You are on page 1of 2

5.

3KEPENTINGAN JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN
Jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian penting untuk beberapa perkara. Antaranya ialah: 5.3.1 TAHAP KETERSAMPAIAN Kepentingan pertama jaringan sistem pengangkutan jalan raya di kawasan kajian ialah meningkatkan tahap ketersampaian. Dengan wujudnya jalan raya berturap kawasan kajian akan lebih mudah dihubungi dunia luar seperti dihubungi kampung lain, memudahkan bomba pergi ke kawasan kejadian kebakaran dan untuk memudahkan kawalan kampung dibuat. Kepentingan ini sama sepertidi Jepun. Kawasan pedalaman disana memerlukan jalan untuk berhubung dengan dunia luar untuk mendapatkan bekalan harian.

5.3.2

MENGANGKUT BAHAN MENTAH DAN BARANGAN

Jaringan sistem pengangkutan jalan raya di kawasan kajian juga penting untuk mengangkut bahan mentah kelapa ke kilang yang meraihnya. Jalan raya menghubungkan kilang dengan kawasan kajian, memudahkan lori mengangkut buah kelapa itu. Barangan muatan berat juga mudah dibawa. Dengan ada jalan yang baik, orang yang mahu berpindah akan mudah menggunakan khidmat lori yang lebih besar. Di Jepun, bahan mentah sayur yang ditanam di kawasan tanah tinggi akan menggunakan khidmat lori untuk membawanya ke bandar.

5.3.3

MENARIK PELANCONG

Kepentingan lain jaringan sistem pengangkutan jalan raya di kawasan kajian ialah untuk menjadi daya tarikan supaya pelancong datang. Dengan jalan raya yang elok yang menyusur hingga tepi pantai, pelancong akan dapat pergi ke pantai dengan mudah. Dengan penambahan papan tanda dan tanaman hijau yang menjadi landskap menarik di jalan raya, akan bertambah kadar kemasukan pelancong ke sini. Semakin ramai pelancong, semakin meningkat ekonomi di kawasan kajian. Jepun mempunyai daya tarikan yang unik. Tarikan itu ialah jaringan sistem pengangkutan yang canggih laitu kereta api terpantas laitu kereta api Shinkansen. Pelancong akan tertarik dan akan memasang impian untuk pergi ke jepun.

Oleh itu, kita perlu bertanggungjawab dengan menjaga jaringan sistem pengangkutan yang sedia ada dengan sebaik mungkin.