KERTAS CADANGAN

PERTANDINGAN INOVASI
KELAB DAN PERSATUAN
ZON SEBUYAU
2015

SEKOLAH KEBANGSAAN ST ANDREW ENTANGGOR,
D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAHSIOMUNJAN
94800 SIMUNJAN, SARAWAK
Email : standrew@gmail.com

1

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKASURAT
1.0 PENGENALAN 3
1.3 Tajuk 3
1.2 Latar Belakang 3
1.3 Objektif 4
1.3 Kos Projek 5
2.0 Pernyataan masalah 5
2.1 Permasalahan 5
2.2 Analisis Permasalahan 6
2.3 Analisis Permasalahan 6
2.4 Kaedah dan teknik Pemilihan masalah 6
2.5 Rasional pemilihan Projek 11
3.4 Pernyataan masalah 11
3.0 Proses Pelaksanaan Projek 12
3.1 Jawatankuasa Pelaksanaan 12
3.2 Sumber Dana 13
3.3 Jalinan Kerjasama 13
3.4 Proses Kerja 14
3.5 Buku Log 16
4.0 Penilaian Projek (Kemenjadian Projek) 17
4.1 Tinjauan/Kajian Literature 17
4.2 Penambahbaikkan yang dilakukan 22
4.3 Perubahan yang dilakukan selepas Projek Inovasi 22
4.4 Nilai Komersial 22
4.5 Akuan dan Kesahan 23
5.0 Kesimpulan Projek 23
6.0 Lampiran 24

2

1.0 PENGENALAN

1.1 Tajuk

Projek inovasi yang telah dipilih oleh Sekolah Kebangsaan St Andrew Entanggor ialah bertajuk
“KERUSI PUSAT SUMBER BERGERAK”. Kerusi Pusat Sumber Bergerak ini adalah hasil inovasi
dalam penggunaannya. Projek ini dipilih berdasarkan perbincangan yang melibatkan beberapa
orang pelajar bersama guru penasihat, Guru Besar, guru penolong kanan kokurikulum.

1.2 Latar Belakang

Di Sekolah Kebangsaan St Andrew di daerah Simunjan, tahap pencapaian
minat membaca amat berkurangan. Implikasi terhadap minat yang kurang ini
menyebabkan keputusan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu mengalami
prestasi yang rendah dalam Penilaian Berasaskan Sekolah. Bahkan,
berdasarkan kajian mendapati murid tidak gemar pergi ke pusat sumber
Sekolah sama ada untuk membaca atau meminjam buku. Oleh itu, Kelab Pusat
Sumber mengambil tindakan dengan memilih tajuk ini bagi mencari satu
penyelesaian untuk meningkatkan minat membaca. Kelemahan dalam
penguasaan bahasa dan kemahiran membaca di peringkat kanak-kanak akan
dibawa ke peringkat dewasa dan seterusnya (Catts, Fey, Tomblin, & Zhang,
2002; Lewis & Freebairn, 1992;Roth,Speece, & Cooper, 2002; Snowling, Bishop,
& Stothard, 2000 dan Law, Boyle,Harris, Harkness & Nye, 1998).Oleh itu, yang
menjadi tujuan daripada penulisan dokumentasi ini adalah bahawa terdapat
pelbagai pendapat dan pemikiran mengapa sikap malas membaca dalam
kalangan murid-murid sekolah ini masih tinggi dan melakukan kajian
mengenainya. Berdasarkan pinjaman buku dari pusat sumber sekolah yang
tidak memberangsangkan adalah indikator kepada minat membaca yang
rendah dalam kalangan murid sekolah ini. Berdasarkan tinjauan juga, didapati
penggunaan pusat sumber sebagai pusat membaca tidak begitu optimum dan
kadangkala tidak digunakan langsung terutamanya sewaktu rehat. Ini kerana
murid di sekolah ini hanya mengharapkan Pusat Sumber sebagai tempat
membaca. Masalahnya timbul pada hujung minggu dan cuti sekolah kerana
murid tidak dapat pergi ke pusat sumber. Cadangan Kerusi Pusat Sumber Bergerak
3

