Prasarana dan sarana yang cemerlang terdapat di

beberapa buah sekolah. Peningkatan prestasi
murid dipengaruhi oleh banyak faktor dalaman dan
luaran termasuk prasarana dan sarana pendidikan
yang wujud dalam komuniti sekolah. Usaha untuk
memastikan kecemerlangan murid di sekolah tidak
hanya bergantung kepada pihak sekolah semata-
mata. Sokongan, kerjasama dan penglibatan ibu
bapa adalah merupakan antara faktor yang
signifikan dan menjadi tumpuan utama kajian ini.
Apakah yang dikatakan dengan sarana dan
prasana?
Prasana merupakan alat atau situasi untuk
mencapai tujuan pendidikan seperti ruang kelas,
buku, perpustakaan dan makmal.
Sarana pendidikan boleh dibahagikan kepada
empat kelompok besar:
1. Bangunan dan perabot besar sekolah
2. Alat pengajaran seperti buku, alat bantu
mengajar dan makmal untuk pengajaran
3. Media pendidikan (yang memerlukan alat
tayang/tidak perlu ayat tayang)
4. Selain dari itu, faktor-faktor luaran yang lain
juga seperti suasana pembelajaran dan
sokongan ibu bapa di rumah seperti yang
terdapat dalam kajian lampau dilaporkan juga
mempunyai impak yang signifikan kepada
pencapaian akademik pelajar..