Unit Penilaian dan Peperiksaan 2015

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

PERATURAN PEPERIKSAAN
UNTUK RUJUKAN MURID
1.PENGURUSAN KELAS/ SUSUNAN TEMPAT DUDUK
SEMASA PEPERIKSAAN

1.1 Sehari sebelum peperiksaan dijalankan (pada waktu akhir), Ketua Kelas hendaklah
memastikan kelas disusun mengikut pelan kedudukan semasa peperiksaan seperti di
lampiran (contoh).

1.2 Meja murid hendaklah disusun dengan lacinya menghadap ke hadapan kelas.

1.3 Semua maklumat mata pelajaran yang dilekatkan di papan kenyataan serta dinding
kelas hendaklah ditutup dengan kertas mahjong dan sebagainya.

1.4 Pastikan meja murid sekurang-kurangnya 0.5m dari dinding kiri dan kanan kelas.

1.5 Meja guru hendaklah ditempatkan di belakang kelas.

1.6 Untuk mengelakkan sebarang salahlaku peperiksaan, semua murid hendaklah
memastikan perkara-perkara berikut dipatuhi:

1.6.1 Kelas berada di dalam suasana peperiksaan.

1.6.2 Meja murid tersusun berasingan serta mengikut pelan yang telah
ditetapkan.

1.6.3 Murid tidak membawa sebarang catatan atau buku/ nota semasa
peperiksaan sedang dijalankan.

1.6.4 Laci meja murid mesti dikosongkan setiap kali peperiksaan
berlangsung.

1.6.5 Semua beg dan peralatan yang tidak diperlukan hendaklah
disusun dengan kemas di bahagian belakang kelas.

1.6.6 Hanya alat tulis sahaja dibenarkan berada di atas meja murid.

1.6.7 Tidak dibenarkan berulang kali keluar ke tandas dan
sebagainya.

HAJAH SITI ROGAYAH BT YAHYA
Pengetua Cemerlang
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

Page | 1
Unit Penilaian dan Peperiksaan 2015
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

2. SALAHLAKU MURID SEMASA PEPERIKSAAN
2.1 Meniru adalah dilarang sama sekali semasa peperiksaan, samada meniru
daripada buku, catatan atau daripada murid lain. Sekiranya terbukti murid
meniru, markah yang akan diberikan ialah kosong (0).

2.2 Guru Pengawas Peperiksaan akan melaporkan sebarang kes meniru
kepada Guru Mata Pelajaran/ Setiausaha Peperiksaan serta dimaklumkan
kepada HEM untuk diberi markah penalti.

2.3 Murid DILARANG:

2.3.1 Bercakap-cakap/ berbisik-bisik/ memberi isyarat/ tingkah laku yang
mencurigakan semasa peperiksaan berlangsung.

2.3.2 Membawa sebarang nota, buku atau peralatan yang tidak
diperlukan semasa peperiksaan.

2.3.3 Berkongsi peralatan seperti pensil, pen, pemadam, kalkulator dan
sebagainya.

2.3.4 Tidur semasa peperiksaan.

2.3.5 Masuk ke dalam Bilik Guru dan Bilik Peperiksaan seminggu
sebelum dan selepas peperiksaan.

HAJAH SITI ROGAYAH BT YAHYA
Pengetua Cemerlang
Sekolah Seri Puteri
Cyberjaya

Page | 2
Unit Penilaian dan Peperiksaan 2015
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

CONTOH PELAN KEDUDUKAN MURID / SUSUNAN KELAS SEMASA
PEPERIKSAAN

PAPAN PUTIH
( Bahagian hadapan kelas) 0.5m

PINTU 01 12 13 24 25 0.5m

02 11 14 23 26

0.5m
03 10 15 22 27

04 09 16 21 28

05 08 17 20 29

06 07 18 19 30

** **

MEJA
GURU

PINTU

Bahagian belakang kelas
(MEJA/KERUSI DLL DISUSUN KEMAS)

** Meja simpanan

HAJAH SITI ROGAYAH BT YAHYA
Pengetua Cemerlang
Sekolah Seri Puteri
Cyberjaya

Page | 3
Unit Penilaian dan Peperiksaan 2015
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

CONTOH KEADAAN MEJA MURID SEMASA PEPERIKSAAN:

LACI MEJA DIKOSONGKAN -TIADA BUKU/NOTA DI DALAM LACI MEJA –
MURID MENJALANI PEPERIKSAAN DENGAN LEBIH SELESA

Page | 4
Unit Penilaian dan Peperiksaan 2015
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya

SEMUA BUKU DISUSUN KEMAS DI DALAM ‘LOCKER’ YANG SANGAT
LUAS YANG TELAH DISEDIAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH:

“ SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN DENGAN MENDAPAT RAHMAH DAN
KEREDHAAN ALLAH S.W.T”

Page | 5