agama dan Negara. 2. 4.merupakan cadangan Kelab Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan St Andrew sebuah kelab yang ditubuhkan bukan hanya untuk memperoleh ilmu pengetahuan malahan untuk menerapkan semangat cintakan ilmu pengetahuan. Membentuk budaya merekacipta sesuatu yang baru daripada pelbagai sumber. Mewujudkan budaya membaca di kalangan warga sekolah. matlamat Kelab Pusat Sumber Sekolah juga adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani dan jasmani serta emosi. Dengan itu semua aktiviti yang dianjurkan adalah menjurus kepada penerapan nilai-nilai seperti kepentingan hidup bermasyarakat serta menilai penggunaan masa lapang yang optima yang dapat memberikan keseronokan demi kesejahteraan. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya ilmu. 3. khusus bagi membantu kecemerlangan murid. masyarakat.3 Objektif 1. Melahirkan murid yang mampu berfikir secara kreatif kritis. Kelab Pusat Sumber Sekolah menyediakan Kerusi Perpustakaan Bergerak sebagai usaha dalam melaksanakan wadah kerajaan iaitu belajar sepanjang hayat dengan slogan 'Membaca Nadi Kejayaan Bangsa' di samping untuk mendekatkan peranan perpustakaan kepada murid-murid untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan melalui perkhidmatan ini. mencintai ilmu dan menghargai maklumat serta berpandangan positif dan progresif terhadap pembangunan diri. 5. 4 . 7. 6. 1. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah. Menyedari akan pentingnya budaya membaca di negara ini. cara untuk melahirkan budaya membaca dan merangsang tabiat membaca. Di samping itu. Menggalakkan para murid menggunakan bahan bacaan tanpa mengganggu kelas atau rakan sekelas dalam suasana pembacaan yang lebih santai. Meningkatkan pencapaian Akademik dan melalui pembacaan buku-buku ilmiah. 8.

4. 1.1 Permasalahan Membaca merupakan aktiviti individu yang berinteraksi dengan teks dan bahan yang dilihat. Melatih murid berkeupayaan mengolah bahan tempatan/sekeliling dalam penghasilan produk baru yang berkualiti dan berdaya saing. dibaca. Sejak dari dalam kandungan ibu lagi seseorang bayi itu secara tidak langsung telah dipupuk 5 .0 Pernyataan Masalah 2.1 Papan yang digunakan adalah papan terbuang. 2. didengar dan ditonton. 9.4 Anggaran kos projek NO BARANG KUANTITI HARGA 1 Papan lapis ( 4’ X 8’) 2 x Rm40 Rm 80 2 Paku 1 ½ inci x Rm2 Rm 4 2 inci x Rm2 3 Syelek 1 Rm 35 4 Roda 4x8 Rm 32 5 Cat 1 Rm35 JUMLAH Rm 186.00 1.

Bahkan.Berdasarkan ingin meningkatkan minat membaca inilah. perkara ini dapat dibuktikan melalui hasil keputusan peperiksaan pelajar yang tidak tetap (konsisten) setiap tahun. buku-buku dan lain-lain sumber pembacaan berfungsi untuk memupuk minat membaca. minat membaca ini berkurangan kerana beberapa sebab. Setelah dilakukan tinjauan serta maklum balas daripada guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah. projek ini diharapkan dapat membantu murid-murid cinta kepada buku yang menjadi sumber ilmu dan mewujudkan generasi muda yang cinta kepada ilmu pengetahuan serta dapat menggunakan pusat sumber di sekolah. Sememangnya diakui. menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. Justeru. amalan membaca berterusan dan amat sinonim di dalam kehidupan. 2. Ketika umur 3 atau 4 tahun peringkat awal bacaan berulang sehinggalah kanak-kanak itu melangkah kaki ke alam persekolahan. Projek ini juga diharapkan dapat memberi petunjuk untuk mencari satu alternatif yang baharu untuk menangani masalah minat membaca dalam kalangan murid-murid tersebut. projek Kerusi Pusat Sumber Bergerak dihasilkan. dan disemai sikap membaca melalui amalan si ibu. pengkaji berminat untuk mengkaji masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah ini iaitu murid tahun 1 hingga tahun 6 di sekolah yang dikaji. Kemerosotan minat membaca dalam kalangan murid pada masa ini sangat ketara. Kegagalan menguasai minat membaca menyebabkan para pelajar kehilangan sumber maklumat untuk tujuan menjawab soalan-soalan peperiksaan. dan juga kemerosotan bilangan pengunjung ke Pusat Sumber.3 Kaedah dan teknik pemilihan masalah 6 . dan lain-lain unsur negatif yang boleh memupuk minat terhadap pembacaan. 2.2 Analisis permasalahan Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menambahkan dan mengesan amalan atau tabiat membaca murid-murid dalam aktiviti pembacaan di sekolah.

