You are on page 1of 4

Voon Tze Ming / Isnin 2pm-3pm

Latihan HMT 223 Morfologi Minggu 5 ( Kelas Kata )


DATA A
Doktor palsu yang menawarkan rawatan tidak pernah menjalani latihan rawatan pergigian. Kekurangan ini
telah menyebabkan mereka tidak mengamalkan pensterilan yang betul.
DATA B
Tujuan asal pendakap gigi adalah untuk membetulkan struktur gigi yang tidak selari.
DATA C
Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh daripada kejahatan orang yang dengki apabila dia
melaksanakan kedengkiannya.

Soalan 1 : Dengan merujuk kepada DATA A-C, berikan contoh perkataan yang tergolong ke dalam kata
bantu ragam.kata modalitas, kata nafi, kata ganti relatif, kata preposisi, kata determiner, kata hubung
pancangan relatif, kata hubung pancangan keterangan, kata bantu aspek/kala, kata komplementizer
( complementizer). Apakah tugas nahu yang dijalankan oleh setiap kata tersebut?
Muatkan jawapan anda ke dalam satu jadual.
Bil. Kelas Kata Contoh
a. Kata Bantu Ragam / Kata
modalitas
b. Kata Nafi Tidak
c. Kata ganti relatif
d. Kata preposisi
e. Kata determiner Ini
f. Kata hubungan pancangan relatif Yang
g. Kata hubung pancangan Untuk
keterangan
h. Kata bantu aspek / kala Telah, Pernah
i. Kata komplementizer Untuk
Soalan 2 : Merujuk kepada DATA A-C ,
a. Kelaskan perkataan kepada kata nama berdasarkan kriteria semantik.
Orang Benda Waktu
Doktor Rawatan Subuh
Tuhan Gigi
Struktur

b. Kelaskan perkataan kepada kata nama berdasarkan kriteria morfologi.


Menggunakan imbuhan Menggunakan imbuhan Menggunakan imbuhan Menggunakan
akhiran an awalan peN- apitan PeN--an imbuhan apitan
PeR--an
Rawatan, Latihan , Pendakap Pensterilan Pergigian
Tujuan
Menggunakan imbhan
apitan ke--an
Kedengkiannya

c. Kelaskan perkataan kepada kata nama berdasarkan kriteria sintaksis.


Kata Nama Keterangan
Doktor, Tujuan, i. Menduduki konstituen subjek dalam ayat.
Rawatan, Struktur, Latihan , subuh, i. Menduduki posisi objek
kedengkiannya
Kekurangan i. Menduduki posisi subjek dalam ayat
ii. Terdapat determiner selepas kata nama
Pergigian , pendakap, gigi, i. Berfungsi sebagai predikat nama
Soalan 3 : Tentukan kategori kata bagi semua perkataan yang bergaris dalam DATA A-C. Gunakan
kriteiria morfologi dan sintaksis untuk membuktikan pilihan anda.

Bil. Kata Kriteria Morfologi Kriteria Sintaksis


1. Menawarkan i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Terdapat objek selepas kata kerja
meN- sebagai penanda ragam aktif
2. Menjalani i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Menduduki posisi predikat dalam ayat
meN- sebagai penanda ragam aktif ii. Terdapat objek selepas kata kerja
ii. Adanya kata bantu aspek sebelum
kata kerja
3. Menyebabkan i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Adanya kata bantu aspek sebelum
meN- sebagai penanda ragam aktif kata kerja.
ii. Adanya kata bantu aspek sebelum
kata kerja
4. Mengamalkan i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Adanya kata nafi sebelum kata kerja.
meN- sebagai penanda ragam aktif ii. Terdapat objek selepas kata kerja.
5. Membetulkan i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Menduduki posisi predikat dalam
meN- sebagai penanda ragam aktif ayat.
ii. adanya untuk ii. Menjadi inti kepada pembentukan
predikat.
iii. Terdapat objek selepas kata kerja
6. Berlindung i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Menduduki posisi predikat dalam
BeR- ayat.
ii. Kehadiran kepada
7. Menguasai i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Hadir selepas kata hubung pancangan
meN- sebagai penanda ragam aktif relatif.
ii. Terdapat objek selepas kata kerja

8. Melaksanakan i. Kehadiran imbuhan Kata Kerja i. Terdapat objek selepas kata kerja.
meN- sebagai penanda ragam aktif
4. Bagaimanakah anda membuktikan bahawa kata dengki dalam Data C sebagai kata adjektif
berdasarkan kriteria struktural? Adakah kedengkian kata adjektif juga?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-4, dengki bermaksud perasaan marah yang disebabkan oleh perasaan
cemburu atau perasaan iri hati. Oleh itu, disebabkan dengki merupakan satu perasaan dan menunjukkan sifat
seseorang, maka berpandukan kriteria semantik, kelas katanya ialah kata adjektif. Dari segi kriteria sintaksis,
dengki boleh wujud selepas kata hubung pancangan relatif yang yang digunakan untuk mengaitkannya
dengan sesuatu objek.

Kedengkian bukan kata adjektif, sebaliknya merupakan kata nama. Dari segi kriteria morfologi, apabila
dengki digandingkan dengan imbuhan apitan ke--an yang mendukung maksud abstrak, maka sesuatu
kata nama akan dibentuk. Dari segi kriteria semantik pula, menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, kedengkian
bermaksud kemarahan yang disebabkan oleh perasaan cemburu atau perasaan iri hati. Oleh itu, jelaslah
bahawa kedengkian merujuk kepada kata nama abstrak. Dari segi kriteria sintaksis, kedengkian boleh
menduduki posisi subjek dalam ayat dan boleh diikuti oleh objek kata nama. Contohnya, Kedengkian Ali
terhadap Abu tidak pernah meluntur.

You might also like