Menurut Ahmad Kamal (1992), pengucapan awam adalah satu proses bercakap dalam

kalangan khalayak ramai atau satu kumpulan manusia melalui cara yang tersusun dengan
tujuan untuk memaklumkan, meyakinkan atau menghiburkan pendengar. Ia sangat serasi
dengan "mempersembahkan". Semasa pengucapan awam, terdapat banyak bentuk
komunikasi yang boleh digunakan dan terdapat 5 elemen asas selalunya dinyatakan begini
"siapa bercakap, mengenai apa, kepada siapa, menggunakan kaedah apa dengan kesan @
tujuan apa ? Pengucapan awam biasanya bertujuan menyampaikan maklumat, memotivasikan
manusia untuk melakukan sesuatu atau menyampaikan cerita dan mampu menjadi satu
medium yang berkesan. Seorang penyampai yang baik mampu mengubah emosi
pendengarnya, bukan hanya menyampaikan maklumat semata-mata. Pengucapan awam ini
merangkumi beberapa komponen termasuk ucapan motivasi, pembangunan kepimpinan,
perniagaan, perkhidmatan pelanggan, komunikasi kumpulan yang besar dan komunikasi
massa.