Justeru. Faedah lain pula ialah kaedah ini akan mempercepatkan kerja mengumpul data dan memastikan mutu data yang dikumpul adalah berkualiti. Sampel terdiri daripada sekumpulan murid seramai 40 orang yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang tinggal di kawasan tempat tinggal yang sama. data yang dikumpul akan menjadi lebih mudah untuk diproses dengan menggunakan komputer. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan. Kaedah ini adalah merupakan antara kaedah yang paling digemari oleh para pengkaji dalam mendapatkan dan mengumpul maklumat yang dikehendaki. Dalam kajian ini. Seramai 10 orang ibu bapa juga akan dipilih sebagai responden dalam kajian ini.Kajian ini merupakan satu tinjauan yang dilakukan terhadap kaedah dan teknik yang sesuai. Soal selidik merupakan teknik mendapatkan jawapan secara bertulis dengan menyediakan borang soal selidik dan soalan-soalan yang relevan mengikut objektif kajian. Terdapat dua kelebihan dalam menggunakan kaedah borang soal selidik iaitu setiap responden disoal dengan soalan yang sama. sampel kajian adalah secara rawak. Soal selidik boleh dijawab sendirian oleh responden tanpa kehadiran pengkaji. Dalam kaedah tinjauan rentasan. Kaedah persampelan juga dikenali sebagai persampelan rawak mudah iaitu menggunakan sampel yang mempunyai sifat yang hampir sama. Kaedah ini sangat digemari oleh ramai pihak kerana sangat ringkas dan mudah digunakan. Kaedah tinjauan yang dipilih ialah tinjauan secara rentasan iaitu pengumpulan data dilakukan hanya satu kali daripada satu sampel dalam satu kajian. Borang soal selidik hanya boleh dibentuk berdasarkan objektif penyelidikan untuk mengumpul data kajian. pengkaji boleh membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain. Bentuk soalan yang akan 7 . Kajian ini juga menggunakan teknik soal selidik. menggunakan kemudahan yang sama dan juga 10 orang guru yang mengajar di sekolah yang sama. kaedah melalui borang soal selidik akan digunakan. Oleh itu. Borang soal selidik merupakan borang yang berisi soalan serta ruangan untuk jawapan di mana satu sampel borang digunakan untuk semua responden. belajar di sekolah yang sama.

diberikan adalah berbentuk soalan tertutup dengan menggunakan skala pengukuran ordinal iaitu penilaian dibuat dalam bentuk peratus. Pengkaji memilih tiga faktor yang diuji dalam borang soal selidik iaitu: i) Faktor Rakan Sebaya Faktor rakan sebaya dipilih kerana responden biasanya mempunyai rakan-rakan yang mempunyai hobi dan minat yang sama di sekolah : ii) Faktor Masa Faktor masa adalah ditentukan melalui aktiviti yang dilakukan semasa waktu rehat dan semasa waktu yang terluang di sekolah sahaja. Bilangan Kekerapan Peratus 21 – 25 buah buku (Cemerlang) 2 5% 16 – 20 buah buku (Baik) 5 12.5% 8 . Analisa dapatan adalah mengikut skala yang telah ditetapkan oleh pengkaji seperti di bawah: 1 – Sangat tidak setuju 2 – Tidak setuju 3 – Kurang Setuju 4 – Setuju 5 – Sangat setuju Data NILAM sebelum kajian dijalankan. iii)Faktor Minat Faktor minat adalah menguji minat serta kecenderungan responden melakukan aktiviti semasa waktu rehat. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.

5%) yang membaca hanya 0 hingga5 buah buku sebulan.0% 6 – 10 buah buku ( Sederhana) 10 25. Apakah yang anda lakukan bersama Ibu bapa 1:Duduk berehat keluarga pada waktu lapang? Ibu bapa 2: Menonton televisyen Ibu bapa 3: Bersembang dan rehat Ibu bapa 4: Duduk berehat Ibu bapa 5:Berbual-bual dan berehat Ibu bapa 6: Bermain Badminton dan menunggang basikal Ibu bapa 7: Membaca surat khabar Ibu bapa 8: Pergi perpustakaan 9 . 11 – 15 buah buku (Memuaskan) 8 20. Manakala 15(37.5% Jadual 30: Data NILAM Sebelum Kajian Jadual di atas menunjukkan bilangan kekerapan murid membaca buku berdasarkan data NILAM.0% 0 – 5 buah buku (Lemah) 15 37. Berdasarkan data di atas hanya 2(5%) murid membaca 21 hingga 25 buah buku dalam sebulan. Hasil Dapatan Temu Bual Dengan Ibu Bapa BIL ITEM SOALAN RESPONS 1.

Ibu bapa 9: Berkebun dan berbual-bual Ibu bapa 10: Menonton televisyen Ibu bapa 1:Menyuruh anak membaca 2 Bagaimanakah cara anda sendiri. Ibu bapa 4: Tidak pasti Ibu bapa 5: Menyuruh anak membaca sendiri. menggalakkan anak –anak untuk Ibu bapa 2: Saya tidak tahu. Adakah anda memperuntukkan Ibu bapa 1:Tidak sebahagian sumber pendapatan untuk Ibu bapa 2: Tidak cukup wang membeli bahan bacaan kepada Ibu bapa 3: Tidak cukup wang keluarga? Ibu bapa 4: Tidak Ibu bapa 5: Kadang-kadang Ibu bapa 6: Tidak Ibu bapa 7: Membeli surat khabar setiaphari Ibu bapa 8: Membelikan buku setiapbulan. Ibu bapa 9: Tidak tahu Ibu bapa 10: Menyuruh anak membaca 3. minat membaca? Ibu bapa 3: Menyuruh anak membaca sendiri. Ibu bapa 6: Menyuruh anak meminjam buku di perpustakaan sekolah Ibu bapa 7: Membelikan buku Ibu bapa 8: Hantar anak pergi ke perpustakaan. Ibu bapa 9: Kadang-kadang Ibu bapa 10: Tidak 10 .

