah menulis
tesis sarjananya yang berjudul “Democratic Islamist? A Case Study on the PAS” pada 2006 yang
mengkaji perubahan pemikiran pimpinan baru PAS kepada pendekatan yang lebih demokrasi.

Dr. Dzulkefly Ahmad adalah pengarah Dewan Penyelidikan PAS Pusat banyak membawa
pemikiran baru dalam PAS yang mendekati pendekatan ala orientalis Barat.
[sumber: FB Forum Kajian Strategi dan Pemikiran Gerakan Islam Malaysia ]

Fenomena Gerakan Islam Generasi 2.0 memisahkan antara Islam dengan Politik telah
menjadikan parti politik bernuasakan Sekularisme yakni satu fahaman yang sesat disisi Islam.

Membendung Fahaman Pelampau

Demokrat Islam boleh menjadi penyelesaian kepada membendung fahaman pelampau di
seluruh dunia kerana mereka membawa pendekatan sederhana dalam dunia masa kini
menerusi peti undi.

Dr Maszlee Malik menyatakan,

“Idea mengenai Demokrat Islam wujud sejak sekian lama. Kumpulan radikal muncul kerana
mereka mendapati tiadanya harapan bagi umat Islam untuk menikmati keadilan, hak asasi
manusia dan tadbir urus yang baik,”
Demokrat Islam meghadapi masalah untuk menyeimbangkan antara menjadi demokratik dan
menegakkan nilai-nilai Islam sebenar dalam usaha menjadi relevan dalam negara yang pelbagai
seperti Malaysia.

Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan,

“Parti Demokrat Islam perlu tampil dengan cadangan universal yang boleh menyakinkan rakyat,
iaitu orang Islam dan bukan Islam. Oleh itu, ia perlu melibatkan diri dengan orang awam,
membenarkan adanya forum perbezaan dan kurang membuat pertimbangan,”

Anggota Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD)
Maghribi, Dr Driss Bouanou, pula membangkitkan mengenai kejayaan Demokrat Islam di negara
itu kerana Maghribi mengamalkan demokrasi sejak penubuhannya.

“Kita berjaya menjalinkan kerjasama baik dengan pemerintahan beraja dan musuh politik kami
untuk mengekalkan kemakmuran Maghribi”

[sumber: FBForum Kajian Strategi dan Pemikiran Gerakan Islam Malaysia ]

Umumnya, gerakan Islam bukanlah pelampau. Ikhwanul Muslimin, Jamaat Islami dan PAS
bukanlah kelompok pelampau. PAS sendiri mengunakan pendekatan penyertaan dalam
pilihanraya untuk menasihati kerajaan dan memerintah negara. Penyertaan PAS dalam
pilihanraya sangat lama. Ia menandakan satu usaha positif penerapan nilai-nilai Islam dalam
politik Malaysia sekaligus tidak bertentangan dengan demokrasi.

Kesimpulan: Kegagalan Muslim Demokrat

Gagasan Muslim Demokrat bukanlah gagasan pemikiran majoriti umat Islam. Ia hanya idea
sebahagian elitis dan sarjana-sarjana moden. Gagasan Muslim Demokrat hasil daripada
sekularisasi Islam yang akhirnya membentuk ‘agama baru’.

Dalam perjuangan politik Islam, perundangan Islam, menegak Khalifah dan kewujudan semula
Daulah Islam merupakan kemuncak kepada politik Islam. Gagasan Muslim Demokrat tidak
boleh menghindari ketiga-tiga kemuncak ini. Jika gagasan Muslim Demokrat mengabaikan
ketiga-tiga kemuncak ini, ia menunjukkan politik Islam bawaan Muslim Demokrat adalah politik
Islam yang palsu.

Politik kepartian memecah-belahkan umat Islam pada hari ini. Islam dan kebenaran telah
dibuta-tulikan oleh politik kepartian yang kaya sentimen dan dendam itu. Begitu juga sistem
pendidikan yang tidak mendekatkan diri manusia kepada Allah SWT. Kedua-dua ini adalah bala
petaka kepada umat Islam pada hari ini.