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan agar murid-murid didedahkan dengan aktiviti yang merangsang pembacaan mereka. majalah dan sebagainya. Kerusi Pusat Sumber bergerak adalah tempat aktiviti membaca dapat membantu menambahkan perbendaharaan kata dan pengetahuan yang boleh digunakan oleh mereka dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Contoh aktiviti seperti menjejak maklumat yang memerlukan seseorang murid membaca buku. Dalam temu bual yang telah dijalankan didapati seramai 2 orang ibu bapa yang mengadakan aktiviti yang berkaitan membaca jika ada masa yang terluang. pengkaji dapat mengetahui penglibatan ibu bapa dalam menggalakkan pembacaan anak-anak. Jadual 1: Temu Bual Bersama Ibu Bapa Dapatan Temu Bual Dengan Ibu Bapa Hasil daripada temu bual dengan ibu bapa. Manakala bagi persoalan kedua pula iaitu cara ibu bapa menggalakkan anak-anak minat membaca ialah seramai 2 orang ibu bapa yang pasti dengan keputusan menggalakkan anak-anak membaca. akhbar. Selain itu ia berperanan sebagai pusat pembelajaran dan ilmu pengetahuan bagi membudayakan minat membaca bersama ahli keluarga kerana masyarakat Kampung Entanggor juga boleh menggunakan. Selebihnya melakukan aktiviti yang tidak menjuruskan kepada aktiviti pembacaan. Penyemaian budaya membaca yang kukuh dan berterusan dapat membentuk sebuah masyarakat berkembang mantap yang cemerlang. 2. berilmu dan bermaklumat.4 Rasional Pemilihan Projek Pihak sekolah iaitu pentadbir yang dibantu oleh penyelaras pusat sumber perlu menjalankan aktiviti yang menarik minat murid-murid untuk membaca. 11 .

berehat selepas bermain di taman dan sebagai tempat duduk untuk melakukan aktiviti-aktiviti di luar kelas. 3. 6) AHLI JAWATANKUASA : Christeren Ak Lelai ( Thn. 6 ) TIMB PENGERUSI : Mayvellin Das Ak Kadih ( Thn. kerusi pusat sumber bergerak dibuat bertujuan untuk dijadikan sebagai tempat murid-murid membaca sambil menikmati udara segar. 6 ) 12 .5 Pernyataan masalah Pusat Sumber sekolah telah merancang untuk mendirikan sebuah pondok bacaan di sekolah tetapi memerlukan kos yang besar.2. 6 ) BENDAHARI : Cathleen Mary Ann Ak Justie ( Thn. Sebagai jalan alternatif. 5 ) SETIAUSAHA : Shakira Ak Juno ( Thn.1 Proses Perlaksanaan Projek SK ST ANDREW JAWATANKUASA PELAKSANA PERINGKAT SEKOLAH PENAUNG : Ecik Guan Ak Untai Guru Besar PENASIHAT : Encik Masfaidzal Bin Osman GPK Kokurikulum GURU PEMBIMBING : En Sharif Suhaidee Bin Sharif Miasin PENGERUSI : Bethany Sandra Ak Christie ( Thn.

3.  Menyelaras bantuan khidmat agensi luar.1 SENARAI BIDANG TUGAS/ PERANAN SECARA KHUSUS BAGI SETIAP PERINGKAT A.  Menentukan murid melaksanakan projek dengan berkesan. pihak swasta . B.  Penghargaan kepada murid dalam bentuk hadiah dan sijil. keaslian idea.  Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru pembimbing untuk semakan dan pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan. kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.  Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.00 13 . Peranan Guru Besar  Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.  Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.2 Sumber Dana Bagi merealisasikan projek ini. C. pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahli dititikberatkan. 3.00 PIBG RM 86. kebenaran waris.  Bertemu dengan guru pembimbing mengikut jadual yang telah ditetapkan. Peranan Murid  Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard yang ditetapkan.  Memastikan aspek bimbingan. Peranan Guru/Guru Pembimbing  Memastikan murid memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi. dan komuniti setempat.1.  Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek.00 RM 186.  Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.  Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pembelajaran dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua.  Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.  Memastikan jawatankuasa mendokumentasikan laporan projek.  Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. hala tuju projek.  Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk.  Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.  Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli dan laporan kewangan.  Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengan kerjasama murid. pihak sekolah mendapat Dana daripada :- Sumbangan Yayasan Sarawak RM 100.  Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.

iaitu menyiapkan Projek Kerusi Pusat Sumber Bergerak sekolah. Oleh itu. semua warga sekolah bergerak ke satu visi dan satu matlamat. Jalinan erat antara pelajar dengan organisasi sekolah serta PIBG mewujudkan keseronokan dan motivasi untuk para pelajar ke menyiapkan projek. Ini adalah kerana semua kerja memerlukan satu pasukan yang mantap. Perbincangan Guru Besar dan PIBG adalah dalam suasana muzakarah. kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak).4. Pihak sekolah memerlukan pihak luar bagi mendapatkan sokongan dana untuk menjalankan program dan pihak luar pula sering memohon bantuan dari segi murid-murid dan guru untuk melibatkan diri dalam program mereka. permuafakatan dan perkongsian. Dalam proses pelaksanaan.4 Proses Kerja 3.3 Jalinan Kerjasama Dewan mendefinisikan jalinan kerjasama sebagai sesuatu yang dijalin. Di sinilah perlunya komunikasi yang berkesan antara kedua pihak supaya persefahaman dapat dijalinkan. Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi. mencari penyelesaian masalah bagi mencari sumber kewangan. Banyak cabaran yang dihadapi namun kerjasama dan tolak ansur dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dan juga yang setara membolehkan projek ini berjalan lancar. kerja sepasukan amat diperlukan. 3.1 Pelan perancangan projek MULA Guru Pembimbing TAKLIMAT PROJEK PEMILIHAN PROJEK & Murid PENYEDIAAN KERTAS CADANGAN PEMBENTANGAN Ketua Kumpulan KERTAS CADANGAN TIDAK DITERIMA Guru Pembimbing PEMBETULAN YA AKTIVITI PROJEK 14 . Pelbagai langkah-langkah menyiapkan projek mampu dilaksanakan dengan mudah sambil dapat menggarab potensi dan sikap tanggungjawab pelajar.. . 3. Sememangnya kerja sepasukan bukan mudah dilakukan.

iv) Murid bersama guru menyediakan dan menghasilkan projek. murid menyerahan hasil projek dan draf laporan kepada guru. lakaran dan sebagainya. Mei : Pemilihan Tajuk Projek 5. Mac : ( Bengkel Inovasi ) 4. PENYERAHAN HASIL PROJEK DAN DRAF LAPORAN TIDAK DITERIMA PENAMBAHBAIKAN YA MEMBENTANG PROJEK Murid Murid MENGHANTAR LAPORAN Panel / Guru MENYEMAK LAPORAN & MENILAI HASIL PROJEK TAMAT 3. Jun-Ogos: i) Mendapatkan dana ii) Membeli dan menyediakan barang projek iii) Proses dimulakan dan dibantu oleh tenaga guru.4. Januari : Mesyuarat Kelab Pusat Sumber Sekolah = Program Inovasi akan dimasukkan dalam agenda mesyuarat 2.2 Aliran Proses Kerja Projek ini akan dilaksanakan seperti berikut: 1.Murid menyediakan buku log. Februari: Membentuk Jawatankuasa kerja Program Inovasi – AJK akan memulakan pencarian idea-idea yang boleh diinovatifkan dengan melayari laman sesawang serta rujukan buku 3.Setelah siap. v) Pertandingan inovasi kelab/ persatuan 15 .

5 Buku Log 16 .3.

0 Penilaian Projek (Kemenjadian Projek) 17 .Contoh helaian buku log yang digunakan oleh murid. 4.

maka rasanya kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mewujudkan keadaan yang boleh membawa kepada timbulnya “kesedaran terhadap buku”(book consciousness) yang menyeluruh dalam kalangan penduduk di Malaysia.4. pengkaji mengharapkan agar kita dapat memperkuatkan tapak asasnya supaya menjadi mantap dan kukuh. Salah satu daripada reformasi dalam pendidikan kini ialah ke arah menjayakan prinsip pendidikan sepanjang hayat. Bak kata perpatah “Tuntutlah ilmu walau ke negeri Cina”. jurnal dan pelbagai bahan bacaan yang dijual di kedai-kedai buku dan di perpustakaan seluruh negara. Walau sehebat mana pun sesesuatu bangsa itu. menjadi tamadun yang luhur dan unggul. Justeru. majalah. Betapa tingginya nilai ilmu sehingga kita diseru supaya menuntut ilmu tidak kira di mana walaupun benua yang belum pernah kita jejaki. jika ianya hanya sekadar gagah dari segi fizikal tidak dari segi mental. Begitulah hebatnya tuntutan dari segi menuntut ilmu kerana dengan hanya membaca kita akan mendapat pelbagai maklumat dan info dari seluruh tempat melalui buku. bangsa tersebut akan dipandang rendah dan kurang nilai peribadinya. Malahan tamadun bangsa dan negara juga perlu diwadahi oleh ilmu pengetahuan. terutama sekali dalam kalangan anak-anak dan murid- murid sekolah serta di tadika-tadika. Murid-murid yang membaca buku teks belum tentu sudah mempunyai minat membaca yang akan menjadi tabiat yang berkekalan pada murid-murid itu di kemudian hari. Jika kita di negara ini benar-benar percaya bahawa buku dan minat membaca penting untuk diri kita sendiri dan untuk pembangunan negara.1 Tinjauan/Kajian Literature Kajian Literatur membincangkan kajian lepas yang dijalankan oleh Kelab Pusat Sumber. Kedua-dua hal tersebut dengan jelas menunjukkan hasrat kita bersama untuk membina kekuatan bangsa dan negara di atas landasan ilmu pengetahuan. Secara umumnya banyak faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan murid sekolah ini. Mereka hendaklah 18 . surat khabar. Adalah diharapkan dengan kajian ini dapatlah memberi satu input untuk meningkatkan minat membaca dalam kalangan murid sekolah ini. Salah satu daripada ciri utama insan baik dan warganegara yang berguna ialah ciri berilmu pengetahuan.

1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Minat Membaca Minat membaca adalah sumber motivasi kuat bagi seseorang untuk menganalisis dan mengingat serta menghalusi bacaan yang telah dibacanya. kurangnya pendedahan tentang kepentingan membaca dalam kehidupan harian terutamanya kepada diri pelajar.1993. Pertama.1980. Menurut Safiah (1979) terdapatnya faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar kurang minat untuk membaca. Ketiga.Hurlock. Pelajar hari ini didedahkan kepada sumber-sumber hiburan lain yang lebih menarik berbanding dengan bahan bacaan yang berunsur lebih ringan. yang merupakan pengalaman belajar menggembirakan dan akan mempengaruhi bentuk serta intensiti seseorang dalam menentukan cita-citanya kelak di masa yang akan datang.digalakkan membaca buku umum. Kedua.1. adalah sebahagian daripada proses pengembangan diri yang harus sentiasa diasah sebab minat membaca tidak diperoleh dari lahir . harga buku yang mahal. (Petty&Jensen.1. 4. Dapatan kajian Kathy (1994) membuktikan bahawa kekurangan buku- buku berbentuk rekreasi dipasaran merupakan faktor kekurangan minat pelajar.1 Kajian Berkaitan 4.1. kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar menjadi penyumbang utama ke arah fenomena ini. Hal yang demikian.. iaitu buku yang tidak ada kena-mengena dengan buku teks. tidak ada galakan daripada ibu bapa kerana terdapat sesetengah ibu bapa juga tidak berminat untuk membaca terutamanya bahan-bahan bacaan yang berunsurkan akademik. Beliau mencadangkan kelab membaca ditubuhkan agar pelajar 19 . Keempat. padat dan berbentuk hiburan.

Dalam memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. maka mereka akan terus 20 . pilihan bahan bacaan dan masa untuk membaca. motivasi dan konsep diri. Minat dan motivasi memainkan peranan yang amat besar bagi memupuk kebolehan membaca dalam kalangan pelajar. Kemahiran membaca sebenarnya memerlukan pembelajaran berterusan untuk memahirkan seseorang pelajar dengan huruf-huruf dan struktur ayat. Sekiranya sesuatu bahan bacaan yang dapat menarik minat mereka. seharusnya ada galakan berbentuk motivasi intrinsik atau motivasi ekstrinsik daripada pihak ibu bapa atau guru. Buku-buku bentuk rekreasi perlu ditambahkan untuk menggalakkan minat membaca dalam kalangan pelajar. a) Faktor Motivasi dan Minat Menurut Marohaini Yusoff (1999). minat dan motivasi amat diperlukan seseorang pelajar untuk menyemai minat membaca.boleh digalakkan membaca dengan adanya sedikit cenderahati dan menyeru pihak penerbit atau pengarang menghasilkan buku-buku dalam bentuk rekreasi yang sesuai untuk dibaca oleh pelajar. pelajar akan tertarik sesuatu bahan bacaan yang menarik minatnya. faktor dalaman yang mempengaruhi masalah pembacaan pembaca (murid) dalam aspek psikologi adalah seperti minat. Menurut Sylvia Ashton Warner (1973). Maka. Pada kebiasaannya. Kajian Kathy (1994) juga menggunakan teknik baca kuat untuk menggalakkan pelajar membaca dan buku percuma diberikan kepada pelajar yang terlibat. Ina Sue (1994) menjalankan kajian ke atas 39 orang murid Gred 3 dengan tujuan memupuk keseronokan membaca di kalangan murid dan murid memilih untuk membaca apabila terdapatnya galakan. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa murid membaca dengan penuh minat setelah mendapat galakan daripada ibu bapa dan guru. Kesemua perkara yang dinyatakan sebenarnya merangkumi motivasi intrinsik iaitu motivasi dari dalam diri pembaca itu sendiri. satu kaedah untuk meningkatkan minat membaca dan memotivasikan pelajar membaca dengan menggunakan cerita-cerita yang dibuat oleh pelajar sendiri berdasarkan topik-topik yang diminatinya.

Ia adalah agensi tidak formal yang memberikan pengalaman yang tidak dapat diperoleh daripada keluarga dan juga di sekolah. kita tidak dapat memaksanya berbuat demikian. Program Buku Nilam perlu kerap dianjurkan dan pengisian perlu menarik minat pelajar. Sikap sampel juga amat selektif dalam kegiatan membaca.membaca walaupun sesuatu bahan bacaan yang dibaca itu dianggap susah berdasarkan peringkat umur mereka. Tahap umur dari 7 hingga 12 tahun merupakan tahap umur yang lebih kepada berminat untuk 21 .1%). b) Permasalahan Yang Dihadapi Nik Safiah Osman (1990) mengatakan bahawa betapa penting faktor motivasi kendiri dalam hal tabiat membaca. Rakan sebaya mempunyai tarikan yang kuat untuk melenyapkan minat membaca. Guru perlu mencari suatu kaedah bagaimana menunjukkan kepentingan membaca dengan menjadikan membaca sebagai suatu amalan hidup. 89). Dalam konteks ini. 1990). Jika seseorang itu tidak berminat untuk membaca. Kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial. guru perlu peka terhadap persekitaran yang berlaku di sekeliling pelajar supaya pelajar lebih minat untuk menerapkan minat pembacaan dari awal usia lagi. c) Faktor Rakan Sebaya Ahli sosiologi mengistilahkan rakan sebaya sebagai kumpulan kanak- kanak ataupun kumpulan remaja yang mempunyai lingkungan umur yang sama (Hazil Abdul Hamid: 1990. Satu kajian yang dibuat di maktab perguruan membuktikan lebih sedikit daripada separuh sahaja sampel bersetuju akan kepentingan membaca untuk menambah ilmu pengetahuan (55. iaitu bahan yang dibaca kebanyakkannya adalah bahan akademik yang berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka pelajari (Safiah Osman.

kawan-kawan dan terakhirnya adalahguru dan program membaca. Peluang ini harus digunakan dengan bijak oleh ibu bapa untuk merangsang otak anak dan mengajar mereka sebanyak mungkin kemahiran terutamanya kemahiran membaca. Kebolehan membaca merupakan rangsangan yang amat bererti untuk meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak. pihak sekolah juga sedikit sebanyak memainkan peranan penting dalam mendidik insan kelas pertama supaya gemar membaca. Paksaan dan rangsangan yang terlalu banyak mungkin akan membosankan dan membebankan anak. Selain itu. Di samping itu.Sekiranyaseseorang murid itu mempunyai rakan yang minat membaca. d) Kurang Galakan Ibu bapa Menurut Hassan Mohd Ali (2005) ibu bapa seharusnya sentiasa merangsang minat membaca. Najibah(2009)[10] telah membuat satu bancian tentang orang yangpaling mempengaruhi tabiat membaca dalam diri para peminat melalui Goodreads danBukuria. otak berkembang dengan pesat dan mampu menyerap dengan mudah apa sahaja rangsangan yang diterima. Sewaktu tiga tahun pertama usia anak. diikuti oleh pembaca sendiri. Justeru anak kurang diberi galakan. e) Sosio ekonomi Keluarga Banyak kajian yang telah menunjukkan wujudnya pengaruh taraf statussosioekonomi keluarga terhadap pencapaian dan kebolehan kanak- 22 .bermain. Keputusan bancian itu menunjukkan bahawa ibu bapa dan ahli keluarga adalah dayagerakan utama pembaca. Terdapat ibu bapa yang tidak mengambil tahu tentang pembacaan buku anak-anak. pasti mereka akan mempunyai minat yang sama.

Bolt (1992) yang menjalankan kajian di Canada ke atas 530 orang murid darjahempat. Pelajar daripada keluarga status ekonomilebih tinggi didapati memperoleh pencapaian yang lebih baik berbanding dengan pelajardaripada statussosioekonomi yang lebih rendah. Beliau mendapati kualiti persekitaran pembacaan dan cara interaksi di rumahmemberi kesan yang positif ke atas pembacaan kanak-kanak. Hal yang demikian telah terbukti daripada banyak negara yang maju. f) Kepentingan Membaca Membaca adalah satu budaya ilmu yang memupuk pembangunan intelektual. Membaca membangunkan kecerdikan intelektual seseorang individu.kanak dalam bacaan(Juriah Long. Membaca juga dapat meningkatkan kecerdikan rohani dan emosi yang menjadikan seseorang individu tersebut sedar akan kepentingannya menyumbang ke arah pembangunan masyarakat dalam pelbagai bidang kehidupan.1975. 23 .2002). rohaniah dan emosi individu. Tahappendidikan ibu bapajuga menunjukkan hubungan yang signifikan tetapi minat membaca di kalangan ibu bapamenunjukkan korelasi yang rendah ke atas pembacaan kanak- kanak. rakyatnya adalah daripada golongan yang gemar membaca dan menjadikan membaca sebagai satu aktiviti yang wajib dalam kehidupan (US Department of Education.. Asiah Abu Samah. enam dan lapan untuk menunjukkan hubungan pencapaian membaca denganpersekitaran. 1977). justeru membentuk fikirannya menjadi lebih kritis dan kreatif seterusnya melahirkan masyarakat yang progresif dan berdaya saing.

percubaan mesti dilakukan untuk mengetahui keberkesanan dan sambutan kerusi pusat sumber bergerak. kita juga mesti menghurai puncanya.1 Penambahbaikan Yang Dilakukan Pada bahagian kaki kerusi tersebut.4. akan ditambah empat biji roda kecil. roda ini mempunyai kekunci yang membolehkan pembaca menggerakkan kerusi itu pegun. Kita tidak tahu berapa ramai penduduk setempat berminat untuk membaca buku jika ada projek bergerak.Bahkan. pada bahagian atas kerusi perlu ditutup untuk memudahkan kerusi ini diletakkan di kawasan terbuka seperti di tepi padang. kebimbangan kita terhadap segala lapisan masyarakat yang tidak gemar membaca perlu dicari puncanya. Oleh itu. 4. Ini bertujuan untuk mengelakkan buku daripada basah apabila hujan. 4. projek akan memberi peluang kepada mereka mengenali dan memperoleh buku selepas dibuat pilihan. Bagi suri rumah yang sibuk dengan urusan rumah tangga. Jika kita gemar memerhati gelagat orang di stesen bas daripada membaca.3 Perubahan yang dilakukan selepas projek inovasi Untuk perubahan.2 Nilai Komersial Untuk merealisasikan hasrat murni iaitu amalan membaca. Ini untuk memudahkan untuk mengalih kedudukan kerusi untuk member keselesaan kepada pembaca sekiranya. 24 . Kepentingan Kerusi Pusat Sumber bergerak adalah untuk memudahkan bacaan buku.

Persiapan awal juga dilakukan bagi menjadikan aktiviti ini lebih seronok dan santai tanpa mengejar masa. banyak tenaga yang diperlukan kerana ia adalah projek kayu. 25 .0 Akuan dan Kesahan Projek ini mudah dan selamat digunakan. 6.3 Tindakan Susulan Menyediakan jadual bertugas menyiapkan projek.1 Masalah dan Kekangan yang dihadapi Pengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi penyiapan Projek. 6. kepenatan terasa dan menjadi kekangan yang dihadapi dalam menghasilkan projek ini.5.0Kesimpulan projek 6.4 Cadangan Penambahbaikan Setiap rak tepi Kerusi Pusat Sumber bergerak dan rak atas perlu ditutup untuk mengelakkan buku basah apabila hujan. berfikir. personaliti dan juga dalam pencapaian akademik (Campbell dan Clewell 1999). 6. Dalam menghasilkan Kerusi Pusat Sumber Bergerak ini. setiap proses menyiapkan projek perlu dibimbing oleh guru termasuk Guru Besar. Ia juga menjadikan rak lebih kemas dan teratur. kesopanan. Memandangkan pelajar sekolah ini hanya 20 orang dan pelajar lelaki Cuma 3 orang Tahap 2. 6. sikap. Guru-guru sekolah ini sentiasa bersama-sama dengan murid untuk menyiapkan projek. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian.2 Kaedah Penyelesaian Masalah Untuk mengatasi masalah ini.

masyarakat setempat dan negara. jadi kesempatan ini mereka gunakan untuk duduk dikerusi pusat sumber bergerak sambil membaca buku. 26 . buku – buku cerita mampu menyemai minat pelajar. program ini juga diharapkan dapat melahirkan bakat keusahawanan dalam diri murid.5 Rumusan Projek Semoga hasrat sekolah untuk memupuk tabiat membaca dan belajar di mana juga akan tercapai. Pembinaan kerusi pusat sumber bergerak yang dilengkapi dengan bahan – bahan bacaan seperti surat khabar lama. sesetengah pelajar tidak ke kantin. Akhirnya sekali. ketika waktu rehat. Selain itu. berdikari dan bersemangat akan tercapai melalui kemudahan ini. Sebagai contoh.6.Kesimpulannya. diharapkan pertandingan ini akan meningkatkan kemahiran rekacipta dalam kalangan murid demi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi dalam merekacipta. ibu bapa . Akhirnya akan dapat melahirkan murid yang berketrampilan. sekolah. satu kemahiran yang telah dipelajari dalam pembelajaran. projek ini dapat memberikan manfaat kepada murid.

ENTANG OR 27 . ST.LAMPIRAN MENYIAPKAN PROJEK PROJEK INOVASI SK. ANDREW.

28 .

29 .

30 .

31 .

32 .